19
Aug
09

Ekonomi Negara Di Persimpangan: Beranikah Untuk Berubah?

Ramai dari kita sedar jualan dari sektor pembuatan merupakan di antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi Malaysia. Oleh itu tidak hairanlah timbul rasa gusar di kalangan usahawan dan pengilang tempatan apabila prestasi nilai jualan sektor pembuatan tahun ini merudum sebanyak 25.5%. Sedangkan pada bulan Jun tahun 2008 sektor tersebut mencatatkan nilai jualan sebanyak RM 52.7 billion.

Menurut Jabatan Perangkaan Negara, nilai jualan sektor pembuatan merosot terkesan dari kelembapan 75 industri dalam sektor tersebut. Antaranya industri produk petroleum bertapis, pembuatan komputer dan peranti komputer, pembuatan besi asas dan keluli, pembuatan plastik serta pembuatan kimia perindustrian asas.

Apa yang lebih merisaukan saya, kesan buruk dari merosotnya prestasi industri-industri terbabit adalah berkurangnya peluang pekerjaan serta munculnya masalah pengangguran. Sekiranya kita membuat perbandingan di antara tahun ini dan sebelumnya, ternyata jumlah bilangan pekerjaan mencatatkan penurunan sebanyak 7.8% bersamaan 79 298 orang.

Angka-angka tersebut memperlihatkan kepada kita betapa negara ini masih teruk terkesan akibat dari krisis kewangan yang melanda keras tempoh hari. Langkah pembetulan mestilah merangkumi sekurang-kurangnya tiga perkara iaitu cepat, tepat dan berani. Tindakan pantas seiring dengan ketepatan membaca arus pergolakan mahupun gejolak kegawatan membolehkan permasalahan dapat segera dikoreksi.

Apa yang dikesalkan, kita sebenarnya berupaya untuk mengelak dari terjerumus merasai beban kedudukan ekonomi seperti sekarang  sekiranya pimpinan  serta pengurusan ekonomi negara cepat mengenalpasti kegawatan yang tiba dan bertanggungjawab menyampaikannya sesegera mungkin kepada rakyat.

Haruslah juga ada keberanian untuk kembali mengungkap dasar yang sudah lama dilaksanakan serta menawarkan ide baru. Pastinya akan ada pertentangan dari mereka yang gentar dan alah kepada Perubahan. Hakikatnya saranan serta cadangan yang kita tawarkan kepada rakyat Malaysia diakui berkesan oleh mereka yang pada mulanya seumpama sapi naik minyak.

ANWAR IBRAHIM


45 Responses to “Ekonomi Negara Di Persimpangan: Beranikah Untuk Berubah?”


  1. 1 RadixCrew Aug 19th, 2009 at 1:37 am

    Masa ni la nak menjana industries IKS tempatan…Org melayu tanam padi rupe-rupe beras MALAYSIA tokey HONGKONG yg punya…Nasib baik MALAYSIA masih ada HERBA yg berkualiti utk perubatan itu pun gua dgr TONGKAT ALI pun dah jadi AMERIKA punya…Malang sungguh PAK ALI TONGKATNYA di curi oleh JOHN…

    Reply

    intan Reply:

    CALON UMNGOK TU PON KAKI KAPUR, APA LAGI YANG NAK DIHARAPKAN…..SELAGI PUAK NI DOK ATAS…SELAGI TU LA DEPA DOK JARAH HARTA RAKYAT. CAMNA TAK MELINGKUP TERGADAI HABIS RETA NEGARA….

    Reply

  2. 2 i think Aug 19th, 2009 at 8:30 am

    Ha ah kalau betul tu, bangkitkanla sungguh-sungguh di dewan , biar semua YB dlm tu dapat memberi idea yg bernas untuk kebaikan rakyat.

    Reply

    win win winner Reply:

    Kalau betul ekonomi malaysia kerahkahkah,kenapa najib umum 1malaysia bahawa ekonomi akan pulih bahkan lebih baik dari yg disangkakan.Saya hairan ekonomi yg tak baikpun dia kata baik,lidah najib ni dah keras biasa berbohong dgn rakyat,apa PM begini yg kita sokong utk menarajui 1malaysia???

    Bila rakyat soal najib,pasti ada menteri yg cover,terutamanya muhyiddin dan rais,sepak terajang2nya soalan rakyat dah diam sebentar,kenapa menteri2 tak jujur bila memberi komen krisis ekonomi,walhal mereka diamanahkan oleh rakyat utk urus tadbir harta2 rakyat,niat rakyat 1malaysia ini hendak mencapai wawasan2020(tercapaikah tak retorik dan angan2aje)

    Wahai menteri2 yg dipetanggungjawab oleh rakyat turunlah padang dan tenggoklah guna mata sendiri tenggok keadaan rakyat kamu disetiap kawasan,mereka tak terhegeh2 terlolong menadah simpati,pak menteri,(begitu sebaliknya nanti)pak menteri akan sujud bersimpuh rapat setibanya pru13 nanti,janganlah mensiasiakan amanah rakyat yg dah sokong kamu sehingga ditahta sana,bila2 rakyat boleh menjatuhkan pak menteri dan kehilangan semuanya,ingatttt..

    Kita tanyalah masaalah rakyat darisegi rutin seharian,kes ekonomi/kemiskinan/pelajaran/pengangguran/Ah1n1/cukai/belia/tanah/makan/surau/kk/tani nelayan/pokoknya masaalah mereka adatempat nakdi adukan.Buatlah seminggu sekali jadilah,rakyat senang,YB pun senang.

    Seperti dinegara Newzealand,hasil sumber dan kekayaan negara terbagi samarata,diantara 100%hasil negara 43.75?alah hak rakyat,siapa yg jati anak tempatan berumur 21keatas akan mendapat agihan syer hak mereka,ini baru dinamakan adil..

    Takpayahlah Malaysia nak ikut sistem ini cuma contoh aje,tapi kalau ada relevennya taksalahkan rakyat mendapat pampasan setiap bulan dgn kadar min RM2.500 keatas,dan ini baru dikatakan kerajaan prihatin,rakyat didahulukan,taklah kita dengar disanasini hal miskin tega…….renung2kanlah…..
    tak

    Reply

    LIACMILAN Reply:

    PORAAAH…PEROMPAK HASIL BUMI KELANTAN…PLS PAY OUR ROYALTY FIRST..
    SPRM BADAN YG DITUBUHKAN UTK MENYIASAT PASAI JUAL BELI LEMBU JE..dsai tolong ketengahkan isu kenaikan saluran sukan astro yg tak masuk akal..

    Reply

  3. 3 sedar Aug 19th, 2009 at 10:23 am

    marilah bersatu dalam 1malaysia…

    rakyat memilih najib sebagai pm dan bn sebagai kerajaan memerintah, maka kita harus menyokong nya demi kemakmuran negara dan meingkatkan ekonomi…

    dsai, berubahlah dari sikap memburukkan perpaduan dan menanamkan perasaan benci dikalangan rakyat sesama sendiri. sertailah rakyat malaysia yang memerintah kini. disaat negara lain berlumba-lumba untuk meningkatkan ekonomi dan kemajuan serta perpaduan rakyat, anwar begitu subuk meruntuhkannya.

    nik aziz, saya sarankan agar letak jawatan dari terus memimpin pas dan menteri besar kelantan. adakalanya kita perlu memberi peluang kepada generasi muda yang tidak lupa diri serta waras dalam berkata-kata dan bertindak. pemimpin seperti nasaruddin yang mahukan kebaikkan ummah dari kepentingan idealogi parti adalah sesuai menggantikan nik aziz. manakala awang hadi masih sesuai sebagai penasihat parti.

    para penyokong kerosakkan yang gemar menuding jari keatas orang lain bila berlaku masalah, lontarkanlah idea bernas dan positif. berubahlah daripada cenderung mencari kesalahan dan kesilapan orang lain kepada rajin mencari rezeki sendiri dan keluarga, bersikap membantu memberi idea untuk berdaya maju, mencadangkan langkah-langkah yang membina dan lebih bersikap terbuka.

    harapan saya, matlamat wawasan 2020 tercapai dengan jaya dengan sikap 1malaysia…

    Reply

    umaq Reply:

    1malaysia!!!!!!!!!!!!!!!!orang cite pasal mereka2 yg diatas tu.. orang2 besar.. pak2 menteri.. menteri2 dlm negara yg ada kuasa.. aku tak tau sejak bile dorang da mula pandai bermain2 fakta dan kate2 manis untuk menyedapkan hati org ramai, pandai bermain kate2 tapi satu tindakan xde. sala2. ade la tindakan tapi tk menguntung org ramai, untung kan diri sendiri dan kawan2 mereka, sedare mare. ank beranak. aku tak tau dorang ni ikot ckp kroni atau kroni ikot ckp die.. maklum la ekonomi tgh gawat. pak menteri pun nk cari duit lebih.. mudah je terima kehendak tokey2 dan pembekal yg digelar jutawan, ye la “no money no talk”..

    tapi bile org awam punye suare diluahkan.. pak2 menteri mampus xnak dengar.. langsung tak ambik port.. bile nekad turun nk berpiket, berdemo, luahkan masalah secare tegas.. abez disembur, digas pemedih mate.. sume agensi dibawah kerajaan diguna.. sume propaganda kabur keluar kt media arus perdana tau yg bkn perdana.. menakut-nakutkan rakyat.. menyalah-nyalahkn org lain.. sape2 la, kerajaan pembangakang ke tau pembangkang ke.. jgn main2 fakta yg tipu2 ni.. rase nak muntah.. loya

    dey2.. cukup-cukupla tipu rakyat malaysia..
    kena la tu dengan motto 1malaysia..

    “rakyat malaysia didahulukan untuk ditipu”

    Reply

    win win winner Reply:

    Sdr sedar,

    saya rasa sdr belum lagi sedar dari mabuk angin keluar asap,yg sdr kata ni byk yg salah,ekoran byk mkn angin&asap,realitinya 1malaysia rakyat inginkan kemakmuran berterusan,termasuk dsai,tgna dan seluruh PR,yg membodohkan soalan sdr adalah paksinya idealogi dsai yg cerdikpandailah membuat malaysiani menular termashur diseluruh dunia akibat arus idealogi yg proaktif,maka utk mengaburi mata rakyat seperti kau yg terang2 mataharipun kau masih bersuluh dibawah cahaya panasterik,tak kantoikah sdr…
    Perjuangan dsai adalah anugerah walaupun menjangkau usia senja,namun undur pantang sekali inilah manusia yg memperjuangkan hak rakyat,siapa perjuangan umno yg dapat menandingi sehebat dsai,siapa org umno berani masuk penjara diatas fitnah,sebenarnya ahli2umno dah ketandusan idea,dulu menyifatkan PR kerahkahkah,lihat sekarang nyata umno/BN dah kritikal nak masuk ICU,tak payah sebut,sembunyikan saja pekong keburukan umno/BN 1malaysia dah tahu,tak cakapun org dah hidu bau busuk.

    Kemana2pun umno/BN nak lari dari kesilapan semua org 1malaysia tahu,dan apapun nak bersih diri dah terlambat,PR dah dulu sediakan kubur utk para perosak bangsa….renung2kan…

    Reply

    GERAMMMM!!!!.. Reply:

    Salam..
    Kamu beritahu mcm 2, kamu sedar tak? Mcm tak Sedar JER.. FOLLOW UP la skit dengan keadaan politik Negara..
    BN dh lebih 50 tahun MERDEKA, mcm2 masalah timbul, FITNAH m’fitnah, tak habis2..
    Nasib org MELAYU pun masih ada yang tak terbela..

    HOPE U SEDAR YER!!! TQ..

    Reply

  4. 4 ISMA AZRI Aug 19th, 2009 at 10:31 am

    Apabila kerajaan menaikkan harga minyak petrol dan diesel ekoran penyusunan semula subsidi ini telah memberi kesan negatif ke atas pertumbuhan ekonomi dan kuasa membeli rakyat .Kadar inflasi naik begitu mendadak ,harga barang makanan dan keperluan lain melambung tinggi.Saya bukan pakar ekonomi untuk ulas panjang psl ekonomi secara mendalam tetapi dari membaca pandangan masyarakat dan info dari laman internet sudah memberi kegusaran apakah yang akan berlaku pada ekonomi Malaysia….akan datang.

    Reply

  5. 5 shah jahan Aug 19th, 2009 at 10:43 am

    apa dah jadi dengan bajet ransangan 60 bilion tu???? tak merangsang gak ke?? ke abis kat bini pm buat rambut n botox??

    Reply

    guni setahil Reply:

    60 billion umpama “buluh kasap dapat hujung pangkal lesap”. UMNO mana pandai berniaga semua untuk dan untung pegi kat kantung keroni.

    Reply

  6. 6 Farhana Aug 19th, 2009 at 10:46 am

    salam semua.. jangan gaduh-gaduh semua ek. pada aku, kita semua memang terasa akan keperitan hidup pada masa sekarang. tak kira la orang tu kerja swasta, kerja kerajaan atau pun keja sendiri, apatah lagi yang tanam anggur. cuma yang bezanya, sama ada terasa banyak ataupun terasa sikit.. ataupun tempias-tempias sahaja.

    kalau kita renungkan, kerja dengan kerajaan ni kira macam dok tengah-tengah la, tak kaya sangat, tak susah sangat. kalau time ekonomi baik, gaji tetap dapat 100% (cuma mungkin ada bonus la). kalau ekonomi meleset, gaji jalan jugak 100%, tetapi perbelanjaan makin tinggi plak. so gawat jugak macam tu

    kalau yang kerja sendiri plak, time ekonomi bagus, rezeki datang melimpah ruah. dapat untung berlipat ganda (time tu sendiri kena ingat la). kalau time gawat, sendiri kena ingat jugak la.. jadi pada aku, setiap pekerjaan ada kelebihan masing-masing.. cuma waktu gawat ni semua orang akan terasa bahang dia. cuma ikut pada situasi masing-masing. jadi kita semua kena la cari alternative supaya kita semua boleh survive dalam situasi sekarang ni..

    p/s: sekarang ni, nak menabung pun susah.. dok korek tabung lagi ada la

    Reply

  7. 7 jai98 Aug 19th, 2009 at 10:48 am

    apa boleh kita buat.. sumber & saluran untuk meluahkan perasaan sudah ditutup sepenuhnya. cakap elok-elok tak mau dengar.. cakap guna demo, kata derhaka plak.. so apa cara kita nak luahkan perasaan kita. nak tunggu PRU ke13 tah bila..

    bagi ahli parlimen & pak menteri-menterinya plak tak abis-abis dok berperang. ni tak lama lagi nak buat PRK plak.. so, bila masa mereka nak pikirkan pasal isi perut anak buat mereka.. aku rasa malaysia sekarang ni macam tak ada menteri. yang dok bercakap balik-balik najib & muhyidin. menteri lain dok diam je.. apa nak jadi sekarang ni tah..

    Reply

  8. 8 izad Aug 19th, 2009 at 10:49 am

    sian plk tgk nasib rakyat Miskin. Dah la ekonomi makin teruk, barang2 pulak makin banyak naik harga. Dulu masa rege minyak naik, semua harga barang naik, tapi bila harga minyak turun takder plk harga2 barang turun sekali.
    Tapi bila tgk kat shoping2 complex, ramai ajer yg belanja sakan. Maybe dah ader gaji tetap, tak perlu risau pasal gaji, lagi2 sekarang tgh megasales, semua tempat sales sampai 70 %. Mana yg tak tau menyimpan memang rambang mata.
    Ntah la, tgk masing2 nya mentaliti.

    Sebaik2nya masa sekarang kita lebih berjimat cermat, menabung sebanyak yg boleh, mengurangkan perbelanjaan, mengurangkan pembaziran dan kalau boleh menambahkan pendapatan.
    susah memang susah. Tapi yg lebih penting cam ner nak harungi kesukaran skrg. Cuba2 carikla side income, or wat bisnes yg ader prospek baik punya. Kalau nak harapkan gaji semata2, rasanya takkan cukup.

    Carik la side income, untuk simpanan kita, menampung perbelanjaan mana yg tak cukup dan untuk guna incase emergency.
    aku pon korek tabung gak …

    Reply

  9. 9 zambry bukan mb Aug 19th, 2009 at 10:51 am

    memang betul ekonomi kita makin hari makin tenat dan rakyat golongan bawahan seperti kita yang lebih terasa bebannya. Tapi sebagai rakyat biasa yang takde apa2 kuasa apa sangat yang kita boleh buat. Lebih2 pun kita kena berjimat cermat dan cuba cari sumber pendapatan alternatif. Lagipun itulah saranan pemimpin2 kerajaan pada kita untuk menangani gawat ni. Tapi sampai bila kita nak biarkan keadaan macam ni sedangkan orang2 atasan kerajaan hidup senang-lenang bermewah-mewah dengan duit hasil titik peluh kita. Aku pelik kerana ada yang mengatakan bahawa pendapatan mereka yang dikecualikan cukai itu adalah tidak mencukupi. It makes me wonder berapa banyak gaji dan elaun yang perlu dibayar pada mereka untuk mereka mengatakan cukup?

    Adakah kita sudah cukup berpuas hati dengan gula2 yang diumumkan oleh kerajaan yang bagai melepas batuk ditangga je? For instance, cukai motor tinggal RM2 tapi insurans naik 100%? Diskaun 20% untuk penggunaan tol melebihi 80 kali sebulan yang hanya menguntungkan 0.01% daripada jumlah penduduk negara? Kenaikan tambang untuk semua jenis pengangkutan awam? Penurunan kadar yuran untuk mengambil lesen motor yang hanya diambil sekali seumur hidup? Kenaikan harga minyak yang bakal diumumkan September nanti untuk kualiti minyak yang sama kita gunakan sekarang semata-mata kerajaan mahu memperkenalkan minyak yang rendah kualiti?

    Sedangkan pada masa yang sama kita dapat tahu ada bekas pemimpin kerajaan yang mampu memiliki mahligai bernilah RM24 juta? Pakej rangsangan ekonomi yang bernilai berbilion-bilion ringgit yang jadi senyap sejak diumumkan. Apa yang telah dilakukan terhadap pakej tersebut? Siapa yang mendapat faedahnya? Wang simpanan KWSP yang menjadi milik seluruh rakyat yang bekerja dikeluarkan sewenang-wenang untuk bail out kroni-kroni yang rugi di BSKL? dan bla.. bla.. bla…

    Adakah kita masih belum sedar lagi?

    Reply

    win win winner Reply:

    sdr,

    Inilah Pemerintah UMNO/BN dulukinidanselamanya dimana2 tetap menyeleweng hak rakyat,bagi kita mereka dah melamggar etika amanah,sebabtu dia tulah/durhaka kepada rakyatnya,dan sekarang nyata dibalikkan Allah didunia lagi dah nampak….renungkan sejenak….

    Reply

  10. 10 grocer Aug 19th, 2009 at 10:59 am

    betul ds…mmg sebenarnya ekonomi negara kita sudah agak teruk sekarang nie…tapi di rahsiakan dari pengetahuan umum…kita di momokkan dengan keadaan ekonomi yg jauh panggang dari api dgn apa yg di perkatakan….ermm…

    bagi aku yg student nie..mmg xterasa langsung pasal naik jatuh ekonomi nie…iyerla…bagi kitorang nak teruskan survival ngan life campus nie dengan tunggu loan masuk ajer la…bagi stdent mcm aku…duit masuk bleh hidup…duit xmasuk…alamat dah nampak banyang2 gelap kerumitan yg berlaku…ikat perut makan meggi nak save duit beli buku ngan fotostat note.

    tapi walau mcm mana pun aku still follow isu tentang ekonomi negara kita…sbb dulu aku adalah insan yg pernah bekerja sblm aku further study…so…sikit sebanyak mmg agak terasa sbb aku bekerja dengan org yg bekerja sendiri…klu company xde project mcm mana dier nak bayar gaji aku nantikan…

    bagi aku goverment perlu brainstorm otak diorang kaw2 mcm mana nak bagi ekonomi kembali seperti biasa…cari idea mcm mana nak tarik pelabur2 asing datang melabur,kenakan syarat yg menguntungkan pada syarikat2 luar yg duk seronok mengaut keuntungan hasl bumi kita….buat mcm china ngan south africa…diorang bagi syarat kat syarikat perlombongan arang batu ( hanya syarikat luar sahaja ) bayar cukai tambahan yg tinggi pada goverment sbb kenaikan harga di peringkat gobal…

    itu antaranyalah..banyak lagi sebenarnya…itu apa yg aku baca dan untuk kita konsi ajer…aku bukan pakar ekonomi pun…lagi satu klu kita beralih arah pada urusniaga dalam euro/dinnar pun ada baiknya juga…

    so aku harap giverment malaysia nie jgn la tipu rakyat lagi…kurang2kan la nak wat masingnya wawasan tuh…pantang naik PM…wawasan jadi tajuk utama dulu…xpaham aku…

    maybe goverment xbagi tau situasi sebenar ekonomi sbb xnak rakyat risau dan boleh membuatkan rakyat panik…paper pun ekonomi malaysia nie dah mmg mengucup…selalu nya yg terasa nie mcm org yg wat kerja sendiri la…ermmm…apa nak di kata…doa la banyak2 semoga kerajaan kita jumpa jalan penyelesaiaan untuk baik pulih ekonomi negara kita….

    Reply

    abot Reply:

    itulah realiti nyer sekarang… rakyat xpernah didedahkan gengan situasi sebenar yg berlaku… hanya benda yg menggembirakn n melalaikan jer yg bnyk digembar gemburkan… hanya isu2 yg mendatangkan keuntungan sahaja yg diceritakan…

    aku akui, kami yg makan gaji nih memang xterasa sangat dengan keadaan ekonomi sekarang… tp aku simpati ngan nasib kwn2 semer yg bekerja sendiri… usah kata kawan, abg aku pn ada yg bekerja sendiri, aku dpt tgk kepayahan mereka….

    Reply

    kaiye Reply:

    hai..hai… pakej rangsangan ekonomi najib takguna rasanya

    Reply

  11. 11 arman kdsara Aug 19th, 2009 at 11:04 am

    1) Jumlah nilai dagangan eksport yang merupakan nadi kepada ekonomi negara susut sebanyak 22.6%

    2) Pelaburan asing turut menunjukkan kemerosotan yang besar dengan jumlah FDI (foreign direct investment) adah pada kadar RM4.2 billion berbanding RM46 billion pada 2008.

    3) Pertumbuhan ekonomi menguncup sehingga -1% hingga -4% (mungkin lebih teruk lagi) untuk tahun ni.

    ****************************

    Apa nak jadi dengan negara kita ni? Pendapatan golongan marhaen semakin merosot tetapi kos sara hidup makin meningkat setiap bulan. Mungkin yang bekerja makan gaji tak terasa sangat sebab korang masih dapat gaji yang tetap setiap bulan. Tetapi bagi yang bekerja sendiri dan juga bagi sesetengah pekerja kontrak swasta keadaan sekarang adalah amat menakutkan. Bagi aku yang bekerja sendiri memang terasa sangat kesannya sebab total income merosot sehingga 60%-70% setiap bulan. Bukan aku sorang je ramai lagi kawan-kawan aku yang bekerja sendiri jadi mangsa keadaan. Ada di antara mereka yang took up a loan with bank tapi akhirnya default. Ada di antara kawan-kawan aku yang jadi kontraktor kelas F yang terpaksa buka gerai tepi jalan jual air tebu, pisang goreng dan sebagainya untuk menyara hidup.

    Tapi apa yang kita saksikan bila baca/tonton mainstream media?
    1) TPM sokong artikel Utusan yang berbaur perkauman.
    2) Balik2 iklan sampah tentang konsep 1 Malaysia.
    3) Alasan-alasan ***** tentang kebaikan ISA.
    4) Rosmah pun dah ada blog sendiri di website rasmi gomen.
    5) Lagi gula2 yang insignificant seperti 20% diskaun untuk penggunaan toll melebihi 80 kali sebulan yang hanya memberi faedah pada golongan minoriti.

    dan bla.. bla.. bla.. lagi yang langsung takde kaitan dengan keadaan ekonomi semasa. So, aku nak tanya kat korang benarkah masalah ekonomi negara kita ni tak begitu serius? Dan benarkah fundamental ekonomi negara kita ni benar2 teguh seperti yang ditegaskan oleh Najib sebelum ni?

    Reply

    helmi Reply:

    1st – Investor kebanyakannye dah bungkus..Even ada yg dari awal mmg nak keluar dari Msia dan diorg cari alasan pasal ekonomi down so diorg keluar dari sini untuk ke market yang lebih rendah kos spt China..

    2nd – Pakej rangsangan ekonomi habis smpi bape puluh billion ari tu ? Berapa yang smpi ke rakyat marhaen ? Aku rase xsmpi 10% pon..Yg lain byk sangkut di tengah jalan atau ditelan oleh kroni ? Wallahualam..

    3rd – Isu ekonomi ditutup dengan isu2 major spt ISA,H1N1..So rakyat telah dikencing yang ekonomi semakin menuju pemulihan..

    4th – Even time2 gawat pon aku tgk orang melayu kita shopping rilek jer..Xcaye cuba g shopping kompleks time megasales nih..Perlu ada kesedaran untuk org kita saving/invest..

    5th – Kos hidup semakin tinggi..Gaji duk byk tu gak..Silap2 kena tolak lagi sebab nak save kos..Time nak raya jer gula tinggal sket..Abah dia la..Carik alasan nak naikkan harga la tuh..

    Reply

    budi Reply:

    betul2, pakej ransangan ekonomi aku x rase lansung n xnmpk lansung kesan die, sape yg dpt pn kite xtaw, senyap mcm tu je…
    pastu brg2 keperluan tu mcm gula mmg ade rancangan utk naikkan harge time puase n raye, suke2 nk untung lebih..
    bleh bayangkn x gaji2 menteri? gaji2 ahli parlimen? elaun2 dieorg? bkn beribu2 ke? kete gomen yg dieorg pkai? smua mewah2….rakyat mcmane plk? gaji? kenderaan? kmudahan awam?
    __________________

    Reply

  12. 12 atie Aug 19th, 2009 at 11:13 am

    kat sabah tak terasa sangat kemelesetan ekonomi nie bab org sabah dari mula merdeka sampai sekarang memang pun hidup melarat….semua hasil bumi sabah hangus dimakan BN

    Reply

    kritis Reply:

    yang hidup melarat tu awak seorang je, sebab awak yang malas nak cari rezeki. aku tengok di sabah, rumah-rumah dia orang lagi besar daripada rumah di semenanjung. tak payah lah nak tipu orang sabah ye! aku dah raound 1malaysia dan tahu kehidupan setiap masyarakatnya.

    nak tahu macam mana saya tahu, sebab saya dah buat kajian dan beberapa kali buat kerja lapangan.

    atie kenalah rajin banyak untuk maju! jangan asyik menuding jari atas kekurangan diri!

    Reply

    win win winner Reply:

    sdr pritis,

    Seandainya kamu diangerahkan seperti kehidupan mereka yg merempat dikakilima,apakah tindakan yg perlu kamu lakukan,minta tolongkan,mcm mana nak cari sumber utk memajukan diri,takkan merompak….ini negara kita,setiap rakyat ada hak bersuara,harta negara hak rakyat,bkn hak kerajaan,ia cuma di amanahkan mentadbir…renung2 dulu..baru cakap…

    Reply

    sapu bersih Reply:

    aku sokong ko ati…suma federal ja yg p mkn klu x msakan org pedalaman msih ssh knn.mmg karenah politik btl..org2 beso ja yg mkn duit 2. penat ja keja tp hasil org lain yg dapat. c kritis ne mgkn p field work sub urban ja mkgn klu dia p pitas @ sugud bhhh bru ko tau cm na ssh org kg ne geng! ckp jgn pkai idung len kali k…if u dare p la area yg btol2 rural area arrr, wat observation btol2 bru ko rsa

    Reply

  13. 13 mamat 77 Aug 19th, 2009 at 11:14 am

    kite dilalaikan dengan isu tak perlu.. banyak da penentangan… tapi xde ape2 tindakan susulan… nape jadi camni?? aku sgt terase dengan kemelesatan ekonomi ni.. aku nak tanye.. ade tak kerajaan reduce kos operasi or ape2 la yg boleh direducekan yg boleh menunjukkan mereka peka dengan keadaan. dan betul2 ingin berjimat.jawapannya. zero!! pulun ttp pulun.. sape xdpt pulun nasib..

    Reply

    kritis Reply:

    nak naik ekonomi kena lah berusaha sendiri. jika awak maju maka boleh lah bayar incomtax n then dapatlah memajukan ekonomi negara.

    daripada asyik menyalahkan kerajaan lebih baik fikir bagaimana nak tingkatkannya.

    Reply

    win win winner Reply:

    sdr pitisni mcm spesis otak yg ada tanduklah slot pemikiran yg byk virus,sememangnya begitu senang aje minta disembelihkan…renung2dulu…

    Reply

  14. 14 petugas no 18, pmtg pauh Aug 19th, 2009 at 11:17 am

    Apa diharapkan lagi pada UMNO/BN jika harapkan pagar….pagar makan padi…Pemilihan calon UMNO/BN Permatang Pasir membuktikan TIADA pemimpin UMNO/BN yang ada hari ini dan masa depan yang bersih dan boleh mejadi harapan 1 Malaysia…..

    Barang siapa yang masih menyokong mereka yang pecah amanah adalah merupakan mereka yang dayus dan tergolong sebagai pengkhianat rakyat Malaysia.

    Reply

  15. 15 Stealth Aug 19th, 2009 at 2:53 pm

    News number: 8805271262 16:41 | 2009-08-18
    Foriegn Policy
    ——————————————————————————–

    Iran Ready to Transfer Technical Expertise to Singapore

    TEHRAN (FNA)- Tehran Governor-General Morteza Tamaddon here on Tuesday voiced readiness of the Iranian capital to transfer technical and engineering services to Singapore.

    “Tehran province, which has the most industrial units in the country, is ready to export industrial productions and equipment as well as technical and engineering know-how and services to Singapore,” Tamaddon said in a meeting with Singapore’s non-resident Ambassador to Tehran Ong Keng Yong.

    Also at the meeting in Tehran governor-general’s office, the two sides conferred about possible avenues for expanding cooperation and bolstering trade, industrial, cultural and commercial ties between Tehran province and Singapore.

    Reminding Tehran’s capacities and potentials, the Iranian official noted, “Tehran province is the first exporter of the country and enjoys ample potentials and capacities in trade.”

    Pointing to the 2.5-billion-dollar trade exchanges between Iran and Singapore, Tamaddon underlined, “Such a volume of trade ties is not enough given the two countries’ capabilities. It is necessary to increase this volume in coming years through preparing proper grounds for traders and investors.”

    The Singaporean ambassador, for his part, announced that he would pursue the case with the expansion of Singapore-Iran relations via the country’s Foreign Ministry.

    He further voiced willingness to send an economic and trade delegation to Tehran in a bid to study conditions for increasing trade ties and cooperation with Tehran province.

    The envoy also announced that a joint working group will be established to explore the proper ways for the two sides’ trade, industrial and agricultural cooperation.

    Reply

  16. 16 smy Aug 19th, 2009 at 3:11 pm

    sejak najib jadi PM, najib telah cuba mengalih perhatian rakyat dari masalah harga barang dan lain lain kepada 1malaysia,kelemahan Pakatan Rakyat dan H1N1. muhyidin lagi teruk, merapu macam dia pulak jadi Ketua pemuda umno. sama sama lah kita hancurkan umno/bn pada PRU 13 nanti.

    Reply

  17. 17 M4L4YS14 4 4LL Aug 19th, 2009 at 7:06 pm

    Kalau nak kaye, jangan salahkan ekonomi, politik, cuaca, ISA, H1N1 ataupon ketua Umno cawangan x bg bantuan. nak kaye kite kene berani, usaha, mempunyai strategi dan sikap yg sesuai utk menjadi kaye. dekat U byk memember aku mkn megi tp aku makan kt luar 3 kali x masok makan stok makanan dlm bilik aku cam megi, biskut, roti, milo dll. kalo sumer org setuju dgn ckp aku, xde org susah kt malaysia nie.

    bandingkn aku dgn memember, diorg malas dan byk buang mase kt U. ckit2 dgn awek, pegi klas ngan awek, study same2 kt library dgn awek jugak, melepak, tido pastu wat kecoh. aku selalu wat bende yg berfaedah cam blaja buat bisnes MLM. Tiap2 mggu aku turun KL wat bisnes. tapi setakat nie aku xlah kaye raye. tp untung boleh beli mini laptop, broadband, isi minyak, servis kereta, shopping ckit, top-up henfon.

    ramai x tau nape kite perlu jadi kaye? sbb duit xkan membuatkan kite bahagia, tapi buat lebih banyak duit menjaminkan kebahagian. sebagai student di IPT, sape ckp die busy dan study 24 jam mmg penipu besar. aku yg amik jurusan paling sibok pon ade byk mase terluang dan aku gunekan mase aku wt bende berfaedah cam wat bisnes MLM.

    ingatlah, org miskin buat alasan, org kaye buat duit. gunekan mase anda wat sesuatu yg mendatangkan hasil. insyaAllah, berkat usaha, kesabaran, ikhlas dan strategi yg mantap, sesiape pon boleh kaye…..

    Reply

  18. 18 sesibu Aug 19th, 2009 at 7:56 pm

    Salam..
    memang ekonomi sekarang merosot, inflasi tinggi, peluang pekerjaan kurang, ditambah lagi dengan penyakit H1N1 yang semakin menular, perniagaan merosot, terutamanya kepada peniaga kecil dan sederhana… Ditambah lagi pulak dengan aktiviti berdemonstrasi di jalanan, lagi la peniaga-peniaga tu susah nak meniaga… pelancong pun takut nak datang, dah ingat Malaysia huru-hara, peniaga yang bergantung kepada pelancongan jadi lebih terganggu jugak… kesian aku pada peniaga kecil dan sederhana itu..

    sekian sekadar pendapat

    Reply

  19. 19 joe-kedah Aug 19th, 2009 at 10:34 pm

    Sejak kebelakangan ini, kita senantiasa disaji dan dihidangkan dengan berita-berita yang tersembunyi dari bangsa melayu sendiri duduk diatas bahawa malaysia telah pulih dari kemelesetan ekonomi dan telah mula pulih kononnya. Saya berpandangan, jika seseorang pemimpin melayu yang jadi pemimpin asal usulnya bermain lanyau (lumpur) dibendang, selalu duduk atas belakang kerbau dan mandi dengan kerbau, pernah makan nasi dengan minyak, pernah makan pisang lenyek macam anuar ibrahim, mat sabu (pernah mukuoi padi dikedah), afiffuddin omar, mahfuz omar, hayati osman, othman abdul (masa jadi ado pendang mai pejabat pakai seluaq sais ribu kerana pakai seterika arang), tok guru nik aziz, tok guru hj hadi dan lain-lain lagi, mereka tahu susah, maka mereka ada otak untuk berfikir menjana ekonomi dan tahu bagaimana untuk membahagiakan rakyat, sebab mereka lebih pentingkan rakyat dari diri sendiri. Berbeza dengan pimpinan umno sekarang, najib, hishamuddin kecik-kecik lagi mak bapa dia dah hantar keluar negeri, tidor pula bukan atas tikar mengkuang, atas tilam dunlop pilo setebal 2 kaki, begitu juga pimpinan umno yang ada pada hari ini, mereka semua tidak pernah kenal susah, sebab itu lah masaalah rakyat tidak diutamakan, yang penting poket kantong mesti penoh setiap masa. Silapnya kepada orang yang menyokong umno yang tak tahu keadaan semasa. berbalik kepada calun bn yang bertanding dipermatang pasir, duit koperasi pekebun getah tu rm140,000.00 tu saya juga ada bahagian. Tak sangka, rupa paras lembut pijak semut tak mati, tapi rupanya jenis pelahap duit orang ramai. saya tidak redha kalau dia makan duit tu, sebab saya pagi-pagi lagi mengadap pokok getah (pernah kena patuk ular kapak sg petani), dia senang-senang pelahap. Ahli pekebun getah kecil sumpah mampuih tak menang. Ini lah bangsa yang makan darah daging bangsa dia sendiri, TTTTTUUUUUIIIIIHHH

    Reply

    win win winner Reply:

    sdr,

    Kalaulah ada beribu2 org yg faham dan sedar betapa siksanya kehidupan nak sara keluarga,org lain bangsa sendiri lagitu kenyang dgn kesenangan org lain patutkah kita semua sokong dan biarkan si Rohaizat osman ni kita undi jadi wakil kita??

    N`uzubillah….KITA LAKNATKAN MANUSIA BEGINI JADI WAKIL KITA,BAIK UNDUR DIRI DARI BERTANDING,SEMUA ORG DIPEMATANG PASIR DAH CIUM PEKONG BAU BUSUK ROHAIZAT INI,TAK MALUKAH
    SERAH PADA ORG YG LEBIH CERDIKPANDAI LAGI DAN BERSIH DARI SEGALAGALANYA..renung2..

    Reply

  20. 20 cheder Aug 20th, 2009 at 12:51 am

    umno akn kalah di permatang pasir,kami ribuan pengundi atas pagar akan menentukan kemenangan pakatan rakyat yang diterajui pas.

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Kemenangan di Permatang Pasir sangat bererti pada Pakatan Rakyat! Kalau majority besar rakyat disana sokong Pakatan Rakyat, dengan sednirinya segala tohmahan2 yang dileparkan pada Pakatan Rakyat akan berkubur sekelip mata! Moga rakyat di Permatang Pasir bijak menilai mana yang intan dan mana yang kaca. Waspadalah kalau kalau ada pengundi2 hantu berkeliaran!

    Reply

  21. 21 n. ajis Aug 20th, 2009 at 7:08 pm

    PAS boleh urus ekonomi negara ke? Siang malam berceramah dok maki hamun orang. Kita nak dengar pandangan alternatif bukan sekadar maki hamun. Kelantan kenapa tak maju? Takkan nak salahkan kerajaan pusat saja. 20 tahun perintah kelantan takkan hanya tahu maki hamun orang.

    Reply

    lia Reply:

    saudara n.ajis pn same tau ckp bende merapu xde fakta. negeri kelantan satu-satunye negeri tanpa hutang kepada kerajaan pusat. negeri-negeri yang selame ni dikuasai BN sume berhutang. Malah sekarang kerajaan pusat pula berhutang kpd kelantan tp degil xnak bg royalti minyak. p.pinang, selangor dan kedah sume negeri apabila diambil alih oleh PR didpati belanjawan untk thn semasa dh habis digunakan dalam 2 bln shj utk kempen politik parti-parti komponen bn.

    Alhamdulillah negeri kedah sejak ditadbir oleh PAS sudah dpt menjana pendapatan dan aliran kewangan positif. Rajin-rajinkan lah baca pasal ekonomi.

    BN perompak duit rakyat.

    Reply

    mie Reply:

    ape bodoh sangat najis ni? ape ingat ahli² pas takde kelulusan akademik ke? cuba la selidik dulu sebelum menulis. selidik sekali kelulusan menteri² kabine BN tu tengok takat mana jek sekolahnya. Sebab tu negara jadi porak peranda.cakap pakai mulut bukan pakai hidung!

    Reply

  22. 22 nilam Aug 21st, 2009 at 10:53 am

    Assalamualaikum dan salam Ramadan…
    Sy baru dalam ruang ni. so jangan la hentam saya teruk sgt kalau saya tersalah tulis nanti yer? Bukan apa, saja2 dah mula nak berjinak2 dengan alam politik ni.. Maklumlah selama ni terpaksa patuh kepada DYMM sebab dah bersumpah untuk TAAT SETIA. Pasni bila dah pencen, nak gak jinak2 dalam politik. Tu yang sejak 1 2 tahun ni mula tercari2 ke mana arah tuju memulakannya nanti…

    (Maaf sebab nak komen ttg ekonomi ni, sy kurang arif. tak baik bercakap jika tak arif dlm bidangnya kan? Tapi yg pasti memang ekonomi sy tercalar gak semenjak dua menjak ni.. Apa taknya? Utusan/Berita Harian sy beli, METRO sy beli, HARAKAH sy beli, SUARA KEADILAN pun sy beli… untuk 1 perkara – mencari apa sebenarnya).

    Yg saya nak tulis – sebenarnya UMNO ke BN ke PKR ke keAdilan ke, Najib ke DSAI ke (jangan tersinggung sbb sy tak sebut gelaran kebesaran utk Najib) kadang-kadang ada sikit sama kadang-kadang ada beza gak. Contohnya: Kadang2 sama sebab semuanya dianugerahkan Allah dengan otak yang menjadikan manusia sebagai makhluk yang paling mulia di sisiNya. Beza pulak ada yang gunakan otak tu dengan elok, ada yang gunakannya dengan benda yang ntah apa2. (Fikirkan sama2). Tapi satu je sebab napa wadah politik melayu@Malaysia ni jadi macam sekarang. KESILAPAN (sebenarnya boleh ditulis KESALAHAN) MEMECAT DSAI DARI KERAJAAN DULU(SAYA TAK TULIS MEMECAT DSAI DARI UMNO/BN)… Alamak! Betul ke apa yg sy tulis ni?

    Reply

  23. 23 sapu bersih Sep 11th, 2009 at 3:37 am

    salam…
    sy nk rply kt kriris ne, sapa kata org sabah suma org senang, mybe area awk wat field work 2 je, why dont u try to go area pedalaman spt pitas, sugud etc. mereka org kampung yang gigih berusaha tapi tahap ekonomi still da same, y? cos bila org yang diamanahkan untuk melindungi hak rakyat tempatan tidak menjalankan tugas yang sepatutnya, mencekik lagi ada la. contoh area sugud 2, bole plk wakil rakyat 2 ckp pembangunan sudah ada apabila keta sudah masuk ke kg mereka i really dont get wat means this statement.perkara yang paling funny i find out ttg waklil rakayat ne, bila ada org luar yang perihatin ingin membawa pembangunan ke kawasan tersebut, haaa mula la dia kepanasan,baru mo turun padang.padahal sebelum ne x masuk pon. yang dia tau JUAL TANAH org kg shj..

    Reply

  1. 1 Kim Dae Jung: Sosok Berani Melawan Kezaliman « Dewan Pemuda PAS Sarawak Pingback on Aug 20th, 2009 at 4:52 am

Leave a Reply