Archive for July 2nd, 2009

2 July 2009

Pendapat

Pendapat Anda?


(video ehsan Malaysiakinitv)

Keputusan Mahkamah Rayuan petang tadi amat dikesalkan walaupun tidak memeranjatkan.

Kita mungkin saja merujuk kepada persoalan teknikal undang-undang, tetapi sungguh aneh untuk para hakim mengenepikan isu dakwaan ke atas Peguam Negara Abdul Gani Patail atas keterlanjuran, penipuan dan merekacipta keterangan.

Hakim memilih mempertahankan Peguam Negara yang punyai kuasa mutlak dalam isu pendakwaan.

Malah hakim mempersoal jaminan Perdana Menteri (ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi) dengan singgungan nakal bahawa Perdana Menteri tidak punyai kuasa untuk mempengaruhi Peguam Negara, haha!

Dan, sekonyong-konyong hakim memberi jaminan bahawa perbicaraan di Mahkamah Tinggi nanti adalah adil dan saksama.

Wah, kejahilan terhadap lapuran ICJ; kenyataan bekas Ketua Hakim, Tun Suffian; lapuran Suruhanjaya Diraja yang menyiasat skandal video VK Lingam turut membingungkan!

ANWAR IBRAHIM

2 July 2009

Pendapat

Pendapat Anda?


(video ehsan Malaysiakinitv)

Kenyataan Akhbar

Pakatan Rakyat

2 Julai 2009

Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Mengikut Kementerian

Pada hari ini kami ingin mengumumkan Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengikut Kementerian.

Matlamat Jawatankuasa ini adalah untuk menyediakan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat bagi sesi perbahasan di Parlimen termasuk perbahasan Rang Undang-undang dan sesi soal jawab. Ini adalah bagi meningkatkan kualiti perbahasan dengan bersandarkan rujukan secara khusus berdasarkan kementerian masing-masing.

Jawatankuasa ini dibentuk mengikut 25 Kementerian dalam kerajaan Barisan Nasional dan dipengerusikan secara bersama oleh seorang wakil dari setiap parti dalam Pakatan Rakyat. Keanggotaan Jawatankuasa ini melibatkan beberapa Ahli Parlimen lain dan juga boleh melibatkan pakar dari luar dalam bidang masing-masing bagi membantu Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

YB Mohamed Azmin Ali

Ketua Whip

Ahli Parlimen PKR

YB Tan Seng Giaw

Ketua Whip Ahli Parlimen DAP

YB Salahuddin Ayub
Naib Presiden PAS

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim