28
Jun
09

PPSMI Tidak Wajar Diteruskan, Kerajaan Jangan Teragak-Agak

Mesyuarat Pimpinan Pusat hari ini membincangkan antaranya kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan. Seharusnya semua pihak menyedari kedudukan Bahasa Melayu dijamin oleh peruntukan Perlembagaan serta Dasar Pendidikan Nasional. Sewajarnya perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu dihimbau semula bagi mengingatkan kita akan jerih perih pejuangan nasionalis tulen. Adalah menjadi tanggungjawab kita rakyat Malaysia untuk memartabatkannya sesuai dengan hasrat Kemerdekaan negara dan pembentukan Persekutuan Malaysia.

Oleh itu kelengahan Kementerian Pelajaran dan kabinet membuat keputusan berhubung kedudukan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) seumpama mengenepikan semangat yang terkandung jelas dalam Perlembagaan. Dengan merosotnya prestasi matematik dan sains terutamanya di kalangan pelajar luar bandar tambah memburukkan keadaan.

Makanya pada sidang media seusainya mesyuarat tengahari tadi, saya mengulangi desakan agar kerajaan umno-bn kembali mematuhi intipati Dasar Pendidikan Nasional serta memartabatkan semula Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Kami juga menggesa agar sains dan matematik diajar dalam bahasa ibunda masing-masing di sekolah rendah jenis kebangsaan. Perlaksanaan PPSMI sekian lama memangsai rakyat terbanyak dan pembaziran berjumlah RM 4.5 billion.

Desakan ini dibuat tanpa menidakkan keperluan memperkukuh penggunaan Bahasa Inggeris dan kepentingannya, terutama di peringkat menengah atas serta pengajian tinggi. Namun kami menolak sebarang usaha untuk memastikan kelulusan Bahasa Inggeris diwajibkan di peringkat SPM. Perhatian mestilah ditumpukan kepada usaha untuk menghantar guru yang benar-benar terlatih ke kawasan luar bandar. Kandungan kurikulum juga perlu dilakar sesuai bagi menghasilkan kualiti pembelajaran dan pelajar yang terbaik.

Turut disentuh ialah isu tanah yang menimbulkan beban yang bukan sedikit kepada penduduk di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang, Pandamaran, Selangor dan Kampung Layang-Layang di Johor. Mesyuarat memutuskan isu ini akan dikendali oleh Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali. Beliau bersama panel lainnya akan meneliti serta berusaha mengurangkan beban yang ditimpa rakyat. Pimpinan parti juga secara sebulat suara menyokong penuh calon Pas di Manek Urai dan akan bersama-sama memastikan kemenangan Rakyat.

ANWAR IBRAHIM


68 Responses to “PPSMI Tidak Wajar Diteruskan, Kerajaan Jangan Teragak-Agak”


  1. 1 Halik Zaman Jun 28th, 2009 at 8:04 pm

    Dari Kaca Mata Halik Zaman:

    1MALAYSIA MERUPAKAN PENJENAMAAN SEMULA BARISAN NASIONAL

    Datuk Seri Najib Tun Razak gembira kerana konsep pentadbiran 1Malaysia
    secara asasnya diterima oleh sebahagian besar rakyat negara ini.
    Rakyat ingin mengetahui secara lebih mendalam maksud dan pengertian
    konsep 1Malaysia. Rakyat ingin memahami dan menghayati seterusnya
    melaksana dan menterjemahkan konsep ini dalam kegiatan seharian rakyat
    Malaysia.

    Najib berkata, 1Malaysia mementingkan konsep perpaduan yang sejati dan
    tidak mahu rakyat bertindak seperti ‘enau’ dalam belukar, melepaskan
    ‘pucuk’ masing-masing. Ini bererti kalau kita ada satu ikatan seperti
    ini, satu ikatan yang kukuh dan teguh, berlainan daripada ibarat kita
    ini seperti ‘enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’,
    bererti kita bergerak secara bersendirian. Kata beliau.

    Dalam ucapan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak, sampena
    pelancaran logo 1Malaysia diKuala Lumpur kelmarin, cuma banyak
    berbunga bunga bahasa sahaja. Berseloka, berteka teki dengan nada
    alunan membaca puisi. Najib gagal memberi satu pengertian tepat dan
    padat, apa kah “pengertian dan halatuju 1Malaysia?”

    Konsep 1Malaysia diterjemahkan oleh Dato Seri Najib untuk “Membina
    satu ikatan yang kukuh dan teguh perpaduan yang jati di jiwa rakyat
    Malaysia.” Tidak lebih dari pengertian sebuah slogan lama diubahsuai
    menjadi sebuah slogan baru dinamakan 1Malaysia seperti “Bersatu kita
    teguh bercerai kita roboh”. Satu penjenamaan semula kepada Barisan
    Nasional.

    Kalau rakyat bersatu, jadi lah kuat. Bila rakyat berpecah, jadi lemah.
    Usaha untuk menyatupadukan rakyat, sudah pun di buat oleh pemimpin
    pemimpin terdahulu. Ditubuhkan Parti Perikatan. Namun masih lagi
    Melayu belum dapat bersatu. Ketika itu PAS diluar Perikatan. Tahun
    70an Perikatan dibubarkan. Tubuh Barisan Nasional, PAS pun menyertai
    Barisan Nasional.

    Dalam Barisan Nasional ketika itu, wujud Melayu UMNO dan Melayu PAS.
    Wujud Islam UMNO dan Islam PAS. Jangankan UMNO dan PAS nak tinggal
    serumah, sebumbung masjid pun Melayu sama Melayu boleh jadi gaduh
    besar. Pemimpin pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, masih juga gagal
    untuk menyatukan orang Melayu.

    Dalam satu kapal ada dua kapten. Kapal pun susah nak terbang. UMNO
    ambil jalan sengkat, yang boleh menguntungkan UMNO. Tendang sahaja PAS
    dari Barisan Nasional. Hingga hari ini PAS berada di luar Barisan
    Nasional. Walau berapa puluh tahun pun PAS boleh bertahan diluar
    Barisan Nasional. Luka lama walaupun dah sembuh, tapi masih berparut
    juga.

    Bila UMNO/BN sudah tidak dapat suara 2/3 dalam Dewan Rakyat akibat
    tsunami PRU12. Semua Pemimpin Pemimpin Majlis Tertinggi UMNO, mula
    menuding jari kepada Pak Lah. Beliau dikatakan lemah. Suka tidur
    dalam pejabat. Berbagai tokmahan dilemparkan keatas beliau. Demi UMNO,
    Pak Lah undur diri. Dato Seri Najib Tun Razak Jadi Presiden UMNO
    sekaligus jadi Perdana Menteri Malaysia.

    Dua ujian untuk uji pengaruh Najib sebagai pemimpin nasional. Pertama,
    Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau Kedah. Seorang Exco PKR letak
    jawatan. Tanpa memberi apa apa sebab. Kedua, Pilihan Raya Kecil Bukit
    Gantang Perak, Ahli Parlimen PAS meninggal dunia. Pertandingan di
    Bukit Selambau Kedah antara PKR, BN dan beberapa orang calon Bebas.
    Bukit gantang Perak antara PAS, BN dan seorang calon Bebas AKIM.
    Keputusannya Bukit Selambau dan Bukit Gantang PKR dan PAS, mendapat
    kemenangan dengan majoriti besar. Teruji sudah pengaruh Dato Seri
    Najib.

    Selang beberapa bulan lamanya, Pilihan Raya Kecil Penanti pula
    diadakan. Kerana wakil DUN Penanti letak jawatan dengan memberi sebab
    untuk melanjutkan pelajarannya keluar negara. UMNO tidak mahu
    bertanding, kerana alasannya, itu mainan politik PKR. Kata Najib, UMNO
    akan merebut DUN yang kosong itu, kalau calon tersebut meninggal
    dunia. Soalannya: Kenapa Pilihan Raya Kecil diBukit Selambau Kedah,
    DUN PKR letak jawatan tanpa memberi apa apa sebab, UMNO lambang BN
    turut bertanding?

    Kembali berbicara agenda 1Malaysia. Idea Perdana Menteri Dato Seri
    Najib Tun Razak. Ilham ini timbul, bila Najib terdesak untuk
    memikirkan masa depan UMNO semakin hari semakin gelap dan malap.
    Harapan untuk menang PRU13 dalam delema. Bila 2 Pilihan Raya Kecil di
    Semenanjung UMNO/BN kalah teruk teruk. Semangat 1Malaysia diwar warkan
    oleh Dato Seri Najib untuk membuat satu anjakan semangat 1Malaysia,
    dengan niat 1Malaysia akan undi Barisan Nasional. Keputusan PRK Manek
    Urai nanti akan semua rakyat tahu. Benarkan rakyat 1Malaysia sudah
    menerima konsep Dato Seri Najib?

    Halatuju Barisan Nasional, mengutamakan keteguhan dan kekukuhan
    perpaduan rakyat Malaysia. Kepentingan rakyat didahulukan, jati diri
    dan keharmonian kaum di utamakan. 1Malaysia membentuk satu slogan baru
    kearah “penjenamaan semula Barisan Nasional”. Cuma 1Malaysia dihiasi
    dengan make-up yang modern. Baju dan seluar baru. Pemakainya? Orang
    lama juga.
    HZ

    Reply

  2. 2 Kumpulan Prihatin Jun 28th, 2009 at 8:15 pm

    Dalam isu PPSMI ini, kami bersama DSAI.

    Reply

    Pak Malek Baretta @ Pak MB Reply:

    Salam Reformasi DSAI ….

    Selepas tamat persekolahan rendah Melayu (1960/65), Pak MB (ketika itu) diwajibkan memasuki kelas peralehan (remove class) selama setahun kerana Pak MB memilih untuk melanjutkan persekolahan menengah di Sekolah Memengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Petaling Jaya (kemudiannya dikenali sebagai SM Sultan Abdul Samad).

    Walaupun penguasaan Bahasa Inggeris Pak MB di sekolah rendah amat teruk namun dalam tempoh setahun di kelas peralehan tersebut, Pak MB telah berupaya menempuhi pembelajaran dalam aliran Bahasa Inggeris tanpa sebarang ‘kekecohan’ sehingga ke Tingkatan Lima.

    Dalam tempoh hanya 5(lima) tahun selepas tamat tempoh persekolahan, tahap penguasaan Pak MB dalam Bahasa Inggeris (pertuturan & penulisan) bertambah baik dan seterusnya menjadi ‘bekalan’ dalam mambantu kejayaan pembangunan kerjaya dan perniagaan Pak MB hingga ke arena antarabangsa walaupun Pak MB tidak pernah berpeluang belajar di menara gading. Mungkin tidak keterlaluan sekiranya Pak MB (adakalanya..) merasakan bahawa tahap penguasaan Pak MB dalam Bahasa Inggeris (terutamanya dalam penulisan) adalah setara (malah mungkin lebih baik.. hee..hee) dari sebahagian besar para (bukan semua ye.. tetapi sebahagian besar) graduan lepasan luar negara (di era 80an dan selepasnya).

    Rumusannya… Pak MB berpendirian bahawa kaedah pembelajaran di era 70an adalah yang terbaik tetapi telah diubahsuai (dari masa ke semasa) oleh para politikus (cendiakawan ???) mengikut kepentingan politik pemerintah (ketika itu) sehingga menghuru-harakan sistem pembelajaran persekolahan kini(khususnya yang berkaitan dengan pembelajaran dalam pengantaraan Bahasa Inggeris).

    Reply

    azidi Reply:

    Pak MB. Saya juga setuju sistem pelajaran aliran Ing (remove class) macam Pak MB nyatakan. Sebab itu saya cadangkan supaya diujudkan semula perkara ini supaya memberi peluang kepada ibubapa memilih aliran yang dikehendaki samada anak maju dalam BI atau sekadar berpuashati dalam BM. Tak adalah kecoh2 PPSMI macam sekarang. Dulu ada LCE, MCE tapi tukar SRP dan SPM. Tepok dada tanya hati mana nak pilih.

    Reply

    Führer Reply:

    Dan lebih ramai jurutera/saintis/teknokrat melayu lahir dari sistem sekolah melayu berbanding ketika zaman MCE/LCE.Apa guna setakat hantar sekolah inggeris tetapi tak menjadi ahli sains/teknologi.

  3. 3 MOHD SUHAIMI AZIZ Jun 28th, 2009 at 9:35 pm

    SATU CARA SAJA UNTUK HAPUSKAN PPSMI IAITU RAKYAT BERSATU HAPUSKAN UMNO DI MUKA BUMI MALAYSIA.

    UMNO ADALAH PARTI PENINGGALAN PENJAJAH BRITISH

    UMNO ADALAH PARTI YANG MENEGAKKAN SEKULAR

    UMNO ADALAH PARTI YANG MENENTANG DAN MEMBUNUH PARA ULAMA

    UMNO ADALAH PARTI YANG MENGHAPUSKAN TULISAN JAWI

    UMNO ADALAH PARTI YANG MENGHAPUSKAN IMUNITI RAJA-RAJA MELAYU

    UMNO ADALAH PARTI YANG MENGHAPUSKAN TANAH REZAB MELAYU ATAS NAMA PEMBANGUNAN

    UMNO ADALAH PARTI YANG MENENTANG SISTEM ISLAM DI MALAYSIA

    UMNO ADALAH PARTI YANG MENGHASUT RAKYAT BUKAN ISLAM TAKUT KEPADA ISLAM

    UMNO ADALAH PARTI YANG MENGUBAH FAKTA SEJARAH BANGSA DAN KEMERDEKAAN MALAYSIA

    UMNO ADALAH PARTI YANG MENJAHANAM ANAK MELAYU MELALUI DASAR PPSMI

    UMNO ADALAH PARTI YANG MELAHIRKAN RAMAI GRADUAN MELAYU YANG BERHUTANG SEUMUR HIDUP MELALUI DASAR PINJAMAN PTPTN

    UMNO ADALAH PARTI YANG MENGGALAKKAN ANAK REMAJA MELAYU LALAI DAN HANYUT MELALUI HIBURAN MELAMPAU

    UMNO ADALAH PARTI YANG MERAMPAS HAK RAKYAT KELANTAN DENGAN MENAFIKAN HAK ROYALTI KEPADA KERAJAAN KELANATAN YANG DIPILIH RAKYAT

    UMNO ADALAH PARTI YANG MENGEMBANGKAN FAHAMAN PERKAUMAN MELAMPAU

    UMNO ADALAH PARTI YANG SAMA DENGAN KOMUNIS YANG MENOLAK AGAMA

    UMNO ADALAH PARTI YANG MEMECAH-BELAHKAN ORANG-ORANG MELAYU

    UMNO ADALAH PARTI YANG MEROMPAK WANG RAKYAT ATAS ALASAN PROJEK PEMBANGUNAN UNTUK RAKYAT

    UMNO ADALAH PARTI YANG MENYEBABKAN SINGAPURA TERPISAH DENGAN MALAYSIA

    UMNO ADALAH PARTI YANG MENYEBABKAN MALAYSIA KEHILANGAN PULAU BATU PUTIH

    UMNO ADALAH PARTI YANG MENJADIKAN WILAYAH ISKANDAR ADALAH TANAH JAJAHAN SINGAPURA

    ………………… APAKAH TIDAK CUKUP LAGI FAKTA-FAKTA YANG MEWAJIBKAN PARTI UMNO MESTI DIHAPUSKAN DEMI MENYELAMATKAN BANGSA MELAYU DAN RAKYAT MALAYSIA KESELURUHANNYA.

    DATO’ SERI, KAMI RAKYAT MALAYSIA AKAN KUBURKAN UMNO BUAT SELAMA-LAMANYA.

    TERUSKAN PERJUANGAN DATO’ SERI BERSAMA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT.

    Reply

    Al- Muslim Reply:

    Saya amat tertarik dan setuju dengan komen ini. Perkara ini telah berapa banyak diperkatakan saya apabila berbicara dengan rakan-rakan yang masih lagi berfikiran jumud tentang perjuangan UMNO yang jadi boneka penjajah untuk janji-janji diberikan kemerdekaan Negara ini.Jika dibiarkan UMNO berterusan memimpin negara ini, kepupusan bahasa dan hak-hak Melayu akan terjadi dalam masa dekad ini…!Yang terbaru, Najib menyatakan Biasiswa kerajaan yang memang telah diberikan pada Penuntut Melayu akan diberikan mengikut merit terbuka kepada semua kaum. Sepatutnya Biasiswa untuk penuntut Melayu yang telah ada ujud semenjak merdeka tak perlu disentuh.Kerajaan UMNO/BN sepatutnya ujudkan tabung khas untuk kaum lain….!Jika ini berlaku, berapa keratkah anak-anak Melayu yang layak?.Ini berlainan apa yang diperkatakan oleh DSAI…Hak Melayu tak akan disentuh tetapi hak kaum lain tetap ada demi keadilan…Syabas DSAI teruskan perjuangmu untuk Melayu amnya dan khasnya untuk kaum lain …..

    Reply

    Farhana Reply:

    Bahasa Inggris telah digunakan untuk pelajaran matametik dan sains lebih kurang 6 tahun, sekiranya pelajar waktu itu belajar dalam darjah satu maka sekarang beliau berada di dalam darjah enam. Persolannya sekarang mereka telah dijadikan bahan kajian oleh kementerian pelajaran yang diketuai oleh ketua pemuda UMNO Hisamuddin Hussin.Bagi yang boleh faham BI mereka akan faham matametik dan sains dan bagi yang tak memahami BI mereka akan tak dapat BI dan juga ketinggalan di dalam mata pelajaran matametik dan juga sains. Kementerian telah berjaya membuatkan terutamanya pelajar melayu keciciran bagi mata pelajaran matametik dan sains. Serupa juga sekarang ramai pelajar Melayu yang tak pandai baca Al-Quran kerana Kementerian tidak menekankan tulisan Jawi.

    Reply

    Obaabat Reply:

    Satu lagi….

    UMNO buatkan Melayu Pakai songkok HITAM tinggi…macam WAk2

    dan tak boleh pakai kopiah putih masuk TV arus perdana dan majlis2

    resmi????????????

    Reply

    anak melayu Reply:

    Memang betul satu ekor umno bodoh pun tak bantah dasar baru ni
    i)Biasiswa JPA bukan melayu yang ramai dapat
    ii)Biasiswa nasional untuk semua kaum
    iii)ekuiti kepada orang asing sehingga 70%

    Tungulah masanya orang melayu jadi kuli batak dan merempat di negara sendiri.

    Semuanya kerana angkara najib botak al-bodohi.

    Reply

  4. 4 RIVER STIK Jun 28th, 2009 at 10:23 pm

    ada baiknya ketepikan soal PPSMI, kita utamakan rakyat yang menuntut keadilan

    Reply

  5. 5 Johor Dailt ( johornews.blogspot ) Jun 29th, 2009 at 8:39 am

    Pemimpin BN pertama yang bersuara lantang menentang PPSMI ialah Datuk Seri Abdul Ghani Othman. Tidak tahu apa disebalik penentangan itu. Mungkin juga kerana saman Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Johor sebanyak RM322 juta.

    Sebelum ini tiada pemimpin BN yang berani menentang PPSMI kecuali ‘riak-riak diair’ iaitu Datuk Dr. Puad Zarkasi, tapi sudah dapat jawatan mustahil mahu lawan PPSMI.

    Motif Ghani menentang Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan baru. Sebelum kroni Ghani terkubur sebagai calon PRU-13 nanti, inilah peluang pertama Ghani menikam Muhyiddin secara terang.

    Kepada semua pemerhati politik Malaysia, kita akan disajikan pertembungan mereka secara jelas kelak.

    Reply

    azidi Reply:

    Saudara penulis. Mudah2an apa yang saudara tulis ini hanyalah gosip saja kerana jika ini benar2 berlaku maka rugilah negara kerana seorang lagi pemimpin Melayu akan terbuang kerana politik cantas mencantas dikalangan Melayu. Apapun saya kira YAB TS Muhyiddin bukan seperti sangkaan saudara. Hanya penyokong sahaja mungkin suka melihat mereka berbalah tetapi hakikatnya mereka bersatu.
    YAB MB Johor menjaga urusan pentadbiran Johor manakala YAB TPM menjaga semua negeri di Malaysia. Rasanya tidak perlulah adanya cantas mencantas seperti sangkaan saudara. Banyak lagi kerja2 peringkat negeri dan nasional yang perlu dilaksanakan oleh mereka berdua. Jadi hakikatnya, penyokong sahaja yang membawa rebah..pemimpin tetap bersatu hati. TQ

    Reply

    Fadli Reply:

    Kenapa baru sekarang Pemimpin UMNO nak berbunyi, kenapa tak dulu lagi, dulu lagi pemimpin pakatan rakyat dah suarakan Bahasa Inggeris itu penting untuk bersaing dengan dunia luar tetapi pelaksanaannya haruslah dikaji dengan mendalam. Matametik dan Sains teruskan dalam Bahasa Melayu dalam bahasa melayupun ramai pelajar melayu tercicir didalam kedua-dua mata pelajaran inikan pula dalam bahasa inggeris saya sarankan pendidikan Jasmani diwajibkan diajar dalam Bahasa Inggeris.

    Yang kaya raya di dalam progrem itu adalah syarikat pengeluar buku kerana buku lama digantikan dengan buku baru. Siapa punya syarikat pembekal buku itu yak!!!

    Kepada Pemimpin-Pemimpin UMNO dan sekutu dengannya, tidak semua apa yang ketua kamu sarankan semuanya betul, jangan takut buat bantahan sekiranya apa yang disarankan itu boleh menyusahkan dan merugikan rakyat. Di Zaman Pak Lah dia suruh buat Islam Hadahari dan Kampung Hadahari, sekarang lihat setelah bejuta wang rakyat digunakan untuk melaksanakan progrem tersebut, habuk pun tak nampak keberkesannya yang nampak projek koroni masuk mencurah-curah dan zaman Najib pula One Malaysia, hentah berapa belion ringgit pula nak dihabiskan untuk memastikan serannya dilaksanakan.Tak ada seorangpun orang BN terutama UMNO yang berani besuara nanti apabila Najib dah tak ada baru nak berkokok. Dah terlambat!!!!!!!

    Jangan gunakan alasan untuk rakyat sebagai batu loncatan bagi menguntungkan syarikat-syarikat Koroni tetapi rakyat yang menanggung bebannya.Pemikiran Rakyat Kini Telah Celik Setelah Peristiwa DSAI Dipecat,dengan peristewa itu telah menyedarkan dan mengejutkan dan membuka mata rakyat kepada kezaliman kerajaan Barisan Nasional kepada Rakyat. Yang tinggal menyokong hanyalah mereka-mereka yang ada kepentingan.

    Reply

  6. 6 Tim Chew Jun 29th, 2009 at 9:43 am

    Unfortunately I have to disagree with Dato’ Seri this time as I believe that the rakyat truly need to master English to progress further. Being proficient in 2 languages will give us the edge over competitors.

    I am in favour of teaching Maths and Science in English while Malay being used for the other subjects.

    However I strongly feel that there are other more pressing issues such as the freedom of speech and the press as well as the ailing economy that we should tackle first.

    Reply

    Dr Reply:

    I agree, agree, agree with you.

    Reply

    Iddin Reply:

    Yuppp. I also agree with you that English can be our second langguage beside bahasa Malaysia to step further forward but to change Math and Science into English was not a good idea. It is the function of Kementerian Pendidikan to upgrade English subject to be more efficient (Written & Communication). They have to think the best way… In order to master other langguage we must have the desire and hard work. We have to change our mind set. Its not as easy as we learn Science and Math today and tommorow wake up we already master the langguage… It’s not magic.

    Dewan Bahasa & Pustaka mesti memainkan peranan penting dalam usaha penterjemahan konsep sains dan matematik dalam Bahasa Malaysia. Banyak ensiklopedia sains dan matematik boleh diterjemahkan untuk sebaran umum. Media massa seperti akhbar dan majalah seterusnya menyebarkan maklumat kepada orang ramai. Bukan hanya pandai menyebarkan maklumat politik dan memfitnah orang semata-mata. Barulah bahasa dan bangsa Malaysia akan lebih gagah.

    Reply

    pemerhati bebas Reply:

    100% agree…

    Reply

  7. 7 Ahli UMNO yang Cintakan Keadilan Jun 29th, 2009 at 10:39 am

    Salam DSAI. Saya adalah seorang guru yang juga terlibat dengan PPSMI ini. Nak ajar murid guna BI mereka tak faham. Dalam bahasa Melayu pun agak sukar bg ,mereka memahami konsep sains dan matematik apatah lagi dlm BI. Kena belajar 2 perkara dalam masa yg sama. Ilmu sains dan matematik dan bahasa Inggeris. Tak tahu daripada teori apa yg UMNO guna utk memantapkan BI dengan mengajar murid dlm BI bg kedua-dua subjek itu. Bg kami warga pendidik dasar ini tdk lain hanya utk mengaut keuntungan. Bayangkanlah berapa sykt yg terlibat dengan dasar ini. Bermula dengan peralatan PPSMI, laptop, LCD, pelbagai perisian yang secara jelasnya tdk banyak membantu. Lepas itu, kursus kpd guru-guru yg tdk menguasai BI. Mempertahankan PPSMI sebenarnya bertujuan mempertahankan syarikat-syarikat yg terlibat dan memenuhkan kocek pemimpin-pemimpin UMNO, khususnya Mahathir dan jauk-juaknya. Tambahan pula guru tidak boleh lagi mengajar kelas tuisyen, dimana ibu bapa mahu menghantar anak-anak utk mengukuhkan penguasaan BI. Memang bongok betul kerajaan hari ini. Kami warga pendidik bersedia untuk bersama Pakatan Rakyat secara senyap jika keadaan ini berterusan. Undi kami tetap untuk Pakatan Rakyat. Sebahagian besar kami jadi ahli UMNO kerana takut dengan tindakan ahli-ahli politik UMNO yg tdk bertimbang rasa. Isu beban guru sudah berpuluh-puluh tahun kerajaan berjanji, tapi sampai hari ini penyelesaian tiada. Kalau sibuk kerana mengajar tidak apa, ini sibuk dengan urusan dan kerja-kerja perkeranian. Tugas dan tanggungjawab jabatan dan kemnetreian dibebankan kepada guru. Saya ambil contoh, Latihan Dalam Perkhidmatan berdasarkan school base hanya menyebabkan guru-guru sibuk dengan pelaksanaan menganjur kursus, lepas buat laporan, perfailan dan sebagainya. Apalah agaknya kerja Jabatan atau Kementerian? Mereka goyang kaki dan sibuk mengajar projek yang diagihka di sekolah-sekolah. Itulah kerja-kerja pegawai-pegawai berpangkat tinggi di jabatan atau kementerian. Masalah guru langsung tidak dihiraukan. Hari ini semua sekolah menghadapi masalah kekurangan Bahasa Melayu, guru sains berlambak-lambak. Akhirnya guru-guru sains ini mengajar Pendidikan Jasmani, Pendidikan Moral, pendidikan Sivik dan kewarganegaraan dan sebagainya yang bukan opsyen mereka. Kelas tidak banyak tapi guru banyak. Inilah dasar kerajaan BN dan UMNO, tiada perancangan jangka panjang. Selain Bahasa Melayu subjek kemanusiaan juga mengahadapi masalah yang sama, tetapi sampai hari ini guru sains dan matematik terus dihantar ke sekolah. Kenapa guru Bahasa Melayu tidak dibayar elaun kritikal? Jawabnya kerana subjek itu Bahasa Melayu. Inilah sikap pemimpin-pemimpin Melayu UMNO tinggalan penjajah. Budaya dan bahasa orang diagung-agungkan. Bahasa sendiri? Hina. Alangkah bagusnya jika ada pemimpin yang bersuara memperkenalkan subjek Cominication Skills in English di sekolah untuk menggantikan PPSMI. Bongok punya pemimpin. Cakap pun tak guna. Kami guru tiada saluran untuk menyatakan pandangan kami. Tulisan dalam akhbar nanti kena ambil tindakan tatatertib. Jadi nak bagi pandangan sama siapa? Pengetua? Guru besar? Mereka pun sama juga tahi UMNO. Tahi politik

    Reply

    azidi Reply:

    Saudara Cikgu Ahli UMNO Yang Cintakan keadilan. Kasihan juga membaca luahan hati seorang pendidik. Cuma satu sahaja yang tidak lengkap dari luahan Cikgu iaitu tentang rasa syukur di atas bebarapa kenaikan gaji, pangkat, gred dan elaun yang telah diberi oleh pemimpin UMNO dalam kerajaan terutama YAB DS Mohd Najib kepada golongan pendidik.
    Adalah baiknya tulisan juga juga disertakan rasa berterimakasih dan syukur di atas segala nikmat yang telah diberikan oleh kerajaan BN. Yang penting juga masih ada gaji dan tidak menjadi siswazah penganggur. Renung2kan…

    Reply

    Steven Reply:

    Nak guna BI untuk ajar murid, murid tak paham… Pastikan dulu kesemua cikgu yang mangajar paham BI dulu sebelum menurunkan ilmu kepada yang lain….

    Reply

    azidi Reply:

    Steven. Tau tak apa. Kebanyakan guru juga tak masuk remove class dulu. Cuma guru2 lama aje berpeluang masuk remove class. Yang lain ambil SRP dan SPM. dulu LCE, A Level, MCE sebab tu BI baik sikit. Fakta di Uni banyak pelajar tak mahir BI. Bukan nak agongkan BI tapi itu keperluan dan kepentingan pelajaran. Kalau tak penting, tak jadi isu PPSMI.

    Reply

    pemerhati bebas Reply:

    Remove class bukanlah satu-satunya cara untuk memperbaiki mutu bahasa inggeris. Seelok2nya guru2 pun mula la menimba ilmu juga….kalau dah tau diri tu tak mahir..

    Reply

    azidi Reply:

    Nak timba ilmupun ada gurunya. Kalau dah sistem pelajaran baik, tentulah timba ilmunya pun baik. nak timba dari mana lagi

    Reply

  8. 8 The Blog Of My Life Jun 29th, 2009 at 10:40 am

    Sebetulnya BN sudah tiada alasan lagi untuk meneruskan PPSMI. Rekod 6 tahun telah membuktikan yang dasar PPSMI adalah salah dan mesti dihapuskan dengan segera ibarat H1N1

    http://nmjnh.wordpress.com/2009/06/29/mb-bn-johor-turut-kecam-dasar-ppsmi-yang-dianggap-sebagai-tidak-beretika/

    Reply

  9. 9 smy Jun 29th, 2009 at 11:06 am

    apa lagi, DSAI terus susun aturkerja untuk isu ini yang jelas golongan pendidik anak bangsa kita bersama Pakatan Rakyat.

    Reply

  10. 10 azidi Jun 29th, 2009 at 12:15 pm

    Salam untuk pembaca bijaksana. Menyentuh isu PPSMI selain elok dikaji semula juga dicadangkan supaya diujudkan kelas aliran BI dan BM seperti tahun 1960an. Pada tahun 1973 kelas aliran Ing (Remove Class) dimansuhkan manakala tahun 1975 peperiksaan LCE diganti SRP. Mulai saat itu ramai pelajar Melayu kurang fasih BI.
    Cadangan saya supaya diujudkan semula sistem pembelajaran aliran BI dan BM seperti tahun sebelum 1972 agar dapat memberi peluang kepada ibubapa memilih aliran sekolah anak2 mereka demi masa depan mereka sendiri. Saya percaya isu ini akan dapat dihentikan kerana ibubapa ada dua pilihan untuk anak2 mereka meneruskan pelajaran yang dikehendaki. TQ

    Reply

    Zzjebat Reply:

    Saudara azidi, sistem pelajaran kita nie tukar sana, tukar sini macam tiada halatuju

    yang sebenar dan konkrik. Jadi mangsa anak2 kita. Macam jadi bahan experiment saja.

    Kita tolak soal politik ketepi. Kita Fokus kepada sistem pelajaran di negara kita.

    Bila tukar menteri..macam2 tukar. Persoalannya? Apakah Pegawai2 Kementerian

    Pelajaran nie Mempunyai KELAYAKAN jadikan sistem pelajaran negara kita kearah

    CEMERLANG???? ataupun Pelajaran hendak dipolitikan???????? Terimalah SARANAN dan

    PANDANGAN dari SEMUA RAKYAT tanpa mengira ideologi politiknya. Nak tanya kita

    memberi PELAJARAN atau PENDIDIKAN kepada anak2 kita????????????????

    Reply

  11. 11 Steven Jun 29th, 2009 at 12:41 pm

    Dear Mr. Anwar,

    I have been hardcore supporter of yourself ever since your come back to politics…
    But in this matter, English Vs Bahasa Melayu…
    I’m supporting the ruling parties idea on making English a must pass subject as most of our children and students are lacking in terms of English Language. I’ve seen you speaking in English fluently but don’t you want other Malaysians to do the same. Everyone can speak Bahasa Melayu but few can talk English well. Most goverment servants could not communicate in English. The one and only way to bring up our future generation English language is a must and a compulsary subject for all Malaysians. I’m not sure if what I’ve said is wrong but I feel the current politic crisis is crushing the future generations. Please don’t make education as a political weapon and field for all politicians to play football on it. Appreciate your understanding on this issue.

    Reply

    Patriotic Reply:

    Looks like the non-Malays are being “played” out by PR.If PPSMI is abolished, then it is pressure from PR. Vote the Party in favour of PPSMI come next GE.Shocking that PR is not in favour of PPSMI who talk so much on globalization! Another hypocrite. All non Malays are in favour of PPSMI, calling PR to think twice about it.Waste of public fund and precious time!Lost trust and confidence because felt BETRAYED (that’s how we feel now).Buang masa saja(wasting time only), no solid objective and direction, only pandai politiking & lies,NO action just Taaaaaalk(Pandai Caaaaaakaaap saja).

    Reply

  12. 12 akubest Jun 29th, 2009 at 1:05 pm

    saudara azidi, perlu diingat juga bahawa suma yg diberi tu adalah hasil duit kita juga..hasil rakyat yg membayar cukai, hasil minyak ciptaan ALLAH, hasil titik peluh petani2 dan penoreh getah, dan hasil orang2 islam yg bayar zakat.. xde sesen pon guna duit poket pemimpin2 umno bahkan gaji mereka pon kita yg bayar.. melainkan guru2 x perlu kerja tp tetap dapat gaji, maka barulah guru2 perlu brterima kasih… betul x????

    Reply

    azidi Reply:

    Akubest. Memang la best guru2 ada gaji. Nanti kalau PR perintahpun gaji dari sumber yang sama juga bukan dari poket MP atau ADUN PR (khazanah negara juga). Betul tak?

    Reply

  13. 13 zik Jun 29th, 2009 at 1:34 pm

    TAHNIAH DS sebab dapat cucu no 2!!
    Ni baru Datuk betul)))

    Reply

  14. 14 Dr Jun 29th, 2009 at 1:48 pm

    Sorry, I and all my friends disagree with Datuk Seri on this issue. Think of the future for the next generation not for the next election. We support PPSMI.Whoever that abolish PPSMI will regret it for life as it is a wrong move. What did Tun M mean when he said “the Malays and Malaysians”? What is 1Malaysia to him. Now, another problem with PPSMI because of the difference.Once again, do not abolish PPSMI!! We are now weary of PR’s ideology and agenda.We are lost once more…..

    Reply

    azidi Reply:

    Dr saya setuju pendapat Dr. Manusia akan lebih berilmu jika banyak membaca, banyak menguasai bahasa dan banyak berjasa. Tak salah Melayu menguasai bahasa Cina dan BI kerana ada keperluan dan kepentingan kedua2 bahasa tersebut. Sesiapa yang nak meningkatkan diri dalam kehidupan, berusahalah pelajari BI selain dari bahasa sendiri. Tiada kerugian malah anda ada kelebihan.

    Reply

    pemerhati bebas Reply:

    Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Penggunaan bahasa inggeris ni bukanlah isu besar sebenarnya. Memang agak membebankan bagi mereka yang tak mahir, tapi secara tak langsung penggunaan BI bagi kedua2 subjek sedikit sebanyak dapat membantu pelajar memperbaiki mutu BI mereka. Menggunakan BI bukan bermaksud mengagungkan BI dan memperlekehkan BM. Kalau nak fikirkan senang je….tak payah ada sistem pendidikan la……bubar je semua peperiksaan yang ada. Kalau tak cukup jugak, sekolah pun tak payah pergi…kan senang……Biar susah sekarang jangan susah kemudian…….

    Reply

  15. 15 pemuda_manong Jun 29th, 2009 at 1:50 pm

    Nurul Izzah selamat bersalin anak kedua
    29 Jun 2009 9:30AM
    KL: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar selamat melahirkan anak kedua beliau semalam. Ini adalah cucu kedua kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

    Bayi lelaki seberat 3.15 kg selamat dilahirkan pada 7.51 petang semalam

    Reply

    azidi Reply:

    Alhamdulillah dan tahniah semoga anak itu dapat berbakti kepada bangsa dan negara kelak. Kalau boleh namakan Muhammad Anwar bin…TQ

    Reply

  16. 16 GH Jun 29th, 2009 at 2:54 pm

    Salam, sorry lari tajuk…

    saya nak ucapkan tahniah buat Dato Seri dengan lahirnya cucu pertama Dato Seri….

    Reply

    Sang Kelembai Junior Reply:

    Bukan cucu pertama Saudara CH. Yang ini cucu kedua. Makin murah rezeki Dato’ Seri Anwar sekeluarga harapnya.

    Reply

  17. 17 wan johor Jun 29th, 2009 at 4:06 pm

    DSAI dulu saya suka sains dan matematik
    kini smakin kurang kerna xpaham pebenda alah
    cikgu pon kkadang tye pada kita
    awat bwat pemende x pk rakyat
    Mahathir memg penjajah bahasa
    pentingkan dunia sahaja
    knape x ajak sivik dan kimia serta physic dalam bahasa arab
    kan bahsa syurga
    lagi pula ilmuan arab yg mempelopori ilmu2 ini.
    orang putih copy je
    PK la matahir oi..

    Reply

  18. 18 John Media Jun 29th, 2009 at 6:10 pm

    Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,- Bhgn 1

    Saya ingin berkongsi pandangan peribadi berhubung isu PPSMI yg hangat diperkatakan sekarang. Untuk saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM Lumut sebelum melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah berasarama penuh di Teluk Intan, Perak. Sepanjang tempoh pengajian tersebut, saya telah diajar oleh guru-guru yang tekun dan dedikasi termasuklah bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik. Alhamdulillah, saya berjaya dalam UPSR (5A) dan SPM (9 Aggregat) seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat universiti dengan pengkhususan dalam bidang Perakaunan di Universiti Tenaga Nasional sebelum ditauliahkan dgn ijazah perakaunan dengan kepujian pada tahun 2003.

    Untuk makluman, saya tidak menghadapi masalah besar sepanjang 12 tahun menimba ilmu di sekolah rendah dan menengah memandangkan semua subjek diajar dalam bahasa Melayu kecuali subjek bahasa inggeris. Masalah saya bermula ketika melanjutkan pengajian untuk program asasi new zealand (NZ Foundation) kerana kebanyakan subjek diajar dalam bahasa inggeris. Saya seperti budak sekolah yg baru mendaftar darjah satu ketika itu. Bahasa inggeris menjadi begitu asing. Setiap hari saya terpaksa mengulangkaji pelajaran kerana tidak jelas dgn apa yg diajar di siang hari. Mujurlah, rakan serumah dan sebilik ketika itu berasal dari Kuala Lumpur, dapatlah saya merujuk kepada mereka ttg masalah yg saya hadapi memandangkan mereka lebih arif di dalam bahasa inggeris. Kebanyakan rakan2 lain yg berasal dari luar bandar turut menghadapi masalah yg sama. Pendek kata, pelajar yg berasal dari Kuala Lumpur atau bandar besar yg lain, lebih mudah mengikuti pelajaran berbanding pelajar puar bandar. Persoalannya…..mengapakah keadaan ini boleh berlaku???

    Berdasarkan pengalaman peribadi tersebut, saya tidak dapat tidak, terpaksa tidak bersetuju dgn DSAI dan Pimpinan Pakatan Rakyat dan lain2 pihak yg mendesak agar PPSMI dihapuskan demi Dasar Pendidikan Nasional. Tiada gunanya kita mengajar murid2 sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu sekiranya di peringkat kolej dan universiti rata2 menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Tindakan menghapuskan PPSMI ibarat mengundurkan jam ke belakang, kita balik kepada sejarah. SEJARAH WAJAR DIKENANG UNTUK DIAMBIL IKTIBAR, MENGENAL ASAL USUL, TETAPI TIADA MANUSIA YG BOLEH HIDUP DALAM SEJARAH KERANA SEJARAH ADALAH SEJARAH SEMATA. SAYA YAKIN BENAR ARWAH TUNKU ABDUL RAHMAN DAN ROMBONGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS SEWAKTU BERUNDING DENGAN BRITISH BAGI MENUNTUT KEMERDEKAAN TANAH AIR SUATU KETIKA DAHULU.

    Saya melihat isu ini lebih kepada kekurangan logistik di peringkat kementerian pelajaran khususnya iaitu kekurangan tenaga pengajar yg berkebolehan dalam kedua2 subjek tersebut di peringkat sekolah rendah dan menengah, tiada kemudahan asas bagi guru yg ke luar bandar bagi mengajar kedua-dua subjek tersebut, elaun yg mungkin tidak setimpal sekiranya bertugas di luar daerah atau luar bandar dan lain2 isu berkaitan selain dari ibu-bapa dan kawasan persekitaran yg tidak kondusif untuk pelajaran dan pembelajaran anak-anak kita pada hari ini terutama bagi kedua-dua subjek tersebut.

    Jgnlah DSAI dan pimpinan pakatan rakyat bercakap ttg Dasar Pendidikan Nasional ataupun belanja berbilion ringgit kerana setiap dasar yg dibuat boleh diubah berdasarkan kehendak semasa dan wang ringgit tiada nilainya jika hendak dibandingkan dgn masa depan anak2 kita di masa hadapan.

    Reply

  19. 19 John Media Jun 29th, 2009 at 6:30 pm

    Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,- Bhgn Akhir

    Namun begitu, bagi cadangan wajib lulus bahasa inggeris untuk lulus SPM, saya bersetuju dgn pandangan DSAI dan pimpinan pakatan rakyat yg lain serta NGO berkaitan kerana BAHASA MELAYU MERUPAKAN BAHASA RASMI DAN BUKANNYA BAHASA INGGERIS.

    Dengan mewajibkan lulus bahasa inggeris untuk lulus SPM, kita seolah-olah meletakkan taraf bahasa inggeris setara dgn bahasa Melayu. Bahasa Melayu sewajarnya diletakkan dalam kelasnya yg tersendiri selaras dgn tarafnya sebagai bahasa kebangsaan.

    Sekiranya benar pimpinan pakatan rakyat dan barisan nasional benar2 ikhlas ingin meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa, saya cadangkan semua kenyataan, ucapan rasmi baik di peringkat antarabangsa, gunakanlah bahasa Melayu. Biarkan org luar mengambil “translator” sebagaimana pemimpin Russia dan China yg saya lihat sentiasa berucap dan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam bahasa rasmi masing2. Malah, sekiranya saya ditakdirkan menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti, saya akan menggunakan bahasa Melayu setiap kali saya berucap tidak kira di dalam ataupun luar negara termasuklah di sidang PBB ataupun mana2 majlis rasmi yg dihadiri org luar waima yg hadir itu antaranya ialah Presiden Amerika Syarikat.

    Saya sendiri telah dua kali menghadiri persidangan di luar negara yang dianjurkan oleh syarikat di mana saya bekerja sekarang, dan menggunakan bahasa Melayu setiap kali membentangkan kertas kerja walaupun kebanyakan peserta lain menggunakan bahasa inggeris. Saya tidak segan dan tidak malu untuk menggunakan bahasa Melayu kerana saya yakin bahasa Melayu dapat difahami oleh semua yg hadir.

    Saya tidak nampak kenapa kita mesti menggunakan bahasa inggeris sewaktu dalam majlis rasmi baik oleh sektor swasta mahupun kerajaan tambahan pula rata2 yg menghadirinya seharusnya faham dgn bahasa Melayu. Tepuk dada, tanya selera. Kita wajib belajar bahasa antarabangsa tetapi jgnlah kita malu hendak menggunakannya kerana jika kita sendiri tidak mengangkat martabat bahasa kita, siapa lagi???

    Sekian, wassalam.

    Reply

    Firdaus Reply:

    Syabas anak muda, doakan anda jadi PM.

    Anak melayu keciciran disebabkan system di Malaysia gunakan bahasa Mat Salleh. Urusan Bank pun gunakan bahasa mat salleh walhal yang melanggan di Bank itu semua orang Malaysia yang telah diajar dengan Bahasa Malaysia dari darjah satu.

    Untuk capai matalamat Pak Najib kononnya “satu Malaysia” gunakan bahasa Melayu yang sebaiknya sebagaimana di Indonesia tak kira apa bangsa semuanya bercakap dalam bahasa Indon. Boleh juga orang Indon pergi ke seluruh negara untuk bekerja.

    Sebenarnya saranan yang dibuat oleh Dr.Mthir dulu hanyalah untuk memasti syarikat korninya mendapat project segera iaitu tender pembekal buku dan bebagai peralatan bagai mengajar dalam bahasa inggeris. Dia tak fikirkan kesusahan rakyat kerana dia percaya apa yang dia cakap orang bawahannya hanya kata “Yes Bossssss” dan kalau orang pembangkang tak setuju nanti katanya orang pembangkang nakkan melayu mundur.

    Reply

  20. 20 ALBACAMPUR Jun 29th, 2009 at 6:37 pm

    SALAM SAJAHTAERA MALAYSIA! APA KHABAR DSAI!~ SAYA MEMANG TAK SETUJU DENGAN PENDEKATAN YANG DI AMBIL OLEH DSAI.

    KALAU KITA RENUNG KEMBALI, MATA PELAJARAN YANG BERCIRIKAN BAHASA ENGLISH HANYA 30 PERATUS DARI JUMLAH KESELURAHAN SUBJEK YANG DI AJAR DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH.INI BERMAKNA BAHASA MALAYSIA MASIH MENGUASAI DAN MENJADI JIWA NADI NEGARA KITA DALAM PENYATUAN SEMUA KAUN DI NEGARA INI.INI TIDAK BOLEH DI NAFIKAN,HANYA CIKGU CIKGU YANNG MALAS, TIADA KREATIVITI DAN HANYA BERMOTIF KEBENDAAN SAJA SENGAJA NAK MEMULAUKAN PPSMI INI.
    ADA JUGA RAMAI DARIPADA KALANGAN CIKGU BERUSAHA UNTUK AJAR ILMU HISAB DAN SAINS DALAM INGGERIS KERANA MEREKA TAHU BETAPA SEDIH MELIHAT RAMAI ANAK ANAK GENERASI IN TAK FASIH BI DAN LEBIH MEMALUKAN BILA KE LUAR NEGARA, MENYAMBUNG PELAJARAN TERASA TERPINGGIR DARI KALANGAN PELAJAR YANG BOLEH BERBAHASA BI.NAK BUAT RUJUKAN PUN PELAJAR KITA TAK FAHAM.

    SAYA INGIN MENCABAR BLOGERS, BOLEH TAK KITA BUAT SATU PERANGKAAN BERAPA RAMAI CENDIAKAWAN MALAYSIA YAND DATANG DARI ALIRAN BAHASA INGGERIS. BIAR PUN ORANG POLITIK,HAKIM, AHLI KORPARAT, DOKTOR,PROFESOR DIRAJA, PROFESOR BIASA, PROFESOR JALANAN DAN RAMAI LAGI YANG BERJAYA TERMASUK YANG MAHA MULIA RAJA RAJA DAN SULTAN SULTAN.

    ALAHAI TANYAI DSAI SENDIRI, KINI PANDAI PERPIDATO, CAKAP ORANG PUTIH GUNAKAN ISTILAH KADANG ORANG PUTIH PUN KALAH.BAGAIMANA DATUK SERI ANWAR BOLEH, INI SEMUA BELIAU RAJIN DAN SEDAR BETAPA PENTINGNYA BAHASA INGGERIS DI DALAM DUNIA SIBER INI.

    CUBA TANYA DSAI LAGI, APAKAH TAHAP PENGUNAAN BAHASA MALAYSIA TURUN , TIDAK BAHKAN PENGUASAAN BAHASA MALAYSIA LEBIH MANTAP LAGI TAK SALAH AJAR BAHASA INGERIS DIDALAM MATA PELAJARAN SAINS DAN ILMU HISAB.

    SEKARANG JOM KITA KE ERA TUANKU ABDUL RAHMAN, TUN RAZAK DAN HUSSAIN ONN. SEMUA PEMIMPIN INI BERASAS PENDIDIKAL AWAL DALAM ALIRAN BAHASA INGGERIS DAN SAYA TAK SANGKAL ADA JUGA PEMIMPIN YANG DATANG DARI ALIRAN BAHASA MALAYSIA.DAN SETIAP POLISI YANG DITAJA DI ZAMAN MEREKA TAK LANGSUNG MENJEJAS TAHAP PENGUNAAN BAHASA MALAYSIA SAMPAI LAH KE ZAMAN SEKARANG.
    APA YANG NAK DI HEBOHKAN SEKARANG.CUMA HANYA 30 PERATUS SAJA PENGUNAAN BAHASA INGGERIS KITA TAK DAPAT TERIMA. APAKAH KITA INI BODOH SANGAT ATAU MALU DAN SEGAN NAK BELAJAR BAHASA YANG MEMANG WUJUD DARI ZAMAN MUNSYI ABDULAH DI NUSANTARA.

    SAYA SALAHKAN CIKGU CIKGI YANG TAK MAHU GENERASI YANG AKAN DATANG MENJADI BAHAN GLOBAL ATAU GLOKAL.

    CUBA LIHAT NEGARA INDIA YANG BERPULUH JUTA PENDUDUK. KINI MENGUASAI DUNIA IT DAN SIBER KERANA BAHASA INGGERIS.TOLONG BACA SEJARAH SIKIT. PENJAJAH ENGLISH MENJAJA INDIA 300 TAHUN TETAPI RAKYAT INDIA MENGUASAI BAHASA INGGERIS SELAMA 500 TAHUN.SEKALI GUS DIMASA AKAN DATANG MEREKA AKAN MENGUASAI EKONOMI DUNIA KERANA PANDAI PUTAR BELIT DALAM BAHASA INGEERIS.

    PARA BLOGERS YANG DI HORMATI. SAYA BUKAN AHLI POLITIK ATAU PANDAI SANGAT TETAPI SEBELUM SAYA MENINGAL DUNIA SAYA INGIN MELIHAT ANAK ANAK KITA KAT KAMPUNG, ESTATE DAN BANDAR DAPAT BERKOMUNIKASI DALAM BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS DENGAN FASIH.

    KEPADA CIKGU CIKGU CUBA RENUNGLAH MASA DULU SEBAGAIMANA KAUM KELUARGA ANDA DI AJAR OLEH CIKGU ZAMAN SEBELUM MERDEKA TANPA MENGHARAP APA IMBUHAN BAHKAN ADA YANG AJAR TUITION DENGAN PERCUMA.
    CIKGU MELAYU, CINA DAN INDIA BERGANDING BAHU MENGAJAR TANPA KIRA AGAMA DAN ASAL USUL.

    DIMANA KAH KEPINCANGAN PEMERINTAH DALAM MEMBENTUK TENAGA PENGAJAR YANG IKUT NILAI NILAI MURNI.

    SEMUA HANYA NAK MEMENTINGKAN DIRI MASING MASING DAN SAYA BERHARAP DSAI DAPAT MENGEMBALIKAN SISTEM PELAJARAN ERA PEMERINTAH, TUANKU ABDUL RAHNAN .RAZAK DAN TUN HUSSAIN ONN IAITU SEKOLAH ALIRAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS DENGAN SEDIKIT PENGUBAHSUAIAN ELOK UNTUK RAKYAT MALAYSIA. TERUSKAN AJAR SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS.

    MALAYSIA TERUS BERGERAK MAJU TANPA PREJUDIS!

    Reply

  21. 21 pauhmase Jun 29th, 2009 at 7:05 pm

    kEPADA yang sokong PPSMI

    Sape kata semua org bleh brcakp bhs melayu????ade segelintir org cina yang dilahrikan di malaysia x dpt ckp bhs melayu?? x percaya? Kes ni berlaku dkt kepong bila sebuah keluarga yang bstatus warganegara nk buat urusan dgn krajaan x dpt ckp bhs melayu.Maka anknya di suruh blajar di sekolah melayu supaya dpt jd perantara apabila nk berurusan dgn sektor kerajaan. Saya adalah warganegara malaysia yang begitu kesal dgn keadaan ini..seolah2 bhs melayu bukanlah satu keperluan walaupun seorg itu merupakan warganegara Malaysia. Penyokong PPSMI sila reply

    Reply

  22. 22 CikguSIBER Jun 29th, 2009 at 7:12 pm

    Saya sangat tidak setuju dengan PPSMI. Bukan salan PnP sains matematik tapi salah BI. Pendidikan bahaa kita lebih mementingkan ilmu berbahasa berbanding kemahiran berbahasa. Jadi, macam mana bahasa dikuasai. Perlu sangat kah BI? Semua tamadun besar, negara maju dan negara-negara sedang meningkat maju menggunakan bahasa ibunda. Kenya, Nigeria, Ivory Coast, Filipina, Mexico dll menggunakan bahasa asing – bahasa penjajah dari dulu lagi tapi tersenarai antara negara termiskin. Jadi, perlukah matematik dan sains diajar dalam BI? Soalnya bukan penguasaan BI tetapi penguasaan sains dan matematik untuk maju. Lagipun UNESCO telah keluarkan report/research tentang kelebihan sains dan matematik diajar menggunakan bahasa ibunda. Itu kajian antara bangsa bukan pendapat individu. Janganlah jadi seperti pemimpin UMNO yang belajar luar. Dek kerana sifat inferiority complex yang tinggi maka merasa hina dengan orang putih. Sedangkan mereka terlupa negara-negara yang antu orang putih juga maju – Perancis, Italy, Jepun dan Russia.

    Reply

  23. 23 tok sagor Jun 29th, 2009 at 7:13 pm

    apa yang berlaku di Malaysia setiap polisi yang hendak dibuat tidak dibuat kajian mendalam secara ilmiah. dlm kes PPSMI pelajar sekolah bandar saya rasa tiada masalah bagi pelajar luar bandar dan pelajar asli apa cerita mereka. Bahasa Malaysiapun ada yang tidak LULUS. Kita perlu menjadikan JEPUN yang tidak mengunakan Bahasa Inggeris tetapi menjadi Negara yang hebat berbanding negara India yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama tetapi tidak kemana.

    Reply

  24. 24 zoy123 Jun 29th, 2009 at 7:58 pm

    DSAI..
    Sebenarnya pada pendapat saya bukan dasar kerjaan yang salah.
    yang salah adalah kerana mentaliti melayu yang tidak suka bersusah payah
    maksud bersusah payah disini adalah untuk menguasai satu bahasa lain selain dari bahasa pertuturan harian. Satu lagi, saya juga tak bersetuju setiap sekolah Jenis Kebangsaan dibenarkan menggunakan bahasa ibunda masing-masing dalam pengajaran matematik dan sains. Dasar sedemikin akan menambahkan lagi jurang perpaduan antara kaum di Malaysia. Jangan hanya untuk jadi popular kita sanggup bertolak ansur dalam semua perkara.

    Reply

    pemerhati bebas Reply:

    Setuju..kalau dalam kepala otak asyik kata susah, susah la jadinya. Hidup perlu menghadapi cabaran, kalau setakat cabaran bahasa tak boleh nak tempuh, macam mana nak tempuh cabaran yang lebih dasyat…

    Reply

  25. 25 moyu Jun 29th, 2009 at 9:37 pm

    I agree to scrap teaching Math and Science in English.
    But government intention to force our children to pass English as a compulsory subject in the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) is a GOOD suggestion. This will not result in many students, especially in rural areas to fail.Consider the following:

    Melayu malas- kena paksa baru boeh lulus (please THINK)

    DSAI,
    i THINK all schools should use only one language -BAHASA MELAYU to teach all subject even you are in Chines or Indian school..but you can use your IBUNDA language when you teach Language subject.

    thanks

    Reply

  26. 26 awie Jun 29th, 2009 at 10:20 pm

    salam datuk seri

    sememangnya ppsmi patut dihapuskan. Namun datuk seri dan rakan rakan dalam PR nampaknya tidak terkini dalam hal memperjuangkan isu pendidikan negara. Datuk seri, untuk pengetahuan DSAI saya memohon datuk seri memperjuangkan isu tingkatan enam yang tidak kesudahan.

    1. mengapakah didoublestandardkan peperiksaan stpm dgn peperiksaan awam yang lain.
    jika kita lihat kertas soalan peperiksaan yang lain ada logo KPM dan hak kerajaan malaysia tetapi tidak stpm. Mengapa?

    2. jika tingkatan enam juga dikatakan pra U sama seperti metrikulasi mengapa metrikulasi mempuyai satu bahagian khusus di KPM tetapi tidak tingkatan enam. Malah peperiksaannya juga diserahkan kepada badan lain. Mengapa? Adakah tingkatan enam tu rendah darjatnya dimata KPM?

    3. akhir-akhir ini terdapat berita yang peperiksaan stpm akan dijadi 3 kali peperiksaan ditambah dengan kerja kursus. jika tidak percaya cuba selidiki guru guru di perak yang telah menjalani kursus ini tahun lepas.

    4. guru-guru tingkatan enam macam hidup mati tak mahu kerana tidak ada satu pun kursus yang dianjurkan oleh badan peperiksaan nya. Ini kelemahan KPm sebagau badan pentadbir yang membiarkan stpm dikendalikan oleh badan ini. Tidak seperti guru guru tingakatn 5 dan 3 yang sentiasa diberi kursus oleh LPM atau PPK atau lain lainbahagian di kPM

    oleh saya berharap datuk seri dapat mempperjuangkan isu ini agar peperiksaan awam dari upsr ke stpmk dikendalikan oleh satu badan sahaja. mewujudkan satu bahagian khas tigkatan enam diKPM.

    Reply

  27. 27 coma of souls Jun 30th, 2009 at 10:17 am

    nak belaja eglish….buat la melalui sastera…apakejadah melalaui math dan sains…

    Reply

  28. 28 Syed Ibrahim Jun 30th, 2009 at 10:27 am

    Dato’ Seri, saya tidak nafikan kepentingan memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu di negara kita. Malah sebagaimana yang disebutkan, ianya dijamin oleh peruntukan Perlembagaan dan Dasar Pendidikan Nasional. Namun saya amat berharap kita tidak lupakan satu peruntukan penting dalam Perlembagaan yang dicemari, dicabuli dan dilanggari siang dan malam iaitu Artikel 5 (hak untuk hidup bebas dan dibicarakan jika bersalah) dan Artikel 10 (hak berhimpun, hak bersuara dan hak berpersatuan). Ibu kepada penghakisan hak-hak ini ialah ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Dengan ISA, semua jaminan dalam Artikel 5 dan 10 tidak bermakna sama sekali malah dihiasi dengan mekap keselamatan negara. Kuasa berpusat kepada Polis dan Menteri Dalam Negeri. Merekalah pendakwa, hakim dan penghukum.

    Kalau Kerajaan lengah dalam keputusannya terhadap PPSMI, mereka telah lama lengah, longlai dan loklak terhadap tuntutan ISA mansuh. Sekarang baru umum untuk kajisemula ISA sedangkan Suhakam sudah kemuka syor ISA mansuh sejak 2003, kezaliman terbukti dengan insiden mata lebam Dato’ Seri, keputusan mahkamah kes aktivis reformasi 2002 dan kes Malek Husin. Dan ISA akan berusia 49 tahun ini. Ia sudah memangsakan puluhan ribu orang termasuk keluarga – memecah-belahkan keluarga, menganiaya anak-anak dan menghancurkan masa depan mereka.

    Saya pohon perhatian khusus Dato’ Seri, — Pakatan Rakyat — untuk tumpu kepada usaha menggerakkan rakyat dan mendesak kerajaan untuk menghapuskan ISA, membebaskan semua tahanan ISA dan menutup Kem Kamunting. Pemansuhan ISA adalah langkah amat penting dalam memartabatkan daya fikir dan fitrah manusia yang bebas.

    Reply

    azidi Reply:

    Pak Syed Ibrahim. Saya setuju dengan pendapat Pak Syed tetapi memansuhkan ISA kurang dipersetujui kerana akta tersebut berkesan dalam menangani isu keselamatan negara. Kalau perlu hanya dibuat sedikit kajian untuk menambahbaikan akta tersebut kerana ketiadaan ISA akan menjadikan rakyat pelbagai kaum sukar dikawal dalam menangni isu2 sensitif.
    Apa2pun saya juga tidak bersetuju jika ISA digunakan untuk tujuan politik seperti kepada mereka yang dianggap musuh politik. Walau bagaimanapun ada akta yang boleh dimohon di mahkamah untuk membebaskan tahanan ISA yang dianggap tidak sah. Jadi untuk mengelakkan dikenakan ISA dinasihatkan kepada semua supaya jadilah warga negara Malaysia yang baik dengan tidak melanggar undang2 dan menjaga keluhuranya. TQ

    Reply

  29. 29 zoy123 Jun 30th, 2009 at 4:41 pm

    Kenapa kita nak risau tentang ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri. Sebenarnya dengan adanya dasar tersebut maka kita dapat hidup dengan aman dan damai. Lihat sahaja bila ISA digunakan bagi menangkap mereka-mereka yang extrime dalam sesuatu perkara. Kalau tak dah lama negara ni huru hara. Memang kalau boleh semua kita nak buat..nak bersuara ..nak berdemontrasi untuk luarkan apa yang kita nak capai bila kerajaan tak bagi. Tapi setiap benda tu ada hadnya. Kena ada give and take. Kalau dah melampau sangat bukan saja kita yang susah malahan negara pun susah.

    Tentang PPSMI pula, memang tak dinafikan murid melayu ada mengalami masalah dengan subjek Sains dan Matemaik..tapi sebenarnya masalah ini tak la besar sangat kalau cikgu2 yang mengajar tu tau pendekatan yang sesuai utk ajar. Ni yang ajar pun BI pun kelam kelibut. Tau cakap apa yang ditulis dlm buku je. Satu lagi..cikgu2 tak perlu la rigit sangat dlm pembelajaran tu. Kalau perlu explain untuk lebih kefahaman murid-murid dlm BM ..gunakan ..

    Reply

  30. 30 WAN SIMUNJAN Jun 30th, 2009 at 5:47 pm

    Ternyata kepada pro PPSMI ni tak faham antara konsep belajar dan menguasai Bahasa Inggeris dengan memahami dan menguasai ilmu Sains dan Matematik. Kerana itulah yang menyokong seolah2 mengatakan yang tidak bersetuju dengan dasar PPSMI ni menentang penguasaa Bahasa Inggeris. Jika itu yang tertanam di dalam sanubari BN/umNO maka ternyata ia pandangan yang sama sekali salah.

    Rasa2nya belum ada pihak yang menghalang usaha kerajaan untuk mengajar dan meningkatkan penguasaan BI di kalangan rakyat. Untuk menguasai BI maka penekanan dan pendekatan haruslah ditumpukan kepada aspek bahasa itu sendiri. Apa pun usaha untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris ini memang dialu-alukan asal tidak menimbulkan diskriminasi kepada pelajar. Tidak adil rasanya demi menguasai BI maka anak bangsa sendiri dijadikan korban. Sedangkan bangsa lain tak pernah mengorbankan anak bangsa mereka untuk mendaulatkan dan menguasai bahasa asing. Zaman ni penguasaan lebih daripada satu bahasa adalah kelebihan besar kepada individu tersebut. Malah sekiranya manusia itu mampu berkomunikasi dengan binatang pun ia merupakan satu kelebihan.

    Dari segi dasar PPSMI lain ceritanya. Ilmu sains dan Matematik adalah ilmu yang cukuop penting dalam kehidupan manusia. Ilmu sains dan matematik bukan sahaja perlu dipelajari malah ia sepatutnya difahami seterusnya dikuasai oleh setiap pelajar. Kerana dengan menguasai ilmu tersebut maka pemikiran pelajar akan menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam kehidupan mereka. Soalnya sekarang adakah dengan mengajar pelajar kita dengan BI maka penguasaan ilmu ini akan tercapai. Sedangkan untuk memahami bahasa sudah lemah bagaimana pula hendak menguasai ilmu yang lainnya. Jika pelajar tidak faham apa yang mereka belajar apakah ini akan menjamin kejayaan mereka dalam subjek sains dan matematik ini ? Pastinya tidak.

    Golongan mereka yang bukan guru mudah melihat aspek penguasaan ilmu sains dan matematik ini. Cukup mudah untuk mereka memberi hujah bahawa dasar ini akan memberi kebaikan kepada pelajar. Tapi golongan guru yang mengajar dan menyampaikan ilmu kepada pelajar ini terpaksa berdepan dengan tekanan yang cukup hebat untuk menjadikan pelajar itu faham dan menguasai ilmu yang dipelajari mereka. Sedangkan selama ini dalam bahasa melayu pun susah nak faham apalagi kalau menggunakan BI. Bila tak faham maka untuk pelajar itu faham maka BM juga digunakan. Jadi di mana keberkesanannya dasar PPSMI ni. Pandai membaca tetpi tidak tahu apa yang dibaca bukanlah satu amalan yang betul dan baik. Bila sebut tak faham BI ni maka tolong fikirkan masa depan golongan pelajar yang tinggal di luar bandar dan melayu yang BI bukannya bahasa pertuturan mereka. Menyuruh pelajar dari golongan ini menguasai 3 perkara dalam masa adalah mustahil sekali. Pertamanya pelajar itu perlu faham dan menguasai BI, selepas itu pelajar itu faham konsep sains dan matematik dan seterusnya pelajar tersebut mampu menterjemahkan kefahaman itu dalam konsep pula. Jadi yang mana harus didahulukan. Pendidikan kita bukanlah seperti kerajaan dasar kerajaan yang bertukar setiap 5 tahun sekali. Pelajaran di sekolah dibatasi oleh silibus yang perklu diajar dan dikejar oleh guru. Jika silibus sesuatu MP itu tidak habis maka pelajar tadi akan ketinggalan jauh kerana setiap peringkat persekolahan mempunyai silibus tersendiri. Oleh itu dalam mengajar untuk mengejar silibus ini maka guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk memberi kefahaman kepada pelajar yang agal lemah dan dikenalpasti sebagai lemah. Keadaan inilah yang memburukkan lagi penguasaan pelajar dalam dasar PPSMI ini. Akhirnya yang dikendong berciciran, yang dikejar tak dapat.

    Rasanya kalau sekadar guru mengajar tak menjadi masalah kepada golongan guru ini tetapi apabila mak bapak ingin supaya anak mereka pandai maka tugas guru bukan semudah untuk bercakap berbuih2 semasa mengajar menghabiskan masa pengajarannya di dalam kelas. Tugas guru harus menjadikan pelajar itu bijak dengan memahami serta menguasai segala ilmu yang disampaikan oleh guru.

    Lihat saja dalam perlaksanaan dasar ini, guru yang mendapat elaun kritikal mengajar PPSMI ni dah 6 tahun mendapat imbuhan setiap bulan. Tapi berbaloikah imbuhan itu dengan pencapaian pelajar dalam dasar PPSMI ini. Dalam soal ini siapa yang untung, guru atau murid ? Apakah imbuhan ini sesuatu yang perlu kepada guru yang mengajar PPSMI ini sedangkan tugas dan amanah seorang guru itu sememangnya mengajar. Menurut prinsipnya ajar apa saja MP di sekolah, gaji guru tetap sama kecuali kerja lebih masa. Adilkan pemberian elaun ini kepada golongan guru PPSMI sedangkan guru lain yang juga mempunyai semangat dan iltiozam yang sama dipinggirkan atau didiskriminasikan atas dasar PPSMI ini ? Tidakkah ini menjadikan dasar ini telah mendiskriminasikan antara guru yang mengajar MP lain dengan guru yang mengajar PPSMI ini. Guru lain yang juga memainkan peranan penting dalam pembangunan insan dibiarkan terlopong setiap bulan sedangkan guru yang mengajar PPSMI ini mampu menambah sebuah lagi kereta atau rumah kerana elaun yang diberikan atas dasar PPSMI ini ? Adilkah dasar ini ? Apa pengajaran guru dalam subjek lain selain PPSMI ini tidak penting kepada pemimpinkah ?

    Kepada yang batu dengan pro dasar PPSMI ini. ingat2lah bahawa penguasaan ilmu itu penting daripada sekadar mendengar penyampaian ilmu itu. Bagaimana nak menguasai ilmu kalau nak faham pun susah apalagi untuk bercakap tentang apa yang dipelajari. Akhirnya yang rugi bangsa melayu itu sendiri. Bahasa tak dapat ilmu pun tiada!

    Reply

    Win-win winner Reply:

    sdr,wan simunjan..

    Apa yg dikata u memang wa sokong 1001%..seandainya perlaksanaan ini berlaku,maka wujudlah satu lagi diskriminasi d antara guru dan terbinanya puak bertelagah,kerajaan hanya pandai membuat dasar,tapi tak sedar apa,kenapa,dan mengapa…..so renung2 dulu……..

    Reply

  31. 31 Dr Jun 30th, 2009 at 6:12 pm

    There are more important issues like the HAZE & HINI than argueing about PPSMI. No point, if all suffer and die of suffocation from Haze and killed by the virus. Government or Opposition should leave this issue of PPSMI to rest(stop all further debates) and don’t waste our energy on unrealistic issues, however focus on more important issues like the haze, flood, traffic jams & H1N1,and live in reality rather than concepts.Don’t waste time. Life is uncertain.Our country is now burning in smoke but everyone is so busy with LANGUAGE WAR!FED-UP!!!

    Reply

  32. 32 blogger Jul 1st, 2009 at 1:28 pm

    melayu pemalas sahaja yang menolak ppsmi… cina india belajar guna bahasa malaysia tapi tak pula lupa pada bahasa ibonda… tak pula ketinggalan.. ayuh bangkitlah melayu jangan asyik menunding jari… ppsmi dilakukan untuk menaikkan bangsa bukan menghancurkan….

    Reply

    Patriotic Reply:

    Setuju dengan blogger. Ini semua “ego” punya pasal. Kalau hapuskan “ego”, tidak ada masalah lagi.Tidak perlu hapuskan PPSMI. Masalah bukan pasal PPsmi, masalah utama ialah “ego” kita (tidak bolih tunduk kepala kepada perubahan dan teknologi).Fikir-lah apanya punca issue ini dan apakah “intention” untuk hapus PPSMI.

    Reply

  33. 33 Kak Ngah Jul 2nd, 2009 at 7:04 pm

    Yang pelik…..masa dalam kerajaan….semua “OK”. Bila sudah keluar baru nak cerita itu ini……SEMUA SAMA !!!

    Reply

    pemerhati bebas Reply:

    Adat la Kak Ngah……masa dalam kerajaan semua “OK sebab ada kepentingan….bila dah keluar kepentingan pun dah tak ada……”KO” la jadinya…..waktu dalam kerajaan tu berbakul2 kutuk pembangkang…..bila dah dalam pembangkang, berbakul2 la pulak kutuk pemerintah….adat dunia….bila boleh masuk poket semua ok, bila poket dah tak boleh refill semua KO

    Reply

  34. 34 zoy123 Jul 3rd, 2009 at 12:11 am

    hmm dengan panjang lebar si wan simunjang memberi hujah dan pendapat beliau..
    saya amat tertarik sekali membacanya..
    dari hasil tulisan beliau tu..saya dapat meneka beliau ni seorang warga pendidik..
    tapi malangnya beliau ni bukan warga pendidik yang mendapat imbuhan elaun kritikal apabila mengajar subject Matematik dan Sains..
    nampak sangat tujuan warga pendidik sebenarnya tertarik dengan elaun ..bukan nya untuk dorongan lebih gigih menurunkan ilmu pengetahuan untuk kepentingan bangsa dan ugama.
    yang tidak mendapat elaun bersikap prajudis kerana merasakan penah lelah mengajar tidak dibayar dengan setimpal..
    so kalau di lihat disini..yang sentiasa kalah dan menjadi mangsa adalah murid-murid. Bagi Warga pendidik yang mendapat elaun kritikal, tujuan mengajar hanya untuk mengejar elaun dan bagi yang tidak dapat elaun..merasakan tidak berlaku keadilan. ..so timbul la istilah mengajar ala kadar..
    kalau kena mengajar..masuk kelas ..dan buat apa yang patut ..
    kalau murid tak faham atau tak minat..lantak la..
    janji mengajar tu dah buat..
    ini berlainan dengan bangsa lain..cina contohnya..
    walaupun dapat atau tidak elaun kritikal tu..keutamaan memberi pendidikan yang dberi oleh ibu bapa digalas dengan bangga dan tekad..

    so kalau dasar PPSMI ni nak dibubarkan..bangsa melayu seperti berjalan menyongsang ke belakang..bak kata pepatah..jangan la menang sorak ..kampung halaman habis digadai…
    jangan la berjanji yang bukan-bukan..kalau tau benda itu akan merugikan bangsa sendiri..

    Reply

  35. 35 tak bernama Jul 4th, 2009 at 8:54 pm

    Ada baiknya kita tidak mengehadkan tumpuan kepada pendidikan dalam usaha memperjuangkan bahasa kebangsaan. Lihatlah kebanyakan laman web yang bertapak dalam pelayan Malaysia (berakhir dengan .my), khususnya syarikat peruncitan dan GLC…cuma ada versi bahasa Inggeris, bukankah ini satu petanda kerendahan martabat BM di tanahair penutur aslinya sendiri? Apa kata saudara-saudari galakkan pihak2 yang mendirikan laman sesawang berkenaan untuk sediakan versi BM sekurang2nya? Lagipun kartun orang putih kat TV ada juga versi BM, adakah itu tanda keprihatinan pengedar kartun dari barat itu terhadap isu martabat bahasa kebangsaan kita, maka mereka membikin percaturan yang sama seperti yang dilakukan di puluhan negara lain yang lebih maju dari kita tetapi kelihatan lebih bersungguh2 mempertahankan bahasa kebangsaan masing-masing?

    Reply

  36. 36 zoy123 Jul 7th, 2009 at 9:57 pm

    itu cadangan yang bagus..
    memang sepatutnya sejak dari dulu lagi kita kena mengutamakan penggunaan bahasa Malaysia. Kalau kita semua dapat bersama2 memertabatkan bahasa kita.. bagus sangat. Tentang PPSMI tu..kerajaan akan buat keputusan besok..so kita tunggu la. Saya percaya keputusan yang dibuat akan mengambil kira segala kebaikan dan keburukan untuk menamat atau meneruskan dasar ini. So sama-sama la kita tunggu..

    Reply

  37. 37 zoy123 Jul 9th, 2009 at 10:15 am

    seperti yang telah dinyatakan, dasar PPSMI akan dimansuhkan. Sebagai ganti, kerajaan akan mengumumkan satu strategi yang lebih menyeluruh untuk meningkatkan pengajaeran BM dan dlm pada masa yang sama tidak menepikan kepentingan BI di semua peringkat sekolah.Dasar baru akan dijangka akan bermula pada 2012 setelah mendapat kelulusan kabinet. Banyak langkah akan dibuat seperti menambah bilangan pendidik bagi matapelajaran BI dan bil masa pelajaran tersebut. Adalah diharapkan dasar baru ini akan melegakan semua pihak terutama yang menentang dasar yang sedia ada. Cuma yang jadi persoalan skg, adalah selepas dasar ini dimansuhkan..bagaimana kelayakan bagi pendidik2 subject Matematik dan Sains yang sebelum ini menikmati elaun kritikal atau elaun tersebut akan diberi kepada pendidik yang mengajar subject lain juga??
    So sama-sama la kita tunggu apa keputusannya.

    Reply

  38. 38 Jeenyang Dec 7th, 2009 at 4:11 pm

    Hmm Nanti sambung belajar di luar negara baru terkapai-kapai nak mula belajar Bahasa Inggeris… Ibu jari cakap saja MOTHER FINGER, orang bilang THANK YOU jawab COMEBACK… Nak buat rujukan jurnal penyelidikan dalam Bahasa Inggeris minta khidmat jurualih bahasa… senang sahaja tiada masalah.

    Reply

Leave a Reply