30
Jun
09

Usul Membahaskan Laluan Alternatif Projek Jambatan Pulau Pinang ke 2

30 Jun 2009

–Kenyataan Media–

Pada hari ini saya telah mengusulkan supaya mesyuarat Dewan Rakyat ditangguhkan untuk membincangkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Saya mencadangkan:

“Bahawa Dewan Rakyat membincangkan cadangan projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang memandangkan kos projek tersebut adalah terlalu tinggi berbanding cadangan laluan alternatif yang mampu menjimatkan RM4 billion dana awam.”

Pada Ogos 2006 Kerajaan Persekutuan mengumumkan projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang di bawah Rancangan Malaysia Ke9 dan upacara perasmian pecah tanah telah disempurnakan pada 12 November 2006 [oleh Perdana Menteri ketika itu YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ia dibina oleh usahasama China Harbour Engineering Co Ltd dan UEM. Pembinaannya menggunakan laluan selatan dengan jarak 24km dengan kos keseluruhannya melibatkan RM12 billion dan dijangka siap pada pertengahan 2012.

Menurut sumber industri, saya difahamkan bahawa projek yang sedia ada ini tidak wajar diteruskan, kerana ianya melibatkan kos pembinaan yang terlalu tinggi. Saya difahamkan juga bahawa adalah lebih wajar untuk membina projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini dengan menggunakan laluan alternatif melalui laluan utara dengan jarak 10Km yang lebih dekat dengan melibatkan anggaran kos keseluruhan yang lebih rendah berjumlah antara RM7 hingga RM8 billion.

Berbanding dengan projek yang sedia ada, amat jelas bahawa cadangan projek laluan alternatif bagi membina Jambatan Kedua Pulau Pinang berupaya menjimatkan RM4 billion dana awam.

Berikutan itu, saya mencadangkan supaya Dewan Rakyat membincangkan perkara ini bagi membolehkan rakyat mendapat gambaran sebenar mengenai permasalahan dan alasan-alasan kukuh mengapa cadangan laluan alternatif bagi pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang tidak boleh dipertimbangkan meskipun ianya berupaya menyelamatkan RM4 billion wang rakyat.

Atas perkara yang tertentu ini yang melibatkan kepentingan rakyat umum yang perlu disegerakan, saya telah memohon secara rasmi kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat supaya usul ini dibincangkan pada hari ini.

Sekian.

ANWAR BIN IBRAHIM

KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT

AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH


3 Responses to “Usul Membahaskan Laluan Alternatif Projek Jambatan Pulau Pinang ke 2”


  1. 1 zik Jun 30th, 2009 at 6:06 pm

    DS,

    Saya bersetuju jika kerajaan persekutuan mencari alternatif route utk menjimatkan kos pembinaan..cuma saya kurang bersetuju jika ia di buat di utara Seberang Perai..jika DS boleh mendapatkan data atau kajian yg menunjukkan bilangan trafik disebelah seb. perai utara lebih tinggi dari trafik dari seb. perai selatan..saya rasa route spu adalh sesuai..namu saya sangsi jika ia dibuat disebelah utara..trafik yg lebih tinngi dari arah selatan menuju ke p.pinang tetap akan menggunakan jambatan yg sekarang walaupun jika sudah ada jambtan kedua di sebelah utara..ia akan jadi seperti link kedua di singapura..tambak johor tetap sesak dan ramai pengguna tidak menggunakan link kedua kerana ia lebih jauh berbanding tambak johor..begitu juga jambatan kedua jika ia dibuat disebelah utara..kerna kebanyakkan aktiviti ekonomi lebih tertumpu dari seberang jaya hinngalah ke nibong tebal kerana aliran trafik terus dari selatan dan KL..

    bagi saya adalh wajar jika struktur dan konsep pembinaan jmbatan kedua dikurangkan seperti arca dan menara pelancongan yg akan dibina di tengah2 lau dapat dibian di kawasan tanah besar sahaja atau tidak perlu langsung…ataupun lane dikurangkan dan sistem lrt dipakej bersama dengan jambatan kedua..mesti ada cara utk mengurangkan kos tanpa memindahkan lokasi sekarang..

    saya percaya aliran trafik dari selatan yg menyebabkan kesesakan di jambatan dan bukan aliran trafik dari spu..
    oleh demikian jika jambatan kedua di bina di spu..aliran trafik tetap tidak berubah atau berkurangan kerana lokasi di spu seumpama hanya utk memudahkan penduduk negeri kedah dan perlis utk melalui nya sedangakan jika diselatan aliran trafik dari seberang jaya sehinngalah dari johor melaluinya setiap hari…

    Reply

  2. 2 RIVER STIK Jun 30th, 2009 at 7:18 pm

    biasalah kalau dah jadi MR 10peratus hehehehe, lagi besar wang rakyat yang d belanjakan lagi banyak masuk kocek.
    insaflah dan bertaubatlah kalau boleh bertaubat di mekah depan hajaral aswat. ingat hebat mana pun punya kuasa tetap juga masuk lubang tanah.

    Reply

  1. 1 Ketua Pembangkang: Mengulas Isu Jambatan Pulau Pinang, ISA dan Bahasa Inggeris « Ahli Parlimen PAS Pingback on Jul 1st, 2009 at 12:59 am

Leave a Reply