18
Aug
09

Muhyiddin jadikan harta kerajaan harta partinya

Oleh Zukri Aksah

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno, baru-baru ini terselamat dari terlibat dengan tragedi apabila helikopter Nuri milik TUDM yang dinaikinya terpaksa membuat pendaratan cemas di Tuaran disebabkan cuaca buruk.

Sambil mengucapkan syukur atas terhindarnya Muhyiddin dari tragedi, Saudara Ahmad Nizam Hamid, Penasihat Undang-Undang PKR Negeri Pahang sempat melontar persoalan yang terbit berikutan kejadian tersebut.

Ini kerana Muhyiddin menaiki helikopter Nuri milik TUDM tersebut untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu setelah selesai merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kudat. Pada petang hari yang sama, Muhyiddin dijadual akan merasmikan pula Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Penampang.

Nizam mempersoalkan kenapa Muhyiddin dibenar bagi menggunakan helikopter milik tentera, milik kerajaan untuk kerja-kerja partinya, Umno?

Walaupun beliau berjawatan dalam kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri, tetapi itu tidak pula pernah memberinya tiket untuk turut mendapat keistimewaan kemudahan kerajaan dalam menjalankan tugasnya sebagai Timbalan Presiden Umno.

Lainlah kalau Muhyiddin boleh membuktikan yang Umno telah menyewa helikopter tersebut dari TUDM untuk kegunaannya di Sabah.

Nizam menambah, sikap Muhyiddin mungkin gambaran sikap Umno keseluruhannya, yang sudah tidak dapat membezakan di antara harta peribadi dan harta kerajaan, harta kerajaan itu harta parti, Umno itu kerajaan, kerajaan itu Umno.

Sikap yang melambangkan bahawa Umno secara dasarnya tidak pernah berubah, walaupun telah terpukul teruk dalam pilihanraya umum yang lalu.

Jika Umno, seperti yang ditunjukkan Muhyiddin, secara berterusan menggunapakai harta kerajaan bak harta sendiri dan harta parti, tanpa sedikitpun ada rasa bersalah, maka jelaslah Muhyiddin bagi Nizam, sebenarnya adalah pengkhianat, mengkhianati amanah negara yang telah mempertanggungjawabkan kedudukan Timbalan Perdana Menteri ke bahunya. Dengan menyalahgunakan kedudukannya, Muhyiddin telah “mencuri” harta negara untuk digunakan bagi kemudahan diri dan partinya.

SPRM sepatutnya boleh membuka fail siasatan terhadap Muhyiddin berdasarkan laporan akhbar. SPRM sepatutnya boleh menyerbu ke pejabat Muhyiddin dan mengheret setiausaha peribadi atau pembantu khas beliau di hadapan orang-ramai. Tegas Nizam, perbelanjaan minyak dan lain-lain berkaitan juruterbang serta seumpamanya boleh sahaja mencecah RM150,000 jika mengambil contoh skandal yang didakwa melibatkan Presiden MCA, Ong Tee Keat yang gagal menjelaskan bil penggunaan jet persendiriannya.

Simpul Nizam, bagi pemimpin Umno seperti Muhyiddin, istilah pertanggungjawaban dan memegang amanah secara jujur tiada dalam kamus hidup dan politik mereka. Tanggungjawab moral bagi pemimpin seperti ini hanyalah retorik pidato dalam siaran media dan kempen pilihanraya. Mereka, ujar Nizam lagi mencuri, menggadai dan menyalahguna harta negara, kemudiannya melepaskan tanggungannya ke pundak rakyat. Lebih teruk ia dilakukan tanpa sedikit pun rasa bersalah dan menyesal.


80 Responses to “Muhyiddin jadikan harta kerajaan harta partinya”


  1. 1 aksah zukri Aug 18th, 2009 at 12:02 pm

    blah la lu….kalau umno buat semua salah….

    Reply

    NonaNona Reply:

    Takkanlah yang SALAH nak dikatakan BETUL…

    Reply

    minang Reply:

    UMno dah lame mati…macam kisah nabi sulaiman…

    Reply

    hakinen09 Reply:

    Dah SALAH kenalah kata SALAH. Jangan jadi macam beruk Mat Yeh!! Kalau nak kempen untuk parti, gunalah jentera parti. Jangan guna harta kerajaan ( HARTA RAKYAT HASIL CUKAI RAKYAT ).
    Jangan ingat harta rakyat HAK BN. Anda hanya diamanahkan untuk mentadbir HASIL CUKAI RAKYAT.

    Reply

    MAT SABAH Reply:

    Bgs pergi mati lah UMNO………

    Reply

    Samkitaro Reply:

    22 tahun aku dalam UMNO. Akhirnya aku insaffff. Hidup PR!!!

    Reply

    Alayupi Reply:

    Bro aksah zukri…forum ni utk org2 matang,,,bukan budak hingusan macam you…sorry to say..you memalukan bangsa melayu je…

    Reply

    anak ganu Reply:

    Yes..setuju..orang cam aksah zukri ni sengaja membutakan hati dan mata dan memekakkan telinga semata-mata sayangkan UMNO dia. Ini bukan sayang UMNO, ini menghambakan diri kepada badan yang busuk dan kuno. Memang betul, memalukan Melayu aje, macam Melayu takde otak dan fikiran tak tau membezakan yang betul dengan yang salah!

    Reply

    rozroz Reply:

    UMNO pun camtu gak
    suka putar belit citer
    pastu kecoh kat TV
    cam DIA je yg bagus
    PR nak masuk TV pun susah!

    Reply

    kublai khan Reply:

    Ini lah masalahnya para peminpin UMNO mereka tidak tahu menbezakan mana harta Rakyat dan mana Harta Parti!! cuma kita nak ajar peminpin UMNO yang kurang di ajar ni!!

    Helicopter Nuri S-60 adalah harta rakyat, di beli dari wang negara satu sen pun bukan dari wang Parti UMNO. harapan kita semoga UMNO pahan atau sengaja tak faham. nak jimat wang parti depa guna harta rakyat.

    Reply

    abdul rahim Reply:

    mamat ne tak reti nak membezakan betul atau salah!
    kau ne kena masuk kelas tasauf…

    Reply

    rizal Reply:

    aksah zukri ni budak sekolah mana nie? komen standard budak tadika pun cuba nak masuk forum… nampak sangat mentaliti org UMNO dangkal. terang-terang guna harta kerajaan tu salah takkan nak kata betul. lepas tu sibuk suruh majlis fatwa bg kenyataan utk Nik Aziz. Kenapa tk suruh Majlis Fatwa keluarkan fatwa utk ‘apa hukumnya guna harta rakyat utk kepentingan peribadi dan parti?’

    Reply

    cendawan Reply:

    anak cicit umno cam tu lahh buta mata buta hati………,sokong tok guru mati xmasuk syurga hahahah

    Reply

    rakyatbiasa Reply:

    Salam..
    org kalau x mendalami Islam secara mendalam ini lah jawapannya
    masalahnya bukan kerna dia org Umno tapi kerna dia menggunakan harta
    kerajaan utk tujuan peribadi ade salah di sisi Islam..

    Reply

    Anak Sedara Wak Sembab (moh yiddin) Reply:

    We aku ni anak sedara wak sembab pun tak setuju dengan pakcik aku… banyak budak muda yang sokong kerajaan ni atas sebab ni:
    1. diorg kononnya nak ubah UMNO dari dlam…(mat jenin)
    2. Dapat sisa2 projek kecik dari UMNO contohnya ambik upah pasang bendera, dll.
    Tapi diorg tak tau ketua cawangan dah bedal dulu… (budaya UMNO)
    3. Rumah takde astro/internet… So kena sumbat dgn tv3 jer laa…
    4. Anggap terhutang budi dgn kerajaan & anggap kerajaan is BN, Pakatan Rakyat is PembanGkang..
    Dan yang kelakarnya, diorg anggap kalau PKR menang next election nanti,
    “KERAJAAN IS BN, PKR IS PEMBANGKANG”… HUAHUAHUAHUA….
    Ni semua realiti pemikiran budak2 muda kat johor.. aku tahu pasal kat kampung aku, dari 300 keluarga, tak sampai 10 yang sokong Pakatan Rakyat ni. kebanyakan yang terbukak minda cuma yang pernah berhijrah ke kl/selangor jer.. macam saya laaa..
    tapi saya sendiri klau dah pangkah & naikkan Pakatan Rakyat tapi diorg pun sama korup,
    saya pangkah la pembangkang time tu pulak (BN)… That is call democracy…
    “I BELIEVE WE DESERVED BETTER FROM OUR GOVERNMENT”

    Reply

    Salehudin bin Ibrahim Bin talib Bin kasim bin lah bin antom Reply:

    nona nona zaman sekarang, tak boleh dibeli tak boleh dipinjam. Melayu sama melayu pun nak gaduh.Besok jadi macam Singapura.Hamba dibumi sendiri.

    Reply

    Salehudin bin Ibrahim Bin talib Bin kasim bin lah bin antom Reply:

    walau apa sekalipun, seseorang itu (yang bernama manusia) tidak boleh meletakkan hukum, seseorang itu masuk syurga atau neraka kecuali ALLAH SWT yang maha mengetahui.

    Reply

  2. 2 NonaNona Aug 18th, 2009 at 12:08 pm

    Kerajaan is UMNO
    UMNO is Kerajaan
    So, Harta Kerajaan is Harta UMNO

    Muhyddin is UMNO
    UMNO is Kerajaan
    So, Harta kerajaan is Harta Muhyddin.

    Reply

    Ogang KL Reply:

    Ha..ha… aku keja kerajaan so blehlah aku pakai nuri utk blik raya nanti ha..haa…

    Reply

    axleeben Reply:

    persepsi yang salah tu… harta kerajaan hak kerajaan hasil dari hak rakyat.
    bukan hak umno.

    umno is not kerajaan, satu lagi persepsi yang salah (belajarlah dulu konsep umum demokrasi) umno/bn ialah parti yg dilantik oleh kerajaan melalui kemenangan pilihanraya. kerajaan seharusnya adalah entiti yg independent, takde parti and tak di pengaruhi oleh parti.

    so, kalo bn/umno turun nanti, semua hak kerajaan akan diuruskan pula oleh parti yg memerintah. bn/umno takde hak langsung atas harta itu. so takde lah hak nak buat harta tu macam harta bn/umno.

    Reply

    Perakian Reply:

    Umno is not kerajaan. Correct! Correct! Correct!
    But, Umno is the big brother in the BN kerajaan.
    Muhyddin is the 2nd boss in the BN kerajaan, just one step behind the big boss Najib.
    Who dares to question him on his wrong-doings?
    Aren’t you worried of ISA?
    Say something bad about BN, and you’ll land yourself in Kamunting!
    This is called 1Malaysia, hahahahaha…

    Reply

    Aku Reply:

    Salam
    sungguh kelakar! very funny! cik nona cik nona(or whatsoever).
    Salah kalau guna hak kerjaan utk tujuan peribadi mahupun parti. Itu SUDAH dikira SALAH GUNAKUASA. Tapi ni kan 1 MALAYSIA. Aku tak pasti ada tak pengikut UMNO TEGAR dan pemimpin dah pasang BENDERA MALAYSIA kat umah masing2. ANDA SUDAH????? Aku dah!

    MERDEKA!MERDEKA!
    (Jika anda menyelami, mendalami erti kemerdekaan…besar maknanya tspi kebanyakkan orang kita tidak pernah berfikir apa ertinya, apa mukjizatnya, apa pengajarannya….zaman 60an, 70an, 80an manusia berada dalam KEGELAPAN, tiada nur ISLAM. MElayu main judi, minum arak….I was there (not in the 60′ tapi cerita wayang dah nampak dah environment ketika itu)

    Reply

  3. 3 baby-da Aug 18th, 2009 at 1:13 pm

    harta kerajaan is harta rakyat laa…
    mcm mn jdnya hrta krjaan klu xda smbangan n hsil ttik peluh rakyat…
    xbleh suka-suki je gn duit n harta rkyat sesuka ht…

    Reply

  4. 4 kol Aug 18th, 2009 at 1:13 pm

    abih tu yang tan sri Khalid guna duit anak syarikat kerajaan negeri untuk derma lembu korban pada penduduk bandar Tun razak tu tak salah ker? lol lagi teruk siap keluar surat kata sumbangan peribadi

    Reply

    zul Reply:

    kol!…Hang ni macam lembu juga la…..

    Reply

    zul Reply:

    Mufti perak boleh tolong nasihat TPM kita?…

    Reply

    Abu Reply:

    sultan selangor kate menderma tak kisah. mane surat yg kate itu adalah sumbangan peribadi? btw, kalau tan sri khalid salah, macc dh heret dah kat court. apsal tak heret kalau bukti dh cukup? padahal tan sri khalid bukan org umno. bukan ade immunity mcm org umno

    Reply

    anak pak rasip Reply:

    tak salah menderma kol MB selangor guna duit rakyat disalurkan balik kepada rakyat. ape punye otak ko pakai kol? bende kecik pun tak bleh nak fikir ke?

    Reply

    zul Reply:

    Mana penasihat Ugama yang dari kedah(orang Sedaka) nasihat la sikit ..TPM kita tu..Jangan Jadi Mid Man sudah la….

    Reply

    storm62 Reply:

    alaaaa…ko tak dapat rasa daging lembu tu, ko duk merepek kat sini buat apa…pi la kat blog khinzir toyol tu dan mintak dia kasi lo….pengemis mia melayu umno, phtuiiiiiiiiii.

    Reply

  5. 5 blackcat Aug 18th, 2009 at 1:20 pm

    Itu Bukan Pengkhianat Ke ?.

    Reply

  6. 6 arie Aug 18th, 2009 at 1:36 pm

    Pada aku korbankan lembu utk fakir/miskin @ umat islam bagus apa. Tak silap tu duit yg diperuntukkan utk DUN. Masing2kan DUN negeri kan dpt peruntukan kewangan. Secara teknikal orang BN nampak salah sebabnya lembu yg dikorban disampaikan diluar kawasan DUN tersebut. Selagimana niat membantu orang miskin/Islam selagi tu ler aku setuju. (lagi pun dia bukan mencuri lembu..)
    Wallahualam.

    Kalo terang-terangan naik helikopter guna utk tujuan parti memang sah² penyalahgunaan kuasa. Lain2 ler kalo untuk tujuan melawat mangsa2 banjir ke….(mintak2 fanatik BN fikirkan hal ni..)

    Baik PR & BN, kita kena menilai yg mana baik/buruk. Pilihan ditangan kita!

    Reply

    win win winner Reply:

    sdr2,

    Nihi, yg kau merepekni cerita pasal lembu naik heli apahal…,sports duluni tak semana2 cerita lah kisah najip pandai terbangkah,muhyiddin ganti mawi nyanyi dipematang pasir malamni kah,shok jua dengar…..

    Sdr memang betullah UMNO akan hanyut sebelum pru13…semua rakyat 85% cakap bye-bye UMNO dimana2 org semua cerita kemunduran pemerintah UMNO comform karam..so renung2kan….

    Reply

  7. 7 pengundi mereng Aug 18th, 2009 at 1:40 pm

    TS Khalid bagi lembu (duit drp rakyat) untuk rakyat..inilah kerajaan rakyat
    Hidup PR…

    Reply

    kuda kepang STC Reply:

    Yes !! kes Nuri dari rakyat ke Parti UMNO Minyak Nuri tu guna wang rakyat , Gaji Juruterbang Nuri tu dibayar dari wang Negara. para peminpin UMNO cuna guna percuma untuk Parti mereka ini boleh lah di letakan sebagai Rasuah harta kerajaan yang mana kerajaan merasuah Peminpin UMNO dengan mendapat pernerbang percuma. Peminpin kerajaan merasuah peminpin UMNO lama dah!! untuk dapat gelaran dan kenaikan pangkat dan sebaginya. sempena kes ini sepontan Panglima TUDM mahu di percepatkan pembelian Eurocopter sebanyak 12 buah dengan kadar segera?? ini satu lagi rasuah ungkapan yang amat bernilai . nilai nya berbilion ringgit , jika Menteri pertahanan termakan rasuah ini maka ungkapan ini amat bernilai.

    Apakah SPRM tidak siasat Panglima TUDM?? dari ungkapan ini? ingatkan rasuah hanya dari pihak swasta sahaja rupanya dari kerajaan pun ada!! kepada peminpin parti pun ada??? dunia dah nak kiamat kut!!!!

    Reply

    pakgah santan Reply:

    Jika benar Kerajaan merasuah parti politik Malaysia ini di kira kejutan!! jika begitu , ramai kakitangan kerajaan perlu disiasat oleh SPRM kerana merasuah Peminpin UMNO, Kerajaan merasuah dan UMNO menerima Rasuah dari kerajaan ini sudah menbahaya kepada Rakyat dan Negara ini. SPRM perlu siasat Pengerusi SPRM sama ada dia merasuah Peminpin UMNO??? melalui bidang kuasa yang mereka ada! Rasuah kuasa lebih menbahaya dari rasua bentuk kebendaan, wang ringgi atau sebagainya. Rasuah kuasa boleh menbinasakan Negara keseluruhanya. Oleh itu sudah sampai masanya satu akta Rasuah Kerajaan kakitangan kerajaan kumpulan A & PTD sahaja,kepada Parti Politik harus di wartakan secepat mungkin, bagi melindungi rakyat.

    Reply

  8. 8 Naz Aug 18th, 2009 at 2:14 pm

    saudara kol..

    Anda kalau taktau fakta jgn nak menuduh. Kes lembu tu lain. Dalam surat tu jelas sumbangan syarikat kerajaan negeri bukan sumbangan peribadi Tan Sri Khalid. Kalau taktau tanya jgn buat pandai tapi serba taktau.

    Reply

    adz Reply:

    betul tu…aku sokong..kalau nak komen pun biarlah ada fakta..orang kampung aku panggil orang camni(si kol) stupid arrogant…

    Reply

  9. 9 anaksabah Aug 18th, 2009 at 2:40 pm

    ni la masalahnya kalau parti(umno-BN) yang ketandusan pemimpin yang berkaliber, bertaqwa, beretika, berakal waras dan sbg. umno memang dah ketandusan pemimpin2 yang ahli dalam bidangnya. kalau TPM dah macam tu…bagaimana la pulak menteri2 yg lain. pikir2kanlah dan buat tindakan khasnya pengundi Permatang Pasir, bagilah pengajaran kpd umno-BN ni…hidup PR!!!

    Reply

  10. 10 timbus Aug 18th, 2009 at 3:17 pm

    Kera-jaan = UMNO/BN. Jadi, apa-apa kerja UMNO/BN itu jadilah ia kerja kera-jaan. Apa hangpa ingat, UMNO ni nak beza antara kera-jaan dan parti? Dari PM sampai ke akar umbi, itulah konsep depa puak ni.

    Reply

  11. 11 MJ Aug 18th, 2009 at 3:28 pm

    UOMNO, apa dia buat betoi, rampas anak sultan,betoi, bantai gadis bawah umur,betoi,bail out syarikat gergasi anak dan suku sakat,betoi, memberi AP kepada keluarga,betoi,buat sate house di tanah kerajaan,betoi,rasuah besar- besaran, betoi,guna helikopter untuk kempen, betoi,lawyer yang pecah amanah dan lucutkan lesen praktis oleh Majlis Peguam Negara,betoi, boleh bertanding di Permatang Pasir, tetapi kerajaan selangor memberi subsidi air, salah, sesiapa yang meninggal dunia dan anak kelahiran selangor mendapat RM:2000, salah, sesiapa yang baru melahir mendapat wang simpinan peribadi daripada Kerajaan PR Negeri Selangor, salah juga. Itulah UMNO(U Mau Nyangka Orang) sahaja.

    Reply

    Siapa aku? Reply:

    Sama saja…

    Reply

  12. 12 UMNGOK Aug 18th, 2009 at 3:41 pm

    UMNGOK dan penyokongnya memang bongok teramat

    Reply

  13. 13 aku Aug 18th, 2009 at 4:02 pm

    to kol,
    lembu diderma kepada rakyat, bukan guna sendiri.

    Reply

    storm62 Reply:

    aku rasa kol tu pengemis la….kesian tak dapat rasa daging korban tu…. pi la jilat sama lu mia umno, kol.

    Reply

  14. 14 othman ahmad Aug 18th, 2009 at 5:33 pm

    Baru kutahu…rupa-rupanya nak berkempen kena guna harta benda parti bukan harta benda kerajaan..apapun hidup pakatan rakyat!!!

    Reply

  15. 15 b4N Aug 18th, 2009 at 6:45 pm

    LOL..kol bangang

    Reply

    storm62 Reply:

    kol tu bangang dan lapar…toyol boleh kasi khinzir sama dia la…lembu tu untuk PR saja…ka ka ka.

    Reply

  16. 16 budak pj Aug 18th, 2009 at 8:06 pm

    aiyoyo…tiong tak pinjam learjet dia ke kpd tpm? kesihan. mungkin tpm sebenarnya nak tunjukkan kpd rakyat dia prihatin dan tak guna ‘private jet’ utk kerja parti. helicopter lebih mudah. tak perlu landasan semacam learjet. lebih ekonomi jugak kot. pakatan patut buat laporan polis & macc sepatut siasatkan kes yg serius ini kerana ia telah membazir wang rakyat utk satu parti politik. tapi sudah biasalah ni, kes ini akan masuk NFA (no further action) secepatnya. mereka akan putar belit semua hal pembaziran. bagaimana dgn ‘extra ballot boxes’ yg tiba2 muncul semasa pilihanraya? helicopter yg dipakai semestinya pdrm atau tdrm.

    Reply

  17. 17 UMNO Member Aug 18th, 2009 at 8:25 pm

    aku ni orang segamat dah dalam politik umno 12 tahun….undi saya tetap untuk umno pilihanraya akan datang aku blalah……aku dah tak percaya kat pemimpin unmo lagi,mula aku tak percaya najip bunuh orang bila dah dengar ramai orang tulis kat luar negeri dan DNA test kat pompuan mongolia wow lebih dari satu DNA jenis tulang tulang kat situ,dulu muyiddin yassin adalah idola saya dalam politik johor dan umno..sekarang dah pudar dah..jauh panggang dari api kata orang sendiri yang lebih…keluarga saya 8 undi untuk PR…

    Reply

  18. 18 piko3355 Aug 18th, 2009 at 10:14 pm

    ini la masa nya nak pulun harta rakyat Malaysia.

    Masa jadi Menteri dulu tak sempat kot atau tak cukup cukup… Anak ramai la katakan..

    Tunggu la… Tengok la nanti apa plak peluang yang si konyol ni nak kebas..

    Dalam diam diam berisi…

    Reply

  19. 19 insanbaiduri Aug 18th, 2009 at 11:09 pm

    Nasib BAIK tak terhempas Nuri tu, terpaksa darat cemas pasal berat sangat bawak DOSA manusia yg tak sedar diri, tu pun belum sedar lagi. Pelik nya kenapalah ahlul Umeno duk sokong lagi UMNo ni.. dah terbukti merugikan melayu walaupun semua tu ditutup oleh media milik ‘peribadi’ mereka sendiri.

    insanbaiduri.blogspot.com

    Reply

    tempe@ayah pilot nuri Reply:

    ko blajar mana pasal agama ni?mana ko tau suma yang ada dalam nuri 2 berdosa?adakah pilot tudm 2 berdosa jugak ke?adakah pilot nuri 2 takda keluarga?ko bukan tuhan untuk mengatakan seseorg 2 berdosa.

    Reply

  20. 20 rizal Aug 18th, 2009 at 11:36 pm

    Kenapa YB Muhyidin sibuk dengan Tok Guru Nik Aziz sedangkan skrg ni rakyat menderita dgn HINI, klinik hospital tak cukup peralatan, masa menunggu lebih dari 6 jam utk dapatkan rawatan… itu lebih penting. Kenapa Jepun satu negara yg besar dan lebih berpuluh kali ganda ramai rakyatnya berbanding kita tp masih mampu mengawal wabak ini dgn setakat ini hanya satu kematian… Fikirkanlah untuk rakyat YB!. Jangan terlalu sibuk dengan hal orang lain sedangkan tanggungjawab kepada rakyat yg patut diutamakan terabai… Pada saya, Majlis Fatwa nak call Tok Guru Nik Aziz pun terpaksa fikir berpuluh kali sebab siapalah Majlis Fatwa kalau dibandingkan dgn Tok Guru yg berani bersuara dgn fakta dan nas berbanding mereka yang hanya duduk di dalam ofis tanpa menegur apa-apa… bantulah rakyat dengan amanah yg diberi.

    Reply

  21. 21 LeeManChoo Aug 19th, 2009 at 12:05 am

    Kol Bahlol….

    Kol,….ko ni memang bengong…..kalau x tahu jngan dok menyampok…..

    Reply

  22. 22 mneem Aug 19th, 2009 at 7:39 am

    Kalau nak gune helikopter mesti la dah dapat kebenaran pihak atasan.X kan la dia maen naek je.Mesti dah dapat kebenaran dulu.Macam mane pula dengan Nizar yang menukar kereta rasmi yang diberi kepadanya.Bukannya gne duit sendiri.Duit peeruntukan dari kerajaan gak.Bagi ak,bukn orng UMNO yang asek menuduh orng PR salah,tp orang PR yang asek menuduh UMNO tu salah.Sume benda.COntoh,konsep yang diketengahkan Islam Hadhari sama je ngan konsep Islam Demokratik yang diketengahkn Husam MUsa.Tapi,Nik Aziz mengatakn Islam Hdhari mampu memusnahkn negara,dan para penyokong PR menyokong pendapat yang dikeluarkn Nik Aziz.Islam Demokratik mcm mne?ISA,salah.Siap wat demo lagi.Negara besar(contoh,UK)pun ad ISA.Name je lain.1 Malaysia,salah.Yahudi orang kata.Tp Nabi Muhammad SAW pun mengetengahkan konsep yang sama bagi menyatu padukn umatnya.Bagi aku,Dato Anwar lagi Yahudi(sori Dato).Nagn IFC ngan Freemasonary nye.

    Reply

    zul Reply:

    pihak atasan mana bagi kebenaran?SPRM mana?Cepat la pi siasat dok tunggu apa?Jadi barua umno sprm ni…makan gaji buta betui ketua sprm….Yang sebetulnya Muhyiddin tak boleh guna Nuri untuk kepentingan UMNO.Itu hak Rakyat!Kepimpinan melalui teladan ka ni??…Bengap ka bengong mneem ni?

    Reply

    zul Reply:

    Orang yang mengatakan dato Seri Anwar Yahudi tu lagi Yahudi.Tapi dia ada lebih Sikit”yahudi Mabok”sebb cakap bercelaru x ada fakta.Orang mabok la katakan…

    Reply

  23. 23 darklord Aug 19th, 2009 at 11:18 am

    Harta benda kerajaan adalah hak rakyat bukan hak party.. itu kena paham kan sikit.
    Umno tak pernah peduli kan itu harta rakyat ata tidak. Mr MNEEM tgk fakta dan selidik dahulu sebelum membuta tuli. Kenyataan Nik Aziz di putar belit dan mengata Anwar pengkhianat.. apa kah orang UMNO kehilangan modal utk menarik org muda supaya mengundi BN?? TIDAK MUNGKIN! Hanya yang bebal dan mendapat projek dari UMNO sahaja yang bermati-matian menegak UMNO. Sekian Wasalam
    SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK.. aMIN

    Reply

  24. 24 mneem Aug 19th, 2009 at 12:15 pm

    Maka, Mr darklord mengatakan bahawa semua orang yang menyokong UMNO bebal bukan.Walaupun orang itu bertaraf professor dan kuat agamanya.Satu tuduhan yang melampau dan diucapkan secara membuta tuli.Tapi,itulah cara kamu semua menegakkan PR.Dengan tuduhan yang melampau dan “fakta” yang diragui kesahihannya.Bukankah itu adalah cara kamu menarik pengundi.Contoh,UMNO=Yahudi,UMNO laknatullah.Buat orng boleh,bila diri sendiri dibuat orng,marah.Itulah kebanyakn penyokong PR.Bagi saya,kenyataan Muhyiddin itu fakta selaras dengan apa yang saya nampak dan nilai.Disokong kuat dengan 2 bukti yang saya dapat.Setiap orang ada pendirian.Janganlah membuta tuli mengatakan seseorang itu bodoh kerana ia boleh membuat dosa.Dan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK juga kepada encik.

    Reply

    zul Reply:

    Ahli UMNO mmng tak ada prinsip…Oleh itu sesapa yang sokong UMNO mmg x ada prinsip…Kalau brprinsip mereka tak akan brmati-matian menyokong umno.Salah satu Contoh: Fitnah Liwat DSAI.Itu pun ahli Umno yang bengong percaya…..Ada akai guna tak pun ambil tikar terjun laut abis cerita

    Reply

    mneem Reply:

    Bole terang sket apa itu prinsip?

    Reply

    minang Reply:

    org kuat umno memang bengap skit…dlm islam mane ade agame bleh dipisahkan,mane bleh main
    pilih2(mcm yahudi)kuat agame pun tak gune klu undang2 islam tak dilaksanekan sepenuhnye.mcm yg penah najib ckp;klu laksanakan undang2 islam negara akan kacau bilau.kan ke bodoh.tak percaye pade agame yg dianutinye.klu cam tu,kiri kanan yg catit segale betul atau salah,benar atau bohong,wajib atau tidak,pahale atau dose.ape bendenye,main pilih2 jugak kerrrrr

    Reply

    malayrights Reply:

    Ko ingat DAP tu setuju la plak nak ikut undang2 Islam .. ckp biar realistik beb

    Reply

  25. 25 smy Aug 19th, 2009 at 3:28 pm

    apa lagi, bangunlah rakan rakan ku di sabah negeri dibawah bayu, lihatlah sendiri bagaimana seorang pengkianat melayu dari semenanjung dengan sengaja menyalahgunakan kuasa di negeri mu untuk kepentingan peribadinya, jika kita buat salah, pasti kejap lagi kena tangkap tapi orang tu siapa berani tangkap. sama sama melakukan PERUBAHAN untuk masa depan yang lebih baik. undilah PAKATAN RAKYAT.

    Reply

  26. 26 Zaws Aug 19th, 2009 at 5:47 pm

    Nuri pun dah buruk… nasib baik selamat mendarat… kalu terhempas.. baru gaduh nak buat siaatan… masa tu barulah tau guna heli dapat kebenarat or main sapu je

    Reply

  27. 27 art 2010 Aug 19th, 2009 at 10:41 pm

    AKU PEMBAYAR CUKAI DAN AKU TIDAK HALALKAN SEGALA WANG RESKIKU DIGUNA UNTUK PARTY UMNO. AKU DOAKAN MEREKA YANG TIDAK AMANAH TERMASUK DPM SEMOGA ALLAH HANCURKAN PERJUANGAN MEREKA DAN PARTY UMNO SEBAGAI BALASAN.

    Reply

  28. 28 zuIkef Aug 20th, 2009 at 8:22 am

    nasib baik terselamat kalau tidak undi lagi lah inilah saat saat umno diambang kejatuhan

    Reply

  29. 29 caldina82 Aug 20th, 2009 at 9:14 am

    yg sokong BN / UMNO ni, aku tak tersampai pemikiran apa yg dorang pikir..semua bukti dh di depan mata..terlalu bnyk nampak yg tempang (something wrong) pada tindakan dorg..apa la yg korang nmpak ni wahai penyokong BN/UMNO..nk kate buta hati, aku kene mrh balik, tp pd hal mmg btul pun..SPRM, PDRM, ATM, sume jd alat penyokong BN / UMNO..semoga fikiran, hati korg ni dibuka hijab seluas-luasnya…aminn..

    Reply

    zul Reply:

    PENYOKONG UMNO? “limau Purut 3 serangkai buta perut tak ada akai”

    Reply

    Siapa aku? Reply:

    Semuanya sama. belum memerintah senang la cakap..bila dah di atas, buat benda yg sama jugak… Umno ke, PR ke, Pas ke, sapa2 lah yg politik ni semua sama… lumrah manusia…

    Reply

    caldina82 Reply:

    tu sbb kite kene ubah pemerintahan..kan pakar politik dh bgtau BIASANYA bile sesebuah kerajaan memerintah terlalu lama, akan ada kepincangan sbb dorg rs dorg la hebat..sume ade sbb dorg..so tukarla..esok-esok klu PR buat tak elok plk, kite ubah balik..takkan nk idup mcm skrg..negara jek kaya..mcm2 sumber ada..rakyat miskin gak..tu sume kepincangan kerajaan pemerintah uruskan duit..org keje krajaan yg uruskan bab2 duit ni jek yg tau cmne duit ni bnyk habis kt mn..kat kontraktor kroni jek yg bnyk tau!!

  30. 30 manok agam Aug 20th, 2009 at 12:54 pm

    hampa dok tembak TPM, bos dia lagi trok hampa tak tembak..
    dia buat sindrom tutup telinga, tutup mata tapi tektik ttp sama ..1malaya tak sedaq..
    mahfuf suruh bersih nama dia langsung tak komen..
    bubar dun pk langsung tak dengaq.. tup2 nak merdeka. merdeka apa?

    Reply

    zul Reply:

    mimpi kahwin dgn al-tantuya

    Reply

  31. 31 bujang Aug 21st, 2009 at 1:50 am

    kol… kau tu memang lembu!!!

    Reply

  32. 32 Ir.Engkuli Aug 21st, 2009 at 4:33 pm

    Saya rasa tak salah TPM pakai helikopter tentera. Biasa saja tu.

    Reply

    caldina82 Reply:

    tu kan harta kerajaan..mane boleh org UMNO gune utk pilhanraya..klu tentera ke yg gune, SPR ke yg gune, bolehla..cube bezakan kerajaan ngn UMNO..UMNO is UMNO..kerajaan is kerajaan..pelik aku bile org tak bleh beza mn salah, mn btul ni..

    Reply

    mneem Reply:

    Cuba pegi try mne2 tentera.Dibenarkn @ x senario ni berlaku.Lgpun bukankah muhyiddin 2 sebahagian dari kerajaan?TPM bukn sebahagian dari kerajaan ke?

    Reply

    caldina82 Reply:

    TPM tu jwtn dlm kerajaan..apsal la susah sgt nk phm ni..yg die naik heli pi tmpat nk ngundi tu atas tiket UMNO..U M N O..sbb nk memangkan parti die, U M N O..paham tak?? takkanla plk die nk menangkan pembangkang plk..jwtn TPM tu, klu die nk pi dptkan kerjasama ke luar negara ke, ha pakaila..takde sp pun nk halang..ni la org UMNO/BN..sume dh bute..tak tau mn salah mn btol..

  33. 33 ali Aug 23rd, 2009 at 12:40 am

    umno memang gilaaa

    Reply

Leave a Reply