20
Aug
09

Kenyataan Penuh Bekas Rakan Kongsi Rohaizat Menafikan Tuduhan Umno

Pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad mencadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tgersebut.

Saya dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat syarat perjanjian jual beli. Setelah semua dipersetujui saya telah menyediakan perjanjian jual beli tanah tersebut.

Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.

Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual, yang tinggal di Acheh, jual beli tersebut telah tidak disempurnakan.

Dalam pada itu, koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka. Yusri telah menandatangan satu cek berjumlah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi. Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akuan firma.

Sementara itu, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasabaik firma (guaman) untuk membiayai bayaran baki RM100,000. Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.

Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang koperasi kepada pelanggan (tersebut) untuk menyempurnakan jualbeli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.

Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.

Malangnya, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.

Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.

Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.

Saya tidak lagi memantau akaun-akaun pelanggan di cawangan Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.

Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.

Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.

Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.

Merujuk kepada kepada kenyataan Ahmad Maslan yang mengangkat Rohaizat sebagai “wira” kerana membayar balik wang koperasi baru-baru ini, saya ingin tegaskan sesungguhnya beliau sewajarnya menyelesaikan pembayaran pada 2003 lagi ketika cawangan Ipoh telah menjana pendapatan yang agak lumayan.

Seyugia diingatkan bahawa cawangan Ipoh ditubuhkan dan diuruskan dengan sebahagiannya menggunakan wang dari akaun klien koperasi pekebun getah Pulau Pinang.

Layakkah title itu diberikan oleh Ahmad kepada Rohaizat? Saya percaya Ahmad Maslan tidak sedar akan kedudukan sebenarnya atau lebih malang lagi kalau beliau sengaja berpura-pura tidak tahu?

Wirakah Rohaizat ketika enggan, cuai, dan gagal menghadirkan diri di hadapan Majlis Peguam pada 14 September 2007 untuk memberi penjelasan ke atas satu kes besar yang beliau hadapi.

Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu, menggambarkan Rohaizat selaku senior partner di dalam firma tersebut, tidak tahu apa-apa tentang urustadbir pejabat.

Apakah dakwaaan Ahmad Masalam ini lojik dan munasabah? Transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya, didakwa tidak diketahuinya?

Tidak masuk akal langsung sebagai seorang yang berpendidikan tinggi!

Saya berharap dengan penjelasan ini, saya dapat membersihkan diri saya daripada dikambinghitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara.


25 Responses to “Kenyataan Penuh Bekas Rakan Kongsi Rohaizat Menafikan Tuduhan Umno”


  1. 1 Fence sitter Aug 20th, 2009 at 1:38 pm

    Lihat dan tunggu apa perkembangan nya nanti terutama berkaitan
    dengan pilihan kecil Permatang Pasir

    Reply

    PermatangPasir Voter Reply:

    It’s a mad, mad world!
    Now, Rohaizat, what is your say?
    Please tell the truth, nothing but the truth!

    Reply

  2. 2 suarasarawak Aug 20th, 2009 at 1:39 pm

    Assalamualaikum,

    Berani kerana “Benar”…takut kerana “SALAH”…telus dan adil..
    LAWAN tetap LAWAN….reformasi 3x…

    Reply

  3. 3 alrawa Aug 20th, 2009 at 2:17 pm

    Berpendidikan tinggi tetapi ahklak rendah – siapa ya?

    Reply

  4. 4 kdin Aug 20th, 2009 at 2:53 pm

    sejak dulu, sekarang dan selama-lamanya…..

    Reply

  5. 5 gee Aug 20th, 2009 at 3:19 pm

    this one sure 2 atau 3 hari lagi dia disappear…
    mungkin kena ugut atau dpt habuan
    mcm bala…manusia tiada pendirian
    the dirty fellas will twist again

    Reply

    mndura Reply:

    biarlah dia kaya dgn duit UMNO dan pstikan PR menang
    Kerja Kuat banyak PR

    Reply

  6. 6 Batu putih@kota siputih Aug 20th, 2009 at 3:59 pm

    semalam muhyiddin telah menyatakan beliau lansung tidak tahu menahu tentang kes jual tanah johor kpd singapore,org tak tahu sejarah saja memutarbelitkan fakta ini,logik kah..

    Reply

    pangkor boy Reply:

    bukan tak tau sejarah,
    tapi BUTA SEJARAH

    Reply

    PermatangPasir Voter Reply:

    Hahaha, Muhyddin pun sudah nyanyuk ke? Macam Apanama?
    Tak ingat, tak pasti, dah lupa…..

    Reply

  7. 7 Polis Cabuk Aug 20th, 2009 at 4:52 pm

    Kepada pengundi Ptg Pasir jangan dok pilih pemimpin macam ni, belum jadi pemimpin dah songlap duit lepas ni kalau dia menang tak taulah berapa banyak dia nak menketedaghah duit, Umno ni memang penipu punya.

    Reply

  8. 8 GERAMMMM!!!!.. Aug 20th, 2009 at 5:09 pm

    salam,,
    Jangan biarkan BN menang… lawan dan terus lawan.. Kuatkan semangat dan usaha..
    Tegak kan keadilan… HIDUP PR!!!!!

    Reply

  9. 9 putra Aug 20th, 2009 at 6:54 pm

    Yusri is now a potential millionaire. Ahmad Maslan, Ahmad Zahid and Muhyideen have come out with public statements that it was Yusri the real culprit. The natural and ordinary meaning of their statements are that: Yusri is a cheat, a dishonest lawyer who runs away with client’s monies leaving a helpless Rohaizad to bear the financial brunt of Yusri’s wrongdoing.

    A defamation suit against the trio for a sum of RM1million in damages is quite in order. I wound think a sum of RM1 million is chicken feed or small change to the likes of Muhyideen and Ahmad Zahid. Muhyidee cld always ask Syed Mohtar to pay off the sum. I am sure the trio would be agreeable to make the payment sum to settle the matter out of crt.

    Yusri, you are a millionaire in the making by the stoke of a filthy mouths from the trio.

    Reply

  10. 10 akuu Aug 20th, 2009 at 7:42 pm

    yang camnie yg patut kita pilih..nanti kalau ada untung boleh bahagi sikit2

    Reply

  11. 11 rosli bin mokhtar Aug 20th, 2009 at 7:49 pm

    bukan tanah untuk loji air bersih sahaja tapi tanah kat gelang patah pun dijual kat rakyat singapura….semua rakyat malaysia,kita tolak pemimipan macam itu…musnahkan bangsa,agama@ negera malaysia…undilah pakatan rakyat

    Reply

  12. 12 laksamana Aug 20th, 2009 at 10:24 pm

    pemimpin amino bukan amik duit tu dia sedekah kat kroni dia la

    Reply

  13. 13 LeeManChoo Aug 21st, 2009 at 4:00 am

    UMNO ketandusan pemimpin….

    Sudah terang lg bersuluh,kalau rakan kongsi pun dia sanggup tipu,tikam dari belakang,inikan pula nanti jadi pemimpin,yang dia tahu songlap duit lah…..banyak lg calon2 yang lebih layak,kalau ye…pun cari lah baik sikit dari kaki songlap ni…saya berpesan kepada pengundi Permatang Pasir….jangan salah pilih wakil anda,SOKONG LAH CALON PR……Kita kasi ajar sama UMNO-BN.

    Reply

  14. 14 Dwell Aug 21st, 2009 at 10:55 pm

    Umnoni dah tak tahu pilih calon mana yang baikke,songlapke,asalkan pandai bohong kira baiklatu!!

    Reply

  15. 15 Sri Langkat Aug 22nd, 2009 at 1:11 pm

    UMNO tak de candidate lain ke? Memalukan!!

    Reply

  16. 16 Aaakuu benci Aug 22nd, 2009 at 1:19 pm

    ape bodoh la najib & muhyiddin buncit ni..
    bdk kurap rasuah mcm rohaizad ni pon dorang leh tercalon ke..
    mne x tumpahnya kuah klu x ke nasi..
    klu dah PM & TPM pon kaki songlap, anak2 buah lagi la soh chai..
    UMNO pengkhianat..
    Rakyat Permatang Pasir bkn bodoh.. skg dh celik IT..
    UMNO mmg dah x bleh di selamatkan lagi..
    bubar dan kuburkan je jln yg trbaik..
    kpd ahli2 UMNO yang masih blom trkene virus suey rasuah, ade baeknya angkat kaki sblm trjebak..

    Reply

  17. 17 Aaakuu benci Aug 22nd, 2009 at 1:27 pm

    KENE BACA!!!
    KENE BACA!!!
    KENE BACA!!!

    Pendedahan Siapa Isteri Kedua Rohaizat.

    layari di :-
    http://perakexpress.com/www/2009/08/22/pendedahan-siapa-isteri-kedua-rohaizat/

    Reply

  18. 18 sadasada Aug 23rd, 2009 at 3:54 pm

    Tersebar di duniakah PRK Permatang Pasir dan calon UMNO yang dasyat ni ye…?

    Dan kalau dia menang, apa agaknya warga dunia katakan kepada Malaysia?

    Malaysia Boleh? Atau kita ditertawakan sedunia kerana memenangkan calon pecah amanah.

    Tapi agak-agaknyalah, UMNO tiada harapan di Permatang Pasir ni….

    Reply

  19. 19 Rass Aug 24th, 2009 at 10:57 am

    Hi ahli2 UMNO,

    Kalau sapa2 nak jadi ahli UMNO , syarat utama (walau pun tak sekolah tinggi)calon mestilah kaki “Putar Alam”. Syarat ini adalah mandatory. Syarat syarat2 yang sunat macam menipu, berlagak, rasuah, kaki pompuan dan lain2 tu senior akan ajar dan train kemudian. Exposure yang akan ahli2 dapat akan melayakkan anda menjadi pakar. Jadi ahli dulu lepas tu OJT( On Job Training)
    Syabas

    Reply

  20. 20 mazuki yusoof Aug 24th, 2009 at 2:58 pm

    sama -sama kita semua bermunajat kepada Allah -mohon diberikan pertolongan dan kemenangan setelah semua pihak bekerja keras untuk Permatang Pasir. Kemenangan ini juga akan melenyapkan terus keangkuhan BN (Barisan Ne……) yang terus menghengtam Tok Guru dan DSAI dan lain -lain pemimpin Pakatan

    Reply

  21. 21 XUMNO Aug 27th, 2009 at 7:49 am

    Pungguk xUMNO

    Salam. Kawan-kawan,
    UMNO bukan salah pilih calon seperti Rohaizat yang suka songlap duit. Pilihan UMNO ni memang tepat tapi cuma Pakatan Rakyat dapat kesan awal. Sebab pemimpin seperti inilah yang memang dicari UMNO sebab semua pemimpin UMNO macam tu. Cuba cari mana ada pemimpin UMNO yang perjuangkan Melayu. Semua berjuang untuk kepentingan diri sendiri.

    Reply

Leave a Reply