Saya mengucapkan syabas kepada seluruh pengundi Manek Urai kerana memastikan kemenangan manis buat Pas dan Pakatan Rakyat. Tidak disangkal lagi, sungguhpun dihambur dengan segala macam ugutan oleh pimpinan tertinggi negara dan tidak kurang yang menabur janji pembangunan, rakyat tetap menolak kepimpinan Dato’ Sri Najib. Manek Urai yang majoriti pengundinya terdiri dari orang Melayu menjadi saksi penolakan umno yang sering mendabik dada sebagai pelindung umat Melayu.
Rakyat disogok dalam masa beberapa ketika ini oleh media umno-bn akan kejayaan kepimpinan baru. Masih terikat dengan gelagat lama, digembar gemburkan, kononnya kejayaan kepada seluruh pelusuk demi menarik hati rakyat. Umno-bn masih tidak sedar bahawa usaha memperbodohkan rakyat tidak akan berhasil. Rakyat sedar bahawa pilihan mereka penting buat menentukan hala tuju negara dan oleh itu hari ini mereka memilih untuk bersama dengan Pakatan Rakyat demi melaksanakan Perubahan.
Saya mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan tahniah kepada YB Fauzi, seluruh jentera pilihanraya dan kepimpinan Kelantan, terutamanya YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
ANWAR IBRAHIM









tahniah..segala apa yang meraka porak perandakan hanya memakan diri sendiri..
Reply
salam Reply:
July 15th, 2009 at 7:59 am
tahniah kpd calon Pas, dgn mejoriti 65, menunjukan BN mula bangkit,tahniah juga kpd calon BN krn memberi saingan yg sengit, di negeri PAS
Reply
MOHD SUHAIMI AZIZ Reply:
July 15th, 2009 at 9:06 pm
Syukur alhamdulillah walaupun umno/bn menggunakan segala agensi kerajaan persekutuan untuk kempen mereka namun kuasa Allah mengatasi segalanya. Ironinya SPRM tidak dapat berbuat apa-apa dan mengambil tindakan terhadap penyalagunaan kuasa yang jelas dalam PRK Manek Urai. SPRM hanya sekadar menjadi jaguh bila hanya mendengar tuduhan terhadap PR sedangkan jelas di kaca tv umno/bn melakukan rasuah dan penyalahgunaan kuasa!!!!!
Beginikah cara SPRM yang double standard!!!!!!!!!!!!! Semoga rakyat dapat menilai dengan mata kepala sendiri……………..
Reply
kuda kepang STC Reply:
July 15th, 2009 at 11:57 pm
Putri gunung ledang mahukan jambatan emas sebagai pertunangan, Putra TPM janjikan jambatan semen sebagai kontra untuk penduduk Manik Urai!!,
Bukan kah ini satu ugutan kepada rakyat? mahu jambatan pangkah BN ini cara babarian. penduduk mahu tiket MU bukan Jambatan di MU. BN tak faham kehendak rakyat.
Cukuplah TPM kita dah muak dengan isu Jambatan, dari jambatan bengkok yang terbengkalai kat JB sampai Isu Jambatan yang dibantah oleh sultan johor Jambatan ketiga di johor , hinggalah isu Jambatan Pulau Pinang yang tertanguh. kini TPM mahu buat jambatan lagi di MU pula. Rakayat dah jemu dengan isu jambatan angkara UMNO.
Reply
ZABIDIE ABAS ( AMK Johor ) Reply:
July 15th, 2009 at 8:59 am
Keputusan Manek Urai sudah diketahui umum.
AMK Johor mengucapkan tahniah buat ‘abe Uji’ yang berjaya mengekalkan kerusi tersebut untuk PAS dan Pakatan Rakyat khususnya. Sudah pasti media BN tidak henti-henti mengaku dirinya menang. Itu lumrah mereka, tidak tahu malu.
Projek ‘pondok-pondok’ mereka hanya berjaya mempengaruhi hanya beberapa peratus pengundi sahaja. Majoritinya agak lali dengan ‘gula-gula’ BN-Umno. Walaupun dengan 65 undi Abe Uji tetap juara . Tan Sri Muyiddin Yassin dan kelompok perasuah ,terpaksa ‘ mengigit jari ‘ lagi dengan pelbagai tipu helah.
Saya telah menjangkakan dan yakin sebelum ini PAS akan berjaya sebelum penamaan calon lagi , walaupun perkiraan saya BN-Umno berjaya mencuri beberapa undi atas pagar. Muhyiddin terkenal dengan kelicikkannya di Johor.
Petronas dan BN gagal menjawab kegagalan mereka menipu pembahagian royalti di Kelantan. Projek jambatan dan argomolitan adalah projek ‘mee segera’ mainan BN seperti pilihanraya yang lepas.
Jentera AMK Johor yang berhempas pulas di Manek Urai yang tidak menghiraukan kalah-menang harus dinobatkan sebagai ‘Tentera kental Pakatan Rakyat”. Tahniah kepada semua jentera Pakatan rakyat yang berjuang di Manek Urai.
BN-Umno pasti kalah dan terus kecundang dengan helah buruk mereka. Kepada Puteri Umno, saya berharap usah celupar. Pepatah ada berkata, ” Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa “.
Reply
Tahniah kepada YB Fauzi, kepimpinan Pakatan Rakyat dan penduduk/pengundi Manek Urai
Reply
CHELSEA Reply:
July 15th, 2009 at 12:28 pm
SYABASSSSS,
Walaupun pas menang RM65,namun kepada parti yg glamour BN jangan lupa buat jambatan perhubungan manik besar manik kecil,seandainya tak tunai janji,kami kempen balik org2 utk undi PAS balik,biaor dok rasa Pru13…..ingat!!!!!!
Reply
pr setan Reply:
July 15th, 2009 at 2:48 pm
bn kate cam 2 kalu bn menang..tp kalah..nmpak sgt penduduk manik urai yg menyokong pas lebih mahu ikan drpd jambatan..
Reply
MOHD SUHAIMI AZIZ Reply:
July 15th, 2009 at 9:17 pm
Alahai masih ada lagi rakyat Malaysia mengganggap pembangunan akan dlaksanakan bila menang pilihanraya!!!!!!!!!!!!!! Bukankah tanggungjawab membina jambatan adalah peranan kerajaan persekutuan???? Insyallah jika PR menguasai kerajaan persekutuan pada PRU ke-13 nanti kerajaan PR akan tetap membina jambatan di negeri Johor seandainya umno masih dapat mengekalkan kerajaan Johor.
Itulah yang dikatakan Kerajaan Persektuan dalam Sistem Raja Berperlembagaan yakni tanggungjawab kerajaan persekutuan harus berfungsi tanpa melihat politik dalam melaksanakan pembangunan kerajaan setiap rakyat membayar cukai kepada kerajaan tanpa mengira parti!!!!!! Lainlah kalau hanya orang-orang umno/bn saja yang bayar cukai, kami pun takkan minta jambatan. Lebih baik kami bayar cukai kepada kerajaan negeri. Jadi kepada LHDN pastikan hanya orang-orang umno/bn sahaja yang bayar cukai jika dasar umno/bn hanya melakukan pembangunan berdasarkan politik.
Takbir!!!!!!!
MOHD SUHAIMI AZIZ Reply:
July 15th, 2009 at 9:55 pm
AYUH BANGKIT RAKYAT KELANTAN KITA BERSAMA-SAMA TUAN GURU DATO’ HJ NIK AZIZ BIN HJ NIK MAT KITA TUNTUT WANG ROYALTI RAKYAT KELANTAN KERANA DUIT ITU NANTILAH KERAJAAN NEGERI DAPAT MEMBINA JAMBATAN, JALANRAYA, MASJID MEMBERIKAN BIASISWA KEPADA ANAK-ANAK KELANTAN DAN MENINGKATKAN EKONOMI ORANG MELAYU DI KELANTAN!!!!!!!
SUDAH HAMPIR 20 TAHUN KERAJAAN PAS NEGERI KELANTAN DINAFIKAN HAK PERUNTUKA PER KAPITA YANG WAJIB DIBERIKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN….. DULU UMNO TINGGALKAN HUTANG BERATUS-RATUS JUTA TETAPI KINI HUTANG KERAJAAN KELANTAN HANYA TINGGAL DALAM RM20 JUTA SAHAJA. ITULAH KEBERKATAN KERAJAAN TOK GURU.
AYUH KITA BANGKIT DARI TIDUR YANG LENA……….. JIKA KITA GAGAL TUNTUT ROYALTI DENGAN PERBINCANGAN SERTA PERUNDINGAN MAKA KITA TUNTUT MELALUI PERUNDANGAN DAN MAHKAMAH…………… JIKA GAGAL MAHKAMAH DI MALAYSIA KITA BAWA KES KE ICJ (MAHKAMAH KEADILAN ANTARABANGSA!!!!!! BERAPA KOS GUAMAN RAKYAT KELANTAN SANGGUP KELUARKAN DUIT POKET SENDIRI DEMI MASA DEPAN ANAK CUCU KITA!!!!!
AYUH……….. LAWAN TETAP LAWAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply
azidi Reply:
July 16th, 2009 at 7:31 am
Tahniah UMNO telah bangkit semula. Berjaga2lah dengan kebangkitan yang akan menghancurkan PR. Ingatlah wang royalti minyak untuk seluruh rakyat. Tak perlu sampai ke ICJ buat untung peguam sahaja. Sokong BN inshaallah dapat royalti.
Reply
ucing Reply:
July 18th, 2009 at 2:37 pm
Tuntutlah wang royaliti tersebut, itupun kalau dpt, saya cadangkan agar royaliti tersebut beri ke negeri BN, krn negeri itu tak mau sokong BN tak payah lah beri royaliti, peruntukan utk jambatan itu boleh di kekalkan krn pengundi muda byk yg undi BN, tahniah pengundi muda.., lihatlah betapa selesanya d negeri BN.
Reply
Askum,
Congrats to Pakatan Rakyat,PAS n supporters 4 winning by election in Manek Urai..Alhamdullillah, walau dgn kemenangan tipis tapi ia wajar diraikan tanda rakyat Manek Urai masih memberi kepercayaan terhadap kepemimpinan Pakatan Rakyat..Sedia maklum kemorosotan undi adalah kerana sebahagian pengundi termakan dan tertipu oleh janji2 murahan BeEnd serta sogokan manis ‘gula-gula’ yg acapkali ditayangkan oleh tv Pak Rais kita..Pada pandangan saya, bilangan pengundi yg meningkat di Dun berkenaan juga menimbulkan syak wasangka, walhal hari undian ditetapkan pada hari bekerja, susah juga untuk memikirkan pengundi2 Manek Urai yg bekerja di Lembah Klang serta selatan boleh kembali serta memecahkan rekod kehadiran pengundi berbanding pilihanraya sebelumnya tanpa memikirkan semasak-masaknya baki cuti serta baki duit gaji ditengah bulan ini..Apa pandangan saudara??
Reply
ron Reply:
July 18th, 2009 at 8:22 am
kalah 6-0!
sepatutnya pemimpin umno/bn rase spt dilepuk tepat dimuka oleh rakyat!
najib/muyyidin -> 6-0 lepukan kuat tuu…!!!!
Reply
Setinggi Tahniah atas kemenangan PAS / Pakatan dan Gagasan Rakyat.
Teruskan meninggikan syiar Islam di Kelantan dan Malaysia. Insyaalah.
Pendukung Pakatan Rakyat teruskan perjuangan rapatkan saf….fokuskan
ke PRU ke 13. Jikalau ada PRKecil….kita lawan lagi…manalah tahu ada
YB pulang kealam baqa…Ditakdirkan Allah dengan kuasaNya….YB yang baik2
diambilNya….tu yang perangai/akhlak/tak baik panjang umurnya..entahlah
itu semua kerja Allah yang Maha Perkasa dan Maha Besar.
Oleh itu YB dipilih oleh rakyat, dengan izin Allah….Jalankan Amanah yang di beri.
jangan pandai cakap tak serupa bikin.
Wassalam….Amin.
Reply
Tahniah,pada PAS,tetapi peringatan kepada PR kerana rakyat sekali lagi telah menunjukkan kuasa mereka.Adakah mereka telah bosan dengan PR yang tak habis-habis berpolitik setiap hari walaupun telah diberi kuasa pada PR12.Rakyat mula menunjukkan kegelisahan dalam kehidupan harian mereka kerana PR hampir menjadi PAK KADUK dan PAK PANDIR.
Tiada satu hari pun, YB PR tiada dalam berita melainkan berlawanan sesama mereka.Ingatan Uncle Lim Kesiangan itu betul,rakyat hanya memberi peluang pada PR sebabkan hanya kebencian kepada BN tetapi jika PR tak sedar langsung jangan haraplah bersambung di PR13.
UNTUK PEMIMPIN PR,SEDARLAH DIRI CEPAT-CEPAT,FIKIRLAH MASAALAH RAKYAT BUKANNYA MASAALAH DIRI SENDIRI.JANGAN LUPA BN ,MODALNYA BANYAK….PASALTU RAKYAT BAGI PR MENANG NEGERI YANG ADA DUIT SUPAYA PR ADA MODAL UNTUK BUAT KEBAJIKAN PADA RAKYAT…
65 undi tak bangga pun……6500 undi baru respect.
from MALEK BOROI,
MANEK URAI KELANTAN
Reply
Fadli Reply:
July 15th, 2009 at 7:59 am
Sebenarnya isu dalaman PR telah diperbesarkan oleh media BN, banyak kerja-kerja yang telah dilaksanakan oleh YB PR telah tidak diketengahkan. Itulah senjata BN dengan menggunakan seluruh jentera kerajaan dan media masa yang dihalalkannya untuk memburukkan PR agar rakyat tekeliru.Saya amat yakin dengan kemenangan tipis yang diperolehi oleh PAS di Manek Urai akan menjadi satu modal yang Rakyat telah menolak PR.
Tahniah kepada seluruh jentera PR di Manek Urai diatas kemenangan PRK.
Reply
Tahniah kepada PAS walaupun beroleh 65 majoriti….Syabassssssssssssss
Reply
salam
tahniah di atas kejayaan mempertahankan kerusi Manek Urai tapi dengan majoriti 65 undi..selepas menang dengan agak selesa dalam PRU yang lalu..
Apapun ini sebenarnya adalah signal kepada Pakatan Rakyat bahawa rakyat malaysia “tidak tidur”, tak mustahin BN dan UMNO berupaya memperkukuhkan semula jentera politik mereka dan akhirnya seperti biasa yang tinggal hanyalah Kelantan…
sebagai anak malaysia, terus terang saya katakan saya teramat kecewa dengan telatah yang telah ditunjukkan oleh pimpinan politik Pakatan Rakyat dan saya amat yakin Pakatan Rakyat sebenarnya amat2 tidak bersedia untuk menjadi sebuah kerajaan yang mantap.., apa yang dapat saya bayangkan andaikata PR membentuk kerajaan adalah ketidakstabilan dan kehancuran… maaf – anda memang tidak bersedia..
Saya mendoakan semoga PAD dapat step out dan menjadi dirinya sendiri dan tidak dibayangi oleh parti yang bermasalah dan gelagat kebudak2an oleh PKR dan DAP – dua parti yang “hancur” dan penuh retorik…
Reply
hmmmmmmmmmmmm walaubagaimanapun syabas dan tahniah kepada PAS
Reply
Tahniah kepada seluruh penduduk Malaysia di atas hadiah Manik Urai untuk Najib yang baru menyambut 100 hari panaskan kerusi PM…yang cabut lari ke Mesir atas alasan persidangan NAM. Tetapi semua tahu, air muka najib dah tumpah bersepah.
Hidup Rakyat!
Hidup Pakatan Rakyat!
Reply
65 majoriti. Syabas PAS!!
Reply
Syukur ALHAMDULILLAH PR menang lagi. Kemenangan tipis ada hikmahnya -> Pakatan harus diperkukuhkan.
65 undi majoriti pun tetap menang. Walau satu undi dikira menang. itulah yg dinamakan demokrasi.
analisis pasca prk MU boleh pelbagai, kerana perspektif adalah berbeza2.
menarik utk dirumuskan, rakyat kelantan khusus di MU tidak bersatu hati soal tuntutan royalti.
kesimpulan awal, pengundi MU terbahagi 2: 5,348 mengundi utk tuntutan royalti manakala 5,283 mengundi utk jambatan. Mereka jelas tidak peduli soal 1Malaysia (where is the blue print?), endorsement for najib’s leadership dan tidak peduli hal2 yg lain. isu yg utama ialah antara royalti & jambatan -> dua2 sgt penting bg rakyat setempat.
kpd penyokong2 PR, usahlah bersedih majoriti tipis. 5,348 pengundi yg menyokong pas membuat keputusan yg sgt bijak. mereka menzahirkan sokongan padu kepada kepimpinan kerajaan negeri menuntut hak royalti minyak&gas utk rakyat kelantan melalui peti undi.
bersama2 bersatu hati dlm menuntut hak rakyat adalah satu bentuk kejayaan awal ke arah menentang amalan diskriminasi umno. umno secara terbuka & jelas menganiaya & mengkhianati melayu islam kelantan dlm isu royalti ini. isu royalti ini isu besar, kejayaannya RM1 bilion utk rakyat kelantan (dapat royalti dapat jambatan :) bijak 5,348 org yg berpandangan jauh ini.
mereka yg menyokong bn utk apa? undi bn nk jambatan..kota agro..apa2lah kebendaan yg ditabur itu. katalah jambatan 10juta, projek agro 20juta -> nilai 30juta (janji manismu bn ->dengar boleh percaya jangan) melayu tempat lain serik kena tipu. xtaulah 5,283 ini suka kene tipu.
sebenarnya, kalau dapat royalti RM1bilion yg diperjuangkan kerajaan negeri pimpinan pas, bukan setakat 1 jambatan atau 1 kota agro, macam2 boleh dirancang utk kemakmuran rakyat kelantan. barulah kelantan mendapat Rahman dan Rahim Tuhan Maha Kaya. tp malang 5,283 ini berfikiran pendek. padahnya jambatan xdapat royalti pn xdpt. kalaulah 5,283 bersatuhati mengundi pas utk menghantar 1 suara & 1 mesej yg jelas menuntut royalti, kerajaan diskriminasi penipu umno/bn pasti tersentak ditampar hebat.
malang 5,283 rakyat kelantan terpedaya janji ciput (jambatan) TPM/umno hingga terlupa agenda royalti yg lebih besar. peluang keemasan mendesak kerajaan pusat membayar royalti melalui peti undi disia2kan.
5,283 ini berdosa atau tidak kerana mengkhianati perjuangan 2 juta rakyat kelantan dlm isu royalti ini wallahua’lam. merekalah manusia yg serugi2nya (apapun xdapat).
buat yg lain, Manek Urai telah melakarkan rekod yang menghampakan kejayaan rakyat dlm sejarah. sebagai iktibar generasi akan datang -> janganlah sekali2 mengundi kerana jambatan atau seumpamanya. undilah kerana memilih pemimpin yg baik, beramanah. kini, marilah kita sama2 bermuhasabah diri, memperbaiki kelemahan & memohon keampunanNya.
P/s: warga PR jangan bersedih, LAWAN TETAP LAWAN!! :)
********************************************************************************************
Reply
bullet Reply:
July 15th, 2009 at 8:42 am
salam DSAI n Bloggers
aku amat setuju dgn lu bro, walau 1 undi ini demokrasi….tetap MENANG, walaupun kita tahu manipulasi spr, media, pulis dll
“undi amno dpt jambatan, undi pas dapat jamban” satu rasuah pilihanraya yg menjolok-jolok mata dan terang terangan, sedar la pengundi ubn
percayalah kalau pun be end menang, jambatan mungkin depa yg mulakan tapi yg bakal menyiapkan adalah PR
PR khususnya pas kelantan tuntutLAH royalti minyak, bagi tekanan berterusan demi rakyat kelantan
syabas YB yg baru…..TAKBIR
Reply
hidopANWAR Reply:
July 15th, 2009 at 9:38 pm
Saudara Ron,
Satu penulisan yang bagus dari saudara! Sungguh bernas dan berisi sekali.
Memang sedih ada jugak rakyat yang memandang kebendaan daripada menegakkan kebenaran yang sebenar2nya. Sepatutnya rakyat Manik Urai sehati sejiwa sokong PAS dan tunjukkan kapada BN bahawa rakyat Manik Urai inginkan duit royalti itu!
Tak faham saya mengapa PAS menang tipis! PAS wajar buat postmortem yang mendalam mengapa dan kenapa PAS menang tipis! Kalau beginilah keputusan yang terakhir pilihanraya, kuatir BN sudah mulai mendapat balik sambutan rakyat!
Sahabah2 semua, saya rasa wajar kita perbincangkan kenapa dan mengapa PAS menang tipis supaya menjadi pengajaran bagi PAS dan Pakatan Rakyat! Sila bentangkan sebab musabab yang sahabah2 fikirkan mengapa PAS menang tipis sangat ini. Ini lebih penting dibincangkan kerana melibatkan masa depan PAS dan Pakatan Rakyat! Mesti ada tak kena ni> Adakah ramai pengundi2 hantu? Adakah Pakatan Rakyat sudah mulai di curigai olih rakyat tentang kehebatan kepimpinan Pakatan Rakyat? Bentangkanlah semua ini supaya PAS sedar pengaruhnya merosot!
Sekian wasalam……….
Reply
Pertamanya Syukur Alhamdulillah kerana kemenangan ni. Dah nak pilih golongan yang berkaitan dengan ikan maka tak heran kalau kemenangan pun nyawa2 ikan. Walaupun sikit tapi yang penting menang. Dalam persaingan hanya ada menang atau kalah. Bila dah menang maka nikmatilah kemenangan itu dengan doa dan harapan.
Yang perlu diakui ialah betapa jiwa manusia itu mudah terpengaruh dengan kenikmatan dosa. Segala unsur politik wang dan projek rasuah yang ditanam dan diHALALkan oleh umNO mampu memberi impak yang besar kepada masyarakat. Justeru itu sekiranya generasi akan datang dipenuhi dengan segala keburukan dan kerosakan maka janganlah generasi hari ini marahkan sesiapa. Ini kerana kita hari ini sendiri mengHALALkan segala benih kerosakan itu hidup alam darah kita.
JELAS SOKONGAN BERTAMBAH KEPADA UMNO BERERTI JIWA RAKYAT MANIK URAI / KELANTAN JUGA MENYOKONG SEGALA KEROSAKAN DAN UNSUR RASUAH YANG DIPERJUANGKAN OLEH UMNO.
Percayalah bahawa majoriti tipis ini bukanlah kehilangan sokongan tetapi rakyat Ktan sanggup mengadai maruah demi kenikmatan dunia.
Perjuangan murni kerajaan Ktan untuk mendapat bayaran royalti minyak yang jelas untuk kebaikan rakyat Ktan tidak mampu melawan JANJI RASUAH projek Jambatan Manik Urai serta wang sogokan kepada pengundi calon umNO. Inilah mentaliti rakyat MELAYU. Ternyata masyarakat melayu masih senang dibeli dengan kesenangan diri.
Maka tidak heran apa yang terjadi kepada masyarakat melayu hari ini adalah kerana sememangnya BANGSA MELAYU ITU SANGGUP MENGGADAIKAN MARUAH DIRI. Dah tahu UMNO tu PENIPU dan sanggup mengadaikan maruah bangsa tapi masih SANGGUP lagi memangkah parti PENIPU. Inilah BANGSA MELAYU!
Mengapakah bangsaku terlalu MUDAH DIBELI. Mungkin beginilah caranya bangsa PENJAJAH menguasai tanah bertuah ini. Bukan kerana bangsa mereka kuat tapi BANGSA MELAYU itu mudah dibeli dengan kesenangan diri.
APAKAH INI RUPA BANGSAKU YANG BERGELAR MELAYU. DAN MELAYU ITU ISLAM ?
Reply
syanabs pr..teruskan langakh kita..ds harap bertenang esk di court..kami rakyat yg doakn dr jauh..tapi kami yakin dsai mesti didapati tak bersalah
Reply
Yang perlu diakui ialah betapa jiwa manusia itu mudah terpengaruh dengan kenikmatan dosa. Segala unsur politik wang dan projek rasuah yang ditanam dan diHALALkan oleh umNO mampu memberi impak yang besar kepada masyarakat. Justeru itu sekiranya generasi akan datang dipenuhi dengan segala keburukan dan kerosakan maka janganlah generasi hari ini marahkan sesiapa. Ini kerana kita hari ini sendiri mengHALALkan segala benih kerosakan itu hidup alam darah kita.
JELAS SOKONGAN BERTAMBAH KEPADA UMNO BERERTI JIWA RAKYAT MANIK URAI / KELANTAN JUGA MENYOKONG SEGALA KEROSAKAN DAN UNSUR RASUAH YANG DIPERJUANGKAN OLEH UMNO.
Percayalah bahawa majoriti tipis ini bukanlah kehilangan sokongan tetapi rakyat Ktan sanggup mengadai maruah demi kenikmatan dunia.
Perjuangan murni kerajaan Ktan untuk mendapat bayaran royalti minyak yang jelas untuk kebaikan rakyat Ktan tidak mampu melawan JANJI RASUAH projek Jambatan Manik Urai serta wang sogokan kepada pengundi calon umNO. Inilah mentaliti rakyat MELAYU. Ternyata masyarakat melayu masih senang dibeli dengan kesenangan diri.
Maka tidak heran apa yang terjadi kepada masyarakat melayu hari ini adalah kerana sememangnya BANGSA MELAYU ITU SANGGUP MENGGADAIKAN MARUAH DIRI. Dah tahu UMNO tu PENIPU dan sanggup mengadaikan maruah bangsa tapi masih SANGGUP lagi memangkah parti PENIPU. Inilah BANGSA MELAYU!
Mengapakah bangsaku terlalu MUDAH DIBELI. Mungkin beginilah caranya bangsa PENJAJAH menguasai tanah bertuah ini. Bukan kerana bangsa mereka kuat tapi BANGSA MELAYU itu mudah dibeli dengan kesenangan diri.
APAKAH INI RUPA BANGSAKU YANG BERGELAR MELAYU. DAN MELAYU ITU ISLAM ?
Reply
hidopANWAR Reply:
July 15th, 2009 at 11:03 pm
Pembentangan yang sungguh best! Aku sokong 1000%! Penulisan ini wajar diedarkan kapada kesemua umat2 yang bernama Melayu!
Reply
Assamualaikum Datuk seri,
tahniah juga kepada TGNA, kerana kemenangan ini.
kemerosotan undi kali ini, sedikit sebanyak umpan umno-bn dimakan oleh pegundi2 di manek urai.
saya sebagai rakyat klate, memoho jasa baik dato; seri agar mengingatkan semua ketua negeri pakatan rakyat agar mengenalpasti apa-apa keperluan asas spt jln kampung, jambatan dan lain lagi, diambil tindakan secepat mungkin utk mengatasi masalah tersebut, jangan biarkan lagi BN menjadikannya modal politik bagi kawasan2 di luar bandar.
kepada MB kelantan dan exco YB Husam, ambilah keputusan pilihan raya manek urai kali ini sebagai pengajaran, penuhkan keperluan asas penduduk di manek urai spt keperluan jambatan dua hala yang lebih selesa, utk penduduk manek urai.BN yg mempunyai kekuatan wang dan kuasa pentadbiran jentera persekutuan akan sentiasa mengintai peluang dan ruang mencari kekurangan yg ada pada kawasan pilihan raya kecil untuk mengumpan pengundi dengan janji pembangunan,
Ayuh bangkitlah pemimpin pakatan rakyat, bangunkan dan penuhkan keperluan asas kawasan manek urai dengan segera dan jangan biarkan manek urai ditakok yg lama dan jangan diharapkan sangat dengan bantuan persekutuan yang penuh dengan serampang dua mata.
sekian terima kasih
Reply
alhamdulilah.. 65 majoriti yang membanggakan.. tahniah pada semua.
jangan lupa.. jambtan woo.. tuntut… jangan tak tuntut,,
hehe
Reply
Syukurlah setelah PAS dan PR diserang dari pelbagai sudut , MU berjaya dipertahankan.
Suka bercampur terkejut dengan saingan sengit kiraan undi walaupun akhirnya PAS menang dengan majoriti kecil / kenapa gambaran dan keputusan jauh berbeza…perlu di beri perhatian.
Adakah isu UG yang melanda PAS atau isu dalam PR sendiri yang tidak berkesudahan antara faktor PAS hampir dimalukan.
Andainya Pas yakin dengan PR , lupakan soal berdakwah dan UG itu…dengar dan ikutlah TGNA dan DSAI dan jika sayangkan sangat melayu dan Umno , buatlah keputusan senang aku keluar PAS dan masuk KEADILAN , habis cerita aku.
Susah ada pemimpin yang sudah dimasuki air Umno ni
Reply
Alhamdulillah, kemenangan kpd Pakatan Rakyat melalui anggota nya, PAS-Parti Islam seMalaya, yg ditubuh selepas pecahan drpd Pekembar (UMNO) Allahyarham Tun Onn Jaafar, yg telah menubuhkan Parti Negara iaitu, apa yang dilihat persamaan dgn Pakatan Rakyat, yg mengandungi PAS, keADILan (PKR) dan DAP, yg diketuai olih YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
InsyaAllah, didoakan kemenangan seterusnya bagi Pakatan Rakyat, demi masa depan Negara 1 Malaysia, rakyatnya, pemimpin2 nya dan seterusnya demi masa depan generasi2 akan datang, InsyaAllah.
Dicadangkan, Pilihan Raya bagi tiga (3) DUN Negeri Perak, yg telah berpaling tadah drpd Pakatan Rakyat, semoga Mentri Besar Perak, disandang olih Pakatan Rakyat, melalui ADUN DAP, yg beragama Islam, InsyaAllah, Amin
Reply
El pueblo unido, jamás será vencido,
el pueblo unido jamás será vencido…
The people united will never be defeated, The people united will never be defeated… Arise, sing We are going to win. Flags of unity are now advancing. And you will come marching together with me…
The people united will never be defeated,
The people united will never be defeated…
Arise, sing
We are going to win.
Flags of unity
are now advancing.
And you will come
marching together with me,
and so you’ll see
your song and your flag blossom.
The light
of a red dawn
already announces
the life to come.
Arise, fight
the people are going to win.
The life to come
will be better.
To conquer
our happiness.
and a clamor
of a thousand fighting voices will rise,
speaking
a song of freedom.
With determination
the fatherland will win.
And now the people,
who are rising in struggle
with a giant voice
crying out: Forward!
The people united will never be defeated,
The people united will never be defeated…
The fatherland is
forging unity,
from north to south
they’re mobilizing.
From the salt mines
burning and mineral
to the southern forests.
united in struggle and labor
they go
covering the fatherland.
Their steps already
Announce the future.
Arise, sing
the people are going to win
millions now
are imposing the truth
Their steel battalions
are on fire,
taking in their hands
justice and reason.
Woman
with fire and courage
is already here
Along side the worker.
Reply
Congrats PAS…Jgn diperdulikan dgn majoriti 65…majoriti 1 undi juga di kira menang..Yg penting buktikan yg pas bolehhhhh!!!!
Di minta yg masa kempen tu nak bagi jambatan…harap2 hari ni adalah jentera2 yg diturunkan oleh kerajaan pusat utk membuat jambatan..buat buat jgn x buat!!!
Tahniah sekali llagi kpd parti PAS!!!
LAWAN TETAP LAWAN!!!!!!!
Reply
Salam DS, syabas diucapkan kepada PAS dan PR…Cuma apa yg patut dilakukan sekarang ialah memantapkan lagi kredibiliti PR itu sendiri…Kita boleh mengatakan usia pentadbiran kita masih setahun jagung…Tapi jangan menggunakan alasan tersebut sebagai punca keretakan di dalam pentadbiran tetapi cuba muncul dgn kerajaan yg mentadbir dgn telus dan adil…
Pedulikan isu2 bodoh dan kotor yg cuba dibangkitkan oleh media massa pro BN, yg wajib diambil peduli ialah hak2 rakyat itu sendiri…
InsyaAllah, PR akan menjadi kukuh berbanding BN yg sentiasa mencari peluang untuk kembali ke negeri2 kaya di Malaysia seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan juga Kelantan…
Reply
walaupun menang di manek urai,diharap pakatan rakyat tidak menghttp://www.malaysiakini.com/bm/ambil boleh berasa selesa dengan kemenangan ini,kita tidak boleh lagi bergantung pada alasan pengundi hantu atau politik wang,ini menunjukan yang jentera pilihanraya PR mengambil jalan mudah hendak melepaskan diri dari menyalahkan diri sendiri,diharap pihak pakatan rakyat dapat menyelesaikan isu-isu dalaman PR dengan lebih hemah dan bijaksana kerana dilihat BN berjaya menggunakan kesempatan ini untuk mempengaruhi pengundi,dan juga diseparuh tempat idea pembangunan masih relevan,juga tidak dinafikan BN berjaya memainkan isu kerajaan perpaduan.
Reply
tahniah!!!nie laa kesannye bile ader puak yg buat isu krajaan perpaduan..sakit ati betul laa..tp umno kena trima hakikat yg dorang menang kat batang ai jerr!!huhuhu..PR 4 eva!!
Reply
Tahniah YB Fauzi dan 5,348 pengundi PAS atas mempertahankan kemenangan diManik Urai.Anda semua telah membuat pilihan dengan bijaksana.
Disamping mempetahankan dasar Islam, anda juga telah memperjuangkan tuntutan hak rakyat seluruh Kelantan termasuk juga yang 5,283 pengundi BN, sebanyak 1 billion berbanding 5,283 pengundi Kelantan yang memperjuangkan tuntutan hanya sekadar 3 – 4 juta sahaja untuk negeri Kelantan (bijak ke tak bijak, lu fikirla sendiri.)
Tahniah dan terima kasih juga kepada seluruh warga kerja Pakatan Rakyat yang bertungkus lumus memastikan kemenangan PAS diManik Urai. Walaupun perbezaan sebanyak 65 undi sahaja, kami tetap tabik pada anda semua kerana berhadapan dengan jentera Kerajaan Malaysia bukan jentera BN.
Kepada TGNA,TGHA,DSAI & LKS, terima kasih & tahniah.
Reply
Salam
Tahniah kepada PAS,takziah pada BN. Mmg dah jangka PAS akan menang,tapi majarotinya sahaja yang tak tau. Bagus ler ada post mortem lepas menang tipis di Manek Urai. Ada beberapa perkara yang boleh dikongsi di sini secara makronya tentang kemenangan tipis ini di MU walaupun AKU bukan orang sana.
1. Isu-isu berbangkit seperti pembinaan jambatan /royalti minyak
-Royalti ni baru jee dipertengahkan – a wrong move
-Jambatan – isu lama yang tak diSEMPURNAKAN oleh pemimpin PAS.
(SILAP kena akui jugak BANG, jgan dalih2 lagi, cari sumber utk implement that prjt!)
2. Betul ke pengundi dapat RM300? Bukan tuduh, tapi dengar khabar angin saja. Banyak tuuu!!!
3. Selain nak post mortem tentang diri sendiri, kena post mortem ORANG lain jugak…kenapa diorang boleh dapat banyak undi, bagaimana caranya, HALAL ke tak HALAL punya cara, mcmana influence pengundi..muda ke tua yang berjaya dipengaruhi?,….
KNOW your enemy! Learn Educate Acknowledge Deliver Execute Reliable (LEADER)
Reply
Assalamualaikum YB DSAI & Semua Pimpinan Pakatan Rakyat,
Lanjutan daripada keputusan PRK Manek Urai yang memberikan kemenangan kepada PAS/PR dengan majoriti 65 undi, pandangan saya adalah seperti di bawah:
1)Undi PAS merosot hampir 400 undi jika dibandingkan dengan undi yang diterima semasa PRU-12 tempoh hari. Ini sekaligus menafikan nas puak UMNO tentang ke mana perginya hampir 1300 undi majoriti pada PRU-12. Ya betul undi puak UMNO meningkat hampir 1000 lebih namun harus diingat PAS hanya hilang 400 undi bukan 1300 seperti yang diwar-warkan.
2)UMNO/BN telah mengerahkan semua yang mereka ada untuk merampas Manek Urai, maka mereka akan bertindak seagresif yang mungkin demi mendapatkan Manek Urai dan ini termasuklah memperkudakan ‘Kuda Semua Kementerian’, Yang Menyerang Pasti Akan Lebih Agresif Daripada Yang Bertahan’. Sesungguhnya UMNO/BN masih tidak berubah dengan politik najisnya, namun begitu saya mengharapkan PAS/PR tidak menggunakan faktor di atas sebagai faktor terbesar untuk dijadikan alasan pilihanraya kerana rakyat sedar tentang perkara ini dan sentiasa memerhatikan. Marilah kita perbetulkan kesilapan sendiri dahulu dan rapat serta kukuhkan gabungan ke arah membentuk ‘Government in Waiting’ yang lebih baik dan tersusun. PAKATAN RAKYAT MESTI BERGERAK SENADA & SEIRAMA,JANGAN MENUDING JARI SESAMA SENDIRI DI SAAT KEPERCAYAAN RAKYAT TERPAHAT BERSAMA KITA.
3)Apa sebenarnya muslihat di sebalik majoriti 65 undi? Pandangan saya sangat mudah, Rakyat Kelantan sangat bijak berpolitik. Mereka sayangkan Kerajaan Tok Guru tetapi itu bukan penghalang kepada mereka untuk memangkah dacing jika mereka beroleh kebaikan dan dalam masa yang sama ia tidak menggoncang Kerajaan Pimpinan Tok Guru. Saya berasa Manek Urai tidak peduli tentang ‘agropolitan’ dan ‘anak emas’ yang dijanjikan tetapi ‘jambatan’(jambatan dua hala) yang dijanjikan adalah sangat terkesan dengan mereka. ‘Jambatan’ yang dijanjikan adalah satu ‘Janji Fizikal’ dan mungkin ia sangat diperlukan malah janji ini mudah bagi Manek Urai memantaunya, jambatan terbina maka tertunailah janji yang ditabur!!!
4)Tun MahaZalim pernah berkata, perbezaan satu undi pun adalah kemenangan juga. PAS telah melalui lebih daripada apa yang Tun M ungkapkan. PAS telah memerintah Kelantan dengan kelebihan satu kerusi DUN di mana salah satu kerusi DUN itu hanya dimenangi dengan majoriti 2 undi. Ini tidak memberi kesan kepada pimpinan Tok Guru khususnya, tentang puak UMNO, biasalah mereka sudah lama tak berkokok. Biarkan UMNO berkokok tetapi PR mesti terus BERSATU!!!
Kesimpulannya, keputusan PRK Manek Urai hanya menggambarkan isu tempatan iaitu ‘Manek Urai Itu Sendiri’. Maka dengan kemenangan yang berjaya dipertahankan ini, Abe Uji dan Kerajaan Kelantan memainkan peranan bagi memastikan ‘Tradisi Kemenangan Rakyat’ dapat diteruskan.
‘BN USAHLAH ENGKAU MENDABIK DADA, PR RAPATKAN SAF & BERMUHASABAH’
“NO TO UNITY GOVERNMENT, RAKYAT WANT PAKATAN RAKYAT”
Reply
Kalau orang bukan Melayu berbalik kepada BN, habislah kamu semua.
Makanya, jangan bertelingkah, rakyat nak lihat kita bekerja, bersatu, berkasih sayang sesama.
Dan juga jangan bersekongkol dengan UMNO, sekarang apa dah jadi!
Apakah saya undi kamu supaya kamu kamu ini dapat bersahabat dengan mereka?
Reply
Bagi saya PR bukan sahaja perlu liberal kepada kehendak2 kaum lain, malah meningkatkan sokongan tradisi kaum Melayu kepada UMNO..analisis sekarang amat mudah…sepertimana PRU 10 dimana UMNO menang dengan sokongan kuat kaum melayu..waktu BA kalah kerana hanya mendapat sokongan majoriti org melayu disebakan kes DSAI..maka formula amat mudah walaupun teori praktikal perlu didalami..bagaimana PR boleh meningkatkan sokongan org Melayu melebihi 50%????Sedangakan sokongan kaum bukan Melayu sekarang adalah hampir 70%!!!Adakah mustahil PR utk bersikap liberal dan sama adil kepada kaum bukan melayu dalam masa yg sama meningkatkan sokongan dan dokongan kuat dari kaum Melayu??Bagi saya PR sekarang berada dalam risiko yg besar utk menghadapi PRU 13..kerana semata2 mengharapkan sokongan peratusan tinggi dari kalangna bukan melayu tetapi sekadar berpuas hati dengan sokongan org melayu dibawah 50%…jika PR menang pun PRU 13..majoritinya amat tipis..dan pentadbiran tidak stabil..kerana majoriti sokongan melayu masih lagi ditangan UMNO…soalnya kenapa pada tahun 1999 Ssokongan melayu hampir 55% tetapi pada 2008 sebaliknya??Apakan terdapat jurang atau kekeliruan di PR utk bagaimana menarik sokongan org2 Melayu..anehnya jika PR telah berjaya menarik sokongan kaum2 Cina dan India utk menyokong PR pada PRU12 sehingga sekarang..kenapa pulak perkara yg sama tidak boleh dilakukan utk meningkatkan sokongan kaum Melayu..andainya di Manek Urai komposisi kaum bukan Melayu juga tinggi..saya percaya majoriti tipis 65 itu boleh menjadi majoriti besar..sebab apa sebab sokongan kuat kaum cina dan India..jadi hypotikalnya kenapa mesti diletak risiko sokongan kepada kaum2 tertentu sahaja dan bukan semua kaum..komposisi kaum inilah yg melonjak sokongan rakyat Bkt. Gantang terhadap DS Nizar..tetapi analisis disitu mengatakan sokongan org Melayu berkurangan..kenapa jadi begitu???Sedangkan dasar Kerajaan PR Perak juga memartabatkan org melayu2 yg miskin?Adakah kelemahan media dan publisiti di pihak PR? Atau strategi komunikasi yg lemah di pihak PR??
Semua ini mesti dihalusi oleh PR!!Jika UMNO kehilangan sokongan org Melayu nescaya kekuatan kerajaan PR yg memerintah akan kuat dan stabil!!
Reply
hidopANWAR Reply:
July 15th, 2009 at 10:19 pm
Mungkinkah sokongan Melayu pada Pakatan Rakyat dibayangi ketakutan terhadap DAP?
Moga kepimpinan Pakatan Rakyat kenalah mendapat memikat pengundi2 Melayu supaya jangan gentar dan takut pada DAP!
Semua kepimpinan DAP wajar hormat dan setuju bahawa kuasa Pemimpin2 Melayu didalam PKR dan PAS wajar menjadi kekuasaan MAJORITY didalam kerajaan nanti seperti mana MCA selama 51 tahun hormat dan setuju kekuasaan Majority Melayu didalam kerajaan baik Pusat dan Negeri BN!
Selagi DAP tidak iktiraf kekuasaan majority pemimpin2 Melayu dari PKR dan PAS, saya rasakan amat sukar pengundi2 Melayu akan sokong pada Pakatan Rakyat! UMNO sudah terserlah menjadi champion orang2 Melayu baik didalam kerajaan Pusat dan Negeri!
Maka wajarlah DAP berterus terang pada rakyat jelata bahawa DAP akan akur kekuasaan majority Melayu didalam Pakatan Rakyat! Baik BN atau Pakatan Rakyat, rakyat jelata kena sedar hakikat bahawa Melayulah yang akan jadi kuasa majority didalam kerajaan nanti baik Pusat atau Negeri! Selagi issue kekuasaan Melayu tidak diiktiraf DAP, saya rasakan susah Pakatan Rakyat akan memenangi pilihanraya masa hadapan!
Pemimpin2 Melayu didalam Pakatan Rakyat baik PAS atau PKR kena berani jadi macam UMNO yang menjadi ketua pada parti2 lain didalam BN! Kalau pemimpin2 Melayu didalam PKR dan PAS bercakaran2 dan berebut2 kuasa,ajelah jangan mimpilah untuk membentuk kerajaan Pusat dan Negeri nanti.
Elok jugak Pakatan Rakyat membenarkan bangsa2 bukan Melayu yang sederhana dan moderate membentuk parti dan masuk didalam naungan Pakatan Rakyat dan diharap janganlah pulak DAP sekat mereka2 ini semua.
Image DAP selama ini memang susah hendak dilupakan olih orang2 Melayu! Maka wajarlah DAP bersikap moderate macam MCA dan akur pada ketua2 Melayu mereka semua.
DAP kena belajar sikap toleransi MCA yang setia pada UMNO sejak merdeka lagi. Semua rakyat negara kita wajar bukak balik Sejarah Tanah Melayu!
Lagi satu,tu rakyat2 di Sabah dan Sarawak. Kena tembus benting negeri2 ini supaya rakyat disana faham perjuangan Pakatan Rakyat! Selagi rakyat disana selalu dibuaikan janji2 pembangunan, ajelah susah Pakatan Rakyat dapat menebusi mereka ini semua.
Rakyat mestilah di asuhkan menyokong kerajaan yang benar2 bersih,cekap dan amanah dan jangan tadsub hanya pada janji2 pembangunan! Apa ertinya pembangunan kalau kerajaan tidak bersih cekap dan amanah?
Sahabah2 semua, berilah komen dan kalau nak bantai, silakanlah!
Reply
hemmmmm 65 undi…Pimpinan PR kena muhasabah diri jugak…jangan rasa duk zon selesa je…ingat kuasa rakyat adalah segala-galanya…PRU 13..siapa bijaksana…dia punya…renung2 kalah
Reply
Macam Pengkalan Pasir dan Ijok…dalam pilihanraya kecil mereka menang tetapi bila tiba piliharaya sebenar mereka kecundang…sekarang ni majoriti yang diperolehi merosot…tapi Insya Allah ia akan meningkat semula pada PRU ke 13 nanti!
Reply
Assalamualaikum YB DSAI dengan kemenangan yang tipis dan tidak membanggakan ini saya berharap PR lebih berhati-hati dan post mortem perlu dilakukan. Sejak akhir-akhir ini YB-YB seringkali mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan percanggahan pendapat sesama sendiri terutamanya berkaitan dengan masalah dalaman parti seringkali digembar-gemburkan di dalam media. Saya harap PR tubuhkan J/K Disiplin untuk memantau perkara-perkara begini. Rakyat menjadi pemerhati akan menilai gelagat YB-YB dan protes melalui undi akan dilakukan.
YB DSAI seorang yang berpengalaman luas saya berharap dapat menangani masalah ini.
Kalau tidak dalam PRU13 rancangan untuk menuju ke Putrajaya akan musnah.
Cadangan ini adalah dari hati yang ikhlas.
Reply
ASSALAMUALIKUM DSA.., TAHNIAH UNTUK PAS DAN PR. HARAP BERSYUKUR DENGAN KEMENANGAN DAN MUSAHABAH DIRI DENGAN KEPUTUSAN YANG DIHADAPI..KEPADA RAKYAT YANG MASIH BUTA HATI MASIH LAGI MENYOKONG BE-END YANG TERANG-TERANG MELANGGAR PERLEMBAGAAN NEGARA APAKAH ORANG INI TIDAK PERNAH TERFIKIR KE????KECEWA MELIHAT UNDANG2 NEGARA INI DIPERMAINKAN OLEH NAJIB DAN BE-END. SIA-SIA MENGHANTAR ANAK BANGSA PERGI MENGAJI UNDANG-UNDANG JIKA PEMIMPIN TIDAK MENUNJUKKAN CONTOH YANG TERPUJI..JANGAN LUPA ALTANTUYA..P. BALASUBRAMANIAM( DI MANA DIA SEKARANG ?????? )
LAWAN TETAP LAWAN
Reply
salam,
Kemenangan ini sebagai peringatan kepada PR agar tidak leka dan alpa dgn kejayaan lalu. Ianya sebagai satu benchmarking mengenai perjuangan yang masih lagi baru bermula. Semoga PR terus berjuang dengan semangat yang tinggi dan kurangkan kontroversi sesama sendiri di hadapan media.
Wassalam.
Reply
SALAM PERJUANGAN…SALAM REFORMASI..
TAHNIAH KPD YB FAUZI..BIARPUN JUMLAH UNDI YANG TIPIS NAMUN KITA HARUS BE5RSYUKUR KERANA KITA BERDEPAN DENGAN BAPAK2 PENYAMUN,PEMBOHONG DAN PEMBELIT…BIARPUN BERJUTA WANG DITABURKAN BIARPUN SEMUA JENTERA KERAJAAN DIGUNAKAN NAMUN KITA TETAP MENANG..PERANCANGAN ALLAH SWT MELEBIHI SEGALANYA…APA YANG HARUS KITA LAKUKAN ADALAH TERUSKAN KERJA DAN USAHA BAGI MEMPASTIKAN PRU AKAN DATANG KITA AKAN MENANG BESAR…BUBARKAN DUN PERAK,KEMBALIKAN KUASA KEPADA RAKYAT UNTUK MEMILIH SIAPA YANG BERHAK MEMIMPIN KERAJAAN NEGERI PERAK..MERAMPAS KUASA SECARA HARAM TAK AKAN DAPAT KEREDAAN DARI ALLAH SWT MAHUPUN RAKYAT JELATA…MAKA AKAN MENJEJASKAN SEGALA PENTADBIRAN YANG AKHIRNYA RAKYAT MENJADI MANGSA…..
BUBAR…BUBAR…BUBAR DUN PERAK…HANCUR..HANCUR…HANCUR UMNO DAN BN.
KEMBALIKAN KUASA KEPADA RAKYAT…LAWAN TETAP LAWAN.
…MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH…PERJUANGAN RAKYAT MALAYSIA..
Reply
Dari Kacamata Halik Zaman
UMNO GHAIRAH PASAL MANEK URAI TAPI LUPA KALAH DIKUALA TRENGGANU
Tabiat AYAM bila bertelur sebiji, berkokok riuh sekampung. Itulah amalan para pemimpin UMNO. Para pengulas politik UMNO pula seperti perantara Astro Awani Suhaimi Sulaiman, Kamarul Baharin dan Nazri Kahar Doctor doctor falsafah, para professor dan cendikiawan UMNO bila tahu sahaja majoriti PAS 65 maka mereka pun turut BERKOKOK lah macam AYAM JANTAN selepas betinanya bertelur.
Suhaimi Sulaiman juru ampu, lalu memalukan gendang kemenangan yang sumbang lagi haprak itu menerusi Awani. Lagaknya seperti “fusafir yang haus ditengah padang pasir mendapat air kotor”. Dah berbuih mulut mereka haus untuk menafikan majoriti PAS keparas 65. Walau wang rakyat habis RM100 juta, tak apa asalkan dapat menurunkan majoriti PAS, cukuplah.
Suhaimi Sulaiman, Kamarul Baharin, Nazri Kahar perantara sidang Awani dalam acara “umpat mengumpat” ditambah lagi dengan para professor kaki bodek terus mengampu Dato Seri Najib kononnya 11 Hadiah Untuk Rakyat membawa kesadaran maka pengundi Manek Urai beralih fikiran menyokong BN diManek Urai. Sebenarnya para pemimpin UMNO, para pengampu seperti para professor dan para cendikiawan “tukang Ampu Najib” di Astro Awani itu tersalah membuat andaian.
Sepatutnya para pemimpin UMNO harus sedar, pengaruh mereka dikalangan orang Melayu cuma ada 49% sahaja dan pengaruh PAS 51%. Sedang dikawasan Manek Urai 99.9% orang Melayu yang berugama Islam pun UMNO masih boleh kalah apa tak lagi kalau dikawasan 50% orang Melayu, 30% orang Cina dan 20% orang India. UMNO pasti boleh harubiru jadinya
Tanpa membuat homework kawasan 50-50 para pemimpin UMNO tidak sedar akibatnya. Para professor dan cendikiawan UMNO akan terus percaya bahawa orang Cina dan India akan memberi sokongan kepada calon Melayu UMNO dikawasan 50-50 dan menolak calon Melayu Pakatan Rakyat. Kalau
para pemimpin UMNO berfikir sedemikian mungkin mereka “Tersalah Tidur Dapat Mimpi Yang Salah”.
Sepatutnya para pemimpin UMNO merasa gelisah kalah 65 undi diManek Urai dengan PAS. Sepatutnya UMNO menang dengan majoriti 3000 kerana Timbalan Perdana Menteri turut turun padang, turut naik rumah turun rumah pun UMNO tidak dapat menang dikawasan 99.9 orang Melayu. Macam mana UMNO boleh jadi parti dominen bangsa Melayu? Sedang orang Melayu tidak sampai 50% yang sokong UMNO? Keputusan PRK Manek Urai sudah menjelaskan dengan terang bahawa bukan UMNO yang menjadi parti dominen orang Melayu. Sebenarnya parti yang mendapat sokongan orang Melayu adalah PAS. Walaupun sikit majoritinya tapi yang nyata UMNO kalah.
Dr. Mahathir pernah berkata ketika beliau di cabar oleh Tengku Razaleigh sebagai Presiden UMNO satu ketika dulu, ” chek tak kesah biaq satu undi, kira menang jugak”. Akhirnya Dr. Mahathir sampai 22
tahun juga berkuda dengan orang Melayu.
Bila kerusi Parlimen UMNO di Kuala Trengganu dirampas oleh PAS 7 bulan yang lalu dalam satu Pilihan Raya Kecil, para pemimpin UMNO tidak ulas ketika itu bahawa UMNO sudah kehilangan kepercayaan dari orang Melayu? Malah majoriti PAS berlipat ganda jika dibandingkan dari UMNO dapat dalam PRU12.
Walaupun PAS telah tumpaskan calon UMNO/BN diKuala Trengganu dalam PRK dulu, pemimpin PAS diam sahaja, tidak riuh sekampung. Padahal kekalahan UMNO itu begitu mengaibkan politik UMNO. Kekalahan UMNO dalam PRK Parlimen diKuala Trengganu itu semacam muka para pemimpin UMNO tertampar tahi lembu. PAS tidak pula ghairah sangat seperti UMNO terlalu ghairah cuma mengurangkan majoriti PAS sahaja, bukan UMNO menang juga.
HZ
Reply
apa yang menyebabkan penduduk manek urai memberi kemenangan tipis kepada PAS? sebagai signal bahawa PAS tidak harus diperbodohkan oleh PKR dan DAP…
PAS perlu berani keluar daripada kongkongan idealisme dan retorik DAP dan PKR, adalah mustahil dan amat mustahil untuk PR membentuk kerajaan yang mantap jika gelagat2 kebudakbudakan yang ada dalam PKR dan DAP terus dibirakan bermaharajalela…
Nasihat untuk PAS – keluar daripada PR…, kembangkan sayap parti untuk keahlian bukan Islam dan jika ada peluang, adalah lebih baik untuk berkompromi dengan BN…. Malaysia hanya akan ebih aman tanpa PR
Reply
MOHD SUHAIMI AZIZ Reply:
July 15th, 2009 at 9:32 pm
Alahai IMalaysia…………….
Politik umno/bn ialah mereka akan mencari PAS bila mereka lemah tapi bila mereka dah kuat mereka akan jadikan PAS sebagai lawan!!!!!!!
Selagi umno/bn masih wujud, selagi itulah berbilion duit rakyat dan harta negara dirompak atas nama pembangunan di mana-mana projek-projek diagihkan sesama kaum kerabat mereka dengan nilai markup yang melampau!!!!!!!
Berikut adalah sebahagian rentetan peristiwa “tidak aman” sepanjang umno/bn wujud di Malaysia :
1. Peristiwa 13 Mei 1969
2. Singapura terlepas dari Malaysia
3. Tragedi Memali
4. Pengharaman umno pada tahun 1988
5. Penghapusan imuniti raja-raja melayu pada tahun 19983 dan 1993
6. Kehilangan banyak tanah rezab melayu pada awal tahun 1990an
7. Penghapusan tulisan jawi
8. Dasar PPSMI yang membunuh masa depan rakyat terutamanya anak-anak melayu
9. Kehilangan pulau batu puteh
10. Penghapusan biasiswa dan diganti dengan pinjaman PTPTN yang melahirkan graduan melayu yang berhutang seumur hidup
11. Rampasan kerajaan PAS di Kelantan melalui pengistiharan MAGERAN
12. Rampasan kerajaan PR di Perak
13. Dan banyak lagi yang tak larat nak diceritakan…………
Habis apa pula peristiwa yang kata negara tidak aman sejak PR wujud?????? Jelaslah itu semua adalah propaganda jahat umno/bn ala zionis yahudi!!!!!!!!!
Reply
hidopANWAR Reply:
July 15th, 2009 at 9:45 pm
Pemimpin2 Melayu didalam PKR dan PAS akan menggantikan UMNO. Pemimpin2 Melayu ini semualah yang akan jadi teras kuasa majority didalam Pakatan Rakyat! Jangan bimbanglah pada bukan2 Melayu didalam DAP dan PKR! Mereka semua setuju bahawa majority Melayulah yang bakal gantikan UMNO. Kalau UMNO bolih jadi ketua pada semua bukan Melayu didalam BN, takkan Pemimpin2 Melayu didalam Pakatan Rakyat tidak bolih jadi kuasa majority didalam Pakatan Rakyat! Jangan kuatirlah saudara, kuasa Majority Melayu tetap akan ada didalam Pakatan Rakyat! Kalau bukan Melayu tidak setuju kekuasaan Majority Melayu, maka tiada amanlah di negara kita ini nanti!
Reply
CHELSEA Reply:
July 15th, 2009 at 10:08 pm
sdr Imalaysia,(nama pun haprak ikut projek none malaysia)
Otak kamu belum sampai keparas Phd,kamu harus ambil mata pelajaran megampu lulus SPM,dan ambil tution kat umno,ahli2 mereka boleh ajar,dan seterusnya keU,pemimpin mana nak ikut cakap kamu ni,dah juga otak SRP,konon nak cari populariti dikelangan org PR,siapa nak dengar cakap kauni,najib dan pak misai kontot egoist tu lagi berbuih mulut nak ngampu Tuan hj Nik Aziz,inikan pula kamu labu…….baik kau cari labi…
Reply
hidopANWAR Reply:
July 15th, 2009 at 10:45 pm
elo saudara,
apa hang merepek ni lah? Jangan bimbang! PAS,PKR dan Dap tahu mentadbir dan bermuafakat sesama sendirilah. Hang sebuk2 ni kenapa? Tiada kerja lain ke?
Tak nampak ke kesemua pilihanraya2 dimenangi olih Pakatan Rakyat kecuali kat Sarawak tu! Tu pon banyak pengundi2 hantu dari pendalaman Sarawak la kan…….
Reply
cELikCiLiK Reply:
July 16th, 2009 at 9:36 am
kelakar la engkau nie IMalaysia….ko tau ker 1Malaysia yg najib canangkan tu!!! UMNO ni dh xleh nk kemana dah,nk guna strategi maner pun dh tak reti…akhirnya Be End susuli rentak PR dgn umumkan 1Malaysia……Komponen PR dh lama perjuangkan benda nie,cuma skunk nie tengah perkukuhkan titik pertemuan di antara mereka…meaning that we are 65 step forward than Be End. Wahai Be End, teruskan ikut rentak PR n samapai masa nnt akan kami hantar kamu ke lubang najis!!!
Reply
MU punya keputusan mana ada kesan kat PR…BN pun sama..kesan dia hanya kat pengundi MU yg ambil duit aje..Mu yg terpencil dan pendalaman mana ada masa nak pikiaq najib ka tok guru ka..ini masa nak ambil duit..sbab tak ada kesan pada stste gomen..yg media perdana dok riuh apa..ahli akdemik macm nak rak dok bagi analisis..abah ko..tapi kalau p/kecil d KL ke aku caya ada reflek sokongan rakyat pada mana mama parti. Yg penting tu PR besaq nanti..baru tau langit tinggi rendah
Reply
Imalaysia, pernahkah anda menghitung berapa banyak orang Melayu (OM)yang patut naik pangkat tetapi dinafikan kerana mereka penyokong PAS.Berapa banyak pula yang memohon itu dan ini tepi dinafikan walau pun mereka Melayu tetapi mereka ahli PAS. Berapa banyak yang telah dipindah-randahkan kerana mereka mempertikaikan tindak-tanduk pemimpin UMNO. PAS telah dipelekehkan buat sekian lama, dihinakan dan difitnah dengan pelbagai macam fitnah. Tapi bila kuasa sudah terhakis untuk mendapat kekuatan balik baru ingatkan bangsa, baru ingatkan rakan seagama. Jenis Melayu apa yang macam ini?. PAS tidak pernah menolak untuk berdamai asalkan beasaskan dengan kerana Allah dan atas dasar agama Islam bukan bangsa.
Reply
PEWIRA PENGUNDI
Peninggalan pemimpin,
Menusuk hati,
Tiba masanya yang baharu dipilih,
Bakal penyandang tampak dua
Keangkuhan, Kegemilangan,
Retorik dan janji manis,
Dihunus dan dihumban,
Cerca dan cela menjadi kebiasaan,
Suara reformasi bergema,
Janji jambatan tidak kurangnya.
Pabila tiba masanya,
Tanggung jawab ditunaikan,
Debaran jantung semakin meningkat,
Penungguan ibarat seribu tahun,
Diucapkan kata- kata kemenangan,
Rakyat telah bersuara!
Keinginan mereka jelas,
Janji jambatan, janji sebelas,
Lemas dalam arus reformasi.
Pelbagai alasan diberinya,
Enam puluh lima menjadi angka,
Namun sedarlah wahai dungu sekalian,
Menang tetap menang,
Kalah tetap kalah.
Tatkala BN bergelimpangan dalam abu kecundangan,
Diucapkan tabik dan penghargaan kepada pewira pengundi,
Perjuangan masih jelas,
Perbezaan diketepikan,
Lawan tetap lawan!
Nukilan : AnGAiN, 15 thn
Reply
hidopANWAR Reply:
July 15th, 2009 at 10:38 pm
UMNO dan BN pancing undi dengan menabur janji2 pembangunan!
Pakatan Rakyat kena pandai tangkis ini semua dengan menyedarkan bahawa rakyat perlukan kerajaan yang benar2 bersih,cekap dan amanah dan memakmorkan rakyat terdahulu dengan pandai mentadbir kekayaan dan ekonomi negara! Masih ramai rakyat yang tergula2 dengan janji2 manis pembangunan dan tidak nampak issue kerajaan yang bersih cekap dan amanah!
Reply
Salam, amboi zabidi amk johor tu,best sngt komon tu..tapi betul semua ape yang kamu ckp tu..
Tak nmpk jln lnsung BIII EEEEN leh menang d MU tu,korang tabur la ape jadah sekali pun,jambatan emas sekali pun,merayu keluar air mata emas sekalipun,terbukti angka keramat 65 mnjd bukti..yg pasti result di MU mnjd fakta bknnya auta,PEMBORONG IKAN menjd YB MU..Dia ingat nama dia Tuan Aziz Tuan Mat, dkt nak sama dgn nama Tuan Guru Nik Aziz,orang MU kelabu mata,nak nyokong dia..piiraah.. Tahniah YB,tahniah pengundi di MU…Boleh dah start buat ape2 yg di jnjikan,ke janji politik BI EN jee…
ENAM PULUH LIMA,65..(65)..ENE PULOH LIMO…MEMBUAT UMNO/BN tak tidur malam,padan muka..
Reply
Tahniah dan syabas kepada PAS dan Gabungan Pakatan Rakyat atas kemenangan ini
Namun, beberapa perkara harus dilihat dan dikaji,
punca kemerosotan undi dikalangan pengundi di Manek Urai,
faktor luaran dan jangan sesekali menidakkan faktor dalaman parti yang memantulkan
kemampuan para pimpinan sama ada PAS DAP PKR untuk mentadbir negara.
Masalah dalaman harus diselesaikan dengan bijak dan berhikmah,
atau mungkin terus disembunyikan habuk dan debu itu di bawah hamparan permaidani,
insyaAllah,
kebenaran akan terbukti
kebatilan akan terpadam
Allahu Akbar…
Salam Reformasi…
Reply
hidopANWAR Reply:
July 15th, 2009 at 10:35 pm
setuju sangat 100%
Reply
tahniah MU.. tahniah PAS, PAKATAN RAKYAT..sy doakan moga DSAI akan selamat dunia akhirat…
LAWAN TETAP LAWAN…
Reply
hidopANWAR Reply:
July 15th, 2009 at 10:31 pm
Jangan main tahniah2 sahaja! Risaukan kenapa dan mengapa sokongan Melayu terhadap PAS dan Pakatan Rakyat merosot! Adakah pilihanraya Manik Urai melambangkan hal sebenarnya mentaliti pengundi2 Melayu seluruh negara nanti! PAS dan Pakatan Rakyat kenalah bedah siasat dan buat post mortem betol2! Jangan terjadi seperti dinegeri Perak, sudah hilang kuasa sekelip mata sahaja.
Reply
saudara anwar ibrahim
saya amat berharap saudara akan menunaikan janji untuk menuntut royalti minyak bagi pihak rakyat kelantan (walaupun saya tahu saudara sendir tidak faham hujung pangkal kes ini). Jangan jadi seperti janji Kg Buah Pala. Sesungguhnya antara orang yang munafik adalah orang yang tidak berpegang pada janji yang dilafazkannya.
Reply
Pertama kali setinggi ucapan tahniah kepada umngok kerana berjaya mengekalkan kekalahan kali ke-7 berturut-turut…
Aku setuju pendapat yang mengatakan penyokong akar umbi mula sangsi dan kurang minat kepada PAS sejak meletusnya isu kerajaan perpaduan yang diminati oleh Ustaz Nasa, Mustafa Ali, Nasarudin Tantawi dan ada 2-3 kerat lagi tu…
Kedua, aku juga setuju Pakatan Rakyat jangan terlalu ‘terlampau’ demokrasi apabila membiarkan pemimpin dalam Pakatan Rakyat sewenang-wenangnya membelasah sesama sendiri dengan bersaksikan RTM, TV Tiga Suku dan media yang sewaktu dengannya…
Ketiga, PAS dan PR sejak seronok dengan gelombang 8 Mac lalu janganlah sampai terlalu over confident…perangai ini tidak baik kerana mula ambil mudah dengan kekuatan lawan…contohnya tuntutan BERSIH bagi menjalankan pilihanraya yang adil dan telus sudah mula tidak kedengaran lagi…
Harap pihak pimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat ambil serius dengan telahan ahli atau penyokong akar umbi ini sebelum PAS dan PR akan bertambah parah nasibnya…
Aku juga setuju dengan saranan Lim Kit Siang supaya diwujudkan satu sekretariat Bersama atau Lembaga Disiplin Pakatan Rakyat bagi menangani masalah yang wujud dalam Gabungan Pakatan Rakyat…
PAS dan PR jangan jadi macam umngok cakap aje yang berdegar-degar tapi habuk pun tarak…
PAS dan PR perlu bikin serupa bercakap barulah rakyat yakin dan insyaallah PAS dan PR akan menerajui negara ini suatu hari nanti…wallahualam…
Reply
salam,
BN hempas pulas nasib baik pr menang dengar khabor bn jutaan ringgit tp lupa itu duit rakyat juga
keputusannya BN dah 6 0 padam muka bn.angkoh,lagi sombong
Reply
Malaysians who have hoped for a better Malaysia are now in an unenviable situation, placed between a rock and a hard place.
The BN which has gone on an orgy of looting and abuse of power for the past 50 years has driven many Malaysians to place high hopes on the Pakatan for deliverance. Therefore in 2008 the voters have given the Pakatan a bit of power and clipped the wings of the BN by denying them the traditional 2/3 majority and kicked them out in 5 states. Pakatan was given a probation period to prove themselves. Initially the Pakatan was on a bright learning curve but within a short period of time they are beginning to disappoint.
For the past 1 month, the Pakatan itself went on an orgy of infighting, mistrust and warlordism. Promising leaders such as Lim Guan Eng, Teresa Koh, Jeffery Looi, Azmin and others have degenerated into fourth-grade leaders of gutter politics and cheap heroism. Instead of being level-headed in consultation and solving problems together each group begins to act unilaterally. They justify their individual action of “trashing out the problems in the open instead of sweeping them under the carpet”. This transparent policy was proudly trumpeted by PKR’s Tian Chua and DAP’s Lim Guan Eng. But what we are witnessing for the past weeks was more of personal attacks and washing of dirty linens in public instead of trying to sincerely solve problems. This “transparent policy” is being used merely as a cover for engaging in unbridled madness and immaturity that threaten to go uncontrolled if not check immediately.
If these leaders cannot agree with each other in a limited capacity now, how are they going to perform as actual Ministers in the event that Pakatan capture the Federal government? Wake up Pakatan, the people are watching and they don’t like what they are seeing now. If you keep on bashing one another with total abandon you are going to lose the plot.
If Najib were to spring a surprise of a snap election you would be left licking your own wound and wonder why you have squandered a golden opportunity of doing a noble job for the country. You have been warned – wake up and start working!
Reply
UMNO buat janji kalau dia menang PRK Manek Urai akan buat jambatan baru Manek Urai. Sayangnya UMNO tak berjanji apa-apa kalau dia kalah tipis yang dianggapnya sudah menag itu.
Reply
RAKYAT KELANTAN SANGAT BIJAK BERPOLITIK.. DENGAN MENJADIKAN KEMENANGAN PAS DALAM MAJORITI YANG KECIL IAITU HANYA 65 UNDI, BERMAKNA KERAJAAN BN TIDAK BOLEH LEPAS TANGAN BEGITU SAHAJA JANJI-JANJI POLITIK MEREKA UNTUK MANEK URAI.. KERANA TERNYATA JANJI-JANJI YANG DIBUAT OLEH BN ITU MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT MANEK URAI.. TAPI ITU TAK BERMAKNA MERAKA BERSEDIA LEPASKAN DUN MANEK URAI KEPADA BN.. PENGARUH TGNA MASIH KUAT.. SENANG CAKAP, PENDUDUK MANEK URAI MASIH SAYANGKAN TOK GURU, TAPI TAK BERMAKNA MEREKA MENOLAK PEMBANGUNAN TERUTAMANYA ISU MENGENAI ‘JAMBATAN’ TU.. JADI DGN KEKALAHAN TIPIS, BN TIDAK BOLEH MENGATAKAN YANG PENDUDUK MANEK URAI TELAH MENOLAK ISU PEMBANGUNAN.. JANJI BN KEPADA PENDUDUK MANEK URAI MESTI DITUNAIKAN..
Reply
Tahniah sekali lagi kepada PAS dan PR secara umumnya. walaupun berbagai rintangan yang dilalui hingga diibaratkan telur dihujung tanduk namun kemenangan manis tetap dirasai. Analisis demi analisis ulasan demi ulasan namun hakikatnya kemenangan ini bukanlah kejayaan yang perlu diraikan tetapi ianya adalah amanah yang harus dilaksanakan. YB Fauzi mungkin terasa amat terhina dengan kenyataan Muhyidin bahawa YB Fauzi tidak berpelajaran mana mungkin mampu untuk berkhidmat kepada masyrakat Manek Urai. Sebenarnya inilah sifat dan sikap sebilangan besar didalam UMNO mereka mempunyai sikap riak yang tidak dapat diselindung lagi. menghina dan memperkecilkan orang lain adalah lontaran lisan yang menjadi kebiasaan bagi mereka. Kertas serta sijil hanya bukti zahir yang dijadikan ukuran didunia ini tetapi menjalankan amanah lebih penting dari segulung ijazah.
Masyarakat diManek Urai memerlukan YB yg dekat dihati mereka menjadi Imam didalam masjid mereka membaca talkin dan bertahlil ketika diperlukan. Muhyidin berjanji dengan jambatan, KESEDAR pula dijadikan badan untuk memajukan hidup masyrakat Manek Urai. Mengapa dulu 2004 ketika umno dimanek urai, jambatan tidak dapat dibina dan KESEDAR tidak berfungsi sepenuhnya? Jika benar UMNO menang maka semuanya yg dijanjikan akan dilaksanakan, maka sepatutnya 2004 ketika UMNO memerintah Manek Urai janji ini sepatutnya telah terlaksana. Alhamdulillah masyrakat diManek Urai sedar akan retorik politik UMNO ini.
Bagi mendapatkan royalti bukan suatu perkara yang mudah, dengan kemenangan diManek urai ini bukan bermakna royalti akan diberikan kepada Kelantan. AKU NIE mengharapkan masyrakat diManek Urai, tidak begitu berharap dengan royalti, jambatan dan mungkin juga 11 perkara yang diwar-warkan oleh najib. selagi UMNO bersemayam di persekutuan selagi itulah agenda rakyat hanya sekadar hebahan bukan kenyataan.
Bagi PR masalah suami isteri selesaikan didalam kelambu jangan sampai anak-anak tahu mak bapa mereka ini tidak sebulu. Marah kat suami pasal tidak dapat kusyen baru macam jiran sebelah tu, hah mula minta cerai, dah heboh satu kampung baru le nak berdamai. Ape yang dapat? kusyen tidak ape pun tidak. udah udah le tu bawa-bawa le berbincang. Mantapnye pertadbiran satu kerajaan itu bergantung kepada kemuafakatan perkara-perkara asas. Bagaimana untuk menaik taraf kehidupan agar rakyat tidak dibebankan bagaimana untuk menyatu padukan rakyat dari segi perpaduan inilah sebenarnya yang harus dijadikan penekanan. Hanya disebabkn si mughallazah itu maka satu negeri kembali lagi ketangan si mutaghayar. bila ini terjadi rujuk lah macamana pun keluarlah air mata darah sekalipun. maka semuanya tidak berguna. Walahaulam.
Reply
Alhamdulillah..Tahniah atas kemenangan PAS di Manik Urai.Syabas diucapkan kepada semua pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat serta jentera2 PR yang terlibat dalam kempen..Akan tetapi kemenangan yg tipis sangat membimbangkan saya..Undi pemuda lebih berpihak kepada BN dengan 61 undi..
Harap pemimpin PR dapat mengatasi masalah dalaman yg timbul dengan segera..Golongan muda memerlukan penjelasan dan penyelesaian tentang isu2 yg timbul akhir2 ini..Saya sedar yang semuanya bukan perkara yg mudah utk diselesaikan, tetapi isu2 ini banyak menjejaskan undi dan keyakinan masyarakat..
Golongan muda mesti didekati dengan kadar segera..Ketua Pemuda PR perlu lebih aktif,melaksanakan pembaharuan dengan pendekatan yang baru dan lebih kreatif lagi..Jadikan golongan muda sebagai sahabat dan dalami keinginan mereka..Ketua Pemuda perlukan lebih publisiti yg baik untuk lebih dikenali golongan muda, dan lebih menonjol dengan karisma yg tinggi..Ini penting untuk persaingan yg positif dan sengit ini..
Saya sgt2 risau dengan keadaan ini..Saya amat berharap agar pemimpin2 muda dpt dipilih dengan lebih teliti supaya kepercayaan,sokongan dan kesetiaan daripada golongan muda dapat diraih..Terima kasih YB..
~Pemuda yg Risau~
Reply
Alhamdulillah..Tahniah atas kemenangan PAS di Manik Urai.Syabas diucapkan kepada semua pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat serta jentera2 PR yang terlibat dalam kempen..Akan tetapi kemenangan yg tipis sangat membimbangkan saya..Undi pemuda lebih berpihak kepada BN dengan 61 undi..
Harap pemimpin PR dapat mengatasi masalah dalaman yg timbul dengan segera..Golongan muda memerlukan penjelasan dan penyelesaian tentang isu2 yg timbul akhir2 ini..Saya sedar yang semuanya bukan perkara yg mudah utk diselesaikan, tetapi isu2 ini banyak menjejaskan undi dan keyakinan masyarakat..
Golongan muda mesti didekati dengan kadar segera..Ketua Pemuda PR perlu lebih aktif,melaksanakan pembaharuan dengan pendekatan yang baru dan lebih kreatif lagi..Jadikan golongan muda sebagai sahabat dan dalami keinginan mereka..Ketua Pemuda perlukan lebih publisiti yg baik untuk lebih dikenali golongan muda, dan lebih menonjol dengan karisma yg tinggi..Ini penting untuk persaingan yg positif dan sengit ini..
Saya sgt2 risau dengan keadaan ini..Saya amat berharap agar pemimpin2 muda dpt dipilih dengan lebih teliti supaya kepercayaan,sokongan dan kesetiaan daripada golongan muda dapat diraih..Terima kasih YB..
~Pemudi yg Risau~
Reply
Muhyiddin Yassin tipu penduduk Manik Urai ..
Reply
Ibrahim Abdul Rahman Reply:
July 16th, 2009 at 10:33 pm
PAS = Parti Ajaran Sesat
hua hua hua
Reply
Tahniah UMNO-BN kerana kalah : maka dengan ini umno-bn telah berapa kali kalah berturut2 maka kajilah apa kehendak rakyat masa kini,jgn hanya berjanji….janji tu kosong sesiapa boleh buat janji tapi nak tunaikan tu sampai bertukar kerajaan pun masih tinggal janji.
Tahniah Pas-PR atas kemenangan 65 undi….kalau main bola 65 gol tu banyak….
teruskan perjuangan anda walaupun menang 65 undi….tapi tetap menang juga, biarpun 1 undi lebih yg penting menang….nampaknya pengundi akan tahu sama ada janji TPM akan dikaburkan atau janji pancing undi saja…..
1 malaysia……
Reply
hidopANWAR Reply:
July 16th, 2009 at 4:36 pm
Budak sekolah darjah lima pon pandai fikirkan menabur janji2 pembangunan! Rakyat dahagakan kerajaan yang benar2 bersih,cekap dan amanah serta mendahulukan kepentingan rakyat daripada memperkayakan diri sendiri,keluarga dan sahabat handai!
Reply
salam…dengan nama allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani…semua saudaraku dalam pakatan rakyat…skit masa lagi kita semua dapat tau siapa benar siapa salah…dunia sekarang pun dah..mcm2 dok jadi..sabar lah ye..yg hak tetap akan mengalahkan yg batil..
Reply
woi umno/bn…dulu pas lebih satu kerusi je dalam dun kelantan tu pun masih boleh bertahan..dgn pemerintahan ulamak..so apa yg korang nak rasa bangga dgn kalah 65 majoriti tu..tu pun bukan nya korang menang tapi kalah,,,,,,,,,,apalah kemaruk kuasa sungguh umno bn nie…x cukup lagi korang mentekendaraah duit rakyat….
Reply
Perang pilihan raya di Manek Urai telah tamat dan PAS berjaya mengekalkan rentak kemenangan yang berterusan dalam siri pilihan raya kecil pasca PRU 12. Kemenangan tipis dengan majoriti hanya 65 undi adalah agak mendebarkan dan mengejutkan. PAS dan UMNO masing – masing terkejut.
Ia adalah kejutan yang boleh berlaku di mana – mana. Para sahabat al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam mengalaminya di medan Uhud dan di medan Hunain. Kejutan itu daripada Allah. Kita menjangkakan kemenangan selesa sehingga petang dan UMNO mengakuinya, tetapi Allah datang di hujung senja dengan kehendakNya. UMNO kalah kerana itulah kesudahan musuh Allah. Kita pula kalah dalam dan dengan strategi kita sendiri. Allah memenangkan agamaNya. Pastinya bukan kita!
Bagi seorang mukmin yang peka dan khusyu’, mengambil ibrah dan pengajaran adalah lebih jitu dan berguna daripada menikmati kemenangan. Kemenangan adalah anugerah dan hadiah, sedang ibrah adalah amanah dan tanggung jawab. Menang di dunia bukan bererti menang di akhirat, sedang mengambil ibrah di dunia pasti beroleh kemenangan di sana.
Uhud mengajar sahabat erti taat dan tidak gelojoh. Hunain mengajar mereka erti berani dan tidak ujub. Itulah yang utama. Daripada ibrah itulah para sahabat membina diri menjadi tentera Allah yang siap siaga memacu perjuangan dan dakwah.
Allah menghendaki kita mengambil ibrah dari Manek Urai melebihi kegelojohan kita untuk menikmati kemenangan darinya.
Saya harap post mortem terhadap keputusan pilihan raya N41 Manek Urai akan menghasilkan jawaban yang tepat demi mengekalkan kita dalam landasan perjuangan.
Faktor rohani hendaklah diutamakan. Itulah makna perjuangan Islam.
Perhatikan persoalan – persoalan berikut:
1) Mengapa begitu mudah pengundi culaan milik kita di Manek Urai menukar undi kepada BN sedangkan Manek Urai adalah kubu kita di selatan sejak dulu? Di mana nilai agama?
2) Mengapa kita bermudah dengan penceramah DAP, tetapi tidak sesama kita? Tidakkah sebelum ini kita mudah dengan DAP dan lebih mudah sesama kita, dan terbukti telah berjaya?
3) Mengapa perselisihan dalaman dihidupkan sepanjang kempen di Manek Urai sehingga media massa dan musuh seronok memainkannya. Itukah kematangan?
4) Kesatuan adalah syarat kemenangan. Adakah kita meraikannya?
5) Mengapa kita gagal membatasi leluasa politik wang UMNO sehingga pengundi tak pun terasa haram menjual undi mereka? Kita di Kelantan, kubu Islam.
Strategi adalah penting. Tetapi ia bukan bandingan iman di dada. Iman menjadi lemah apabila penyakit hati melanda. Allah melihat hati kita sebelum strategi kita. Apabila iman lemah, tiada yang indah pada strategi. Justeru Allah menegur pada iman, bukan pada strategi.
Kepada anak – anak muda di medan perjuangan, juga di pusat – pusat pengajian, marilah belajar beribrah daripada kejadian hari ini agar kita mantap menyambung tali perjuangan masa depan. Moga kita lebih matang dan bersedia nanti.
PRK tak sama dengan PRU. PAS Kelantan biasanya kalah dalam PRK, tetapi tidak PRU. Kali ini kita menang sebagaimana di Pulai Chondong dulu. Saya yakin Abe Uji mampu memainkan peranan besar membina kembali keyakinan rakyat kepada PAS. Beliau calon yang betul untuk rakyat Manek Urai, insya Allah.
Semoga Kelantan terus membangun bersama Islam.
Titipan Nik Abduh dlm blognya…
Reply
Manik Urai adalah signal penting, untuk dibaca oleh semua kepimpinan Pakatan Rakyat khususnya yang memegang amanah sebagai wakil rakyat. Ingatlah jangan terlalu selesa dengan kemenangan. Kita menang bukan semata – mata kerana kekuatan parti tetapi kerana kebencian rakyat kepada Regim pemerintah. Rakyat memilih kita kerana kita mampu bersatu atas isu berkepentingan ramai. Justeru itu rakyat juga mampu menghumban kita jika kita gagal melaksanakan harapan dan janji perubahan kepada rakyat. Kita sering telagah dalam isu sekecil lantikan ahli Majlis……sekali lagi ditegaskan ini masalah warisan regim Bn….jangan lawan kerana nak tempatkan orang itu atau nak tolak orang ini dalam menjadi ahli Majlis sebaliknya kita harus besar hati desak segera diadakan Pilihanraya Majlis Kerajaan Tempatan seperti yang pernah diadakan. Pembayar cukai berhak memilih siapa yang harus menguruskan cukai mereka…..ini peneguhan prinsip demokrasi dan hak….jika kita lakukan ini nescaya akan terus jauhlah Bn dari hati rakyat.
Reply