KENYATAAN MEDIA
BERHUBUNG INSIDEN KEMATIAN MENDIANG TEOH BENG HOCK DI DALAM TAHANAN SPRM
PAS SELANGOR MEMANDANG SERIUS INSIDEN KEMATIAN SETIAUSAHA POLITIK KEPADA SALAH SEORANG EXCO SELANGOR, MENDIANG TEO BENG HOCK SEMASA BERADA DI DALAM TAHANAN SPRM.
PENDIRIAN PAS SELANGOR ADALAH SEPERTI BERIKUT :-
1. PAS SELANGOR MENGGESA AGAR KERAJAAN MENUBUHKAN SATU SURUHANJAYA BEBAS YANG DIANGGOTAI OLEH SEMUA PARTI POLITIK SERTA PANEL BERKECUALI DIDALAM TEMPOH 14 HARI DARI TARIKH INSIDEN YANG BERLAKU DAN MENDESAK AGAR SURUHANJAYA TERSEBUT MENGELUARKAN KERTAS PUTIH YANG DIUMUMKAN KEPADA RAKYAT.
2. PAS SELANGOR BERPENDIRIAN BAHAWA SPRM HANYA BOLEH DISIASAT OLEH SURUHANJAYA BEBAS YANG LAIN KERANA PIHAK POLIS TIDAK MEMPUNYAI BIDANGKUASA YANG MENCUKUPI BAGI MENYELESAIKAN KES INI DAN SEKALIGUS MEMBERSIHKAN NAMA SPRM KERANA TERIKAT KEPADA PERATURAN YANG DIILETAKKAN OLEH MENTERI DALAM NEGERI.
3. PAS SELANGOR MENDESAK AGAR SEMUA SIASATAN YANG DILAKUKAN TERHADAP MANA-MANA EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR DIHENTIKAN SERTA MERTA SEHINGGA SURUHANJAYA SIASATAN SELESAI MELAKUKAN SIASATAN DAN SPRM MEMBERSIHKAN NAMANYA.
4. PERISTIWA INI SANGAT MEMALUKAN SPRM DAN MENGHILANGKAN KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP SPRM TERUTAMA TERHADAP TAHAP KESELAMATAN SAKSI SEMASA BERADA DI DALAM TAHANAN.
5. JIKA SURUHANJAYA INI TIDAK DILAKUKAN, MAKA PROSES PENGEMBALIAN KEYAKINAN TIDAK BERLAKU, KREDIBILITI DAN PROFESIONALISME SPRM SEBAGAI AGENSI PENGUATKUASA KERAJAAN AKAN TERUS DIPERTIKAIKAN OLEH MASYARAKAT.
PAS Selangor juga mengucapkan takziah kepada keluarga dan sahabat mendiang di atas peristiwa yang sangat menyedihkan ini. Semoga, pihak yang terlibat dapat bersabar di atas kehilangan tragis orang yang disayangi.
Shah Alam. 17hb Julai 2009,
Mohd Khairuddin Othman
(O19 289 7187)
SETIAUSAHA
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SELANGOR



















Saya sokong cadangan yang di kemukakan oleh Khairuddin, agar badan bebas boleh melakukan siasatan yang rapi dan yang besalah di bawa ketengah. Kerana Polis sahaja tidak akan dapat menyelesaikan kes ini yang melihat keadaan berbau politik.
Reply
We want Royal Commission!
Reply
Pihak bernajib telah meletakan kematian Teoh sebagai terjatuh?? setahu kita Teoh bukan berkerja sebagai pencuci cermin bangunan tetapi sebagai setiausaha kepada Exco salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor!. semoga pihak berwajib memutuskan sesuatu isu itu biarlah selepas siasatan selesai sepenuhnya , jangan keluar paper selagi siasatan belum siap!!. ini akan menbuat rakyat berceloteh dalam isu ini. harapan kita semoga pihak bernajib bisu buat seketika, beri pihak bedah siasat selesaikan tugas mereka. kita kena lantik pakar luar yang berkecuali untuk siasat perkara ini selagi yang siasat itu makan belacan dan ikan pekasam, putu mayum tosei,bakuteh dan kueh bulan. ianya dilihat agak curiga jalan terbaik kita lantik orang luar yang makan keju dan hot dog.
Reply
Masalahnya, walau ada suruhan jaya bebas sekali pun, pendakwaan masih belum pasti terjadi… Ingat kes Linggam? Inilah Malaysia kita hari ini, Malaysia yang ditunjangi UMNO. Kalau saya Melayu, saya akan merasa amat malu dikaitkan dengan UMNO. UMNO, parti perkauman sempit yang amat korup dan dikuasai oleh kapitalis. Syarikat didahulukan, untung diutamakan, kawan-kawan dikenyangkan…
Reply
GanErn Reply:
July 20th, 2009 at 12:10 am
Saya setuju dengan kata-kata sdr sadasada, memang betul apa gunanya Sruhanjaya Bebas jika tindakan susulan tidak diambil….akan ttp, jika dah ada panyiasatan babas; sekurangg-kurangnya RAKYAT dpt tahu punca kematian Sdr Teoh yg penuh dgn taka-teki. Jika kerajaan BeEnd tidak mengambil tindakan maka RAKYAT akan tahu apakah langkah yg akan diambil seterusnya…..Hidup Rakyat!!!
Reply
Datuk Seri,
Sedih sungguh mengenang nasib malang yang menimpa Saudara Teoh. Tadi saya pergi tengok bangunan tersebut. Mustahil untuk seseorang boleh melompat keluar dari tingkap dengan sewenang-wenangnya. Semuanya tingkap bangunan sebegini akan dikunci dari dalam sebagai langkah keselamatan dan hanya boleh dibuka oleh pihak pengurusan.
Tak logik orang muda ini mahu bunuh diri. Hari itu memang bertuah untuknya kerana dia akan berkahwin dengan tunangnya. Orang yang nak bunuh diri biasanya akan tinggalkan nota atau pesanan terakhir untuk keluarganya. Ini langsung tak ada.
Teori saya ialah kronologi ini telah berlaku. SPRM selesai soal-siasat Teoh pada jam 4 pagi tetapi mengarahkan Teoh tunggu kerana ada “orang besar” nak jumpa. Teoh pun tunggu sampai lebih kurang pukul 6 pagi. Mungkin kerana dia tak sabar nak pulang untuk perkahwinannya, pegawai SPRM enggan melepaskannya dan satu pergelutan telah berlaku di mana Teoh terhantuk kepalanya dan meninggal dunia di dalam pejabat SPRM. Oleh kerana terlalu panik dan kerana kesuntukan masa kerana pekerja bangunan akan tiba seawal jam 7.30 pagi, mereka telah membuka tingkap dan mencampakkan mayat Teoh keluar bangunan ataupun membawa keluar mayatnya secara senyap melalui lif. Bahagian belakang seluar Teoh juga telh koyak, mungkinkah akibat ditarik atau dipegang semasa mengalihkan mayatnya keluar bangunan?
Saya curiga kerana tak ada kesan tumpahan darah pada sekitar kepala Teoh. Biasanya kalau badan bernyawa terhentak dengan begitu kuat, kepala atau muka akan renyok dan darah akan melimpah keluar. Tetapi kalau badan itu dah tak bernyawa, darah di dalam saluran darah akan mulai beku dan tak akan memancut keluar. Lagipun kepala Teoh nampak macam tak pecah atau retak. Ganjil benar. Adakah penjenayah itu meletakkan mayat Teoh di atas bumbung sebagai bukti bahawa Teoh lompat keluar seperti yang didakwa SPRM?
Semua di atas hanya teori saya saja. Hanya mendiang Teoh dan pegawai penyiasat SPRM itu boleh menjawap apa sebenarnya telah berlaku pada pagi tersebut.
Saya harap pihak Pakatan Rakyat akan mendapatkan khidmat pakar forensik luar untuk membantu dalam siasatan ini. Kalau nak berganung kepada PDRM atau Hospital Kerajaan, semau saya tak caya langsung kerana laporan mereka sering dipalsukan atas arahan pihak atasan.
Selamat tinggal Saudara Teoh dan semoga roh anda dicucuri rahmat. Kami rakyat Malaysia akan mengingatimu semala-lamanya.
Reply
push more , semua orang mesti sokong ,
Reply
Sri Setia DSAI Reply:
July 19th, 2009 at 11:20 pm
saya sokooooooooooooooooooooooog sepenuhnya.
Reply
gengis khan Reply:
July 19th, 2009 at 11:44 pm
PAs Pas!! Tubuhkan suruhanjaya kenapa MU kehilangan undi dan mencari kelemahan jentera PAS atau mula memajukan MU dulu, baru cerita nak tubuhkan suruhanjaya itu dan ini!!!
Reply
Saya sokong
Manakan tidak, PDRM sebuah badan yang tidak bebas diberi tanggungjawab menyiasat SPRM sebuah badan bebas walopun hakikatnya taklah sebebas mana pun..Adalah amat pelik sekali, pikirlah banyak manapun..ia tetap tidak rasional bagi seorang yang berakal sihat dan segar..
Memang patutlah sebuah Suruhanjaya DiRaja diwujudkan, bagi penyokong parti BN..pikir2kanlah, ituari Pak Yiddin tolak mentah2 cadangan nie, wah…arini bila Pak Najib kuar tv masa pi umrah (insaf kot), sekonyong-konyong buat statement ingin mengkaji dasar penubuhan suruhanjaya…cakap macam S**T bak kata Shahnon Ahmad.
Reply
Lihat siapa nanti jadi ‘kambing hitam’!
Reply
whoever did it will have to face god one day. he/she may escape now but not forever.
Reply
SPRM da tak bole lari da, mrk adalah saksi terakhir pd mendiang teoh dan mrk saja yg tau kisah kematian mendiang, seluruh rakyat Msia meminta SPRM jawab, KNP BOLE TEOH MATI DLM TAHANAN SPRM??? desakan rakyat msia mmg patut krn ini sudah di luar kemanusian, bkn kita mghakimi mrk sblm pmbuktian, tetapi mrk mmg layak utk dipersoalkn ttg kmatian misteri ini. kami sokong cadangan PAS… tubuh badan siasatan berkecuali, heret mrk yg bertanggungjwb, kita tak mau hanya kambing hitam saja yg di hukum, yg kita mau keseluruhan mrk yg bertanggungjwb & jg sistem mrk harus dikaji dan ubah serta merta.
Reply
PDRM,SPRM semua yg RM kat belakang x leh pakai punye….2×5 5×2 mcmana mau siasat?,kepala sendiri pun x betul,kalau RM($)laju je……
Reply
Ini wa punya teori….simple mcm drama jugak la…..itu kunci kasi hilang ka,patah ka….apa2 pun boleh la….supaya itu pin2 store x boleh bukak,e2 pintu banyak kuat,besi jugak….mcmana mau bukak…lu pikir la sendri………
Reply
Anda mungkin ragu-ragu untuk mengeluarkan RM2 atau RM3 untuk menyertai program menjana wang di internet. Sesetengah program ini memang benar dan berbaloi untuk disertai. Namun adakah anda bersedia untuk mengeluarkan wang dalam jumlah yang sedemikian? Dengan modal serendah RM50 sahaja anda mampu menjana pendapatan yang lumayan!! Sila layari link berikut untuk maklumat lanjut.
http://www.perigiduit.com/?ref=MATPAT87
Reply
SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan PDRM (Polis Di-Raja Malaysia) telah di sah kan oleh Berita Harian dan Utusan Malaysia sebagai Institusi Melayu (lebih tepat Institusi UMNO) bukan Institusi Negara Malaysia.
Dengan peristiharan ini bahawa SPRM and PDRM adalah Institusi UMNO dan bukan Institusi Negara Malaysia, tidak hairan lah DSAI di pukul, DSAI di fitnah dan anak Malaysia ditemui mati di kedua-dua Institusi UMNO ini.
Tidak mustahil juga lain kali yang dipukul atau yang mati di kedua-dua Institusi UMNO ini adalah saya, atau kamu, atau anak saya, atau anak kamu.
Janganlah harap keadilan dan kebenaran dari kedua dua Institusi UMNO ini.
Reply
Polis siasat MACC. MACC siasat polis. Apa ni. Sarkis atau lawak Mr. Bean!!!!! Malaysia kini ditertawakan oleh dunia terutamanya jiran kita Singapura. Pelabur luar kini makin menjauhi Malaysia. Harap rakyat Sabah Sarawak membuka mata utk menyokong Pakatan Rakyat pada PRU13. MALAYSIA MAKIN PARAH DI BAWAH REGIM BE END!!!!!!!!!
Reply