Archive for August 19th, 2009

19 August 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

raja aziz

Malaysiakini | August 19, 2009

Former Bar Council president Raja Aziz Addruse will now head the defence team in Anwar Ibrahim’s sodomy trial.

The prominent lawyer replaces Sulaiman Abdullah, another former Bar Council president, who has excused himself due to health reasons.

Raja Aziz is also one of the three Malaysians to have been appointed commissioner of the Geneva-based International Commission of Jurists.

(more…)

19 August 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

samyv

The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, Aug 19 — MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu, who is battling to stay in power against the wishes of the Barisan Nasional (BN) and the Indian community, says he will stay on as party president until 2015, well past his 11th term as president.

In March Samy Vellu was “elected” unopposed as party president for a three-year term which expires in 2012, after his sole challenger Datuk M. Muthupalaniappan was disqualified because he did not have the required nominations.

His decision to stay on until 2015 is also well past the due date of next general election which must be called by 2013 but is expected much earlier.

(more…)

19 August 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Calon yang dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yang bersih kerana “kita meminta rakyat meletak kepercayaan kepadanya sebagai ketua mereka”, kata bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

“Kita juga berkata calon tersebut mewakili kita. Saya rasa sedih kerana terpaksa menyebut perkara yang sudah nyata itu,” tulis Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dalam blognya.

Beliau merujuk kepada pemilihan Rohaizat Othman – yang telah dibatalkan lesen guamannya – sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

(more…)

19 August 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Semalam saya menerima berita sedih dari bumi Korea Selatan. Mantan Presiden Kim Dae Jung telah pun meninggalkan kita buat selama-lamanya. Mendiang dihormati sebagai pejuang yang tidak pernah kenal erti takut menentang kezaliman rejim Park Chung Hee dan Chun Doo Hwan.

Makalah Journal of Democracy (Jilid 17 tahun 2006) memuatkan esei tulisan saya yang berjudul Universal Values and Muslim Democracy, yang mana antara lain turut menyentuh sumbangan Kim Dae Jung dan sarjana terkenal seumpama Amartya Sen serta Tu Wei Ming yang berjaya membongkar kerapuhan hujah “Nilai Asia.” Mendiang berusaha keras memastikan prinsip dan semangat demokratik mengakar kukuh di dalam institusi kenegaraan serta norma masyarakat yang tidak terpisahkan.

Kita kehilangan seorang lagi pemimpin yang sentiasa beriltizam mewujudkan sebuah negara yang makmur sejahtera dan tidak pernah gagal melindungi hak rakyatnya. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga beliau dan moga teladan yang ditunjukkan sepanjang perjuangan mendiang boleh dijadikan iktibar buat semua.

ANWAR IBRAHIM

—————————————–

Tonight, once again, unfortunate news has dawned upon me, invoking great sorrow within me. This sad news comes from the South of the Korean peninsular. Former president Kim Dae Jung passed away today. The respected deceased, as a fighter, had never known the meaning of fear in his fight against cruelty under the regime of Park Chung Hee and Chun Doo Hwan.

Volume 17 of the Journal of Democracy year 2006 carried my essay, titled “Universal Values and Muslim Democracy”. My essay, amongst others, touches on the contribution of Kim Dae Jung and well known scholars, such as Amartya Sen and Tu Wei Ming, who succeeded in exposing the weaknesses of the “Nilai Asia” slander. The deceased strived hard to ensure that the principles and the spirit of democracy is strongly rooted in the national institution and is alive amongst the united people of South Korea.

The world has lost a leader who has always been determined to create a country that is prosperous, peaceful and without failures so as to protect the rights of the people. I want to take this opportunity to send my condolences to his entire family and hope that his journey as a fighter be a great inspiration to all.

ANWAR IBRAHIM

19 August 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Ramai dari kita sedar jualan dari sektor pembuatan merupakan di antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi Malaysia. Oleh itu tidak hairanlah timbul rasa gusar di kalangan usahawan dan pengilang tempatan apabila prestasi nilai jualan sektor pembuatan tahun ini merudum sebanyak 25.5%. Sedangkan pada bulan Jun tahun 2008 sektor tersebut mencatatkan nilai jualan sebanyak RM 52.7 billion.

Menurut Jabatan Perangkaan Negara, nilai jualan sektor pembuatan merosot terkesan dari kelembapan 75 industri dalam sektor tersebut. Antaranya industri produk petroleum bertapis, pembuatan komputer dan peranti komputer, pembuatan besi asas dan keluli, pembuatan plastik serta pembuatan kimia perindustrian asas.

Apa yang lebih merisaukan saya, kesan buruk dari merosotnya prestasi industri-industri terbabit adalah berkurangnya peluang pekerjaan serta munculnya masalah pengangguran. Sekiranya kita membuat perbandingan di antara tahun ini dan sebelumnya, ternyata jumlah bilangan pekerjaan mencatatkan penurunan sebanyak 7.8% bersamaan 79 298 orang.

Angka-angka tersebut memperlihatkan kepada kita betapa negara ini masih teruk terkesan akibat dari krisis kewangan yang melanda keras tempoh hari. Langkah pembetulan mestilah merangkumi sekurang-kurangnya tiga perkara iaitu cepat, tepat dan berani. Tindakan pantas seiring dengan ketepatan membaca arus pergolakan mahupun gejolak kegawatan membolehkan permasalahan dapat segera dikoreksi.

Apa yang dikesalkan, kita sebenarnya berupaya untuk mengelak dari terjerumus merasai beban kedudukan ekonomi seperti sekarang  sekiranya pimpinan  serta pengurusan ekonomi negara cepat mengenalpasti kegawatan yang tiba dan bertanggungjawab menyampaikannya sesegera mungkin kepada rakyat.

Haruslah juga ada keberanian untuk kembali mengungkap dasar yang sudah lama dilaksanakan serta menawarkan ide baru. Pastinya akan ada pertentangan dari mereka yang gentar dan alah kepada Perubahan. Hakikatnya saranan serta cadangan yang kita tawarkan kepada rakyat Malaysia diakui berkesan oleh mereka yang pada mulanya seumpama sapi naik minyak.

ANWAR IBRAHIM