Dipetik dari : AnwarIbrahimClub.com
Kelab Anwar Ibrahim (AIC) menyifatkan gesaan Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) ke atas kerajaan untuk menahan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di bawah akta zalim ISA adalah satu usaha mengalihkan pandangan rakyat ke atas kegagalan mereka.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang, dan Pengerusi Gerakan Mansuh ISA (GMI) dinamakan Magaran sebagai dalang penganjuran perhimpunan aman pada Sabtu lepas. Anggaran rawak seramai 80,000 individu yang hadir di ibu kota menunjukkan betapa kempen mansuhkan ISA mendapat dukungan rakyat meskipun berhadapan dengan provokasi terlampau pihak polis.
Sebaliknya, Magaran yang gagal mengumpulkan hatta seratus penyokong kelihatan cuba berlaku defensif dengan menggesa pimpinan Pakatan Rakyat dan Pengerusi GMI ditahan di bawah ISA. Jika justifikasi Magaran ini relevan, maka Magaran juga seharusnya ditahan di bawah ISA kerana turut sama mengajak penyokong-penyokong mereka untuk berhimpun di Masjid Negara, Padang Merbok, dan Pasar Seni pada hari yang sama sepertimana yang telah dihebahkan sebelum ini.
Alasan bahawa ‘keganasan terancang’ dianjurkan oleh GMI adalah satu tuduhan yang sangat dangkal. Tidak ada seorangpun demonstran yang ditahan dilihat membawa apa-apa senjata yang memungkinkan keganasan tercetus, sebaliknya pihak polislah yang begitu rakus melepaskan gas pemedih mata kepada para demonstran sehingga ada yang tercedera.
Harus juga diingat bahawa tangkapan telah dibuat seawal jam 8 pagi, malah dibuat secara rawak sehingga mengakibatkan ada kalangan remaja dan warga emas yang tertangkap tanpa sebarang asas yang kukuh. Perhimpunan ini berjalan dengan aman, khususnya di bawah kawalan keselamatan Unit Amal PAS, tetapi provokasi pihak polislah yang mengakibatkan berlakunya kesesakan lalulintas bila mana laluan masuk ke ibu kota dihadang sehingga menyukarkan pergerakan keluar masuk kenderaan.
Magaran jangan sesekali menafikan bahawa impak daripada puluhan ribu yang berkumpul Sabtu lepas adalah satu manifestasi jelas bahawa rakyat menolak ISA tanpa sebarang kompromi. Magaran juga harus sedar dan bersikap matang bahawa ISA telah diselewengpakai sebagai political tool demi melampiaskan percaturan politik pihak tertentu. Ia jelas bertentangan dengan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948, malah jelas bertentangan dengan kaedah fiqhiyyahdalam sistem syariat Islam.
AIC berharap agar Magaran tidak berterusan menyeleweng fakta dan mempertahankan ketidakadilan melalui pelaksanaan ISA. Tidak dinafikan keselamatan negara adalah mauduk utama yang dijunjung di setiap bahu rakyat Malaysia, tetapi ia sama sekali tidak boleh dijadikan rasional agar kezaliman berterusan dihalalkan dalam sistem undang-undang negara ini.
Kelab Anwar Ibrahim
4 Ogos 2009









Saya xGMI sokong pun. Macam mana boleh kata rakyat sokong GMI? Kenapa saya x berkumpul untuk Magaran? Sebab saya xsuka buat kecoh. Menyusahkan orang ramai. Rosak sana, rosak sini. Mana pergi adat budaya kita? Bersopan-santun, Berbudi Bahasa? Kita bukan bangsa yang suka berdemonstrasi. Kita adalah bangsa yang penuh Berhemah dan Berbudi Pekerti.
Reply
DurianKampung Reply:
August 4th, 2009 at 8:06 pm
Kalau dah nisbah penyokong mansuhkan ISA dan penyokong kekalkan ISA 80,000:< 100, maka dah penuhi syarat sah lah tu utk mengatakan bahawa majoriti rakyat Malaysia yg pemikirannya maju ke hadapan, bukannya mengundur ke belakang menyokong GMI.
Cuba kalau polis tak buat provokasi & benarkan peserta demo bergerak dengan aman ke istana Negara sebagaimana yg dijanjikan GMI, tentu tak rosak sana sini. Tentu dengan penuh beradab & bersopan santun mereka berjumpa wakil tuanku. Tentu peniaga2 kecil yg cari makan dengan menjual air & makanan di sepanjang jalan untung besar 1 Ogos lalu.
Kita bangsa yg berhemah & berbudi pekerti? Memang tepat sekali.
- Dengan penuh berhemah BeeEnd menafikan royalti minyak dr kerajaan Pas terengganu dulu & kerajaan Kelantan kini.
- Dengan penuh berhemah Najib meluluskan lesen judi & menambah bilangan lucky draw setahun kepada sykt judi sedia ada.
- DLL lagi yg tak larat dah nak sebut…
Reply
x-Reedz Reply:
August 4th, 2009 at 8:37 pm
Salam..
adakah orang yang duduk diam tidak suka pertahankan yang HAK itu dikata berhemah? budi pekerti? orang yang membiarkan shj apa nak jadi-jadilah.. biar kerajaan buat sesuka hati.. bukan ke dah banyak petunjuk yang menunjukkan perbincangan antara pihak NGO dengan kerajaan seolah2 tidak boleh pakai.. lalu demonstrasi lah yang perlu untuk menunjukkan sikap tegas mempertahankan yang HAK, supaya kerajaan ada sikap bimbang dan cuba mengambil tahu apa yang diisukan oleh pihak tersebut..
Reply
ron Reply:
August 4th, 2009 at 11:07 pm
Tiada istilah perhimpunan haram.
pergilah ke mana2 negara demokrasi. tiada istilah ini digunapakai.
peaceful assembly is commonly practiced anywhere. worldwide, people join mass gatherings & marching into the streets. USA, Europe, Arab, Japan, Korea.. name it.
peaceful assembly is the essence & form part of the constitutional rights of many individual. its globally recognised, you really have to wake up.
It’s a universal human right principle declared by UN & ratified by many countries including Malaysia.
If you continue to read & believe 100% Utusan Meloya & Berita Hairan, forever until your last breath you will never know this facts, systematically hidden by umno from the Malay minds.
Peaceful assembly is NOT a crime.
It’s a democratic right!
****************************************************************************************
Reply
wrosli Reply:
August 5th, 2009 at 7:09 am
Memang kau x suka demonstrasi.. yang kau suka ialah:
1) anjing kerajaan bunuh Kugan
20 dubuk kerajaan bunuh Beng Hock
3) serigala kerajaan guna c4 bunuh org mongolia
4) perasuah jadi mb melaka, pahang, n9
5) DLL
Reply
Danny Rezal Reply:
August 5th, 2009 at 12:16 pm
yg umno tu berdemo jugak apa hal mat..ko boleh jawab?
Reply
zamy Reply:
August 5th, 2009 at 4:47 pm
hoooi….reedz…mana pendapat kau kata melayu tak pernah buat demo nie……kau dengarlah UMno-Bn tu…tak boleh pakai punye….Malayan Union dulu…dia buat macam mana…pegi sembah British….tangkap leleh…baruBritish batalkan Malayan Union ke….yg akau tahu…..pengasas2 Umno pun joint sekali….buat demo…..dari itu kita boleh fikir sendiri…cakap2 tu adalah propaganda UmNo….UmmmmpHhhh Noooo
Reply
suara anakMalaysia Reply:
August 5th, 2009 at 5:00 pm
Reedz x p demo psl takut kena sembur air… reedz ni takut air… blm kena sembur api lg tu…. hehehehehe..
Reply
noh Reply:
August 5th, 2009 at 6:58 pm
Mana pergi adat budaya kita? YOU ARE TALKING ‘BULLSHIT’. ISA BUKAN BUDAYA KITA BEB. IA PENINGGALAN PENJAJAH INGGERIS, DIKUTIP OLEH UMNO SEBAGAI TOPENG UNTUK MENJAJAH RAKYAT KERANA TAKUT HILANG KUASA. INI SEMUA KERJA ORANG BACUL SEPERTI KAMU.
Reply
Pakatan Man Reply:
August 5th, 2009 at 8:39 pm
ReiDZ apahal la ko ni..cube ko pakai otak sikit.Ni negara demokrasi kite sepatutnye bebas meyuarakan pendapat kite.Demontrasi adalah salah satu cara untuk bersuara..lagipun bukan nye mereka yg berarak bantah ISA ari tu yg buat hal,polis yg start dulu..lu pikir la
Reply
spyjebon Reply:
August 6th, 2009 at 3:46 am
pasal lemah lembut dan berbudi bahasa lah rakyat kena tindas.. Ada akal tak pakai, ikut je telumjuk, sesekali cuba jadi hang Jebat, asek jadi hang Tuah je, kena titek dek raja pun angguk je. You really have no balls!!
Reply
aku perhati Reply:
August 8th, 2009 at 10:56 pm
saudara reedz,
budaya orang melayu yang beriman tidak begitu, orang melayu pernah berdemontrasi membela wanita islam yang ingin dimurtadkan dlm kes natrah.orang melayu juga pernah demontrasi terhadap penjajah british berkaitan kuasa raja raja melayu.orang melayu yang waras tidak kaku tetapi sentiasa peka dan sensitif terhadap perkara yang berlawanan dengan kehendak agamanya,haknya dan keadilan dan bersedia untuk berubah . manusia yang tidak peka pada keadaan sekeliling adalah manusia yang beku akal dan jiwanya yang boleh diperkotak katik oleh orang lain.sebagai contoh pemimpin pemimpin umno yang jadi pak turut ‘yes men’ dan tak berpeluang untuk berfikir.sekarang apa dah jadi … semua lingkup dalam semua bidang baik dari segi ekonomi,pendidikan,badan kehakiman,pertanian dan apa saja ..cuba sebut…….
contoh lain . penyokong umno/BN yang sanggup gadai maruah dan boleh dibeli undi hanya pada harga rm 10 dan ia berlaku di mana mana.
Reply
cik norlaitul marini….ana sokong seratus peratus perarakan bantahan ISA..reformasi,takbir..
Reply
Dah lama tak beri komen. Ego BN-UMNO ISA dipertahankan. Pemimpin UNMO Melayu ibarat padang pasir penuh manusia.Perbincangan bersama pemimpin UNMO-BN ibarat mencurah air di daun keladi. Timbalan presiden UMNO/TPM nampak terlalu ego kini seperti menjadi MB Johor dulu. Ini la nasib Melayu mendapt TPM yang kurang menggunakan akal anugerah Allah. Melayu akan hancur di bawah pimpinan manusia macam ni. teruskan perjuangan.
Reply
rugi rasanya tak dapat joint bersama pejuang penegak kebenaran.alangkan perempuan pon berani turun berjuang ini kan lagi aku…malu betul rasanya ..satu hari nanti aku pasti akan bersama-sama rakan sekalian insyaallah beratus ribu lagi akan turut bersama …ALLAHHUAKBAR!!!!!!!!
Reply
Saya rasa demonstrasi tuntut kemerdekaan dulu pun oleh UMNO pun menyusahkan orang ramai. Kan? Maklumla, bukan budaya kita. Kita kan berhemah. Bangsa apa yg suka demo? Thailand? Yang bukan budaya kita adalah rusuhan. Abih klu rumah mu nak kena roboh, wat demo, budaya ke tu? Itu dipanggil luahan perasaan.
Reply
azlan Reply:
August 5th, 2009 at 10:20 am
Razlan,
Salah tu.
Demonstrasi Malayan Union (1 April 1946 – April Fool) bukan untuk kemerdekaan.
Ia untuk menyatakan kebimbangan bahawa gagasan MU akan menghilangkan kuasa raja-raja Melayu dalam sistem feudal pada ketika itu. Melayu pada masa itu kan berjiwa hamba. So pemikiran hamba mesti ada simbol untuk disembah – iaitu raja2 Melayu, yang merelakan penjajahan British, pada masa itu. Slogan pada masa itu – Hidup Melayu.
Slogan ‘merdeka’ dialungkan oleh penentang penjajahan yang digelar puak2 berhaluan kiri, yang didirikan olh para marhaen. Bukannya golongan elit Melayu yang menjadi talibarut dalam pentadbiran British.
Reply
ble bla la magaran konon ..bacul negara
Reply
suara anakMalaysia Reply:
August 5th, 2009 at 4:54 pm
Magaran malu sbb anak2 saudara je yg ikut demo.. adalah dlm 20org wartawan, penasihat Undang2 Magaran tu jurujual insurance (apa capacity dia nk jd law advr), gelihati bila tgk dia berckp. ini kn pula nk berdebat dgn DSAI.. hehehehehehehe
Reply
Saya tak sokong demonstrasi, tapi kalau tak ada jalan lain untuk mansuhkan ISA saya pasti ikut berdemonstrasi.Sampai bila kita mahu diperintah oleh kerajaan yang zalim dan mementingkan perut pemimpin-pemimpin saja, hak rakyat dinafikan.
Reply
Jangan jadi bangsa lurus bendul!!! lawan tetap lawan!!!
Reply
Saya tak pergi demonstrasi GMI pun.
Tapi saya tahu yang peserta demonstrasi GMI:
-tidak memakai ski-mask atau uniform Bintang Tiga dan mengadakan sekatan jalanraya
-tidak menawan serta menutup stesen LRT Masjid Jamek dan Pasar Seni
-tidak membakar walaupun kotak kosong semasa demonstrasi
Hakikatnya, hujan gas pemedih mata di negeri orang (Tebing Barat), hujan gas pemedih mata di negeri sendiri.
Reply
Perhimpunan akan jadi aman kalau tak di ganggu tapi bila polis dah sembur bahan kimia tentu la situasi jadi kelam kabut. Umno pun ada buat demonstrasi tapi polis tak kacau pon. Ingat lagi tak di terengganu. Polis tak buat apa pun walaupun pihak umno rentangkan sepanduk kurang ajar. Fikirlah…..
Reply
Tak payah la pakatan buang masa demo sana demo sini…………
buang karan je,,,,,,,,,,,meluat
Reply
Perdana Menteri Reply:
August 5th, 2009 at 11:10 am
Ko bodoh ikut telunjuk UMNO yang mengenyang kan perut sendiri, tu kira tak buang karan lah ya?
Reply
nape tak demo kat stadium jer,,,,,,,
demo kat jalan raya, tempat org niaga apasal
menyusahkan org jer….tak fhm2
Reply
DurianKampung Reply:
August 5th, 2009 at 4:25 pm
Dah nama tunjuk perasaan… kena la buat kat tempat terbuka bagi pemimpin yg buta hati tu nampak.
Kalau dlm stadium bukan tunjuk perasaan namanya… tapi sembunyi perasaan.
Tu pun tak tau??
Reply
suara anakMalaysia Reply:
August 5th, 2009 at 4:47 pm
senang nk lari klu kena kejar polis dan lg senang nk beli air klu dahaga, bole window shopping sekali.. 3 dlm 1… Jaikk oooooiiii hahahahahaha
Reply
Pakatan Man Reply:
August 5th, 2009 at 8:46 pm
Nak demontrasi kat stadium pun nak kene mintak permit polis kan??ko ingat polis nak bagi ke??
Kalo UMNO buat demontrasi polis pejam mate je..lu pikir la
Reply
han2 Reply:
August 6th, 2009 at 12:25 am
woi jaikk ko lah org paling bebal…kenapa lah ade manusia mcm niee…..
Reply
AYU Reply:
August 6th, 2009 at 11:52 pm
JAIK KAU MEMANG BOLEH BOLEH BLAH
Reply
-apa ada dengan MELAYU jika tiada ISLAM? Agaknya kalau tidak sampai hidayah ALLAH kita ni masih beragama serupa dengan moyang-moyang kita kat tanah JAWA. So, adat mana yang di utamakan? ADAT MELAYU ke HUKUM ISLAM? Kerajaan UMNO-BN cuma tau buat masjid BESAR, program TILAWAH ANTARABANGSA setiap tahun? Cuma nak tunjuk patung ISLAM ke? Sedangkan hukum alquran/hadis langsung tak tau nak guna? ISA dah terang-terang bertentangan dengan HUKUM ALLAH? sebagai orang ISLAM yang menentang hukum ALLAH….APA jadi?
Reply
spyjebon Reply:
August 6th, 2009 at 3:51 am
Melayu UMNO je yang buta agama Islam, sebab perjuanagn parti UMNo tu mempertahan bangsa bukan agama. Susur galur Melayu kan dari majapahit, bukan pegangan Islam mereka tu. UMNo buat masjid besar sebab manyak masyukk. Bukan nak perhebat syiar Islam. hai sedarlah kaum Melayu Islam ku..
Reply
setuju!
Reply
mungkin kita tidaklupa UMNO p.pinang pernah buat demonstrasi dekat komtar,apakah ini UMNO yang tidak mengikut sopan melayu.
Kalau UMNO buat apapun tak apa,kalau orang lainbuat semuanya salah….itulah sombongnya UMNO
Reply
Kita sepatutnya sedar..rakyat malaysia, penipuan pemimpin Umno, setiap kali membuat janji nak tolong rakyat.. tetapi janji kosong, janji hanya tinggal janji,masa pak lah PM dahulu.. kata nak buat jambatan Labuan – menumbok, tapi bila Dato seri jadi PM. lain pula ceritanya.. kata menteri wilayah tak perlu nak buat jambatan.. mudah-mudahan pilihan raya ke 13 ni.. pakatan rakyat mengambil alih pentadbiran kerajaan putrajaya.. AMIN!!! yarabilAAlamin….
Reply
spyjebon Reply:
August 6th, 2009 at 3:47 am
Pm tu munafik, bunuh orang pun dia mampu, berkata dusta apatah lagi..
Reply
SALAM
mereka ajak datok seri berdebat,KAMI SOKONG DATUK SERI BERDEBAT BERKENAAN HAL INI!!!..KAMI NAK TENGOK SEJAUH MANA HEBAT NYA PENASIHAT UNDANG2 YANG NAMA KHAIRUL TUUU…..TOLONG BERDEBAT DENGAN DIA…DIA CABARAN DAN CAKAP SEOLAH KITA NIH BUAT SALAH…..
SALAM REFORMASI
KALAU TAKUT DENGAN RISIKO JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN
Reply
hidup pakatan.. berani kerana benar takut kerana salah ..
Reply
Orang Bodoh pilih = UMNO
Orang Pandai pilih = PAKATAN RAKYAT
Anda = ?
Reply
suara anakMalaysia Reply:
August 5th, 2009 at 4:39 pm
Org cerdik pilih = Sultan payung negara
Reply
Salam semua, aku pun rasa menyesal sbb hari tu tak ikut serta dlm perhimpunan aman pd 1/8/09 bukan ape ade keje laks… lain kali aku mesti ikut serta dlm memperjuangkan keadilan , sbb aku adalah anak bangsa Malaysia bukan satu malaysia ye…( spt yg diwar2kan oleh pak najib )
Buat semua rakyat Malaysia, sedarlah inilah sebuah negara yg sudah dilacurkan demokrasinya oleh pak Najib.Jadi apa tunggu lagi buat perubahan dari sekarang, jgn lupa mengundi Pakatan Rakyat di PRU 13 nanti… Hidup Islam hancur Najib dan kroni serta mad Sembab muka mcm org bodoh. Apek jual sayur lagi hensem dari kau lah.. sedap2 je ckp Ayahanda Anwar pengkhianat. Baik minta maaf sebelum ajal menjemput wahat TPM Mad Sembab… Satu dunia dah tahu lah !!
Lawan Tetap lawan !
Reply
sesuatu yg dibanggakan ialah ada prinsip sendiri,pendirian sendiri…
jgnlah menjadi seorg yg tiada pendirian…
jikalau anda rasa undang2 itu patot dimansuhkan…
bersikap tegaslah dan berusaha ke arah itu…
bkn hanya duduk di belakang kerajan,baling batu dan sorok tangan…
PDRM patut belajar dr negara2 maju yg lain…
di negara maju dan negara ke 3,polis digunakan utk mengiringi para DEMONTRASI…
bkn buat provokasi ke atas penDEMO…
bile diiring oleh polis barulah lancar serta hanya amik 30 minit utk samapi ke istana negara…
selesai hantar DEKLARASI RAKYAT,para demontarasi pon bersurai…
xperlu masa yg byk utk menghantar memo tu…
maka tiadalah kerosakan yg dilakukan oleh PDRM sendiri,tiada berlaku kesesakan lalu lintas yg LUAR BIASA utk masuk k.l akibat dr sekatan yg DILAKUKAN PDRM SENDIRI…
tiada pendemo yg menyusahkan rakyat lain ini kerana mereka jugalah rakyat malaysia yg bangga akan AGONG,NAMA MALAYSIA SERTA BENDERA NEGARA KITA….mereka semua sama,bkn pengganas….
Reply
hidup pakatan!! lawan tetap lawan!! umno be end.. be end umno. reformasi!!!!
Reply
Salam buat semua…
Saya fikirkan huru hara akan tercetus di KL pada hari demo tu. Pihak Magaran termasuk juga Berahim Ali turut menganjurkan demo pada hari yang sama demi membodek PM dan armadanya. Wah, pastinyalah akan berlaku pertembungan antara dua pihak, pejuang nasib rakyat bertembung dengan pembodek PM. Hasilnya? Semua kita maklum, sang pembodek entah menghilang ke mana…
Demo tu mudah difahami kecuali bagi orang yang buta hati dan buat2 tak faham. Kita berdemo kerana tiada pilihan lain. Pilihan yang ada semua sudah gagal dan tidak diperduli. Nah, bukankah dengan demo, kesannya lebih maksima dan membuat PM dan kroninya berdendang kononnya ISA ni sudah dalam perancangan untuk diubahsuai..
Kita bukan berdemo untuk mengganas. Kita bererak dengan aman sebab kita Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Kita tidak perlu menyerbu ke Parlimen dengan cara kasar untuk mengganggu MP yang dipilih rakyat. Kita hanya berarak beramai-ramai menunjukkan kepada kerajaan kebencian terhadap ISA. Takut akan kemaraan rakyat yang sebegitu ramai, kalutlah fikiran Menteri Dalam Negeri dan Polislah yang menjalankan kekalutan fikiran itu.
Kita fikir bersama… Jika Polis tidak mengganggu demo itu sebaliknya bekerjasama dalam soal trafik, apa jadi? Rugikah juga para peniaga hari itu kalau demo ini dibiarkan aman dan premis mereka tidak diarah tutup? Alahai, budak tahun 1 pun tahu menjawab persoalan ini.
Berita angin terbaru ( lain topik ), beberapa tokoh UMNO akan menyertai PKR. Kata orang, mereka ni jenis pencen dan tidak diterima rakyat lagi. Bagi saya, mereka adalah pemimpin berani berubah dan hanya lapuk dalam UMNO kerana mereka bukan berjiwa UMNO. Cara mereka tidak selari dengan cara UMNO. Kami di Sabah mengharap pula Datuk Salleh, Datuk Masidi (sekadar menyebut beberapa nama) untuk menyertai perjuangan demi rakyat.
Selamat berjuang
Reply
Sebenarnyta jika pihak polis membenarkan perarakan berlalu secara aman tentu peniaga di sekitar K.Lumpur mendapat durian runtuh. Yang paling beruntung ialah peniaga2 kecil makanan dan minuman. Sekitar 80,000 orang sudah pastinya akan mengambil kesempatan untuk membeli-belah pada hari tersebut, tapi pihak berkuasa cuba menghalang benda ini menjadi kenyataan sebaliknya mereka lah yang mengakibatkan kerugian pada pihak peniaga.
Kalau demo ini mendatangkan kerugian pada pihak peniaga sudah tentulah mereka tak buka kedai pada hari itu. Kerana mereka tahulah hari itu rezeki bertambah maka gerai mereka di buka.
Sama2lah kita rwenungkan…….
Wasalam
Reply
jahanamkan si pengecut…Allah akan laknati org yg zalim….tunggulah…..yakin je pd Allah.Allahhuakbar!!!!
Reply
‘Zero tolernce’ atau takada tolak ansur langsung dengan demonstrasi atau tunjuk perasaan oleh PDRM, yang menjadi benteng alat politik UMNO jelas menunjukkan mereka in amat ‘gerunnn’ dengan kebangkitan rakyat !!! terutama orang-orang Melayu. Sebab itu ramai mereka in kena belasah teruk, nak bagi ‘pengajaran kononnya. Otak orang UMNO ni dah jadi bebal kerana Allah SWT dah belengu pandangan mereka dari depan dan belakang. Walupun diberi pandangan dan nasihat tentang kebenaran melalui ‘mesej’ Kerasulan (baca surah Yaasin). Apa yang jadi persoalan utama bagi mereka ialah tetap mempertahankan dasar lapuk “ketuanan Melayu” walaupun generasi hari ini mahukan pada satu bangsa Malysia yang benar-benar merdeka!. Mereka dah buta dan pekak badak. Nak katakan beragamapun, tak mengaji habis, ambil yang mana-mana saja yang menyokong pandangan mereka, yang lain tak serasi ditolak. Ape ni… Takut ‘periuk nasi” terancam ke. PAS pernah berklali-kali kalah, DAP pun begitu. Tak kebuluran pun…Orang separuh-separuh ilmu ini tak layak bergelar pemimpin!
Reply
amino memang pun tak buat demo tapi sapa ingat dulu2 mula2 pr naik kerajaan di penang mari, yb roslan and the gang juga buat demo dekat komtar bukakah begitu khairi jamaludin? masa tu fru ada juga tapi tak guna pun water canon…
shafie afdal ckp dia nak tahu apa penjelasan PAS berkenaan penjualan arak di selangor..dulu masa amino kuasa tak jadipun hal mcm ni..nak bagitahu kat amino dan shafie apadah tu..masa amino kuasa memang dia tak buat apa2 pun untuk kepentingan org islam apalagi soal arak…so jgn ckp tak serupa bikin la amino..bila PAS mula menjalankan kewajipannya amino plak jadi takut sebab terlihatlah kebaculan amino selama ni..jadi wlu apapun yang terjadi saya sokong PR dan PAS..
Reply
saya sokong ISA dikekalkan bagi 5 tahun lagi untuk memberikan peluang kepada manusia seperti magaran ,hismdin, ajib,sapi apada merasakan kehidupan dalam tahanan ISA. KITA TUNGGU SAJA….
Reply