Archive for July 16th, 2009

16 July 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Sumber: Arkib berita Malaysiakini

Tahun lalu jawatankuasa pilihan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor telah dilaporkan sedang menyiasat pemborosan semua wakil rakyat BN sebanyak RM 26.6 juta dalam tempoh dua bulan pertama tahun 2008.

Menurut seorang anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), siasatan terhadap perbelanjaan besar ini antara dua kes yang dijalankan olehnya.

Satu lagi kes, yang sudah siap siasatan awal, melibatkan sumbangan jutaan ringgit kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) yang disalurkan oleh enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri sejak penubuhannya pada 1985.

(more…)

16 July 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Keghairahan SPRM Mengundang Padah

Semalam di perkarangan Mahkamah Tinggi, saya menyelar keras tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku alat pimpinan UMNO.

Kenyataan tersebut dikeluarkan satelah menyaksikan betapa ghairah SPRM bertindak terhadap ADUN Pakatan Rakyat Selangor. Walhal rasuah yang melibatkan dana berbilion ringgit saperti skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), pembelian senjata, dan lain-lain cuba dilenyapkan!

Dan hari ini, akibat tindakan kasar terhadap petugas Pakatan Rakyat, menyaksikan tragedi kematian pembantu YB Ean Yong Hian Wah iaitu mendiang Teo Beng Hock.

Apakah SPRM akan menjelaskan keadaan sabenar, dan siapa yang mengarah tindakan rakus terhadap Pakatan Rakyat? Dan apa peranan pimpinan kerajaan UMNO-BN dalam percaturan SPRM kini?

Keputusan Mahkamah Tinggi

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan agar pihak pendakwaan membekalkan bukti serta dokumen kepada barisan peguam kecuali bukti yang saya kira amat penting; sampel asal DNA penuduh.

Ramai yang melihat keputusan tersebut merupakan petanda positif, namun pengalaman difitnah lebih 10 tahun lalu seraya mengingatkan saya agar sentiasa berwaspada. Jika benar keadilan mahu ditegakkan, gugurkan pertuduhan fitnah jahat kali kedua ini dan tak perlu berdolak-dalih lagi.

Pimpinan UMNO-BN Gagal Tangani Kemelut Ekonomi

Sayugia diingatkan, kenyataan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) hari ini mengesahkan kebimbangan saya berhubung kedudukan ekonomi negara. Sungguhpun beberapa langkah pemulihan ekonomi yang disaran olih Pakatan Rakyat diterima pakai kerajaan, kedudukan ekonomi rupanya tidak akan pulih dalam masa terdekat ini.

MIER menyatakan ekonomi negara memerlukan sekurang-kurangnya tambahan RM 8 bilion bagi meransang kembali ekonomi akibat penguncupan yang mencecah 4.2%. Perkembangan ini memperlihatkan kelemahan pimpinan negara dalam menangani isu mendesak dan berkepentingan umum.

Sikap tunggu dan lihat pastinya tidak membantu membawa negara ini keluar dari kelembapan. Retorik dan omong kosong perubahan pastinya menjadi jenaka andai tidak disusuli dengan tindakan bermakna.

ANWAR IBRAHIM

16 July 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari  malcolm coren

Buat semua pejuang rakyat, insan yang mempereratkan kembali hubungan parti pembangkang dan menubuhkan Pakatan Rakyat dan hampir – hampir menumbangkan BN sekarang dalam keadaan bahaya.

Perbicaraan beliau sekarang sedang berlangsung. Jangan dilupa kezaliman yang bakal dihadapi beliau.

Jika DSAI ditakdirkan bersalah dan masuk penjara AWAS..Pakatan Rakyat akan berpecah!!

Ini tidak mustahil, segala gerak kerja untuk menjahanamkan PR tidak berjaya selagi mana DSAI bebas di luar sana. Dari isu kerajaan perpaduan, DAP KEDAH, dan sebagainya beliau mampu menyelesaikannya dengan dokongan penuh oleh mereka yang sealiran dengannya. (more…)