(video ehsan malaysiakinitv)
Hari ini saya sekali lagi ke mahkamah rayuan pada sebelah petangnya berhubung keputusan pemindahan kes saya dari mahkamah sesyen ke mahkamah tinggi. Akhirnya selepas hampir 2 jam dibelenggu kesejukan, hakim memutuskan untuk menyambung mendengar merit hujah dari kedua belah pihak pada jam 10.15pagi keesokan harinya. Mujurlah ada Azizah dan anak-anak menemani sepanjang prosiding.
Oleh kerana menghadiri sesi mahkamah, makanya saya terlepas untuk menyertai perbahasan usul Dr Lee Boon Chye berkenaan wabak H1N1. Manakala usul tergempar yang saya kemukakan berkenaan kewajaran menimbang semula laluan yang dicadangakan oleh kerajaan pusat untuk projek jambatan kedua Pulau Pinang, di bawah peraturan 18(1) telah ditolak untuk dibahaskan.
Akan tetapi saya berpeluang membangkitkan persoalan tersebut pada sidang media sekitar jam 12 tengahari tadi. Saya berkongsi bersama warga media akan maklumat industri yang diperolehi, terutamanya berhubung laluan alternatif projek jambatan kedua yang mampu menjimatkan sehingga RM 4 billion dana awam. Nampaknya isu pokok bagi memacu pertumbuhan serta upaya memulihkan ekonomi negara masih diabaikan kerajaan. Selagi isu tadbir urus yang baik dan pertanggungjawaban tidak ditangani, keyakinan rakyat dan pelabur hanya akan terhakis dari hari ke hari.
Kerana itu pengumuman terbaru Dato’ Najib untuk melonggarkan peraturan ekuiti demi menarik pelaburan asing seumpama mencurah air ke daun keladi. Kita mengakui adanya usaha untuk memulihkan negara dari kemelesetan, namun ketiadaan ekonomi manusiawi dan program menyeluruh, hanya menyebabkan ketidakadilan sosial.
Pada ketika kita menyedari peranan kuasa pasaran, tidak sepatutnya ianya menjadi alasan buat kerajaan goyang kaki memejam sebelah mata akan keperitan rakyat mengharungi kesusahan. Agenda Ekonomi Malaysia jelas mempertahankan peran pasaran memacu pertumbuhan di samping meletakkan tanggungjawab besar kepada kerajaan membantu rakyat yang kesusahan tanpa mengira batas kaum.
ANWAR IBRAHIM









Lebih byk pembaharuan perlu dilaksanakan lagi
Reply
Alahai Dato’ Seri, kena pakai baju 4-5 lapis tu.
Arah tujuan politik pentadbiran Malaysia (BN) telah jauh dari menyelamatkan ekonomi rakyat sejagat. Jika LIm Kit Siang mendakwa Dato Seri Nazri Aziz sebagai ‘Menteri Pondan’ ia agak keterlaluan. Tetapi hakikat itulah sebenarnya berlaku.
Namun wakil rakyat Pakatan Rakyat mula berkereta mewah sekarang ini. Adakah Dato’ Seri merasakan ia sepatutnya dilakukan oleh MP dan ADUN Pakatan Rakyat.
Mohd. Saiful pula didlm blognya merayu-rayu meminta simpati… Kesian pula Johor Daily membacanya. Mungkin saku sudah kekeringan. Cucu mat Kilau pula menunggu saman dari Saiful.. entah ia entah tidak… tiada duit nak hire lawyer agaknya…
Reply
brother anwar..tak tau la mana pergi duit kita,bayang la pinjaman MARA & TEKUN pun dah lapan bulan tak selesai,alasan pegawai negeri..mara mmng takde duit..bulan depan baru ada..pelik!! mara tak de duit?mane pergi ye..agak nye pak menteri ni suruk bawah katil semua duit,takut nanti PRU13 depa kalah,duit dh selamat..ada akai ka..
Reply
Dato Seri Anwar, I watched the youtube of your explanation on an alternative bridge location for the 2nd penang bridge. I do agree that it would be wise to save on public funds in this matter, however I was to understand that the decision was made with the motive of developing both Batu Maung and Batu Kawan as new townships and to service the proposed Bayan Mutiara state administrative centre. Is this still the case? I’m responding to this in the interest of better urban design for Penang. Better urban design and astute placement of key infrastructure generates wealth in the long term and allows for sustainable growth to occur. I am currently part of a Australian Research Council team at Melbourne University studying the industrial effects of major projects on the (Australian) economy. Would it be possible for me to have a look at some drawings and planning studies done for both schemes? I am eager to gain a better understanding of the situation on this project and other national major projects and your thoughts on how they should be implemented. I hope that the knowledge I am exposed to at the moment could be used to serve the country in the future. I will be looking forward to your reply. Thank you.
Reply