Perkhabaran mengejutkan diterima lewat malam tadi, apabila sutradara filem tersohor Yasmin Ahmad diberitakan telah kembali ke rahmatullah rentetan serangan angin ahmar beberapa hari lepas.
Kreativiti Allahyarhamah di dalam seni layar nyata sekali sangat membanggakan. Tiada siapa akan lupa setiap iklan pendek arahan beliau yang menghiasi kaca televisyen saat menjelangnya sambutan hari kemerdekaan dan perayaan utama negara saban tahun. Iltizam Allahyarham untuk memupuk perpaduan tulen kalangan masyarakat melalui karya seni yang sinikal ternyata berjaya menaut sanubari masyarakat.
Saya berkesempatan menonton filem arahan Allahyarhamah, Gubra, beberapa tahun yang lepas. Meskipun setiap filem arahan Allahyarhamah agak kontroversial, sebermula Rabun, dan yang terakhir TaleNtime, tetapi masih tidak terlepas daripada kritik sosial yang wajar membuka mata masyarakat akan peri penting perpaduan dan persefahaman menjadi maudhuk utama semua pihak.
Menyantuni perbedaan agama dan bangsa dalam dimensi seni yang menyatukan, Yasmin boleh disifatkan berada di dalam kelasnya yang tersendiri.
Sekalung takziah di atas pemergian Allahyarhamah ke rahmatullah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya kelak, inshaAllah.
KUALA LUMPUR, July 25 — Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim succeeded today in bringing into PKR ex-MIC vice president Datuk S.S. Subramaniam and the members of 12 MIC branches.
The senior ex-MIC man brought with him his younger brother and some 2,500 members from 12 MIC branches within Petaling Jaya and Meru, Klang into the PKR fold.
The defections were touted as a boost for the Pakatan Rakyat (PR) but it is unclear how significant Subramaniam’s move is, considering he has little influence left in the Barisan Nasional (BN) party.
But coming on the heels of former MCA vice-president Datuk Chua Jui Meng’s defection into PKR last week, Anwar will be hoping to gain some momentum from Subramaniam’s decision to join PKR.
Besides Subramaniam and Chua, Anwar had also succeeded in attracting former Umno minister Datuk Zaid Ibrahim into PKR as attempts to strengthen his party’s position as a lynchpin in PR.
From The Malaysian Insider
By Kim Quek
JULY 25 — Both Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and Attorney General (AG) Tan Sri Gani Patail have flopped miserably to justify the unjustifiable — the irrational and untenable decision to have both a royal commission of inquiry (RCI) and an inquest to deal with the boiling controversy of Teoh Beng Huat’s tragic death under custody of the Malaysian Anti-Corruption Commission.
In an immediate response to nation-wide protests against the government’s decision to allow the RCI to deal with only procedural matters while leaving the all important issue of cause of death to an inquest in a magistrate court, Najib said:
“We must adhere to the laws of the country. Please don’t take (political) advantage of the case. Our intention is to find out the truth”.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan pendakwaraya menangguhkan dahulu penyerahan dokumen berkaitan kes liwat Datuk seri Anwar Ibrahim, sementara menunggu keputusan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan terhadap perintah tersebut.
Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Dian membenarkan permohonan pendakwaraya itu pagi ini.
Pendakwaraya memohon penangguhan penyerahan dokumen itu atas alasan:
1)Perintah mahkamah supaya menyerahkan dokumen tersebut kepada tertuduh mempunyai implikasi dan kesan, bukan sahaja terhadap kes liwat tersebut, tetapi juga kes-kes jenayah yang lain.
2)Ia akan mengelak rayuan pendakwaraya di Mahkamah Rayuan daripada menjadi akademik, kerana ia membabit persoalan perundangan tertentu.
3)Perkara memberi salinan kenyataan saksi kepada Anwar, membabitkan persoalan undang-undang yang perlu diputuskan terlebih dahulu oleh mahkamah rayuan, sebelum Mahkamah Tinggi meneruskan perbicaraan kes tersebut.
Azam Aris, penulis “The Quintessential Man” — biografi bekas Pengerusi Petronas, MAS dan Putrajaya Holdings, Allahyarham Tan Sri Azizan Zainul Abidin — menukilkan kata-kata Allahyarham sebaik sahaja mendengar kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998 bahawa mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim akibat tindakannya sendiri:
“Mustahil mata lebam tersebut akibat tindakan Anwar sendiri.”
Azizan dikenali sebagai orang kanan Dr Mahathir, yang pernah menjadi Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri. Namun episod yang dirakam di dalam biografinya itu menjadi bukti integritinya yang menjadi lagenda di dalam institusi kerajaan.
Sahabat kami Gus Dur, bekas Presiden Indonesia dan penyair agung WS Rendra dikhabarkan uzur kebelakangan ini.
Setibanya saya dan Azizah ka Jakarta semalam, kami terus ka rumah Gus Dur di Ciganjur menemui beliau dan Ibu Shinta. Beliau kelihatan sedikit pulih meskipun masih berulang ka hospital menerima rawatan.
Saperti biasa beliau tetap ceria, menyentuh perihal pemilihan Presiden Indonesia dan mendoakan kejayaan kami di Malaysia.
Pagi tadi pula kami ka hospital di Kelapa Gading mengunjungi WS Rendra yang tenat satelah diserang sakit jantung hampir sebulan lalu. Isteri beliau Ken Zuraida dan keluarga mendampingi.
Saya cuba mendorong beliau agar cekal sambil berseloroh mengingatkan Rajawali kini berada dalam sangkar “hospital” dan menghimbau kenangan Kereta Kencana.
Didoakan semoga Gus Dur dan WS Rendra kembali pulih dan sihat semula, inshaallah.
Akhirnya Dato’ Sri Najib Razak tunduk kepada desakan rakyat Malaysia yang mahukan Keadilan buat mendiang Teoh Beng Hock. Hari ini kabinet memutuskan serta akur kepada pandangan agar sebuah Suruhanjaya Diraja diwujudkan.
Cumanya, jika kita meneliti pengumuman berkaitan, berdasarkan terma-terma khusus yang digariskan kabinet, Suruhanjaya tersebut hanyalah untuk mengkaji peraturan soal siasat yang digunapakai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan bukannya untuk menyiasat punca sebenar kematian Sdr Teoh Beng Hock. Terma tersebut pastinya membatasi penyiasatan serta penelitian Suruhanjaya Diraja sekaligus tidak berjaya menghalang terhakisnya keyakinan rakyat terhadap institusi-institusi keadilan dan keselamatan negara ini serta tidak menjawab teka-teki yang menyelubungi kematian Mendiang Teoh.
Umum menyedari kaedah penyiasatan yang digunakan SPRM dikritik hebat antaranya oleh Majlis Peguam Malaysia. Sayugia diberi perhatian, Peraturan 20, Peraturan Lokap 1953, Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan, Seksyen 28A(4) Kanun Acara Jenayah serta Konvensyen Menentang Hukuman yang Menyiksa, Zalim danTidak Berperikemanusiaan telah melakarkan secara jelas kaedah-kaedah yang harus digunapakai sewaktu penyiasatan. Kerajaan sewajarnya memastikan SPRM bertindak mengikut lunas undang-undang yang sudahpun tersedia. Saya berpandangan Suruhanjaya Diraja yang bakal diwujudkan ini sepatutnya lebih menumpu untuk menjawab punca sebenar kematian mendiang Teoh Beng Hock.
Berhadapan dengan kemarahan rakyat yang kian memuncak, tidak wajarlah penyiasatan untuk menentukan punca kematian diserahkan kepada seorang majistret dan siasatan pula dikendalikan pihak Kementerian Dalam Negeri serta Polis. Kerajaan seharusnya sedar desakan mahukan sebuah Suruhanjaya Diraja didasari ketidakyakinan rakyat terhadap integriti serta kebebasan institusi seumpama Polis dan Kementerian Dalam Negeri.
Saya yakin rakyat Malaysia tidak mahu Suruhanjaya Diraja ini berakhir seperti penyiasatan video VK Lingam dan kes serangan bekas ketua polis negara terhadap saya. Sehingga kini tiada tindakan susulan yang bermakna diambil. Segala saranan serta hasil siasatan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja hanya menemui jalan buntu demi menjaga kepentingan sesegelitir. Jika inilah jalan yang mahu ditempuh pastinya kerajaan umno-bn membawa negara kita menuju kehancuran.
July 22 (Bloomberg) — An opposition aide’s death last week after plunging from the 14th floor of Malaysia’s anti-corruption agency may have ended Prime Minister Najib Razak’s honeymoon with the electorate.
Teoh Beng Hock, 30, died after being grilled by the Malaysian Anti-Corruption Commission as a witness to the alleged misuse of public funds by the opposition-run state of Selangor. The government today may accede to demands from its own coalition partners and the opposition for an independent commission of inquiry after the death sparked public protests.
“This is a reminder to the Malaysian public that the institutions of the state have been compromised,” said James Chin, a professor of political science at the Malaysian campus of Australia’s Monash University outside Kuala Lumpur. “There is no check and balance within the police and the other law enforcement agencies. They’re not accountable to anyone save for the” government.
The police account of the circumstances of Teoh’s death, as reported by the New Straits Times, is that he was questioned for nearly 11 hours in a probe into misuse of public funds by opposition politicians and released at 3:45 a.m. on July 16. Police said his body was found on the 5th floor podium of the commission’s building at 1:30 p.m. and that he died between 8 a.m. and 9 a.m., the newspaper said.
Additional Questions
Abu Kassim Mohammad, the deputy commissioner of the anti- graft agency, said Teoh wanted to rest for a while on a couch after he was discharged and several officers saw him sleeping there at 6 a.m., the New Straits Times reported. The police have not concluded investigations and will bring in another 40 people for questioning in addition to the 33 already queried, Home Minister Hishammuddin Hussein said yesterday.
Najib, whose National Front has ruled since Malaysia’s independence from Britain in 1957, had seen his public approval ratings jump before Teoh’s death. The prime minister recaptured political ground lost at last year’s election by adopting opposition leader Anwar Ibrahim’s mantle as a reformer, dismantling preferences in business for ethnic Malays. (more…)
Dalam tempoh beberapa hari lalu, perkembangan berikut berlaku di stesen-stesen televisyen milik Media Prima dan akhbar-akhbar utama:
- TV3, NTV7 dan 8TV diarah untuk tidak melaporkan sebarang komen/pandangan pemimpin Pakatan Rakyat mengenai kematian Teoh Beng Hock dan SPRM. Hanya komen BN dan pihak rasmi dibenar untuk disiarkan.
- Penerbit Berita Inggeris NTV7 diarah untuk memalsukan hasil tinjauan orang ramai ketika siaran berita stesen itu pada 21 Julai. Soalan berbunyi “Adakah Pakatan Rakyat telah mengeksploitasi isu Beng Huat. 88 peratus responden menjawab TIDAK. Hanya 12 peratus yang menjawab YA.
Namun arahan “atas” memaksa penerbit untuk mengumumkan bahawa 56 peratus daripada responden kononnya menjawab YA.
- Penerbit berita Saluran 8 atu 8TV dibidas oleh pihak “atasan” kerana menyiarkan visual polis menggunakan kekerasan ke atas orang ramai yang berkumpul sebagai tanda simpati terhadap Beng Hock depan pejabat SPRM Selangor Jumaat lalu.
Selain itu RTM, TV3,NTV7, 8TV, RTM diarah untuk tidak menyiarkan sebarang berita mengenai istana Khir Toyo atau mengaitkan isu itu kepada pemborosan Barisan Nasional, mahupun keengganan SPRM menyiasat mantan Menteri Besar Selangor itu. (more…)
Semalam, di Stadium Sungai Besar, saya nukilkan semula peringatan Ronggowarsito yang dikenali sebagai ramalan Jayabaya. Ianya terkandung di dalam Serat Kalatida, mengupas bencana keruntuhan negara yang dikaitkan dengan amalan seperti rasuah dan salah guna kuasa sang pemerintah. Ini adalah antara bait-bait yang ditulis oleh pujangga besar Jawa tersebut:
Hidup di zaman edan,
gelap jiwa bingung pikiran
turut edan hati tak tahan
jika tak turut
batin merana dan penasaran
tertindas dan kelaparan
tapi janji Tuhan sudah pasti
seuntung apa pun orang yang lupa daratan
lebih selamat orang yang menjaga kesadaran.
—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—
21 Julai 2009
1. Hari ini saya telahpun membuat dua laporan berasingan di Balai Polis Damansara
2. Laporan polis pertama adalah berkaitan prosiding perbicaraan saya di mana saya telah pun menfailkan permohonan mengenepikan pertuduhan yang dikenakan ke atas saya kerana ianya merupakan satu konspirasi politik berniat jahat.
2.1 Affidavit yang saya kemukakan untuk menyokong permohonan menolak pertuduhan terhadap saya, menjelaskan dari perenggan 53 sehingga 63 bagaimana Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan terlibat di dalam membuat laporan palsu oleh ACP Koh Hong Sun berhubung penahanan saya di bawah ISA pada 20/21 September 1998. Gani dan Musa juga terlibat memalsukan bukti di dalam siasatan serangan ke atas saya oleh Tan Sri Rahim Noor. Ini antara contoh peranan kedua-dua mereka sehingga kini yang terlibat di dalam konspirasi politik dan memalsukan keterangan/bukti terhadap saya.
2.2 Dato Razak bin Musa ( Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, SPRM ) dan Hanafiah bin Hj Zakariah ( Timbalan Pendakwa Raya yang berada di dalam pasukan pendakwaan)telah menfailkan affidavit bertarikh 30 Jun 2009.
2.3 Saya menemui kenyataan palsu yang terkandung di dalam affidavit tersebut. Saya percaya mereka menyedari kepalsuan kenyataan-kenyataan tersebut namun masih tetap memasukkannya untuk tujuan digunakan di dalam prosiding mahkamah nanti. Tindakan mereka adalah satu kesalahan jenayah dan menguatkan serta mengesahkan hujah bahawa saya berhadapan dengan pasukan pendakwaan yang merupakan sebahagian dari konspirasi politik sebagaimana yang wujud ketika perbicaraan 1998 itu.
2.4 Razak dengan sengaja mengelirukan Mahkamah Tinggi, walaupun sudah mengangkat sumpah, dengan berkata panel yang dianggotai oleh tiga hakim bersara ( Datuk Kadir bin Sulaiman, Datuk Wira Mohd Noor bin Ahmad dan Datuk Mohama Noor bin Abdullah) telah mendapati Gani tidak terlibat dalam sebarang kesalahan jenayah. Razak selaku ketua jabatan perundangan dan pendakwaan SPRM sewajarnya menyedari sekurang-kurangnya seorang ahli panel dari tiga hakim tersebut mendapati Gani sememangnya melakukan kesalahan jenayah.
2.5 Hanafiah pula selaku Timbalan Pendakwaraya Kanan semestinya sudah menyiasat dan meneliti fakta-fakta tersebut sebelum memasukkan affidavit Razak yang mengandungi kenyataan palsu ke dalam affidavit pendakwaan.
3. Laporan polis kedua yang saya kemukakan berhubung kegagalan pihak polis untuk menyiasat laporan yang dibuat oleh saya pada 20 Febuari 2009 ke atas Gani dan Musa berkaitan peranan mereka memalsukan laporan polis berkaitan penahanan saya pada 20 September 1998 yang difailkan oleh ACP Koh Hong Sun.
3.1 Peguam cara saya telah menghantar surat bertarikh 23 April 2009 kepada OCS Balai Damansara untuk mengetahui status laporan, namun sehingga ke saat ini belum ada sebarang jawapan.
3.2 Datuk Hishamuddin Hussein di dalam jawapan yang bertarikh 22hb terhadap soalan yang dikemukakan oleh YB Sivarasa di dalam Parlimen berkata laporan yang dikemukakan saya telah pun dirujuk kepada SPRM untuk tindakan lanjut pada keesokan harinya(21 Febuari 2009)
3.3 Peguam saya kemudiannya menghantar surat bertarikh 26 Jun 2009 kepada SPRM bertujuan untuk mengetahui kedudukan penyiasatan kerana kami belum mendapat sebarang maklum balas dari mereka selama ini.
3.4 Kami terkejut apabila menerima maklumbalas bertulis bertarikh 10 Julai 2009 yang menyatakan mereka telah menerima laporan tersebut, telah menelitinya dan mendapati kesalahan yang didakwa berlaku adalah luar dari bidangkuasa mereka. Mereka merujuk semula laporan tersebut kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya. Adalah munasabah untuk menganggap SPRM selepas membuat kesimpulan sedemikian merujuk kepada PDRM sesegera mungkin.
3.5 Pertamanya, ini bermakna PDRM dan pegawai Kementerian Dalam Negeri telah menyebabkan Menteri Datuk Hishamuddin mengelirukan Parlimen dengan mengemukakan jawapan pada 22 Jun 2009 bahawa laporan tersebut sekian lama ada di SPRM sejak dari 21 Febuari 2009 untuk tindakan lanjut
3.6 Kedua, pihak polis yang menerima semula laporan tersebut dari SPRM(yang menerimanya pada penghujung Febuari 2009)gagal untuk berbuat apa-apa. Kesimpulannya adalah jelas wujud satu perancangan di dalam PDRM untuk memastikan tidak ada tindakan terhadap laporan yang dibuat oleh saya serta memastikan jenayah yang berlaku di sembunyikan. Oleh kerana laporan saya ini menyatakan Gani dan Musa Hassan(Ketua Polis Negara)terbabit memalsukan laporan, usaha menutup serta menyembunyikan dakwaan saya ini pastinya datang dari pihak atasan.
3.7 Oleh kerana SPRM menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai bidangkuasa untuk menyiasat dan pihak polis hanya berdiam diri tanpa mengambil sebarang tindakan, ianya jelas kepada saya bahawa Gani dan Musa dilindungi secara politik demi menyembunyikan peranan yang dimainkan mereka di dalam merekayasa pertuduhan palsu terhadap saya pada tahun 1998 dan sekarang.