Archive for July 17th, 2009

17 July 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

17 JULAI 2009

Tubuhkan Suruhanjaya DiRaja Siasat Kematian Mendiang Teoh Beng Hock

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor. Mewakili seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, pihak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang. Sebelum ini telah terdapat banyak kematian yang berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan. Kematian mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat.

Sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin Barisan Nasional tidak diendahkan. Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh Barisan Nasional dan UMNO untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Rakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan Perdana Menteri yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan UMNO, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Badan seperti SPRM seharusnya bertindak profesional dan menyelamatkan integriti mereka dengan mengambil tindakan ke atas laporan terhadap para pimpinan Barisan Nasional yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah. SPRM juga seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal siasat mereka. Dalam kes Mendiang Teoh, SPRM perlu mengenalpasti pegawai terlibat seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan. Kami percaya bahawa rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang dtubuhkan oleh kerajaan. Pakatan Rakyat akan terus menerus menentang kezaliman dan salahguna kuasa institusi ini dengan mengadakan kempen di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mendesak dan bertegas agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock dan meneliti teknik dan kaedah siasatan SPRM selama ini.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum KeADILan

DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

YB LIM KIT SIANG
Ketua Ahli Parlimen DAP

17 July 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari : Malaysiakini

Dua minggu sebelum demonstrasi besar dirancang bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mantan perdana menteri berkata kerajaan wajar “berani memansuhkannya.”

Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan, lapor Bernama.

(more…)

17 July 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan menganjurkan satu Forum Umum bertajuk “The Truth Behind the Scandals: Perak, PKFZ and the BN Conspiracy”.

KeADILan berpendirian bahawa rakyat berhak untuk mengetahui kebenaran mengenai isu-isu yang mempunyai kesan yang besar terhadap negara.

Forum ini akan mengupas fakta-fakta yang diselindungi oleh kerajaan UMNO-Barisan Nasional, dan tidak dibenarkan penyiarannya dalam media arus perdana.

Bekas Naib Presiden MCA, Dato’ Dr. Chua Jui Meng juga dijadualkan akan membuat satu pengumuman khas pada hari tersebut.

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 18 Julai 2009 (Sabtu)
Masa : 2:30 hingga 5:00 petang
Tempat : Lagoon 2 Ballroom, Sunway Resort Hotel & Spa

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

17 July 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Kenyataan Media

Ketua Wanita KEADILAN

17 Julai 2009

Tragedi Kematian Teoh Beng Hock boleh dianggap sebagai suatu pengkhianatan oleh Kerajaan Malaysia, menerusi SPRM, terhadap amanah memelihara keselamatan setiap rakyat

Wanita KEADILAN amat sedih dengan berita kematian seorang anak muda, Teoh Beng Hock (30), aktivis, idealis dalam arena politik Pakatan Rakyat. Penglibatan aktif beliau telah memberi harapan kepada keluarga, rakan-rakan seperjuangan, khususnya dalam DAP, bahawa beliau memiliki masa depan yang cerah dalam karier politik beliau. Kematian beliau dalam suasana yang menimbulkan seribu satu tanda tanya, amatlah menyayat hati seorang ibu, yang telah kehilangan seorang anak kesayangannya, tempat membahu berbagai harapan, tetapi kini musnah secara mengejut. Hasrat untuk melihat anaknya mendirikan rumahtangga dengan kekasihnya hari ini juga hancur berkecai. Bahkan mana-mana ibu yang akan menganggap Teoh seolah-olah anaknya juga, akan merasai yang serupa.

(more…)

17 July 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Masa: 4.00 ptg – 4.30ptg

Tiba di Tol Simpang Ampat – Taman Seri Aman, Masjid Tanah

—————————————————————

Masa : 4.30 ptg – 5.30 ptg

Tempat: Taman Seri Aman (Parlimen Masjid Tanah)

Program : High-tea

Penceramah – YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Zuraidah Kamaruddin,YB Nik Nazmi, YB Amiruddin Shaari,Ustaz Ghani PAS.

—————————————————————

Masa: 6.30 ptg – 7.45 mlm

Tempat: Ayer Molek (Parlimen Bukit Katil)

Program: High-tea dan Solat Maghrib di Ayer Molek/Kandang.

—————————————————————

Masa: 8.15 mlm – 9.20 mlm

Program: Makan malam di Sungai Rambai (Parlimen Jasin)

—————————————————————

Masa: 10.20 mlm – 10.40 mlm

Tempat: Pejabat Cabang Alor Gajah, Rembia (Parlimen Alor Gajah)

Program: Perasmian bangunan pejabat Cabang Alor Gajah.

—————————————————————

Masa: 10.40 mlm – 12.00 mlm

Tempat: Taman Pelangi (Parlimen Alor Gajah)

Program: Ceramah Perdana

Penceramah: YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim,YB Zuraidah Kamaruddin, YB Azmin Ali, YB Tian Chua

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM