14
Jul
09

Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta Esok

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan akan hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Beliau akan berdepan dengan tuduhan fitnah yang direka khusus demi merencatkan perjuangan rakyat dan agenda Perubahan. Berikut merupakan butiran program tersebut:

Tarikh: Hari Rabu 15hb Julai 2009
Tempat: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Kompleks Mahkamah Jalan Duta
Masa: 8.00 pagi

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM


26 Responses to “Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta Esok”


  1. 1 Kai Hau Jul 14th, 2009 at 7:20 pm

    DSAI,wish u all the best!

    Reply

    ron Reply:

    Syukur ALHAMDULILLAH PR menang lagi. Kemenangan tipis ada hikmahnya -> Pakatan harus diperkukuhkan to move forward.

    65 undi majoriti pun tetap menang. Walau satu undi dikira menang. itulah yg dinamakan demokrasi.

    analisis pasca prk MU boleh pelbagai, kerana perspektif adalah berbeza2.

    menarik utk dirumuskan, rakyat kelantan khusus di MU tidak bersatu hati soal tuntutan royalti.

    kesimpulan awal, pengundi MU terbahagi 2: 5,348 mengundi utk tuntutan royalti manakala 5,283 mengundi utk jambatan. Mereka jelas tidak peduli soal 1Malaysia, endorsement for najib’s leadership dan tidak peduli hal2 yg lain. isu yg utama ialah antara royalti & jambatan -> dua2 sgt penting bg rakyat setempat.

    kpd penyokong2 PR, usahlah bersedih majoriti tipis. 5,348 pengundi yg menyokong pas membuat keputusan yg sgt bijak. mereka menzahirkan sokongan padu kepada kepimpinan kerajaan negeri menuntut hak royalti minyak&gas utk rakyat kelantan melalui peti undi.

    bersama2 bersatu hati dlm menuntut hak rakyat adalah satu bentuk kejayaan awal ke arah menentang amalan diskriminasi umno. umno secara terbuka & jelas menganiaya & mengkhianati melayu islam kelantan dlm isu royalti ini. isu royalti ini isu besar, kejayaannya RM1 bilion utk rakyat kelantan (dapat royalti dapat jambatan :) bijak 5,348 org yg berpandangan jauh ini.

    mereka yg menyokong bn utk apa? undi bn nk jambatan..kota agro..apa2lah kebendaan yg ditabur itu. katalah jambatan 10juta, projek agro 20juta -> nilai 30juta (janji manismu bn ->dengar boleh percaya jangan) melayu tempat lain serik kena tipu. xtaulah 5,283 ini suka kene tipu.

    sebenarnya, kalau dapat royalti RM1bilion yg diperjuangkan kerajaan negeri pimpinan pas, bukan setakat 1 jambatan atau 1 kota agro, macam2 boleh dirancang utk kemakmuran rakyat kelantan. barulah kelantan mendapat Rahman dan Rahim Tuhan Maha Kaya. tp malang 5,283 ini berfikiran pendek. padahnya jambatan xdapat royalti pn xdpt. kalaulah 5,283 bersatuhati mengundi pas utk menghantar 1 suara & 1 mesej yg jelas menuntut royalti, kerajaan diskriminasi penipu umno/bn pasti tersentak ditampar hebat.

    malang 5,283 rakyat kelantan terpedaya janji ciput (jambatan) TPM/umno hingga terlupa agenda royalti yg lebih besar. peluang keemasan mendesak kerajaan pusat membayar royalti melalui peti undi disia2kan.

    5,283 ini berdosa atau tidak kerana mengkhianati perjuangan 2 juta rakyat kelantan dlm isu ini wallahua’lam. merekalah manusia yg serugi2nya (apapun xdapat).

    buat yg lain, Manek Urai telah melakarkan rekod yang menghampakan kejayaan rakyat dlm sejarah. sebagai iktibar generasi akan datang -> janganlah sekali2 mengundi kerana jambatan atau seumpamanya. undilah kerana memilih pemimpin yg baik, beramanah. kini, marilah kita sama2 bermuhasabah diri, memperbaiki kelemahan & memohon keampunanNya.

    P/s: warga PR jangan bersedih, LAWAN TETAP LAWAN!! :)

    ********************************************************************************************

    Reply

  2. 2 orang paklah Jul 14th, 2009 at 8:39 pm

    pas menang pakatan menang,bn kalah,najib dan muhyiddin harus meletak jawatan bn kalah kerana korang berdua la yang merosakkan dan menjatuhkan paklah dalam diam.

    Reply

    joe-kedah Reply:

    Orang Pak Lah, aku kesian kat muhyiddin yasin, kesian kat najib sampai lari ke mesir, oh lupa pula tugas khas mesyuarat nam, tapi bawa bini buat apa. Bini bukan ada jawatan, pi buat apa. Aku kesian kat muhyiddin bukan pasai apa, bawa duit dengn helikopter nak jamu orang manik urai kut-kut bolih pejatoh tok guru nik aziz, dengan kuasa Allah tak jatoh juga tok guru tu.Aku takut bukan pasai apa, duit juta-juta habis, menang tak juga, yang kenyang orang manik urai. Orang manik urai memang pandai main politik, bagi duit depa bagi undi lebih sikit saja tapi bn umno tak menang juga. Tu lah hang muhyiddin, jangan dok hina tok guru, la ni, terima lah habuan, doa tok guru tu berkat. Dulu hang pejatoh pak lah, la ni hang tunggu lah sapa nak pejatoh hang pula. Allah bayar tunai muhyiddin oi, tok sah dok bangga sangat dengan jawatan pangkat hang tu, suatu hari hang pun kena jatoh juga. Hang tengok lah la ni, pak lah relex saja, silap-silap haribulan masa relex-relex ni, jengoi pula sorang anak baru pula. kepada orang pak lah, hang jangan dok dendam muhyiddin tu, dia tu anak tok guru, dah lah tu keturunan raja bugis pula tu, sama dengan najib, nanti dia sumpah hang jadi duit juta-juta pula nak kambus duit yang habis dimanik urai tu.ORANG MANIK URAI KENYANG DUIT JUTA-JUTA, SIAPA NAK SANGKA JADI JUTAWAN SEGERA!

    Reply

  3. 3 Lucas Jul 14th, 2009 at 9:32 pm

    Saya ingin berkunsi cerita dengan pembaca blog ini tentang pengelaman saya berkaitan dengan mahkamah, walau pun saya tahu sendiri tidak bersalah tetapi keluar masuk mahkamah bukan lah sesuatu yang senang,saya merasakan seolah olah polis sentiasa menganggap kita sebagai penjenayah.Dalam masa tiga tahun case itu sembilan kali masuk mahkamah tetapi tidak jadi becara sebab macam macam alasan dari pihak yang menuduh ,dan akhirnya case itu di buang.Saya sangat sedih bila melihat orang sekiranya tidak bersalah di tarik keluar masuk mahkamah apakah lagi orang yang serperti DSAI, walaubagaimana pun kita harur membuktikan sendiri dan berjuang mempertahan kan diri mungkin akhirnya kita nampak hasilnya.Saya bukan orang yang penting dan berpendidikan tinggi,tetapi orang yang membuat tuduhan sebegini kapada DSAI orang yang tak dapat menjumpaai kesalah lain untuk menjatuhkan DSAI, mungkin kah telalu bersih.DSAI harus berjaga selalu walaupun rakan seperjuangan duit selalu menyusahkan orang.

    Reply

  4. 4 Ramli Jul 14th, 2009 at 9:45 pm

    Dari pilihanraya Manek Urai, saya dpt kesimpulan bhw thp kebencian rkyat trhdp BN tak byk mana pun, walaubagaimanpun saya ucapkan tahniah kpd calon PAS, di atas kemenangan. biarlah kita bersikap profesional, tak perlu kutuk mengutuk. Begitu juga dgn kes ini, kalau tak bersalah alhamdullilah, tp biarlah undang2 yg menentukan tak pyh kutuk org. Kalau kita kalah terima seadanya. Jgn bila kita kalah, kita ceramah sana sini.., ini tak adil..itu tak adil. Dari komen yg lepas byk sgt hinaan yg saya dpt, byk sgt perkataan bodoh yg saya dpt. Hanya Tuhan yg mampu membalasnya. kita perlu profesional.

    Reply

    omar Reply:

    jgn bwt ksmpln yg menynkn diri sendri…saudara plu ingt tntng rasuah pltik prk kli yang bgtu terdsk dilkukan oleh phk BN..mgnkan pelbgai cara kotor utuk menghilangkankan rasa mlu slps rentetn keklhn yg dilami…fkr2kn la whai cik ramli..jgn fkr gne kpla lutut..

    Reply

    CHELSEA Reply:

    pak ramli salam senja,

    Kami tetap dgn pendirian kami BN menangpun pilihan raya dulu/sekarang,kerana mengunakan jentera(jentolak)kotor byk lumpur rasuah terpalit kat rakyat sebab membelitkan kuasa,duit rakyat sesuka hati nak hambur.

    Reply

    linza Reply:

    setuju dengan chelsea. bn guna duit rakyat sesuka hati.guna helikopter harta kerajaan.Dulu masa jadi MB johor bukan main alim lagi.Sekarang dah jadi TPM tunjuk taring yang dah tak bertaring tu…..

    Reply

  5. 5 Zzjebat Jul 14th, 2009 at 9:51 pm

    Selamat Berjuang DSAI……

    Di Dunia ini bukan tempat Bersenanglenang……Jalan Kebenaran memang

    banyak RAnjau, duri dan Onak yang perlu ditempuhi…..

    Banyak Cabaran….tunggulah kemanisanya pasti menjelma…insyaalah…

    Pengamal UNDANG2…HAKIM2…AG…PENDAKWARAYA….banyak2 Baca AlQuran…

    Solat2….JAGA KEADILAN semoga ANDA sentiasa kejalan yang LURUS………

    Michael Jakson pun MENINGGAL DUNIA, Kita pun kesana juga…………….

    Oleh itu jalankan AMANAH dengan sebenar2nya…..Amin……

    Nota: HAKIM2 dan semuanya dah LANJUT USIA…. dah tak lama lagi daaaah..

    Buatlah KERJA SEBAIK mungkin nanti TAK MENYESAL NANTI.

    Reply

  6. 6 win win winner Jul 14th, 2009 at 10:06 pm

    Salam berjaya,

    MENANG TETAP MENANG WALAUPUN HANYA 65 UNDI MAJORITI…

    HIDUP PAS !!HIDUP PR!!!

    RASALAH TENDANGAN PAK NIK……SYABASSSSSSSSS!!!

    Reply

  7. 7 PutraMalaya Jul 14th, 2009 at 10:11 pm

    Salaam. Semoga anda terus dirahmati, diampuni dan dipelihara ALLAH dalam ketaatan kepada-Nya sepanjang hayat. Semoga sejahtera dunia dan akhirat. Dunia hanya persinggahan, persiapkan diri untuk akhirat yang kekal tiada penghujung.

    Reply

  8. 8 zik Jul 14th, 2009 at 10:11 pm

    DS,

    Ini adalah wake up call dari rakyat…saya berharap sangat PR bangun dari tidur!!
    Sekarang masalah di Selangor pulak!!Minggu ni kes DS di mahkamah pulak!!
    Kalu semua ingat PR akan menang di PRU 13…harap jangan terlalu berangan2 sgt!!!

    Manik Urai adalah wakeup call yg penting utk PR..tambahan pulak kerusi majoriti Melayu..
    kalu PR nak menang PRU 13..jgn lupa majoriti pengundi Melayu!!!Dan kepada YB2 PR sudah2lah bergaduh sama sendiri tak tentu pasal!!

    Apa2pun saya doakan DS dibersihkan dari tuduhan fitnah ini di mahkamah!!Saya tak mau DS jadi korban utk kejayaan PR…sya nak DS jadi PM dan bebas bila PRU 13!!!

    Reply

  9. 9 fahmi Jul 14th, 2009 at 10:26 pm

    gambar kaki dan selipar DSAI di Manek Urai pun ada orang ambil!

    http://1.bp.blogspot.com/_1o8J8yXCruM/Slqq5lGWb3I/AAAAAAAAC7g/8a0CsnaYqTs/s1600/6.JPG

    Reply

  10. 10 Mohd Noor Haji Jaafar Jul 14th, 2009 at 11:26 pm

    Syukur alhamdulillah Pas telah menang kerusi DUN Manek Urai. Walau dengan majoriti tipis saya maseh berbangga dengan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat dengan bertungkus lumus untuk mencapai kemenangan ini. Umno/BN dengan dengan janji manisnya untuk membena jambatan baru Manek Urai dan berbagai bagai lagi janji untuk menarik simpati pengundi. Juga Umno/BN tanpa segan silu memberi wang saguhati pada para pengundi, bantuan pakain sekolah dan macam macam pantuan untuk para pengundi..

    Di Manek Urai saya sempat berbual dengan seorang ahli Umno bernama Hj Ismail beliau berasa kecewa yang amat sangat dengan ketidakhadziran PM Najib di Manek Urai. Dia mengatakan dengan kehadziran Najib boleh membawa kemenangan kepada BN kerana lain pemimpin Umno tidak mampu untuk BN mencapai kejayaan. Saya cuma dengar dan tidak ambil berat sangat tentang kenyataan itu. Selepas saya tengok keputusan bahawa calon Pas menang dengan majoriti 65 undi dan barulah saya sedar kenyataan tersebut ada asasnya. Beliau mengatakan belum pernah tengok PM sebelum ini tidak hadzir di mana mana pilihanraya kecil. Takkan Najib itu sibuk sangat untuk meluangkan walaupun sejam untuk datang ke Manek Urai.

    Reply

    Hajjah Maimon Hashim Reply:

    Bukan tak mahu datang, tapi takut nanti kalau datang MU majoriti PAS lagi banyak
    TAKBIR…………….

    Reply

  11. 11 hanzalah Jul 15th, 2009 at 12:57 am

    DSAI

    semuga Allah berikan ketabahan dan istiqamah dalam mempertahankan kebenaran berlandaskan alQur’an dan Al-sunnah. semuga Allah izinkan DSAI untuk memperhambakan diri demi menegakkan kebenaran dan keadilan di bumi Allah ini

    Allah Maha Berkuasa
    Allah Maha Bijaksana
    Allah Maha Adil

    Walau berkumpul seluruh hakim-hakim didunia ini dengan tujuan untuk menjatuhkan hukum bersalah kepada DSAI, jika tidak diizinkan oleh Nya, pasti akan kecundang usaha tersebut. Keputusan dan bantuan Allah akan bersama orang-orang yang dizalimi.

    salam perjuangan kepada DSAI

    Reply

  12. 12 maw Jul 15th, 2009 at 8:34 am

    Tercetus dua bilah pendapat walaupun serumpun,satu pihak [5348] mahukan hak mereka royalty minyak yang telah sekian lama diperputarbelitkan fakta oleh pihak berkuasa.Disatu pihak lagi [5283] mimpikan jambatan IHSAN dari pihak yang berjanji.Keputusanya mudah bagi ABE UJI ialah ABE layan kedua dua warga ABE ni.Sebagai wakil yang sah ABE tuntut bagi pihak warga ABE yang telah termakan janji bn/umno iaitu jambatan yang terindah dan ABE teruskan perjuangan ABE menuntut hak mutlak orang kelante termasuk warga 5348 iaitu pitih royalty.Inilah diyo perjuange hak sesamo,barulah nampak islam tak pilih bulu dan darjat.ABE UJI apo kato ABE mulakan dengan koperasi nelayan yang lebih gah dan mantap lagi,barulah 5348 5283 memantapkan kepaduan bagi rakyat dan ABE UJI.Hambo usik aje ABE UJIni anyway tahniah dan selamat menjalankan tugas demi islam.BAGI KESEMUA BLOGGERS DAN PETUGAS PETUGAS UNTOK KEMENANGAN DAN KEJAYAAN INI SYABAS DAN TAHNIAH!! TAHNIAH!!.TERUS MENDOAKAN KEMENANGAN UNTOK DSAI DIMAHKAMAH.AMIN.

    Reply

  13. 13 chomelwangi & hubby Jul 15th, 2009 at 8:51 am

    Ya ALLAH lindungilah Dato Seri Anwar Ibrahim.

    Reply

    RAT Reply:

    JANGAN TAKUT YANG BATIL PASTI AKAN JELAS.
    TAPI KALAU ASYIK TANGUH TANGUH MANA NAK JELAS.
    KITA TUNGGU SAAT DAN KETIKA SEMOGA ALLAH MENUNJUKKAN KEBENARAN.
    KITA KENA TERIMA HAKIKAT ATAS SEGALA KEPUTUSAN.

    Reply

  14. 14 Denone_Permatang Pauh Jul 15th, 2009 at 5:10 pm

    Sebenar orang Kelantan, khusus di Manik Urai terlepas satu peluang yang cukup penting untuk pembangunan, kesejahteraan dan pemerkasaan orang Melayu-Islam. UMNO, khusus PM dan TPM sedang berusaha untuk mendapat undi di kawasan Melayu untuk menjustifikasikan penyaluran dana pembangunan dan sebagainya secara besar-besaran. Manik Urai dan penduduk Melayu-Islam khasnya dan Kelantan akan mendapat peruntukan yang cukup besar untuk melonjakkan orang Kelantan ke satu taraf yang boleh menjadikan rakyat dinegeri lain envy. Tok Pa, bekerja keras nak memastikan bahawa PM dan TPM akan mengotakan janji untuk menyalurkan dana yang cukup lumayan untuk generasi akan datang. Orang melayu-Islam hari ini cukup terhimpit. Hanya melalui UMNO, orang Melayu akan dapat kembali perkasa. Saya masih berharap walaupun tewas, UMNO/BN akan terus menyalur dana tersebut kerana akhirnya yang untung ialah orang Melayu-Islam.

    Reply

  15. 15 ORANG PAKLAH Jul 15th, 2009 at 7:55 pm

    bn penipu bn zalim,selepas pilihan raya muka pemimpin atasan bn tiada lagi dimanik urai,janji tinggal janji,bangunan dan jambatan hanyalah mainan politik bn,kalau la bn iklas nak bantu rakyat jgn la ada diskriminasi dan berat sebelah,bn jangan lupa janji terutama tpm berhutang janji dgn penduduk manik urai walaupun bn kalah muhyiddin harus bertanggung jwb menjaga kebajikan penduduk manik urai seperti yang telah dijanjikan jangan la kerana pas menang hanya majoriti 65 tpm mungkir janji untuk membangunkan manik urai dan lari dari tanggungjawab untuk rakyat 1 malaysia keseluruhannya,najib dan muhyiddin jgn lupa pengundi yang telah melonjakkan majoriti menjadi angka 65,ini menunjukkan bn harus mengotakan janji yang dibuat jikalau tidak rakyat akan menolak bn pada PRU KE 13 NANTI.

    Reply

  16. 16 maw Jul 16th, 2009 at 4:46 am

    Denone permatang pauh,anda harus menerima hakikat bahawa selama ini kerajaan pusat telah berzaman menganaktirikan rakyat kelantan dari apa jua hak mereka didalam perlembagaan.Apakah ini dasar kerajaan bn/umno yang dengan tanpa malu dan silu mengatakan negara islam?Lihat sahajalah hak orang melayu didalam kongkongan bn/umno sendiri dimana kononnya 30% adalah hak mereka.Jangan katakan tercapai malah telah dilucutkan oleh bn/umno sendiri[rujuk pada ucapan pm]adakah ini dinamakan pembelaan hak orang melayu?1malaysia negara islam yang dilaung laungkan kenapa menolak hak dan memperlekehkan hukum sipencipta islam itusendiri.Cukuplah memperbodohkan dan mempermainkan minda orang melayu,melayu zaman nenek moyang dulu bolehlah digula gulakan dengan memmangkah kapal layar boleh belayar kemekah,apakah anda masih terjiwai kata kata bn/umno hanya dacing akan kekal sampai keahirat atau masih bermimpi pangkah bn/umno memperolehi syurga?

    Reply

  17. 17 maw Jul 16th, 2009 at 5:01 am

    Perancangan menghalalkan cara untok suatu matlamat adalah diluar ajaran islam ,pihak yang dianiayai lambat laun doanya direstui oleh yang maha esa.Dsai dan Rpk semoga mendapat kemenangan amin.Lawan tetap lawan.

    Reply

  18. 18 zaidy Jul 17th, 2009 at 10:20 am

    salam, semoga ceria dan tabah selalu,
    1) tahniah atasa kemenangan pas, jangan terlalu yakin, perlu ada munasabah diri dan parti, perkukuhkan hubungan dalaman dan dengan rakyat setempat,pulih kan imej dan tetapkan pandangan semua pimpinan .
    2)untuk dsai semoga berjaya dan sentiasa berhati-hati dengan tindakan daripada pelbagai pihk yang ingin menjatuhkan anda, allah sentiasa bersama orang yang benar dan jangan cepat lupa diri dan menyesal atas apa yang telah ditetapkan nya.
    3)sebagai pemimpin tertinggi rapatkan hubungan antara semua ahli pakatan dan buat perancangan awal dan bernas untuk pilihan raya akan datang.
    4)utamakan dahulu kepentingan rakyat dan pastikan tindakan betul dan masyarakat sekililing yakin dengan pakatan.
    sekian dari rakyat yang mahukan kebenaran pada tempat yang benar dan hapuskan rasuah dari segala segi.insyaaalah

    Reply

  1. 1 KERAJAAN RAKYAT » Blog Archive » Keputusan PRK Manek Urai Lewat- Mungkin Pagi Esok Pingback on Jul 14th, 2009 at 7:04 pm

Leave a Reply