Archive for June 24th, 2009

24 June 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

KENYATAAN MEDIA

Y.B. RODZIAH ISMAIL

EXCO HAL EHWAL WANITA, KEBAJIKAN, SAINS TEKNOLOGI & INOVASI, KEBUDAYAAN

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

23 JUN 2009

SHAHRIZAT MENGAKUI SUKAR, TAPI KERAJAAN SELANGOR TELAH MELAKSANAKANNYA

Shahrizat Abdul Jalil di dalam ucapan beliau dalam laman web The Nut Graph yang mendabik dada sebagai pencetus idea dasar kuota minimum 30% wanita dalam kedudukan pimpinan itu sewajarnya telah lama menerajui kejayaan menempatkan pembangunan wanita dalam proses membuat keputusan di berbagai peringkat, khususnya di peringkat jamaah Menteri, kepada tahap yang lebih tinggi.

(more…)

24 June 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Alhamdulillah, sambutan pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap kenyataan bersama amat positif sekali. Saya berulangkali menegaskan bahawa permasalahan yang sengaja digembar-gemburkan di media UMNO dapat dileraikan seandainya pimpinan bersama menanganinya secara bijak.

UMNO kecundang lagi dalam isu kerajaan perpaduan. Strategi mereka untuk meretakkan hubungan Pakatan Rakyat berkecai. Pimpinan PAS ternyata lebih pintar; dan pastinya berpaut kepada prinsip perjuangan – istiqamah (menurut YB Tuan Guru Nik Aziz) dan memperkukuh institusi kenegaraan (“membanteras rasuah, memperbaiki badan kehakiman serta Suruhanjaya Pilihan Raya yang bebas dan adil,” tegas YB Tuan Guru Abdul Hadi).

Seharusnya kita hargai peranan YB Lim Kit Siang, YAB Lim Guan Eng dari DAP serta Dr. Syed Husin Ali, YB Azmin Ali dan YB Saifuddin Nasution dari KeADILan.

Kocakan kecil ini malah lebih mematangkan dan memantapkan Pakatan Rakyat!

ANWAR IBRAHIM

24 June 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dato Seri Anwar Ibrahim will deliver a keynote address at the conference entitled “Business Opportunities in the Muslim World” scheduled to take place in Washington DC on June 26th.

The conference takes place following US President Barack Obama’s speech in Cairo on June 4th in which President Obama stated an intention to promote entrepreneurship and deepen ties between business leaders, foundations and social entrepreneurs in the United States and Muslim communities around the world.  Representatives from Turkey, Jordan and Egypt are among those scheduled to speak at the conference on a variety of topics including competitive labour practices and high-growth sectors in Muslim countries.

The conference is co-hosted by the US-Muslim World Engagement Project, the Center for International Private Enterprise and the US Chamber of Commerce.