28
Jun
09

Penderaan TKI: Tangani Sebaiknya Menurut Jalur Hukum

Sahabat karib saya dari Jakarta menelefon menyesali sikap membisu saya berdepan dengan pendedahan kes penderaan terhadap pekerja Indonesia. Teguran ikhlas teman tersebut diterima baik.

Namun perlu dijelaskan bahawa secara konsisten saya lantang sekali membicara nasib Tenaga Kerja termasuk dari Indonesia (TKI) atau ungkapan pemerintah Malaysia Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan Pekerja Asing (PA).

Lantaran gesaan tegas saya, pimpinan UMNO menuduh saya “anti-nasional”. Seandainya kita pertahankan prinsip keadilan, keluhuran Perlembagaan (UUD) dan negara hukum, maka setiap kes penderaan dan penindasan ditangani sebaiknya menurut jalur hukum.

Persepsi bahawa kita angkuh (arogan) malah mirip mendukung tindakan zalim dan ganas terhadap pekerja agak meluas di Indonesia. Mungkin saja anggapan sademikian keterlaluan.

Namun tidak dapat disangkal dari tindakan perundangan merotan PATI, kenyataan sombong para menteri, tuduhan pencerobohan di perairan Indonesia, layanan buruk malah kes-kes penderaan ke atas warga asing termasuk dari Indonesia, India, Myanmar dan Bangladesh akan memperkukuh gambaran negatif terhadap negara.

Pertama, hukuman rotan (cambok) ke atas pekerja daif tetap dianggap zalim dan tidak berperikemanusiaan. Bayangkan sekiranya pekerja Muslim Algeria di Perancis, atau pelajar Malaysia tanpa visa di England dihukum rotan, hiruk-pikuklah dunia Islam dan kempen boikot barangan Inggeris di Malaysia.

Kedua, kenyataan angkuh yang menyentuh sensitiviti jiran harus diwaspadai. Saya masih ingat peristiwa lagu ‘Rasa Sayang Eh’ dulu! Atau seolah-olah rasuah (korupsi) itu lumrah di Indonesia dan tidak di Malaysia. Pastinya lebih canggih di sini!

Ketiga, isu sempadan dan ketegangan lainnya harus dirunding segera di antara pimpinan kedua negara terlibat.

Dan akhirnya isu penderaan pekerja, kaedah kemasukan dan sindiket agen pekerja, penipuan dan cara mengaibkan mengusir pekerja pulang wajar ditangani dengan lebih telus dan adil. Kita harus akui kecuaian, rasuah malah kelecehan sebahagian agensi penguatkuasaan.

Rakyat Malaysia sendiri mencurigai kecekapan sebahagian pasukan polis manakala gerombolan penjenayah kongsi gelap, ah long, kumpulan samseng atasan terlibat!

Semoga Allah SWT memberikan kita kekuatan memperjuangkan keadilan.

ANWAR IBRAHIM


16 Responses to “Penderaan TKI: Tangani Sebaiknya Menurut Jalur Hukum”


  1. 1 Adenan Jun 28th, 2009 at 4:56 am

    Asslamualaikum Dato’ Seri,

    Saya adalah pengikut setia Dato Seri sejak dari bangku sekolah lagi. Dapat bersalam dengan Dato Seri ketika Dato Seri datang ke Sekolah Menengah Teknik KL ketika itu Dato Seri menjadi Menteri Peljaran dan berlaku satu kes bunuh pelajar sesama pelajar dan juga ketika di ITM pada tahun 1989 ketika minggu orientasi. Dalam banyak hal saya mengagumi Dato’ Seri dan jarang saya berbeza pandangan dengan Dato’ Seri. Cuma dalam hal PATI ini saya berpandangan , ada satu aspek yang mungkin Dato’ Seri terlepas pandang. Kita sedar tentang kes penderaan oleh majikan terhadap pembantu rumah memang ada tetapi pada pandangan saya ianya adalah kes terpencil yang perlu ditangani secara berbeza. Tetapi dalam masa yang sama pembantu rumah yang mendera dan menyesakkan jiwa majikan dengan lari dari kontrak, memukul anak majikan, tidak membuat kerja sebagaimana sepatutnya dan pelbagai perangai buruk yang benar2 menyesakkan. Untuk makluman Dato’ Seri, saya telah bertukar pembantu rumah sebanyak 5 kali dengan pelbagai alasan yang tak mampu untuk diungkapkan. Dari segi layanan, tak tahulah apa yang mereka mahu lagi. Bilik khas dengan privacy, tak pelu masak. Hanya kemas rumah dan jaga anak seramai 5 orang sahaja. Setipa kali keluar shopping, berkelah dan sebagainya akan dibawa sekali. Setiap kali ada peluang akan dibelikan pakaian baru. Setiap bulan pembantu minta bercuti kerumah kawan-kawan, dibenarkan. Kadang-kadang minta cuti ketika raya pun kami benarkan. Setiap pagi dan petang bersembang dengan kawan-kawan pembantu ditaman permainan. Pun kami benarkan. Telefon handphone pun ada siap kami belikan top-up jika habis. Tapi akhirnya kerja 4 bulan lai malam tanpa khabar berita. Itulah yang berlaku kepada 3 dari 5 pembantu rumah yang saya ambil. Ribuan ringgit habis kerana mengambil mereka. Saya rasa Dato Seri perlu melihat perkara ini secara mendasar karana itulah yang berlaku kepada ramai orang yang berpengalaman mempunyai pembantu rumah Indonesia. Suarakan lah juga perkara ini kepada pemerintah dan rakyat Indonesia dan nyatakan bahawa kebanyakan rakyat M’sia sangat baik dan santun kepada pembantu, tapi sikap pembantu itu yang sepatutnya diberi lebih perhatian jika mehu memprjuangkan keadilan. Seingat saya tidak pernah dimana-mana akhbar atau kenyataan dari Malaysia tentang perkara ini. Hanya lebih terbeban kesalahan kepada rakyat Malaysia. Setaip pembantu rumah yang lari pula, majikan akan didenda.
    Wassalam

    Reply

    ucing Reply:

    Saya setuju dgn pendapat En adenan, pihak kerajaan dan pembangkang hanya sibuk membincangkan tentang warga asing yg didera, tetapi tdk membincangkan kenapa ia didera, apa? kenapa? Tapi majikan terniaya tdk dilaporkan dan dibincangkan

    Reply

    jackamp Reply:

    A’kum en Adenan,
    patutlah pembantu rumah saudara lari. Saudara kerumuni amah dengan limpahan kemewahan, tunduk pada kehendak pekerja sedangkan amah tersebut diketahui hidup susah. Tidak diakui layanan saudara 5 bintang terhadap buruh, tapi adakah ini yg seorang pekerja patut dapat. Kerja kilang pon tidak dibekalkan dengan telifon waktu bekerja. Malah membawa telifon sendiri ketika sedang bekerja turut dirampas. Inikan pula seorang amah. Saudara yang harus belajar menjadi majikan. Jangan salahkan amah lari pulak disebabkan peluang yang saudara berikan. Tidak dinafikan mendera amah satu kesalahan besar(menseterika,merogol dsb), tapi jangan pula terlebih manjakan…….fikir fikir kan lah…

    Reply

  2. 2 i think Jun 28th, 2009 at 11:10 am

    KITA ANGKUH, KITA RASA LEBIH HEBAT DARI ORG LAIN,”SAYA HEBAT DARI DIA,SAYA PANDAI DARI DIA, DIA TAK BERBAKAT, BERUCAP PUN TAK SEPANDAI SAYA,DIA TAK LAYAK,SAYA LAGI LAYAK”…..ini adalah ungkapan dan perasaan yang mirip kepada iblis yang tidak sujud kepada Adam kerana dia anggap dia lebih mulia dari Adam….Jika hati kita mempunyai sifat ini….istigfarlah…..iblis rasa dia hebat dari Adam , dia tak taat ALLAH….kalau kita menghina makhluk Allah yang lain …….ingatklah ketentuan dari ALLAH………Abu sufIyan mula2 menentang nabi s.a.w …akhirnya allah mengurniakan hidayat mati dalam islam…..munafik yang sembahyang berjemaah dibelakang nabi tetapi bukan kerana Allah tetapi dalam hati ada kerana LAIN (kerana inginkan pangkat dimadinah) mati dalam keadaan munafik…..semoga Allah selamatkan kita dari sifat ini……..istigfar

    Reply

  3. 3 my 2 cents Jun 28th, 2009 at 12:03 pm

    Saya rasa terpanggil untuk memberi komen mengenai isu pembantu rumah akhir2 ini. Saya rasa kedua-pihak harus matang dalam mengatasi masalah ini. Apa yg saya musykil kenapa orang di sana cepat rasa tercubit seolah2 orang Malaysia semuanya jahat;mendera pembantu rumah Indonesia. Bagaimana dengan jenayah2 yg dilakukan oleh orang Indonesia di Malaysia. Kes2 pembunuhan, rompakan, rogol sering kali berlaku di Malaysia. Adakah DSAI menelefon sahabat karib DSAI tersebut dan menyesali jenayah yg dilakukan oleh segelintir pekerja Indonesia? Kenapa kita tidak mengambil tindakan yang sama dengan menyekat pengambilan pekerja Indonesia? Bagaimana dengan pembantu rumah yang bersyukur bekerja di Malaysia?

    Apa yang pasti, mereka yang mendera mesti dihukum dengan setimpal hukuman. Tetapi, apa yang saya nampak, kerajaan Indonesia terburu-buru dalam menangani isu ini.

    Wassalam

    Reply

  4. 4 saji Jun 28th, 2009 at 12:50 pm

    Dato’ Seri, bagi saya, kes-kes penderaan amah Indonisia di negara ini dan kes-kes majikan kita ditipu amah/pekerja Indonsia, merupakan antara contoh klasik kelemahan sistem ekonomi kapitalis yang terkenal dengan ungkapan bebunyi: MENGAMBIL KEUNTUNGAN BERLEBIHAN DENGAN APA JUA CARA.

    Juga, jika diambil Singapura sebagai contoh terdekat dari segi bagaimana sesebuah negara mampu memanfaatkan kebaikan sistem ekonomi kapitalis seperti peningkatan produktiviti, penciptaan dsb. ia memerlukan ketinggian, ketegasan dan ketelusan penguatkusaan undang2 negara oleh badan -badan berwajib kerajaan -kepolisian, kehakiman dan pendawaan dan NGO- Suhakam dsb.

    Reply

  5. 5 Kai Hau Jun 28th, 2009 at 2:37 pm

    Jgn mendera org.. Org pun nak kerja.. Cari rezeki je…

    Reply

  6. 6 Danildaud Jun 28th, 2009 at 4:04 pm

    In West Msia the scenario is a stark contrast to what that has developed over here in Sabah. In Sabah the PTIs or PATIs have been blatantly accorded project ICs with the sole intent of altering the demographics of the state and as a guarantee
    for BN to continue manipulating the outcome of every election.

    Reply

  7. 7 ee one Jun 28th, 2009 at 10:44 pm

    perlu penyelarasan kedua belah pihak, pembekal dan pengguna supaya tidak berlaku ‘zalim’ terhadap pembantu rumah atau majikan, kalau perlu perincikan tugasan dari majikan dan hak pekerja supaya jelas siapa ‘zalimi’ siapa, jangan setelah kena sondol kambing barulah menyesal, setelah banyak berlaku kes dera barulah bagi cuti seminggu sekali, itupun ramai majikan yang pertikai…….

    Reply

  8. 8 levimartian Jul 3rd, 2009 at 5:05 pm

    Saya hndak dukung Dato’ Seri untuk jadi pemimpin baru

    Reply

  9. 9 Nurdiansyah Jul 5th, 2009 at 12:25 pm

    Kita 2 negara satu rumpun, mayoritas saudara seagama, knp harus selalu bertikai? Prilaku penyiksaan (penderaan) diharamkan dalam Islam, sangat menyedihkan…
    Saya mendukung Pak Anwar Ibrahim atau siapun pemimpin negeri jiran yang menjunjung tinggi hukum dan rasa keadilan bagi semua.

    Reply

  10. 10 L-link Jul 6th, 2009 at 3:02 pm

    Selamat Siang Pak Anwar, ijinkanlah saya memberi komen sedikit. Masalah TKI dariIndonesia adalah problem yang telah berlarut lama. Solution dari problem ini , dari Malaysia boleh minta para TKI yang lebih skill pada bidangnya, jika ia pada bidang asuh anak tentu beda dengan ia bidang kerja masak di dapur. Para TKI sepatutnya punya sertificate layak kerja. TKI pada sebagian besar tidak ada sekolah yang cukup , ada yang tidak tamat sekolah dasar(elementery school ), mereka hidup susah dan tidak pernah kerja. Problem lain ada juga pada majikan, dan saya faham sekali dengan tabiat anak-anak para majikkan, mereka kadang memberi perintah pada TKI perintah yang tidak sepatutnya. Semua ini perlu suatu aturan/ kontrak yang tertulis antara Majikan dan TKI, apa saja tugas2 TKI disebut lebih rinci, apa yang boleh ,apa yang tidak boleh. Begitu juga Majikkan apa saja yang boleh menyuruh kerja TKI . Aturan tersebut hendaknya di tulis besar2 dan di publikasikan di media , supaya antara para Majikan dan TKI tahu . Jika salah satu melanggar boleh di hukum. Ada satu hal yan saya sangat tidak setuju yaitu hukum cambuk/ rotan di malaysia.
    Lebih baik hukum denda sejumlah yang banyak.Salam > L-link> indonesia. Semoga Pak Anwar dapat menjadi Pemimpin Malaysia di masa depan.

    Reply

  11. 11 HMR. SANUSI Jul 6th, 2009 at 3:09 pm

    Assalamu ‘alaikum. War. Wab.

    Salam sejahtera saya pribadi haturkan kepada Datu’ Anwar Ibrahim, yang sangat terpandang karena kevokalannya menentang semua kezaliman baik datang dari pihak pemerintah maupun pihak-pihak lain yang tidak dipandang sejalan dengan rasa keadilan. Sebagai seorang muslim yang memperoleh bimbingan dan ajaran serta sentuhan amaliyah agama yang dituntunkan oleh Rasulullah SAW sesungguhnya sangat mudah untuk memberi rasa kenyamanan, keadilan bagi semua. Antara rasa itu dapat ditamsilkan kepada setiap diri kita sendiri. Jikalah orang merasa sakit ketika mencubit diri sendiri, demikianlah rasa sakit itu dirasakan oleh orang lain yang dicubitnya. Jadi dengan demikian, Insya Allah manakala rasa-rasa itu selalui dibudayakan dengan baik anta sesama, dengan sendirinya antara masyarakat Malaysia dan Indonesia (khusus TKI-TKW ) yang memang harus bekerja di negeri jiran, akan senantiasa aman, damai dan terpenuhi rasa keadilannya (dengan dibayar gaji mereka dan dihitung keringatnya yang telah keluar).

    Tuan Dato’ Ibrahim yth,

    Sebagai bagian dari saudara-saudaraku yang bekerja dengan tekun di negeri Jiran, sebaiknya budaya melayu khusus Malaysia, dapat diajarkan secara terpadu bagi saudara-saudaraku yang bekerja di negeri jiran, mungkin mereka belum mengetahui secara rinci, mungkin juga para penerima tenaga kerja yang belum sampai pada budaya saling harga menghargai. Dalam hal kerja tersebut, kita hendaknya jangan memandang para tenaga kerja dari manapun asal mereka bagaikan kita memicingkan sebelah mata, toh mereka semua adalah bagian dari para tuan, dan demikian juga penerima tenaga kerja di negeri jiran. Sehingga dari itu, pentinglah meningkatkan harkat dan martabat seluruh manusia, karena itulah inti dari ajaran Rasulullah yang diutus kealam dunia maya ini, sehingga semuanya saling harga menghargai, tidak kita lihat asal usul keturunannya.

    Selaku pribadi, saya dukung Tuan Dato’ agar terus memperjuangkan rasa keadilan bagi semua bangsa melayu baik penduduk pribumi Malaysia, dan demikian para seluruh tenaga kerja yang datang ke negeri Tuan Dato’, khususnya para TKI-TKW dari tanah air yang kami cintai.

    Demikian surat ini saya buat, sebagai suatu opini dukungan kepada tuan Dato’ di negeri jiran yang melayu serumpun.

    Jakarta, 6 Juli 2009

    Wassalamu ‘alaikum. War. Wab.

    HMR. SANUSI

    Reply

  12. 12 Sisca Jul 6th, 2009 at 3:14 pm

    Saya dari Indonesia.. tapi saya sangat kagum dengan pemikiran Pak Anwar Ibrahim karena beliau sangat pintar di mata saya..

    Saya sangat setuju dengan opini NURDIANSYAH…

    Reply

  13. 13 Arief Hidayat Jul 14th, 2009 at 5:35 pm

    assalam….
    puji syukur ke hadirat Alloh Swt,,
    saya sebagai orang indonesia mendukung kepada Datu’ Anwar Ibrahim yang lantang menyerukan keadilan,,
    karena dengan beberapa kasus yang sering mencuat terlihat ada kesengajaan ataou apalah itu namannya sehingga TKI kami sering mengalami siksaan,, dan baru baru ini yang hangat adalah aksi provokasi militer laut malaysia di ambalat yang sangat sombong,, untung saja kami sabar,,,tapi ingatlah bahwa kesabaran juga ada batasnya sepertu lautan yang ada batas tepinya juga,,
    wassalam…

    Reply

  14. 14 rudi widi Aug 15th, 2009 at 2:14 am

    Saya memang orang Indonesia, tp pemikiran saya pada prinsip ajaran Islam. Manusia diciptakan secara berbeda2 untuk bisa saling mengenal, artinya agar manusia saling berhubungan baik. Masalah pembantu, mestinya bukan pendekatan secara formalitas saja antara majikan dan pembantu/pekerja, tapi lebih penting adalah hubungan personal. Dari sisi pembantu memang harus diakui seperti manusia pada umumnya ada yg baik dan tidak sama seperti sisi majikan. Namun setiap permasalahan kan ada jalan keluar/solusi, tidak harus dengan kekerasan apalagi penindasan. Coba dilakukan dengan kekeluargaan baru secara hukum. Saya gak percaya kalau ada pembantu yang menindas majikan, kalau sebaliknya banyak terjadi dan jamak lumrah. Banyak majikan yg terlalu mengharap bahwa pembantu kualitasnya seperti dirinya sendiri, jelas hal yang jarang terjadi, karena kalau itu terjadi, kan lebih baik pembantu jadi majikan sekalian. Nah disini banyak terjadi perbedaan cara pandang, bagi yang gak sabaran terkadang melakukan presure terhadap pembantu, bahkan tindak kekerasan/penganiyaan terhadap pembantu. Sebenarnya mudah untuk mengambil tindakan bagi para majikan karena mereka lebih superior daripada pembantu. Jadi hargai pembantu itu adalah manusia biasa bukan robot yang bisa disetir sesuai dengan kemauan majikan. Saling menghargai adalah kata kunci.

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

June 2009
M T W T F S S
« May   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930