Archive for August 13th, 2009

13 August 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

W.S Rendra dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam majlis Mengenang Kebangkitan Nasional Budi Utomo di Kota Batu, provinsi Malang tahun lalu.

W.S Rendra dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam majlis Mengenang Kebangkitan Nasional Budi Utomo di Kota Batu, provinsi Malang tahun lalu.

Oleh Hasmi Hashim

Aku merindukan mata bayi
Setelah aku dikhianati mata durjana
Aku merindukan matahari
Karena aku dikerumuni mata gelap
.

Puisi dilafazkan. Saya selalu percaya seseorang penyair tidak muncul di pentas hanya karena kata-kata ‘indah’, lagi rapi. Justeru pentas memang bukan seluruhnya tempat untuk sebuah aksi ‘lakon’ semata-mata. Ia, mula-mulanya terpanggil. Kemudian, memanggil…

Kali pertama, saya menyaksikan WS Rendra mendeklamasi puisi, 8 tahun lalu. Di sebuah acara, di Petaling Jaya.

Rendra, dengan sosok yang tinggi, tua, namun tampan, menyingkap dan menggerbangkan rambutnya yang menghela lewat bahu. Semua orang terkaku. Masing-masing seperti menunggu ‘sabda’ dari lidah sang penyair. Lebih-lebih lagi saya yang masih rebung… umur belum cecah 25, tahun itu. Sebuah acara yang jarang-jarang berlangsung, pun berlangsung—meski saya sendiri sering turut serta dalam sekian banyak acara baca puisi. Namun sekali itu, lain.

(more…)

13 August 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Pakatan Rakyat pagi ini meneruskan siri seminar  yang melibatkan pimpinan utama semua parti komponen bagi memperkukuhkan permuafakatan kerjasama, memperkasakan gerak kerja dan menggilap kembali tekad perjuangan.

Seminar disusun rapi merangkumi seminar umum, mesyuarat serta melibatkan pimpinan utama Pakatan Rakyat di semua peringkat. Acara dimulai dengan ucaptama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang dan saya sendiri.

Disusuli kemudiannya sesi soal jawab dan berkongsi pandangan dari pimpinan utama PAS, DAP dan PKR. Pastinya kesemua yang hadir menyatakan iltizam untuk terus memperkukuhkan permuafakatan Pakatan Rakyat walaupun terdapat perbezaan di dalam menangani sesuatu isu. Harapan rakyat untuk kami menjayakan permuafakatan ini sangatlah besar, inshaallah berkat usaha dan ikhlas berjuang, cita-cita ini dapat kita tunaikan.

ANWAR IBRAHIM

13 August 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah Daily

Oleh Salmah Mat Husain

 

Kerana kehebatan dan kejayaannya menggugat Barisan Nasional (BN) khasnya Umno, menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di serang habis-habisan, kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik.

Bagi beliau, semuanya berdasarkan satu perkara sahaja iaitu dengki terhadap Ketua Pembangkang itu sehingga beliau dituduh sebagai pengkhianat bangsa.

Nik Aziz berkata demikian ketika mengulas serangan besar-besaran Umno terhadap Anwar Ibrahim sejak kebelakangan ini. (more…)

13 August 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Ribuan memenuhi ruang untuk mendengar ceramah perdana yang diadakan semalam di Kampung Selemak, Rembau Negeri Sembilan. Turut serta bersama saya menyampaikan syarahan ialah Sdr Zaid Ibrahim, Sdr Mohamad  Sabu dan Sdr Badrul Hisham.

Acara bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini disambut meriah oleh warga setempat yang terdiri, kebanyakannya dari orang Melayu. Khusyuk mereka mendengar hujah para penceramah berhubung kerosakan yang dilakukan pimpinan umno-bn terhadap negara ini.

Terpancar semangat patriotisme sejati dari para pendengar dan pendokong Pakatan Rakyat, khususnya penyokong Parti Keadilan Rakyat. Meluap-luap keghairahan mencetus nyala kesedaran lalu menghangati suasana ceramah perdana tersebut. Ramai dari mereka mahu mendengar dari pimpinan termasuk dari saya sendiri berkaitan fitnah pengkhianatan orang Melayu.

Melihat kepada sambutan, inshaallah perjuangan kita ini tidak tumbang akibat tuduhan murahan sedemikian. Rakyat sedar perjuangan Pakatan Rakyat adalah untuk satu usaha Islah Mastata’tum; Keadilan, Kemakmuran dan Kesejahteraan Untuk Semua.

Sebagaimana saya ungkapkan sebelum ini,  rakyat pastinya sedar, siapakah yang sebenarnya menggadai khazanah negara demi untuk kepentingan yang sedikit. Kita pasti tidak lupa gunung, bukit dan pulau yang diberikan kepada tauke-tauke judi kaya. Tidak juga lesen judi yang semakin bertambah buat kroni serta merampas saham, permit, kontrak dan AP khusus milik orang Melayu. Makanya yang miskin papa kedana, yang kaya bertambah kaya.

Sedangkan ratusan ekar tanah buat sekolah agama rakyat dan sekolah untuk kaum India serta Cina dicemuh sebagai mengabaikan kepentingan peribumi. Jelas sekali pemimpin umno bersikap dua muka dalam hal ini. Berhadapan dengan bukan Melayu, mereka bercakap bahasa harmoni dan perpaduan, manakala dengan orang Melayu pula, mereka meracun tuba pemikiran dengan fitnah songsang kononnya saya dan pimpinan Pakatan Rakyat lainnya sebagai pengkhianat.

Inilah wajah sebenar 1malaysia gagasan Dato’ Sri Najib. Pembohongan dan kepura-puraan yang berbeza untuk orang Melayu dan kepada yang bukan Melayu.

ANWAR IBRAHIM