Pendakwaraya Masih Enggan Menyerahkan Bukti, Sengaja Menangguhkan Kes

24 July 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan pendakwaraya menangguhkan dahulu penyerahan dokumen berkaitan kes liwat Datuk seri Anwar Ibrahim, sementara menunggu keputusan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan terhadap perintah tersebut.

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Dian membenarkan permohonan pendakwaraya itu pagi ini.

Pendakwaraya memohon penangguhan penyerahan dokumen itu atas alasan:

1)Perintah mahkamah supaya menyerahkan dokumen tersebut kepada tertuduh mempunyai implikasi dan kesan, bukan sahaja terhadap kes liwat tersebut, tetapi juga kes-kes jenayah yang lain.

2)Ia akan mengelak rayuan pendakwaraya di Mahkamah Rayuan daripada menjadi akademik, kerana ia membabit persoalan perundangan tertentu.

3)Perkara memberi salinan kenyataan saksi kepada Anwar, membabitkan persoalan undang-undang yang perlu diputuskan terlebih dahulu oleh mahkamah rayuan, sebelum Mahkamah Tinggi meneruskan perbicaraan kes tersebut.

Pendapat Anda

Switch to our mobile site