Archive for July, 2009

31
Jul

Kerajaan gagal pertahankan Bernas.

Dari Blog Chegu Bard

‘Food Security’ ialah terma yang digunakan untuk menggambarkan jaminan keselamatan untuk semua mendapat jaminan akses terhadap bahan makanan utama. Jaminan ini selalunya merupakan tanggungjawab ‘penguasa’ yang kalau merujuk kepada negara Malaysia ia merupakan peranan Kerajaan Malaysia dan makanan utama kita beras.

Isu mengenai ‘food security’ ini telah menjadi perbincangan dunia sejak 80an lagi. Sejak itu bukan sedikit seminar dan resolusi diluluskan seluruh dunia berkenaan perkara tersebut. Kerajaan di seluruh dunia pula semakin sedar kerana desakan untuk memainkan peranan lebih besar dan penting dalam memberikan jaminan ‘food security’ kepada rakyatnya.

Continue reading ‘Kerajaan gagal pertahankan Bernas.’

29
Jul

Pakatan Rakyat mohon mengadap Seri Paduka Baginda YDP AGONG.

Majlis Mesyuarat Pakatan Rakyat yang berlangsung semalam memutuskan antaranya memohon kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi membolehkan saya bersama Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang mengadap Seri Paduka Baginda. Permohonan untuk mengadap YDPA juga demi untuk menzahirkan kebimbangan kami kerana Suruhanjaya DiRaja gagal menjadi wahana serius menangani permasalahan berbangkit. Kegagalan sebegini memperlihatkan peranan Suruhanjaya DiRaja dengan sengaja diremehkan dan penggunaan nama Di Raja diperalatkan hanya untuk menutup kebobrokan yang berlaku.

Selain itu permintaan agar pertemuan segera diadakan di antara saya, Tuan Guru Haji Hadi dan Sdr Lim Kit Siang dengan Dato’ Sri Najib Razak juga disampaikan sebentar tadi kepada pejabat beliau. Menyedari ketidakpuasan hati rakyat semakin hari semakin memuncak, terutamanya, apabila acapkali dikecewakan dengan penjelasan yang seumpama melepas batuk di tangga, Pakatan Rakyat memutuskan untuk mengadakan pertemuan ini bagi membincangkan beberapa perkara yang mendesak kerana ianya membabitkan integriti beberapa institusi kenegaraan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia(PDRM).

Pertemuan juga dijangka membincangkan kontroversi kematian mendiang Teoh Beng Hock dan bidangkuasa suruhanjaya yang terbatas. Turut disentuh di dalam surat kepada perdana menteri ialah, adanya pembabitan agensi kerajaan untuk menggugat kestabilan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Hasrat untuk bertemu Dato’ Sri Najib juga adalah untuk menuntut agar tempoh perkhidmatan Tan Sri Musa Hassan tidak dilanjutkan, terutamanya apabila nama beliau dikaitkan dengan kongsi gelap pelbagai skandal seumpama pembelian Eurocopter. Manakala selari dengan kehendak rakyat dan perkembangan semasa, adalah wajar untuk negara ini memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA).

ANWAR IBRAHIM

29
Jul

PROGRAM DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM DI KEDAH

AHAD, 2 OGOS 2009

3.OO – 5.00 PTG – MAJLIS PERJUMPAAN ANAK-ANAK GAYONG DENGAN

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM (KHALIFAH SENI SILAT GAYONG MALAYSIA)

TEMPAT : AIR TERJUN TITI HAYUN, YAN

5.30 – 6.30 PTG – MAJLIS TAKLIMAT KHAS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

NEGERI KEDAH

TEMPAT: DEWAN BANDARAN YAN

7.20 – 8.30 MLM – SOLAT DAN TAZKIRAH MAGHRIB

TEMPAT ; MASJID PERMATANG BONGOR

KOTA SARANG SEMUT, GURUN

9.00 – 12.00 MLM: CERAMAH PERDANA -

SAMBUTAN JUBLI PERAK PAS KAWASAN SIK

TEMPAT : SUNGAI PAU, SIK

PENCERAMAH:

1) YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

2) YB DATO’ SERI AZIZAN ABDUL RAZAK

3) YB SALEHUDIN AYUB

29
Jul

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat 28 Julai 2009


(Ehsan Malaysiakini)

29
Jul

Zaid Ibrahim’s Keynote Address at The Oxbridge Malaysia Dinner Dialogue Series

Bankers’ Club, Kuala Lumpur

Ladies and gentlemen

Thank you for your invitation for me to speak today. When I accepted
your kind offer, I was ‘party-less.’ But things have now changed. I
have drawn my line in the sand. And I have chosen sides. Today, I am a
proud member of Parti Keadilan Rakyat.

Today I am persuaded by the argument that for Malaysia to have
democracy and the Rule of Law, we must have a new government; a viable
inclusive government of the people; a government for all Malaysians.
Today I am dedicated to the cause of securing the success of Parti
Keadilan and Pakatan Rakyat, and ensuring that it galvanises the best
talents and ideas to form a robust alternative Malaysian political
force to lead the nation, to deliver true integration and nationhood.

Ladies and gentlemen, this country was established as a secular
multicultural and multi-religious democracy a’la the Westminster
model. The Constitution however provides for a special position for
the Malays and natives of Sabah and Sarawak. They unfortunately
omitted to include the Orang Asli in this special category, although
they were naturally the first original inhabitants of this country.
All they got was a Jabatan Orang Asli. The special provisions for
Bumiputras under Article 153 do not make them more special than other
citizens, for the fighters of independence did not envisage an
Orwellian society where some are more equal than others. The
acceptance of equality of rights as citizens is central to the success
of our Malaysian journey. Continue reading ‘Zaid Ibrahim’s Keynote Address at The Oxbridge Malaysia Dinner Dialogue Series’

29
Jul

PROGRAM DSAI DI BATU PAHAT DAN BAKRI, JOHOR

SABTU, 1 OGOS 2009

8.30 – 9.30 MLM – CERAMAH DI BATU PAHAT

TEMPAT : PEJABAT PKR CABANG BATU PAHAT

TAMAN MAKMUR, (DEPAN CALTEX SUMMIT)

9.00 – 12.00 MLM – CERAMAH PERDANA DSAI BERSAMA DATUK CHUA JUI
MENG DI BAKRI,

TEMPAT: KAMPONG TENGAH (SIMPANG JERAM)

PENCERAMAH:

1) YB DATO’SERI ANWAR IBRAHIM
2) YBhg DATUK CHUA JU MENG
3) YBhg HAJI ANUAR SALEH (PENGERUSI PKR JOHOR)
4) YB DR SHEIKH IBRAHIM (ADUN SG. ABONG – PAS)
5) YB DR BOO CHENG HAW (ADUN SKUDAI – DAP)

29
Jul

Pulihkan kembali imej PDRM!

Bertempat di bilik jawatankuasa Bangunan Parlimen pagi ini, satu sesi meja bulat telah diadakan di antara Pakatan Rakyat dan organisasi bukan kerajaan lainnya. Sesi meja bulat khas hasil inisiatif Sdr Lim Kit Siang ini menjurus meneliti kepincangan institusi keselamatan dan keadilan terutamanya di kalangan pimpinan pasukan polis.

Tidak dapat dinafikan pasukan polis merupakan sebuah institusi yang sudah lama berkhidmat demi menjamin keamanan dan keselamatan rakyat. Demi memastikan pengorbanan anggota keselamatan yang jujur menabur bakti tidak disia-siakan oleh sesegelintir, adalah penting satu usaha digembeling secara menyeluruh bagi memulihkan integriti serta keyakinan rakyat terhadap pasukan polis.

Kegagalan kerajaan umno-bn menuruti saranan Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Polis untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Pasukan Polis menimbulkan tanda tanya rakyat terhadap iltizam kerajaan, sedangkan Suruhanjaya DiRaja tersebut mengakui peningkatan mendadak kadar jenayah menimbulkan keresahan rakyat serta kegusaran para pelabur. Manakala keyakinan rakyat hanya dapat dipulihkan sekiranya kewujudan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis menjadi kenyataan.

Selepas meneliti pandangan dan mendengar pendapat wakil dari pelbagai organisasi, para hadirin secara sebulat suara menuntut supaya kerajaan tidak melanjutkan tempoh perkhidmatan ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan. Mereka melahirkan rasa kesal kerana pimpinan atasan polis telah mengabaikan tanggungjawab mereka; iaitu melindungi dan menjamin keselamatan rakyat keseluruhannya.

ANWAR IBRAHIM

27
Jul

Laila Majnun : Kiasan Tuan Guru Nik Aziz

Terdahulu saya rakamkan ucapan terima kasih kepada sanak saudara dan sahabat handai di tempat kelahiran saya, Sungai Bakap; Sungai Acheh dam Sungai Chenaam serta Jawi kerana memberikan sambutan hangat kepada kami semalam.  Walaupun dewan dikunci dan medan agak gelap, namun semangat yang dipertontonkan seolah-olah Nibong Tebal ke arah zaman pencerahan!

Tuan Guru Nik Abd Aziz hari ini secara terbuka menafikan hebahan media Umno mengenai kerjasama Umno-Pas.

Jelas kelihatan Umno semakin terdesak rentetan dukungan yang kian terhakis. Satelah gagal dengan fitnah, ugutan dan sogokan, mereka bersilih ganti untuk mengadu-domba.

Mereka kini sudah sampai ke tahap kegilaan, mengemis perhatian Pas. Anihnya lagi ialah kaedah kotor yang digunakan, rekayasa kenyataan kononnya ‘sahih’ daripada Tuan Guru Nik Aziz. Kemudian diatur pula ulasan demi ulasan dan digembar gembur di media mereka.

Sewaktu kempen Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai, bertubi-tubi serangan dilancar ke atas batang tubuh Tuan Guru, kini ghairah sekali menjulang Tuan Guru. Wah, telunjuk lurus kelingking berkait.

Nah, sekarang Tuan Guru Nik Aziz menafi keras, menuding media Umno selaku pembelit dan pimpinan Umno yang asyik maksyuk dengan pertemuan hingga ke tahap kegilaan.

Hanya kegilaan Laila Majnun terpancar dari cinta sejati…. Ghairah umno pula bagaimana?

ANWAR IBRAHIM

27
Jul

Nik Aziz Nafi Hulur Salam Perpaduan Kepada umno

Dari Malaysiakini

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menafikan bahawa beliau ada menyebut mengenai soal perpaduan antara Umno dan PAS.

Dalam kenyataan rasminya kepada TVPAS pagi ini, beliau yang juga menteri besar Kelantan, menafikan perkara itu.

Malah, Nik Azia mencabar media massa supaya buktikan dengan rakaman video atau audio bahawa beliau menyebut soal perpaduan dan beliau menghulurkan salam perpaduan Umno-PAS.

“Umno ni dah jadi macam cerita Laila Majnun’ kata Tok Guru dipejabatnya sambil mengibaratkan ia menunjukan sikap ‘desperado’ Umno ‘yang gilakan PAS’.

“Saya bercakap pasal kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri seperti semangat federalisme bukan pasal antara parti,” kata Nik Aziz lagi.

“Yang duduk cakap pasal parti ialah (Dato’) Mustapha Mohamed,” kata Nik Aziz sambil merujuk kepada sidang media selepas majlis pelancaran Fiesta Kelantan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, jumaat lalu.

Continue reading ‘Nik Aziz Nafi Hulur Salam Perpaduan Kepada umno’

27
Jul

Dari Malaysiakini

Dari Jimadie Shah
PAS mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutarbelitkan kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung kesediaan menteri besar itu melupakan sengketa dengan kerajaan pusat.

“Muhyiddin jangan putar belit. Yang tuan guru maksudkan, isu kerajaan pusat dengan kerajaan negeri, bukan hubungan Umno-PAS.

“Yang dia hendak bawa dalam (mesyuarat) Majlis Tertinggi Umno apa perlunya?” soal Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Ahli parlimen Kubang Kerian mengulas kenyataan timbalan perdana menteri semalam yang dilaporkan berkata, MT yang bersidang pada 31 Julai akan membincangkan langkah awal ke arah merapatkan hubungan kedua-dua parti itu.

Continue reading ”

27
Jul

Tuntutan Keadilan Untuk Semua Rakyat Malaysia

Semalam saya berceramah di Kompleks An Nahdoh, Kubang Semang dan Taman Ilmu, Nibong Tebal. Turut sama hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Sdr Mansor Othman dan Datuk Chua Jui Meng.

Saya menyentuh tohmahan jahat yang dilemparkan kepada Pakatan Rakyat seputar isu kematian Teoh Beng Hock. Pelbagai hasutan berbaur perkauman sempit direncana sehinggakan kehadiran saya ke majlis memberi penghormatan terakhir kepada mendiang dijadikan modal politik sesegelintir yang terdesak.

Melihat amarah rakyat mulai marak, serta penyertaan beberapa pimpinan bn ke dalam PKR, mereka berusaha mengaburi rakyat dari isu sebenar; iaitu Tuntutan Keadilan Untuk Semua Rakyat Malaysia. Bukankah Quran berpesan:

“Berbuat adillah karena keadilan itu lebih dekat pada ketakwaan” (al-Ma’idah ayat 8)

ANWAR IBRAHIM

27
Jul

Datuk SS Subramaniam Menyertai PKR

(ehsan GB.Tv dan TV Antara)

Tahniah kepada Datuk SS Subramaniam dan Dr SS Streram yang menyertai PKR Ahad lalu. Diharapkan dengan penyertaan mereka, diadun bersama dengan pengalaman berkhidmat kepada masyarakat khususnya kaum India, agenda Perubahan dapat dilaksanakan. Syabas Datuk SS Subramaniam dan Dr. SS Streram.

Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim