Archive for July 27th, 2009

27 July 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Terdahulu saya rakamkan ucapan terima kasih kepada sanak saudara dan sahabat handai di tempat kelahiran saya, Sungai Bakap; Sungai Acheh dam Sungai Chenaam serta Jawi kerana memberikan sambutan hangat kepada kami semalam.  Walaupun dewan dikunci dan medan agak gelap, namun semangat yang dipertontonkan seolah-olah Nibong Tebal ke arah zaman pencerahan!

Tuan Guru Nik Abd Aziz hari ini secara terbuka menafikan hebahan media Umno mengenai kerjasama Umno-Pas.

Jelas kelihatan Umno semakin terdesak rentetan dukungan yang kian terhakis. Satelah gagal dengan fitnah, ugutan dan sogokan, mereka bersilih ganti untuk mengadu-domba.

Mereka kini sudah sampai ke tahap kegilaan, mengemis perhatian Pas. Anihnya lagi ialah kaedah kotor yang digunakan, rekayasa kenyataan kononnya ‘sahih’ daripada Tuan Guru Nik Aziz. Kemudian diatur pula ulasan demi ulasan dan digembar gembur di media mereka.

Sewaktu kempen Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai, bertubi-tubi serangan dilancar ke atas batang tubuh Tuan Guru, kini ghairah sekali menjulang Tuan Guru. Wah, telunjuk lurus kelingking berkait.

Nah, sekarang Tuan Guru Nik Aziz menafi keras, menuding media Umno selaku pembelit dan pimpinan Umno yang asyik maksyuk dengan pertemuan hingga ke tahap kegilaan.

Hanya kegilaan Laila Majnun terpancar dari cinta sejati…. Ghairah umno pula bagaimana?

ANWAR IBRAHIM

27 July 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menafikan bahawa beliau ada menyebut mengenai soal perpaduan antara Umno dan PAS.

Dalam kenyataan rasminya kepada TVPAS pagi ini, beliau yang juga menteri besar Kelantan, menafikan perkara itu.

Malah, Nik Azia mencabar media massa supaya buktikan dengan rakaman video atau audio bahawa beliau menyebut soal perpaduan dan beliau menghulurkan salam perpaduan Umno-PAS.

“Umno ni dah jadi macam cerita Laila Majnun’ kata Tok Guru dipejabatnya sambil mengibaratkan ia menunjukan sikap ‘desperado’ Umno ‘yang gilakan PAS’.

“Saya bercakap pasal kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri seperti semangat federalisme bukan pasal antara parti,” kata Nik Aziz lagi.

“Yang duduk cakap pasal parti ialah (Dato’) Mustapha Mohamed,” kata Nik Aziz sambil merujuk kepada sidang media selepas majlis pelancaran Fiesta Kelantan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, jumaat lalu.

(more…)

27 July 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Dari Jimadie Shah
PAS mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutarbelitkan kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung kesediaan menteri besar itu melupakan sengketa dengan kerajaan pusat.

“Muhyiddin jangan putar belit. Yang tuan guru maksudkan, isu kerajaan pusat dengan kerajaan negeri, bukan hubungan Umno-PAS.

“Yang dia hendak bawa dalam (mesyuarat) Majlis Tertinggi Umno apa perlunya?” soal Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Ahli parlimen Kubang Kerian mengulas kenyataan timbalan perdana menteri semalam yang dilaporkan berkata, MT yang bersidang pada 31 Julai akan membincangkan langkah awal ke arah merapatkan hubungan kedua-dua parti itu.

(more…)

27 July 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Semalam saya berceramah di Kompleks An Nahdoh, Kubang Semang dan Taman Ilmu, Nibong Tebal. Turut sama hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Sdr Mansor Othman dan Datuk Chua Jui Meng.

Saya menyentuh tohmahan jahat yang dilemparkan kepada Pakatan Rakyat seputar isu kematian Teoh Beng Hock. Pelbagai hasutan berbaur perkauman sempit direncana sehinggakan kehadiran saya ke majlis memberi penghormatan terakhir kepada mendiang dijadikan modal politik sesegelintir yang terdesak.

Melihat amarah rakyat mulai marak, serta penyertaan beberapa pimpinan bn ke dalam PKR, mereka berusaha mengaburi rakyat dari isu sebenar; iaitu Tuntutan Keadilan Untuk Semua Rakyat Malaysia. Bukankah Quran berpesan:

“Berbuat adillah karena keadilan itu lebih dekat pada ketakwaan” (al-Ma’idah ayat 8)

ANWAR IBRAHIM

27 July 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

(ehsan GB.Tv dan TV Antara)

Tahniah kepada Datuk SS Subramaniam dan Dr SS Streram yang menyertai PKR Ahad lalu. Diharapkan dengan penyertaan mereka, diadun bersama dengan pengalaman berkhidmat kepada masyarakat khususnya kaum India, agenda Perubahan dapat dilaksanakan. Syabas Datuk SS Subramaniam dan Dr. SS Streram.

Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim