Pasukan Pendakwaan Merayu, Enggan Serah Dokumen Bukti

18 July 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Ucapan Takziah Atas Pemergian Almarhum Ustaz Awang Pon

Saya menerima berita sedih pulangnya Ustaz Awang Pon, sahabat dan seorang pejuang ka rahmatullah. Almarhum Ustaz Awang merupakan bekas Yang Dipertua Majlis Agama Negeri Sarawak, pernah memimpin ABIM Sarawak dan juga merupakan pengasas KeADILan Sarawak.

Saya terharu dengan semangat hebat beliau sebagai seorang pendakwah dan pendidik yang gigih.

Saya, Azizah dan seluruh warga KeADILan merakamkan ucapan takziah buat ahli keluarga dan kaum kerabat Almarhum. Didoakan roh Almarhum ditempatkan di kalangan para solihin, inshaallah.

Al-Fatihah.

Pasukan Pendakwaan Merayu, Enggan Serah Dokumen Bukti

Siang tadi, pasukan pendakwaan merayu di Mahkamah Rayuan supaya dibatalkan perintah Mahkamah Tinggi semalam yang memerintahkan agar dibekalkan segala dokumen berkaitan dan rakaman CCTV kepada barisan pembelaan.

Hebahnya konon mereka yakin dengan fakta. Mengapa enggan serahkan dokumen? Apa yang mahu disembunyikan?

Sekarang manakala kes pembelaan kukuh, pendakwa melengahkan lagi. Dulu mereka lengahkan kerana enggan menyerahkan dokumen. Bila kita membuat rayuan dan kita pula dikatakan melengahkan perbicaraan.

Sekarang pendakwa merayu, kerana takut dokumen diteliti. Maka mereka sekali lagi menyebabkan kes tertangguh.

ANWAR IBRAHIM

Pendapat Anda