17
Jul
09

Jadual Program Anwar di Melaka pada 19 Julai 2009

Masa: 4.00 ptg – 4.30ptg

Tiba di Tol Simpang Ampat – Taman Seri Aman, Masjid Tanah

—————————————————————

Masa : 4.30 ptg – 5.30 ptg

Tempat: Taman Seri Aman (Parlimen Masjid Tanah)

Program : High-tea

Penceramah – YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Zuraidah Kamaruddin,YB Nik Nazmi, YB Amiruddin Shaari,Ustaz Ghani PAS.

—————————————————————

Masa: 6.30 ptg – 7.45 mlm

Tempat: Ayer Molek (Parlimen Bukit Katil)

Program: High-tea dan Solat Maghrib di Ayer Molek/Kandang.

—————————————————————

Masa: 8.15 mlm – 9.20 mlm

Program: Makan malam di Sungai Rambai (Parlimen Jasin)

—————————————————————

Masa: 10.20 mlm – 10.40 mlm

Tempat: Pejabat Cabang Alor Gajah, Rembia (Parlimen Alor Gajah)

Program: Perasmian bangunan pejabat Cabang Alor Gajah.

—————————————————————

Masa: 10.40 mlm – 12.00 mlm

Tempat: Taman Pelangi (Parlimen Alor Gajah)

Program: Ceramah Perdana

Penceramah: YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim,YB Zuraidah Kamaruddin, YB Azmin Ali, YB Tian Chua

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM


43 Responses to “Jadual Program Anwar di Melaka pada 19 Julai 2009”


  1. 1 Ali mayan Jul 17th, 2009 at 1:16 pm

    selamat datang kemelaka datuk seri.

    Reply

    angkasawan nasa Reply:

    Yes .. usul asal perkataan ali baba adalah dari melaka!!

    ALI Rustam Cina BABA Melaka = ALI BABA. ali baba adalah jalan terbaik untuk mamastikan orang melayu terus muhibah. kerjasama perniagaan adalah jalan terbaik untuk dua kaum ini terus berkerjasama dan ini akan menjana wang bukan sahaja kedua kaum ini bahkan memerlihara muhibah agar terus kekal melalui perniagaan ini di amalkan sejak zaman kesultanan melaka lagi. perniagaan antara perdagang cina dan melaka telah disemai berkurun lagi masa itu tidak di sebut ali baba perkataan ali baba adalah siulan UMNO untuk menakut menakutkan orang melayu supaya orang melayu terus berteduh di bawah ketiak UMNO dan menjadikan UMNO sebagai tuhan dunia. berbalik kepada kurun lampau semasa perkataan ali baba tidak ujud paraperdagang tetap menjalankan usahasama dalam perniagaan. UMNO sengaja mencipta perkataan ali baba adalah untuk meneruskan kerkuasaan mereka.

    Sebaiknya perkataan ali baba harus dijenamakan semula atau rebranding ali baba berkomsep baru yang mana ali baba ala 1malaysia. apakah 1malaysia telah menbuat UMNO tidak lagi mahu menolong usahawan melayu???????????????? dimana yang dikatakan oleh UMNO yang menperjuangkan bangsa melayu??

    Reply

    guni setahil Reply:

    Oh!!! UMNO larang orang melayu berniaga secara Ali baba akan tetapi Syarikat UMNO boleh pulak berniaga secara Ali baba contohnya Syarikat milik penuh UMNO UEM world dapat tender bina Jambatan Pulau Pinang lepas tu depa Ali babakan kepada syarikat dari Cina. bukankah ini dipangil ali baba juga!!! bila orang melayu kelas F berniaga ali baba itu tak boleh!! UMNO cakap tak serupa bikin!!!

    Reply

  2. 2 Suara Rakyat.... Jul 17th, 2009 at 1:19 pm

    Semuanya telah diberitahu lebih awal. Amaran demi amaran diberikan tetapi tidak dipedulikan kerana yang memberi amaran ialah Malaysia Today. Malaysia Today dianggap bukan sumber maklumat yang sah. Malaysia Today dianggap penyebar khabar-khabar angin dan cerita-verita karut.

    Apabila BPR (sekarang SPRM) menculik keluarga seorang inspektor polis, Malaysia Today membongkar cerita tersebut. SPRM menculik isteri dan anak seorang Inspektor polis yang menyiasat tentang ketua kumpulan haram diatas arahan pegawai atasan polis yang berpangkat ASP.

    Inspector tersebut hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan dan membuka satu fail dan penyiasatan tentang aktiviti pelacuran, pengedaran dadah dan judi haram. Dan ini menyebabkan tiga ketua sindiket ditahan.

    Apa yang dimahukan oleh SPRM amat mudah. Mereka mahukan Inspektor polis tersebut mengubah laporannya supaya tiga ketua sindiket tersebut boleh dibebaskan.

    Dan ispektor polis tersebut perlu melakukannya sekiranya mahukan isteri dan anaknya dibebaskan.

    Inspektor polis tersebut enggan melakukannya. Sebaliknya dia membuat satu laporan polis. Begitu juga dengan isternya. Tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh pihak polis. Tiada pegawai SPRM yang ditangkap ataupun diheret kemahkamah kerana kesalahan menculik

    SPRM kemudian membocorkan maklumat tersebut kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCD), kerana kesalahan tidak mengisytiharkan harta bernilai 27 juta ringgit. Sepatutnya siasatan SPRM adalah rahsia kerana tertakluk dibawah OSA, tetapi itu tidak menja hal. Lagi pun, OSA hanya digunakan terhadap penyokong pembangkang dan bukan mereka yang berkuasa.

    Walaubagaimanapun, Pengarah CCD tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta. Dia didakwa kerana menyalahgunakan harta milik polis untuk kegunaan sendiri, sesuatu yang dilakukan oleh semua pegawai kerajaan, menteri dan ahli politik setiap hari dan minggu. Tetapi jenayah sebenar yang dilakukan oleh Pengarah CCD ini ialah menahan beberapa ketua kumpulan haram Cina yang mengawal jenayah pelacuran, Ah long, dadah dan judi haram diseluruh Malaysia.

    Mereka menahan peguam yang bertindak bagi pihak Pengarah CCD tersebut. Pegawai SPRM menahan beliau pada malam raya dan menggari beliau selepas memperlakukan seolah-olah peguam tersebut seperti seorang perompak bank. Untuk memastikan peguam tersebut mendapat malu, beliau ditahan dalam operasi ala Hollywod, dimana beliau ditahan dihadapan seluruh staf beliau.

    Malaysia Today menulis semua ini. Malaysia Today bukan sahaja menulis semua ini malah mengulang cerita ini berkali-kali untuk memastikan tiada siapa yang terlepas cerita ini. Tapi tiada tindakan dibuat. Tiada siapa yang menafikan cerita ini. Lebih penting lagi, tiada siapa yang melakukan sesuatu tentang apa yang dibongkar oleh Malaysia Today.

    SPRM telah menjadi alat untuk mereka yang berkuasa untuk sekian lama. Secara rasmi, BN mempunyai 14 parti komponen dimana Umno menjadi peneraju utama. Secara tak rasmi, BN mempunyai 17 parti komponen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah komponen ke15, PDRM adalah komponen ke 16, dan SPRM ke 17. Mereka berkhidmat untuk kepentingan Umno dan Perdana Menteri.

    Bila ditanya, mereka akan menjawab. “Siapa yang tembak? Mana pistolnya? Mana buktinya?” Tak ada siapa yang menembak…tak ada pistol…tak ada yang mati…jadi tiada jenayah yang berlaku!

    Hari ini, ada mayat bergelimpangan. Ianya adalah mayat seorang pemuda Cina, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan yang ditangkap dan disiksa oleh pegawai SPRM. Ya…dia telah disiksa. Dan dia disiksa kerana SPRM mahu dia bercakap.

    Tetapi dia tak boleh bercakap. Dia tak bercakap kerana tiada apa-apa yang hendak dicakapkan. SPRM mahukan beliau memerangkap rakan-rakan dalam pembangkang. SPRM mahumenyabitkan rakan-rakan beliau dalam pembangkang diatas beberapa kesalahan jenayah yang SPRM dakwa dilakukan oleh pembangkang.

    Dia cuba menerangkan bahawa dia bukan degil. Dia cuba menerangkan bahawa tiada jenayah yang telah dilakukan. Dia cuba menerangkan bahawa rakan-rakannya dalam pembangkang tidak melakukan jenayah dan itu semuanya hanyalah khayalan SPRM.

    Jadi, mereka terus menyiksa beliau. Dan dia tidak mampu menahan siksaan. Lagipun, dia bukan lah yang bersifat ‘macho’. Dia merupakan seorang yang berperawakan lembut dan akan berkahwin hari Jumaat ini. Itu sahaja yang dia mahu.

    Mereka mengugut akan membunuhnya sekiranya dia tidak mahu bercakap. Dengan linangan airmata, dia meminta belas kasihan dan memohon belas kasihan supaya jangan mengapa-apakan dia. Pegawai SPRM mengugut akan mencampak beliau kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan.

    Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah.

    Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau.

    SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh kealam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ketingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang.

    Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama. SPRM bertindak seolah-olah mereka Tuhan. Mereka menculik keluarga dan menyiksa mereka yang ditangkap. Mereka mengugut untuk membunuh sisiapa yang mereka tahan sekiranya enggan bercakap.

    Dan sekarang, lelaki muda ini telah mati. Tetapi tiada sesiapa yang akan didakwa. Tiada sesiapa yang akan menerima hukuman kerana lelaki ini mengambil nyawanya sendiri. Mengapa dia mengambil nyawanya sendiri…tiada siapa tahu. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diugut untuk dibunuh. Dia tidak diheret ketingkap. Dan dia secara tidak sengaja telah terjatuh.

    Inilah yang akan diberitahu oleh SPRM kepada kita semua.

    Reply

    Azman Reply:

    MashaAllah….

    Reply

    hangjebat Reply:

    Suara Rakyat,

    Awak ni sape sebenarnya? Apa yang awak cakapkan ini sangat terperinci (very detail). Macam mana awak boleh dapat semua maklumat ini? Ada kenyataan yang berbunyi seolah-olah awak berada di tempat kejadian! Hebat. Hebat…

    Awak pernah tenguk siri CSI di Channel 701 ASTRO tak? Itu siri TV favorite saya. Tak pernah miss.. Saya cadangkan awak gunakan khidmat mereka tu untuk siasat kejadian Mr. Teoh tu. Awak boleh pilih mana-mana tim. Mereka ada 3 tim – Dr. Langston (CSI Las Vegas), Det. Mack (CSI NY) dan Det. Horatio (CSI Miami). Mereka semua dari US. Jangan salah faham. Saya tak cadangkan awak pakai CSI Malaysia sebab saya pasti awak TAK AKAN SETUJU!!

    Reply

    kuda kepang STC Reply:

    hang jebat!!!

    kita bukan macam repoter malaysia bang jebat!!

    kita repoter CNN , cuba u lihat repoter CNN kapal terbang belum langar tower kat NY depa dah dapat bau, siap gambar kapal terbang langar bangunan pun ada kat tangan mereka!!. dan dapat di siarkan secara berulangf ulang kat TV depa.

    Reoter kat malaysia ini lain!! kalau repoter CNN dia siap tunggu kat bangunan masalam dari mula di tahan sampai gambar dia di jatuhkan kononya pun nanpak dan boleh disiarkan depa guna camera cangih bolah zoom samai lima kilometer bang jebat depa duduk kan bangunan hotel concored depa boleh zoom guna teknology ifra samai cermin pun boleh tembus. repoter kita cemra pun beli kat pasar malam kira longok.rasanay suara rakyat ni X repoter luar negara kut.

    Reply

    win win winner Reply:

    Diani Insp gejjet(penyiasat persendirian)dari negara Monggolian dekat dengan gohet goes stund Bay…

    Reply

    sahak klang Reply:

    sebenonyekan umno tak salah tau,sprm lagiiiiiiiiiiii tak salah……..Tolonglaaaa….jgn salahkan diorang sebab umno ngan sprm terlalu suci untuk dipersalahkan.

    tak caye? tanye mendiang A.Kugan,mesti die kate;-”POOOOOOODDAAAAHHHHHH”

    Reply

    kulup amrin Reply:

    Tanya MJ pun sama!! SPRM cawangan LA hadir rumah dia sebelum dia mati!!

    Reply

    mohd amirul nazari b. abdullah Reply:

    ERM..TURUN PADANG memang menjadi keutamaan sb PEMIMPIN Malaysia…

    Biarlah anda turun meninggalkan keberkesanan yang mendalam pada penduduk Melaka.Berikan perhatian dan pandangan serius terhadap kawasan yang anda kunjungi walaupun hanya memberi ceramah biasa.Jaga-jagalah dengan setiap perkataan, perbuatan dan fakta yang anda gulungkan dan anggaplah ia sebagai anda berkunjung ke kawasan Pilihanraya Kecil pada setiap kawasan yang diadakan sekarang…

    Reply

    pauhmase Reply:

    KISAH POLIS YG TIDAK MENGIYHTIHARKAN HRTA MEMANG AKU PERNAH DGR, DAN INI KEDUA KALI, KISAH MENDIANG TEO NI FIRST TIME AKU DGR, KALU BERNARLAH PERKRA NI..MEMANG LAKNATLAH KERAJAAN BN!!!!!WALAUPUN ADE SEGELINTIR DLM KERAJAAN BN JER YG JAHAT TP MEMANG KENA TERPALIT SEMUA SEBAB, AKU PRNAH DGR USTAZ CERTIA PERNAH HNYA SEGELINTIR ORG DLM KAMPUNG TU YG BERSALAH TAPI, SATU KAMPUNG BERDOSA KERANA TIDAK MELARANG ORG YG SEGELINTIR BUAT DOSA..DLM HAL INI, SETIAP CUKAI2 YG TELAH AKU BAYAR KPD KERAJAN BN DN MENJADI SATU SUMBER GAJI KEPADA PEKRJA KERAJAAN BN TIDAK AKAN AKU HALALKAN SAMPAI BILA2.. SUNGGUH KEJAM KERAJAAN NEGARAKU..YA ALLAH

    Reply

    Ijan Reply:

    Ya Allah..Dari mana saudara mendapat maklumat ini?Sangat2 kejam dan tidak berperikemanusiaan!!

    Reply

  3. 3 Pemuda Melaka Jul 17th, 2009 at 1:23 pm

    Harap majlis ni xde meja,sebab pemuda umno MELAKA akan meroyan sebaik melihat MEJA!

    LAWAN TETAP LAWAN!

    Reply

    hangjebat Reply:

    Hah?? Biar betul ni.. Takkan tenguk MEJA dah meroyan. Setahu saya meroyan tu istilah untuk pompuan tak betul lepas beganak..

    Reply

    Zambry Reply:

    kahkahkahakah…..UMNO MEROYAN TENGOK MEJA KAHKAHAKAHAKAHAKAHAKAH KHAK PTUIH

    Reply

  4. 4 wah Jul 17th, 2009 at 2:02 pm

    DSAI,Selamat datang ke Melaka. Harap kedatangan DSAI dan anggota PR akan mengeratkan lagi hubungan penyokong PR dengan Barisan pimpinan PR. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada keluarga Mediang Teoh Beng Hock . Kita mahukan pihak SPRM menjawap 1000 pertanyaan atas kematian Mediang Teoh. Lawan Tetap Lawan !

    Reply

  5. 5 anti mat_mongol Jul 17th, 2009 at 2:06 pm

    salam datuk seri…

    bila lagi nak ke Sabah Datuk Seri?kami di sini rindu dengan ceramah – ceramah Pakatan Rakayat yang jarang-jarang diadakan.

    Reply

  6. 6 Han Tua Yah Jul 17th, 2009 at 2:38 pm

    Tiba masa PR ambil alih Melaka and Rustam jadi Ketua Pembangkang…..

    Reply

    hangjebat Reply:

    Jangan mimpi nk ambil Melaka.. Ali Rustam may NOT be the best Melaka has, but we will decide for him. I mean him alone. Not BN. BN is (and still) the best party for Melaka.

    Reply

    Ijan Reply:

    Mungkin hangjebat yang bermimpi kot..Tunggu je la nanti..Yang benar akan menang juga akhirnya. =D

    Reply

    Ramli Reply:

    Ya betul hang jebat, biarlah kita hidup aman, tanpa kebisingan oleh ceramah politik, kalau Melaka jatuh ke tangan pembangkang, yg anda akan dapat hanyalah ceramah yg tak berkesudahan, hingga tak ada masa nak buat pembangunan utk rakyat.

    Reply

    ulam batar Reply:

    Ulam Meningkah!!

    Yes kami akan pastikan ceramah berterusan di melaka, jika PR ambil alih Melaka supaya Rakyat melaka tahu berjuang tak lembek, jika petugis atau belanda serta inggeris datang semula mereka akan tentang,tak lah sebagai mana masa lampau, negeri yang paling mudah di jajah tampa tentagan, lihat hari ini UMNO menjajah melaka tiada seorang pahlawan melaka yang setanding Hang Jebat cuma yang ada bagaikan sikipas”Hang Tuah”.kita pastikan rakyat melaka di beri pancing bukan Ikan.sebagi mana yang dilakukan oleh UMNO pada hari ini.jika rakyat melaka yang ada pada hari ini didatangi oleh keturunan Vasco Da Gama depa kan serah kan melaka sama macam berkurun yang lampau.

    Pembagunan melaka bukan di buat oleh UMNO!! tetapi Penjajah tampa peningalan sejarah dan bangunan milik poutugis melaka malap, dari bahan dan produk penjajahlah melaka menjadi pusat pelancongan dan hilirannya menjana pendapatan kerajaan negeri dan ujudnya peluang perkerjaan di melaka yang boleh dikatakan asasnya sumber ekonomi melaka terletak pada bandar bersejarah. bila u sebut isu pembagunan u telah tergelincir dari paksi hidup kebendaan kemewahan hanyalah hiasan dunia apa yang kita harus tegakan dalam hidup ini adalah kebenaran dan menolak kemungkaran . apa makna kita maju akan tetapi kita melahirkan rakyat yang pincang. apa makna kita bina gedung gedung mewah akan tetapi ada rakyat menjadi peminta sedekah di kaki lima gedung tersebut dan di jalan gedung tersebut anak anak bangsa merempit dan anak bangsa malaysia menjadi jaga parking sambil mata kuyu akibat hidu gam. biar kita kaya budi jangan kita kaya kebendaan. hutang budi di bawa mati hutang benda hanya di keranda. wassalam

    win win winner Reply:

    sdr hangjebat,

    aa…ini hang toyo jawa ranger cakap,kau duduk diam2 pandang atastu adatak keris tamingsari melekat,,,tak adakan,,bermakna negeri melaka dapat pkr tawan2012,keris ali rustam dah diambilari hang hisyamuddin(senyummu tak segairah)hangjebat dulu kalau kau dpt bunuh hangtuah,takkan melaka direbut pkr dari BN…so renung2…..

    Reply

    hangjebat Reply:

    win win..

    aku dapat pegang keris taming sari sekejap je..lepas tu hang tuah rampas..itu pun pakai tipu..betul aku mati di tangan hang tuah..tapi aku takkan MATI di tangan PKR..dulu aku dicap penderhaka..kali ini aku dicap sebagai pembela..Melaka hanya untuk BN..itu perjuangan ku!

  7. 7 chomelwangi & hubby Jul 17th, 2009 at 3:04 pm

    Hi Suara Rakyat, kita janganlah cerita yang bukan-bukan fasal MACC. Nazri pun dah pesan kepada kita semua. MACC sangat professional apabila menjalankan tugas mereka. Tengok bila ada cerita pasal opposition with immediate effect mereka investigate. Ada yang mengeluh mengapa kisah Toyo mereka diam aja, sebab Toyo BN lainlah kalau Toyo orang PKR kan!!!. Faham ajalah!. That’s why Toyo boleh bersuara kuat dan begitu angkuh sekali. Ya ALLAH, tolonglah kami.

    Reply

  8. 8 manok sabong sebuyo Jul 17th, 2009 at 3:44 pm

    salam DSAI,,

    si ali rustam ni suka berjalan lurus mcm style ketam,sebab itu dia terlepas dari kes rasuah ahli2 umno sewaktu perhimpunan dulu diPWTC,saya percaya kita perlu serang melaka saya banyak mendengar dimelaka org umno/BN hilang populariti dan nak lari sokong PR skrang,sebab Ali Rustam ni muka dah tebal terhegeh2,cakap kerja banyak,yg byk tu selok poket,bawa guni kuncu2nya kebanyakan gemok2 kuat makan ampu,sebabtu dia nak di vote of comfiddance,slalulah dtg buat ceramah kat melaka ni,org melaka sememangnya menunggu perubahan tsunami politik DIMELAKANI….lawan kop lawan!!!

    Reply

    hangjebat Reply:

    manok (ayam?),

    Mana pulak kau dengar cite orang BN/UMNO nk masuk PR nih?? aku dah kata Mr Ali Rustam tu memang tak bagus, tapi bukan semua org BN/UMNO yang tak bagus. Mr Ali boleh belah bila2 masa. Ramai lagi yg boleh ganti dia. Tapi BN/UMNO tetap yang terbaik untuk Melaka.

    Reply

  9. 9 Arief fadli Jul 17th, 2009 at 3:45 pm

    Ayuh! Dato Sri kita jana kemenangan rakyat MELAKA! REFORMASI!

    Reply

    angkasawan nasa Reply:

    orang melaka ni susah sikit, mereka bangsa yang mudah terjajah dari potugis,belanda.inggeris,jepun, dan yang terkini UMNO ,jika kita melihat dari sejarah Negeri melaka sebuah negeri yang paling banyak di jajah di negara ini. dimelaka cuma ada satu sahaja pahlawan itu pun lurus bendul taat yang terlampau sehingga rakan di bunuhnya (Hang Malang). Hang berjabat salam dengan Hang malang terus di tikam oleh Hang Malang. pahlawan melaka suka mengampu sehingga kehari ini.sehungga hari ini melaka tiada pilihan selain asam pedas.

    Dilihat pula dari sejarah Negeri lain semuanya pejuang.perak sipitung,pahang mat kilau,tok bahaman,selangor yap ah loy ekonomi,

    Reply

    hangjebat Reply:

    angkasawan or angka sawan,

    Kalau study sejarah, semua negeri dan bangsa yang dijajah di dunia ni adalah negeri dan bangsa yg hebat-hebat. Sebab tu ramai yg minat nk jajah atau nk tawan supaya dapat faedah dari kehebatannya itu. Melaka kena jajah dulu sebab ketaksuban dan ketaatan melampau kepada sultan (pemimpin) yang bodoh dan dangkal akal fikiran. Kaki bodek bg maklumat salah kpd pemimpin yg perasan dia hebat. Akibatnya Melaka jatuh. Hari ini sejarah tu seakan mahu berulang kembali. Tapi kami rakyat Melaka hari ini tidak akan bertindak bodoh mcm rakyat Melaka dulu-dulu. Kami tahu apa nk buat. Kami tahu siapa yg kami nk buang. Kami tahu siapa yg kami nk tendang.

    Reply

    angkasawan nasa Reply:

    Aku tak pernah jumpa orang macam you, nak negara atau negeri di jajah! orang yang rela di jajah adalah orang yang bacul. siapa kata ramai orang nak dijajah lihat Thailand sebuah negara yang tidak mahu dijajah dan tidak pernah di jajah, kalau boleh kita tidak mahu di jajah. tapi kalau dah rakyat melaka susah nak kata umpama kalau keruh di hulu keruh jugalah di bandar hilir. orang melaka ni aku kenal sangat. buah sahaja UMNO mereka sudah jajah melaka lebih lama dari poutugis dan belanda.

  10. 10 burhanudin al helmi Jul 17th, 2009 at 3:46 pm

    “Diatas runtuhan kota melaka,
    “Kita bina jiwa Merdeka!!!”

    Reply

    kung fu panda Reply:

    Kalau runtuh kota melaka , alamat melaka bukanlah bandar bersejarah lagi!!

    kalau bina jiwa merdeka!!!!!!!!!!! alamat UMNO pula yang runtuh!!!!!!!!!!!

    Reply

  11. 11 1melaka Jul 17th, 2009 at 3:49 pm

    Dato seri terima kasih kerana sudi mengunjungi kami diAyer Molek.InshaAllah,semoga kunjungan Dato Seri beroleh berkat untuk kami terus berjuang menentang UMNO-BN.

    LAWAN TETAP LAWAN!

    Reply

  12. 12 nak tahu Jul 17th, 2009 at 4:06 pm

    suara rakyat,

    Anda bagi cukup detail perjalanan seksaan sprm. Saya rasa anda patut buat laporan polis berserta satu sidang akhbar. Kalau betul lah apa yang dikata anda itu. janganlah hanya teori sahaja bahaya tu. silap2 anda pula yang kena.

    Reply

  13. 13 SANI Jul 17th, 2009 at 4:09 pm

    “Ali Rustam perasuahh besar!” said Tun Dr.Mahathir

    “HANCUR UMNO”Said by RAKYAT

    Reply

  14. 14 Grocer Jul 17th, 2009 at 4:11 pm

    people power

    Reply

  15. 15 amktanggabatu Jul 17th, 2009 at 6:05 pm

    salam dtk seri,disini ingin memberi cadangan supaya membuat lawatan ke rumah mendiang teo di alor gajah,melaka.disini akan memberi persepsi yg baik kepada rakyat melaka/alor gajah bahawa datuk seri dan pkr umum sgt prihatin dan bersimpati terhadap keluarga mendiang.Tidak kira kaum,keadilan mesti dituntut!!!

    Reply

    ulam batar Reply:

    Rakyat melaka nak berubah?? ‘ depa tetap berpegang ‘ “takkan melayu hilang di dunia” memang melayu takkan hilang satu gua nak tanya orang melaka ? adakah UMNO takan hilang di dunia????? hukum alam ini tiada yang kekal di muka bumi ini. badi hang malang terus kekal di jiwa orang melaka mereka terus menerus menjunjung batu jemala walau pun melaka sudah tiada sultan!!, badi hang malang nanpaknya terus kekal pada orang melaka, awas!! mereka sangup tikam sahabat dengan keris UMNO demi UMNO , mahukan kita senasib Hang Jebat??

    Reply

  16. 16 Zzjebat Jul 17th, 2009 at 11:49 pm

    Salam DSAI dan semua…..

    Selamat Datang Ke MELAKA yang penuh SEJARAH baik dan SEJARAH BURUKKKK….

    Macam nak ada PRKecil aje……manale YB yang akan pulang tu…………

    Melaka perlu di GEGAUkan…Kalau tak macam tu aje……tak ade ape………

    Jangan asyik buat muzium tu…muzium nie……………………………..

    Jangan asyik membelek sejarah.aje Pandang ke depan bukan pandang kebelakang.

    Jangan asyik besaukan tembolok saja………………….

    Ayuh mari saudaraku di Melaka….pertahankan Hak kita….pertahankan

    maruah kita……pertahankan akhlak kita….pilihlah pemimpin yang BERSIH,

    GENIUS, BERWAWASAN, BERTERAMPILAN, BERIMAN dan BERTAQWA….Fokuskan kepada

    KEGEMILANGAN DAN KEHEBATAN MELAKA…..insyaalah….amin

    Reply

  17. 17 Menzi Jul 17th, 2009 at 11:56 pm

    Pemuda UMNO BahagianBukit Katil ayuh tunjukkan kejantanan kamu jangan berani kat pasar malam jer. Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Bukit Katil janganlah cuba memperbodohkan kami ajk kamu ini dengan semangat juang melayu bodoh tuuu . Sedangkan kehidupan kamu di taja oleh peniaga cina.

    Reply

  18. 18 rahman_air_molek Jul 19th, 2009 at 4:28 pm

    Kami rakyat negeri melaka mengalu-alukan kedatangan DSAI ke air molek..Hidup DSAI!!

    Reply

Leave a Reply




fish_curry: RT @tengkusani: Ini pun PKR nak tipu rakyat? Misleading fact! Fitnah PKR RT @tianchua: 2 Sept04 @anwaribrahim bebas setelah 7thn dipe ... http://tmi.me/YwvQ
16 minutes ago
fery_wk: Subhanalloh Pak @anwaribrahim tahu Asgar (asli Garut), salam takzim Dato :-) RT @anwaribrahim: Asgar:kenang asli garo ... http://tmi.me/Yz1L
20 minutes ago
isnaeni13: Garut, bukan Garot pakcik. RT @anwaribrahim: Asgar:kenang asli garot @GorisMustaqim: Insya.. nanti dicipratin pas... http://mtw.tl/lx2uur
23 minutes ago
imanusman: @anwaribrahim @GorisMustaqim dan saya ikutan di mention pula oleh pak Anwar. Terima kasih. Kang Goris hebat pisan euy!
27 minutes ago
philyong: @anwaribrahim tidur awal YB! the rakyat needs you!
27 minutes ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

July 2009
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031