Dari Malaysian Insider
Oleh Abu Bakar Mohd Rashid
KUALA LUMPUR, Ogos 21 — Walaupun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa beliau tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura, tetapi beliau didakwa pernah terlibat dalam usahasama dengan syarikat dari negara itu menukar status tanah di Johor untuk memajukannya.
Dakwaan itu terkandung dalam fakta kes saman Stamford Holdings Sdn Bhd ke atas Muhyiddin dan rakan-rakannya.
Walaupun fakta kes tersebut tidak menunjukkan Muhyiddin menjual tanah kepada Stamford, tetapi ia menyatakan kesanggupan pihak yang disebut mewakili Muhyiddin berkerjasama dengan syarikat itu untuk membuat keuntungan dengan memajukan tanah di Johor.
Mengikut dokumen Majlis Peguam, syarikat tersebut ialah syarikat Singapura.
Asian Wall Street Journal 16/6/95 melaporkan, di dalam dokumen Stamford kepada mahkamah, pada penghujung 1989 syarikat itu bersetuju dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Datuk Yahya Talib untuk menubuhkan syarikat usahasama bagi membangunkan 1,766 ekar tanah syarikat itu.
Dokumen itu menyatakan, menurut AWSJ, Syed Mokhtar dan Yahya adalah pihak “yang bertindak untuk diri mereka sendiri dan Muhyiddin”
Menurut dokumen itu juga, pihak yang diwakili oleh Syed Mokhtar dan Yahya melabur RM1.8 juta di dalam usahasama tersebut, iaitu 30 peratus dari ekuitinya. 70 peratus lagi dipegang oleh Stamford.
Syarikat usahasama itu kemudiannya menguasai hartanah itu dan mengemukakan permohonan baru untuk menukar statusnya bagi kegunaan industri.
Kerajaan Johor pula meluluskan permohonan itu dengan “begitu pantas”, dakwa Stamford di dalam samannya di mana ia juga mendakwa kumpulan Syed Mokhtar telah “meraih keuntungan bersih sebanyak RM83.2 juta”.
Masalah di antara kedua-dua pihak tercetus apabila, menurut dokumen mahkamah Stamford, kumpulan Muhyiddin menjadi “begitu tamak”.
Mereka mahu mewujudkan usahasama kedua di mana mereka mahu menguasai 70 peratus saham dengan membayar RM74,100 setiap hektar kepada Stamford bagi baki 2,672 hektar miliknya.
Bila Stamford berkeras mahu mengekalkan 70 peratus pegangannya dan dibayar RM185,250 bagi setiap hektar tanahnya, salah seorang rakan Muhyiddin memberi amaran kepada syarikat itu bahawa dokumen pengambilalihan tanah sudah pun berada di meja Muhyiddin yang ketika itu Menteri Besar Johor dan beliau boleh “mendatanganinya bila-bila masa”.
AWSJ melaporkan, Muhyiddin sendiri mengugut Stamford pada bulan Disember 1992 dengan mengingatkan salah seorang pengarahnya bahawa “masa semakin singkat”.
Keadaan semakin tidak memihak kepada syarikat tersebut apabila Julai 1994, kerajaan Johor mengambilalih tanah tersebut bagi pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor.
Tindakan itu memaksa Stamford menyaman Muhyiddin, Syed Mokhtar dan Yahya kerana kerugian yang ditanggung akibat apa yang didakwanya sebagai konspirasi untuk mengambilalih tanah itu melalui Akta Pengambilan Tanah.
Stamford mendakwa ketiga-tiganya menyalahgunakan peruntukan akta itu untuk mengambilalih 6,544.4172 ekar tanah di mukim Tebrau, Johor Baru melalui perbadanan itu.
Kes itu diselesaikan apabila Mahkamah Tinggi mengarahkan kerajaan Johor membayar RM313.25 juta kepada Stamford manakala sebuah lagi syarikat, Kelana Ventures Sdn Bhd diarahkan membayar RM92.12 juta.
Dalam kempen pilihan raya kecil Manek Urai baru-baru ini, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menuduh Muhyiddin mengkhianati hak orang Melayu ketika menjadi Menteri Besar Johor dan mengetuai Umno negeri itu.
“Bagaimana Umno hendak menjadi parti yang membela orang Melayu sedangkan mereka sendiri yang menggadai dan menjual tanah rezab Melayu kepada orang asing dari Singapura?” beliau mempersoalkan.
Beliau menjelaskan bukti mengenai perkara itu didedahkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
“Tanah Rezab Melayu ini satu-satunya hak bagi orang Melayu. Umno tidak boleh jawab, dan ini bukan fakta yang saya pungut atau dengar di tepi jalan lalu dibawa ke dalam ceramah, tidak.
“Ini bukti yang kita bawa dalam persidangan DUN Johor baru-baru ini di mana Umno dan anggota DUN Johor dari Umno tidak boleh jawab,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata Umno tidak seharusnya diberikan peluang untuk terus hidup.
Baru-baru ini Muhyiddin dilaporkan kesal dengan tohmahan pembangkang kononnya beliau pernah menjual sebidang tanah kepada Singapura semasa menjadi Menteri Besar Johor.
Katanya fitnah itu sengaja dilemparkan kepadanya bagi menaikkan kebencian rakyat kepada beliau dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Saya ingin menjelaskan bahawa saya (semasa menjadi Menteri Besar Johor) tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura dan ini adalah fitnah semata-mata,” kata beliau pada ceramah Perdana di Tanjong Putus sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.









Fairdinkum ,
Tanah Rezab Melayu does that mean Malay Reserve Land, well that
says it all, cheers.
Reply
Guna ayat DSAI ..”walau seinci..” ..dah kantoi baru nak cakap ..fitnah? sapa yg fitnah plak ni? kan dah ada bukti ..niat dah ada..
Reply
Muhyideen penyagak melayu sebenar yang menjual tanah Johor keSingapore.
Masa time Muhyidden banyak tanah2 diJohor kepuyaan rakyat Singapore hampir tamat tempoh pajakannya. Sudah tamat, tanah itu akan jadi milik Johor.
Muhyideenlah yang bagi pajakan baru dengan syarat tuanpunya tanah ni develop tanah mereka secara usahasama dengan Muhyideen melalui syarikat2 kroninya.
Berapa banyak Syed Moktar pegang lu punya wang, Muhyideen?
Reply
itulah dia pemimpin umno
Reply
Muhyiddin TPM sekarang dah menjangkau usia senja,5thn lagi,apakah Nojip melepaskan peluang ini supaya Muhyiddin tidak kempunan sebagai wakil dari johor yg menjadi PM,apakah Nojip akan memberi laluan org johor ni seperti mana TUN paklah yg pernah di suara oleh Muhyiddin dulu utk berundur,atau adakah suara2 yg datang dari shafiee/hisyam/zahid/atau rais berani menyuarakan supaya Nojip berundur 2013..kalau nojip berkata ini hal aku nak tentukan,siapa yg berani soal aku tendangkan,jadi takada yg berani,alamat kemponanlah Muhyiddin…
Hanya pembangkang saja yg berani soal nojip….heheehe
Reply
y is that if melayu buat duit you consider jahat? what is wrong with you?
Reply
putra Reply:
August 24th, 2009 at 2:00 pm
Why you so stupidlah. Melayu buat duit curi tanah orang melayulah; itu yang jahatlah. Kalau dia usaha sendiri, memang patut disanjong. Tetapi kalau rasuah, kau puja, ini yang tak ada iman ni..ni yang islam amalan Umno yg TGNA cakap..rasuah, skandal dan lain2.
Reply
Kurang cerdik tapi Bengngap Reply:
August 24th, 2009 at 3:37 pm
Yang kena bayar Kerajaan Negeri Johor @ Rakyat Johor!.
Untung depa angkut, Bayar, rakyat Johor yang kena bayar.
Fikir-fikirkanlah Rakyat Malaysia khususnya rakyat Johor,jangan simpan Otak dalam Stokin!
Reply
win win winner Reply:
August 25th, 2009 at 9:52 am
Ini kes muhyiddin,
Dia ni kata dia pandai,dulu sama sekuda dgn dsai,asal kawam skrang lawan,dsai tak kacau dia yg suka kacau,lpastu marah kata pengkhianat dgn dsai
org tak kacau,dia kacau,itulah muhyiddin black face,kejap terang kejap gelap,samalah situasi hati tak ada pendirian,org mcm ni rakyat johor nak sanjung jadi PM,buat kotor air selat terbau aje,biarlah dia terpekek terlolong mcm jual ubat dipematang pasir,buat malu org johor aje
Reply
Noh Reply:
August 25th, 2009 at 12:12 am
ITU BUKAN MELAYU BUAT DUIT. ITU MELAYU KELENTONG MELAYU UNTUK BUAT DUIT. DIA INGAT TANAH YANG DIGADAI TU BAPAK DIA PUNYA.
Reply
hmmmmm…aku ingatkan muhyiddin ni boleh kembalikan keyakinan rakyat…ruper nyer hampas jugak…
Reply
klu dah MB johor ketika itu chik din…. makanya TPM yang sekarang pun orang yang sama…. dua dua kaki penipu….dulu negeri johor sekarang nak diputarbelitnya 13 negeri lagi…. haru punya kaki ni…. sekarang ni lagi lah nampak serabut….dulu baik2 di kememtrian asas tani tak haru sangat… sekadar boleh laaaa sekaarang TPM huhhhh lagi haru la jawabnya….nak lawan ngan nik aziz dan anwar…pengikut dan penyokong 1malaysia… merata2…pelusuk mana pun ada….gtu pu cik din ni ada ahati gak nak jadi PM….lepas najib…. tok sah dok mimpi lah…. PM dari parlement permatang pauh nak letak celah mana.. takkan kat sg buluh lagi ku…. sudah2 lah…MUHYIDIN pengkhinat johor dan 1malaysia.
Reply
… tu semua orang johor tahu dah! ni yang buat sultan johor tak berkenan ngan muhyidin ni… lagi satu kalau korang nak tahu, ipar dia (takpun sedara rapat) dia nanmanya haji nasuha diberi tanah berhektar hektar kat pagoh tuk buat ladang herba. tapi yang run ladang tu biasakla… kroni cina dia. dah tu amik budak serenti. buruh murah. konon kasi kerja. tapi apa budak tu buat belakang pokok? ngisap la…
haji ni nama je NASUHA tapi ada lidah putarbelit gak. kaki kencing. dia ada keluar produk nama MAK SITI. korang musti pernah jumpa produk ni. masa miti sponsor dia buat pameran, dia tipu miti bulat bulat. mark up quotation la macam macam. kawan kasi tau.
soalannya, macamana haji kencing ni boleh dapat tanah punyalah luas ada 7 waterfall kat dalamnya? sebab muhyidin masa tu jadi MB johor. Haji ni kahwin ngan adik muhyidin ke takpun bini haji ni iapar duai muhyidin, kata orang la! mak siti ni ada ofis kat bandar tun razak.
penyelewengan dan kroni.
Reply
betul,betul betul…halal haram tak tahu nak beza,nak mengajar tok guru… koya la…benda yg paling mudah jer kita tengok pd pemimpin 1 malaysia ni xtahu halal haram…bersalam salaman dengan puteri2 umno selamba jer…..”diorg ni memang jenis islam tok nenek,ore mengajar xnak dengar..
Reply
ni lah muhyidin ……..macam pak lah dulu dapat jadi PM macam bulan jatuh ke riba yang tak pernah dimimpi. muhyidin pula sangka post tertinggi, hanyalah MB, tak terjangka pulak selangkah lagi dah nak jadi PM…………macam mana? boleh putar balik ke sejarah johor ni? muhyidin dapat peluang ni pun fasal masa tu ramai orang malaysia tak tahu…….yang tahu hanya orang johor……..tapi yang hairannya orang johor ni kalau darah keluar dari badan pasti ada tertulis made by umno……..begitulah teguh setianya mereka………..tapi satu rahsia yang pasti, penyokong setia umno johor ni kebanyakan mereka yang masih ada kepanakan di indon…….pada mereka apa yang umno buat jauh baik dari tanah asal mereka. tapi percayalah cucu cicit mereka yang akan datang dan sudah tidak lagi memiliki ic hijau atau merah pastinya lebih bijak membuat penilaian dan memilih teraju macam oarang selangor………tanyalah dato ismail kamus atau salahudin ayub……mereka mungkin sedar perkara ini………….
Reply
muhyidin jangan silap langkah macam khir toyo yang tak sedar diri……….jawatan ketua perhubungan umno negeri dipecat, tanding ketua pemuda umno kalah……….ni lah bahana politiking singkat pemikiran………..tak sedar diri tu boleh dibogelkan masih nak cari koyak kain orang ( sekarang ni tunggu ehsan najib saja menyelamatkan khir toyo dan istanaya serta bininya……………muhyidin baru tuduh anwar pengkhianat dah terbongkar panau kurap sendiri yang selama ini hanya orang johor saja tahu sedangkan orang seantaro malaysia yang lain tak tahu………….ambil pendekatan bijak hishamuddin yang mendiamkan diri biar orang lain menyalak. jangan lupa tun razak meninggalkan pusaka jawatan pm pada siapa?……….tak mustahil najib akan mewariskan benda yang sama pada sepupunya…………
Reply
Adakah pernah anda terbaca dalam mana-mana buku politik yang menyarankan kalau seseorang hendak masuklah politik? Tetapi kalau kita tengok di Malaysia siapa sahaja yang menjadi wakil rakyat BN mesti kaya, walaupun hanya satu penggal? Pada hemat saya politik kita adalah salah. Politik hanya memberi ruang dan peluang untuk menabur bakti dan berjuang menegakkan idealisma kita. Yang buat harta dan menjadi kaya raya bila menceburi politik adalah politikus yang buruk perangai. Soalannya ‘adakah wakil rakyat BN papa kedana bila menceburi politik.Hampir semuanya akan menjadi ‘filthy rich’? So somewhere, somehow something is wrong with the political policy of the ruling party.
Reply
Politik yg diamalkan BN dimalaysia,lebih lagi disabah/sarawak semuanya inginkan KAYA,HARTA WANG BERJUTA2,lihatlah berlumba2 nak tanding dlm pewakilan UMNO dulu sanggup bergaduh rebut jawatan dan merasuah,MB melaka(tenggok muka sama mcm YB Radzhi lunas) main rasuahpun masih jadi MB melaka,KJ,sehingga tak ada jawatan menteri,tenggoklah sikap org beginipun masih disanjung oleh ahli2 UMNO,nyata tak adil dimata rakyat,muka tak malu lagi terhegeh2 dlm tv,hai nak muntah aku tengok muka,KES BEGINI AKAN MENGHANCURKAN UMNO dimata rakyat,cuma rakyat yg sanggup dikudakan saja dan kaki pengampu suka parti mcm umno,kalau pilihanraya bertanding saja pasti kalah,sebab hati rakyat dah terluka dan tak percaya lagi..renung2kan
Reply
Jangan marahkan Muhiyuddin. Berilah dia peluang. Saya memang percaya bahawa beliau tak pernah ambil walau SE INCHI pun tanah rakyat TETAPI saya yakin bahawa beliau cuma ambil berhektar-hektarsaja. Sekali lagi berilah beliau peluang untuk jadi Perdana Menteri supaya seluruh tanah Malaysia dia jual dan kalau tak cukup lagi pegilah ambik tanah Sabah dan Sarawak sekali. Dasar…..penyamun tu tetap penyamun juga. Hidup Datuk Seri Anwar dan semuga terus diberi kekuatan untuk menngambil alih tampuk kepimpinan negara Malaysia. Amin…
Reply
orang johor ni memang susah nak sedar..kau orang melalak bagai nak gila junjung bendera umno.. kau orng mcm tu jugak.kalu setakat ahli haprak jgn harap nak senang. potong gotah n potong sawit.keja kilang.. kerja kebun.. bagai nak rak banting tulang.. tak kaya-kaya jugak.. yg kayaraya orng yg kau org julang. hahaha.
apasalah kalu tukar parti lain jadi pemerintah! mana tau kedaan jdi lebih baik?.
Orng johor simpan otak dlm stokin,,,itu pun dah cukup bagus,,
Yang haprak tu dia buat otak jadi otak-otak./ pastu makan,,mcm otak-otak gelang patah. ekspot 1 MALAYSIA. hahahaha…
LU pk lah sendiri,,,
Reply
dan din don... Reply:
August 25th, 2009 at 9:52 pm
yelah…teringat pulak otak-otak buat buka puasa.
Reply
nilam Reply:
August 26th, 2009 at 1:15 am
tak semua orang johor macam tu beb… kau tengoklah nanti…
Reply
Tu pun masih ada orang johor yg sokong melangit, membuta tuli pada
umno(muhyiddin). Tanah dah kena gadai pun sanggup ketawa bersama-sama dengan
umno(muhyiddin). Tak tau lah apa nak jadi dengan orang johor. Simpan otak dalam stokin pun dah cukup bagus. Sekurang-kurangnya ada juga OTAK, daripada TAK ADA OTAK!!
Reply
Kami ada beberapa soalan mengenai Muhyudin….
1.berapa lama dia jadi MB Johor?
2.SEMASA DIA JADI MB..AGAKNYA BERAPA JUTA RM DIA BUAT DUIT
SECARA TAK HALAL?
3.bagaimana AHLI2 UMNO BOLEH PILIH DIA JADI TIMBALAN PRESIDEN UMNO
KALAU UDAH TAU REKOD BURUK DIA MASA JADI MB JOHOR?
KALAU FAKTA2 INI BENAR, AMATLAH BAHAYA DIA NI JADI TPM…..
KAMI HARAP RAKYAT JOHOR YANG TAHU MENGENAI RAHSIA WAK MUHYUDIN,
SILA SEBARKAN KPD RAKYAT MALAYSIA…
TERIMA KASIH & SELAMAT BERPUASA!
Reply
Pungguk x UMNO
Muhyidin umpama orang yang bogel tertawakan orang yang berseluar koyak. Maknanya, dia yang menjadi pengkhianat bangsa Johor tetapi dia menuduh orang lain pengkhianat Melayu. Memang le betulpengkhianat Melayu. sebab anwar menjadi pengkhianat UMNO selepas dipecat sebab orang UMNO adalah orang Melayu.
Tapi Muhyiden menjadi pengkhianat negeri, negara dan juga agama. Anwar saman aje Muhyiden tu tapi mana boleh polis dan mahkamah dalam tangan TPM.
Reply
saya org johor dah lama tahu kegiatan tak bermaruah ex-MB kite ni….
Reply
sebenarnya bukan maksud saya bersifat kenegerian pada orang johor……….lihatlahlah pas boleh menang kerusi PRU yang lepas di johor………ini kerana nilai jati diri warga PERLU
LEBIH JELAS UNTUK MEMAHAMI DAN MENGETAHUI SEBENAR-BENARNYA POLITIK MALAYSIA SEPERTI MATLAMAT PARTI YANG DIPILIH DAN JUGA WAKILNYA, REKOD PERKIDMATAN WAKIL RAKYATNYA? KEPENTINGAN PENGUNDI
,RAKYAT DAN NEGARA KESELURUHANNYA………..
REJIM SUHARTO JATUH jatuh, indon tak lingkup pun…………beratus bangsa, BAHASA dan bangsa SERTA pelbagai budaya, indon tetap kekal sebagai sebuah negara yang berdaulat……..lihat saja bagaimana isu Gam dan acheh dapat diselesaikan sekaligus mengelakkan pertumpahan darah sesama warga mereka BERTERUSAN……….TETAPI KITA PERCAYA DALAM KESIBUKAN ORANG YANG DATANG BERDAGANG DAN MENCARI REZEKI SERTA TIDAK BERAPA PERDULI SEPAK TERAJANG POLITIK NEGARA, MASA ADALH SATU FAKTOR PENTING UNTUK MEMPERJELASKAN KEPADA MEREKA BETAPA PENTINGNYA KEADILAN POLITIK NEGARA UNTUK JANGKA MASA PANJANG DIMANA DEMI ANAK CUCU MEREKA YANG AKAN TERUS BRPIJAK DAN MENJUNJUNG MALAYSIA SEBAGAI WARGA BUMI MALAYSIA YANG BERDAULAT………….SEPERTIMANA WARGA TIONGHUA YANG TELAH LAMA MENJADI WARGA APABILA MEREKA MELANCUNG KE NEGARA ASAL MEREKA, CHINA ADALAH DIANGGAP SEBAGAI ORANG LUAR DAN ASING………..SEBAB TU BILA MELANCUNG KE CHINA SEMINGGU DUA TERPAKSA BAWA CILI PADI DAN BELACAN/CENCALUK UNTUK JUADAH DAN TIDAK PULA SERASI DENGAN MAKANAN DI SANA……..KETEBALAN BUDAYA JATI DIRI TELAH BERUBAH………..WANG BUKAN SEGALANYA PADA MEREKA WALAUPUN DIAWALNYA MEREKA SEBAHGIANNYA TERGOLONG DARI GOLONGAN YANG MEMENTINGKAN MATERIALISTIK DARI KEBAHAGIAN HAKIKI……….ASAL ANAK LAHIR SAHAJA JIKA ANAK PEREMPUAN MEREKA MENYESAL KERANA DIKIRA ANAK ITU TIDAK BOLEH KERJA KUAT, TIDAK BOLEH UNTUNG ATAU BUAT KEKAYAAN………….SELALU MENGHARAP ANAK LELAKI CARI KAYA TETAPI BILA SUDAH KAHWIN ASYIK BALIK RUMAH MAK MERTUA SAHAJA, BILA IBU BAPA DAH TUA HANTAR RUMAH ORANG TUA-TUA…………KINI MEREKA SEDAR TAKDIR DAN BUDAYA MALAYSIA………SEGALANYA BERUBAH………….LIHAT SAHAJA DITEMPAT TERBUKA PENERIMAAN MEREKA TERHADAP TAKDIR DAN ANAK MEREKA…………KEMESRAAAN DAN KEBAHGIAAN BEKELUARGA TIDAK KIRA ANAK MEREKA LELAKI ATAU PEREMPUAN ……….ANAK LELAKI ATAU PEREMPUAN BUKANLAH SEGALANYA………SELAMA 20 TAHUN BERADA DIDALAM ORIENTASI MASYARAKAT TIONGHUA MALAYSIA SAYA DAPAT LIHAT PERUBAHAN YANG NYATA…………SYABAS WARGA TIONGHUA ATAS SIFAT KEMANUSIAAN…………
BEGITULAH KITA HARAPKAN POLITIK JOHOR AKAN BERUBAH…………..NAK HARAPKAN UMNO TAHU-TAHU AIR DAN TANAH BERI PADA SIAPA?…………BIARLAH SEGELINTIR MEREKA YANG BERGELAR PEMIMPIN YANG KHIANAT AMANAH RAKYAT DAN BANGSA DENGAN AGENDA MEREKA…………KITA HARUS ISTIQAMAH……..PELUANG BARU, HARAPAN BARU…………YANG ADIL DAN SAKSAMA…………
Reply