Archive for July 18th, 2009

18 July 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini | 18 Julai 2009

Terdapat banyak spekulasi baru-baru ini mengenai apakah langkah saya seterusnya dalam politik.

Hari ini, saya membuat satu keputusan penting dalam hidup saya – meninggalkan MCA dan menyertai PKR. Saya meletak jawatan sebagai pengerusi MCA bahagian Bakri, jawatan yang saya pegang selama 23 tahun, membebas diri ini untuk memikul perjuangan baru bagi merealisasi wawasan saya untuk perubahan. Semua ini terkandung dalam manifesto yang saya tulis sewaktu bertanding jawatan presiden MCA pada 2005 dan 2008.

Hari ini saya mengumumkan bahawa saya keluar daripada MCA. Sekarang saya mengumum saya menyertai PKR.

(more…)

18 July 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Petang tadi, bekas Naib Presiden MCA Datuk Chua Jui Meng telah mengisytiharkan dirinya keluar dari MCA seterusnya mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Keadilan Rakyat di hadapan hampir 1,000 hadirin yang memenuhi dewan utama Hotel Sunway di Subang Jaya.

Selepas beberapa ketika andaian demi andaian dibuat, maka petang tadi terjawab sudah hala tuju perjuangan politik mantan Menteri Kesihatan itu.

Saya ucapkan tahniah kepada Datuk Chua dan ahli keluarga beliau terutama isterinya Datin Honey Hum, Datuk David Yeoh (bekas Senator MCA) dan Datuk Yap Yit Thong (bekas Ahli Parlimen Lumut) yang menyokong penuh keputusan beliau.

Pastinya keputusan ini diambil selepas membuat pertimbangan yang teliti. Berhadapan sistem yang bobrok dan kebejatan yang berterusan, maka tidak menghairankan sekiranya Datuk Chua memilih KeADILan sebagai wahana pencetus serta melaksanakan perubahan.

Adalah diharapkan Datuk Chua dapat berkongsi pengalaman beliau yang luas dalam menabur khidmat kepada masyarakat dengan ahli-ahli KeADILan dan Pakatan Rakyat lainnya. Sekali lagi saya ucapkan tahniah dan selamat berjuang kepada Datuk Chua Jui Meng!

ANWAR IBRAHIM

18 July 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Ucapan Takziah Atas Pemergian Almarhum Ustaz Awang Pon

Saya menerima berita sedih pulangnya Ustaz Awang Pon, sahabat dan seorang pejuang ka rahmatullah. Almarhum Ustaz Awang merupakan bekas Yang Dipertua Majlis Agama Negeri Sarawak, pernah memimpin ABIM Sarawak dan juga merupakan pengasas KeADILan Sarawak.

Saya terharu dengan semangat hebat beliau sebagai seorang pendakwah dan pendidik yang gigih.

Saya, Azizah dan seluruh warga KeADILan merakamkan ucapan takziah buat ahli keluarga dan kaum kerabat Almarhum. Didoakan roh Almarhum ditempatkan di kalangan para solihin, inshaallah.

Al-Fatihah.

Pasukan Pendakwaan Merayu, Enggan Serah Dokumen Bukti

Siang tadi, pasukan pendakwaan merayu di Mahkamah Rayuan supaya dibatalkan perintah Mahkamah Tinggi semalam yang memerintahkan agar dibekalkan segala dokumen berkaitan dan rakaman CCTV kepada barisan pembelaan.

Hebahnya konon mereka yakin dengan fakta. Mengapa enggan serahkan dokumen? Apa yang mahu disembunyikan?

Sekarang manakala kes pembelaan kukuh, pendakwa melengahkan lagi. Dulu mereka lengahkan kerana enggan menyerahkan dokumen. Bila kita membuat rayuan dan kita pula dikatakan melengahkan perbicaraan.

Sekarang pendakwa merayu, kerana takut dokumen diteliti. Maka mereka sekali lagi menyebabkan kes tertangguh.

ANWAR IBRAHIM