Archive for August 22nd, 2009

22 August 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakahdaily
Oleh Azamin Amin

PERMATANG PASIR,22 OGOS: Setelah matanya berair,perit dan sakit terkena gas pemedih mata, dia sudah tidak berganjak. Biarpun sudah berusia 75 tahun, dengan ‘kedegilan’ dan cekal hati,dia terus bangkit berjuang, bercakap dan bersuara ‘tanpa’ henti.

Dia tidak punya sebarang kepentingan, bukan untuk meraih keuntungan tetapi hanya dengan tujuan yang satu- niat suci sayangkan bahasa tercinta, Bahasa Melayu yang telah dihina.

Itulah sikap dan denyut nadi pejuang sejati A. Samad Said, yang kembali turun, bersama rakyat, menyemarakkan api membantah tindakan kerajaan dan pemimpin Melayu meminggir bahasa sendiri melalui dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah ‘mengorbankan’ kebijaksanaan pelajar melayu,utamanya di desa nun jauh di sana.

(more…)

22 August 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.”
(Sebahagian dari Ayat 5 :Surah Al Bayyinah)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Tuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian,

Alhamdulillah. Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah 8 warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku 8 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya. Apa yang hanya boleh kita baca dari 7 pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat (PR) telah menang sebanyak 6 kali berturut-turut. BN cuma menang 1 kali; itupun di Batang Ai,Serawak. Ini realiti dan ini kenyataan.

Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato’ Hamdan kita untuk kembali menemuiNya. Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan. Sudah 3 penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah 15 tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi Dewan Undangan di Permatang Pasir ini.

(more…)

22 August 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

6.30-8.00 MLM – TAZKIRAH, BUKA PUASA DAN SOLAT MAGHRIB
TEMPAT: SURAU KAMPONG PAYA

———

7.00-11.00 MLM : PROGRAM MASYARAKAT TIONGHUA
JAMUAN MAKAN MALAM “SUPER SUNDAY”
TEMPAT: DEWAN UPLIFTING SOCIETY – TANAH LIAT
PENCERAMAH: 1) YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
2) YB LIM KIT SIANG
3) YB LIM GUAN ENG
4) YBHG DATUK CHUA JUI MENG
5) YB NGA KONG MING
6) USTAZ SALLEH MAN (CALON)

———

8.42-10.00 MLM – SOLAT ISYAK, TARAWIKH DAN TAZKIRAH
TEMPAT : MASJID INDRA MUDA

——-

10.00-12.00 MLM– CERAMAH 1
TEMPAT: KAMPONG PETANI
PENCERAMAH: 1) YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
2) YB DATO’ SERI ZAHRIN HASHIM
3) YB DR HATTA RAMLI
4) USTAZ SALLEH MAN (CALON)

——-

10.00-12.00 MLM – CERAMAH PERDANA
TEMPAT : TANAH LIAT MK 8

PENCERAMAH: 1) YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
2) YBHG DATUK CHUA JUI MENG
3) YB DR MUJAHID YUSOF
4) USTAZ SALLEH MAN (CALON)