03
Aug
09

Lawatan sambil belajar tinjau ‘istana’ Khir Toyo.

Dari MStar Online

Lawatan sambil belajar anjuran Ahli Dewan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim meninjau banglo milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo di Seksyen 7 di sini pagi tadi berakhir dengan demonstrasi.

Rombongan yang disertai 40 pengundi dari kawasan Sekinchan dan Sungai Panjang tiba di banglo Dr. Khir kira-kira pukul 10.40 pagi dengan sebuah bas persiaran.

Mereka menghabiskan masa kira-kira sejam untuk meninjau lebih dekat banglo itu yang telah mencetuskan kontroversi kerana dikatakan bernilai RM24 juta.

“Setiap seorang daripada kami membayar sebanyak RM50 bagi menyertai rombongan ini bagi melihat sendiri istana luar biasa bernilai RM24 juta ini.

“Ini adalah inisiatif penduduk untuk lawat dan melihat dengan mata mereka sendiri betapa besarnya rumah pemimpin mereka,” kata Ng kepada media dalam lawatannya itu.

Bagaimanapun rombongan tersebut tidak dibenarkan masuk ke kawasan banglo berkenaan kerana dihalang pengawal keselamatan.

Kehadiran mereka turut membawa kain rentang yang tertera ‘lawatan sambil belajar ke istana KT yang luar biasa dan menakjubkan’ sambil merakamkan gambar kenangan di luar banglo itu sebelum beredar sejam kemudian.

Dalam pada itu, Ng juga berkata, beliau akan mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya menyenaraikan ‘istana’ berkenaan sebagai salah satu tempat lawatan kepada pelancong.

Ng yang dilantik sebagai ejen bagi menjual banglo berkenaan berkata, sehingga kini beliau menerima beberapa maklum balas daripada beberapa pembeli yang berminat.

Bagaimanapun beliau melahirkan rasa kecewa kerana salah seoarang daripada pembeli yang berminat itu telah datang sebanyak dua kali untuk melihat keadaan banglo itu, namun hampa kerana ketiadaan kunci.

“Pembeli ini mahu masuk dan tengok sebelum bersetuju dengan tawaran RM24 juta tapi dia (Dr ) tak beri kunci… macam mana saya nak masuk.

“Setakat ini ada lima pembeli yang berminat dan berjumpa saya manakala melalui telefon dan SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) lebih daripada 20 orang,” katanya sambil meminta Dr. Khir melanjutkan tempoh untuk menjual rumah itu yang akan berakhir 7 Ogos ini.


14 Responses to “Lawatan sambil belajar tinjau ‘istana’ Khir Toyo.”


  1. 1 sondolan Aug 3rd, 2009 at 10:52 pm

    Tolong tunjuk gambar rumah banglo itu, kami dari kawasan ulu DUN nya nak lihat
    sebab tak dapat pergi sama rumbangan YB

    Reply

    aDy Reply:

    wahahahha..
    lwak tol..
    ni bley senarai sebagai keajaiban dunia nih…

    Reply

  2. 2 PeoplePower Aug 3rd, 2009 at 11:36 pm

    Toyol, pulangkan penyapu!

    Reply

  3. 3 tengku que Aug 4th, 2009 at 2:03 am

    hahaha…..
    rombongan sambil belajar….
    itu perlu disenaraikan bg melihat sesuatu yg menakjubkan selain masjid negeri slangor…
    bagus2…

    Reply

  4. 4 LeeManChoo Aug 4th, 2009 at 2:47 am

    Tak berkat buat rumah dengan menipu duit rakyat,mudah2an dengan izin Allah malapetaka menimpa,baru setahun jagung jadi MB,buat rumah bernilai jutaan ringgit.Mana SPRM?siasat la.. apa tunggu lagi…..Asyik sibuk siasat $2,400.00,24 juta tak nampak…….Pesanan kepada toyol..bawa2 la bertaubat,asyik cari salah orang,salah sendir,anak bini nak sorok….sampai bila?suatu hari nanti kebenaran terunkai jua….

    Reply

  5. 5 BOO LONG Aug 4th, 2009 at 12:33 pm

    bagus,bagus ,bagus “LAWATAN SAMBIL BELAJAR”
    kasi tukar ckit la oi..ayat tu… “LAWATAN KASI AJAR” sama KT…..
    mari olang kampung …lamai2 kasi ajar sama kt…
    kat kg lia ah…mau kasi klua 24k pun blum tentu.itupun stakat nak baiki
    balai raya sungai panjang…
    _________________________________________________
    MAKA TERCATATLAH SATU SEJARAH “BOOK OF RECORD”
    _________________________________________________
    tapi apa pasat itu olang tatak mau bagi kunci ahhh..
    tatak malu ka dia (KT)…

    Reply

    Ah Chong @ Ah Ape-ape Je.. Reply:

    Gua pun manyak helan oo.. Apa pasat lia tak mau kasi kunci.. Macam mana mau jual kalau mau tengok pun manyak susah. Olang kalu mau beli lumah mesti tengok lalam dulu ma..Balu boleh buat decision ma..Gua lagi lasa helan..Apa pasat lia mau jual itu lumah kalau luit manyak spend untuk bikin itu bunglow..Dia sulah takut mau luluk sana ka takut ala hantu toyol ka atau takut itu Balan Pencegah Lasuah mai check ka..Aiya..Manyak susah jugak jali kaya ma..Aiya..Lompat..Lompat..Lompat lama-lama jatuh lalam itu telaga manyak ala katak itu lalam..

    Reply

  6. 6 BN BODOH Aug 5th, 2009 at 9:15 pm

    ADAKAN DEMONSTRASI UNTUK MENGEMPARKAN NEGARA KAT BANGLO TU SEBAGAI BANTAHAN KEPADA SPRM SEBAB TAK MAHU SIASAT INI BUKAN KES KECIK2 SEORANG DAHPUN MATI. KALAU BOLEH STANDARD BANTAHAN MACAM ANTI ISA. UMNO SDG MENYERANG PR BERTUBI2 DGN BALA TENTERANYA. GUNAKAN STRTEGI BERTAHAN DAN MENYERANG. UMNO MENGUNAKAN TAKTIK MELEMPANG DAN MENYEPAK DAP KEMUDIAN MEMBELAI RAMBUT PAS SAMPAI KEMBANG KEMPIS LUBANG IDUNG PEMIMPIN PAS. HANYA CARA INI BOLEH MERUNTUHKAN PAKATAN RAKYAT. NAJIB PULAK SELAIN BERGAMBAR DI KAABAH DIA JUGA AKAN BERGAMBAR DENGAN PEMIMPIN2 PAS DAN MEMUJI2 PAS SUPAYA NAMPAK BAIK DAN MENDAPAT SIMPATI. PAS KENA AMBIK IKTIBAR CERITA TUAN GURU NIK AZIZ TENTANG LANUN MELAYU.
    ORANG UMNO KERJANYA SONGLAP DUIT KERAJAAN , NAIKAN CUKAI, MELANGGAN PELACUR, MEMBUNUH, MENINDAS RAKYAT, MEMBUAT PEMBEDAHAN PLASTIK DAN MENIPU JANGAN HARAP MEREKA TU NAK JADI BAIK. TAK AKAN JADI BAIK PUNYA. TAMBAHAN PULAK UMNO DIKETUAI OLEH KAKI PEREMPUAN DAN PEMBUNUH.

    Reply

  7. 7 ron Aug 6th, 2009 at 12:15 am

    tarikan terbaru pelancongan

    destinasi popular di shah alam

    Reply

  8. 8 Pakatan Man Aug 7th, 2009 at 10:07 pm

    EM..menarik gak kan lawatan ni.Toyo ingat die tu sape.Cam ne Seorg MB bleh bina umah ngan harge 24 juta.kalo x rasuah ape lagi kan..SPRM lak x reti2 nak siasat kes ni.Jangan buat2 x tau je dah jelas lagi nyate kes ni..lu pikir la.

    Reply

  9. 9 razakbibah@yahoo.com.my Aug 8th, 2009 at 4:48 pm

    SPRM untuk pembangkang sahaja. orang lain tidak ada keslah. takkan tak faham

    Reply

  10. 10 a man called hero Aug 8th, 2009 at 4:50 pm

    SPRM mcm haram jadah. Kalau geng PR buat hal cepat jerk amek tindakan. PR buat aduan pasal BN buat derk je. Mmg x berkat depa cari rezeki. Buat keja kerana ALLAH bukan sbb takut BN.

    Reply

  11. 11 SAMARAN Aug 10th, 2009 at 1:19 pm

    NAPE TAK SIASAT RUMAH KHALID IBRAHIM DEKAT DAMANSARA HEIGHT

    DUIT SAPE YANG DIA PAKAI?

    DUIT RAKYAT SEMASA MENJADI CEO DI GUTHRIE, SEMUA FREE

    RUMAHNYA ANGGARAN 20-32 JUTA

    SEMUA DUIT RAKYAT YANG MELABUR DALAM ASB ASN DLL

    SATU SEN PUN DIA TAK KELUAR DUIT

    HARAP SPRM SIASAT

    DOC. DOC AKU RASA ADA ATAU PUN DAH DIBAKAR OLEH PENGIKUTNYA

    SEMUA ANAK SYARIKAT GUTHRIE TAKUT NAK INVOICE SEBAB TAKUT DIA MARAH

    BOSS-BOSS PUN KENA IKUT CAKAP DIA

    HARAP SPAM SIASAT

    Reply

  12. 12 fulltone Nov 5th, 2009 at 10:47 am

    BIASA DALAM DUNIA NI…..
    SETIAP MANUSIA MESTI ADA PERASAAN IRI HATI, DENGKI DAN MCM LAGI…..

    KALAU HUKUMAN KAT DUNIA NI LEPAS, BELUM TENTU HUKUMAN DALAM KUBUR TERLEPAS…..

    NASIHAT LAH DIRI SENDIRI SEBELUM MENASIHATI ORNG LAIN…………

    TQ………………….

    Reply

Leave a Reply