KENYATAAN MEDIA
Y.B. RODZIAH ISMAIL
EXCO HAL EHWAL WANITA, KEBAJIKAN, SAINS TEKNOLOGI & INOVASI, KEBUDAYAAN
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
23 JUN 2009
SHAHRIZAT MENGAKUI SUKAR, TAPI KERAJAAN SELANGOR TELAH MELAKSANAKANNYA
Shahrizat Abdul Jalil di dalam ucapan beliau dalam laman web The Nut Graph yang mendabik dada sebagai pencetus idea dasar kuota minimum 30% wanita dalam kedudukan pimpinan itu sewajarnya telah lama menerajui kejayaan menempatkan pembangunan wanita dalam proses membuat keputusan di berbagai peringkat, khususnya di peringkat jamaah Menteri, kepada tahap yang lebih tinggi.
Walau bagaimanapun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu membuat pengakuan bahawa dasar sekurang-kurangnya 30% wanita menduduki jawatan di setiap peringkat membuat keputusan dalam kerajaan sukar dilaksanakan. Pada masa yang sama menunjukkan pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor telah pun berjaya membuktikan dasar ini dapat dilaksanakan tanpa sebarang kekangan walaupun baru diberikan mandat sebagai pemimpin kerajaan negeri. Fenomena itu jelas menunjukkan ketiadaan kepekaan gender di kalangan pemimpin dan pengikut UMNO-BN untuk mendapatkan sokongan yang amat diperlukan dalam memberi keadilan kepada wanita dari sudut memenuhi kuota 30% tersebut. Beliau yang juga Ketua Wanita Umno menyebut fenomena yang sama berlaku dalam parti UMNO.
Malah pentadbiran UMNO-Barisan Nasional telah gagal mempertahankan jumlah sedia ada apatah lagi menambah bilangan wanita dalam barisan Jemaah Menteri Persekutuan. Kejujuran dan iltizam untuk melaksanakan agenda 30% wanita menduduki jawatan dalam barisan pimpinan negara ternyata meleset dan menghapus keyakinan bahawa kerajaan UMNO -BN adalah sebuah kerajaan yang gender sensitif.
Jurang komitmen di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor dalam kepekaan gender amatlah ketara. Ini telah pun dibuktikan oleh Kerajaan Selangor yang telah pun berjaya melaksanakan 30% malah lebih gender sensitive dengan pelantikan empat orang wanita (40%) sebagai Ahli Mesyuarat Negeri (EXCO) dan seorang lagi sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri. Keempat-empat EXCO wanita tersebut memegang 10 portfolio dalam Kerajaan Negeri Selangor. Manakala Kabinet Menteri hanya diwakili oleh dua orang wanita (kurang dari 10%) dalam Barisan Menteri yang berjumlah 28 orang.
Kini Shahrizat telah dilantik semula sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat setelah lebih setahun kecundang dalam pilihan raya umum Mac 2008 lalu. Shahrizat semestinya harus menggunakan peluang ini untuk melakukan sesuatu yang signifikan serta-merta, dalam melonjakkan penglibatan dan memberdayakan wanita yang layak dalam kesemua jawatan-jawatan penting Kerajaan Persekutuan. Sudah sampai masanya untuk beliau membuktikan perlaksanaan dasar tersebut dapat dicapai dalam masa terdekat atau Shahrizat meletakkan jawatan sebagai Menteri berkenaan kerana sebenarnya tidak berkemampuan berbuat demikian dan beliau telah gagal.
Y.B. PN RODZIAH ISMAIL
EXCO HAL EHWAL WANITA, KEBAJIKAN, SAINS TEKNOLOGI & INOVASI, KEBUDAYAAN
KERAJAAN NEGERI SELANGOR









dah kalah pun, nak jawatan pun boleh dapat jugak.. aiyoo!
Reply
Bagaimanakah krisis global yang berhadapan dengan kebebasan pasaran terbuka tidak sedia mengiktiraf jumlah penentu yang memberikan kemenangan kepada sesebuah kerajaan yakni pengundi wanita.
Selangor dan keupayaannya mengketengahkan masalah perlaksanaan menjadikan kontrak antara kepercayaan dan kesan perubahan mempelbagaikan pendekatan tetapi apakah dengan syarat-syarat yang merugikan ke penggunaan potensi warga yang berkemahiran perbezaan gender diabaikan?
Kesan pendidikan juga apakah upaya diabaikan sebagai pembaik pulih krisis-krisis yang didepani kini?
Sektor pertanian kini lebih banyak mengoptimumkan ketekunan wanita yang bermodal kecil sebagai warga kerja yang produktif yang memerlukan pengiktirafan bagaimana piawaian perlaksanaan bantuan diperlukan agihan secara adil sejajar dengan hasil yang diimpakkan.
Selangor boleh.
Reply
Salam Semua kpd ejen2 perubahan……..
Syabas kak Og….seorang yg ckup sy hormati…..berpersonaliti biasa2 jeek….bernaluri org2 bawahan yg ckup memahami permasaalahan rakyat….tetapi cargas membuktikan yang kaum wanita ada kalanyer lebih laju meluncur ke hadapan dr kaum laki2 yg kita ni kaum laki2 kena terima dan anggap ini adalah satu persaingan yg cukup sihat….semoga ramai lg kaum wanita yg semacam Kak Og bersama kita di dlm pakatan….meriah…lancar pengurusan pentadbiran zzzZz..Zzzz…kena attack ngan umno b.n yg tepu tu pun ilek aje…paisey jeek puak 2 bodoh umno b.n tu…hah hah haaah! Go kAk Og Goo..saya support Kak Og!
Reply
How do i get a space to write. Commenting in malaysia today is a short column.
Thanls
Reply
smamada sedar atau tidak, ramai ahli politik terutamanya yang berjawatan menteri atau bekas menteri begitu mudah mengucapkan sesuatu tanpa menjalankan kajian sekurang2nya kajian statistik ke atas perkara yang dibincangkan. apa yang dikeluarkan di mulut mereka hanyalah pandangan sesedap mulut sahaja. justeru banyak komen yang diberikan oleh mereka kebanyakannya tidak menggambarkan pemikiran mereka yang lebih waras dan bijak lagi. apa2 pun TERUSKAN BERJUANG MEMBELA NASIB RAKYAT KHUSUSNYA DAN NEGARA AMNYA…. BUAT YANG TERBAIK… KURANGKAN BERCAKAP, LEBIHKAN TINDAKAN YANG MEMBERIKAN KESAN POSITIF KEPADA MATLAMAT KEPIMPINAN PR!
Reply
Shahrizat makan gaji buta. gelek2 saje dia tau.
Reply
Menteri BN Semuanya susah tapi kalau ada persen untuk mereka semuanya senang dan bisa diatur itu barrr.
Reply
THE WAY THINGS ARE GOING MORE TALK THAN WORK LAH. MUST TALK OTHERWISE NO PICTURE COMES OUT ON TV AND PAPERS, MUST BE SEEN TO DO SOMETHING EVERYDAY…SO MAKE STUPID STATEMENTS IS NOTHING NEW, AS A CRITERIA FOR MAKING A MINISTER ALL MUST BE CLEVER TO ACT/THINK/TALK/BEHAVE & BE STUPID!
OTHERWISE NO WAY CAN BECOME A MENTELI?
Reply
WHEN THE HEART IS BAD NOTHING GOOD WILL HAPPEN!
WHEN THE HEART IS GOOD EVERYTHING CAN HAPPEN, INSYA ALLAH.
SO, PLEASE TRY TO LEARN SOMETHING…NEVER TOO LATE!
SHAH RIZAT JALIL
Reply
assalamualaikum dan salam sejahtera….
saya ada cadangan untuk menguatkan PR untuk pilihanraya akan datang…
cadangan saya ni datang dari pak cik saya yang tinggal di Selangor…dia pernah beritahu pada saya, jiran dia ni India….
Si India ni beritahu kat pak cik saya lebih kurang ayat dia macam ni, “Uncle, saya rasa uncle boleh jadi wakil rakyat. Kami tak mau yang jadi wakil rakyat ada gelaran datuk @ sebagainye.Kami nak rakyat biasa yang tahu hidup susah dan pernah merasa hidup susah seperti rakyat biasa untuk jadi wakil rakyat. Kalau uncle jadi wakil rakyat, kami akan sokong sebab kami tahu uncle merasa hidup susah macam kami dan tahu apa yang rakyat nak.”
Cuba renung kan ayat-ayat orang India tu…
siapa yang faham, mesti tau apa yang saya maksudkan untuk cadangan untuk menguatkan PR untuk pilihanraya akan datang…
sekian, terima kasih….
Reply