Archive for July, 2009



15
Jul

Kezaliman Lampau Dikhuatiri Berulang

Petang semalam ketua pasukan pembelaan saya memaklumkan bahawa beliau terpaksa berundur dari kes saya dan lain-lain kerana keuzuran. Kita turut mendoakan kesejahteraan saudara Haji Sulaiman dan terpaksa menerima keputusan beliau dengan sedih dan berat sekali.

Dalam keadaan terdesak sademikian peguam saya mengusulkan agar ditangguh perbicaraan bagi membolihkan saya melantik ketua pasukan guaman baru. Hakim lantas menolak dan menetapkan perbicaraan pada jam 2 petang hari ini.

Ini agak janggal dan menunjukkan aliran perjalanan mahkamah yang dikhuatiri mengulangi kezaliman lampau. Persoalannya ialah siapa yang menyebabkan penangguhan? Mengapakah Gani Patail terus zalim dan berdendam sehingga konco-konconya gagal menyerahkan dokumen hingga sekarang. Ini termasuk lapuran perubatan Pusrawi!

ANWAR IBRAHIM

15
Jul

Kemaskini Dari Mahkamah Tinggi, Jalan Duta – 15 Julai 2009

Untuk makluman, kemaskini perjalanan mahkamah secara langsung boleh diikuti melalui laman web http://www.twitter.com/AnwarIbrahim2.

Sila ke laman web tersebut untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai kes Dato’ Seri Anwar dari kamar mahkamah.

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

14
Jul

Tahniah kepada PAS diatas kejayaan Manek Urai

Saya mengucapkan syabas kepada seluruh pengundi Manek Urai kerana memastikan kemenangan manis buat Pas dan Pakatan Rakyat. Tidak disangkal lagi, sungguhpun dihambur dengan segala macam ugutan oleh pimpinan tertinggi negara dan tidak kurang yang menabur janji pembangunan, rakyat tetap menolak kepimpinan Dato’ Sri Najib. Manek Urai yang majoriti pengundinya terdiri dari orang Melayu menjadi saksi penolakan umno yang sering mendabik dada sebagai pelindung umat Melayu.

Rakyat disogok dalam masa beberapa ketika ini oleh media umno-bn akan kejayaan kepimpinan baru. Masih terikat dengan gelagat lama, digembar gemburkan, kononnya kejayaan kepada seluruh pelusuk demi menarik hati rakyat. Umno-bn masih tidak sedar bahawa usaha memperbodohkan rakyat tidak akan berhasil. Rakyat sedar bahawa pilihan mereka penting buat menentukan hala tuju negara dan oleh itu hari ini mereka memilih untuk bersama dengan Pakatan Rakyat demi melaksanakan Perubahan.

Saya mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan tahniah kepada YB Fauzi, seluruh jentera pilihanraya dan kepimpinan Kelantan, terutamanya YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

ANWAR IBRAHIM

14
Jul

DSAI Ke Masjid Siti Khadijah Pantai Dalam

DSAI akan menunaikan solat jumaat di Masjid Siti Khadijah, Pantai Dalam. Berikut adalah butiran program tersebut:

Tempat: Masjid Siti Khadijah, Pantai Dalam.

Tarikh: 17hb Julai 2009(Hari Jumaat)

Masa:1.15PM-2.15PM

Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim

14
Jul

Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta Esok

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan akan hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Beliau akan berdepan dengan tuduhan fitnah yang direka khusus demi merencatkan perjuangan rakyat dan agenda Perubahan. Berikut merupakan butiran program tersebut:

Tarikh: Hari Rabu 15hb Julai 2009
Tempat: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Kompleks Mahkamah Jalan Duta
Masa: 8.00 pagi

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

14
Jul

Police Investigation of Anwar Ibrahim Lacks Credibility

August 6, 2008

The Malaysian government should immediately withdraw politically motivated charges against opposition leader Anwar Ibrahim, Human Rights Watch said today. Police served Anwar, who is running for office, with an order to appear in Kuala Lumpur Sessions Court on August 7, 2008, under a colonial-era law that criminalizes homosexual conduct.

But several instances of misconduct around the investigation into allegations that Anwar had sexual relations with a male former aide show the charges are aimed at preventing Anwar from leading a new government. Police handled the inquiry improperly, while government officials interfered in it and tried to publicly intimidate and embarrass Anwar. On August 26, Anwar is due to run in a by-election for the constituency vacated on July 31 by his wife, Dr. Wan Azizah Wan Ismail. On August 6, police ordered him to appear in Kuala Lumpur Sessions Court to face charges under section 377 of Malaysia’s criminal code, which criminalizes “carnal intercourse against the order of nature.”

“The Malaysian government appears to be manipulating the legal system to shore up support for its continued rule and undermine the opposition,” said Brad Adams, Asia director at Human Rights Watch. “This case is really about preventing challenges to the government’s rule.”

Continue reading ‘Police Investigation of Anwar Ibrahim Lacks Credibility’

14
Jul

Kenyataan Media HRW 20 Julai 2008

Malaysia: Political Motivations Undermine Anwar Case

Malaysian government allegations that opposition leader Anwar Ibrahim forcibly sodomized a male aide lack credibility, Human Rights Watch said today. Human Rights Watch is concerned that Anwar’s arrest was a politically motivated attempt to derail the opposition alliance Pakatan Rakyat’s (People’s Alliance) much-publicized campaign to form a new government by September 16, 2008.

Human Rights Watch urged the Malaysian government to ensure any investigations are transparent, impartial, and in accordance with international standards of due process.

“The Malaysian government’s record provides little basis to believe this is anything other than a partisan political attack on Anwar,” said Brad Adams, Asia director at Human Rights Watch. “In light of past false allegations and his unfair trial, Anwar has good reason to worry that his rights won’t be respected.”

The police have to date refused to release the first information report lodged by former aide Saiful Bukhari Azlan on June 28. Anwar’s lawyers have repeatedly requested the report, which under Malaysian law is a public document. A person named in a first information report has the right to a copy of the report. The refusal of the police to make the original report public has fueled suspicions that it may be altered. Saiful remains under police protection.

Continue reading ‘Kenyataan Media HRW 20 Julai 2008′

14
Jul

Kenyataan Media Human Rights Watch 7 Ogos 2000

Human Rights Watch condemned the conviction of former Malaysian Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim and his adopted brother Sukma Dermawan. Both were convicted of sodomy.

“The verdicts are another blow to justice in Malaysia,” said Joe Saunders, deputy Asia director at Human Rights Watch. “What has happened to Anwar and his supporters highlights the fragility of rights there. If you’re out of favor with the political leadership ?no matter how high you might rise in the government ?you have very little protection. This is a real step backwards for Malaysia.”

Anwar was Deputy Prime Minister until shortly before he was arrested in September 1998. He was later charged with sodomy and corruption for allegedly using his office to impede police investigations into the sexual misconduct allegations. In April 1999, he was convicted of corruption and sentenced to six years in prison.

Continue reading ‘Kenyataan Media Human Rights Watch 7 Ogos 2000′

13
Jul

Catatan Dari Manek Urai

Alhamdulillah, semangat rakyat di Manek Urai kelihatan kental. Sambutan ceramah malam tadi hebat sekali. Pagi tadi saya turun ka desa, menemui jentera PAS dan berhenti menyampaikan pesanan singkat. Azizah masih di sana dan petang ini meraikan petugas KeADILan disana.

Saya menempelak pimpinan UMNO yang terus mengugut rakyat dengan rasuah politik. Jambatan Manek Urai akan dibina pada 15 Julai sekiranya calun UMNO menang, tegas mereka. Apa mereka kira dana negara adalah harta peribadi dan bolih segera dibangunkan menurut titah Nabi Sulaiman?

Dan agak melucukan manakala Menteri Pendidikan menganjurkan sambutan Hari Guru selepas dua bulan dari tarikh kebiasaannya (16 Mei)!

Walhasil balik asal – seluruh jentera pemerintah, penguatkuasa, dan media ikut satu arah, satu Malaysia!

ANWAR IBRAHIM

12
Jul

Pertemuan Dengan Menteri Luar Australia

JULY 10th, 2009

ANWAR IBRAHIM TO DELIVER KEYNOTE ADDRESS ON ISLAM
AND THE WEST AT COMMON WORD INTERFAITH CONFERENCE
IN PERTH

Dato’ Seri Anwar Ibrahim will deliver the keynote address entitled Islam and the West at the Perth Interfaith Conference, to be held at the Perth Convention Exhibition Centre on Saturday 11th July 2009.

Inspired by the Common Word initiative, a historical and unprecedented open letter issued in October 2007, and endorsed by 138 Muslim scholars and leaders, the Perth Interfaith Conference aims to build bridges of understanding and mutual respect between Muslim and Christian communities.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim will be accompanied by Keadilan President Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail and during his visit he will meet with The Honourable Stephen Smith MP, Australian Minister for Foreign Affairs to discuss issues of common concern for Australia and Malaysia as well as official representatives from Western Australia and the Malaysian community living in Perth.

Dato Seri Anwar Ibrahim is currently leader of Malaysia’s Parliamentary Opposition. He is an advocate for greater cooperation among civilisations and an authoritative voice bridging the gap between East and West. For more information on A Common Word for The Common Good, Muslim-Christian Interfaith Conference, see www.interfaithconferenceperth.com or contact Perth Lighthouse at tamara@proverbial.com.au

OFFICE OF ANWAR IBRAHIM

sila lihat ucapan penuh Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Continue reading ‘Pertemuan Dengan Menteri Luar Australia’

11
Jul

Ceramah Perdana DSAI Di Ampang 8hb Julai 2009

Bahagian 1

Bahagian 2

Bahagian 3

Bahagian 4

(semua video ehsan media rakyat.net)

10
Jul

Ceramah Perdana Manek Urai

Ceramah Perdana di Manek Urai membariskan tokoh-tokoh Pakatan Rakyat. Berikut adalah butiran aturcara program tersebut:

Tarikh: Ahad 12 Julai 2009

Masa: 9-12 tengah malam

Tempat: Kampung Sungai Peria, Manek Urai, Kelantan.

Penceramah: YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Lim Kit Siang dan Sdr Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim