Dari PerakExpress.com
Oleh Hasmi bin Hashim
Bahasa Melayu bukan bahasa kelas bangsawan. Mereka akan sentiasa mencari sesuatu yang eksklusif, bukan inklusif; mencari ciri yang istimewa untuk diri mereka, dengan meninggalkan ciri yang ramai.
Hanya dengan itu, maka mereka kekal sebagai kelas bangsawan.
Saya merumuskan begitu. Sebabnya? Sebab kelas bangsawan tidak akan pernah berani bersaing di gelanggang terbuka. Demikian mereka merebut segala bentuk “dasar perlindungan”, untuk melindungi diri mereka. Bukan untuk melindungi rakyat jelata. Dan rakyat, selamanya akan kepanasan.
Kata WS Rendra dalam sebuah sajaknya yang utama, “Sajak Orang Kepanasan” yang tidak lain dihalakan kepada kelas berkenaan:
Karena kami kucel
Dan kamu gemerlapan
Karena kami sumpeg
Dan kamu mengunci pintu
Maka kami mencurigaimu
Apa itu yang saya maksudkan sebagai “dasar perlindungan.” Ada. Misalnya, Dasar Ekonomi Baru (DEB), adalah dasar perlindungan. Lihat sahaja bagaimana para pembesar dan anak-anak mereka, dan menantu mereka beriya-iya melalak dan mahu DEB dipertahan.
Bukan untuk rakyat, sementara mereka tahu, keuntungan yang jauh lebih besar adalah untuk diri mereka sendiri–kalau boleh, mereka mahu meletakkan diri di atas segala undang-undang. Kalau boleh di atas Perlembagaan sekalipun.
Bangsawan, secara fitnah dan resamnya, tidak pernah, dan tidak akan berani. Ketidakberanian mereka itu, adalah karena kebangsawanan mereka itu, mereka warisi. Bukan dari kebijaksanaan mereka sendiri.
Sabtu sudah, saya berkesempatan berceramah dengan Sastewaran Negara, A Samad Said. Di kampung saya. Di Semerah, Johor.
Antara yang dikupas Pak Samad adalah, saya rumuskan, seperti yang saya rumuskan di atas– Bahasa Melayu adalah bukan bahasa golongan bangsawan feudal… kaum yang memiliki kekayaan, dan kedudukan tinggi di dalam pemerintahan, adalah karena ‘mewarisi’.
Perdana Menteri ke-6, sekarang, antara contoh jelas. Dia tidak akan melakukan kerja lain, selain sebagai orang politik, sepertimana bapanya, Tun Razak Hussein. Lihat sahaja bagaimana anak bekas PM-4, juga sedang meniti tangga politik dan mati-matian mempertahan dasar PPSMI yang diperkenal dan ‘diperturunkan’ oleh bapanya, Tun Dr Mahathir.
Ketua Pemuda Umno, anak seorang bekas duta; menantu PM ke-5… juga bangsawan yang punya nafsu politik bukan kepalang.
Kata Rendra lagi, dalam sajak yang sama:
Karena kami dibungkam
Dan kamu ncoros bicara
Karena kami diancam
Dan kamu memaksakan kekuasaan
Maka kami bilang TIDAK kepadamu
Apakah mereka peduli dengan “harga diri” dan maruah Bahasa Melayu? Tidak-tidak-tidak!
Seandainya orang Melayu seluruhnya bertutur di dalam bahasa Inggeris, ‘cair’ dan lancar, percayalah, kaum bangsawan ini akan mencari jalan untuk bertutur di dalam bahasa lain, selain daripada bahasa Inggeris. Mungkin waktu itu mereka akan bertutur di dalam bahasa Perancis, atau Jepun, atau Arab… tak mustahil di dalam bahasa Jawa kalau bahasa Jawa dilihat sebagai bahasa yang boleh menunjukkan mereka adalah kelas tersendiri: kelas bangsawan.
Saya agak terkejut apabila Pak Samad membawakan kenyataan kelas sebagai antara hujah mengapa bahasa Melayu dikhianati, bukan oleh orang asing, tetapi oleh pemimpin Melayu itu sendiri. Kenyataan ini adalah kenyataan besar, yang selain lama cuba disembunyikan.
Bangsawan Melayu itu, tidak lain adalah bangsawan feudal. Bangsawan lapuk. Bukan satu kelompok manusia yang gigih dengan perjuangan untuk hidup. Yang akhirnya berjaya. Bangsawan Melayu itu (juga bangsawan Cina dan India, yang lahir daripada kurniaan DEB) tidak pernah ada ketrampilan cediakawan di dalam diri mereka.
Perhatikan sahaja rumah mereka, yang barangkali berjuta, atau puluh juta ringgit, tidak ada perpustakaan walaupun sekecil tandas. Buku adalah perkara yang terakhir yang mereka fikirkan. Atau tidak fikirkan langsung.
Yang pertama bermain di dalam kepala mereka, adalah pakaian. Sudah tentu dengan jenama yang tiada tara. Jam tangan, kasut, kereta. Kemudian baru sukan atau gaya hidup yang perlu meyakinkan diri mereka sendiri bahawa mereka adalah bangsawan.
Rakyat bukan mereka. Mereka bukan sebahagian daripada rakyat. Rakyat bagi mereka boleh dibeli. Boleh diumpan. Boleh diikat hidungnya. Terutama dengan janji-janji pembangunan, dan wang ringgit.
Betapa jeleknya golongan bangsawan ini, seperti yang pernah saya saksikan sendiri, bagaimana misalnya anak-anak mereka pun dilarang untuk berkahwin dengan anak orang kebanyakan. Tidak boleh! Haram! Walaupun pencapaian anak orang bawahan itu, sesungguhnya jauh lebih baik daripada apa yang dicapai oleh anak-anak golongan bangsawan.
Kembali kepada mauduk dan persoalan bahasa, kaum elit dan bangsawan ini, tidak pernah peduli dengan bahasa Melayu… yang sekonyong-konyong mereka anggap sebagai “bahasa kampungan.” Betapa butanya mereka bahawa semua bahasa ada bahasa pasarnya sendiri, dan ada juga bahasa kelas tingginya sendiri.
Pengkhianatan terhadap bahasa ibuanda kita, bahasa Melayu, jelas nyata dilakukan oleh elit-bangsawan ini. Dan merekalah yang harus kita sasarkan serangan.
Sementara kita tahu besar, mereka akan mendirikan tembok dan perisai di kalangan rakyat biasa… yang belum punya kesedaran untuk membebaskan diri daripada janji manis, daripada umpan wang ringgit yang tak seberapa, dan daripada sistem feudal yang dipaksakan agar rakyat percaya dengan penuh yakin.
Karena kami arus air kali
Dan kamu batu tanpa hati
Maka air akan mengikis batu.
Penentangan terhadap kelompok kecil ini, adalah penentangan terhadap feudalisme itu sendiri. Bukankah itu antara maknanya reformasi?









betulkah bahasa inggeris bahasa bangsawan dan bahasa melayu bahasa murahan?pengalaman saya membeli kacang putih di satu lorong kaki 5 saya mendengarkan sipenjual kacang berbual dalam bahasa inggeris dengan pelanggan.persoalannya, penjual kacang itu bangsawa ke?Tegasnya, orang yang gemar bahasa inggeris ialah orang yang jiwanya telah dimandulkan oleh penjajah!
Reply
Salam Datuk Seri,
Well said.
I like the library thingy.
I’m happy to know that there are Malays such as you still alive n kicking. If not, I may be another Malay who will migrate to another place , afterall, the earth belongs to Allah. Allah provides to all His creations.
I pray for your well being in politics.
You take care Datuk Seri.
p/s. Still, I do worry a lot about Selangor.
Reply
Salam Datuk Seri,
Well said.
I like the library thingy.
I’m happy to know that there are Malays such as you still alive n kicking. If not, I may be another Malay who will migrate to another place , afterall, the earth belongs to Allah. Allah provides to all His creations.
I pray for your well being in politics.
You take care Datuk Seri.
p/s. Still, I do worry a lot about Selangor. wish to tell you that majority of malays in Selangor hate the encik penyapu aka muka botox (thats what they said in blogs). Dont let them penyapu returns.
Reply
ye betul tu..saya sokong
Reply
PENGKHIANATAN KAUM BANGSAWAN yang diterajui oleh Che Det. Makhlok ini yang membaling batu sembunyi tangan. Mengkilas tangan lawannya kebelakang dengan bebagai akta yang menyongsang yang terus digunakan oleh balaci2nya. Dah bersara dari menjadi PM maseh nak bernafas lagi menuding kesalahan kepada lawannya agar rakyat tak nampak punca segala kebejatan ini dari dia sendiri. Kami bukan bodoh Che Det. Kami tak mudah lupa. Kamu tetap dipersalahkan merosakkan Malaysia melalui kerosakan yang kamu cipta melalui Umno. Cuma penyokong2 umno saja yang bebal menyokong warisan Che Det kerana hati2 mereka dah gelap, dihijab kerana darah yang mengalir dalam tubuh dan disaring oleh jantung hati mereka adalah hasil dari rezeki haram.
Teringat kata2 Hujahtul Islam Imam Al’Ghazali: KENAPA PULA KELAWAR DAN KELUANG TERBANG MALAM. ADAKAH SIANG TIDAK TERANG. KERANA TERANGNYA SIANG MEREKA SILAU. Begitu lah diumpamakan puak2 umno ni. Mengaku Islam, Allah telah jelaskan seterang-terangnya Islam itu, tetapi maseh kabur.
Ada mata tidak memandang, ada telinga tak mahu mendengar, ada mulut banyak berdusta. Semua ini akan ditanya di Makamah Allah Rabuljalil dipadang masyar nanti. Tak tahulah kalau puak umno tak percaya pada hari akhirat, salah satu rukun iman yang 6. Dari segi syarak 6 tolak 1 jawabnya 0 dan dah pasti kafir (mohon dijauhkan Allah).
Reply
Reformasi bererti merubah dari takuk lama ketakuk baru terhadap sistem yang sudah lapuk dan bercanggah dengan Islam itu sendiri, yang didatangkan untuk membebaskan jiwa manusia daripada segala bentuk penghambaan kepada manusia, kepada penghambaan kepada Allah SWT. Kerana Dia bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Mengenali manusia itu dari manusia mengenali dirinya sendiri kerana sifatnya Yang Maha Pencipta, mencipta manusia menjadi Khalifah dialam yang fana’ ini untuk menguji manusia siapakah dikalangan mereka yang lebih bertakwa.Tetapi manusia ‘mudah lupa’ sebaliknya menjadikan ‘nafsu’ sebagai Tuhannya. Mahu menjadi raja atau ketua, ‘bersultan dihati dan beraja dimata’ dan menjadi manusia lain sebagai hambanya abdinya. Bukan sebagai Pemegang Amanah yang hanya menguruskan tanggungjawabnya sebagai Khalifah Allah. Gulungan durjana ini sanggup mengotori jiwanya demi kuasa yang telah dimandatkan oleh rakyat kepadanya. Mereka lupa tentang sejarah perjuangan Islam yang telah didatangkan untuk membebaskan manusia dari penghambaan lebih 1400 tahun yang lalu, yang telah membebaskan hampir sebahagian besar benua Asia, Arika dan Eropah.Hakikat hidup ini seperti roda. Kita tidak nafikan, kejatuhan pemerintahan Islam adalah desebabkan rasuah dan kezaliman serta amalan asobiah atau kronisma yang menyalah-gunakan amanah ini. Kerana kepimpinan atau nasihat para ulamak sering disanggah serta terpinggir dan hanya menjadi alat dan topeng kepada gulungan-gulungan feudal untuk terus menjustifikasikan segala tindak-tanduk mereka. Ayuh!!!bangun, kita tumbangkan rejim yang fasis ini.
Reply
Replika Najib pula di Batu Caves Aug 10, 09 1:40pm kemaskini 4.31pm Selepas replika gergasi Datuk Seri Anwar Ibrahim di kawasan DUN Batu Caves menjadi kontroversi antara PKR dengan Umno, kini patung besar Datuk Seri Najib Razak pula dinaikkan di situ.
Namun seorang pemimpin PKR menyifatkan replika perdana menteri di perkarangan kuil Batu Caves yang dinaikkan “tidak ada masalah apa-apa” kerana “kami tidak pernah menganggapnya haram”.
ADUN Batu Caves, Amirudin Shari menjadi sasaran kontroversi susulan kewujudan replika penasihat PKR akhir tahun lalu menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Penegakan imej mula memancing kontroversi apabila mufti Perlis waktu itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa ia “berunsur keberhalaan” dan “perlu dihapuskan dengan segera.”
Selepas itu, banyak pihak mempertikaikan kehadiran replika besar itu di simpang utama dekat Wisma Keringat – selain dianggap “patung” yang dilarang oleh Islam, ia juga dianggap membazir.
“Tetapi bagi Umno (Gombak) yang ingin mengadakan demonstrasi, kita harap mereka mengambil pendirian yang sama (terhadap patung Najib),” kata Amirudin, yang juga naib ketua Angkatan Muda PKR.
“Begitu juga mereka yang mengeluarkan fatwa, mengharamkan replika Anwar. Kita harap mereka mengeluarkan fatwa yang sama.”
Replika besar Najib dinaikkan beberapa ratus meter di depan patung besar Dewa Muruga yang berwarna emas – di pintu masuk gua Batu Caves – bersempena festival Satu Malaysia di situ selama tiga hari sehingga Ahad.
Pada 29 Oktober tahun lalu, Umno Gombak menentang keras penegakan replika Anwar kerana imej besar berdekatan simpang jalan itu didakwa mengganggu kelancaran lalulintas.
Ketuanya Abdul Rahim Kamaruddin turut mengancam mengadakan “bantahan terbuka” sekiranya Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membenarkan tempoh penegakannya dilanjut
sehingga hari natal tahun lalu.
Menurutnya, ketika pemerintahan Umno di Selangor dahulu, parti itu hanya menggunakan imej besar untuk papan iklan, bagi tujuan perlancongan sahaja.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Abdul Rahim enggan mengulas mengenai replika presiden Umno itu buat masa ini dengan alasan belum melihat sendiri imej tersebut.
Reply
sokong 100%…..jangan kite menyokong kaum bangsawawan seperti ini…hanye memikirkan kepentingan diri masing2………JANGAN KITE DIPERBODOHKAN DAN DIPERKUDAKAN…….AYUH MAJU TERUS!!!!!!
Reply
SYABAS PERWAKILAN UMNO JOHOR BAHRU KERANA BERANI MENGATAKAN
SDR ANWAR IBRAHIM SEORANG PENGKHIANAT NEGARA!
SEBENARNYA KAMI TAK ADA MASAALAH DGN SDR ANWAR KERANA MERAMPAS
BEBERAPA NEGERI DARIPD TANGAN BN DLM PRU TAHUN 2008!this show
DEMOCARCY IS ALIVE IN MALAYSIA!
TETAPI OLEH KERANA ANWAR & KUNCU2NYA BERDEGIL MAU HAPUSKAN
PPSMI SEPERTI SEBAHAGIAN KECIL ORANG2 UMNO>>>KAMI MENYOKONG
100% USUL UMNO BAHAGIAN JOHOR BAHRU MENGATAKAN SDR ANWAR SEORANG
PENGKHIANAT! AGAIN THERE IS DEMOCARCY IN MALAYSIA..
RAKYAT JOHOR MENGAMALKAN FREEDOM OF SPEECH!
KAMI UCAP SYABAS KPD RAKYAT JOHOR BAHRU KERANA BERANI MEMBAWA USUL ITU!
ADAKAH ANWAR AKAN MENJADI KAYA BILA DIA AMBIL TINDAKAN MAHKAMAH TERHADAP UMNO JOHOR!
TAK MUNGKIN! SDR CHANDRA MUNGKIN KALAH DALAM KES ANWAR SUE DIA!
SEKALI TUAN2 HAKIM BOLEH LAYAN…TAPI SERINYA ANWAR MAU SUE DELEGATE
UMNO SERAMAI 500 ORANG…KAMI RASA TUAN2 HAKIM AKAN JADI LOYA & JEMU….
wallahwalam!
Reply
Majoriti para penyokong Pakatan Rakyat tersenyum sinis apabila membaca bapak segala pengkhianat Tun Dr M pula menadah tangan mengalu-alukan perangai tak senonoh juak-juak dalam UMNO…minta lebih ramai bersekongkol pada bulan Sya’ban ini. Ini hanya credit kepada naluri nurani hati kita semasa kita semua sama-sama berikrar mendokong reformasi ini 9,10 tahun yang lalu. Kita sama-sama ingat dan sama-sama tahu.
Tun Dr M seronok sebab melayu mudah lupa. UMNO Johore mudah lupa kes Tun Dr M dengan Tun Musa Hitam semasa pemerintahan M&M, dan ini membenarkan kata-kata beliau.
Ini perkara yang patut kita lihat dan sedar, roh pengkhianat sentiasa disuburkan dan mekar dalam UMNO hingga ke akar umbinya. Segala yang tidak betul mesti disimpan dan ‘kaotim’ sesama pemimpin UMNO, ‘prestasi’ sebegini diutamakan, jika tidak maka dicap ‘pengkhianat perjuangan bangsa’. Bapak segala pengkhianat mesti cari penyokong yang boleh khianat juga. Apabila perbutan khianatnya diketahui orang, maka bapa pengkhianat mesti menyelamatkan pengkhinata tersebut agar boleh digunakan akal untuk khianat mereka yang lain. Bila jiwa nak khianat orang itu lebih kuat tapi tak ada alasan nak khianat, jiwa jadi meronta-ronta. bila diberi peluang ramai-ramailah lempar fitnah khianat. Ibarat anjing suka makan tahi, tak dapat makan dicium juga. Ibarat anjing liar yang melolong di malam bulan purnama, yang terkurung di rumah pun melolong juga.
Hanya DSAI, Tok Guru Nik Aziz dan semua penyokong Pakatan Rakyat tak akan lupa. Kita sudah lama beristiqamah untuk menentang usaha-usaha juak-juak pengkhianat ini, bermula dari DSAI difitnah dalam buku ’50 Dalil’ fitnah Khalid Jafri sehingga ke kes liwat rekaan Saiful. Kerana itulah semua yang hendak belajar menjadi pengkhianat dalam Pakatan Rakyat tidak boleh bertahan lama, yang tidak setia dengan perjuangan seperti ADUN bekas PKR di Perak. Pakatan Rakyat walaupun pahit memang zahir dan batin membuang pengkhianat. Hanya UMNO sahaja yang seronok membela sesama pengkhianat ini.
Kami sentiasa berdoa meminta dijauhkan Tuhan sifat mazmumah ini dari melekat di hati pemimpin-pemimpin dan para penyokong Pakatan Rakyat. Kami sedar bahawa banyak duit, tenaga dan masa telah kami korbankan untuk terus berjuang dalam reformasi ini.
Reply
salam dato’
pengkhianat melayu sebenarnya adalah
1) mereka yang menggadaikan bahasa melayu
2) menggadai tanah simpanan melayu
3) memperkudakan raja melayu
4) mempergunakan DEB untuk anak isteri, rakan & taulan
5) memperlekehkan undang-undang islam
6) banyak lagi tuan boleh tambah…
Reply