Saya sedih tatkala menerima berita kembalinya Mian Tufail Muahmamd, mantan Ameer Jama’at Islami Pakistan, ke sisi Allah S.W.T. Beliau merupakan tokoh gerakan Islam yang disegani dan terkenal gigih memperjuangkan Islam.
Almarhum Mian Tufail menerima didikan langsung dari Maulana Amin Ahsan Islahi dalam bidang ilmu hadith serta Quran. Beliau menggantikan Sayyid Abul A’ala Maududi, guru yang banyak memberi tunjuk ajar kepada beliau, pada tahun 1972 sebagai Ameer Jama’at Islami.
Masih segar dalam ingatan sewaktu lawatan ke Iran dengan menaiki pesawat khas yang disediakan Allahyarham Presiden Zia-ul-Haq bagi membawa lima tokoh gerakan Islam untuk menemui Imam Khomenei seusai ledakan revolusi.
Antara tokoh-tokoh tersebut ialah Almarhum Mian Tufail dan saya sendiri, selaku Presiden ABIM ketika itu. Kami merupakan delegasi kedua menemui pemimpin Iran tersebut selepas Yasser Arafat. Jelas tertera ruh perjuangan serta ilmu almarhum dalam lawatan tersebut, yang mengharapkan kejayaan hasil pertemuan dengan Imam Khomenei, Perdana Menteri Iran Mehdi Bazargan dan Menteri Lua Ibrahim Yazdi .
Saya dan Azizah mendoakan ruh almarhum ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.
Al-Fatihah.
ANWAR IBRAHIM
Ucapan Takziah Dato’ Seri Anwar bagi pihak keluarga dan parti kepada para pimpinan dan pendukung Jama’at Islami Pakistan:
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Innalillahi wainna ilaihiraji ‘un.
We share the loss of a leader and a great mujahid, Almarhum Mian Tufail Muahmamd. ABIM as a new and young Islamic movement benefited from his wisdom and foresight. We were always welcome in Mansurah, endowed with much affection and support.
His resolve and tenacity was brilliantly displayed during our visit to Iran to meet Imam Khomeini soon after the Islamic revolution.
My family and members of Peoples Justice Party of Malaysia express our condolence to the family and friends in Jamaat Islami.
May Allah S.W.T bless his soul. Amin.
ANWAR IBRAHIM









Mr. Anwar, I hope you’re not supporting fanatical Islam if yo win like the double-face PAS! You definitely would lose my and many others’ support if you do! And by the way, is it any wonder that Islam is being fanaticized in Malaysia with such infiltration and influence from primitive Islamist groups and regime in Pakistan and Iran? I’m sick of what Malaysia has become!
Reply
shahrul Reply:
June 26th, 2009 at 9:52 am
Erm, u seem dont fully understand what is Islam, look like u are see more bad than good things about islam. there are no such fanatical islam, primitive islamist group whatsoever. Who gave such term? poor u if people fully embrace islam called so many bad terms, they just do what islam is all about. the approach is different, but we can’t call them double-face or fanatical islam or primitive islamist. Give u example, u have 2 kids, 1 achieved good result by study hard and 1 achieved good result by study smart. Can u call 1st kid primitive or fanatic and 2nd kids liberal or double-face?
I’m sick of ur misinterpretation about Islam and Muslim.
Reply
mangkuk Reply:
June 26th, 2009 at 5:53 pm
Al Fatihah juga buat Mikael Jackson. Although he many do a mistake at last he die in islam rather than muslim itself who born an islam but the faith is qafirun.
Reply
Al Fatihah juga buat Cikgu Ayub bapa kepada YB Sallehuddin Ayub Naib Presiden Pas Pusat yang telah kembali di sisi Allah S.W.T pada jam 11.45 malam 25 hb. June 2009 di Hospital Pontian. Jenazah beliau akan dikebumikan sebelum Solat Jumaat di Kampung Tanjung Piai, Kukup Pontian. Didoakan ruh almarhum ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.
Al-Fatihah
Reply
Semoga segala jasa dan amal yang telah diberi mendapat balasan dari Allah SW. Amin
Reply
Semoag rohnya bersama-sama orang yang dirahmati Allah.
Semoga Mufti Perak sudi bertanding dalam Pilihanraya Umum ke-13. Alangkah elok berkokok didalam gelanggan dari bertempik diluar kandang. Jika mahu berpolitik ayuh asah senjata, jika ingan berdakwah lakukan dengan kesungguha seperti allahyarham Mian Tufail Mohammad .
Reply
smy Reply:
June 26th, 2009 at 10:53 am
saya sokong pandangan JOHOR DAILY sbb nanti dapat jadi menteri agama … teringat kisah dulu “sureheboh haram ..la ni.. jomheboh mcm mana?
Reply
azidi Reply:
June 30th, 2009 at 12:15 pm
Johor Daily. Tak perlulah cabar Mufti Perak bertanding politik. Rasanya dia lebih bijaksana dan arif dari kamu dalam hal2 agama dan mungkin politik (serba sedikit kerana beliau berada di kedudukan pentadbir sebuah negari). Tidak salah bagi Mufti membuat teguran kerana beliau nampak kemudaratan ummah sudah berlaku.
Dalam hal ini para ulama dan Mufti semestinya memberikan buah fikiran agar insan yang beragama Islam dapat diberikan petunjuk jika telah tersasar dalam kehidupan yang bersifat sementara ini. Politik boleh menjadikan tamadun manusia bertambah baik dan juga sebaliknya.
Diharapkan kepada penyokong PR tak perlu bimbang dengan nasihat yang diberi oleh para ulama dan Mufti kerana mereka lebih tinggi ilmu dan pengetahuan dibandingkan kita yang jahil dan hina ini. Wallahuallam.
Reply
Al-Fatihah untuk roh dua tokoh gerakan Islam sedunia yang kembali ke rahmatullah baru-baru ini:
a. Almarhum Syeikh Fathi Yakan dari Lubnan
b. Almarhum Mian Tufail Mohammad dari Pakistan
dan tidak lupa kepada tokoh dan negarawan kita almarhum Ustaz Fadzil Noor yang 6 tahun telah meninggalkan kita. Beliau pulang ke rahmatullah pada 23 Jun 2003.
Reply
al fatihah…..amin.
Reply
Sebarang keraguan mengenai Islam eloklah kembali merujuk kepada tasawwur Islam sebenar, apa yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadith. Penafsiran tentang Islam memang pelbagai, itukan menggambarkan keindahan Islam. Mana ada Islam fanatik, Islam ekstremis, Islam liberal atau apa-apa sahaja label. Berpegang kepada Islam ertinya berpaut kepada akidah dan iman, ilmu dan amal, akhlak dan sahsiah. Politik hanyalah saluran cabang daripada keseluruhan ajaran Islam yang syumul. Parti politik hanyalah wasilah atau wadah, matlamat menegakkan kebenaran, keadilan, kesaksamaan, itu perkara prinsip yang harus didokong semua. Wallahua’alam.
Reply
Salam takziah kepada keluarga Almarhum Mian Tufail, beliau merupakan tokoh yang disegani dan menjadi rujukan kepada bnyk gerakan islam didunia.
maaf saya mahu bicara diluar tajuk, ianya berkaitan kes dsai…..Maka bermulalah edisi kedua konspirasi politik, penyembunyian bahan bukti dan keterangan saksi serta pencabulan undang-undang yang direstui di peringkat tertinggi. Barisan pelakon utama dalam siri ini adalah sama – antara lain Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Mereka mensasarkan orang yang sama– Anwar Ibrahim.
Reply
Takziah kepada seluruh keluarga almarhum!
Berkenaan kes Anwar, saya juga berpendapat Perbicaraan liwat yang dilemparkan terhadap Anwar untuk kali kedua mirip bibit-bibit awal kes rasuah dan liwat Anwar selepas beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998. Kini, Anwar sekali lagi berdepan dengan pendakwaan yang enggan menyerahkan bahan bukti walaupun permohonan dibuat oleh peguam mantan Timbalan Perdana Menteri itu sejak September tahun lalu.
Reply
halim waktu Reply:
June 26th, 2009 at 4:30 pm
DSAI terpaksa memohon mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan pejabat Gani Patail supaya menyerahkan segala bukti yang dikumpul oleh polis bagi membolehkannya menyediakan pembelaan yang tuntas.
Walapun perbicaraan kes itu akan bermula kurang dua minggu, Pendakwa Raya berkeras enggan membekalkan peguam DSAI dengan pita rakaman CCTV yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008.
Reply
Mungkin sebenarnya mereka tiada bukti! Amat penting untuk Anwar mendapatkan contoh DNA yang digunakan oleh pendakwaraya selain rakaman CCTV. Kedua-duanya perlu bagi membolehkan Anwar mendapatkan pakar sendiri untuk menyaring serta menguji kesahihan bukti yang akan dibawa ke mahkamah oleh kerajaan.
Reply
inilah perjuangan…..Yang berilmu dipanggil Allah..yang tinggal orang-orang jahil….mcm Kt Malaysia..terkilan bila Ulama dihina ..tetapi tiada pembelaan…
Teringat kawan tentang Imam Ahmad bin Hambal dan Mufti yang beraliran Muktazilah…..Bagaimana Seorang Mufti boleh menyokong kesesatan Muktazilah???..Seharusnya dia menyokong Imam Ahmad Bin Hambal…
Begitulah senario politik di Malaysia,Apabila politik dan agama dipisahkan…tidak dapat di bezakan yang mana kias ,yang mana benar…. Justeru,kalau ader pemimpin UMNO yang baca ..diminta belajar bukan mengajar…..
Kalau Parti UMNO adalah parti pembela Bangsa Melayu dan agama…..
1) laksana hukum hudud bkan mencari alasan nak buat….
2) Kembalikan Tanah Melaka dan Pulau Pinang kepada bangsa MElayu….
3) Naikkan ekonomi bangsa melayu bukan makan HARTA BANGSA MELAYU….
4) Bubar Parti Perikatan…..
Kawan rasa ,UMNO x sanggup kerana ….UMNO sendiri ditadbir Oleh MCA dan MIC….justeru x perlu cakap PAS ikut telunjuk PKR atau DAP…..UMNO lagi teruk ..kalau dibongkar ….ANWAR bkan Pengkhianat..tetapi UMNO yang mengkhianati Bangsa hampir 50 tahun…SEDAR lah PEmimpim UMNO..Kamu Jahil dan SESAT
Reply
al fatihah dari diri ini kepada arwah dan juga kepada michael jackson
Reply