09
Jul
09

Mansuh PPSMI Kejayaan Rakyat

Dari Malaysiakini

Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Hassan Ahmad menyifatkan keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012 sebagai satu kejayaan rakyat.

“Rakyat seluruhnya tentu lega dan gembira, kerana pengajarannya di sekolah kebangsaan Cina dan India juga turut dikembalikan kepada bahasa ibunda masing-masing,” katanya kepada Malaysiakini.

GMP merupakan gabungan badan-badan bahasa, NGO dan parti-parti politik yang ditubuhkan untuk mendesak kerajaan supaya memansuhkan dasar yang diperkenalkan sejak 2003.

Melalui GMP, isu PPSMI juga turut dibangkit dalam kempen beberapa pilihanraya kecil yang diadakan sejak awal tahun ini.

Hassan mengucapkan syabas kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin, yang menteri pelajaran, kerana “berani membuat keputusan yang benar” demi kebaikan masa depan rakyat.

Katanya, PPSMI merupakan satu dasar yang salah dan menyusahkan rakyat serta membazirkan wang untuk kembali kepada dasar asalnya.

“Walaupun pelaksanaan sepenuhnya hingga 2012, tetapi bagi saya ia melibatkan operasi, bukan soal dasar PPSMI,” katanya ketika diminta mengulas pengumuman Muhyiddin hari ini.

Hassan berkata, GMP memberi sokongan penuh kepada beliau sehingga proses seterusnya sehingga 2012.

Berikutan itu, katanya, GMP akan bermesyuarat dalam masa terdekat sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pemansuhan PPSMI.

Daulat bahasa Melayu

Ditanya sama ada pemansuhan itu lebih baik dilaksanakan secara serta-merta, Hassan berkata:

“Tak usahlah, tak payah begitu. Kita dah enam, tujuh tahun (dalam dasar itu), sekarang sudah kembali sepenuhnya seperti dahulu.

“Apa yang kerajaan perlu buat, ialah tumpu perhatian dengan meningkatkan kaedah pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, bukan bahasa pertama.

“Supaya anak-anak semua kaum mahir bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua,” tambahnya.

‘Hanya sebahagian selesai’

Sementara itu, Setiausaha Gabungan Penulis Nasional (Gapena) Datuk Dr Zainal Abidin Borhan menyifatkan ‘sebahagian daripada isu PPSMI masih belum selesai’.

Katanya, ini kerana pemansuhan dasar tersebut hanya membabitkan sekolah rendah dan sekolah menengah tetapi tidak mengambil kira pelajar tingkatan enam dan matrikulasi.

“Secara peribadi, saya menyatakan sebahagian daripada perjuangan (Gapena) itu belum selesai.

“Kalau kita lihat dari sudut sosialnya, ada pembahagian pelajar yang mengambil aliran sains dan aliran sastera, kita dapati pelajar kelas sains akan terus belajar sains dan matematik dan seluruh mata pelajaran sains dalam bahasa Inggeris.

“Sedangkan aliran sastera di tingkatan enam, akan terus mengalami diajar dalam bahasa Melayu. Jadi kita lihat berlaku dualisme dalam pembahagian masyarakat.

“Dan ini akan membentuk psikologi pemikiran bahawa barangkali yang berbahasa Inggeris lebih baik daripada yang berbahasa Melayu.

“Ini akan menyebabkan pemilihan universiti akan berubah kerana pelajar mencari institut pengajian tinggi yang lebih mudah dan lebih selesa (diajar) dalam bahasa Melayu, tidak dalam bahasa Inggeris. Dan ini sudah berlaku sekarang,” katanya dalam satu sidang akhbar.

Gapena akan bantu

Sementara itu, Ketua 1 Gapena, Tan Sri Ismail Hussein pula berkata menyifatkan pemansuhan PPSMI itu sebagai satu tindakan yang “sangat realistik” kepada rakyat Malaysia.

“Kami berikrar memberi segala pertolongan yang boleh (kepada kerajaan) untuk membantu dan menyumbang tenaga untuk memantapkan kedudukan bahasa di Malaysia,” kata dalam sidang media yang sama.

“Kami menyokong bahasa Melayu sebagai kebangsaan dan bahasa Inggeris juga menjadi bahasa antarabangsa, kami harap sangat sifat-sifat dan perangai lama tidak dilanjutkan iaitu mementingkan bahasa Inggeris dan mempermainkankan Bahasa Melayu.

“Bahasa Melayu harus terus di beri perhatian dan dimantapkan sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai bahasa perhubungan,” katanya.

Manakala Ketua Gapena 2, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar pula berkata, ia menunjukkan kerajaan “mendengar pandangan rakyat” dan membuat “keputusan yang bijak”.

“Kombinasi semua kajian termasuk kajian Pembina dijadikan sebagai panduan utama iaitu dasar PPSMI itu merugikan orang Melayu terutama di luar bandar.

Namun, katanya, bahasa inggeris dan bahasa lain harus dipelajari sebagai satu usaha untuk menambah ilmu pengetahuan di kalangan rakyat Malaysia.

Beliau juga berharap agar kerajaan konsisten untuk menjadikan bahasa Melayu juga dijadikan sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di Malaysia.

Daulat bahasa Melayu

Sementara itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut menyambut baik keputusan kerajaan itu.

“Keputusan itu merupakan satu tafsiran komitmen kerajaan untuk mempertahan dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Ia juga cerminan sikap kerajaan yang bersedia untuk mendengar dan mengambil pertimbangan sewajarnya terhadap suara rakyat,” kata badan itu dalam satu kenyataan.

NGO itu juga berpendapat bahawa keputusan tersebut bijak serta bertepatan dengan usaha untuk mengukuhkan perpaduan nasional melalui bahasa kebangsaan.


34 Responses to “Mansuh PPSMI Kejayaan Rakyat”


  1. 1 hang jebat Jul 9th, 2009 at 1:19 am

    Saya sangat teruja dengan keputusan ini. Pandangan dan hujah Tun Dr Mahathir amat difahami tetapi ada banyak cara dan kaedah lain untuk memperkasakan Bahasa Melayu dalam konteks perolehan ilmu. Saya berharap dan menyeru kepada semua pejuang Bahasa Melayu untuk membantu YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kementeriannya dalam usaha menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

    Reply

  2. 2 azidi Jul 9th, 2009 at 8:04 am

    Salam untuk Datuk Hassan Ahmad. Terima kasih atas perjuangan Datuk untuk mendaulatkan BM dalam negara yang majoritinya Melayu. Terima kasih juga kepada GAPENA atas landasan yang sama. Tidak dinafikan kepentingan BM bahasa berdaulat tetapi ambil kira juga peratusan Melayu yang fasih berbahasa Inggeris.
    Sebab keutamaan BI adalah merupakan kunci kejayaan seseorang dalam kerjaya selepas tamat persekolahan. Kerja2 profesional seperti doktor, jurutera, peguam, akitek dan akauntan, kaum mana yang menguasai sektor tersebut? Kenapa? Sebab selain fasih bahasa ibunda Cina, India mereka belajar dalam BI kerana kerjaya yang mereka pilih memerlukan BI sebagai bahasa utama.
    Jadi kemana halatuju Melayu selepas ini? Adakah berpuas hati BM didaulatkan dengan pemansuhan PPSMI? Apa alternatif yang perlu ada supaya lebih ramai Melayu dapat pekerjaan dalam bidang profesional seperti disebutkan tadi? Adakah jaminan dengan BM menguasai pelajar2 Melayu mereka boleh berjaya menjadi doktor pakar, jurutera, akitek, saintis dan lain2 jawatan tertinggi di dalam dan luar negara demi masa depan kerjaya Melayu?
    Akui jugalah kepentingan BI. Terlalu retorik kepada BM hanya akan melemahkan Melayu juga dalam kerjaya berprofil tinggi. Nabi juga minta umatnya menimba ilmu walu sampai ke negeri Cina. Maksudnya selain berbahasa Arab juga perlu mempelajari bahasa Cina untuk intraksi.
    Saya cadangkan kepada kerajaan supaya selepas 2012 diwujudkan aliran Inggeris bagi pilihan ibubapa untuk memberi didikan yang terbaik untuk anak2 mereka. Seperti sebelum tahun 1974 ada peperikaan LCE dan MCE, diharapkan kerajaan mewujudkan semula aliran Inggeris dan saya percaya peluang pekerjaan akan mudah diperolehi bagi pelajar2 lulusan MCE berbanding dengan SPM samada dalam sektor kerajaan lebih2 lagi sektor swasta.
    Dala hal ini, pada pendapat saya tiada istilah win2 situation bagi kerajaan dan Datuk Hassan juga Gaapena. Berterusanlah Melayu dengan dunia kemelayuan dan bertambah kejayaan kaum lain yang berlumba2 kemajuan. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. Sekian, Wallahuallam.

    Reply

    guest Reply:

    salam saudara azidi

    ya..mmg diakui bahasa inggeris amat penting..

    nyatakan disini siapa yang mengatakan bahasa inggeris tidak penting??

    pr??bn??atau kamu sendiri??

    semestinya semua rakyat malaysia akui bahasa inggeris amatlah penting…

    tetapi haruslah diigtkan dengan penguasaan mata pelajaran bahasa inggeris sahaja sudah cukup baik untuk mengusai bahasa inggeris..

    kalau hendak menguasai bahasa inggeris bukanlah dengan cara melaksanakan ppsmi…

    perlaksanaan itu amatlah menyusahkan pelajar terutama pelajar luar bandar..

    kita mahu semua pelajar kita cemerlang tak kira dalam bandar atau pun luar bandar..

    dan untuk menjadi doktor dan sebagainya bukanlah dengan hanya pandai berbahasa inggeris tetapi mestilah tahu apa yang dipelajarinya…

    saya mengambil contoh negara perancis, rakyat disana amatlah benci kepada bahasa inggeris dan setiap pelajaran yang diajar mestilah didalam bahasa perancis, tak kira di peringkat sekolah dan universiti bahkan didalam pertuturan dan komunikasi sehinggalah kepada papan tanda dan tanda harga di pasaraya semuanya didalam bahasa perancis dan mereka maju dan mempunyai pakar didalam pelbagai bidang..

    tetapi mereka juga pandai berbahasa inggeris

    jika kamu sendiri ingin ke perancis jgn bermimpilah kamu ign bercakap bahasa inggeris disana..

    daripada kamu bercakap bahasa inggeris lebih baik kamu bercakap bahasa melayu disana dan mereka lebih berbangga dengan kita kerana menggunakan bahasa ibunda kita…

    kesimpulannya untuk menguasai bahasa inggeris sudah cukup dengan penguasaan bahasa inggeris tetapi bukanlah dengan melaksanakan ppsmi

    dan tidak ada sesiapa pun yang ign melemahkan bahasa melayu…

    salam..

    guest

    Reply

    angkasawan nasa Reply:

    Sebenarnya UMNO amat teruma pada negara perancis kerana bangsa perancis tidak berbahasa Inggeris sehingga Menteri UMNO beli kapal selam terpasak mengunakan Gadis perantara yang boleh berbahasa Perancis sehingga meninbulkan masalah kepada UMNO. maka dari teruma itu menbuat menteri UMNO mahu rakyat negara ini tahu berbahasa Inggeris supaya Rakyat Negara ini boleh buat kapal selam sendiri kerana belajar bahasa Inggeris, walau pun bangsa Perancis tidak berbahasa inggeris tetapi mereka manpu bina kapal selam dengan teknologi mereka sendiri??????????? maka teras sebenar bukan bahasa yang menjadi siulan untuk maju akan tetapi . ketekunan sesuatu bangsa itu terletak pada acuan peminpin bukan pada bahasa apa yang di amalkan oleh jepun dan korea adalah bukan kerana bahasa inggeris tetapi ketekuan bangsa mereka berusaha. bangsa kita bukan diajar ketekunan tetapi belajar dan diajar untuk pinjam Tekun. UMNO ajar rakyat berutang piutang secara Tekun.

    Reply

  3. 3 azidi Jul 9th, 2009 at 9:28 am

    Saudara sekelian. PR mungkin meraih kemenangan Datuk Hassan dan Gapena memperjuangkan pemansuhan PPSMI. Apa yang dilihat disini ada kemenangan perjuangan mereka. Tapi bagaimana perjuangan PR untuk PRU DUN Perak? Sunyi sepi sahaja ditinggal peredaran masa. Tak sampai 3 bulan sejuk bagai air suam dan inikah dinamakan perjuangan?
    Kesimpulanya bukan senang nak senang tapi senang nak susah kan?….

    Reply

    guest Reply:

    kamu bercakap pasal dun perak…

    kenapa kamu tidak bertanyakan pernahke dilakukan vote of confident didalam dewan???

    vote of confident amatlah penting untuk menilai kekuatan sesebuah kerajaan..

    bukan dengan pergi bejumpa sultan dan menyatakan kekuatan..

    itu adalah jalan yang salah…

    dan apabila kes dibawa ke mahkhamah juga didapati ada tgn2 politik yang terlibat dengan keputusan hakim…

    salam

    Reply

    azidi Reply:

    Hallo Guest. Betul kamu cakap tapi apa tindakan PR. Takkan terhenti setakat itu sahaja

    Reply

    azhar Reply:

    azidi…ko jangan nak campur aduk pasal PPSMI dgn bubar Dun pula….lari dari tajuk dah ko nih….aku berharap selepas nih semua pelajar di luar bandar dan bandar akan lebih berjaya selepas PPSMI dimansuhkan.

    Reply

    azidi Reply:

    azhar. Cuma nak kaitkan perjuangan PR sahaja. Mansuh PPSMI juga didalangi PR dan DUN Perak juga sama. Jadi ada isu persamaan perjuangan PR. Tak lari dari tajuk kerana kehangatan DUN Perak sudah tak terasa lagi bagai ditiup angin yang lalu…

    Reply

  4. 4 mak jun yeen Jul 9th, 2009 at 9:45 am

    Memang kejayaan rakyat.

    Saya merayakan kejayaan ini dan atas berkat usaha orang-orang yang jahil dari semua kaum yang menyokong kembaliya pengajaran bahasa-bahasa ibunda dalan matematik dan sains, anak-anak saya yang berkacukkan Cina-Keling telah dijamin masa depan yang cermerlang.

    Ini kerana anak-anak saya fasih berbahasa Inggeris. Saya pula telah menmberi dorongan kepada anak sulong saya sekiranya dia dapat bercakap dalam 5 bahasa ( Inggeris, Bahasa Melayu, Mandarin, Kantonis dan Tamil )secara fasih apabila dia mencapai umur 12, saya akan memberinya sebuah I-Phone.

    Dan baru hari lepas dia telah berbahasa kantonis dengan saya.

    Nampaknya dengan pemgembalian kepada status quo ante PPSMI, tiada ramai insan yang dapat bersaing dengan anak-anak saya di pasaran tenaga kerja 20 tahun ke depan.

    SYABAS RAKYAT MALAYSIA

    Reply

    alloy79 Reply:

    puan, bukan semua rakyat mlysia mcm puan. dan bukan semua anak2 rakyat mlysia mcm puan. hasil kajian daripada beberapa tahun dasar pelaksanaan PPSMI jelas menunjukkan ianya lebih merosakkan prestasi plajaran sains dan matematik.

    Reply

    Mahasisiwa Muslim Islam Reply:

    betul tu mak jun yeen…kepada orang2 yang cuba mnejadikan benda ni satu kenyataan memang syabas..sekarang ni korang tak nampak perubahan yang akan dirasai tapi 10 atau 20 tahun lagi korang akan tau…kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya..tapi kalau dari buluh lagi dah basi, lentur la macam mane pun, jadi layu la ia..aku bercakap sebagai seorang pelajar yang sedang menuntut di Universiti bukan tin kosong..Bagi aku, martabat, budaya atau bertapa kemelayuan korang tu bukan diukur melalui bertapa bagus bahasa atau dudaya itu, tetapi ianyaialah dari perangai, pemikiran, intelektual dan kasih terhadap agama..kata orang menuntutlah ilmu sampai ke negara china, tapi sebelum menuntut tapi kita tak tau apa yang di komunikasikan nak watpe,bahasa english adalah bahasa pengantar utama dunia, tak salah kita mengusainya sbb ia akan membantu kita mengimport ilmu yang dikuasai oleh barat ke dalam malaysia..penguasaan bahasa english di malaysia sangat rendah hinggakan ia boleh dirasai ke Universiti, saya bukan nak menujuk pandai tetapi terkilan dengan pemikiran sesetengan orang MALAYSIA yang melihat PPSMI ini sebagai satu yang merugikan bangsa..sedih2..Tapi kalau korang semua masih suka para graduan kita diketawakan pelajar asing kerana bahasa, dan para pekerja mahir kita masih tak boleh menguasai bahasa English, takpe lah…tahniah saya ucapkan…10 atau 20 tahun lagi korang semua jawablah dengan anak bangsa korang, mana yang dijuangkan dan mana pejuangan sebenar..Saya mintak maaf kalau ada yang terasa atas penulisan ini..sIni hanyalah pendapat seseorang insan yang bergelar muslim islam..assalamualaikum.

    Muslim Islam

    Reply

    hangjebat Reply:

    mak jun yeen,

    congratulations! you have just corrupted your children!

    congratulations! your children (I mean only yours) will fill all the pasaran tenaga kerja 20 years from now.

    congratulations!

    Reply

    ? Reply:

    kah 3x ingtkn anak2 si beruk mak yeh ni dah pandai berbilang bahasa sgt tentulah jadi usahawan @ CEO, rupa2nya takat jadi kuli batak mkn gaji jugak, singkat beno pemikiran balaci2 UMNO BN tu pasenye senang2 kena temberang smpai 50thun lepas merdeka! :D

    Reply

  5. 5 mie Jul 9th, 2009 at 12:12 pm

    kena tanya guru-guru sama pasal isu ppsmi ni. tapi saya lihat di tv hanya asyik mengata guru itu dan ini. Guru sekarang dibebani dengan pelbagai urusan bukan hanya untuk pengajaran dan pembelajaran. Jika dulu mungkin guru menumpu pada p&p tapi skrang agar sukar utk perform 100% dalam p&p. timbunan kerja yang bukan-bukan menyebabkan banyak masalah berlaku di sekolah. Tapi itulah guru…mendidik…membuat pelbagai kerja…namun jika masalah itu dan ini pun dikatakan berpunca daripada guru.
    Dulu semasa saya menjadi seorang pensyarah di sebuah universiti antarabangsa mmg saya tidak menyokong DSAI mengenai isu ppsmi. Tapi apabila sejak 2006 saya menjadi guru..maka saya sedar di mana kebenarannya yang dikatakan oleh DSAI.
    Cuba lah tuan-tuan cuba sehari menjadi guru di kawasan pedalaman dan kawasan bandar…baru akan faham hakikatnya.

    Reply

  6. 6 WAN SIMUNJAN Jul 9th, 2009 at 12:54 pm

    mak jun yeen…..kalau kau pun mahu anak kau maju dan berjaya bak bapak orang lain pun sama juga.

    Tapi kalau kau sekadar nak berbangga dengan penguasaan bahasa anak kau yang baru 12 tahun….percayalah bahawa itu bukan satu jaminan. Itu cuma satu kelebihan. Zaman sekarang dah berpuluh ribu bertimbun-timbun graduan yang menguasai Bi tak dapat keja. Belajar tinggi tapi tak dapat keja….apa kejadahnya?

    Kau lihatlah pula bangsa Indon yang ada kat Msia, berjuta2 jumlahnya yang mampu hidup senang lenang? Apakah mereka menguasai BI atau pelbagai bahasa seperti anak kau itu ? Anak kau itu masih jauh perjalanannya….jangan terlalu taksub dengan PPSMI ni sehingga kau lupa bahawa masih terlalu banyak yang perlu anak kau lalui. Jangan kau lupa nbahawa anak yang kau kata bijak itu pun mungkin mengalamani nasib seperti adik SHERINEE dulu yang hilang entah ke mana ? Dalam situasi negara yang semakin mendesak hari ini, bermacam perkara boleh berlaku terhadap anak kau yang kau kata pintar tu ?

    INGAT DAN PERCAYALAH! APA YANG ANAK KAU ADA HARI INI BUKANLAH JAMINAN UNTUK MASA DEPANNYA!

    Reply

  7. 7 aku Jul 9th, 2009 at 1:39 pm

    saya adalah insan yang malang tanpa ppsmi hasil minda orang-orang seperti gapena dan ahli politik PR cari untung dari orang2 bodoh .Masa sekolah dulu bila pembelajaran B I kawan-kawan saya(melayu) akan ejek kalau kita cuba berbahasa inggeris konon nak menunjuk(alasan.. sebab susah dan tak mau belajar). Hasilnya keluar dari universiti kerja disyarikat swasta saya dibayar RM 1200.00(berbanding budak cina RM 2500 gred spm)alasan tak boleh speaking n org melayu. Masa meeting duk mcm tunggul jadi budak suruhan sbb meting dalm B I ada cina, india n mat saleh..Segala document, perundangan , rujukan dlm BI . Muak jadi bangsa 3rd gred kerja sykt swasta dinegara sdri lepas 5 thn buat bisness guna kemudahan kerajaan beri. Brhbung dgn org melayu tampak mudah tapi supplier, international compny, calculations dan internet semua dlam inggeris. Kontrak diberi tapi guna B I n standart british, akibatnya kerja siap tapi tak buleh bayar sbb langgar kontrak document yang tak berapa faham baca dlam B I. ..org cina, india berbahasa inggeris di rumah atau sesama mereka danmenguasai kerjaya professional dan mudah dpt contack luar negara tapi saya mungkin akan balik kampung buat kerja atuknenek..kekadang fikir alangkah baiknya kalu jepun dtg jajah org melayu semula sebab dulu mat jenin tak pandai panjat pokok kelapa , jepun dtg hunus benet senapang tetiba mat jenin buleh panjat sampai pucuk(moral – org melayu sebenarnya boleh tp kena paksa dan kena susah sedikit). Time kasih gapena jadikan org melayu kebelakang dan minda mereka mudah dihasut dgr ceramah dipadang tiap-tiap malam utk berpolitik..

    Reply

    ? Reply:

    pase nasib malang ko tu berpunca dari kerajaan junjungan ko yakni UMNO @ BN yg masih mengagung2kan peningalan penjajah, sepatutnya Bahasa kebangsaan dimartabatkan untuk sebarang urusan tak kira pada perkhidmatan awam @ swasta, yg sgt di musykilkan perbezaan terlalu ketara gaji hanya kerana kelemhan pengusaan bahasa penjajah! terima kasih rejim UMNO korup kerana melahirkan generasi seperti ‘aku’ yg terlalu lemah sehingga menerima shj penghinaan sebegitu di tanahair sendiri!

    Reply

    Dante Reply:

    Belajar dulu fakta sejarah Eropah. Dari pertengahan abad ke 13 sehingga sebelum tahun 1450M orang Eropah sudah menggunakan sistem seperti ppsmi tetapi dengan ppsmly (pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Latin dan Yunani). Mereka telah gagal sama sekali. Orang Inggeris dan bangsa Eropah sama sekali tidak boleh belajar sains dan matematik dalam bahasa Latin dan bahasa Yunani.

    Apa hasilnya…. mereka gagal.

    Orang Yunani dan Rumawi adalah merupakan pengasas peradaban bangsa Eropah. Bahasa Latin adalah bahasa ilmu pada masa itu tetapi orang Inggeris dan Eropah tidak mampu belajar menggunakan bahasa Latin dan Yunani.

    Mereka menterjemahkan dahulu kedalam bahasa ibunda mereka Inggeris dan Eropah sebelum mengajar dan belajar dalam bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Inggeis dan bahasa Eropah lain.
    Hanya selepas tahun 1453M apabila Bangsa Eropah termasuk Inggeris menukar sistem belajar dengan menggunakan bahasa ibunda masing-masing barulah mereka mulai berkembang maju dengan begitu pesat dan begitu mengagumkan.

    Bahasa ilmu sains iaitu bahasa Latin perlahan-lahan semakin hilang dan akhirnya berkubor sama sekali.

    Keburukannya kalau ppsmi diteruskan.
    1. Akan terhapus buku-buku sains yang ditulis dalam bahasa melayu.
    2. Orang melayu tidak ada lagi buku rujukan sains yang ditulis dalam bahasa melayu.
    3. Bahasa Melayu akan terus terpinggir.
    4. Tidak ada lagi orang melayu yang cerdik pandai mahu menulis buku sains dalam bahasa melayu.
    5. Bangsa melayu akan terus mundur kerana tiada bahan bacaan buku sains dalam bahasa melayu.
    6. Bangsa melayu akan mejadi bangsa hina di negara sendiri.
    7. Tidak ada lagi sama sekali pengajaran dan pembelajaran ilmu sains dan matematik dalam BAHASA MELAYU.
    8. Bilangan orang melayu yang buta sains dan matematik semakin meningkat.
    9. Bilangan orang melayu yang bodoh semakin bertambah.
    10. Bila orang melayu semakin bodoh sehingga mudah ditipu oleh pemimpin melayu sendiri pasti akhirnya melayu akan hilang di muka bumi kerana hilang bahasa ibundanya.

    Kerana sikap bangsa melayu yang sambil lewa terhadap bahasa ibundanya sehingga bahasa inggeris kekal dalam perundangan negara. Walhal majoriti rakyat Malaysia terutama melayu tidak faham apa yang ditulis di perundangan dalam bahasa inggeris. Tidak ada usaha sama ada daripada pemimpin melayu atau golongan bawahan mendesak perundangan ditulis dalam bahasa melayu menyebabkan bangsa melayu mudah ditipu oleh bangsa asing. Pemimpin melayu sampailah golongan bawahan sendiri tidak ada semangat kasihkan bahasa ibundanya sendiri. Ini dibuktikan semasa PPSMI dilaksanakan. Kaum cina yang bersungguh-sungguh menentang dan kebanyakan melayu menyokong PPSMI bermati-matian.

    Orang cina mempunyai banyak bahan bacaan dalam bahasa cina tetapi melayu mana? Seorang kawan cina saya yang hanya sekolah cina setakat darjah 6 dan tidak tahu langsung berbahasa inggeris tetapi mempunyai kepakaran komputer yang mengheran saya sendiri. apabila saya tanya, “macammana lu boleh pandai komputer?”, jawabnya “gua belajar buku cina woo, ada manyak buku cina belajar komputer woo”. Itu baru tentang komputer, belum lagi tentang perkara ilmiah yang lain-lain. Tidak hairanlah walaupun dalam negara melayu tetapi bangsa cina lebih maju daripada melayu.

    Bahasa Inggeris berkembang maju, menjadi bahasa ilmu, menjadi bahasa international hari ini adalah kerana usaha gigih bangsa inggeris itu sendiri yang mengutamakan bahasa ibundanya. Bukan bangsa lain yang memajukan bahasa inggeris.

    Bangsa lain juga fanatik dan kuat berusaha gigih meningkatkan bahasa ibunda masing-masing. Contohnya bangsa Jepun, bangsa Jerman, bangsa Peranchis, bangsa Italy, bangsa Cina, bangsa Korea dan lain-lain semuanya sangat fanatik dan sangat berbangga dengan bahasa ibunda masing-masing. Tetapi dalam persaingan ini bangsa inggeris telah menang sedikit daripada mereka. Malangnya bangsa melayu sendiri yang kononnya mahu maju tiada langsung usaha memajukan bahasa ibunda seperti mereka. Malah lebih suka berusaha kearah mempupuskan bahasa ibundanya sebagai bahasa ilmu.

    Janganlah bangsa melayu menjadi bangsa HAPRAK yang tidak kasihkan bahasa ibundanya sendiri kerana diracun oleh pemimpin melayu sendiri. Pengasas PPSMI fasih Bahasa Inggeris pun tidak mampu menjadikan anaknya sendiri sebagai pakar dalam Sains.

    Belajarlah bahasa Inggeris bersungguh dan belajarlah ilmu sains dan matimatik bersungguh-sungguh. Kecemerlangan belajar ilmu sains dan matematik tidak ada kena mengena dengan bahasa inggeris, dan kecemerlangan belajar bahasa inggeris tidak ada kena mengena ilmu sains dan matematik.

    Orang dulu belajar sains tanpa bahasa inggeris tetapi boleh berjaya sehingga keperingkat Phd ke England dan Amerika. Dulu tidak ada buku sains peringkat tinggi ditulis dalam Bahasa Melayu. Orang melayu boleh belajar hingga ke negara orang putih dan menulis buku sains peringkat tinggi dalam Bahasa Melayu. Hari buku-buku sains peringkat tinggi ditulis dalam bahasa melayu sudah bertambah banyak. Terbukti Bahasa Melayu boleh jadi bahasa ilmu. Janganlah dihalang perkembangan ilmu sains dalam Bahasa Melayu.

    Kita mahu seperti orang Inggeris memajukan bahasa ibundanya dalam bidang ilmu sains. Sebelum orang datang kenegaranya belajar sains mesti tahu berbahasa inggeris. Begitulah di negara kita. Sebelum orang datang kenegara kita belajar sains mesti tahu terlebih dahulu berbahasa melayu.

    Reply

    Dante Reply:

    aku
    Jul 9th, 2009 at 1:39 pm
    saya adalah insan yang malang tanpa ppsmi hasil minda orang-orang seperti gapena dan ahli politik PR cari untung dari orang2 bodoh .Masa sekolah dulu bila pembelajaran B I kawan-kawan saya(melayu) akan ejek kalau kita cuba berbahasa inggeris konon nak menunjuk(alasan.. sebab susah dan tak mau belajar). Hasilnya keluar dari universiti kerja disyarikat swasta saya dibayar RM 1200.00(berbanding budak cina RM 2500 gred spm)alasan tak boleh speaking n org melayu. Masa meeting duk mcm tunggul jadi budak suruhan sbb meting dalm B I ada cina, india n mat saleh..Segala document, perundangan , rujukan dlm BI . Muak jadi bangsa 3rd gred kerja sykt swasta dinegara sdri lepas 5 thn buat bisness guna kemudahan kerajaan beri. Brhbung dgn org melayu tampak mudah tapi supplier, international compny, calculations dan internet semua dlam inggeris. Kontrak diberi tapi guna B I n standart british, akibatnya kerja siap tapi tak buleh bayar sbb langgar kontrak document yang tak berapa faham baca dlam B I. ..org cina, india berbahasa inggeris di rumah atau sesama mereka danmenguasai kerjaya professional dan mudah dpt contack luar negara tapi saya mungkin akan balik kampung buat kerja atuknenek..kekadang fikir alangkah baiknya kalu jepun dtg jajah org melayu semula sebab dulu mat jenin tak pandai panjat pokok kelapa , jepun dtg hunus benet senapang tetiba mat jenin buleh panjat sampai pucuk(moral – org melayu sebenarnya boleh tp kena paksa dan kena susah sedikit). Time kasih gapena jadikan org melayu kebelakang dan minda mereka mudah dihasut dgr ceramah dipadang tiap-tiap malam utk berpolitik..

    [Reply]

    Itu pasal ko malas belajar Bahasa Inggeris. Orang yang tidak setuju PPSMI tidak menghalang belajar bahasa Inggeris, malahan semua mereka sangat-sangat menggalakkan belajar bahasa Inggeris bersungguh-sungguh. Mereka juga tidak mahu ketinggalan belajar sains dan matematik. Sebab itu mereka mahu belajar sains dan matematik dengan paling maksimum dan berkesan. Disamping itu mereka juga mahu kita belajar Bahasa Inggeris juga dengan cara paling berkesan.

    Mereka menentang PPSMI kerana PPSMI menghalang pembelajaran Sains dan Matematik, tetapi PPSMI tidak pula dapat membantu belajar bahasa inggeris dengan berkesan. Jadi ko harus faham bahawa penentang PPSMI mahu pelajar kita cemerlang dalam bahasa inggeris, juga cemerlang dalam ilmu sains dan matematik. Kerana itu pembelajaran bahasa inggeris harus dipisahkan dengan pembelajaran sains dan matematik.

    Kalau ko masih kurang faham cubalah lihat perumpamaan ini. Kalau kita mahu dua orang A dan B berlari dengan laju apakah kita lakukan? Apakah kita mesti mengikat kaki kanan orang A dengan kaki kiri orang B mereka akan berlari lebih laju daripada kedua-dua orang yang tidak di ikat keduanya yang berlari bebas dengan cara sendiri. Cubalah ko fikirkan. Menentang PPSMI tidak bermakna menghalang belajar bahasa inggeris.

    Reply

  8. 8 Pak Chin Jul 9th, 2009 at 1:51 pm

    DSAI,

    Mungkin untuk sesetengah rakyat sahaje.

    Umumnya, keputusan tersebut amat menyedihkah memandangkan anak-anak kita yang akan menghadapi globalisation yang lebih mencabar lagi dimana bahasa Inggeris akan lebih lagi diutamakan.

    Saya bercakap disini sebagai seorng rakyat yang pernah menuntut sains dan maths dalam bahasa cina masa sekolah rendah, bahasa melayu masa menengah dan bahasa inggeris masa uni.

    Sampai hari ini masih bertanya-tanya apakah keuntungannya? Buku-buku text sains ynag bagus kebanyakannya dari negara2 luar, negara2 terbangun. Berkomunikasi sama orang Jepun, India, Swiss, Germany etc pun guna bahasa inggeris. Untuk memperbelajari teknologi dunia terbangun atau teknologi transfer, kan kami perlu cerkap dengan bahasa inggeris.

    Sebagai contoh, copper di bahasa melayu kuprum. Kalau masuk internet tentang kegunaan copper di kehidupan seharian, cuba taip kuprum, kan tak ada bahasa lain yang mengunakan perkataan sedemikian. Cuba bayangkan, anak-anak kita masuk international forum dan berkomunikasi sama bangsa-bangsa sedunia menggunakan perkataan ‘kuprum’?! Memang tidak masuk akal. Apa kebaikannya.

    Saudara,

    Sebagai rakyat yang pernah menderma and menyokong pernuh PR disini ingin menyeru saudara cuba membayangkan masa depan anak-anak kita mengharungi globalisation masa depan. Ketepikanlah sama ada anak-anak BN, PR, melayu, cina, india dll. Semua anak-anak Malaysia akan mengharungi dunia globalisation yang sama. Bolehkah anak-anak kita bertutur atau berkomunikasi dengan tepat? Atau semuanya macam katak dibawah tempurung cuma bertutur sesama sendiri takut campur aduk dengan orang2 Inggeris, Germany, Jepun, AS, India, China dll?!

    Cuba bayangkan lah.

    Memang menyedihkan.

    Reply

    angkasawan nasa Reply:

    Bahasa Inggeris hanya di pertutur oleh sebilangan kecil penduduk dunia bahasa yang di pertutur oleh penduduk dunia adalah bahasa cina dan india ini kerana penduduk cina ada lebih 1.3 bilion begitu juga penduduk India ada 1.2 billion. penduduk dunia yang berbahasa inggeris hanya terdapat di amerika utara sekitar 270 juta dan seidkit di negera EC dan selebihnya para peminpin UMNO dan ahli UMNO.Russia dan dan negara latin mereka lebih gumbira mengunakan bahasa ibunda mereka. Uri Gagarin anagkasawan Russia mengunakan bahasa Russian dan teknologi Russia untuk keangkasa. Anjing pertama yang di hantar keangkasa oleh Russia untuk ujian juga tidak megunakan bahasa Inggeris ianya hanya meyalak dan lidah terjelir. hidup angkasawan anjing!!!!

    Reply

  9. 9 Win Win Winner Jul 9th, 2009 at 4:29 pm

    Salam PPSMI,

    Guru pun terkadang tak fasih BI,cth anak2 saya uji mereka dlm BI,nyata tahu sebut tak faham maksud,Apadendani!siapa ajar,anak kata guru,masih ada sebilangan guru kita belum cukup ilmu.
    Takpa,TPM boleh atur,dia dah cadang nak ambil ribuan guru utk hanya menanggani PPSMI diluarbandar,besar kos ni,takpa,yg penting anak2cucu kita pandai….
    Tangganilah BM dan BI dgn proaktif istilah `MENANG-MENANG`jika tak serius impecnya besar terhadap rakyat,negara dan keturunan kita,dua2nya penting,kenapa tak ikut cara dulu,LCE/MCE ok bah.Tenggok sekarang ada segolongan menteripun tak reti baca dan penyampaian dlm BM,apatah lagi BI,buat lawak je 1malaysia…………so renung2….

    Reply

  10. 10 pangkor boy Jul 9th, 2009 at 5:07 pm

    persoalannya, kenapa tidak dimansuhkan serta-merta.
    wujud kebimbangan dalam diri saya bahawa bila tiba
    tahun 2012 nanti, kerajaan akan memberi alasan terpaksa
    meneruskan juga PPSMI ini atas dasar yang direkacipta.
    Sejarah telah membuktikannya.

    Reply

  11. 11 tak bernama Jul 9th, 2009 at 8:07 pm

    Tak berapa gemar pejuang bahasa menuding jari kepada kementerian pendidikan semata2, tahulah martabat bahasa kita dibelenggui masalah, tapi rasanya masalah martabat bahasa kebangsaan dah lama wujud sebelum PPSMI diperkenalkan. Pada tahun 90an, majoriti rancangan TV waktu perdana berbahasa Inggeris, drama Melayu yang segenggam dua judulnya pun diaduk jadi bahasa rojak. Sekarang ada Timbul plak penggunaan bahasa x betul dalam papan iklan. Akibatnya rakyat keliru yang mana penggunaan bahasa yang tepat… Bukan senang tu…

    Reply

  12. 12 guna Jul 9th, 2009 at 10:52 pm

    no thanks to govt , you decided to abolish ppsmi due to pakatan ,ngo,and rakyat protes. finaly barisan lost dignity.

    Reply

  13. 13 Abdullah Jul 9th, 2009 at 11:53 pm

    Salam kepada semua,
    Tun Mahathir buat undian di dalam blognya untuk mengtahui penyokong atau penenteng dasar PPSMI. Kita jangan lupa bahawa pengunjung Laman CheDet adalah kaki ampu Tun Mahathir, maka tentu sekali jawapannya untuk PPSMI. Baca sahaja komen di CheDet ‘Ayahnda Tun’, ‘Tun Yang Di kasihi’ dll.’Saya menyokong 100%’ dll. Maka bancian itu tidak dapat digunakan kerana berat sebelah tidak mewakili pandangan rakyat secara menyeluruh. Gerafnya senget seperti juga jagoh PPSMI.

    Reply

  14. 14 johorian Jul 10th, 2009 at 2:33 am

    apalaa org yg malu sangat nak berbahasa sendiri ni… kalau masalah tak dapat kerja sebab tak pandai bahasa penjajah tu… bukan masalah bahasa.. tetapi masalah peribadi dia sendiri,..pemalas dan penakut… terlalu nak bergantung sangat… takut untuk berusaha… adalah sangat baik kalau boleh berbahasa seribu bahasa pun,… tapi kalau asal usul pun nak diperlekehkan.. akan lahir laa masyarakat yang sentiasa dijajah dan suka menjajah… jgn takut dgn bahasa… takut pada pencipta kita…

    Reply

  15. 15 MAMA Jul 12th, 2009 at 7:45 pm

    PADA PENDAPAT MAMA, KITA KENA TENGOK BALIK APA YG KITA NAK

    1)NAK ANAK-ANAK PANDAI BI
    2)NAK ANAK-ANAK PANDAI SAINS & MATEMATIK

    KALAU NAK TINGKATKAN KEMAHIRAN BI- DO SOMETHING WITH THE SUBJECT ITSELF CONTOH/CADANGAN SETIAP HARI KAT SEKOLAH, ADAKAN SESI PERCAKAPAN & SPELLING BI TAK LAMA DALAM 1/2 JAM KE TAPI KENA ISTIQAMAH

    KALAU NAK BG ANAK2 PANDAI SAINS & MATEMATIK, AJAR DALAM BAHASA YG DIORANG PAHAM TAPI TAK SEMESTINYA KENA TRANSLATE EVERY SINGLE WORD, KITA MASIH BOLEH PINJAM SESETENGAH ENGLISH WORDS.
    PADA MAMA, DAHLA DUA2 SUBJEK TU AGAK SUSAH, KITA TAMBAH LAGI HALANGAN KEPADA MEREKA DGN MENGAJAR DLM BI.

    INI MAMA AMBIL KIRA GOLONGAN MAJORITI, MEMANG LA ADA SEGELINTIR PELAJAR MELAYU,CINA DAN INDIA YG TERRER SPEAKING LONDON NI YG TAK KESAHPUN KALAU AJAR DLM BI

    ZAMAN MAMA DULU PUN BELAJAR SAINS & MATEMATIK DLM BM JE & ALHAMDULILLAH MAMA DAPAT JADI SEORANG PROFESIONAL JUGA, PERNAH LA DAPAT 8A1 MASA SRP

    Reply

  16. 16 MAMA Jul 12th, 2009 at 8:24 pm

    MAMA TAK BOLEH NAK IMAGINE MACAMANA LA BUDAK KAT PEDALAMAN BELAJAR SEDANGKAN ANAK2 MAMA YG SEKOLAH SWASTA, YG MOST OF THE TIME KENA SPEAK IN ENGLISH PUN KENA STRUGGLE UTK SCORE.
    SAMPAI MAMA BUAT TEORI & NOTA SENDIRI UTK ANAK2 MAMA HAFAL, CONTOH KALAU JUMPA “AND” KENA TAMBAH DAN BANYAK LAGI NOTA YG MAMA BUAT UTK ANAK2 MAMA.

    BUDAK DARJAH SATU SETAKAT MANA SGT NAK PUSH? EVEN ANAK MAMA YG DARJAH 4 PUN KALAU LEBIH2 SAMPAI NANGIS NAK BELAJAR. HEKTIK SUNGGUH BUDAK2 ZAMAN SEKARANG BELAJAR!TU BELUM KIRA BALIK SEKOLAH DAH LEWAT PETANG, PEGI SEKOLAH KALAU NAIK BAS KUL 6.30 PAGI DAH DAH TERCONGOK MENUNGGU BAS!

    Reply

  17. 17 Malaysian living abroad Jul 13th, 2009 at 8:54 am

    Did anybody suggest on having a research done to investigate the impact of learning Maths and Science in BM has on students furthering their studies overseas? I think before spending more billions of money to scrap something, I suggest a research be conducted to look at PPMSI’s failures. I think the people should be shown evidences of why this scheme should be scrapped based on facts and intellectual discussions from education experts.

    I strongly believe that if something was done incorrectly and should be corrected, you need first to see the mistakes. Once you have identified the mistakes then you can start make things right and hopefully refrain from making the same mistakes again.

    There seemed to be no great thinking involved in making decisions about the whole situation. There has been so many debates over the matter and yet no one has said, things like 80% of Malaysian’s science and math graduates felt that they would have benefited greatly in their studies if they have been taught science and math in english at school level, or 95% graduates failed science and math found that they struggled with their studies because of their inability to master english… etc. Where are the statistics? where are the figures to suggest that there is a real need for math and science to be taught in english or not at all? If there is indeed an issue, would teaching math and science in english at school level solve this problem? what would be the repercussions/ impacts? Is there another solution such as raising the level of english language teaching and shouldn’t we look at neighbouring developing countries for good practices and find out if we could adopt and learn from them.

    Why can’t there be actual findings carried out by an intellectual and authoritave body with case studies to show us the reasons behind this failed scheme? I mean we have universities and surely some sort of intellectual body in Malaysia who would be able to come up with a study on this and present it to the goverment?

    But then I am sure there will be people out there who would disagree with me and think statistics don’t matter when it doesn’t apply to them. But the truth is decisions such as this should be based on facts and not individual whims and fancies.

    Reply

  18. 18 abu sayab Jul 13th, 2009 at 8:06 pm

    Anwar you are an idiot going against PPSMI.
    How can you lead our nation?

    Reply

  19. 19 nona Jul 17th, 2009 at 12:14 pm

    kepada.

    saya xpaham nape perlu bahasa inggeris di ajar dlm mate pelajaran matematik n sains..
    mmg la aku akui susah nk dpt keje kalu xpandi speaking..tp aku pun xbp pndi speaking leh je dpt keje kat swasta..tu sebenarnye skill interbiu kurg da tau kureng dlm BI..g la Blaja BI dulu just g interbiu je..pas tu wat la keje sebaik nye..xde jln mudah nak naik pangkat..so usaha keras untuk duduk sebaris ngan cine india n mat saleh tu

    Reply

  20. 20 Dante Jul 17th, 2009 at 2:35 pm

    Belajar lah lagi fakta sejarah Eropah. Ambillah iktibar dan jadikanlah tauladan untuk kita sama- mekajukan bangsa kita. Dari pertengahan abad ke 13 sehingga sebelum tahun 1450M orang Eropah sudah menggunakan sistem seperti ppsmi tetapi dengan ppsmly (pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Latin dan Yunani). Mereka telah gagal sama sekali. Orang Inggeris dan bangsa Eropah sama sekali tidak boleh belajar sains dan matematik dalam bahasa Latin dan bahasa Yunani.
    Apa hasilnya…. mereka gagal. Kenapa kita tidak mahu ambil iktibar dan pengajaran daripada bangsa Inggeris dan bangsa Eropah itu? Orang Jepun, Korea, China semuanya mengambil iktibar dan pengajaran daripada peradaban bangsa Eropah yang masing-masing maju kerana mereka sangat kasih, bangga dan sentiasakan mengutamakan bahasa ibundanya sendiri. Bahasa Inggeris itu sendiri tidak mungkin menjadi bahasa ilmu dan bahasa internasional sekiranya bangsa Inggeris tidak mempunyai sikap sayang dan kasih kepada bahasa Inggeris. Apakah orang melayu mempunyai perasaan kasih kepada bahasa ibunda seperti bangsa Inggeris.
    Orang Yunani dan Rumawi adalah merupakan pengasas peradaban bangsa Eropah. Bahasa Latin adalah bahasa ilmu pada masa itu tetapi orang Inggeris dan Eropah tidak mampu belajar ilmu sains menggunakan bahasa Latin dan Yunani. Berpuloh tahun mereka gagal menguasai ilmu sains. Kesan perang salib telah mencetus keinginan belajar yang mendalam terhadap ilmu sains kepada seluruh bangsa Eropah, sehingga seluruh bangsa Eropah mula membongkar khazanah ilmu yang ditulis dalam bahasa Latin dan Yunani, namun mereka tidak berupaya menguasai ilmu sains yang di tulis dalam bahasa Latin dan Yunani sedangkan guru-guru Yunani dan Latin yang berhijrah dari Byzantine ramai berada dalam kalangan mereka.
    Sejarah Eropah telah menunjukkan bagaimana dengan bahasa ibunda Italy dan Jerman telah mendahului dan maju dalam bidang sains terlebih dahulu. Ini berlaku kerana Italy dan Jerman terlebih dahulu belajar sains dalam bahasa ibunda apabila pada tahun 1453M Negara mereka secara besar-besaran mula dibanjiri sarjana Latin dan Yunani dari Byzantine dan Konstantinopel disebabkan kekalahan tentera salib. Para sarjana Latin dan Yunani ini membawa bersama buku-buku sains mereka dan orang-orang kaya tempatan menaja mereka menjadi guru yang megajar semula penduduk tempatan dalam bahasa ibunda Italy dan Jerman. Bermulalah penterjemahan besar-besaran dan pengajaran buku-buku sains daripada Bahasa Latin ke Bahasa ibunda mereka.
    Di England, apabila menyedari mereka ketinggalan, orang-orang kaya telah bersatu menubuhkan Pusat Pelajaran untuk menterjemah ilmu sains, menyelidik ilmu sains, mengajar dan belajar dalam bahasa ibunda mereka. Pusat pelajaran ini di biayai sepenuhnya oleh orang-orang kaya Inggeris seluruh England. Seluruh orang kaya Inggeris menderma untuk menbiaya Pusat Pelajaran ini. Mereka mengambil dan mengupah orang-orang cerdik pandai seluruh Eropah termasuklah sarjana Latin dan Yunani untuk menjadi penyelidik, penterjemah dan guru mereka dan mengajar anak-anak mereka dalam bahasa ibunda mereka iaitu Bahasa Inggeris. Sehingga hari ini mereka masih mengambil orang-orang bijak pandai semua bangsa dari seluruh dunia untuk menterjemah, mengajar dan menulis ilmu sains dalam bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Inggeris. Kerana itu mereka maju dan menjadi bahasa Ilmu seluruh dunia. Seluruh dunia cukup kenal dengan Universiti Qxford dan Cambridge Pusat Pelajaran tertua di England yang dibiayai orang-orang kaya.

    Reply

Leave a Reply