16
Jul
09

Jangan lupa DSAI sekarang dalam bahaya!!!!

Dari  malcolm coren

Buat semua pejuang rakyat, insan yang mempereratkan kembali hubungan parti pembangkang dan menubuhkan Pakatan Rakyat dan hampir – hampir menumbangkan BN sekarang dalam keadaan bahaya.

Perbicaraan beliau sekarang sedang berlangsung. Jangan dilupa kezaliman yang bakal dihadapi beliau.

Jika DSAI ditakdirkan bersalah dan masuk penjara AWAS..Pakatan Rakyat akan berpecah!!

Ini tidak mustahil, segala gerak kerja untuk menjahanamkan PR tidak berjaya selagi mana DSAI bebas di luar sana. Dari isu kerajaan perpaduan, DAP KEDAH, dan sebagainya beliau mampu menyelesaikannya dengan dokongan penuh oleh mereka yang sealiran dengannya.

Ya, mungkin tulisan ini dilihat seolah – olah saya fanatik dengan DSAI. Tapi, DSAI telah ditakdirkan olehNya untuk mengoncang politik selesa jahat Zionis BN. PAS tidak pernah dalam sejarah mendapat kerusi DUN yang cukup banyak, DAP boleh memerintah P.Pinang, dan KeADILan memerintah Selangor. Ya, semua ini atas kesilapan Pak Lah, tapi insan ini yang menggunakan sebaik peluang ini dan para blogger telah mengambil inisiatif untuk menyebarkannya di dalam dunia internet.

DSAI,

Bagi mereka yang tidak menyukai DSAI khasnya di dalam gabungan Pakatan Rakyat, biarkan!!

Rakyat Malaysia akan senantiasa mendoakan DSAI.

Keperitan hidup DSAI tidak siapa yang mampu menghadapinya. Liwat adalah satu fitnah yang paling bangsat.

Izinkan saya memberi kata – kata yang mungkin dapat menyedarkan beberapa pihak yang cukup cemburu dengan DSAI yang berada dalam PR.

Walk my shoes, just to see
What it’s like, to be me
All be you, let’s trade shoes
Just to see what I’d be like to
Feel your pain, you feel mine
Go inside each other’s mind
Just to see what we find
Cause where you see it from where you’re sitting
Is probably 110% different
I guess we would have to walk a mile
In each other’s shoes, at least

DSAI, jangan bimbang masih ramai anak muda yang akan sentiasa menyokongn DSAI. Bagi mereka DSAI adalah pemimpin yang mewakili suara anak muda walaupun DSAI telah berumur 60 tahun.

Suara Rakyat Suara Keramat!!!


92 Responses to “Jangan lupa DSAI sekarang dalam bahaya!!!!”


  1. 1 sumayyah Jul 16th, 2009 at 12:50 pm

    ramai suara di luar sana dah jemu DSAI.katanya kalau DSAI benar dah lama kes ni selesai.Tak perlu tangguh dan delay acap kali.buang masa polis , buang duit lagi.semangat pun dah semakin luntur.hanya rakyat yang tak tahu cerita sebenar yang msih sokong!

    Reply

    ahmadalbab Reply:

    Kebenaran itu perlu ditegakkan.
    Fitnah dari kerajaan akan berterusan mahupun mereka tahu akan kerugian yang akan dialami.

    Reply

    halim Reply:

    salam..

    saya hanya nak mintak pendapat?

    Jika benar apa yg didakwa oleh Saiful itu betul DSAI meliwatnya?
    yang hanya tahu ALLAH S.W.T , DSAI dan saiful sahaja?

    1.siapa yang berani jamin 100% anwar tidak buat perkara liwat ini?
    2.siapa yg berani jamin DSNajib terlibat kes altantunya?

    …saya sendiri pun tak berani nak teka dan berdebat hal ini?

    tapi siapa yang berani silakan

    Reply

    Keadilan Reply:

    Wahai Halim,

    Benar bicara mu mmg hanya yang bersalah sahaja akan tahu kesilapan mereka. Siapa makan cili terasalah pedasnya. Namun keadilan dari maha pencipta telah tersurat dalam kitab suci tetapi kenapa mereka yang mempunyai kuasa tidak menjadikan panduan. Perlembagaan kata 121 (1A) jelas, hal berkaitan agama hanya mahkamah syariah yang mengendalikan, tetapi tidak pada hal ini? ramai yang berani jamin DSAI tidak terlibat tetapi semua nya ditutup mulutnya dengan ugutan, rasuah, janjian dan sebagainya.

    Ramai juga yang berani jamin DSN terlibat dalam kesnya diluar sana tetapi tidak ada ruang untuk meluahkan. Adakah saudara ada jalan atau jaminan untuk kami-kami ini bersuara dalam hak di medan media dengan bebas?

    Tepuk dada tanya selera,
    Membuat hati rasa bahagia,
    Tepuk hati sekilas kata,
    Dengarlah suara hati anda,

    haisara Reply:

    Salam
    Bukan soal berani jamin. Soalnya kenapa terlalu banyak khilaf nya.
    Contoh : Jumpa Najib soal biasiswa dan ditukar kenyataan kemudian. Kenapa jumpa Najib? Kenapa tak terus buat lapuran polis sejurus selepas kejadian seperti didakwa atau jumpa imam ke? Kenapa perlu jumpa Najib? Bagaimana lapuran Pusrawi? Kenapa tergopoh gapah nak lulus akta dna konon nya untuk mempertingkatkan keupayaan siasatan selepas anwar tak beri sampel untuk tujuan dna profiling. Bukan kah kes arwah norita dan arwah shikin lebih memerlukan dna profiling dari kes anwar? Bahkan profile dna anwar sudah ada sejak kes nya yang dulu. Kenapa tuduhan disebut suka sama suka tetapi si sapol kata dia dipaksa? Atas dasar apa tuduhan dibuat? atas dasar lapuran sapol atau siapa?

    Dalam soal mendiang altantuya _ Kenapa Bala hilang selepas buat ‘retraction’ SD nya yang pertama. Kecoh polis nak check dengan interpol atas kehilangannya tetapi akhirnya polis buat statement Bala keluar M’sia ikut saluran sah? Kenapa polis lindungi Bala? Bala sepatutnya dihadapkan ke mahkamah atas SD nya yang pertama dan perlu diambil tindakan kerana menjejaskan imej Najib selaku TPM dulu dan bukan dilindungi polis. Saya rasa adalah bacul kita tidak mengambil tindakan terhadap sesiapa yang membuat akuan bersumpah mengaibkan dan membuat tuduhan keatas najib melainkan jika umeno nak hilangkan fakta. Mendiang Altantuya datang dengan rekod imigration yang dihilangkan, buat kecoh dengan razak kemudian dengan arahan safri (adc Najib) dua anggota polis didapati bersalah menembak dan meletupkan mendiang altantuya yang diambil oleh mereka didepan rumah razak! Razak biasalah dgn lagak oxford nya dibebaskan dan tiada pula appeal oleh pendakwa!
    Bala satu-satunya individu yang mengaitkan Najib dlm kes dlm SD nya yang pertama sekarang dlm lindungan polis? Rakyat disogok untuk mempercayai altantuya dtg ke M’sia untuk berjumpa Razak kemudian atas arahan dan bantuan safri dua anggota polis yang tiada kena mengena dalam hal ini membawa Altantuya, menembak dan meletupkan nya????? Kes selesai!

    Kesimpulannya bukan soal berani jamin, soalnya adakah seorang rakyat yang berfikiran waras boleh menerima fakta diatas. Jika fakta diatas tidak dijawab dengan tuntas saya rasa rakyat yang ada maruah diri akan terus mempersoalkan fakta tersebut.

    Dokumen pendawaan dah diterima pihak peguam anwar, kita lihat perkembangan selanjutnya. Saya yakin kes ini hanyalah untuk ‘membunuh’ karekter Anwar dan menjejaskan kemaraan pakatan rakyat. Kepada Allah kita berserah.

    Nazir Tok Badir Reply:

    saudara halim …
    isu yang sebenarnya ialah berkenaan “kebenaran” bukannya “jaminan”. fakta-fakta yang ada didepan mata menyokong kebarangkalian bahawa DSAI tidak terlibat dgn liwat. sebaliknya, fakta-fakta yang diadakan utk menyokong najib menimbulkan seribu pertanyaan. sebagai contoh, mengapa nama altantuya dipadamkan dari rekod entry ke Msia ?

    mahkamah juga menghukum berdasarkan kepada kebarangkalian tanpa keraguan yg minasabah. malangnya, mahkamah kita juga turut dicemari oleh sang penguasa. apa jaminan saudara dalam hal ini?

    Hamas Reply:

    hello sumayyah

    u re the different camp. tulisan u penuh kebusukkan dan dangkal. kesihan, u tidak mendapat maklumat yang tepat! u terlalu lemah menilai fakta!!

    Reply

    ck@superboy Reply:

    Salam Keadilan YAB DSAI dan YAB DSWA,

    Saya setuju 100% kerana “buang masa polis , buang duit lagi.semangat pun dah semakin luntur” kerana BAGI SAYA YAB DSAI TIDAK BERSALAH.

    Reply

    zulfakar Reply:

    Sumayyah, namamu seolah-olah sebaris dengan para syuhadah tetapi sikap dan pendirianmu sebusuk musyrikin Mekah.

    Reply

    afeefie01 Reply:

    Sumayyah, Allah kurniakan mata utk melihat – lihatlah benda yang nyata (sudah terang lagi bersuluh)
    Allah bagi telinga – dengarlah dan nilaikan dengan otak yang diberi;
    Allah bagi fikiran – fikirlah dengan hati terbuka
    Sesunngguh manusia dikurniakan selengkapnya tp sayang ada lagi yang masih tak tahu menilai…

    Semoga Allah membuka hati dan minda anda.. atau anda termasuk dlm golongan mereka juga.

    Reply

    Paklah Muar Reply:

    Sumayyah, kau memang penyokong yg membuta tuli kepada U BEnd. Kau x nampak ke, apa yang terjadi di Perak, pengkhinat PR tu yg dibela oleh U BEnd. Kau tak nampak ke, yg diberitahu bahawa oleh BEnd, jawatan speaker dilantiik secara rampasan tidak bermoral. Itu belum lg creta di negeri selatan tanahair (jiran Johor), yg KM didapti rasuah berkempen pemilihan parti, kau tak nampak lg ke Ketua pemuda yg sah dikatakan oleh mantan PM, didapati rasuah berkempen, kau tak nampak lg, di trengganu, yg berebut2 jawatan, kau tak nmpak lg, diutara tanahair, berpecah belah kerana gilakan jwatan…, kita masih tak tahu, apa cerita di manik urai, ada perkara yg mgkin terjadi, adakah kau tau, atau kau pejamkan mata, buat tak tau. Adakah kita nak biarkan saja…! Kita perlukan seorang pemimpin utk menceritakan pkara ni, kita perlukan sorang yg boleh menengah isu pemimpin bermasalah kpd umum.Sumayyah, jgn kita sokong bawa rebah, kita kna sokong bawa perubahan.., melayu berpecah yg diwar-warkan hanya mitos saja. Sumayyah, hari ini kita tgok kedepan, bukan pandang belakang…..! renungkanlah

    Reply

    adil08 Reply:

    perlu diingatkan sekali lagi..rejim umnobn bukan hanya menzalimi DSAI..tetapi juga menzalimi rakyat Malaysia amnya..hanya mereka yg kejam dan angkuh saja kekal bersama umno be end…

    Reply

    Red Reply:

    LAYAKKE NAMA MU SUMAYYAH LEBIH BAIK TUKAR SUPERBOY KE SUPERBENGAP.OTAK BEKU DANGKAL ILMIAH.LEBIH BAIK KAMU BERDIAM DIRI DARI BERKATA SESUATU YG KAMU SENDIRI TIDAK AHLI.BAHLOL.

    Reply

    win win winner Reply:

    sdr,

    Rakyat bukannya sokong dsai atau saiful,yg dlm kepala pendengar/rakyat adalah kejahilan tuntas tititimbang JPJ(hakim)yg singgit sebelahtu,gok!ini yg menjadi kemarahan rakyat/kita dipersoalkan..
    (buat2lah tak faham)senang….so renung2.

    Reply

    Cleopatra Reply:

    Salam para budiman, terutama sumayyah

    Ini cleopatra lah!
    Sumayyah nama seorang pejuang muslim yang sayangkan ISLAM.
    Cleopatra pula dibuang dari mesir kerana memperjuangkan ISLAM mesir (akhirnya dapat kembali ke mesir).
    Kedua2 nya mempunyai ciri ciri perjuangan yang sama, yakni untuk ISLAM.

    Tapi perletakan nama anda dengan ciri ciri penulisan anda (yakni apa yang anda fikir tu) amat jauh berbeda.

    Use your brain to think and speak! But not use your emotion!
    Fitnah lebih dahsyat dari membunuh! Fikirlah sikit!!!!

    Reply

  2. 2 Pejuang Jul 16th, 2009 at 12:53 pm

    Sahabat semua, teruskan perjuangan! Pastikan jiwa kita sentiasa murni dan bebas! Pertahankan maruah dan harga kita sebagai insan!

    Reply

    hasanhusaini Reply:

    salam sahabt2 yang dikasihi..sy sokong spenuhnya utk menentang kezaliman, tak kira siapa sahj yg dizalimi wajib dibela..jgnkan DSAI, klu LKS dizalimi pun sy akan bela..nmun, jgnlh DSAI shj yg kita nampak tertindas dan dizalimi…masih ramai muslim diluar sana yang ditindas..
    klu DSAI ditindas oleh zionis umno, maka adik beradik kita di palestin ditindas oleh REAL ZIONIST…kita mementng kezaliman bukan atas dasar perjuangan individu, bahkn utk keadila yang unversal..jgn-jgn bila DSAIbebas, maka tidak ada lg suara menentang kezaliman..seoalh-olah zalim itu terhenti bila DSAI diadili dan terlepas…wallahua’lam…

    Reply

    haisara Reply:

    Whats your problem? Oh never mind I am wasting my time

    Reply

    sitora Reply:

    tolong la bela golongan muda rakyat kelantan yg dahagakan pembangunan
    dan pekerjaan..please….

    Reply

  3. 3 aim Jul 16th, 2009 at 1:09 pm

    adakan solat hajat seluruh negara dan puasa sunat mohon ALLAH lindungi dari fitnah dan mohon ALLAH beri balasan setimpal kpd yg memfitnah DSAI

    Reply

    umnojohor Reply:

    Begitu juga sebaliknya

    Reply

    haisara Reply:

    Bahkan bahkan saya setuju. Begitu juga saya doakan agar kerakusan umno yang tidak bertepi sampai ke penghujungnya.

    Reply

  4. 4 reformasi Jul 16th, 2009 at 2:15 pm

    Jahaman UMNO durjana !seluruh rakyat malaysia bersama DSAI untuk tegak keadilan. Mari ayuh rakyat semua kita kubur serta talkinkan syaitan UMNO yang zalim sertamerta! Bab kata TGNA ; UMNO merupakan sinambungan saki-baki ajaran sesat Ayah Pin dan komunis ! Takbir x3 !

    Reply

  5. 5 zam CHENAAM Jul 16th, 2009 at 2:22 pm

    SESUGGUHNYA ALLAH MENYEBELAHI ORG YG KEBENARAN,
    REFORMASIIIIIIIIIIIII,,,,,,,,,,,,,,MARILAH KITA RAMAI RAMAI BERDOA AGAR KEPUTUSAN DI SEBELAH PIHAK KEBENARAN…….

    Reply

    Adam Reply:

    Ya Allah, berikan lah aku tempoh. aku bersumpah akan menyesatkan seluruh keturunan Adam. Maka yang maha Esa membenarkan permohonan beliau. Amin

    Reply

  6. 6 Salak Jul 16th, 2009 at 2:34 pm

    Memang tidak menyenangkan. Agar barisan pembela bertambah-tambah gigih bersedia dengan setiap ancaman dalam perkembangan pendakwaan yang ketara bias. Yang merumitkan lagi adalah sikap kehakiman yang tidak menyenangkan dari segi keadilan.

    Reply

  7. 7 azmil Jul 16th, 2009 at 2:38 pm

    BN nie lagi lama, lagi boring jemu…
    saya nak tengok perubahan…itu jer..

    anak muda.

    Reply

  8. 8 arash Jul 16th, 2009 at 2:43 pm

    Ya, marilah kita berdoa kerana sesiapa yang melakukan ‘fitnah’ ianya lebih kejam dari membunuh. Mereka akan dihumbankan kedalam api neraka. Anak dan harta serta kuasa yang mereka miliki tidak akan dapat menebus dosa-dosa mereka selagi mereka tidak betaubat nasuha.Insyaallah, marilah kita laksanakan solat ‘hajat’ keatas mereka ini. Sejak kes perbicaraan yang lalu, telah ramai yang menerima balasan dan tak sempat memohon maaf atas keterlanjuran perbuatan jahat yang mereka lakukan. Bala dan maut akan sentiasa menghantui mereka. Kita tunggu dan lihat!!! Apakah kejayaan yang mereka rancang itu berbaloi?

    Reply

  9. 9 anak muda Jul 16th, 2009 at 2:45 pm

    Salam.. teruskan perjuangan.. kami anak muda sentiasa mengikuti langkahmu.. AYUH.. membujur lalu melintang patah..

    Reply

  10. 10 denaihati Jul 16th, 2009 at 3:01 pm

    kemana semua PERJUANG reformasi yang sanggup turun dijalanan…atau adakah perjuang reformasi sudah serik ditinggal terkapai-kapai ketika pemimpin bersenang lenang setelah mendapat kuasa….INSYALLAH ALLAH BERADA BERSAMA MEREKA YANG BENAR….

    Reply

  11. 11 chinese malaysian Jul 16th, 2009 at 3:11 pm

    Asalamualaikum,

    Insyaallah masyarakat Cina bersama sama dengan sahabat karib Melayu dan India dll
    akan kekal menyokong DSAI melalui Pakatan Rakyat demi
    kesejahteraan negara yang tercinta.

    Ameen

    Reply

  12. 12 KK Jul 16th, 2009 at 3:28 pm

    LAWAN TETAP LAWAN!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Reply

  13. 13 Putree Jul 16th, 2009 at 3:31 pm

    Pintu neraka semestinya terbuka luas dan menunggu pemfitnah-pemfitnah tersebut. Mereka ini golongan munafik! Semoga Allah menjahanamkan mereka semua. Hidup DSAI! Moga Allah bersama DSAI.

    Reply

  14. 14 Salam Dubai Jul 16th, 2009 at 4:13 pm

    KERAJAAN-KERAJAAN NEGERI PAKATAN RAKYAT DI SELANGOR, KEDAH, KELANTAN & P.PINANG PERLU BUAT PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA DI STADIUM NEGERI MASING2 DIMULAI DGN KJAAN SELANGOR DI STADIUM SHAH ALAM BAGI MENDOAKAN KESEJAHTERAAN DSAI DAN SOLIDARITI PERJUANGAN DSAI UTK RAKYAT. SEMUA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT WAJIB HADIR BG SETIAP PROGRAM. PELANCARAN “KEJAM” PIMPINAN SDR SHAMSUL ISKANDAR JUGA BOLEH DIADAKAN.

    GERAKAN BESAR-BESAR MENYEDARKAN KEMBALI RAKYAT TENTANG KONSPIRASI JAHAT AMENO DAN BEEND PERLU SEGERA DIADAKAN.

    HIDUP DSAI! HIDUP RAKYAT!

    SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT!

    Reply

  15. 15 Jay Jul 16th, 2009 at 4:14 pm

    aku tengok malcom ni macam provoke je.lain macam je dia tulis ni…ada something ke????

    Reply

  16. 16 Dr.Sharma Jul 16th, 2009 at 4:17 pm

    DO NOT TEST OUR PATIENCE . I WILL DEFEND DSAI AS I DEFEND MY COUNTRY. PLEASE BE REMINDED THERE ARE NO CULPRITS CAPABLE OF DESTROYING DSAI OR PAKATAN RAKYAT BECAUSE WE THE PEOPLE HAD MADE OUR STRATEGIES LONG BEFORE ANYONE COULD HAVE IMAGINE.

    Reply

  17. 17 Dr.Sharma Jul 16th, 2009 at 4:18 pm

    PAS NEED TO SHOW THEIR HONESTY AND INTERGRITY NOW.

    Reply

  18. 18 badguy Jul 16th, 2009 at 4:31 pm

    kita tengok sapa yang kena…. jangan tengok sebelah mata. jangan terlalu taksub nanti terserlah kebodohan diri

    Reply

  19. 19 hamba allah Jul 16th, 2009 at 4:51 pm

    takbir…. allahuakhbar x100

    kami bersama dgn dsai …. lawan tetap lawan

    takbir…..

    Reply

  20. 20 zaer Jul 16th, 2009 at 5:21 pm

    buat sumayyah..jagn buat malu nama sumayyah la….Sumayyah aadalah seoraang syuhada’ dan pejuang islam..macm DSAI..anda bukan pejunag tetapi pengkritik yang blum pernak dikritik….tetapi hari ini suara anak muda akan mengoncangkan anda ..kerana anda bukan pejuang ,,,tetapi pengkritik yang akan dikritik oleh semua pejuang muda…ingatlah anak muda akan bangkit untuk menawan bumi palestin kembali…anak muda jugalah yang akan meneraju Putrajaya ,jka DSAI di dalam penjara ….anak muda akan menggegarkan gawang UMNO n barisan nasional…anak muda lah yang akan merampas kembali hak rakyat Perak dari Rejim BN…..awas anda yang menggunakan nama Sumayyah….anda bakal dikritik hebat kelak…

    Reply

    Red Reply:

    KITA BUKAN KRITIK LAGI AKU SUMPAH JADI BATU

    Reply

    haisara Reply:

    Syabas anak muda. Orang muda harus ideal, harus berani menuntut keadilan. Jangan kita jadi seperti pemuda umno yang hulur keris lepas tu minta maaf. Orang muda harus mengejar ilmu dan yakin lah asal kita jujur berjuang Allah pasti tidak akan mempersia-siakan segala usaha kita.

    Reply

  21. 21 Anak Bumi Kenyalang Jul 16th, 2009 at 5:21 pm

    Anwar telah buktikan dia tidak bersalah di mahkamah.

    tapi Najib – takut walau sebutan “perkataan altantuya” apa lagi masuk kandang mahkamah – jauh panggang dari api. Sehinggalah perkataan altantuya pun tidak boleh disebut di PRK bukit Gantang yang lalu.

    BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH.

    Reply

  22. 22 100 Malaysia Jul 16th, 2009 at 5:22 pm

    And they plotted and planned, and God too planned, and the best of planners is God.
    [3:54, Meaning of the Qur'an.]

    Reply

  23. 23 BIRO KAUM CINA PKR PERMATANG PAUH Jul 16th, 2009 at 5:53 pm

    DSAI saya sbg wakil biro kaum masyarakat cina di Parlimen Permatang Pauh 100% mendoakan keselamatan DS dan insyaalah DS dapat mengharungi kes ini dengan hati yang tenang dan tetap lawan sampai kebenaran tercapai.

    Reply

  24. 24 pengundi mereng Jul 16th, 2009 at 6:05 pm

    Saya doakan supaya kes DSAI ini akan timbul kebenaran..Allah Maha Agung.

    Kita tengok gula-gula 11 perkara yg DSAN war-warkan.
    Semuanya janji akan dibuat bermula 1/9/2009.

    Mana dia 100 hari pencapaian!! KPI!!! he..he.

    Reply

  25. 25 ABG777 Jul 16th, 2009 at 6:42 pm

    Insyaallah, dengan berkat doa dr rakyat DSAI akan menang. Di nilai perjalanan kes ini dari 1st day hingga sekarang banyak yg tak lojiknya si Saipul tu. Hanya Allah saja yg akan membuka pekung org yg cuba menzalimi DSAI.Mari kita pakat ramai ramai solat hajat, puasa sunat & berdoa sesungguhnya pihak org yg dizalimi akan termakbul doanya. TAKBIR

    Reply

  26. 26 ksahirin Jul 16th, 2009 at 6:59 pm

    Bagi penyokong UMNgok BN, jika disenaraikan semua kebobrokan pemimpin mereka, mereka akan tutup mata, hati dan telinga mereka rapat-rapat. seolah-olah apa yang berlaku, tidak pernah berlaku, sebaliknya semacam semua kedangkalan itu telah dilakukan oleh pemimpin PR…. Sebab itulah, apabila disenaraikan kepincangan pemimpin UBN itu, dengan sepantas kilat, mereka pula akan mengatakan kelemahan di kalangan pemimpin PR, walaupun kenyataan yang mereka berikan, tidak mempunyai bukti yang kukuh dan masih dalam siasatan….. Mereka langsung tidak menjawab, apalagi memberi komen tentang kepincangan yang dilakukan oleh pemimpin UBN…. Itulah hakikatnya para penyokong UBN, satu pembaziran masa untuk kita melayani mereka ini…. Terlalu ANGKUH, SOMBONG, BODOH, DANGKAL, DUNGU dan sebagainya perkara negatif yang kita nampak…. Ini semuanya kerana sikap mereka yang telah menzahirkan perangai mereka seperti ini…. Bukan menuduh, tetapi hakikatnya telah zahir semua ini…

    Reply

  27. 27 Roy Jul 16th, 2009 at 7:06 pm

    Hello Summayah,

    bila dan kat mana kita boleh jumpa..kita boleh …hmmmm…macam kita buat dulu lah..hmmm

    Reply

  28. 28 aidil Jul 16th, 2009 at 7:10 pm

    sama-sama kita doakan agar perjalanan makamah kes DSAI ini dapat berjalan dengan telus, sesungguhnya Allah maha mengetahui.. walaupun tipu muslihat yang dibuat. makamah dunia boleh terlepas tapi INGAT.. makamah akhirat tidak ada sape yang boleh terlepas dari hukuman..

    kita sama-sama berdoa untuk DSAI..

    Reply

  29. 29 Justice Voice orgmuda Jul 16th, 2009 at 8:48 pm

    Ya Sumayyah. Ko asal dari mana? Zimbabweeee ke.. Org kat mesir pun tau crita kat dlm negara kita.. apa pun Justice For Malaysia….

    Reply

  30. 30 Cucu Pejuang Melayu Tulen Jul 16th, 2009 at 9:05 pm

    Kita orang Melayu perlu ada semangat Hang Jebat, Datuk Alang Yahya, Damaq sepertimana yang dilakonkan oleh Allahyarham Nordin Ahmad. Begitu bersemangat untuk menentang kezaliman dan kejahatan. Kalau Hollywood berbangga dengan Sylvester Stallone, aku bangga dengan Allahyarham Nordin Ahmad. Kalau aku seorang Pembesar Negara, setinggi-tinggi kurnia aku berikan kepada arwah. Kepada DSAI, aku mendoakan kesejahteraanmu. Berjuang dan berjuanglah!

    Reply

  31. 31 penilai politiking Jul 16th, 2009 at 9:13 pm

    Saya ingin beri sedikit komenlah…,kalau benarlah PR berwibawa hendak merobah keadaan,banyak terima kasih dari seluruh rakyat malaysia..,inikan pula merobah pola minda masyarakat semalaysia,sedangkan baru memegang satu negeri selangor(selangor)belum ternampak ketaranya…janji mau turunkan harga minyak kalau dapat memerintah..,nah cubalalah turunkan dulu harga munyak di selangor..,kalau betul ada keupayaan..,kalau di selangor dpat menurunkan lebih rendah lagi daripada yang di buat olih kerajaan BN..maka di situlah mata rakyat malaysia akan melihat kebijaksanaan dan kebenaran yang telah di janjikan..tidak semua rakyat malaysia boleh jadi pak turut…,bukan juga fanatik terhadap seseorang pemimpin malah kalau PR benar2 mahu merobah sistem kepimpinan yang lain dari kerajaan BN..lakukanlah dahulu di mana mana kerajaan PR sudah bertapak..saya merasakan d dalam PR pun ada pemimpin2nya yang tidak begitu berjalan LURUS..ha..apa macam ?

    Reply

    yellowcar Reply:

    apala punya lem ko ni minyak tu yg bleh turunkn kerajaan pusat jer kerajaan negeri mana ada kuasa karang ckp b**** mrh u pk la sendiri

    Reply

    ve thingking.. Reply:

    ko ni x fikir habis ba gaman (sahabat)..selangor bukan kerajaan yg memegang kuasa dlm hal harga minyak..adakah logik ko suruh menteri besar selangor kc turun harga minyak d sana..minta la PM ba kc turun harga minyak..!!!

    Reply

    rinz73 Reply:

    sangat bodoh dia ini….

    Reply

  32. 32 pulau pangkor Jul 16th, 2009 at 9:45 pm

    Teruskan perjuangan DSAI..
    ingatlah.. ALLAH bersama orang yang sabar.
    menegakkan kebenaran memerlukan pengorbanan.
    LAWAN TETAP LAWAN.!!

    Reply

  33. 33 thaqif Jul 16th, 2009 at 9:56 pm

    Kalau ikut hukum Islam,Anwar tidak boleh di dakwa kerana tiada saksi yg mencukup(4 orang),manakala kalau ikut undang-undang sekular pula,Anwar juga tidak akan di dakwa kerana tiada bukti kukuh apabila 2 lapuran doktor mengatakan tidak ada tanda tusukan dilubang d**ur,Saiful.Sepanjang hayat saya saya tidak pernah mendengar adanya kes pendakwaan semata-mata berdasarkan bukti DNA di malaysia ini.

    Reply

  34. 34 azad Jul 16th, 2009 at 10:37 pm

    Kasihan politik Melayu…
    Balik ke zaman Hang Tuah..
    Difitnah pembesar yang tamakkan kuasa..
    Dihukum bunuh tanpa usul periksa..
    Tetapi penduduk melayu buat sahaja…
    Hang Jebat bangun buat huru-hara…
    Tegakkan keadilan tujuan utama…
    Tetapi penduduk melayu tentang sehabisnya…
    Kerana takut raja kehilangan kuasa…
    Tampil Hang Tuah untuk mempertahankan raja…
    Pembesar berselindung di belakang Hang Tuah..
    Hang Jebat dibunuh kerana apa???
    Melayu takkan hilang di dunia…?
    Apa nak jadi dengan politik kita…
    Sekranag UMNO menggantikan raja…
    Sokongan kepada UMNO tanpa agenda…
    Macamlah UMNO segala-galanya…
    Dialah undang-undang, polis, spr, dan media…
    Bekuasa seperti firaun, yang menentukan segala-galanya…
    Tahniah buat saya kepada melayu berhatikan Jebat….
    Bukan kerana untuk menentang raja….
    Tetapi menentang ke atas kezaliman yang dibuat…
    Zaman Hang Tuah Sudah berdekad-dekad…
    Tetapi media kita masih disekat…
    Katanya (Dr. M) rakyat masih belum bersedia…
    Tetapi bila Pak Lah tak peduli suaranya…
    Dia kata Pak Lah tak hormat dia…
    Bila UMNO tak peduli suara kita…
    Ditangkap sana sini, masuk dalam ISA…
    Itu kata hormat pada kita…???
    Bila bersuara katanya menggugat negara…
    Tak bagi permit macammana nak bersuara…
    Kes depan mata, ada bukti tak nak disiasat…
    Yang takda bukti, fitnah semata-mata siasat punya ligat…
    wahai melayu jangan tunduk kepada kezaliman…
    buka mata dan telinga, tingkatkan iman…
    hukum negara perlu dipertahankan…
    bukannya UMNO yang anggap dirinya tuhan…
    ni golongan kapitalis yang gilakan kuasa…
    Islam mengajar kita semua orang sama-rata…
    yang membezakan kita hanyalah keimanannya…
    tulah dunia barat (kapitalis) tak suka pada islam…
    pemikiran diorang tak sama macam islam…
    US lah undang-undang, polis, hakim, dan pengaman…
    macamtula kat malaysia…sama macam be end…
    bangunlah melayu kuatkan azam…
    memelihara keadilan yang dituntut islam…
    sekian dari saya…wassalam

    Reply

  35. 35 Erfan Yaser Jul 16th, 2009 at 10:51 pm

    Malaysia akan hancur dengan 1MALAYSIA NAJIS, ……..

    Reply

  36. 36 Prasert E.C. Jul 16th, 2009 at 10:55 pm

    Perjuangan rakyat bersama DSAI akan berterusan selagi kemungkaran tidak disingkirkan dari bumi Malaysia. DSAI tidak akan menghadapi segala dugaan dan cabaran seorang diri kerana rakyat sentiasa bersama beliau. Semoga beliau tabah menghadapi hari esok yang lebih mencabar!

    Reply

  37. 37 Nirman Jul 16th, 2009 at 10:58 pm

    Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan kamu… Allah selamatkan Datuk Seri Anwar.. Allah selamatkan kamu…

    Reply

  38. 38 ken destino Jul 16th, 2009 at 11:00 pm

    BERJUANGLAH SEHINGGA PAKATAN MEMERINTAH. JANGAN PUTUS ASA. ALLAH BERSAMA KITA. BERJUANG SEHINNGA MENANG. RAMAI LAGI YANG AKAN MENYERTAI PAKATAN TIDAK LAMA LAGI. HIDUP DSAI…HIDUP PAKATAN….HIDUP PAS ….HIDUP DAP…HIDUP PKR….

    Reply

  39. 39 Anak Nelayan Jul 16th, 2009 at 11:11 pm

    Saudara Anwar,

    Berjanjilah bahawa anda akan melawan secara habis-habisan dengan segala kudrat yang ada bagi menghancurkan konspirasi kali kedua ini…

    sokongan kami kepada saudara tidak pernah luntur samasekali…

    di samping berusaha, jangan saudara lupa untuk bertawakal dan bermunajat kepada Tuhan Semesta Alam yakni Allah S.w.T supaya menyelamatkan saudara dari sebarang perkara yang tidak diingini daripada berlaku…

    Adakah hanya PAS yang mampu untuk anjurkan solat hajat? Adakah PKR tidak mampu berhimpun untuk sembahyang dan menadah tangan memohon bantuan Allah s.w.t? tidak ada tokoh islam ke dalam PKR? Badrul Amin? Zul Nordin? lain-lain?

    PKR perlu menganjurkan solat hajat khas buat keselamatan pejuang kesayangan rakyat ini…percayalah kekuasaan Allah s.w.t akan mengatasi segala-galanya…

    Reply

  40. 40 Zzjebat Jul 16th, 2009 at 11:22 pm

    Sandiwara telah bermula…fitnah..hasad dengki…kianat menjadi mainan

    manusia di kala ini….Sedih sejak berzaman BANGSA NIE tak habis2 menjahanamkan

    bangsa sendiri….Tunggulah masa dan tika manusia ini akan dipupuskan dari

    alam ini…..peristiwa di acheh tak mustahil berlaku di semenanjung tanah

    melayu nie….Oleh itu..ubah2lah jauhi sikap PHD….tak habis2…………

    H1N1 itu baru bunga2 bala’……apa…nak datang yang lebih dasyat lagi??????

    Hayatilah Musabaqa’ sedang berlansung….ambil dan dalami isi alquran……..

    taklah nak kacau dan rampas kerajaan sediaada…….BERSIHLAH HATI MU SEBERSIH

    ALQURAN….amin…….

    Reply

  41. 41 reformasi Jul 16th, 2009 at 11:23 pm

    DSAI & keluarga,
    ALLAH swt bersama orang yang taqwa beriman bersabar.Rakyat teguh bersama dengan DSAI& keluarga.Syaitan UMNO akan buat apa saja untuk mempertahankan perut2 iblis kroni mereka !Sedikit masa lagi mereka akan tahu kesudahan mereka adalah neraka jahaman (nauzubillah) mereka akan kekal di dalamnya !

    Reply

  42. 42 harun idris Jul 16th, 2009 at 11:34 pm

    INSYALLAH PAKATAN RAKYAT AKAN MEMERINTAH..JUDI AKAN DIHARAMKAN
    GENTING TELAH BUAT KASINO DI SINGAPURA..KERANA MEREKA TAHU PAKATAN RAKYAT
    MEMERINTAH KASINO DIBUMI PAHANG AKAN DITUTUP..DAN JUGA MAGNUM,SPORT TOTO
    DAN SEMUA TEMPAT MAKSIAT…AMIN

    Reply

    zamzam Reply:

    saya sokong judi,empat ekor diharamkan semoga malaysia bersih dari maksiat , takbir….

    Reply

  43. 43 sukarno Jul 16th, 2009 at 11:48 pm

    Pemimpin pakatan rakyat mesti berlaku adil pada rakyat malaysia,kami bukan bodoh dan bukan tidak boleh berfikir lagi…adakah pemimpin mic,gerakan,mca dan parti komponen lain TIDAK melakukan perkara yang salah,siapa tokey judi yang banyak sponsor setiap aktiviti BN,mereka ini yang harus ditentang,jgnlah asyik-asyik org melayu dari umno,jika pakatan rakyat ingin memerintah..hapuskan perkara aktiviti mungkar seperti judi,pelacuran,disko,tokey dadah,ah-long
    kebanyakan mereka dari org cina,adakah Lim kit siang,teressa kok,gobind singh bersuara lantang untuk menghapuskan..TIDAK kerana mereka bukan org melayu..dan islam..lu fikirlah sendiri

    Reply

    LATOK LIM KENGG YEKK Reply:

    Ini olang bagut mari cari latok iblahin ali hoo…selupa sama mcm katatk,ho..aiyaaaa,selupa bodot punya olang…….wa sini hati haiya,mannnyat susah denga lu puyaa celitat hooo…

    Reply

  44. 44 hantu pukul melayu bodoh Jul 17th, 2009 at 1:08 am

    this sukarno must be so stupid!

    Reply

  45. 45 rosmah Jul 17th, 2009 at 1:15 am

    pemimpin ku yang amat kusanjungi DSAI DAN KELUARGA.
    KAMI ANAK2 MUDA AKAN TERUS MEMPERJUANGKAN PERJUANGAN MU..
    LAWAN TETAP!!!!!!!!!!!!LAWANNNN!!!!!!!!!!!!!!

    Reply

  46. 46 bard Jul 17th, 2009 at 1:16 am

    salam..
    mcm2 fitnah akhir zaman nie…
    sy nampak disini jalan yg kita pilih iaitu jlan DEMOKRASI yg di cipta sudah hancur,
    DEMOKRASI ciptaan barat yg kita guna utk mengangkat HUKUM TUHAN adalah satu jln yg salah…
    DEMOKRASI bukanlah satu jln utk angkat pemimpin….
    zaman Rasul dulu klu kalah or di timpa musibah,bersabar and check balik ape yg something wrong somewhere…something wrong bukan letak pada perkara lahiriyah…tapi kepada perkara ROHANI…
    ingat dak kita zaman dulu salahuddin ayub kalah sebab ape???tentera tak kuat ker???senjata xda ker???
    tp sebab xbangun malam jer…
    tp kita bila kalah…melenting sana sini…maki itu dan ini…
    check balik hubungan dgn Tuhan…
    yg nak angkat n jatuhkan nie…kerja Tuhan…
    manusia nie asbab jer…
    pemikiran kita nie dah di kapitaliskan…
    dunia akhirat dipisahkan…
    nak tegak hukum tuhan guna cara yahudi?????
    LOGIK KER….
    nak dapat kuasa dulu baru islam boleh tegak…boleh wat itu dan ini…
    come on la…
    nabi dulu bknnyer dapat daulah baru nak dakwah…
    nabi dakwah bukan dipentas politik…
    nabi byk dakwah secara tidak formal melalui akhlak…
    dulu muhajirin and ansar pun islam…tp bergaduh…
    nabi dtg berbaik semula…satukan balik…
    sekrg nie yg berlaku PR AND BN bergaduh…lantik la org tengah…
    dua2 ego…nak tunjuk lagak,,,
    ceramah kemain dalil2 itu n ini…kuar…
    tp perpaduan xjaga…klu org islam yakin dgn agama islam…nape yg org2 melayu islam dalam PKR xmasuk PAS…
    sekarang nie bukan yer islam nak ditegakkan…
    tp lebih kepada perkara duniawi atau xkena dgn selera bafsu masing2 or ada kepentingan diri…

    Reply

    digital.com Reply:

    sdr,

    Jangan emosi,soalanni…zaman purbabatukah,zaman nabikah,zaman popyeye,P.Ramlee,skrang zaman cyber…
    Saya hanya boleh jawab zaman cyber,labu….

    Reply

  47. 47 LeeManChoo Jul 17th, 2009 at 2:12 am

    DSAI,

    lawan tetap lawan……………………………….

    Reply

  48. 48 jamil bin ismail ( jamilkucing ) Jul 17th, 2009 at 2:14 am

    Satu persatu orang pakatan rakyat yang sah rakyat malaysia menerima bala, bencara ,satu persatu melayu umno membuat kejahatan tetapi bangsa melayu bacul untuk bertindak. apakah kita masih nak berdiam diri. pemimpin pakatan hanya setakat memberi ucapan kepada media yang memang sah tidak boleh di percayai, tidak lain dari pada itu. kejahatan polis menjadi barua barisan ansional kita telah nampak tapi kita diam, kejahatan SPRM menjadi barua umno kita nampak tetapi pemimpin kita diam, kejahatan jabatan-jabatan kerajaan menjadi barua umno terang lagi bersuluh tetapi pemimpin pakatan hanya setakat berani membuat kenyataan akhbar mengutuk sana mengutuk sini. sama seperti anjing menyalak bukit. sedangkan pemimpin umno buat pekak telinga. pemimpin keadilan yang ada sekarang hanya setakat mengheret telor ke hulu ke hilir. takut hilang jawatan adun. atau jawatan di dalam parti. mengekor -mengampu ponggong anwar sahaja. pemimpin keadilan sekarang bukan dan tidak seperti era reformasi yang berani kerana benar. memang sah lah bangsa melayu adalah bangsa yang bacul. hanya setakat berani melalak dalam internet dengan mengunaskan nama samaran sahaja. yukkk tuiiiii.

    Reply

  49. 49 WAN SIMUNJAN Jul 17th, 2009 at 2:36 am

    Hanya satu cara mengawal dan mengatasi konspirasi UMNO terhadap DSAI ni iaitu…….kalahkan dan hancurkan pemerintahan umNO/BN secepat mungkin sehingga PRU 13. Bila umNO tumbang pasti segala konspirasi ni akan terungkai dan terbukti. Sebab tu umNO takut kepada DSAI. Mereka takut kebenaran konspirasi dan keburukan mereka akan didedahkan oleh DSAI. Selagi DSAI bebas selagi itu mereka hidup ketakutan.
    Justeru itulah maka kita harus LAWAN TETAP LAWAN. Lindungilah pejuang penentang kezaliman umNO ni agar rakyat masa depan terus terbela dan tidak teraniaya. Percayalah selagi umNO memerintah selagi itu kuasa dan hak rakyat akan terancam!

    HIDUP DSAI. TERUSKAN PERJUANGAN. REFORMASI PASTI BERLAKU.

    Reply

  50. 50 Sakura Sakuragi Jul 17th, 2009 at 3:01 am

    Perjuangan tak akan selesai, dalam usaha untuk menjatuhkan kezaliman kaum UMNO/BN, kita hendaklah terus menerus bertahan dan bertali arus menyentak lamunan rakyat dengan pelbagai isu. Walaupun mereka hendak meniru kita, jangan sesekali terpedaya – kerana seorang peniru tidak akan faham apa yang ditirunya, melainkan si perancang yang asal dan asli.

    Sekian.

    Reply

  51. 51 ray Jul 17th, 2009 at 10:28 am

    Wahai HALIM

    salam..saya nak guna kata2 awak dan tukar sikit biar awak fikir pulak…

    saya hanya nak mintak pendapat?

    Jika benar apa yg didakwa oleh RPK Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya?
    yang hanya tahu ALLAH S.W.T , Najib dll serta Altantuya sahaja?

    1.siapa yang berani jamin 100% Najib tidak terlibat dlm kes Altantuya ini?
    2.siapa yg berani jamin DSAI terlibat kes Saiful Bhukari?

    …saya sendiri pun tak berani nak teka dan berdebat hal ini?

    tapi siapa yang berani silakan

    Reply

  52. 52 Azizan Jul 17th, 2009 at 2:28 pm

    DSAI,

    Sepandai2 tupai melompat, jatuh ke tanah jua,..tak tumbuh, tak melata, tak sungguh, orang tak kata..

    Harapan saya DSAI tak melakukan seperti yang dituduh oleh saipul ( tuduhan dibuat di dalam masjid di hadapan al-quran ). Sukar sekali dan hampir hiang akal sekali tuduhan begitu dikenakan terhadap DSAI dgn penuh yakin oleh Saiful. Cuma terdetik dihati saya kenapa tiada penafian bersumpah ( dalam masjid dan dihadapan al-Quran) dari DSAI sendiri berhubung tuduhan ini. Ingat DSAI, Nabi tak mengaku umat jika DSAI terlibat tapi jika DSAI dianiaya, jahanamlah pihak2 yang menuduh itu.

    Reply

    Anak Nelayan Reply:

    Buat Azizan, kes liwat pertama dulu Anwar telah bersumpah dalam masjid kalau tak silap di Batu Pahat, tapi tahukah saudara apa yg berlaku kepada saudara Anwar walaupun ia bersumpah? Anwar tetap diterajang hampir setengah mati dan dihumbankan dalam jeriji besi…

    Reply

    Azizan Reply:

    Betulkah DSAI berani bersumpah?.. kalau dia bersumpah sekarang pun apa masalahnya?.. berani kerana benar!.. hehe!,.. sudent MCKK tau apa yg berlaku dulu. DSAI, tak payah bersembunyi di belakang penyokong, lawan saja di mahkamah.. kan ramai Laywer di belakang DS. ataupun takutkan sesuatu?.. DSAI sekarang pun umur dah 60, takut yang SATU sudahlah.. kebenaran akan terbit jua..

    Reply

  53. 53 iman Jul 17th, 2009 at 5:04 pm

    Assalamulaikum DSA……….pilah kemekah, solat hajat kat mekah bersama-sama pimpinan Asia timur……moga Allah tunjuk kan kebenarannya

    amin

    Reply

  54. 54 ariz Jul 17th, 2009 at 6:49 pm

    Salam DSAI

    saya yakin jika sesuatu berlaku pada DSAI,
    akan ada satu gelombang yg tidak mungkin dapat dihentikan
    ini kerana DSAI yg patut memimpin Malaysia sekarang
    bkn nya syaitan yg bertopengkan songkok

    Reply

  55. 55 Fikri Harun Jul 17th, 2009 at 8:28 pm

    Assalamualaikum semua yang membaca.

    Menyoroti komen-komen yang diluahkan oleh mereka yang punya deria tindak balas, sedih rasanya.
    Bagus, tahniah, dan terima kasih buat mereka yang meluah dari akal. Sebaliknya pula bagi mereka yang meluah dari hati yang dilitupi nafsu.

    Saya percaya, DSAI sendiri tidak mengharapkan bahkan tidak sekali-kali menginginkan agar pengikut dan pendokong idea dan semangat juangnya, untuk menjadi sebegini taksub kepadanya. Tidak salah menkagumi dan menghormati. Tidak salah menjadikannya idola. Tapi mengapa perlu sampai ke tahap taksub?

    Sedihnya lagi, taksub itu menjurus kepada individu. Bukan idea atau semangatnya. Bukan prinsip atau perwatakannya. Buka mata celikkan hati, cernakan minda. Jangan sampai taksub memakan diri.

    Ikhlas dari saya.

    Fikri Harun.

    (Saya juga penyokong gagasan idea DSAI dan semangat juangnya.)

    Reply

  56. 56 si bongkok Jul 17th, 2009 at 11:24 pm

    tidak melayu hilang di dunia,tapi melayu hidup terpinggir di tanah air sendiri lihatlah pendekar-pendekar melayu berjuang utk diri sendiri korbankan pajurit-pajurit melayu dibunuh dibuang ke tempat pembuangan sampah.kerajaan yg kukuh ditangan melayu digengam keris tapi ditadbir oleh orang-orang kafir.

    Reply

  57. 57 granpa Jul 18th, 2009 at 5:59 am

    Korang ni betul2 biul…..lah.

    Tak belajar SEJARAH ke masa sekolah dulu…? Kan DSAI tu dulu orang no 2 dalam UbeEn, dalam M’sia. Menteri Kewangan lagi….. Dia nampak kepincangan dalam kerajaan lalu cuba memperbetulkannya. Kepincangan itu mengenai rasuah, salahguna kuasa, kepentingan peribadi, dll…… Kita rakyat sendiripun tak suka dengan benda2 macam tu.. Sebab… semakin lama semakin terhakis hak kita dipulun mereka.. Kita nak ziarah sedara2 jauh kena bayar TOL, nak makan, harga barang2 keperluan semakin naik harga sebab petrol naik harga untuk memapung kewangan negara yang habis dipulun mereka, dan banyak lagi yg lain2. Ini yang mereka tak suka…. tau…? Itu sebab mereka benam DSAI sampai 2 round..! Logik ke setiap 10 tahun pertuduhan yang sama di kenakan kepada orang yang sama.

    Kita ni rakyat yang dibela nasibnya. Kita sokongkah DSAI dan berterima kasih kepadanya. KEMENANGAN BAGI DSAI & siapa saja yg membela rakyat!!!

    Reply

  58. 58 paanstuff Jul 20th, 2009 at 11:24 am

    Ya Allah..
    ku berdoa padaMu lindungi lah DSAI drp fitnah n malapetaka..

    Reply

  59. 59 Bukit besi Jul 20th, 2009 at 11:36 am

    Anda mungkin ragu-ragu untuk mengeluarkan RM2 atau RM3 untuk menyertai program menjana wang di internet. Sesetengah program ini memang benar dan berbaloi untuk disertai. Namun adakah anda bersedia untuk mengeluarkan wang dalam jumlah yang sedemikian? Dengan modal serendah RM50 sahaja anda mampu menjana pendapatan yang lumayan!! Sila layari link berikut untuk maklumat lanjut.

    http://www.perigiduit.com/?ref=MATPAT87

    Reply

  60. 60 ery Jul 21st, 2009 at 10:25 pm

    mari la kte berdoa agar bumi melayu aman dan damai..itu yang lbih penting daripada kite menegakkan sesuatu yg tak pasti..jelik melihat gelagat org melayu yg mengangap dirinya pro..tetapi hampas!!! terlalu taksub..rumah yang gah bermula dari seketul batu….negara yg cemerlang bermula dari individu yang baik..tapi ape pengorbanan kita kearah itu..fikirkan lah..wahai saudara ku..sedar lah..dari sekarang..lupakan lah sengketa..kita bina dan mula kembali negara ini..Hebat Malaysia sekarang dengan isu yang remeh dijadikan aset untuk menyerang org lain..tidak semua kita buat itu betul….dan tidak juga yg mereka buat itu salah..insyalah…berdoalah kita tuk kebahagian kite keluarga masyarakat dan negara……insyalah aman.

    Reply

  61. 61 Kerajaan Islam Jul 22nd, 2009 at 11:22 am

    Assalamualaikum…

    Sebelum itu saya ingin memohon maaf,sekiranya tulisan saya ini menyinggung perasaan sesiapa. Saya hanya insan biasa kerdil lagi kecil kalau nak dibandingkan anda semua,saya selalu mengikuti perkembangan DSAI dari web ini dan sewaktu dengannya,memang benar kata orang tua²,budak² tak boleh ikut cakap politik,tetapi masih ada keraguan yang timbul,antaranya;

    1. Apakah benar Pakatan Rakyat(PR) akan membawa perubahan,dari segi apa?
    2. Sekiranya PR menjadi kerajaan,adakah ISA akan dihapuskan?
    3. Apakah sebenarnya Raja berpelembagaan dan apakah fungsinya?
    *AMPUNKAN PATIK TUANKU,PATIK HAMBA YANG HINA MEMOHON MAAF,AMPUN TUANKU.
    4. Siapa Saiful dan apa yang dia nak sebenarnya?

    itu sahaja untuk setakat ini,kerajan Islam akhiri dengan salam perjuangan.

    Reply

  62. 62 hambe allah Feb 7th, 2010 at 12:17 pm

    ingatlah perancangan manusia tiada yg sempurna tapi perancangan allah itu maha sempurna

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: Blog: Elit Pemerintah Semakin Hari Semakin Terdesak.: Keyakinan rakyat terhadap pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak... http://bit.ly/cSLzLG
1 hour ago
anwaribrahim: @Mh3 pl ref London prog-18th March 5pm LSE.19th 7pm Westminster U #fb
2 hours ago
anwaribrahim: London(my prog):18thMarch-LSE 5 to 6pm academic lect.19thMar-Westminster U Hall 7 to 9pm Malaysia debate. #fb
2 hours ago
anwaribrahim: Penny Dubes Australia:minum teh dirumah maklumkan tugas beliau diKL berakhir.Tk atas ks dan keprihatinan beliau #fb
2 hours ago
anwaribrahim: Blog: Isu Ceramah:”Semua Program ini Kita Jalankan Dengan Permit (Polis)”.: Dari MalaysiaKini Oleh Salhan K Ahmad... http://bit.ly/bR4DP1
8 hours ago

Galeri Flickr

Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan US Islamic World Forum in Doha, February 2010 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

July 2009
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031