Dari JohorDaily
Johor Bahru – Setelah perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditunda kepada 8 Julai 2009, kini pelbagai pihak mempertikaikan kesahihan kes tersebut. Kini pelbagai dakwaan berlakunya konpirasi untuk menjatuhkan imej Ketua Pembangkang itu.
Mohd Saiful Bukhari mendakwa didalam blognya bahawa apa yang disumpahnya adalah benar. Manakala Majlis Pegum telah mengeluarkan kenyataannya mendakwa kes tersebut perlu digugurkan kerana tiada bukti jelas berlaku liwat pada laporan perubatan Mohd. Saiful.
Blog Gerakan Anti-PKR pula mendakwa tujuan Anwar pergi ke Amerika Syarikat pada minggu hadapan bertujuan melarikan diri dari kes tersebut dan meminta simpati kepada presiden Berek Obama. Blog itu meminta pihak berkuasa menahan pasport Anwar.
Angkatan Muda Keadilan pula pada hari ini jam 11.00 pagi akan menyampaikan memorendum agar kes tersebut digugurkan kepada kepada Timbalan Pendakwaraya, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin di Putrajaya. Ketuanya Shamsul Iskandal Mohd Akin mendakwa kes tersebut adah fitnah politik sahaja dan tidak perlu melibatkan Mahkamah.
Terdahulu peguam Anwar Ibrahim telah menfailkan dokumen agar kes itu digugurkan kerana tiada kerjasama dari pihak kerajaan dan tiada bukti berlaku liwat.
Pahang Daily pula mendakwa didalam blognya terdapat kemuskilan pada kes pendakwaan tersebut kerana sebelum dan selepas lapuran Polis Mohd Saiful terdapat beberapa panggilan talifon yang mencurigakan termasuk panggilan terhadap Ezam Mohd Noor dan ke kementerian Pertahanan.
Semantara itu Johor Daily dimaklumkan Barisan Nasional enggan berkempen di Manek Urai melibatkan kes liwat ini kerana bimbang menerima tamparan kekalahan teruk seperti di pilihanraya Kecil di Permatang Pauh. Johor Daily percaya Umno enggan bertanding di DUN Penanti kerana bimbang dimalukan lagi.
Johor Daily dimaklumkan Anwar Ibrahim akan berada di Australia pada 11 Julai 2009 sebagai salah seorang ahli penal undangan khas bagi membicarakan isu semasa dunia dan kekemelutan Islam. Banyak pihak mendakwa termasuk penyokong Umno kes liwat ini adalah strategi khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ‘membunuh diri sendiri dan Umno’.









insyaallah, berani kerana benar takut kerana bersalah. Kami rakyat Malaysia senantiasa menyokong dan mempercayai Dato Seri Anwar Ibrahim.
Takbir! Takbir!
Reply
Khir toyol Reply:
June 27th, 2009 at 2:33 am
sdr denten,
kaulah 100,000 menyokong dan berdoa,apakah hakim tersipu dan tertunduk malu?
ooyq..
salam takziah kembalinya Allahyarham Michael Jacksons (Makaire)pada 26.06.09 penghibur yg termahal d dunia 1persembahan 7juta US semoga rohnya senantiasa d cucuri rahmat,amin..
takbirlah puas2..
Reply
Spekulasi kes Al Tan Tu Ya pun BN tak leh jawab !
Spekulasi Kes Lingam pun BN tak leh jawab !
Spekulasi kes komisyen kapal selam pun BN tak leh jawab !
Spekulasi kes komisyen kelikopter pun BN tak leh jawab !
Spekulasi kes stadium runtuh pun BN tak leh jawab !
Spekulasi kes royalti minyak Kelantan pun BN tak leh jawab !
Spekulasi kes kes Liwat Part 1 pun BN tak leh jawab !
Ini kan Liwat Part 2……………….. BN beriya-iya menjawab !
UMNO: The Royal Corruptors !!!!
Reply
alieda Reply:
June 27th, 2009 at 5:37 pm
Benar sekali dakwaan saudara.
Reply
crex33 Reply:
June 30th, 2009 at 10:41 pm
Dan jangan lupa Kes Royalti untuk Negeri Sabah dab Sarawak… kes ini lebih lama berbanding kes2 yang saudara sebutkan di atas… Jelas sekali sabah dan sarawak TERPINGGGIR… hanya menjadi lubuk emas BN UMNO sahaja… Pemimpin2 BN UMNO di Sabah pun JAHANAM semuanya……
Reply
Aiyakkk… kurang pasti lak sistem keadilan negara… nanti keluaq tak salah.. pastu rayu salah balik?
Reply
salam reformasi…kepada semua pendokong reformasi dan seluruh ahli pakatan rakyat serta seluruh rakyat malaysia…andai dsai didapati bersalah lagi kali ini..kerajaan umno/bn tunggu lah detik kehancurannya..ini pasti akan berlaku….pasti satu ledakan suara rakyat dan rusuhan besar akan berlaku dan mungkin akan lebih teruk lagi daripada tahun 1998 dulu..pelabur2 pasti akan berfikir 2 kali untuk terus datang melabur ke sini..kerajaan umno/bn harus ingat rakyat dah meluat dan x percya lagi dgn tindakan yg dilakukan..
Reply
mari baca ni kejap.rasa2nya ada persamaan tak????
http://www.angelfire.com/nt/mahazalim/diktator.html
Reply
Kapada Kepimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat,
Dalam Pakatan Rakyat, tentulah ada bijak pandai perundangan dan penghakiman! Telitilah betol2 nanti supaya perjalanan perbicaraan benar2 mengikut landasan perbicaraan Dato Seri Anwar Ibrahim.
Tungkus lumuslah memahami benar2 semasa perbicaraan itu dilakukan dan buatlah cross reference pada pakar2 perundangan diluar negara. Dato Seri Anwarlah yang diharapkan memimpin Pakatan Rakyat kemercu kejayaan. Janganlah hendaknya beliau di aniaya. Kalau benar2 beliau salah, saya akur tetapi kalau ternyata perbicaraan2 tidak dijalankan benar2 adil dan professional, maka wajib kesemua kepimpinan Pakatan Rakyat yang tinggal bertungkus lumus memberitahu rakyat semua hal yang sebenar2nya supaya rakyat benar2 faham!
Rakyat dahagakan kerajaan yang benar2 bersih, cekap dan amanah! Tegakkanlah keadilan yang sebenar2nya! Janganlah hendaknya kepimpinan didalam Pakatan Rakyat berebut kuasa hingga menghangcurkan kemantapan yang dibina olih Dato Seri Anwar!
Moga Allah lindungi Dato Seri Anwar dari teraniaya! Beranilah berjuang kesemua kepimpinan Tertinggi dan semua lapisan kepimpinan Pakatan Rakyat! Haruk habis keseluruh negara!
Sekian wasalam………..
Reply
Inilah akibatnya pemimpin amat percaya kata2 org kiri/kanan nya yg berlagak pandai,justru akan menghancurkan karier serta kredibiliti kepimpinan beliau,darisegi realitinya kemampuan memimpin rakyat dan negara belum banyak nampak saksesnya dimata rakyat,sebab itu populariti serta target semaiyannya utk menambat dihati rakyat semakin menurun serta pudar,sebab apa,produk yg dibawa atau terbawa2 melalui zaman semasa menerajui kementerian dulu terbawa2,tolonglah sedar diantara pegawai/staff kakitangan jauh berbeza antara rakyat,Pemimpin dan Memimpin adalah satu perkataan seiras yg berlainan makna apabila terhurai….so renung2…..
Reply
Biasa la mahkamah Malaysia…. Kalau kat Penanti dulu kata, buang masa, membazir dan sebagainya, sedangkan nyata dan jelas ada pilihanraya, kenapa perbicaraan yang direka-reka seperti ini tidak pulak buang masa???? tidak pulak membazir wang, masa dan tenaga???? Hairan, hairan… Malah UBN beriya-iya nak buat…. Boleh nampaklah maksud tersirat UMNgok ni… Macamlah rakyat masih bodoh…. Ini lagilah buang masa dan sangat sangat membazir…. Benda yang tak ada, di ada-adakan??? BODOH betul lah orang yang percaya semua ni….
Reply
inilah malaysia ku yang berjaya. pemimpin yang memerintah telah lama memerintah. berlatar belakangkan demokrasi. mana2 parti lain, tidak layak memerintah hanya umno(BN) sahaja layak. sehingga mereka rakus menggunakan kuasa tanpa rasa segan dan malu kepada rakyat. pemerintahan diMalaysia tidak ubah seperti Korea utara. pemerintah adalah kroni2, dan kaum anak beranak. selepas ini. penuhla barisan menteri2 anak bini. Malaysia tidak ubah seperti Eropah zaman gelap, terdapat kelas2 dan darjat2. rakyat ditakutkan dengan undang2 buatan dan undang2 agama.
Reply
Menyingkap sejarah memang tepat sekali persamaanya,kepada mereka yang mempercayai tuhan itu satu berpalinglah kejalan yanh benar.Katakanlah kepada dia aku datang dan kepada dia pasti kembali.Dari rakyat yang tertindas dan dizalimi sebesar abuk dilayang anggin akan dituntut haknya.
Reply
org beriman tak dengar cakap org munafiq. Org munafiq=israeil. cakap semuanya bohong!
Reply
Tak guna bicara pun..Elok terus ke Mahkamah Rayuan jer..Terus dapat keputusan..Cepat dan pantas lagi..5 minit jer… Jimat wang rakyat.
Reply
AIyaya, BN sekararang dah keluar belang nak matikan karrier DSAI.Cuba nak baik dgn PAS kerana BN hanya sendirian. Siapa mahu sokong. Yang menyokong tu sebab ada ganjaran. Si Sundal Saiful tu sebab wang dia tak peduli maruahnya. Asyik sumpah dia kena Tiau lubang jubur. Kau ingat kami gila kah sundal mau buat sumpah tipu.SUmpah konon.. cheh…
Reply
Tambahan,
Sekiranya benar Dato Seri Anwar dianiaya dengan cara perbicaraan yang tidak betol dan adil, maka Kepimpinan Tertinggi kenalah turun ke padang dan terangkan pada seluruh rakyat! Bariskan semua pendekar2 Pakatan Rakyat supaya berjumpa rakyat hari2 kerana sesungguhnya rakyatlah yang dapat menentukan kerajaan yang akan datang!
Rakyat tidak bolih bersubahat dengan kemungkaran dan kezaliman! Rakyat wajar kejar pentadbiran yang benar2 bersih, cekap dan AMANAH!
Moga perbicaraan terhadap Dato Seri Anwar berjalan dengan betol, amanah dan adil.
Sekiranya Dato Seri Anwar benar2 dirihatkan buat seketika, moga Pakatan Rakyat tetap terus bersatu padu demi memperjuangkan kerajaan akan datang yang benar2 bersih,cekap dan amanah! Bangkitlah semua pendekar2 Pakatan Rakyat yang cintakan keadilan dan kemakmoran rakyat! Sudah sampai masanya negara benar2 menuju cepat kapada kerajaan yang benar2 bersih, cekap dan amanah! Janganlah berebut2 kuasa didalam Pakatan Rakyat! Hormatlah pada mereka yang lebih layak untuk menjawat sesuatu jawatan! Bersabarlah menunggu giliran menjawat sesuatu jawatan yang diidamkan nanti!
Buktikan pada semua bahawa yang penting diteruskan ialah nilai2 murni perjuangan2 Dato Seri Anwar tinggalkan (andaikata Dato Seri dirihatkan kejap) dan telah merintiskan dengan kesepakatan 3 parti terbesar iaitu PKR,Pas dan DAP! Keadilan tetap dituntut olih rakyat! Jangan hampakan rakyat hendak kerajaan yang benar2 bersih,cekap dan amanah! Janganlah mendapat habuan2 yang berdosa disisi Ugama Islam dan jugak Perundangan Negara! Kenangkanlah jasa2 baik Dato Seri Anwar selama ini!
Walau apa pon saya bentangkan, moga tuhan lindungi Dato Seri Anwar dari dianiaya dan bebas dari tuduhan yang lansung tidak masuk akal rakyat jelata! Mereka bolih tersenyum dan gembira waktu berkuasa tetapi kalau kuasa disalah gunakan, tunggu sahajalah hukuman dari semua rakyat jelata!
Sekian wasalam………..
Ingatlah wahai semua ahli2 Pakatan Rakyat, tiada lagi da habuan2 yang salah dari sisi Ugama Islam dan Perundangan Negara akan didapati dalam berjuang didalam kerajaan Pakatan Rakyat nanti! Sudah sampai masa hak dan duit rakyat, tidak dicabuli sewenang2nya untuk kesenangan peribadi, keluarga dan sahabat handai! Berjuanglah dijalan yang benar!
Reply
Kita semua kalau meneliti kesinambungan kes-kes ini semua jelas menunjukkan ianya suatu konspirasi yang amat hebat oleh kepimpinan UMNO dan BN.
Rakyat sudah tiada keyakinan lagi terhadap UMNO dan BN. Saya yang berada di Luar negara bersama-sama kawan-kawan yang lain ini pun boleh menilai yang mana intan dan yang mana satu kaca.
Janganlah kita terus memusnahkan negara ini semata-mata kita hanya taksub kepada nama UMNO atau BN sahaja. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia mengubah senario politik Malaysia ini ke arah membangunkan pemikiran masyarakatnya, infrastrukturnya dan juga di mata dunia.
Orang luar sekarang ini lebih menghormati Anwar Ibrahim daripada Najib dan pemimpin BN yang lain. Jangan lah pula kita rakyat Malaysia di Malaysia tidak dapat menilai baik buruk nya situasi sekarang ini.
Berubahlah dengan segera.
Reply
hidopANWAR Reply:
June 28th, 2009 at 12:07 pm
Saudara Change09,
Benar sungguh kata2 saudara. Sekiranyalah seluruh rakyat jelata negara kita berfikiran seperti saudara, maka senanglah kerajaan Pakatan Rakyat terdiri nanti yang akan membawa rakyat kita ke suatu kerajaan yang benar2 bersih, cekap dan amanah!
Malangnya banyak lagi rakyat jelata yang suka hanya mendengar sebelah pihak sahaja dengan selalu membaca dan melihat media2 perdana yang rata2 pro pemerintah.
Ini lah masaalah besar negara kita dimana banyak jugak rakyat kita masih belum matang mencari bahan2 sumber berita dari Pakatan Rakyat. Maka disini, ingin menyeru semua gulongan muda yang celik IT dan jugak bahan2 dari Pakatan Rakyat ini, rajin2lah menyebarkan perjuangan murni kapada gulungan tua dan jugak yang suka mendengar berita2 dari satu pihak sahaja.
Golongan muda hendaknya berduyun2lah menjadi pengundi berdaftar supaya sokongan majority rakyat jelata bolih memihak kapada Pakatan Rakyat! Selamatkanlah negara sebelum rakyat jelata menyersal nanti dikemudian hari.
Rakyat wajar kira salahlaku pentadbiran baik BN dan Pakatan Rakyat mulai dari sekarang semoga kita benar2 dapat nanti kerajaan yang benar2 membela dan memakmorkan nasib rakyat disamping mendirikan kerajaan yang benar2 bersih, cekap dan amanh!
Sekian wasalam…………..
Reply
ASTAGHFIRRULLAH ALAZIM, DSAI, tuhan maha adil. ni umno punya pemimpin dah taksub pada fitnah dan tak ingat pada ALLAH yang maha esa. DSAI doa kami akan sentiasa mengiri kebenaran yang DSAI perjuangkan.
Reply
hidopANWAR Reply:
June 28th, 2009 at 6:33 pm
Benar! sokong 1000%
Amat sedih saya rasakan umat Melayu dan Islam sudah banyak lupa pantang larang Ugama Islam kita yang suci demi mengejar habuan hidup yang terang2 salah dari sisi Ugama Islam dan Perundangan Negara!
Moga Pakatan Rakyat bertambah kukuh di semenanjung dan jugak moga rakyat Sabah dan Sarawak turut sokong Pakatan Rakyat!
Wasalam…………
Reply
Sahabah2 sekelian,
Sejuk mata memandang apabila Tuan Guru Haji Hadi, Nik Aziz dan Lim Kit Siang duduk sebaris dikempen Manik Urai. Bukalah youtube.com dan search lim kit siang,latest.
Siapa kata DAP tidak bolih berbaik dengan PAS? Di Pulau Pinang, anak Lim Kit Siang yang MB Pulau Pinang itu menggunakan cara2 pemerintahan Khalifah Islam untuk mentadbir negeri Pulau Pinang! Ternyata DAP faham landasan Islam untuk sistem pemerintahan negara!
Moga PAS, DAP dan PKR benar2 dapat dirikan kerajaan yang benar2 Bersih cekap dan amanah!
Moga kejayaan menyebelahi pihak yang benar!
Wasalam……….
Reply
dsai pasti bebas dan didapati tk bersalah…
Reply
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Kepada saudara anwar, saya sentiasa mendoakan agar saudara dan saf kepimpinan PKR dan PR terus utuh dalam menghadapi ujian Allah kali ini. Sekiranya kita di pihak yg benar, yakinlah kita akan beroleh kemenangan dan perlindunganNYA.
Namun, saya masih lagi kabur atas alasan apakah sebenarnya pendakwaan ke atas saudara kali ini, kerana berdasarkan laporan perubatan HKL dan PUSRAWI, tiada kesan atau.dan kesan luka akibat perbuatan liwat seperti yg didakwa oleh saiful.
Bukti DNA sekiranya ada, terlalu mudah untuk dipertikaikan di mahkamah. Saya sendiri boleh menjadi peguam bela sekiranya diizinkan oleh mahkamah kerana bagi saya sekiranya berdasarkan bukti DNA semata, kes saudara sememangnya menimbulkan KERAGUAN YANG TERLALU MUNASABAH dan selayaknya dibuang sahaja kes. Tidak perlu peguam handalan untuk menjadi peguam bela saudara kerana hujah berdasarkan bukti DNA terlalu rapuh.
Saya masih hairan kenapa saiful begitu beriya-iya mengatakan dirinya diliwat. Kenapa menunggu begitu lama untuk melaporkannya kpd polis? Apa kaitannya dgn pimpinan atasan UMNO? Bagaimana seorang rakyat biasa boleh dirujuk kesnya kepada KPN? Sedangkan untuk berjumpa IO sendiri bukanlah senang waima di ceruk negeri yg balainya tidak sebesar mana. tarikh pertuduhan yg sering diubah dan berubah. Sayaa bingung. Di mana logiknya dakwaan saudara. Maafkan saya saudara saiful kerana berdasarkan hujah2 saya td, saya mmg sepatutnya mempunyai keraguan terhadap dakwaan saudara.
Walauapapun, saya suka mengingatkan diri sendiri dan pembaca sekalian bahawa ingatlah, sesungguhnya fitnah itu lebih keji dari membunuh. Kita mungkin terlepas dgn hukuman dunia, tetapi di akhirat kelak, tidak mungkin. Kpd yg bersalah, bertaubatlah. Mohonlah maaf kpd jutaan manusia di dunia ini yg telah tertipu dgn sandiwara saudara dan pihak2 yg memenangkan saudara. Sekian, wassalam.
Reply
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Kepada alim ulama yg ada di serata pelusuk tanah air, saya mohon kepada tuan-tuan guru untuk melakukan apa yg termampu dgn berkat ilmu dan amal tuan-tuan guru kerana sesungguhnya tuan-tuan guru mungkin lebih dekat dgnNYA dan doa serta permintaan tuan-tuan guru yg alim lg warak mungkin lebih mudah untuk diperkenankan olehNYA.
Sekiranya ada di kalangan tuan-tuan guru sekalian yg mendapat petunjuk atau alamat dari ALLAH yg diyakini benar dan sahih menurut amalan tuan-tuan guru, hebahkanlah kpd masyarakat.
Saya sendiri dan yakin ramai lagi masyarakat sekiranya diberitahu oleh mana-mana tuan guru spt Tuan Guru Ustaz Hadi, Ustaz Nik Aziz, Ustaz Haron Din, Ustaz Nasharudin atau mungkin dari lain2 tuan guru yg mungkin saya tidak kenal, akan perkara sebenar yg berlaku antara saudara anwar dan saudara saiful akan mengambil pendirian sama ada untuk terus bersama anwar atau tidak.
Cuma apa yg boleh saya katakan, pendirian peribadi saya berhubung kes ini, berdasarkan bukti-bukti yg dunia yg jelas dan terang, keputusan lebih memihak kpd saudara anwar dan berharap saudara anwar dan keluarga akan tabah menghadapi ujian kali ini. InsyaALLAH…
Reply
Ketika ini mereka bolih mendabik dada mengulangi kisah tragis pada 1998 dahulu.Jangan dilupa antara tuduhan yang dikena keatas DSAIB pd 1998 ialah meliwat dan berzina dengan isteri seorang ahli politik sehingga mendapatkan anak.Isteri ahli politik tersebut telah berjaya membuktikan secara saintifik melalui ujian DNA bahawa anak itu adalah anaknya bersama suami tercinta.Tuduhan itu tidak ditarik balik sehingga kini dan tidak di bawa kemahkamah di atas alasan pendakwaan tidak memerlukan banyak kes kerana hukuman akan berjalan serentak walaupun telah dibuktikan olih orang yg kena tuduh secara DNA.Persoalanya tuduhan ini sangat serius di dalam islam menuduh permpuan baik melakukan zina sudah termasuk di dalam dosa besar dan jika tidak bertaubat pemfitnah adalah isi neraka dan jika tuduhan tidak disokong dengan bukti yang kukuh penuduh/pemfitnah perlu didakwa dan dihukum .Itu adalah yang termaktub di dalam hukum AlQuran yang menjadi ikutan semua umat Islam.Apatah lagi ditambah dengan meliwat,mendapat anak dan isteri orang.Namun
manusia mudah lupa bahawa hidup didunia ini hanya seketika dan akhirnya mereka akan mengadap pengadilan Allah yang kekal.Pastinya semua kita tidak lupa perjalanan perbicaraan DSIB pada 1998 dahulu.Pengakuan Azizan bahawa beliau tidak pernah diliwat sebanyak 3 kali apabila di tanya olih peguambela DSIB.Pengesahan olih Tuan doktor bahawa Sukma tidak pernah diliwat.Pengakuan DR Munawar bahawa beliau disiksa untuk mengaku dimahkamah bahawa beliau pernah diliwat olih DSIB.Kini episod hitam bakal menjelang lagi.Dunia tahu dengan keiklasan DSIB menentang kezaliman,rasuah dan segala macam jenayah telah mengundang banyak musuh,beliau tidak dapat di kalahkan secara politik dan hanya satu cara sahaja untuk mengenepikan beliau iaitu ?????????????.namun percayalah sebijak mana manusia merancang rancangan ALLAH juga yang lebih baik dan akan terlaksana.Bertaubatlah selagi masih ada waktu kembalilah ke jalan yang benar ,jangan lah dianiaya sesama manusia kerana ALLAH terlalu pedih.Amin
Reply
salam dsai,saya mendoakan agar dsai sentiasa tabah dan cekal dalm menghadapi fitnah yang terus dapat menjatuhkan kerjaya politik dsai di persada tanah air ini.saya sebagai orang muda dahagakan keadilan dan kebenaran!saya mahukan sebuah kerajaan yang adil!pemimpin yang dapat bela kami dan menjaga kebajikan kami sebagai rakyat malysia!saya akn sentiasa menyokong perjuangan dsai!REFORMASI!kpd saudara saiful,cukup lah dengan sandiwara anda selama ni utk jatuhkan dan aibkan dsai.ingat ALLAH,ALLAH SENTIASA MEMERHATI GERAK GERI KITA,janganlah saudara terus menerus jadi kambing hitam utk jatuhkan dsai.saya juga cabar saudara saiful berjumpa dengan dsai!
Reply