Bahagian 1:
Bahagian 2:
Bahagian 3:
Bahagian 4:
Saya pernah dipukul dan diaibkan. Dibiarkan terbujur kaku kesejukan di dalam pusat tahanan Bukit Aman. Tiada rawatan segera, hanya menanti takdir Tuhan, tidak pasti selamat ataupun tidak. Sudah pasti ramai yang tidak menyangka, malah saya sendiri sukar membayangkan, ada di antara pimpinan intitusi keselamatan dan keadilan negara ini, yang diharapkan melindungi rakyat, mampu bertindak melampaui batas. Lebih dari 10 tahun telah berlalu, rakyat Malaysia mahukan yang lebih baik untuk semua. Akan tetapi penguasa semakin lalai dari amanah yang diberikan.
Belum lagi negara kita pulih dari kesedihan dan kemarahan kerana dikejutkan dengan kematian sdr Teoh Beng Hock. Sudah ada mereka yang sanggup merendahkan akal budi serta harga diri dengan terjun menjerumus ke dalam jurang yang paling dalam; jurang kebencian dan perkauman. Kerana ingin mengampu, ada di antara media kongkongan umno-bn sedang mula mencatur serta menuai bibit-bibit perkauman sempit, demi melepaskan beban tanggungjawab beberapa institusi seperti SPRM, Kehakiman dan Polis.
Terhakisnya keyakinan rakyat terhadap institusi Kehakiman, Polis serta SPRM adalah akibat perbuatan sendiri. Rakyat tidak sesekali boleh diperbodohkan. Mereka menuntut penjelasan berhubung skandal pita video V.K Lingam, skandal PKFZ, skandal pembelian Eurocopter komisen kapal selam beratus juta dan tuduhan pembabitan pegawai atasan polis dengan kumpulan kongsi gelap.
Berhadapan dengan kemarahan serta ketidakyakinan rakyat terhadap sistem yang mereput, maka tidak menghairankan lah propaganda murahan dianyam oleh sang picisan, walaupun ianya ternyata gila. Hasrat dan keinginan rakyat diketepikan, yang penting penguasa tidak dituding bersalah dan terpaksa memikul beban. Para pengampu tidak pernah peduli sekiranya apa yang ditulis dan disiarkan meloyakan. Makanya kegilaan dan meloyakan, bukanlah sesuatu yang asing melainkan ianya senantiasa bertaut demi mengolah persetujuan mereka yang diperintah.
Kegilaan dan alasan meloyakan seperti ini mengingatkan saya kepada bait-bait kisah yang terkandung di dalam Illiad dendangan penyair buta Homer. Apabila ditanya kepada Agamemnon, mengapa bertindak merampas kekasih Achilles. Sang penguasa menjawab, bukan salahnya sendiri melainkan ianya kerana mahkluk Erinys merasuki dengan ate(keinginan), lalu menyebabkan dia merampas kekasih kesatria Greek tersebut. Agamemnon, takut dan gusar amarah Achilles serta tentera Greek sekaliannya, sanggup menyajikan alasan seperti itu, biarlah ianya meloyakan dan tidak masuk akal. Persamaan di antara Agamemnon, penguasa rakus Greek dan para pengampu yang wujud sekarang amatlah jelas sungguhpun hidup di zaman berbeza.
Namun saya yakin Rakyat Malaysia sedar isu pokoknya ialah Keadilan. Samada ianya membabitkan mendiang Teoh, Kugan dan Allahyarham Rumie Azzan Mahlie, apa yang dituntut ialah Keadilan. Kezaliman tidak pernah mengenali warna kulit, asal ras dan kepercayaan. Mereka yang menzalimi dan dizalimi, bukannya hak eksklusif mana-mana kaum dan agama. Merenung pesan Al- Quran jelas sekali gesaan agar ditegakkan Keadilan dan menentang kezaliman.
“Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan…” (surah al hadiid: 25)
Kebobrokan dan kezaliman berterusan tidak boleh lagi dibiarkan. Oleh kerana itu PAS, DAP dan PKR bersatu di bawah payung Pakatan Rakyat. Kami bertekad menegakkan Keadilan dan membawa perubahan kepada sistem yang sepatutnya berkhidmat kepada rakyat melewati batas ras kebudayaan serta kepercayaan. Tragedi yang menimpa Allahyarham Rumie Azzan Mahlie, Kugan dan Teoh sewajarnya mengingatkan kita, Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban untuk bersatu segera melakukan Perubahan.
ANWAR IBRAHIM



















Senang je, kalau BN dah tak nak kita, pegi masuk pembnagkang gerenti kena terima punya, duduk depan pulak tu, mungkin dpt jawatan lagi…, kalau dah masuk pembangkang ni tentunya semuanya jd baik belaka, walaupun dulu org tuduh mcm2….kesimpulanya siapa nak jd org baik boleh masuk pembangkang….., pasti org akan komen: anda pejuang sejati.., penjuang bangsa,.. dan mcm2 lagi..
Reply
Keadilan Reply:
July 20th, 2009 at 12:15 am
Marilah sama-sama berubah dalam menjadikan Negara Malaysia terus baik diperintah oleh orang baik untuk rakyat yang baik. Perubahan itu hijrah, Hijrah itu perubahan dari buruk kepada baik dan baik kepada lebih baik.
Reply
Ramli Reply:
July 20th, 2009 at 6:03 pm
Kalau anda berminat nak dapat jawatan tertinggi dlm PKR, senang je..masuk BN dulu, kemudian lompat pegi PKR.., tak perlu tunggu pemilihan.. dlm mesyuarat agung..
Reply
lostboys Reply:
July 20th, 2009 at 1:46 am
ko ni brapa kali nak bagi tau la,bangap n badigol btui..kalo kencing pegi la basuh..hancing bau nye..pengotor betul la ko ni mcm ketua ko gak..
Reply
zul Reply:
July 20th, 2009 at 4:24 am
dsai adela pemimpin utk semua disukai melayu cina dan india..buka mcm pm najib dia hanya pm utk umno haha..
dr start anda ditahan kami tetap tegar menyokong anda..tkde kiri tkde kanan..kami terus kedepan bersama dsai
ds telah membuka lembaran baru dlm pemikiran kite rakyat msia yg selama ni angguk2..dulu kini selamanya..rakyat masia jadi makin pandai n berfikiran terbuka
tkde org mcm ds makin hancur la negara dan rakyat ditipu berpuluh tahun..
tq ds anwar
Reply
Cleopatra Reply:
July 20th, 2009 at 2:54 pm
Salam para budiman
Jangan di layan sangat si ucing tu. Dia hanya provoke saja. Dia nak tau apa kita penyokong DSAI respond. Itu je!!!!!
Jangan layan. He has no guts!!!
Salam ucing!!!!
Reply
Khir Kojol Reply:
July 20th, 2009 at 5:18 pm
Satu lagi hasil projek kerajaan Barisan Nasional….
Reply
zul Reply:
July 20th, 2009 at 5:34 pm
ade najib ke lain org umno cite quran dgn org bukan islam?ade?TKDE…NI DIA DSAI..PEJUANG SEMUA KAUM..PEJUANG TULIN..KETAHANAN YG JITU..ORG NO 2 DIEPRLAKUKAN MCM BINATANG..TETAP COOL..NI LA BARU BETUL PEJUANG..PEMIMPIN YG RAKYAT MSIA PATUT ADE..SALUTE TOK GURU NIK AZIZ DAN DS ANWAR IBRAHIM
Reply
ruyom Reply:
July 20th, 2009 at 5:43 pm
Barisan Nasional must be made to pay for their shameless and diabolic behaviour. They and only they are responsible for the death of the young Teoh Beng Hock.
Why is MACC only investigating non-BN politicians who legitimately took political control of the state government from BN?
Why is MACC not investigating any of the BN politicians against whom reports have been lodged?
It seems obvious that the MACC and police are all lackeys and running dogs of the BN government, jumping to at their every beck and call.
They have no self respect, no sense of right or wrong and I am ashamed and disgusted to be called Malaysian.
The blame lies on all of us for voting the BN, for not being able to form a cohesive and united group to wrest power from the egotistic BN mob.
Despite what they have been saying about the British, they left us a good legacy, with decent laws and a democratic system.
The BN slowly but surely whittled away at the foundations of our nation and brought us down to this lowest of low point in Malaysia history.
It is time for the opposition to unite under a single banner without reference to race or religion and take on the multi faceted and splintered BN.
Anwar, Zaid, Karpal, Lim and the rest, this is a wake up call.
Think like you are the next government. Be prepared with a list of pledges that you will introduce if you get the opportunity to form the next government.
Put the country and its people first and let your personal party politics take a back seat for a change.
Reply
maknanye.... Reply:
July 21st, 2009 at 2:33 pm
maknanye….kalau nak jadi pemimpin yg baik mest masuk PR la ye…?
Reply
ucing, I hope your god will be overseeing you at your every move on this earth and deal with you with no mercy when you face him. If you are a muslim, please don’t think that bu going to haj can wash away any sin and bad intention you have done…enjoy your life while you can.
Reply
Menyesal sokong PR Reply:
July 22nd, 2009 at 5:39 pm
I have voted for PR last election and regreted very much. My husband gave vote to PKR that rule Selangaor and regreted it too. We feel we are being rule by DAP and the gangs and they are treating us like Singapore Malay. I have never seen the racial slur being said as freely as today. The selangor government define all their problem derived from BN and particularly UMNO.
Just look at your accusation towards MACC over Teoh’s death. No one know the reason of his death…but you have made all accusation. It is really scary….As a malay, I am scare that I will not get fair treatment if DAP and the gangs take over federal government. So come next 13 GE, all my family members will never vote for DAP and the gangs again. Luckily you only win the states…This is really an eye opener to all of us. Your true colour just prevail
Reply
DSAI,
Dato telah menjalankan salah satu cara dalam agama.
Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
ucing manusia yang tak berubah itula
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
Reply
man Reply:
July 20th, 2009 at 12:25 pm
waktu pemerintahan nabi kat madinah,org islam pun ade kelebihan….org islam lebih tinggi drpd yg lain!!!tu la….x hayati kisah nabiii…..
Reply
ucing
harap lihat ini
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah materaikan atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
Reply
Ramli Reply:
July 20th, 2009 at 8:07 am
Bukan manusia yg tentukan dosa dan pahala, tapi Allah.Ingatlah jgn terlalu menghina org dan mengutuk org
Reply
lostboys Reply:
July 20th, 2009 at 10:25 pm
tak manpos lg ko meli..
Reply
Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.
DSAI, LAWAN TETAP LAWAN
Reply
M@veRick Reply:
July 21st, 2009 at 12:19 am
Kepada awas dan sesiapa yg menulis mengunakan ayat dalam Al-Quran,
Apa yg anda tulis itu juga boleh digunakan keatas anda. So, kita terima ianya sebagai peringatan kepada kita semua. Ianya untuk semua umat manusia dan bukannya tertumpu pada seseorang sahaja. Umum, dan khusus kepada SEMUA MANUSIA. So, janganlah salahgunakan ayat suci ini utk memburukkan sesiapa, ttp gunakanlah utk kebaikkan bersama.
Reply
88888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888
KAMI KINI ERTI SEHATI SEDALAM SEJIWA BETAPA MUSTAHAK..MAKNA SEBENAR “REFORMASI DAN KEADILAN”.
KEPADA “BANGSA DAN NEGARA” TERCINTA YANG DIPERJUANGKAN DATO SERI SELAMA INI…..!
IKRAR SOKONGAN SEPENUH SEHATI SEJIWA KPD “REFORMASI” BERASASKAN ‘KEADILAN DAN KEBENARAN’ ATAS
SEGALA SEMANGAT SEJATI PEJUANG BANGSA DAN NEGARA PIMPINAN DSAI SERTA RAKAN SEPERJUAGAN DALAM
PAKATAN RAKYAT TENTU DAPAT MELAHIRKAN “SEMANGAT KEBANGSAAN KUASA RAKYAT” YANG CINTAKAN
“KENEGARAAN KEKITAAN KEMALAYSIAAN” ATAS PERPADUAN TULEN PELBAGAI DIBAWAH “SATU IMPIAN
SATU BANGSA SATU NEGARA” UNTUK MENCAPAI IMPIAN RAKYAT WAWASAN 2020 NEGARA MAJU-JAYA AMAN-DAMAI
YAKNI “HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA”…!KAMI TIDAK AKAN BERHENTI BERDOA SETIAP MASA SETIAP WAKTU
ATAS KEGIGIHAN DAN KESUNNGUHAN PIMPINAN DATO SERI…UNTUK MENYAMBUT KEJAYAAN IMPIAN RAKYAT
PAKATAN RAKYAT YANG TIDAK AKAN TIDAK DATANG….!INSYAALLAH..!
8888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888
Reply
Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu yang tidak dimaksudkan (untuk bersumpah), tetapi Dia mengira kamu bersalah (dan akan mengenakan hukuman) dengan sebab sumpah yang diusahakan (disengajakan) oleh hati kamu (dengan niat bersumpah) dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar. surah Al- Baqarah 2/ 225
ucing lihat ni ya http://www.youtube.com/watch?v=Zae5Zci-VvY bandingkan http://www.youtube.com/watch?v=6Rc__7pclFg bandingkan http://www.youtube.com/watch?v=uEMcKYo52VM
lawan tetap lawan
ucing dulu kini dan selamanya tak nak berubah
Allah tidak akan mengubah suatu kaum sehingga kaum itu mengubahnye sendiri
Reply
2 ucing jangan marah itulah PARTI PAKATAN. Hujah tak payah sampai buih2 kita pandukan Al Quran dan Hadih ya TK
LAWAN TETAP LAWAN.
Reply
maaf ya AL QURAN dan HADIS
terlebih sudah.
Reply
MACC IS A SHITT !!! ORGANISATION ALL THE RAKYAT IS SO STUPID TO PAY THIS ORGANISATION.OVER SUSPECT OVER SPENT RM 2000 PLUS GOT KILL!!BUT 24 MILLION NOTHING HAPPEN AND STILL ACT LIKE ANGEL.ALL THE RAKYAT WILL PUT THE CURSES ON YOU.
Reply
1 undang-undang untuk pak menteri(orang atas);- undang-undang ini direka khas untuk mereka yang berjawatan dan berpengaruh.undang-undang ini dikenali juga sebagai “kekebalan penguasa”.dengan adanya undang-undang kekebalan ini,menjadikan penguasa begitu maksum untuk disabitkan dengan kesalahan.Walaupun telah terbukti mengikut fakta bahawa ianya ADALAH SALAH DISISI UNDANG-UNDANG!
1undang-undang untuk marhean(rakyat miskin dan mereka yang tidak berkuasa) Undang-undang ini merupakan hal yang wajib dipatuh! pun begitu,adakalanya ia juga dikenakan kepada mereka yang patuh.Alasan? mudah…kerana rakyat bawahan tidak punya pengaruh dan kemampuan untuk membela diri.Apatahlagi kesemua agensi penguatkuasaan berada dalam gengaman yang diatas.Oleh yang demikian,seringkali golongan ini tewas dan teraniaya oleh kerana tidak punya kekuatan kuasa,pangkat dan pengaruh besar.salah atau tidak bukan persoalan,tetapi jika cuba bersuara…akan ditekan setengah mati!
inilah 1 malaysia
Reply
Datuk Seri Anwar ibrahim adalah pemimpin harapan rakyat.
Reply
anwar Reply:
July 23rd, 2009 at 12:05 am
apa nak harap ye..jawatan nak gak
Reply
UMNO ZALIM!!!!!!!
Reply
ucing Reply:
July 20th, 2009 at 6:33 pm
ehem,,,,nanti kalau org UMNO lompat ke PKR.. lain pula ceritanya…hilang terus cerita zalim…
Reply
guni setahil Reply:
July 20th, 2009 at 10:52 pm
dari UMNO masuk ke PKR bukan zalim tetapi alim sebab hijrah itu di galakan oleh agama Islam.
Reply
Tiap penguasa akan cenderung melakukan kezaliman tatkala terlalu lama berkuasa.Hal ini menjadikan mereka alpa dengan tanggungjawab sebenar, mereka berasa terlalu kuat dan tiada kuasa yang mampu menjatuhkannya.Berlagak laksana Tuhan dengan menghukum sesuka hati,kuasa yang ada diguna sewenangnya demi 1 kepuasan.
Sejarah tidak pernah menjadi bahan rujukan,serinkali kita lupa bahawa KUASA ALLAH MELEBEHI SEGALANYA!
Reply
Justice for ALL!
Reply
Dato’,
Baru beberapa hari saya sering membaca blog ini, terasa terpikat dan terasa kebenaran setiap perjuangan yang anda tonjolkan pada Rakyat.
Saya telah buat keputusan untuk keluar sebagai pemuda umno bahagian Serdang dan Isnin ini, 20 Julai 2009 saya akan menyertai parti pimpinan anda dan mahu bekerja bersama jentera anda sepenuh masa.INGat nama ini, saya MAHU bekerja sepenuh masa bersama-sama dalam perjuangkan KeAdilan.
Reply
pinpin Reply:
July 20th, 2009 at 5:22 pm
nanti hang dpt jadi pembuat teh kanan (senior tea lady) anwar. OK tak?
Reply
mohd amirul nazari b. abdullah Reply:
July 21st, 2009 at 10:05 am
tak mau…
tu bukan anwar..aku nak tuk rakyat
Reply
anwar Reply:
July 23rd, 2009 at 12:07 am
ko nak jawatan apa..nati aku rekomen kat DSAI
Reply
Salam DSAI,
Beberapa persoalan mudah untuk dijawab oleh pihak yang berkenaan berhubung dengan kematian sdr Teoh Beng Hock.
1. Mengapa mendiang Teoh Beng Hock perlu berada di SPRM dan adakah menjadi satu kewajipan untuk pegawai SPRM untuk menyoal siasat di pejabat SPRM?
2, Mengapa mendiang Teoh perlu disiasat sepanjang hari hingga jam 3 pagi (lebih)?
3. Mengapa mendiang Teoh dijumpai mati di tingkat 5 bangunan Massalam dimana pejabat SPM berada?
4. Mengapa sebegitu ramai pegawai SPRM melakukan sisatan kepada seorang rakyat Malaysia yang dilindungi di bawah perlembagaan negara dan Hak Asasi Manusia sedangkan kes yang disiasat bukan kes jenayah membunuh, merogol atau kesalahan Akta Dadah Merbahaya?
5. Berapakah masa rehat yang diberikan pada mendiang Teoh sepanjang proses siasatan (ke tandas, makan, minum dan mendapatkan rehat yang secukupnya).
6. Siapakah pegawai penyiasat terakhir yang berada bersama mendiang Teoh?
7. Bilakah masa terakhir mendiang Teoh meninggalakan pejabat SPRM?
8. Mengapa dan apakah motif pejabat SPRM tidak menggunakan CCTV terutama di bilik siasatan?
9. Adakah seseorang yang telah merancang perkahwinannya keesukan harinya dengan menempah dewan, menjemput tetamu dan sudah memiliki zuriat boleh menempah maut untuk merayakan hari bahagianya?
10. Mengapakah mendiang Teoh yang sebelum kehadirannya ke SPRM begitu ceria dan tidak mngalami masalah kemurungan menghadapi maut secara trajik?
Sejarah dan peristiwa yang berlaku dalam sistem sisatan polis dan SPRM TIDAK menunjukkan sesuatu yang baik dari segi amalannya. Kematian tahanan dalam polis berlaku dan terus berlaku, kematian selepas sisatan SPRM juga pernah berlaku sebelum ini di negeri di bawah bayu. Bakal Perdana Menteri Malaysia juga pernah dilebamkan, ditelanjangkan, diaibkan oleh sistem yang ada di Malaysia. Apakah kita akan kekal dengan sistem Rimba ini? Yang besar makan apa sahaja termasuk mencabut satu persatu korban tanpa memliki sedikitpun rasa hormat tehadap hak asasi manusia. Adakah benar apa yang dilaungkan di Indonesia berlaku di Malaysia-’Ada Dua Type Penguatkuasa : Type Yang Pertama Penguasa Yang Suka KORUPSI, Type Yang Kedua Penguasa Yang Suka Atau Tidak Suka, Tetap KORUPSI. Fikirkan selagi kita mampu berfikir untuk mengubah keadaan. Apakah kita mahu berterusan menjadi sebahagian dari sistem yang mngizinkan kezaliman berterusan berlaku hingga ianya mampu mencabut nyawa anak-anak, kedua ibu bapa dan cucu-cucu kita. Apapun keputusan siasatan tentu membuktikan satu perkara wajib – mereka yang berkuasa dan kita yang sering ditekan oleh kuasa mereka. Sebaiknya hanya kuasa rakyat sahaja dapat mengembalikan perlindungan kepada rakyat.Semuga kematian mendiang Teoh dituntut oleh semua pejuang tanpa batasan agama, bangsa dan kepercayaan budaya tanpa rasa takut pada kezaliman.
Reply
Salam,
DSAI,
Saya ingin menceritakan sedikit masalah dan penderitaan yang saya alami skg. Saya ada membuat laporan kepada pihak polis mengenai satu kes penipuan, malangnya saya hanya rakyat biasa laporan saya hanya tinggal laporan. kini hampir 3 tahun berlalu namun tiada sebarang tindakan diambil dan lebih malang lagi saya sendiri untuk mencari suspect. Saya pernah menyiarkan penderitaan saya dan keluarga disuratkhabar dan televisyen dan pernah juga menyuarakan masalah saya melalui email kepada YB saudara nik nazmi yang merupakan su menteri besar selagor, saya mengadu kepadanya kerana MB selangor adalah MP kawasan saya, tapi malang sekali lagi di suruh saya cari peguam tanpa meminta untuk mendengar kisah sepenuhnya. Kini 3 tahun berlalu nasib saya dan keluarga tambah menderita, saya telah kehilangan segala-galanya, selepas hari raya nanti insyaallah saya akan dihalau daripada rumah saya sendiri. Pihak polis seperti ambil tak kisah laporan saya dan kini penyamun tersebut masih meneruskan aktiviti penipuannya. Untuk maklumat lanjut bolehlah ke azharceopenipu.blogspot.com
Reply
Setelah mendengar perucapan DS, saya dan ramai lagi rakyat M’sia yang cintakan kebebasan dan keamanan; menaruh sepenuh harapan kepada DS untuk membawa M’sia ke era baru yang bebas dari rasuah dan perkauman. SYABAS kepada penganjur ‘Forum’ ini, sekurang-kurangnya dpt memberi penjelasan tentang “pergolakkan” yg dikatakan tengah berlaku dalam PR yg diapi-apikan oleh propaganda BeEnd.HIDUP PAKATAN RAKYAT!!!
Reply
Najib pembunuh cina monggolia, Khir Toyo pembunuh cina Malaysia.
Reply
WAHAI PAHLAWAN MELAYU DATO SER ANWAR IBRAHIM KAMI RAKYAI KETURUNAN INDIA MAHUPUN KESELURUHAN MASYARAKAT MALAYSIA AMAT MENGHARAPKAN KEPIMPINAN DATO SERI AGAR KITA DAPAT MENGHAPUSKAN REJIM BN UNTUK SELAMA -LAMANYA.TERNYATA KAMULAH SEORANG PEMIMPIN YANG TERBAIK PERNAH DILAHIRKAN DI BUMI BERTUAH INI. KAMI MENDOAKAN AGAR PERJUANGAN DATO TIDAK SIA-SIA SEMOGA TUHAN BERKATI AGENDA DAN REFORMASI YANG SELAMA KINI DI-IDAMKAN OLIH RAKYAT MALAYSIA. TIDAK PERNAH KAMI SANGSI ATAU CURIGA TENTANG KEPIMPINAN DATO SERI WALAUPUN BERLAINAN BANGSA DAN AGAMA.KAMI AKAN SENTIASA MENYOKONG DATO SERI WALAUPUN TERPAKSA BERDEPAN DENGAN REJIM YANG KEJAM, RASUAH DAN BERPENGARUH. KEPIMPINAN DARI BANGSA KAMI IAITU MIC TELAH MEROMPAK PELUANG KAMI DI DALAM ARUS PEMBANGUNAN SELAMA 50 TAHUN DAN SEKARANG KEPERCAYAN TERHADAP MEREKA TELAH MUSNAH SAMA SEKALI. IZINKAN KAMI BERDOA AGAR DATO SERI DAN SEKELUARGA SIHAT WALAFIAT DAN CERIA DAN TABAH .RAKYAT MALAYSIA
Reply
M@veRick Reply:
July 21st, 2009 at 12:37 am
Dark Angel,
Sudah la tu. Apa MIC rompak kat kamu? Klu MIC rompak kamu, jangankan laptop, PC, line internet, line telefon kamu tak ada, duit utk bayar cyber cafe psal nak hantar mesej pada blog ni pn kamu takda… Pas tu, konfom ko tak tau menulis dan mengeja, psal ko tiada duit utk p sekolah sbb MIC dah rompak ko, pas tu 50 tahun plak tu. Wei… sadar la diri tu ckit… tak tau bersyukur dan berterima kasih langsung… Makan, pakai, belajar semua cukup, skrang bila dah pandai ckit, mula nak tunjuk lagak… PIIIIIIRRRRAAAAAHHHHHH!!!! Akai takda!!!!!
Reply
Dear Mr. Anwar Ibrahim,
I wrote you an open letter with the title: “Anwar, We Want Real Result This Time for Mr. Teoh” – http://shiou1.blogspot.com/2009/07/anwar-we-want-real-result-this-time-for.html#comments
One of the main message is that if you could leverage the support that you have now (82 MPs and tragic death of Mr Teoh) to effect genuine reform in the appointment of MACC/PDRM’s heads. Confirmation hearing of presidetial appointment (such as supreme court judges) is parliament is a very common and effective practice for “check and balance”. You are leader of many of us, can we count on you?
Regards,
Shiou
Reply
sdr,
Saya tak akan mengalah selagi Kuasa Keadilan belum dijunjungkan,ini penting supaya pewaris2 bangsa nanti mengakurkan diri pabila memerintah negara berdaulat yg kita sayangi ini dimasa hadapan,kuburkanlah Empire UMNO/BN yg telah merogol tatasusila RUKUN NEGARA DAN MEMALUKAN RAJA2 KITA.
kami berdoa padamu secepat2lah binasakan petualang negara ini….amin.
Reply
Dalam tahun 60th, Malaysia dianggap tempat hidup yang aman, damai and selamat. Masa itu, rakyat boleh tidur lena dengan pintu rumah terbuka pada waktu malam. Balia polis dianggap tempat pelindungan rakyat dalam kecemasan. Apabila belakunya kekacauan, orang ramai di tempat terlibat amat mancari tempat perlindungan di balai polis tempat terlibat. Pada masa itu, memang betul, polis-polis waktu itu memberi perlindungan kepada orang ramai. Sedih sekali, selepas BN merampas kuasa dari Perikatan, keadaan keselamatan di negara ini sudah jauh berbeza dari waktu pimpinan Perikatan. Rakyat tidak rasa selamat lagi, Polis telah berubah peranan. Sering berlaku kes-kes polis membunuh Orang ramai. Kes pembunuhan di Memali, Kes DSAI dipukul dan kes Kugam! Itu pun tak cukup lagi, BN tubuhkan MACC untuk menindas pembangkang and orang ramai. Orang yang makan rahsuah diperlindungi oleh MACC. Saksi pula diseksa! 40 tahun dibawa pemerintahan BN manjadikan Malaysia yang bukan sahaja tak selamat, bahkan, Balai polis dan Ibu Pejabat MACC menjadi camp seksa yang paling tak selamat. Apa nak kita tunggu lagi.
Reply
M@veRick Reply:
July 21st, 2009 at 12:43 am
Rakyat Yakin,
Mana dalam dunia ni paling selamat nak tinggal? Cakap tengok? US? Sedangkan pembunuhan berlaku disekolah. Peristiwa Memali dah kaji btul2 kenapa polis bertindak mcm tu? Dah kaji btul2. Setiap manusia akan mempertahankan dirinya bila akan berlakunya ancaman dengan apa cara sekali pun. Kenapa mangsa Memali diperlakukan sedemekian? Cuba cerita skit? Bagi kita tau plak, mnatau ahli sejarahwan kita buat cerita terpesong pulak…
Reply
DSAI,
diharap kita dapat membuka semula kes Saudara Rumie. Beliau adalah salah seorang kawan kami yang selalu minum bersama di satu ketika dahulu. Saya sama sekali tidak percaya yang beliau membunih diri…
Reply
UMNO/BN tetap perintah Malaysia…
tiada parti lain dah…
Reply
Rakyat yakin Reply:
July 20th, 2009 at 6:25 pm
UMNO/BN tentu ke neraka. Lihat apa yang terjadi kepada King Lious dan Marcos! Yang Zalim akan hadapi bicara.
Reply
M@veRick Reply:
July 21st, 2009 at 12:44 am
Rakyat yakin,
Wah… wah… wah… jadi engko tak masuk neraka la? Maksumnya…
Reply
Walaupun ada kuncu-kuncu yang suka sangat kutok perjuangan Dato Seri, kami harap teruskan Dato Seri. Waiting anxiously for the next GE.
Reply
M@veRick Reply:
July 21st, 2009 at 12:46 am
Klu menang PKR/PR, konfom party sampai pagi… klu kalah, konfom salahkan orang lain… pengundi hantu la… hapa laaaa… WOI!!!… Kata PAKATAN RAKYAT… Bila rakyat dah mengundi, pas kamu kalah, salahkan rakyat jugak!!! Apa la mabuk!!!!
Reply
pauhmase Reply:
July 21st, 2009 at 3:32 am
ehem…pkr kalah kt sarawak..ade sabitkan pngundi hantu ker?ko nk tngk pngundi hntu cmner layan ni..http://www.youtube.com/watch?v=uEMcKYo52VM tp kat situ PKr tetap mnang..sbb ade org dh sekat pngundi hntu..klu x nmpk gk maknanya ko yg hantu..huhuhuuhhuhihihihihi..hntu bleh menaip erk
Reply
win win winner Reply:
July 21st, 2009 at 4:32 pm
sdr M@veRick,(nama pun haprakkk)
Kauni seperti mabuk taik lembu aje….tak semana2 meracaw2 diblog org lain,shoook sendirikah!!,apabendeni,tunjukkanlah cerdikpandai kau,dah tahap Phd kah?????
komen dan tulisanpun mcm ketagih kakilima je……so renung2…..
marahkah…..
Reply
Agak kecewa dengan ucapan Dato’ Seri Anwar mengenai kes Allahyarham Mohd Moorthy Abdullah. Seolah-olah Dato’ Seri merendah-rendahkan martabat Mahkamah Syariah. Ditambah dengan gelak tawa hadirin yang datang menambahkan sakit hati saya. Sistem hari ini sudah baik Dato’ Seri. Lagipun dalam kes Moorthy, memang terbukti beliau telah memeluk Islam sebelum meninggal dunia. Jadi kes orang Muslim tidak mahu tidak perlu dibawa ke Mahkamah Syariah. Janganlah dikorban sedikit “keistimewaan” yang tertinggal itu Dato’ Seri.
Reply
atukooi Reply:
July 21st, 2009 at 8:23 am
kan DSAI ada ckp..yg islam ke mahkamah syariah..yang bukan islam ke mahkamah civil…
Reply
salam
robbis rahli sadri wayyasirli amri…
salam sejhtera DSAI dan saf pimpinan pakatan rakyat dan seluruh rakyat malaysia yang cintakan keadilan dan keamanan….
kisah kisah di catatkan dalam kitab mengenai pejuang pejuang penegak keadilan yang di dera dan di bunuh demi menegakkan hak dan kebenaran….
kisah zaman nabi nabi dahulu yang mengajak umatnya kepada jalan kebenaran dan sampai sekarang pewaris mereka dan sampai kiamat para pejuang penegak keadilan dan kebenaran ini akan di tindas dan di dera selagi tidak mengikut telunjuk penguasa…
perkara ini telah di catat dalam al quran dan hadis sebagai pedoman, peringatan dan jalan penyelesaiannya….namun penguasa di kala ini yang sedang enak dan seronok dengan kuasa dan kekayaan yang ada tidak akan sesekali ikut telunjuk penentang dasar mereka walau pun dengan pertumpahan darah sekali pun…
Reply
dato seri, even though i haven’t been to bahasa kebangsaan school, i do speak good kampnng malay.just because i have plenty of malay friends ,we called each other either brother or abang. i buka puasa in their houses, during raya, macik never forgotten to cock kambing kurma specially for me.my malay brother having marriage problem in kota bahru,asking to solve their problems, i had to drive all the way from pg. to kelantan.i went, as this is so called (kam cheng),i really enjoyed the one malaysian of life. but now be end (amno)spoiled and killed this relationship.hatred and etc. etc. has been spreaded like diease in their election campaign. please,dato seri ( in- coming p.m.),toh guru nik(m.b. kelantan),nizaz (m.b. perak},lim keat siong,zaid (sec-gen pr), act fast.we cannot wait until the next g.e.no more damage to be done by be end. put a full stop to be end.
Reply
Syukurlah,waktu ditahan pada 98 dahulu Datuk seri selamat.Walaubagaimanapun kes mata lebam itu telah menyebabkan rakyat kenal siapa sebenarnya umno!
Reply
salam sejahtera…….
bn,umno,mca,mic,gerakan sudah pasti tumbang merakan sedang mengantung diri sendiri dengan leretan peristiwa yang berlaku kini mereka menempa maut sendiri.kini manusia dimalaysia sudah sedar dan bersedia untuk mengkafankan mereka menjadikan ia sejarah malaysia,tertubuhlah sebuah empayar baru HARAPAN BARU MALAYSIA
Reply
UMNO banyak sangat skandal..tu yang payah nak terima hakikat yang rakyat dah tak suka kat umno lagi.depa takut jadi susah dan kena masuk jail.sebab tulah umno bertungkus lumus dera parti pembangkang supaya depa dapat terus berkuasa.tp sori beb….enough…dah lama dah
Reply
SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan PDRM (Polis Di-Raja Malaysia) telah di sah kan oleh Berita Harian dan Utusan Malaysia sebagai Institusi Melayu (lebih tepat Institusi UMNO) bukan Institusi Negara Malaysia.
Dengan peristiharan ini bahawa SPRM and PDRM adalah Institusi UMNO dan bukan Institusi Negara Malaysia, tidak hairan lah DSAI di pukul, DSAI di fitnah dan anak Malaysia ditemui mati di kedua-dua Institusi UMNO ini.
Tidak mustahil juga lain kali yang dipukul atau yang mati di kedua-dua Institusi UMNO ini adalah saya, atau kamu, atau anak saya, atau anak kamu.
Janganlah harap keadilan dan kebenaran dari kedua dua Institusi UMNO ini.
Reply
teguhkan semangat,rakyat sentiasa bersamamu dato seri anwar ibrahim
Reply
Salam,
Semua keganasan yang dilakukan oleh umno/bn sudahpun terbentang jelas dimata rakyat.Mereka mungkin cuba menongkat langit dengan berlagak seolah tiada apa yang akan berlaku keatas mereka.Namun seluruh rakyat Malaysia malah dunia sudah mula memerhati tandak-tanduk umno/bn.Mereka tidak mungkin boleh selamat selama-lamanya,rakyat kini sudah celik dan mula bosan dengan pemerintahan ala diktaktor.
saatnya pasti tiba.
Reply
kecekalan datuk sri mengharungi saat getir dipukul dalam tahanan,telah menjadi inspirasi rakyat untuk bangkit melawan umno.
Lawan tetap lawan
Reply
Orang tak hormat polis pasai Umno. Orang tak hormat hakim pasai Umno dan orang tak hormat SPRM pasai Umno. Sebab Umno memperkudakan semua jabatan-jabatan ini. Tu pasai kita kena ingat…musuh kita ialah Umno.
Reply
RAKYAT PASTI AKAN MENGADILI UMNO DALAM PILIHANRAYA UMUM NANTI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply
Lagi suruhanjayadiraja akan dibentuk? pasti nasibnya sama dengan suruhanjaya yang menyiasat klip video dahulu.Apa lagi yang kita boleh harapkan?
Reply
anti penipu Reply:
July 21st, 2009 at 1:49 pm
macamana kalau dr.nazri sendiri yang bentuk suruhanjaya tu..mgkn blh siasat kot…
Reply
Demi kuasa dan kemewahan,umno semakin gila! umno akan dikenang sebagai sebuah koloni penjajah bangsa sendiri oleh generasi akan datang.
Reply
apa lagi nak dikata………….takda lagi ayat yang sesuai selain LAWAN TETAP LAWAN!!!!!!!!
HANCUR UMNO DAN SUKU SAKATNYA!!!!!!!!!!!!
Reply
Terkesan dengan cerita berkenaan cara dato seri ditahan 98 dulu.najib penyambung kezaliman!
Reply
kuatkan semangat dato sri,saya antara generasi baru yang akan tetap bersama mendukung agenda perubahan dan menegakkan keadilan.
Reply
semua kes yang umno buat mesti terlepas sebab ada kambing hitam.
Reply
Mampuih pi la dengan segala kezaliman, penyelewengan, korupsi dan penindasan yang dilakukan oleh BN…tapi oleh kerana Umno itu Melayu…ianya perlu dipertahankan. Mampuih pi la kalau anak kita kena bunuh…anak kita kena rogol, tapi maruah bangsa perlu dipertahankan. Pirrah!
Reply
sikap kita kepada Umno dan Barisan Nasional. Depa sapu 100 juta…biaq pi la. Bukan duit kita…duit kerajaan.
Depa bunuh orang dalam lokap….biaq pi la…bukan anak kita.
Depa bunuh Altantuya….biaq pi la. Nanti kalau tau sapa yang bunuh…malu kita.
Akhirnya depa naik lemak. Depa buat ikut suka depa. Depa buat apa saja yang depa mau…sebab sapa pun tak akan peduli. Sebab orang Melayu akan terus menyokong depa…pasai depa juga Melayu.
Umno semakin memalukan Melayu. Maruah orang Melayu semakin tercemar kerana tingkah laku Umno. Biaq pi la.
Reply
zul Reply:
July 20th, 2009 at 5:01 pm
totally correct bro..tanpa sedar dorg bukan naikkan melayu malah malukan melayu lg..
Reply
Dsai, kita orang a.. caya sama lu 100%, lu cakap kita semua anak kamu, anak melayu anak saya, anak cina anak saya, anak india anak saya, anak iban kadazan juga anak saya. saya anak cina sudah dengar lu cakap hati senang dan cukup yakin selamat hidup di malaysia yang tercinta. lu dsai perminpin yang kita rakyat mau pilih punya. kita sama sama selamat perjuang.
Reply
Sugguhpun ramai benci akan media arus perdana tetapi masih beli surat-khabar mereka? Sebenarnya kita tahu yg Berita dan Utusan milik siapa. Star milik siapa? Orang tua khususnya veteran kita tidak tahu mendapat info selain surat khabar dan tv. Ramai pemuda khususnya yg saya kenal dah berhenti membeli surat khabar dan berputar kepada internet seperti Malaysiakini dan Malaysia insider. Sekarang hanya satu cara sahaja untuk ambil putrajaya.
AJAR WARGE EMAS MENGGUNA INTERNET DAN MEMASTIKAN KAWAN KAWAN KITA DAFTAR MENUNDI DAN UNDI PR.
RAKYAT MALAYSIA TOLONGLAH LAKUKAN SESUATU UNTUK ANAK DAN CUCUCICIT ANDA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply
Salam Sejahtera DSAI,
“Kuasa Pemikir Terhebat” telah dianugerahkan kepada DS. Doa dan restu rakyat mengiringi DS untuk menjadi pemimpin yang bersejarah dalam sejarah yang dicipta.
Reply
Suara Rakyat 1 Malaysia
Keputusan …ANDA Tentukan
Pungutan SUARA RAKYAT ini dijalankan bagi mendapatkan majoriti SUARA RAKYAT. Mungkin SUARA ANDA AKAN MENENTUKAN KEPUTUSAN & TINDAKAN. BERSUARALAH…!
Kami memerlukan SUARA RAKYAT yang ramai untuk memorandum tuntutan yang mungkin akan sampai kepada PEMBUAT KEPUTUSAN. Sertai kami untuk nikmat gaji dan NILAI WANG ANDA.
1. Setujukah ANDA jika TAMBANG atau CAJ
perkhidmatan awam seperti bas, teksi,
komuter dan keretapi dan lain-lain
DINAIKKAN bagi tujuan menaiktaraf
perkhidmatan tersebut?
A- Sangat setuju
B- Tidak setuju
Taipkan: BSTARZ (JARAK) BS (JARAK) rev (JARAK) awm (JARAK) message anda samada A atau B. Hantarkan kepada 32300 SEKARANG…!
2. Pada pendapat ANDA, adakah CAJ penyelenggaraan
Bangunan/kediaman anda SETIMPAL dengan kualiti
perkhidmatan yang diberikan?
A- Setimpal dan amat berpatutan
B-Mahal dan tidak memuaskan, patut
dikurangkan caj.
Taipkan: BSTARZ (JARAK) BS (JARAK) rev (JARAK)
caj (JARAK) message anda samada A atau B.
Hantarkan kepada 32300 SEKARANG…!
3. Kerajaan patut mewujudkan Skim Pinjaman Segera
tanpa cagaran, tanpa penjamin dan pengeluaran
wang pinjaman ini dikeluarkan dalam masa 24
jam jika kerajaan benar-benar bertekad
menghapuskan kegiatan ‘AH LONG’ dan Ceti Haram?
A- Sangat setuju
B- Tidak setuju
Taipkan: BSTARZ (JARAK) BS (JARAK) rev (JARAK)
skm (JARAK) message anda samada A atau
B. Hantarkan kepada 32300 SEKARANG…!
PANJANGKAN PESANAN INI KEPADA RAKAN RAKAN ANDA
UNTUK SAMA SAMA BERJUANG KE ARAH MALAYSIA YANG
LEBIH BAIK
Reply
sewaktu Rasulullah hampir wafat Allah swt menyampaikan salam melalui Jibril as memberitahu bahawa sesiapa yang bertaubat setahun sebelum menemui ajalnya maka Allah swt akan ampunkan dosanya,Nabi saw mengatakan kepada Jibril as satu tahun itu terlalu lama.Dengan sebab itu Jibril as pergi semula mengadap Allah swt.Jibril as datang lagi kali kedua berjumpa Nabi saw membawa salam dari Allah swt dengan memberitahu bahawa sesiapa yang bertaubat sebulan sebelum menemui ajalnya maka dosanya akan diampunkan,Rasulullah menjawab bahawa satu bulan itu satu tempoh yang terlalu lama.Jibril buat kali ketiga pergi mengadap Allah.Selepas itu Jibril as sekali lagi menemui Nabi saw dan menyampaikan salam Allah swt buat baginda.Kali ini Jibril as memberitahu baginda bahawa sesiapa yang bertaubat sehari sebelum dia meninggal dunia maka Allah swt akan mengampun dosanya.Pada kali ketiga ini pun Nabi saw mengatakan bahawa tempoh itu terlalu lama…….
Melihat pada masa-masa yang dinyatakan di atas detik waktu sebenarnya berjalan agak perlahan bagi manusia-manusia tertentu.DSAI satu ketika pernah berseloroh bahawa seminggu bagi ahli politik adalah jangka waktu yang agak lama.Begitu juga praya yang akan datang juga agak lama.Dengan sebab itu marilah sama-sama berdoa untuk memastikan masa yang berjalan perlahan itu dapat ditempuhi dengan kesabaran dan ketaqwaan supaya kejayaan dunia dan akhirat kita perolihi.
Reply
M@veRick Reply:
July 21st, 2009 at 12:55 am
Abe,
Terima kasih atas nasihat anda yang saya dapat amat bermakna. Terima kasih banyak dan saya sokong pendapat anda.
Reply
awatnya hangpa benci sangat pada umno..umno tak salah..tapi individunya, polis tak salah..tapi individunya..sprm tak salah..tapi individunya..
Reply
M@veRick Reply:
July 21st, 2009 at 12:55 am
Memang benarr kata kamu. Sokong.
Reply
tak adil laa..UMNO salah atau apa sekalipun..takan sume org umno tak baik? saya org umno apa..saya ok ja..rilek2 laa..jom minum…mai secawan..
Reply
ulam batar Reply:
July 20th, 2009 at 11:07 pm
ahli UMNO semua tak baik depa bagaikan tupang atau tetupai juga kekuda kepada rumah yang dah nak roboh. para peminpin utama mereka selalu langkah bendul, harapan kita kepada ahli UMNO jangan sampai jatuh di timpa tangga sudah le !! udahlah di tupang atau di sokong rumah yang dah reput percayalah angin perubahan akan merobohkan rumah yang usang. marilah kita ke rumah baru dengan kerangka yang baru lagi bertechnology.
Reply
dato seri,apa pandangan dan pendapat dato seri berkenaan dgn isu dua wartawan al-Islam yg menyamar sbg penganut Katolik,memasuki rumah ibadat mereka,bersembahyang dgn mereka semata-mata utk mendapatkan bahan bukti wujudnya dakwaan memurtadkan org Islam?
Reply
kulup amrin Reply:
July 20th, 2009 at 10:57 pm
sebab nak harap jabatan agama mereka lebih suka tangkap artis atau celebrity TV. jadi kalau ada orang lain buat kerja kita itu dikira sudah bagus.jabatan agama boleh makan gaji buta.
Reply
gengis khan Reply:
July 21st, 2009 at 6:57 pm
Kulup amrin ibnu Kulup Kecut
Pejabat agama kita lebih sibuk dengan memantau surau dan mesjid pasal ceramah politik dari menelik benda lain. kamu jawab dalam kubur nanti wahai pejabat agama.
Reply
kunci utama pemerintahan yang baik ialah keADILan kepada semua rakyat..
Reply
Sejak detik pertama DSAI diaibkan AKU NIE rasa amat terkejut lebih-lebih lagi dengan skandal yang disabitkan keatas DSAI. Walaupun pada awalnya AKU NIE hampir termakan dengan cerita ini. Setelah perbicaraan bermula AKU NIE mula meragui akan kebenaran kesalahan DSAI. Akhirnya hingga kini AKU NIE sedar akan kezaliman yang berlaku/
Hari ini ramai yang sedar akan ketidak relevan kes ini dan mengharapkan agar kes ini digugurkan dari dibicarakan. Keadilan memang amat dinantikan oleh rakyat kebanyakan seperti AKU NIE. Kebanyakan kes yang melibatkan mereka yang tertentu didalam BN sehingga sekarang tiada cerita. Walaupun pada awalnya kerajaan cuba mengambil inisiatif untuk menyiasat secara telus tetapi akhirnya siasatan tinggal siasatan, manakala suspek yang disiasat masih bebas tanpa sekatan.
ISA sebenarnya akta yang cukup bagus jika dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan berwibawa, malangnya BN telah mempergunakan akta ini sebagai senjata untuk melemahkan kebangkitan suara rakyat. Inilah kelemahan BN, mereka terikat dengan kekayaan dan kemashuran mereka sendiri. Sehingga kini BN masih dalam konkongan yang mereka bina.
Ramai pemimpin BN sendiri sedar dan mreka cuba merubah keadaan yang songsang ini daripada dalam contoh DSAI sendiri ketika didalam UMNO, tetapi akhirnya ALLAH itu maha Agung musibah yang diturunkan adalah rahmat ALLAH untuk DSAI kerana membersihkan kolong najis daripada dalam maka kolong itu tidak mungkin bersih jika kolong itu masih berfungsi dengan aktifnya. Jadi tanggungjawab DSAI tetap diteruskan daripada luar kolong najis itu. Wallahualam.
Reply
Setuju 100% dengan Guni Setahil. Kalau seseorang mengambil keputusan tekad untuk meninggalkan pihak yang mungkar dan jahil, ianya petanda hati mereka sudah insaf.
Reply
jibam Reply:
July 24th, 2009 at 8:03 am
insaf berpolitik jer ker??
Reply
Makahmah mesti wujud di atas permintaan rakyat Malaysia.
AG mesti ditarik kedepan untuk dibicarakan mengenai eksploitasi kuasa.
Hukuman – membujur didepan hawa dingin.
Tun Mahathir mesti dihadapkan depan makahmah agung kerana mensabitkan kesalahan ornag lain. Membuat kerja Hakim itu amat besar kesalahan.
Hukuman – duduk bujur diatas keping ais dengan hawa dingin yang paling sejuk.
Musa mesti menjawab semua soalan Rakyat. Kenapa penyelewengan dalam rekod oleh satu Doktor yang bertaraf General Practitioner digunakan sebagai bukti.
Hukuman – balik ke bangku sekolah dan mengaji semula, serta turun pangkat ke Konstabel.
PM & ISTERI pertama Malaysia – mesti menjawab soalan Rakyat mengapa tidak mengaku berkenalan dengan wanita Altantuya. Macam tak pernah junmpa.?. Ada pun gambar dan Dr Setev masih hidup lagi be…..
Hukuman – turun pangkat sisuami menjadi drebar , si isteri menjadi tea lady.
Memadai lah dan cukup sekali hukuman berat mesti dijatuhkan ke atas yang bertanggung jawab.
Reply
maknanye….semua rakyat malaysia x kira kaum dan keturunan mmg rindukan keamanan dan kesejahteraan la ye?
Reply
Anda mungkin ragu-ragu untuk mengeluarkan RM200 atau RM300 untuk menyertai program menjana wang di internet. Sesetengah program ini memang benar dan berbaloi untuk disertai. Namun adakah anda bersedia untuk mengeluarkan wang dalam jumlah yang sedemikian? Dengan modal serendah RM50 sahaja anda mampu menjana pendapatan sehingga mencecah RM64,800!! Lumayan!!! Sila layari link berikut untuk maklumat lanjut.
http://www.perigiduit.com/?ref=MATPAT87
Reply
hai
Reply
wahai saudara saudari sekelian yg berbangsa melayu dan beragama islam, bersatu lah dan bersepakat lah. jangan sampai bangsa asing memerintah kita semua pula. persingketaan sesama kita tidak membangunkan sama sekali hanya menunjukan kelemahan kita aje. umno memburukan adil dan pas. adil dan pas memburukan umno. dap,gerakan dan mca serta ppp ketawa di belakang melihat bangsa melayu menghina satu sama lain. sadar lah wahai saudara saudara ku yg berbangsa melayu dan beragama islam, bangun lah.cukup la sampai di sini. bersatu dan berjuang la untuk bangsa kita yang telah berpecah belah. satu kan la semua bangsa melayu.BERSATU LA WAHAI ORANG ORANG MELAYU. MARI LA KITA MENYELESAIKAN MASAALAH KITA SESAMA KITA.JANGAN BIAR BANGSA LAIN MEMECAH BELAHKAN KITA.BERSATU KITA KUKUH BERCERAI KITA ROBOH.
Reply
DSAI ada karisma sebagai pemimpin.Bila dia cakap org boleh terpaku.bukan macam mat sembab dan bini rosmah.ckp meleret2 x ada isi langsung.org dengaq pun mengantuk.
Reply
saya rase kebodohan penyokong pakatan rakyat semakin menjadi2 kerana kebodohan pemimpin mereka sendiri….
menjumudkan akal utk menerima segala kebenaran dan menutup fikiran memikir segala yang rasional…
sifat amarah menguasai diri tanpa memikir kesan akan datang…
apa y boleh dirumuskan, mereka ini memang pendek akal, bertindak mengikut hawa nafsu(wpon berada dalam parti berlandaskan agama) dan bersifat terburu2…
memaki orang lain adalah slogan kendiri, dan menfitnah pula ibarat kata2 tanpa sesalan…
berburuk sangka pada setiap tindakan org lain…
tanye pada diri anda…apa pr sudah lakukan pada anda???
apa anda sudah lakukan utk negara???
apa kerajaan sudah lakukan utk anda??
jadilah org yang berfikir sebelum berkata2.
Reply