KENYATAAN MEDIA
MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT
17 JULAI 2009
Tubuhkan Suruhanjaya DiRaja Siasat Kematian Mendiang Teoh Beng Hock
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor. Mewakili seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, pihak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang. Sebelum ini telah terdapat banyak kematian yang berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan. Kematian mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat.
Sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin Barisan Nasional tidak diendahkan. Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh Barisan Nasional dan UMNO untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Rakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan Perdana Menteri yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan UMNO, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.
Badan seperti SPRM seharusnya bertindak profesional dan menyelamatkan integriti mereka dengan mengambil tindakan ke atas laporan terhadap para pimpinan Barisan Nasional yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah. SPRM juga seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal siasat mereka. Dalam kes Mendiang Teoh, SPRM perlu mengenalpasti pegawai terlibat seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan. Kami percaya bahawa rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang dtubuhkan oleh kerajaan. Pakatan Rakyat akan terus menerus menentang kezaliman dan salahguna kuasa institusi ini dengan mengadakan kempen di seluruh negara.
Sehubungan dengan itu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mendesak dan bertegas agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock dan meneliti teknik dan kaedah siasatan SPRM selama ini.
DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum KeADILan
DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
YB LIM KIT SIANG
Ketua Ahli Parlimen DAP









takde komen pun lg..erm apape je lah.
Reply
Ya DSAI .. I do agree with the dato.. They was always used by UMNO-BN
Reply
Salam buat Dato’ Seri,
Saya harap Pakatan Rakyat selain dari menuntut penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock, akan turut ambil inisiatif menuntut agar Najib, Muhyiddin dan Hishamuddin agar meletakkan jawatan mereka. Hanya dengan cara ini sahaja, integriti kerajaan boleh diselamatkan.
Apa yang berlaku, sangat melampau dan menunjukkan bahawa agensi kerajaan khususnya SPRM, ingin melepaskan tanggungjawab dan ketua pengarah polis & Nazri Aziz mendahului dalam membuat kenyataan (‘No foul play’) sebelum siasatan disimpulkan.
Sekian,
Selongsong Pencucuh
Reply
Lepas ni tak tau berapa ramai lagi yang akan mati tak tentu pasal macam altantuya, kugan, Teoh beng hock dsb. nampaknya kerajaan ini dah jadi mesin pembunuh, rakyat sabah mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang, dan kita menyeru rakyat sabah yang masih ada peri kemanusiaan agar berhenti menyokong bn yang nyata menjadi ancaman kepada rakyat !
Reply
Kuriting kuringat Reply:
July 19th, 2009 at 8:49 am
Saya setuju dengan kamu Sabahan. Sia pun orang Tenom juga. Saya ahli UMNO sejak tahun 19933. Dulu sokong UMNO kerana sia imgat pemimpin-pemimpin UMNO ini bermoral, bersih. Tetapi hari ini saya sudah kenal sangat denmgan pemimpin-pemimpin UMNO ini. Tiada pemimpin bersih, bermoral dan beretika dalam UMNO. Insyallah dalam PRU ke-13 akan datang saya dan keluarga akan mengundi Pakatan Rakyat. Saya fikir orang Sabah bukan menyokong melulu ja UMNO dasn BN tetapi masalahnya pemimpin-pemimpin Pakatan di Sabah ini tidak kuat berjuang. Nanti dekat pilihan raya baru muncul. Banyak rakyat yang tidak puas hati dehan kerajaan negeri hari ini tetapi mahu salurkan ketidakpuasan itu kepsda siapa? DR. Jeffrey atau Ansari Abdullah patut membina blog sendiri supaya banyak perkara boleh disampaikan kepada mereka. DSAI bolehlah iklankan blog mereka di sini. Semua surat khabar yang memihak kepada BN saya tak baca lagi. Buat habis duit ja. Bagus baca blog DSAI, harakah etc dlm internet. Blog kepunyaan UMNO atau tali barut UMNO pula amat memuakkan.
Reply
Dear DSAI,
I’m here speaking on the point of view of Rakyat. This incident break our heart. The only condolences we can give to late Teoh is Justice. We don’t trust the Police Investigation b’cos of their bias act.The main suspect(the man last interrogate late Teoh) is not in police’s custody. We don’t trust BN on their abilities to cracks this mystery nor their willingness to do so. Now u expect them to set up an Royal Commission for this Investigation? Even they do, how Independence this Investigation will be? Do u think the rakyat still trust so call “Royal commission”?
I would suggest that PR set up their own team of investigators with Private Investigators, Forensics, Pathologists, chemists, etc etc. If ur own report is their same with Police, then they finally do what they should do. thats good news. If not, u better get any 3rd party teams like overseas(cause don’t Malaysian Politics) to compare the results…
Sigh….What would happen to our country, when we cannot trust our Gov. anymore?
Reply
Assalamualaikum DS
Kami diluar sini yakin hanya dengan sisatan suruhanjaya Di Raja sahaja
kisah sebenar boleh dibongkar. Jika tidak kelengahan berlarutan dan berita larut dimakan masa dan rakyat lupa.
Mohon juga di peringatkan setiap komponen sampai ke akar umbi
perencanaan UMNO/BN mahu memporakporanda PR dengan berbagai cara. Kadangkala musang ini berbulu ayam.Tingkatkan momentum sehingga PRU 13. Jangan DS alpa di dalam PKR mungkin juga ada penembak tepat UMNO yang diseludupkan macam Dato Nasa dan 2 katak di Perak.
Tolonglah orang PKR JANGAN lah diamal kembali perangai UMJNO.
Kelak kalian juga dibenci mcm mereka dibenci kini.
Reply
Rejim BN mesti ditumbangkan dgn apa cara sekalipun…
Reply
TDM Pak Yiddin awai awai lagi dah tolak cadangan tu..Khairy lak awai awai lagi setuju dengan cadangan tu..Najib lak, awai awai lagi memang tak bukak mulut..ceh, lagi hampeh..Apa
Reply
Raykat mahukan kebenaran. Nyawa Mendiang Teoh Beng Hock tak dapat dikembalikan dengan seribu sebab. Mata air keluarga tersayang beliau tidak boleh mengalir dengan percuma. Kita mahu jawapan SPRM. Kita mesti lawan segala paksaan dan kekejaman yg
berlaku keatas diri kita. Kebebasan telah jauh dari kita. Sedih! Titian Air Mata Rakyat terus mengalir!
Reply
Dato Seri,
With due respect to you, I don’t see how a royal commission (if ever it is set up) can help solve the problem. Look at all those past reports. The goverment will just ignore it and what can we do. We respect you as a leader, you got to come up with something concrete and not just empty talk like all those other leaders, LKS, TGNA, Hadi blah blah blah.
One thing I know for sure is that more killings will surface and we just need to guess who’s next.
Stop all the bickering eg. Azmin Ali, Wee Choo Keong and all your councillors up north attacking your brother affiliates. Their actions are only giving UMNO/BN a chance to wallop PR.
Maybe I am a bit naive……….this is politics right? Hmmmm….next election I just stay at home.
Reply
aziz Reply:
July 19th, 2009 at 10:12 am
Peter,I agree 110% with you….I may also stay at home next election. Whoever is in power will do the same things. How can we be sure everything will be alright?All those ex-BN strongmen who joined PR (Zaid, Chua Jui Meng……)are really BN outcasts and SNLR (service no longer required). What can these outcasts do to improve? Sorry to say that all of them are really opportunists,if PR is so good it should try to get serving BN ADUNs or MPs to join them, baru ada class….
Reply
hai pengawai-pengawai tinggi SPRM,
bentangkan kebenaran walaupun anda akan kehilangan kerja dan sumber rezeki krn kebenaran sentiasa memdapat keredhaan ALLAH SWT.Tuhan takkan pulak biarkan mereka yang tegakkan kebenaran kecundang atau mati ditelan zaman.Anda percaya pada Tuhan, buat apa nak takut…Pembelaan pada anda pasti mendapat pertolingan dan pentunjuk dari Tuhan.Usah gentar, mereka hanya permainkan anda untuk kepentingan mereka dan kepentingan anda mereka hanya memikirkan utk pangkat semata-semata bukan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat anda.PERCAYALAH PADA TUHAN !!
Reply
Manik Urai adalah signal penting, untuk dibaca oleh semua kepimpinan Pakatan Rakyat khususnya yang memegang amanah sebagai wakil rakyat. Ingatlah jangan terlalu selesa dengan kemenangan. Kita menang bukan semata – mata kerana kekuatan parti tetapi kerana kebencian rakyat kepada Regim pemerintah. Rakyat memilih kita kerana kita mampu bersatu atas isu berkepentingan ramai. Justeru itu rakyat juga mampu menghumban kita jika kita gagal melaksanakan harapan dan janji perubahan kepada rakyat. Kita sering telagah dalam isu sekecil lantikan ahli Majlis……sekali lagi ditegaskan ini masalah warisan regim Bn….jangan lawan kerana nak tempatkan orang itu atau nak tolak orang ini dalam menjadi ahli Majlis sebaliknya kita harus besar hati desak segera diadakan Pilihanraya Majlis Kerajaan Tempatan seperti yang pernah diadakan. Pembayar cukai berhak memilih siapa yang harus menguruskan cukai mereka…..ini peneguhan prinsip demokrasi dan hak….jika kita lakukan ini nescaya akan terus jauhlah Bn dari hati rakyat.
Reply
Dasar kejam RAKYAT DAH NAMPAK
SEMBAHYANG 5 WAKTU TAK CUKUP
MEMANG KURANG DIDIKAN UGAMA
KALAU MACAM NIE BIAR PR….
Reply
Sahabah2 sekelian,
Kesemua didalam Kepimpinan Pakatan Rakyat hendaklah bersih,cekap, adil dan amanah! Jangan sekali2 berbuat salahlaku dan kemungkaran yang memungkinkan SPRM menjejak kaki mengejar sesiapa pon didalam Pakatan Rakyat.
Jadilah buat pertama kali nya kepimpinan yang benar2 BERSIH,CEKAP, AMANH DAN ADIL! Susah sangat hendak mengejar habuan hidup, syukur sahajalah dengan segala ganjaran2 yang didapati dengan jawatan yang diberikan dan jangan sekali2 salahlaku mengejar habuan hidup yang ternyata salah dari segi undang2! Kalau Pakatan Rakyat tidak bersih,cekap dan amanah serta adil, rakyat nanti akan bosan sebab tiada kebaikan yang benar2 Pakatan Rakyat bawa.
Bagi majlis tertinggi Pakatan Rakyat, beranilah hapuskan sesiapa sahaja didalam kepimpinan Pakatan Rakyat yang ternyata tidak dukong konsep bersih,cekap dan amanah serta adil ini walau setinggi gunung manapon jasa mereka selama ini. Segala musang2 berbulu ayam didalam Pakatan Rakyat wajar dibuang dan dihapuskan tanpa takut!
Sekian wasalam siapa setuju?
Reply
Ya TUHAN ! Ini sudah melampaui batasan,DSAI.
Tiga lagi parti baru sudah masuk dalam komponan BN.
Parti MACC,parti PDRM dan parti SPR.Hancur lagi negara yang tercinta,
MalaysiaKU.
Reply
DSAI should used the parkatan rakyat power to ensure all inventigation by Police or ICAC should be video as record and if necessary it can be used as evident in court. It is a way to protect the Pakatan MP, ADUAN and civilian.
Reply
Apa jua suruhanjaya pun kalu last sekali kena serah laporan kat IGP n AG baik tak payah..semua masalah di negara ni senang saja..minta umno tukaq AG kalu dia berani SEMUA selesai..AG tu pulak mesti dari rekomendasi dari parlimen. TUTUP CERITA. kalu tu pun tak leh buat baik tak payah..buang masa saja..lebih baik p main dam kat kedai kopi
Reply
untuk menunjukkan keprihatinannya mungkin Najib akan mengarahkan pejabat SPRM dipinahdahkan ke Ground Floor….sama2 kita tunggu
Reply
PLEASE JOIN US HINDRAF BROTHERS TO PAKATAN RAKYAT.
Reply
KEZALIMAN DAN KEKEJAMAN BUKAN PERBUATAN INSAN YANG TERMULIA DI MUKA BUMI RAKYAT MALAYSIA..!
HANYA SEBERAPA INSAN YANG BUKAN MANUSIA YANG MENJADIKAN HIDUP…SEBAHAGIAN DARIPADA PENTASNYA.!
PERCAYALAH KEPADA TUHAN..RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN “KEADILAN DAN KEBENARAN “PASTI DAPAT
MENGADILI..MENUNTUT..MEMBAWA..YANG KEJAM..YANG ZALIM..YANG SEGALA JIWANYA SYAITAN…KE MUKA
PENGADILAN..SETERUSNYA MENGEMBALIKAN…YANG BENAR…YANG SYUKUR…YANG SEGALA JIWANYA MULIA
KEPADA SATU BANGSA SATU NEGARA SATU MALAYSIA..!ISYAALLAH…!
Reply
Saya percaya Dato Seri ada unsur2 misteri dalam kes nie…knape perlu myiasat sampai 3.45pg.Saya harap sgt kes nie…perlu dititik beratkan.Saya setuju tubuh suruhan diraja.
Reply
MUSNAHKAM UMNO/BN DARI BUMI MALAYSIA
Reply
if the responsible authorities or those who have the power were serious about this should seize all the relevant documents, suspend the officers, etc etc immediately without further delay. this should have been acted upon. moreover, how is it that the body was only discovered at 1.30pm??? where is his handphone? the handphone service provider must also make sure their data is not tampered with as this could be useful evidence. it’s more than 24hours since & this would have given ample time to you know what…many things can be tampered with by now. don’t mean to speculate, but the longer these issues are being played, the more suspicious we the rakyat would become on the events that took place. morever, why the witness was not granted a legal counsel to be present. if he was going to be subjected to such long hours of questioning or intimidation, another person present would be able to give support such as a lift home, contact the family members, etc. why were all these deprived of the deceased? many many questions not answered by macc & police.
Reply
Salam.
Ds,demi memastikn kesahihan lapuran dr suruhan diraje ni diterime umum dan tdk akn diragui segale keputusan nye ape kate dlm jawatan kuase diraje ni di letakkn jg pemerhati dr wakil2 seluruh parti.Ini masalah besar n nmelibatkn hubungan kaum.TK.
Reply
Assalamualaikum datuk seri…
kebetulan mlm esok datuk seri nak ke melaka.
dan memberi ucapan perdana di rembia, jadi saya minta sangat la datuk memberi perkenbangan
terkini tentang Kes exco selangor, DAP kedah, Kerajaan perak, dan yang sewaktu dengannya.
harapan kami juga, agar perubahan berlaku kepada malaysia. kemiskinan di kurangkan, rasuah di
hapuskan, keadilan di tegakkan.
Terika kasih kepada DSAI kerana sudi datang ke melaka.
saya benar2 menanty kehadiran DSAI.
asalamualaikum..
Reply
Pengumuman Polis mengekalkan kematian Teo sebagai kes kematian mengejut dan selepas tamat penyiasatan Polis, maka inilah keputusannya tak ubah macam memgumumkan Teo mati katak. Macam katak mati di langgar kereta, maka itulah maksudnya keputusan penyiastan polis. Sapa pun takan percaya.
Reply
lostboys Reply:
July 19th, 2009 at 5:39 am
bukan mati katak..mati brahim ali!!
Reply
shift Reply:
July 19th, 2009 at 8:26 pm
Dari corak kejadian OKT meninggal dunia semasa dalam tahan PDRM atau mana-mana penguasa BN, kesimpulannya, orang yang kena tahan polis berisiko tinggi mati katak
Reply
Kematian Teoh Beng Hock adalah satu lagi episod yang amat memalukan negara. Pengarah SPRM mesti meletak jawatan jika dia ada maruah.
Reply
SPRM = Skuad Penyiasat Rela Membunuh
SPRM Selepas Periksa Rahsiakan Maklumat
SPRM= Selamatkan Pemerintah Rakyat Merana
Reply
Lihatlah video ini.
http://www.youtube.com/watch?v=1ZPjz-WdCbE
MACC Downfall. apa yang berlaku di MACC pada 16th Julai?
Reply
Anda mungkin ragu-ragu untuk mengeluarkan RM2 atau RM3 untuk menyertai program menjana wang di internet. Sesetengah program ini memang benar dan berbaloi untuk disertai. Namun adakah anda bersedia untuk mengeluarkan wang dalam jumlah yang sedemikian? Dengan modal serendah RM50 sahaja anda mampu menjana pendapatan yang lumayan!! Sila layari link berikut untuk maklumat lanjut.
http://www.perigiduit.com/?ref=MATPAT87
Reply
Never have I heard of a person falling down from a high building experiencing a wardrobe malfunction. The tear from Teoh’s trousers is highly suspicious and unlikely. There were no blood splashing around where he fell. The only thing I can conclude is that Teoh was tortured to death and his body flung out of the window. And the only conclusion the police can come in their preliminary investigation is that Teoh died due to injuries from a high fall. Morons, who do not know that? Even a kindergarten child would do better.
But I do know of one famous wardrobe malfunction. This came from the sister of Michael Jackson, Janet Jackson during one of her high-octane performance. From a person bigger than life itself, and combining with another heart-trob, Justin Timberlake the chemistry flow between them inevitably caused a wardrobe malfunction, to the astonishment and delight of million of MTV gawkers.
But the MACC episode is macabre and disgusting. This is a political murder engineered by no other than the veteran Perak-coup leader, Najib.
Reply
Assalamuilaikum,memang saya sedih dengan apa yang berlaku,bagi saya apa yang itu adalah suatu perbuatan yang tidak berintegriti dalam menjalankan tugas oleh SPRM,bagi saya yang sedang mengalami penderaan mental oleh SPRM sehingga hari ini berasa perbuatan SPRM dah melampau batas malah sekarang baru rakyat tahu akan kezaliman SPRM,itu terkena kepada mereka yang tak tahan sabar dalam tourcher Mental,itu lah kesudahannya,bagi saya yang sedang melalui hanya berdoa dan bersabar dan tingkatkan lagi kekuatan iman,malah ini juga mungkin petunjuk oleh allah kepada umum bahawa SPRM menjalankan tugas dengan cara yang menjijikkan. Kes ini pernah berlaku dalam hidup saya,apabila Pegawai SPRM memberi keterangan palsu dalam mahkamah penafian menggunakkan kekerasan terhadap saya,telah meninggal dunai setelah memberi keterangan palsu.Sekarang baru umum tau,perbuatan jijik SPRM itu.
AMIN
Reply
Salam Kalian,
Tiadak perlu berhujah beribu ribu perkataan.
Mendiang Teoh takakan kembali,air mata sedih yang mengalir,jeritan jeritan batin kita tak akan mengubah apa2, selagi SPRM,PDRM masih di ketuai anjing kurap anjing kurap sekarang!
Walau kita belum pasti apa yang telah berlaku pada pagi itu, tapi kita tentu pasti bahawa memang SPRM telah lakukan suatu kesalahan dengan mengheret adun adun PR dan SU SU meraka dengan pantas dengan alasan membuat siasatan!!!, sampai pagi keesokan!! Mana ada undang2 bagitu??
Bungalo Toyol dan banyak lagi laporan2 aduan2 atas ADUN dan MP BN, kenapa DIAM2??
Di Selangor, pastinya pengharetan ADUN2 PR, khasnya dari DAP pastinya adalah ada dalang di sebaliknya, pastinya itu TOYOL yang punya kerja!
Olih itu kematian Teoh ada juga sedikit sebanyak kerana si TOYOL.Jadi harap si TOYOL dari sekarang bolih tidor lena ya! YOUR CONSCIENCE WILL PRICK YOU TILL YOUR LAST BREATH!!!
Pak Anwar, kita harap Pak Anwar bolih bertindak secepat semungkin,Kita perlu menjatuhkan kerajaan sekarang, kerajaan Najis dan kita perlu merombakkan pasukan SPRM dan PDRM dan hapuskan anjing kurap anjing kurup dengan menangkap membicarakan mereka dalam makammah yang betul dan jikalau mereka memang bersalah, humbankan mereka kedalam penjara atau gantung anjing anjing itu sampai mati!!
Mari lah RAKYAT2 JELATA, MARILAH KITA BARSATU DAN BERI SOKONGAN KUAT DAN PADU PADA DSAI dan PR supaya dapat menumbangkan B NAJIS!!
Hari ini Teoh, ESOK? ANAK KITA? SAUDARA KITA? BAPA KITA?CUCU KITA?
KITA PERLU MEMBERI PELUANG KEMENAGGAN PADA PR SUPAYA NEGARA KITA AKN LEBIH SELAMAT DAN LEBIH BERSIH DAN MAJU!!
Reply
seperti mana anda semua menuduh umno, polis, sprm dsbnya yang menyebabkan kematian teoh, disini saya pula ingin menuduh saudara anwar ibrahim yang menjadi dalang kepada pembunuhan teoh dengan mengarahkan ronnie liew dan kuncu-kuncunya melaksanakan kerja jahat ini. Ada sesiapa berani saman saya? encik anwar sendiri? silakan.
Reply
Wali 9 Reply:
July 20th, 2009 at 10:32 am
suruh najib saman akhbar luar negara pasal altantuya dulu…atau anda sendiri nak tolong saman untuk najib?…silakan
Reply
Bung Karno Reply:
July 21st, 2009 at 1:13 am
macam noora zina ada di situ masa berlaku pembunuhan tu aje!!
ni noora zina pasti salah satu dari orang sprm yang terlibat dalam apa2 yang belaku pada 8 pagi hingga lebih kurang 9.30 pagi hari kejadian tu la noh.
tau sangat noora zina bahawa saudara anwar mengarahkan liew dan kuncu2 nya melaksanakan kerja tu!!
apa punya budak ni!!!
Reply
Salam Sejahtera Dsai.
teruskan perjuangan! menegakkan keadilan!kematian seorang insan yang tak berdosa tidak boleh dimaafkan. parti Beend harus insaf bahawa rakyat berbilang kaum dinegara dah bosan dengan telatah ahli parti uumno yang bertopengKAN kaum dan agama telah menjahanamkan kedaulatan undang undang negara!
kita rakyat malaysia mash bersatu dan kebanyakan rakyat sama sekali menolak rejim poltik yang hanya nak perkayakan kaum kerabat mereka dan justeru itu para pengkhianat kemanusian boleh melakukan apa saja untuk menipu rakyat. rakyat malaysia!jangan sekali jatuh dalam perangkap parti komponen beeend.
kalau betul kita sujud kepada yang ILLAHI maka kita harus ingat bahawa semua manusia adalah ciptaan Tuhan Yang Maha Esa sebelum mereka menganut agama masing masing.
pembunuhan sebegini harus diberhentikan. melayu .cina, india .kadazan, iban, bajau dan lain rakyat malaysia telah bertungkus lumus menjayakan ekonomi negara malaysia.macccc dam beeend cuba kaji siapa yang bayar cukai lebih di negara ini,kemungkinan ahli tertinggi parti beend mungkin tak pernah bayar cukai.semua dia orang INI hanya tahu rampas dan kebas termasuk nyawa manusia.
BUBARKAN MACCCC SPRM!
my vote for pkrrrr! pas please don’t fall into beeend trap.
Reply
awat lah kamu org guna tak akal dan ilmu yg allah berikan….takkan lah sprm nak bunuh saksinya…
Reply
Heh heh heh mikecoh, hang ta daq akai kut? ta pakai otak hang yang di kurniaqkan Illahi!!
amboooii,awat hang ni koghang pandai sangat ha?
Memang lah, sprm kata mendiang Teoh tu saksi depa, takkan depa nak bunuh saksi depa!!
Nak kata mendiang tu musuh depa ka? apa punya otaq, budak ni!
Reply
Tak sapa pun tulis SPRM bunuh saksinya, tapi kecuaian SPRM yang menyebabkan Teoh terbunuh. Selepas ini keluarga Teoh berhak menyaman kerajaan dan SPRM yang menyebabkan kematian Teoh
Reply