Semut di Seberang Jelas Tampak, Gajah Di Pelupuk Mata Tidak Kelihatan

7 July 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

(video ehsan malaysiakinitv)

Sungguhpun berdepan dengan serangan jahat bertub-tubi dari pelbagai arah, ribuan penyokong Pakatan Rakyat turun mengiringi calon Pas bagi Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai; saudara Fauzi Abdullah. Turut sama hadir ialah Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Abdul Hadi, Tan Sri Khalid Ibrahim, YB Dr. Tan Seng Giaw, sdr Azmin Ali, YB Teresa Kok dan Cik Gu Pa.

Keretakan dan perbalahan yang cuba disogokkan kepada rakyat ternyata tidak menjadi. Rupanya umno-bn masih lagi belum sedar ketumpulan serangan yang direka khusus itu. Mana tidaknya, mereka seolah-olah lupa akan pepecahan yang terkena batang tubuh sendiri.

Perbalahan dalaman kerana ketamakan kuasa serta wang ringgit bukannya perkara asing pimpinan umno-bn. Membesar-besarkan perselisihan Pakatan Rakyat ini seumpama bidalan melayu yang berbunyi “semut di seberang jelas tampak, gajah di pelupuk mata tidak kelihatan.”

ANWAR IBRAHIM

Pendapat Anda