Archive for August 11th, 2009

11 August 2009

Pendapat

Pendapat Anda?


Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah diwawancara oleh Martin Soong untuk rancangan Squawk Box. Silalah menonton siaran langsung yang dibawa khas oleh CNBC ini. Di bawah adalah butiran program:

Jam : 8.30 AM
Tempat : CNBC, Kuala Lumpur
Tarikh : Hari Rabu, 12hb Ogos 2009

PEJABAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

11 August 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—
Petaling Jaya, 11 Ogos 2009

Pimpinan UMNO dan konco-konco mereka memintal propaganda yang memanipulasi simbol-simbol tentang bangsa, agama dan raja dengan hasrat agar pemikiran rakyat kembali sempit dan mundur. Ini bukanlah kali pertama saya menjadi sasaran di dalam isu pengkhianatan ini. Mereka telah mencuba puluhan kali sebelumnya. Usaha terbaru dengan menghebahkan isu pengkhianatan ini jelas menjadi petanda mereka kian terdesak.

Saya tidak berhasrat untuk terjebak di dalam pertikaian peribadi dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya akan hanya berhujah dari sudut dasar. Perlu saya tekankan pandangan saya dan Pakatan Rakyat jelas walaupun tidak disiarkan oleh media milik UMNO. Kenyataan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang ditandatangani oleh YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang dan saya sendiri pada mesyuarat 8 September 2008, menegaskan komitmen kami menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Kita menyakini mempunyai hujah-hujah yang cerah dan jitu untuk menangani politik kebencian pimpinan UMNO yang memperolok simbol-simbol bangsa, agama dan raja, semata-mata untuk mengekalkan kekuasaan dan menutup pekong rasuah, jenayah dan penyalahgunaan kuasa.

Pengkhianatan amanah rakyat oleh pimpinan UMNO berterusan dengan skandal penyelewengan dana awam berbillion ringgit di atas nama komisen pembelian senjata, mengaut saham, kontrak dan lesen yang diperuntukkan untuk bumiputera tetapi dikaut oleh keluarga serta kroni mereka.

Kita juga tidak lupa bahawa pimpinan UMNO-lah yang menghina institusi Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 dan 1993. Malahan mereka menghina Islam dengan memperbanyakkan lesen perjudian serta menggadai gunung dan bukit kepada tauke-tauke judi terbabit. Hatta pentadbiran UMNO sanggup menggadai kepentingan petani dan peraih kecil Melayu dengan menjual saham Bernas kepada syarikat asing.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat

(more…)

11 August 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Media Statement by DAP Socialist Youth (DAPSY) National Chairman and MP for Rasah Loke Siew Fook on Monday, 10 August 2009 in Kuala Lumpur.

POLICE REPORT TO DENY UNFOUNDED ALLEGATIONS AND LIES THAT I HAVE INSULTED ISLAM AND THE SULTAN OF PERAK

I’ve just lodged a police report at Dang Wangi Police Station to deny unfounded allegations and lies which was spread by certain blogs and SMS circulation claiming that I have made statements insulting Islam and the Sultan of Perak.

I wish to deny strongly that neither DAPSY nor I have ever issued any statements that insult Islam or the Royalty. Those are lies spread by certain irresponsible parties out to tarnish the image of the DAP and tried to paint DAP as anti-Islam and anti-Malays.

My police report as below:

LAMPIRAN LAPORAN POLIS

(more…)

11 August 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakahdaily
Oleh Mohd Rashidi Hassan

TIADA siapa yang boleh memadam sejarah Malaysia bahawa Umno merupakan satu-satunya parti Melayu yang majoritinya penganut agama Islam, berjaya menerajui negara sejak sebelum merdeka lagi.

Umno yang memperjuangkan nasionalisme Melayu, menjadi peneraju utama kerajaan Barisan Nasional yang turut dianggotai beberapa parti nasionalis yang lain.

Asas utama kepada penyatuan BN yang diterajui Umno ialah penyatuan bangsa-bangsa Melayu-Cina dan India (terutamanya), untuk membentuk suatu perikatan atau gabungan daripada pelbagai kepentingan bangsa dan agama.

Parti-parti nasionalis ini begitu lantang memperjuangkan ideologi dan idealisme masing-masing, untuk mencapai matlamat asasi iaitu memelihara, memupuk dan mempertahankan kepentingan bangsa dan agama mereka.

Tidak dinafikan gabungan parti-parti nasionalis ini mendapat apresiasi rakyat, apabila mandat berterusan diberikan dalam tempoh yang agak lama iaitu lebih 50 tahun.

(more…)

11 August 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah Daily

Umno kini mula kalut dan rimas dengan sokongan padu yang diterima oleh Pakatan Rakyat.Siri kemenangan Pakatan Rakyat dalam Pilihan raya umum ke-12 dan diikuti dengan pilihan rtaya kecil ternyata membuatkan Umno kini tidak senang duduk.

“Gelagat Umno sekarang ibarat ayam jantan berkokok berderai-derai, ekornya dipenuhi tahi,”kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. (more…)

11 August 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini
Oleh Jimadie Shah Othman

Selepas replika gergasi Datuk Seri Anwar Ibrahim di kawasan DUN Batu Caves menjadi kontroversi antara PKR dengan Umno, kini patung besar Datuk Seri Najib Razak di situ dijadikan isu.

Namun seorang pemimpin PKR menyifatkan replika perdana menteri di perkarangan kuil Batu Caves yang dinaikkan “tidak ada masalah apa-apa” kerana “kami tidak pernah menganggapnya haram”.

ADUN Batu Caves, Amirudin Shari menjadi sasaran kontroversi susulan kewujudan replika penasihat PKR akhir tahun lalu menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Penegakan imej mula memancing kontroversi apabila mufti Perlis waktu itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa ia “berunsur keberhalaan” dan “perlu dihapuskan dengan segera.”

Selepas itu, banyak pihak mempertikaikan kehadiran replika besar itu di simpang utama dekat Wisma Keringat – selain dianggap “patung” yang dilarang oleh Islam, ia juga dianggap membazir.

(more…)