Archive for July 7th, 2009

7 July 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Semalam Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 343 orang atau 79 peratus daripada jumlah keseluruhan 434 orang telah berjaya dirawat dan dibenarkan keluar hospital.

Jumlah mereka yang sembuh dan dibenar meninggalkan hospital bagaimanapun menurun kepada “335 orang atau 72 peratus” daripada jumlah keseluruhan pesakit wabak tersebut.

“Daripada 468 jumlah pesakit influenza A (H1N1) yang disahkan,
sejumlah 335 (atau 72 peratus) telah sembuh dan telah discaj daripada hospital,” kata Liow dalam satu kenyataan.

“Baki pesakit yang sedang dirawat di hospital adalah berjumlah 133 orang.”

Beliau juga dilaporkan berkata 34 lagi kes baru wabak selesema A (H1N1) disahkan hari ini, termasuk 12 kes penularan tempatan.

(more…)

7 July 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan akan hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Beliau akan berdepan dengan tuduhan fitnah yang direka khusus demi merencatkan perjuangan rakyat dan agenda Perubahan. Berikut merupakan butiran program tersebut:

Tarikh: Hari Rabu 8hb Julai 2009

Tempat: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Masa: 8.00pagi

Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim

7 July 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

(video ehsan malaysiakinitv)

Sungguhpun berdepan dengan serangan jahat bertub-tubi dari pelbagai arah, ribuan penyokong Pakatan Rakyat turun mengiringi calon Pas bagi Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai; saudara Fauzi Abdullah. Turut sama hadir ialah Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Abdul Hadi, Tan Sri Khalid Ibrahim, YB Dr. Tan Seng Giaw, sdr Azmin Ali, YB Teresa Kok dan Cik Gu Pa.

Keretakan dan perbalahan yang cuba disogokkan kepada rakyat ternyata tidak menjadi. Rupanya umno-bn masih lagi belum sedar ketumpulan serangan yang direka khusus itu. Mana tidaknya, mereka seolah-olah lupa akan pepecahan yang terkena batang tubuh sendiri.

Perbalahan dalaman kerana ketamakan kuasa serta wang ringgit bukannya perkara asing pimpinan umno-bn. Membesar-besarkan perselisihan Pakatan Rakyat ini seumpama bidalan melayu yang berbunyi “semut di seberang jelas tampak, gajah di pelupuk mata tidak kelihatan.”

ANWAR IBRAHIM