03
Jul
09

Fakta berlakunya Konspirasi terhadap Anwar

Dari Blog KedahLanie..!

Bila diperkatakan perihal laporan perubatan terhadap kes liwat Anwar, pasti kita tidak akan lupa dengan satu nama yang amat sinonim dengan kes beliau pada tahun 1998 dulu iaitu Dr.Zahari Noor. Beliau adalah salah seorang Pakar Forensik (Terkanan) yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur yang telah diarahkan bertukar ke Hospital Tg.Ampuan Afzan Kuantan (foto), gara-gara enggan untuk memberi kerjasama sepenuhnya bagi berkaitan kes tersebut. Adalah difahamkan, gara-gara sikapnya yang tidak mahu bersekongkol dengan penipuan dan kejahatan yang dilakukan oleh pihak terbabit dalam usaha membuat bukti-bukti palsu terhadap kes berkenaan maka beliau telah diarahkan bertukar. Beliau selepas itu menjadi Pakar Forensik di HTAA dan juga di Pantai Timur. Namanya kini sepi dan seolah-olah dilupakan terus oleh media arus perdana dan alternatif. Namun, krew kami di Kuantan yang pernah bertemu beliau di dalam sebuah masjid di sana, secara jelas mendapatkan maklumat tentang kes Anwar daripada beliau. Antara lain, beliau turut mengakui bahawa kes yang berlaku itu adalah rekaan dan ciptaan semata-mata. Pihak Hospital Kuala Lumpur telah dipaksa oleh polis untuk membuat dan meminda laporan perubatan Sukma serta lain-lain mangsa yang dikaitkan dengan Anwar.

Mereka dipaksa meminda bahawa kesemua mangsa itu memang telah diliwat oleh Anwar biar pun hakikatnya adalah tidak sama sekali. Bagi mereka yang tidak mahu terlibat dan bersekongkol dengan kerja jahat tersebut, maka akan ditukarkan. Namun, beliau bersyukur kerana kini selesa berpindah ke Hospital Tg.Ampuan Afzan Kuantan ketika itu. Maka itu, jika laporan yang memang sudah sahih menunjukkan mangsa tidak diliwat itu pun mahu dipinda supaya berlaku sebaliknya. Apatah lagi laporan yang dibuat oleh Dr.Mohamed Osman dari Hospital Pusrawi dulu. Kini, akhirnya kebenaran bagai kian terserlah apabila ketiga-tiga doktor pakar yang merawat Saiful Bukhari dalam kes liwat terbaru Anwar kini sebulat suara mengeluarkan kenyataan bahawa anak muda itu memang tidak ada kesan dan tanda-tanda diliwat. Apakah ketiga-tiga doktor pakar terbabit akan menerima nasib yang sama seperti Dr.Zahari Noor agaknya? Nantikan sahaja kesudahan episod misteri ini. Ternyata kini, bahawa kesemua laporan klinikal membuktikan yang Saiful “masih teruna”, dan wajarlah kes perbicaraan liwat yang bakal diadakan pada 1 Julai 2009 ini juga turut dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi. Di bawah ini dipaparkan sedutan artikel berkaitan Dr.Zahari :-

Dr.Zahari, Contoh Darah Anwar Bukan Untuk DNA

KUALA LUMPUR [30 Dis 1998] – Seorang pakar forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa contoh darah Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh digunakan untuk ujian DNA kerana ia diambil dan disediakan bagi ujian HIV, Hepatitis B dan VD (penyakit kelamin). Dr Zahari Noor berkata, oleh kerana itu beliau menolak permintaan polis sebanyak dua kali supaya contoh darah itu digunakan untuk ujian DNA. Menurutnya, ketika di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 28 September lalu bagi mengambil darah Anwar, beliau ditanya oleh Asisten Mohd Rodwan Mohd Yusof sama ada ujian DNA boleh dilakukan terhadap Anwar. Katanya, beliau menasihatkan polis supaya tidak mengambil darah Anwar untuk ujian DNA kerana Anwar hanya memberi persetujuan supaya darahnya digunakan bagi ujian HIV, Hepatitis B dan VD. “Pada 15 Oktober lalu, Mohd Rodwan dan SAC I (Senior Asisten Komisioner) Musa Hassan datang ke HKL dan bertanya sama ada mereka boleh mengambil contoh darah Anwar untuk analisis DNA,” katanya. Dr Zahari berkata mereka memberikan empat sebab kepada polis mengapa ujian DNA tidak boleh dilakukan terhadap darah Anwar:

1.Contoh itu tidak disediakan untuk analisis DNA,
2.Ia tidak sesuai untuk ujian DNA
3.Keputusan ujian DNA itu tidak boleh dipercayai.
4.Ia boleh membawa keputusan yang mengelirukan kerana kami menyimpan 5.contoh darah itu di dalam bekas biasa tanpa pengawet atau EDTA.

Katanya, mereka kemudian mencadangkan kepada polis bahawa mereka bersedia pada bila-bila masa untuk mengambil contoh darah Anwar di penjara Sungai Buloh untuk ujian DNA jika tertuduh membenarkannya. Saksi pendakwa ke-20 itu memberi keterangan dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Gani Patail pada perbicaraan yang memasuki hari ke-35 itu. Sebelum itu, Dr Zahari berkata, beliau mengambil contoh darah bekas setiausaha sulit Anwar, Mohamad Azmin Ali dan isterinya, Shamsidar Tahrin dan anak perempuan pasangan itu yang berumur tiga tahun, Farah Afifa pada 29 Julai lalu, bagi ujian DNA. Katanya, beliau mengambil contoh darah Anwar pada 28 September lalu selepas diminta oleh polis. Bagaimanapun, beliau mengakui HKL tidak menjalankan ujian DNA dan beliau sendiri tidak pernah menjalankan ujian atau mempunyai pengalaman amali dalam teknik terkini DNA kerana ia bukan bidangnya. Dr Zahari berkata, contoh darah itu disimpan selama dua bulan setengah sebelum polis mengambilnya pada 9 Disember, bagi dihantar kepada Jabatan Kimia Petaling Jaya untuk ujian DNA.
Di bawah ini satu lagi laporan yang telah dikeluarkan oleh seorang doktor berhubung dengan kekeliruan laporan yang dibuat oleh akhbar Utusan Malaysia terhadap kenyataan yang telah dibuat oleh Dr.Zahari berhubung dengan kes liwat Sukma Dermawan. Di sini jelas sekali menunjukkan bahawa media memang berperanan untuk memesongkan fakta sebenar bagi mengubah persepsi dan tanggapan rakyat terhadap kes ini dulu. Maka wajarlah media seperti ini ditolak oleh rakyat demi menjaga minda generasi muda agar tidak terus terpesong. Cuba lihat artikel berkenaan bagi menjelaskan lagi tentang perkara ini :-

Utusan Malaysia Putarbelit Testimoni Dr.Zahari

[10 Feb 2000] – Saya agak terperanjat dengan tajuk berita di Utusan Malaysia (UM) hari ini (bukan saya beli tetapi kepunyaan rakan saya ) bertajuk ‘Saksi akui ada kemungkinan Sukma diliwat’. Kenyataan ini dikatakan dikeluarkan oleh Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Zahari Noor semasa menjadi saksi pembelaan kes ‘liwat’ DSAI semalam. Kenyataan ini agak bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Dr Zahari Noor semasa perbicaraan kes ‘rasuah’ DSAI tahun lepas di mana beliau mengatakan bahawa TIDAK ADA BUKTI PERUBATAN YANG MENUNJUKKAN BAHAWA SUKMA PERNAH DILIWAT PADA LIMA TAHUN KEBELAKANGAN INI DAN TIADA BUKTI MENUNJUKKAN SUKMA ADALAH PENGAMAL HOMOSEKS BERTERUSAN (HABITUAL HOMOSEXUAL). Oleh kerana saya tidak puas hati dengan laporan UM tersebut, saya pergi ke gerai akhbar dan membelek (bukan membeli) akhbar tabloid the Star mengenai kes ‘liwat’ DSAI. The Star memberi tajuk ‘NO SIGNS OF ANAL PENETRATION’ bermaksud tidak ada tanda-tanda dubur Sukma telah ditembusi. The Star juga mengatakan bahawa Dr Zahari Noor tidak dapat mengesahkan samada Sukma pernah diliwat atau tidak (‘Dr Zahari Noor said he could not determine whether Sukma had ever been sodomised or not’ ). Jadi yang mana satu hendak dipercayai sekarang, UM atau the Star? (Rujuk Video Pengakuan Sukma

Nampaknya UM masih cuba menipu rakyat dengan memutarbelitkan testimoni Dr Zahari Noor. Seboleh mungkin UM mahu juga meyakinkan rakyat bahawa DSAI adalah pengamal homoseks. UM juga cuba menonjolkan cerita mengenai parut yang berada di dubur Sukma sebagai bukti liwat. Bukankah kita telah diberitahu dahulu oleh saorang doktor bedah bahawa parut itu adalah kesan dari pembedahan buasir (haemorrhoids) yang dialami oleh Sukma. Doktor bedah tersebut juga menyatakan bahawa tidak ada bukti masalah buasir Sukma bersangkut paut dengan amalan homoseks yang didakwa diamalkan oleh Sukma. Di dalam buku perubatan pun tidak ada dinyatakan bahawa kegiatan liwat boleh menyebabkan penyakit buasir. Sekiranya benar Sukma adalah pengamal homoseks berterusan (habitual homosexual) seperti yang didakwa, sudah tentu pemeriksaan dubur Sukma akan menunjukkan kesan sekalipun amalan tersebut menggunakan lubricant. Dubur sesaorang pengamal homoseks berterusan akan menjadi lembut (lax atau patulous di dalam istilah perubatan) apabila doktor melakukan ‘digital per rectal examination’ tetapi ini tidak dikesan pada dubur Sukma. Yang pendakwa bertanya mengenai pemeriksaan ‘proctoscopy’ apa relevannya? Nak tengok ada buasir ke di dalam dubur Sukma? Setahu saya proctoscopy dibuat untuk melihat buasir pada peringkat awal iaitu dipanggil ‘first degree atau second degree haemorrhoids’, bukan untuk menunjukkan bukti liwat.

Yang menghairankan saya ialah akhbar Berita Harian (BH) yang saya belek di gerai akhbar hari ini tidak ada langsung laporan mengenai kes perbicaraan ‘liwat’ DSAI. Adakah kerana pada peringkat pembelaan ini di mana DSAI dan Sukma sudah memgemukakan bukti-bukti kukuh yang menunjukkan bahawa tuduhan ‘liwat’ itu tidak benar dan sengaja diada-adakan maka BH tidak berani melaporkan? Kenapa tidak perbesarkan bukti yang dikemukakan oleh Sukma bahawa Tivolli Villa hanya diduduki selepas April 1993? Satu lagi berita terbaru yang menarik mengenai kes ‘liwat’ DSAI ialah mengenai usaha peguam-peguam DSAI untuk memanggil Dr Mahathir ke mahkamah untuk memberi keterangan. Dr Mahathir pernah berkata selepas memecat DSAI ‘ I did my own investigations other than the police investigations regarding DSAI homosexual activities and I was convinced’. Saya berhajat benar agar Dr Mahathir dapat memberitahu mahkamah bagaimana beliau melakukan kajian salahlaku seks DSAI dan memberikan bukti-bukti kukuh seperti yang didakwa oleh beliau. Sedangkan polis sendiri di bawah SAC 1 Musa Hassan sendiri sampai sekarang tidak dapat bukti kukuh, maka adalah penting Dr Mahathir sendiri hadir ke mahkamah sebagai saksi
[Maka dengan ini, sama-samalah kita lihat apakah pula trick dan helah yang akan digunakan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi membuktikan beliau telah diliwat Anwar. Apakah pihak polis boleh menerima keterangan dari "mulut" Saiful daripada laporan klinikal daripada Hospital Kuala Lumpur dan Pusrawi itu agaknya. Jika laporan mulut diterima oleh polis dan mahkamah, maka memang zaman kehancuran sistem kehakiman dan undang-undang negara akan berlaku lagi akhirnya. Masyarakat dunia akan merasa takut untuk datang serta melabur di Malaysia, selepas melihat kes pembunuhan dan jenayah dipermain-mainkan oleh mahkamah di negara ini. Justeru itu, kembalilah kepada kebenaran dan tegakkan keadilan. Kembalikan semula keyakinan rakyat terhadap isntitusi kehakiman negara. Usahlah kita terus biarkan generasi kita terbelenggu dengan sistem kehakiman yang terpesong daripada matlamatnya. Sia-sia sahaja anak-anak kita belajar ilmu undang-undang di universiti dalam dan luar negara, jika inilah amalan undang-undang yang mahu dipertontonkan].


33 Responses to “Fakta berlakunya Konspirasi terhadap Anwar”


  1. 1 Pemerhati PKR Jul 3rd, 2009 at 4:59 pm

    tdk hairanlah DSAI akan di Penjara untuk tuduhan yg tidak masuk akal ini..

    Reply

    apa saja Reply:

    jika tak diliwat pun masih boleh kata diliwat, saya rasa jika kes ini dibicarakan nanti pasti ada bukti yang mengatakan si “Sepul” tu diliwat, budak tu tak kisah jika duburnya ditusuk untuk adakan tanda tusukan, laporan tiga doktor tu akan diketepikan oleh mahkamah da laporan baru akan dibuat, si “Sepul” ni pun sekarang dah mula sediakan diri untuk diliwat ….

    Reply

  2. 2 Sang Kelembai Junior Jul 3rd, 2009 at 5:19 pm

    Seorang Anwar terkubur, seribu Anwar lagi datang mengganti. Sejarah telah membuktikan konspirasi hanya mampu bertahan hanya dalam sekejap masa. Lama-kelamaan kebenaran tertonton jua. Waktu itu, ke mana mahu diletak muka-muka si konspirator semua?

    Reply

    bujang sarawak Reply:

    tahniah sang kelembai, seronok baca komen u. Saya ingin menambah di sini bahawa hanya orang yang tidak ada akal dan bekepentingan sahaja yang percaya cerita tersebut. Manusia jenis itu ialah jenis yang tak berguna langsung, selayaknya dihumban ke dalam sangkar harimau atau sungai batang lupar buat santapan sang bujang senang. Syabas sang kelembai, teruskan komen u. TK.

    Reply

  3. 3 Tomz Jul 3rd, 2009 at 7:29 pm

    Kenapa seburuk ini perangai pemimpin n konspirator
    Moga Allah tunjukkan sesuatu untuk balasan of semua konspirator

    Reply

  4. 4 anapas Jul 3rd, 2009 at 10:20 pm

    kepada puak2 yg nak buat nanya kt dsai…sudah2la ….nie dok bicara,yg tu kena,nak buat rayuan pun x boleh..dsai terlalu derita nak tegakkan kebenaran..aku dan rakyat malaysia lain yg dahagakan keadilan dan sistem keadilan yg telus amat kecewa…dsai..kalau aku ada kuasa..aku tetap akan pertahan maruah dsai sampai akhir hayat..lawan tetap lawan…

    Reply

  5. 5 Al- Muslim Jul 3rd, 2009 at 11:23 pm

    Sebelum menjadi pemimpin tertinggi negara, persediaan tertentu perlu untuk menidakan kejaguhan pemimpin yang ulang dan mempunyai ketekohan yang diitiraf oleh pemimpin dunia, dengan itu satu kerangka untuk memusnahkan jaguh ini perlu dilakukan. Maka episod liwat dimainkan semula….Inilah dia sifat pemimpin yang takut pada bayang-bayangnya. Kita tunggu dan lihat, jika hakim tidak memihak dan berkecuali;konspirasi ini akan terdedah. Kebajulan akan terbukti…Syabas DS berani kerana benar….Lawan tetap lawan!.

    Reply

  6. 6 Nirman Jul 3rd, 2009 at 11:35 pm

    Nasib baik aku tak sentuh Utusan Malaysia lagi. Haram jadah punya paper. Utusan online pun aku geli nak tengok. Nauzubillah… Ya Allah, jauhkan kami dari fitnah Utusan Malaysia…

    Reply

  7. 7 yeols Jul 4th, 2009 at 1:25 am

    Inilah akibatnya bila politik dan agama dipisahkan. Sang Penguasa yang tidak memikirkan dosa… Gelombang Reformasi 2 pasti lebih hebat dari yang sebelumnya. Akibat dari pengorbanan insan yang bernama Anwar Ibrahim, rakyat telah mengorak langkah kearah suasana politik baru.

    Anwar Ibrahim telah berjaya meruntuhkan kongkongan minda rakyat yang telah diprogramkan oleh Sang Penguasa UBN selama ini.Rakyat telah dapat menilai siapa sebenarnya yang telah memperbodohkan mereka selama ini. Semua tembelang UBN semakin hari kian terserlah.

    Sama-samalah kita berdoa agar insan yang bernama Anwar Ibrahim sentiasa mendapat perlindungan daripadaNya. Kami para pendokong Arus Perubahan ini, akan tetap berdiri teguh dibelakang Dato’ Seri…..

    Reply

  8. 8 WAN SIMUNJAN Jul 4th, 2009 at 2:20 am

    Yang menjadi masalahnya ialah para konspirator yang terhebat ni semakin berkuasa malah tidak boleh diambil tindakan pun. Seolah-olah tindakan para konspirator ni lebih tinggi daripada konsep KELUHURAN PERLEMBAGAAN dan KEDAULATAN UNDANG -UNDANG. Bagaimana sistem keadilan Perlembagaan negara kita dan Kedaulatan Undang-Undangnya mampu meembataskan tindakan undang2 kepada sesetengah pihak. Sedangkan Sultan boleh didakwa manakal ada pihak lain yang lebih mengatasi segala undang-undang. Sistem Keadilan dan Undang-Undang aopakah yang kita amalkan sekarang ni. Rasa2nya di negara lain presiden dan Perdana Menteri mereka juga tidak terlepas daripada undang-undang ? Hebatkan negara Malaysia ni kan? Dan sesungguhnya bertuahlah mereka yang bergelar PM kat negara kita ni? Lihatlah bagaimana para konspirator 1998 ni semakin angkuh dan sombong walaupun mereka boleh dibuktikan melakukan jenayah yang paling hina sekali.

    Reply

  9. 9 zu md nor Jul 4th, 2009 at 2:35 am

    pendakwaan ini bertujuan utk nak kurung tubuh dan suara Anwar dari terus membantutkan kuasa dan kedudukan pembesar2 dulu kini dan selamanya.Pelbagai fitnah dan rekaan untuk mengharuskan perbuatan jahat dan keji
    Tunggulah pebalasan dari Yang Maha Esa kepada puak2 ini,hanya airmata dan doa rakyat yang akan bersama saudara Anwar.
    Ingat Allah tidak lupa pada janjiNya
    Lawan tetap lawan saudaraku Anwar

    Reply

  10. 10 MatTop Jul 4th, 2009 at 9:22 am

    Anwar tidak berhati2 selepas peristiwa 1998.

    Seperti yg diketahui Umno adalah parti taghut dan pemimpinnya bersifat satan dan iblis dan akan mengguna apa cara sekali pun untuk menjatuhkan musuh mereka.

    Anwar sepatutnya berhati2 dengan setiap langkahnya. Ini Malaysia. Polis, SPeRM, Hakim Mahkamah dan Peguam Negara semuanya dibawah telunjuk dan arahan Umno. Rekacipta bukti dan konspirasi adalah mainana mereka dan direstui olih Iblis dan Satan.

    Anwar sepatutnya berhati2 selepas peristiwa jijik 1998.

    Reply

  11. 11 ahmadidham Jul 4th, 2009 at 12:39 pm

    1.polis ni bodo betul nak mengauta pun tak reti …….
    2.DNA tak bole jadi bukti , kalau dlm perundangan Islam mmg tak leh pakai
    kalau nak pakai pun bukan dalam kes pensabitan kriminal
    orang selalu bingung dengan hukum hudud sebagai hukum kejam tapi ….
    hukum hudud sangat ketat dalam menerima bukti pensabitan
    jadi samada hudud atau ta’zir , dlm kes kriminal Islam mmg ketat dalam
    menerima bukti pensabitan
    Tanyalah pakar dalam bidang ini , Prof. Mahmood Zuhdi -
    bagi beliau DNA tak boleh dipakai sebagai bukti pensabitan !!!
    walaupun RasullulLah pernah bergembira dengan Al-Qafah bagi cucu angkatnya
    Usamah yang berkulit hitam adalah anak bagi anak angkatnya Zaid yang berkulit
    putih (suatu ilmu pd zaman itu yang dapat melihat persamaan urat ditelapak
    kaki untuk mensabitkan
    sipolan anak sipolan)tapi itu hanya secara adat bukan pensabitan mahkamah
    3.Seribu Anwar menunggu giliran . Perjuangan ini akan menang akhirnya -
    hanya masa yang menentukan kecualilah kalau majoriti rakyat Malaysia
    memilih kebinasaan . Nik Aziz ada , Nizar , Azmin , Husam , Saifudin ,
    Nga Kor ming – cina pun boleh jadi PM – tak de masalah .
    4.Don’t worry Big Brother Anwar – perjuangan ini akan menang .
    Samada Abang Anwar akan jadi PM atau mati syahid !!

    Reply

  12. 12 ART Jul 4th, 2009 at 12:49 pm

    Semoga Tuhan tunjukkan akan kebenaran…Semua yang terjadi adalah rahmat dari Tuhan…Bayangkan jika DSAI tidak di aniyai,bagai mana kita hari ini,mgkn kita masih bersetongkol dgn BN/UMNO yang sentiasa menipu dan memperbodohkan kita.

    Inilah kuasa Tuhan yang mengatasi kuasa manusia.

    Buat DSAI,Tuhan ini Maha Kaya dan Maha Mengetahui…Sabar

    Untuk menjadi pemimpin yang hebat,maka hebat jugalah dugaan yang melanda.

    Reply

  13. 13 tokmod Jul 4th, 2009 at 1:22 pm

    Kenapa dan mengapa tuduhan meliwat saja yg dikaitkan dgn DSAI??
    Sunggoh menghairankan!!Ini yg membuat ramai orang kebinggongan,dari zaman TUN MAHADIR hingga
    kezaman TUN ABDULLAH dan PM NAJIB sekarang mengapa??
    Dalam membela diri DSAI banyak berdolak dalik sehingga tampa dia sedari seolah2 dia melakukannya
    Dalam kes yg baru ini SAIFUL sunggohx membutikan yg beliau diliwat oleh DSAI,tetapi bagaimana
    dolak dalek DSAI sama saja pada zaman TUN MAHADIR dulu jadi apa alasan penyokongx DSAI!!!
    Jika tuanx menyokong DSAI itu hak tuanx !!Aku shorkan kepada penyokongx DSAI sokong untok kebaikan..dan sokong jugalah untok menyedarkan dari kesilapan dan kesalahan..
    Jangan terlalu taksuf kepada sesaorang sehingga kejahilan dan kemunkarannya kita halalkan

    Reply

  14. 14 Abdul Jalil Jul 4th, 2009 at 2:32 pm

    Pemfitnah-pemfitnah ini tidak takut pada hari akhirat. Mereka ini akan mendapat balasan di dunia lagi. Lihat saja mereka yang terlibat dalam skandal pertama dulu. Yang masih hidup boleh menikmati kehidupan mereka tetapi mereka yang sudah mati – lihat bagaimana mereka dimatikan. Jika di dunia sudah menerima balasan yang begitu keji apatah lagi di akhirat kelak.
    Gani Patail. Musa Hassan dan ramai lagi hanya menunggu masa untuk terima balasan yang sama atau mungkin lebih teruk daripada mereka yang telah menerima balasan di dunia. Semua hakim yang terlibat jika mereka tidak menghakimi dengan betul mereka juga akan terima balasan yang sama daripada Allah s.w.t.

    Reply

  15. 15 anwar junior Jul 4th, 2009 at 4:35 pm

    Di sini jelas menunjukkan bukti-bukti satu lagi konspirasi hendak ‘menghapuskan’ Anwar. Bagi mereka yang terlibat baik pada 1998 mahupun sekarang, Anwar adalah duri dalam daging untuk mereka melakukan kerakusan politik, kedudukan, hartabenda dan kepuasan nafsu.

    Babak pertama telah mengakibatkan Anwar dan beberapa mangsa terperuk dalam penjara untuk sekian lama. Kini babak kedua pula sedang berjalan dengan teratur dengan harapan Anwar pasti disumbatkan lagi ke kandang besi.

    Apakah ini yang dikatakan keadilan? Bukti-bukti telah mendapati Anwar tidak pernah meliwat Saiful tapi kenapa mesti dibicarakan? Sudah terang lagi bersuluh. Pihak yang terlibat tidak dapat memikirkan kesan yang akan berlaku jika keadilan tidak dapat dilaksanakan dengan terbuka. Pengalaman 1998 langsung tidak dijadikan iktibar bahwa satu waktu nanti semuanya akan terbongkar, apakah mereka tidak insaf!

    Keresahan rakyat mungkin dapat dibendung untuk masakini tapi bila tiba pilihanraya kemarahan rakyat sudah lagi tidak dapat dikawal. Mereka sudah bijak dengan helah politik kerajaan mentelah lagi keburukan demi keburukan berlaku menjadi pendorong rakyat memberontak di peti undi.

    Reply

  16. 16 Transformes Jul 4th, 2009 at 6:42 pm

    Mmg sah konspirasi 1998 berulang lagi. Kali ni tangkapan pasti akan berlaku, paling lewat pun sebelim pilihan raya akan datang. Saya cadangkan guna saluran luar untuk desak kerajaan dan badan kehakiman berlaku adil. Agak-agak kerajaan & badan kehakiman berdegil atau buat tak tahu, bersiaplah dengan plan kedua. Mintaklah perlindungan dari kedutaan negara islam macam DSAI berlindung di kedudutaan TURKI. Biar 1 dunia tahu, inilah MALAYSIA. 1Malaysia yang hampas.

    Reply

  17. 17 sukri jaafar Jul 4th, 2009 at 11:01 pm

    Apa pun tetap kena lawan jika kebenaran yang pasti sebab Nabi s.a.w tetap melawan dengan yakin jika untuk menegakkan kebenaran. Ujian Allah Taala ini hanya sedikit untuk umat Muhammad jika diandingkan dengan kekasih Allah.

    Reply

    i think Reply:

    ha ah betul tu…nabi mengajak/menyeru manusia menyakini/membesarkan allah taala….nabi menyeru manusia supaya tidak membesarkan/mengagungkan/mengtaksubkan makhluk/dunia yang akan hancur…..begitu hebat ujian yang diterima….dan Allah terima perjuangan mereka (nabi dan sahabat2) di dunia lg……bantuan yang maha hebat daripda allah taala diterima mereka…JIKA jika perjuangan ni pun seperti perjuangan mereka Allah akan bantu juga…..jika allah tak bantu?…hanya allah yang maha mengetahui

    Reply

  18. 18 ABDULLAH Jul 5th, 2009 at 12:51 am

    Cucu saya darjah satu menghafal Rukun Negara. Saya sedih mendengarnya kalaulah dia faham apa yang dihafalkannya itu tentu dia menyumpah kerana tertipu. Semuanya karut dan tidak membawa makna. Apa tidak, Perlembagaan dipermainkan, undang-undang menjadi alat keseronokan,raja hanya dipandang-pandang,Tuhan entah ada atau tidak (kalau yakin Tuhan ada pasti tidak berlaku rsuah, kezaliman pemimpin dan dan dan).
    Hanya satu jalan keluar, tukar semua secara borong dalam tahun 2012, baharulah dapat kita beri makna kepada Rukun Negara.

    Reply

    i think Reply:

    ha ah……mungkin kita sempat la dan hidup pada tahun 2012 tu ye ATUK….kalo saya atau atuk ni mati dulu…..takpe cucu atuk mungkin hidup lagi……dan mungkin dia dah paham masa tu….tapi kalo di mati gak……mungkar nankir tanya rukun ni pulak….siapa tuhan kamu? siapa rasul kamu?…………..ni yang lagi susah untuk kita ni tuk……

    Reply

    i think Reply:

    Kesian Dr Zahari…. jika anda bertanggungjawab dan jujur dalam tugas, Allah yang selamatkan dr Zahari…..jika tak jujur allah akan azab di dunia lagi kehidupan tak berkat dan huru-hara serta membawa fitnah…DSAI, MAHATHIR,NIK AZIZ dll pun makhluk Allah juga….duk dalam kubur jugak…mungkin Dr Zahari dah biasa tengok mayatkan, mungkin Dr Zahari begitu bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai mayat nanti sebab selalu tengok mayat……….oklah apa2 hal pun…org yang jujur allah bantu di dunia dan akhirat…………….Dengar cerita Dr Zahari yang ditukarkan dari KL dah jadi DATO…betul ke? Dato’ Dr Zahari la kut skang ni…….wah pakar forensik lain yang lama2 di KL tak dapat dato lg…..tahniah la kalo betull…….kejujuran Dato menjadi teladan…

    Reply

  19. 19 pejuang melayu Jul 5th, 2009 at 10:01 am

    encik abdullah idea tuan kurang bijak sebab tuan telah dimomokkan oleh politik songsang oleh pembangkang yang mempermainkan rukun negara. fikirkan nasib melayu secara otimatik negara akan aman. pembela melayu hamya pas dan umno. tapi malang pas sedang dirosakkan oleh PR.

    Reply

  20. 20 Arai Jul 5th, 2009 at 10:23 am

    Pandangan Sdr Abdullah sememangnya teramat cocok dan relevan dengan suasana politik semasa lebih-lebih lagi apa yang telah berlaku di DUN Perak. Kecemaran politik DUN Perak seakan-akan menghadapi kesukaran untuk diperbaiki, apalagi apabila dikaitkan dengan istana yang nampaknya bagaikan di gerakkan oleh jentera BN tapi berakhir dengan penyelesaian melalui mahkamah. Maka terjadilah mahkamah sebagai ruang penyelesaian kemelut politik kecuali politik wang yang cuma memerlukan badan penentu dari BN sendiri meletakkan hukum kepada ahli politik BN yang terlibat dengan permainan politik serung ini. Istana tetap gah sekadar lambang beradat khususnya bagi bangsa melayu sejak turun temurun lagi, yang cela hanyalah manusia-manusia bawahan yang oportunis mempermainkan istana untuk maksud pencapaian hasrat mereka. Antara boleh atau tidak sebenarnya dari peringkat awal lagi DUN Perak boleh diselamatkan oleh istana. Akhirnya apa yang kita nampak adalah seperti yang berlaku harini dimana rakyat boleh kita agak sebesar mana jumlah yang bersetuju dengan cara penyelesaian yang telah berlaku.DUN Perak bagaikan menara ditapak lama yang tidak mungkin dapat rubah walau pun tapak baru tersedia ada menanti ribuan penyokong-penyokong yang mahukan perubahan demi masa depan bersama.Fikir-fikirkanlah apa yang boleh terjadi kelak dengan Rukun Negara dan konsepnya. Masya allah !!

    Reply

  21. 21 lostboys Jul 6th, 2009 at 4:22 am

    wahai wanita2 beriman..jangan la kamu kawin dgn si saiful laknatulah tu,walau pun dia ada bnyak wang kertas..kelak nanti anak2 kamu dgn durjana tu akan menangung aib,bala sampai ke tua..bia dia bujang lapok sampai mampus..skang ni anak mumtaz jafar [pelari sukan sea ]jd penyedap durjana tu..mumtaz pulak kerja ngan rosmah bini najib anak razak..rosmah tu jelmaan penguin yg di sumpah tuhan..

    Reply

    Roger Wabbit Reply:

    jodoh pertemuan di tangan tuhan. Ape ke sifat puak2 PR nih yg mendoakan keburukkan org lain? isk isk isk astagfirullah.. bawak2 mengucap

    Reply

  22. 22 DEBBIE Jul 6th, 2009 at 12:12 pm

    FAKTA YANG MERAGUKAN

    1. Kenapa Saiful jumpa PM Najib mengenai kes liwat? Ini kan kepada Polis terdahulu? mengikut penal kod Malaysia.

    2. Penal Code akta liwat itu disumbatkan sebagai undang dan diluluskan begitu cepat sekali? dalam masa ‘pemerintahan’ Tun Mahathir? Amat dikhuatiari? .
    Tidak boleh dipertikaikan kerana sudah menjadi undang. Tetapi rakyat boleh meminta ini dibatalkan dalam masa yang akan datang.

    Amat mengelirukan???? . Perbuatan antara dua orang adalah hak masing masing. Kalau disisi ugama Islam – BENAR ia perbuatan yang boleh dihukum….. TETAPI kenapa pula dibicarakan di Makahamah Common Law? Balik lah ke Makhamah Syariah??????????

    3. Fakta ini menimbulkan keresahan dan perasaan tidak percaya dalam hati Rakyat. INI SEAKAN AKAN DSAI ANWAR DIANIAYAI UNTUK MENYEKAT DIA DARIPADA PERJUANGAN POLITIK.

    DSAI ANWAR memang menpunyai kebolehan membimbing dan mengetuai Malaysia. Kenapa asyik dengan fitnah sahaja?????????????????????

    Reply

  23. 23 effa Jul 6th, 2009 at 1:13 pm

    saya nak bagi cadangan kenapa x cari orang-orang yang ada kaitan dengan konspirasi DSAI pada tahun 1998 seperti rahim noor & Lain-lain yang sekarang x tahu apa cerita sama ada dia masih hidup @ dah mati. kalau ada sesiapa tahu tlg bgi tahu. yang saya dengar dia menderita sakit lumpuh. kalau dia masih hidup kenapa x rakam aje kebenaran daripada dia. supaya kebenaran yang di ceritakan akan menjadi kesedaran kepada orang lain. saya harap DSAI & keluarga Tabah menghadapi dugaan ini. x sabar nak tunggu DSAI jdi PM 7 semoga dapat menakluki putrajaya, semoga berjaya…….aminnn.

    Reply

  24. 24 suka pas Jul 6th, 2009 at 7:22 pm

    arai keadaan politik diperak tudak ada masalah pin. sekarang perak kembali di perintah oleh kerajaan islam. orang melayu menjadi tenteramberbanding dahulu. menteri besar zambry sudah beri tumpuan sepenuhnya kepada kerja. pembangkang dok sibuk berpolitik.

    Reply

  25. 25 datu datu dari sabah Jul 6th, 2009 at 8:31 pm

    anwar tetap wira kami.. mengapa org yg sekolah tinggi2 tidak boleh berfikir yg mana betul yang mana salah? mata di kaburi wang ringgit, demi wang ringgit mereka sangup buat apa saja.. mereka2 ini juga org islam sebahyang, puasa, zakat dan 3 kali pegi haji pun ada.. mereka2 inilah orang munafik mahzab islam hadari pengikut imam abdullah al badawi versi tun mahatir.. dlm hadis rasulullah saw, orang2 yg munafik itu hanya mengambil separuh daripada islam, manakala mereka menolak separuh daripadanya… jadi jangan hairan jika isteri2 sultan tidak pakai tudung.

    Reply

  26. 26 antiAMNO Jul 7th, 2009 at 10:27 am

    ……..and justice to DSAI….kebenaran pasti datang…Lawan tetap lawan…..

    Reply

  27. 27 Hidup Anwar Jul 15th, 2009 at 5:58 pm

    Saya jumpa artikel ini “Rakyat Malaysia Perlu Tahu Kisah Sebenar Konspirasi Jahat Terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim” sila layari http://amkkotaraja.blogspot.com

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

July 2009
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031