Archive for July 6th, 2009

6 July 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Pekan kecil Manek Urai pagi ini bertukar wajah apabila ribuan penyokong PAS dan Umno mengiringi calon masing-masing ke pusat penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN kawasan tersebut pagi ini.

Walaupun proses penamaan calon itu hanya bermula jam 9 pagi, tetapi penyokong kedua belah pihak sudah mula berkumpul seawal jam 7 pagi sebelum berarak ke pusat penamaan calon di SMK Sultan Yahya Petra 1.

Penyokong Umno berhimpun di ibu pejabat parti itu di Kuala Krai sambil memukul gendang dan gong tradisional Kelantan mengikut rentak dikir barat, sementara menunggu ketibaan pemimpin mereka.

Pertama tiba di situ ialah pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed. Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor turut hadir untuk memantau persiapan untuk proses penamaan calon.

(more…)

6 July 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Aturcara:

Tarikh: 8hb Julai 2009(Rabu)

Jam: 8.30 Malam

Tempat: Dewan Dato’ Ahmad Razali, Jalan Ampang

Penceramah:

1) Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2) YB Azmin Ali

3) Dato’ Zaid Ibrahim

4) YB Sivarasa Rasiah

5) YB Zuraidah Kamaruddin

6 July 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

PROGRAM DSAI DI MANEK URAI

SELASA 7 JULAI 2009

CERAMAH PERDANA :

TEMPAT : KAMPONG CHUCHUH PUTERI

MASA : 9.00 – 12.00 MALAM

PENCERAMAH : 1. YAB TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT

2. YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

3. YB DATO’ HUSAM MUSA

4. YB DATO’ SERI NIZAR JAMALUDDIN

6 July 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Terima kasih kepada sahabat handai yang mengucapkan mabrur, tahniah dan selamat di atas kelahiran cucu kedua saya. Alhamdulillah Nurul Izzah dan anak lelakinya sihat walafiat. Kini sememangnya musim timang cucu.

ANWAR IBRAHIM