22
Jul
09

“Kebebasan” Media ala Najib pun bermula…

Dari TV Antara

Dalam tempoh beberapa hari lalu, perkembangan berikut berlaku di stesen-stesen televisyen milik Media Prima dan akhbar-akhbar utama:
- TV3, NTV7 dan 8TV diarah untuk tidak melaporkan sebarang komen/pandangan pemimpin Pakatan Rakyat mengenai kematian Teoh Beng Hock dan SPRM. Hanya komen BN dan pihak rasmi dibenar untuk disiarkan.
- Penerbit Berita Inggeris NTV7 diarah untuk memalsukan hasil tinjauan orang ramai ketika siaran berita stesen itu pada 21 Julai. Soalan berbunyi “Adakah Pakatan Rakyat telah mengeksploitasi isu Beng Huat. 88 peratus responden menjawab TIDAK. Hanya 12 peratus yang menjawab YA.
Namun arahan “atas” memaksa penerbit untuk mengumumkan bahawa 56 peratus daripada responden kononnya menjawab YA.
- Penerbit berita Saluran 8 atu 8TV dibidas oleh pihak “atasan” kerana menyiarkan visual polis menggunakan kekerasan ke atas orang ramai yang berkumpul sebagai tanda simpati terhadap Beng Hock depan pejabat SPRM Selangor Jumaat lalu.
Selain itu RTM, TV3,NTV7, 8TV, RTM diarah untuk tidak menyiarkan sebarang berita mengenai istana Khir Toyo atau mengaitkan isu itu kepada pemborosan Barisan Nasional, mahupun keengganan SPRM menyiasat mantan Menteri Besar Selangor itu.
-Semua suratkhabar diarah untuk tidak membesar-besarkan persoalan mengenai peranan SPRM dalam kematian Beng Hock.
- Akhbar Cina khususnya diberi arahan untuk tidak “lebih-lebih’ dalam menyiarkan laporan mengenai kematian Beng Hock dan taktik-taktik yang digunakan SPRM. Akibatnya Akhbar Sin Chew terpaksa menarik balik berita pada saat terakhir yang mengupas cubaan Berita Harian untuk menjadikan kontrovesi kematian Beng Hock sebagai isu perkauman.
Minggu lalu, seorang penolong pengarang NTV7 Florence Looi diturunkan pangkat setelah beliau meminta seorang tamu di rancangan yang dikendalikannya untuk menilai prestasi Najib selepas 100 hari beliau menjadi Perdana Menteri. Tamu berkenaan memberikan markah C atau D kepada Najib, yang jelas tidak menggembirakan pejabat Perdana Menteri.
Semua perkembangan ini adalah lanjutan daripada arahan yang diterima oleh pengarang-pengarang media sebelum ini, sejurus selepas Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan negara dan berjanji untuk mendokong kebebasan media.
Arahan itu termasuk memastikan semua media memberi keutamaan untuk membuat liputan majlis-majlis Rosmah Mansor, isteri Najib. Arahan istimewa diberi kepada TV3, iaitu berita Rosmah harus disiarkan sebagai antara berita utama dan terawal dalam Buletin Utama 8 malam. “Must cover, Must use,(Mesti diberi liputan, mesti disiarkan)” itulah arahan yang diterima oleh Meja Berita TV3 bersabit majlis-majlis Rosmah.
Jelas, manipulasi berita malah fitnah yang mewarnai media arus perdana sekian lama berterusan, malah bertambah serius di bawah Najib. Beliau memberi kuasa kepada Datuk Ahmad Talib untuk menguruskan semua kandungan berita di stesen-stesen televisyen TV3,NTV7, TV8 dan akhbar NST dan Berita Harian.
Pelantikan itu disusuli dengan rombakan besar-besaran yang menyaksikan pengarang-pengarang kanan seperti Datuk Kamarulzaman Zainal diberhentikan. Begitu juga dengan Pengarang NTV7, Mohsin Abdullah. Pengarah Berita TV3, Wee Your Lee pula dipindahkan ke jabatan lain.
Ahmad Talib membawa masuk konco-konconya seperti Asraf Abdullah, Manja Ismail dan Ahiruddin Atan untuk memastikan berita yang disajikan kepada rakyat setiap malam di televisyen dan menerusi akhbar, adalah mengikut rentak pentadbiran Najib.
Semuanya tentu dibuat atas nama “kebebasan media” yang dicanang oleh Perdana Menteri 1Malaysia Najib.


31 Responses to ““Kebebasan” Media ala Najib pun bermula…”


  1. 1 Ada Akaiii Jul 22nd, 2009 at 2:57 pm

    Kalau ya pun itulah’Kebebasan’nya…berpada-padalah..yang membaca ni semuanya ada akal..boleh pikir yang lojik dan tak lojik….

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Ya saya sokong hang 1000%

    Rakyat wajar selalu melayari internet terutama sekali blog ini untuk mendapat berita yang benar dan tepat!

    Kalau lapisan muda2, saya tidak risau sebab rajin melayari internet. Yang susahnya ialah generasi2 tua dan jugak mereka2 didalam perdalaman dan kampong2 yang bulat2 percaya media perdana.

    Satu strategi baharu wajar Pakatan Rakyat menangkis serangan2 media perdana2 ini semua supaya rakyat jelata tidak diperbodohkan atau ditipu bulat2.

    Pakatan Rakyat wajar dan wajib menerangkan mereka2 yang hanya tadsub pada media perdana sahaja supaya dapat berita2 yang betol dari Pakatan Rakyat pula. Tumpuan mestilah ditumpukan kapada rakyat2 di Sabah dan Serawak dan jugak mereka2 disemnanjung yang percaya bulat2 media2 perdana kerajaan. Pakatan Rakyat kena kerja kuat mulai sekrang!

    Wasalam………

    Reply

  2. 2 jamil bin ismail ( jamilkucing ) Jul 22nd, 2009 at 3:06 pm

    Pantun untuk najib ajak

    Jiran kita indonesia
    Dalam sungai banyak buaya,
    kalau betul nak 1 malaysia
    Tangkap dulu pembunuh altantuya.

    Orang malaysia orang indonesia
    Jiran jamil nama ahok
    Kalau betul nak 1 malaysia
    tangkap cepat pembunuh beng hock

    Banyak sunguh pekerja indonesia
    silap termakan nasi basi
    Kalau betul nak 1 malaysia
    pecat semua anggota macc

    Di bukit bintang banyak bohsia
    Lepak makan najib terberak
    kalau betul nak 1 malaysia
    bubarkan segera dun perak

    Kecik-kecik jadi bohsia
    bangsa melayu pangkat bawah
    kalau betul nak 1 malaysia
    tangkap semua pemimpin umno rasuah

    Pembantu rumah orang indonesia
    suka makan mee segera
    kalau betul nak 1 malaysia
    lebih baik letak jawatan segera

    Reply

  3. 3 fauzi@Oz Jul 22nd, 2009 at 3:06 pm

    Syabas2 najib gunakanlah sepenuhnya ruang yg ada rakyat pasti dapat menilai dgn sahih, tak sabar nak tunggu PRK atau PRU 13 kitar ajar mereka cukup2 Takbir! Takbir!

    Reply

  4. 4 bkonline Jul 22nd, 2009 at 3:27 pm

    KAH… KOH… KEH… MEDIA PENJILAT TEMOLOK UMNOBN MEMANG SEJAK HADARI LAGI BERKELAKUAN BEGITU. RAMAI PENGACARA DAN EDITOR YANG BIJAK PANDAI AKAN JADI BANGANG BILA TERIMA UTUSAN ATASAN…

    Reply

    joe-kedah Reply:

    Media KAKI BODEK macam tu lah, setiap malam kena tunjuk gambar najib/rosmah dan muhyiddin tembam, supaya satu malaysia tau, pemimpin gila kuasa!

    Reply

  5. 5 Batu Ferringhi Jul 22nd, 2009 at 3:40 pm

    Jadi, bolehkah kita percayai Merdeka Poll yang telah memberinya markah 65% sokongan rakyat?

    Reply

  6. 6 Segambut Jul 22nd, 2009 at 4:04 pm

    Gila glamour betul lah No.1 dan “Lohsimah’, semua slot nak dibolot! Hahaha.

    Hairan mereka ni makin bengong bukannya makin bijak. Seketika dulu kononnya buat kajian mengapa rakyat terutama yg muda (IT savy) melayari internet untuk ketahui berita sebenar. Kenapa makin bodoh pihak ni mengarah supaya di ‘blackout’ berita sebenar dlm media TV? Rakyat makin bosan dgn ‘sogokan’ media TV dan mulai melayari internet dan meninggalkan berita2 dari media yg dikawal oleh pihak itu dan bermakna ‘ratings’ makin menjunam dan tajaan makin kurang. Padan muka!

    Saya dah lama dah tingalkan Buletin Berita dari TV3 sebab mmg le bukan hanya sampaikan berita tapi tempat mengutuk PR dan telah beralih ke NTV7 untuk mendengar berita (sekurang-kurangnya NTV7 hanya sampaikan berita tanpa mengutuk). Tapi sekarang nampaknya kena hanya membaca berita dari internet.

    Wahai pemimpin2 negara yg terlalu hendak mengawal berita, adakah kamu pikir rakyat bodoh? tidak tahu menilai mana yg baik dan buruk? Sampaikan saja berita sebenar tanpa memilih pihak, kami tahu menilai mana yg baik dan mana yg buruk biarpun untuk kerajaan ataupun pembangkang.

    Reply

    semang Reply:

    aku sekarang hanya nonton berita TV 3 bila segmen sukan je hehe..

    Reply

    AS Reply:

    aku hanya suka segmen kartun TV3 macam spongebob, bugs bunny….

    Reply

    BN BODOH Reply:

    aku tak tgk langsung

  7. 7 reformist Jul 22nd, 2009 at 4:21 pm

    Dahulu Kapal UMNO-BN dah bocor sana sini …..

    Sekarang Kapal UMNO-BN dah terlerai sekeping demi sekeping …..

    Kematian Mendiang Teoh terpahat dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia dan tidak boleh diampunkan lagi….

    Selaras dengan itu seluruh Rakyat Malaysia khususnya Kaum Melayu di minta supaya bersedia dari sekarang menghadapi pelbagai “PEMBAHARUAN” …..

    Reply

  8. 8 Putri Altantuya Gunong Kinabulu Jul 22nd, 2009 at 4:55 pm

    Najip lawak betui,

    RTM barusadar nak glamour,sewaktu sabri buih dulu semua kecut,cari makan beb….
    RTM dulu semua tak boleh,hanya boleh nari tradisional saja…
    RTM sekarang semua boleh,nari inul pun ok…..
    Disebalik pencapaian dan proaktif RTM,siapa yg mengupgredkan mereka,bukan rais,bukan sabri,bukan semua menteri penerangan,tapi Parti pembangkang,kerana pembangkanglah RTM menyerlah sekarang,berterimakasihlah pada Annuar/Lim/pak nik….bukan najip atau rais,RTM dahsedia ada…

    Reply

  9. 9 donna Jul 22nd, 2009 at 4:58 pm

    Semuanya Assumption.. Tak guna putar belitkan fakta sebenar. Jgn sebar dakyah tak benar pada rakyat.

    Reply

    Leeas Reply:

    one Malaysia!
    dan jangan lupa one Monggolia…….

    Reply

  10. 10 Hassan Arrifin Jul 22nd, 2009 at 6:01 pm

    Datuk Seri,

    You pun apa kurangnya? Semasa you menjadi Timbalan Perdana Menteri, you telah melantik 4 budak Melayu untuk jaga kepentingan you!

    You pun gunakan media juga untuk cuba menjatuhkan Dr Mahathir!

    You berani, you publish lah komen ni.

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Jangan you you sahajalah!

    Rakyat sekarang mahu kerajaan yang benar2 bersih,cekap,amanah,telus dan adil! Bincangkan yang inilah! Asik you you aje dia! Kang ikan u gigit punggung hang kang,baru tahu…………

    Bincang pokok2 cerita politik semasa yang membuat rakyat gelisah! Nak ungkit2 perkata kecil macam you you ni, saya rasa wasting time aje sedara. Bawak waraslah sikit ok………

    Sahabah2 semua, setuju ke?

    Reply

  11. 11 maknanye.... Jul 22nd, 2009 at 6:16 pm

    maknanye….semua orang x payah tengok tv la macam tu kan….?

    Reply

  12. 12 Sri Setia DSAI Jul 22nd, 2009 at 9:17 pm

    Apalah nak jadi dengan media malaysia, betulkah mereka ini ‘Pak Turut’tidakkah mereka ini memikirkan nasib rakyat dengan meyebarkan berita berita yang tak betul terutama kepada rakyat miskin.DSAI cepat lakukan sesuatu untuk perubahan kerajaan.
    Berdoa agar kita mesti dapat perubahan dalam masa terdekat ini.
    Hidup DSAI dan PR.

    Reply

  13. 13 Leeas Jul 22nd, 2009 at 10:46 pm

    one Malaysia!
    …dan jangan lupa one Monggolia.

    Reply

  14. 14 LeeManChoo Jul 23rd, 2009 at 3:33 am

    Nak buat mcmmana semua di control nye ha……dengar ckp katek bin penguen sangat……

    Reply

  15. 15 Pejuang Jul 23rd, 2009 at 8:43 am

    Media Perdana adalah anasir utama yang memecahbelahkan rakyat. Ia terpalit dengan segala yang buruk – pembohongan, pemalsuan, manipulasi, bias, fitnah dan kemunafikan. Rakyat cuba diperbodohkan dan kewarasan dihina. Demikianlah harga diri dijual demi kepentingan perut.

    Reply

  16. 16 ANAK MALAYSIA Jul 23rd, 2009 at 2:58 pm

    pihak media tidak bersalah,yang bersalah adalah peminpin atasan politik yang mengawal mereka secara kukuh besi dan fasis

    Reply

  17. 17 ANAK MALAYSIA Jul 23rd, 2009 at 2:58 pm

    pihak media tidak bersalah,yang bersalah adalah peminpin atasan politik yang mengawal mereka secara kukuh besi dan fasis

    Reply

  18. 18 ANAK MALAYSIA Jul 23rd, 2009 at 2:59 pm

    org2 BN pd hari ini bersikap kukuh besi dan mengamalkan fahaman fasisme

    Reply

  19. 19 hakinen09 Jul 24th, 2009 at 10:52 am

    Dah lama tak jengah berita perdana kerajaan melainkan NTV7. Itupun terima apa yang rasa logik. Bila gambar PM muncul kat TV, terus tukar pada CCTV dan CNN news. Malaysia dan angkatan pemerintahnya makin jijik dan meloyakan.

    Reply

  20. 20 MERAH MALAYA Jul 24th, 2009 at 1:09 pm

    Salam DSAI

    Bila nk jd 1 Negara ni. Lama sesangat nunggu. Lepeh satu hal satu hal lain yg muncul. Letih betol la.

    Reply

  21. 21 Nick Jul 24th, 2009 at 7:58 pm

    Apa cerita Bala Subramaniam sekarang ?
    Di mana agaknya dia sekarang… Heran juga dengan kes Altantuya lain orang yang makan lada lain orang pula yang merasa pedasnya…. budak Tadikapun boleh boleh menilai ianya sesuatu keputusan yang sangat angat sangat sangat sangat sangat TIDAK LOJIK.

    Reply

  22. 22 changes Jul 25th, 2009 at 10:13 pm

    Can I know which grounds is TV3 located? Selangor/KL. Erase them if they sit on Selangor land. They really need to be erased.
    First shit is, who’s married to A Indonesian,Thailand Spanish etc. Why all this blady programs casted? Are the people in TV3 a OUTCAST, then let me know.
    Secondly, when this people of TV3 started before there were no cuttings of movies/dramas for adverts (when the chinese were ruling it) why now?
    To frankly say, you Malays have gone OVERBOARD, and at the end of the day “HELL” is same for you and me.

    Reply

  23. 23 wan pake Jul 29th, 2009 at 9:24 pm

    AKU DUK J.B JARANG TENGOK TV MALAYSIA SEBAB BANYAK SANGAT AUTA KARI YG TAK AUTA KAT TV3 IALAH CERITA KARTUNNYA JE.TENGOK CHANEL 5 SINGAPORE LAGI BEST TELUS LAGI MULUS …AKU AKAN AJAR GENG2 AUTA PADA PRU 13 NANTI ….TUNGGUUUUUUUUUUUUUUUUUUU KE ARAH MALAYSIA MAJU TAKBIRRRRRRRRRRR

    Reply

  24. 24 blangau Aug 4th, 2009 at 9:22 pm

    saya sayang BN!BN rules MALAYSIA!

    Reply

Leave a Reply