23
Jun
09

Dia, Rajawali Yang Berani

Oleh Ahmad Nizam Hamid

RAJAWALI

sebuah sangkar besi
tidak bisa mengubah rajawali
menjadi seekor burung nuri

rajawali adalah pacar langit
dan di dalam sangkar besi
rajawali merasa pasti
bahwa langit akan selalu menanti

langit tanpa rajawali adalah keluasan
dan kebebasan tanpa sukma
tujuh langit, tujuh rajawali
tujuh cakrawala, tujuh pengembara

rajawali terbang tinggi memasuki sepi
memandang dunia
rajawali di sangkar besi
duduk bertapa
mengolah hidupnya

hidup adalah merjan-merjan kemungkinan
yang terjadi dari keringat matahari
tanpa kemantapan hati rajawali
mata kita hanya melihat fatamorgana

rajawali terbang tinggi membelah langit dengan setia
dan ia akan mematuk kedua matamu
wahai, kamu, pencemar langit yang durhaka

-Puisi nukilan WS Rendra dedikasi untuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Tanggal 1.7.2009 akan bermula suatu lagi sandiwara ciptaan UMNO/BN terhadap Sdr. Anwar Ibrahim. Perbicaraan kes pendakwaan tuduhan liwat buat kesekian kalinya dihadapkan kepada Anwar. Kali ini yang mungkin berbeda adalah pengadunya, kalau dulu Azizan Abu Bakar, kali ini Saiful Bukhari Azlan.

Manakala para dalangnya, mereka-mereka yang dulu juga; para Dewa Kekuasaan di atas sana akan berterusan mengaburi mata rakyat bahawa kebenaran adalah seperti yang mereka inginkan.

Saya yakin sebagaimana keyakinan yang terpahat sejak sedekad yang lalu, bahawa pertuduhan ini tidak lebih sekadar rekayasa para Dewa Kekuasaan yang takut, bimbang dan bacul akan kebobrokan yang telah mereka cipta selama ini akan terungkai dek kerana seorang Anwar. Dan saya tetap yakin bahawa seperti sedekad yang lalu, rakyat tidak akan terperdaya dan dibuai oleh muslihat Najib, Musa Hasan, Gani Patail dan para cukong mereka.

Bukankah bukti jelas terbentang dihadapan mata? Seperti kes terdahulu bagaimana keterangan dimanipulasi sebegitu rupa-dari laporan pakar perubatan sehinggalah bagaimana Azizan Abu Bakar mengaku yang dia tidak pernah di ‘anu’kan tatkala di soal oleh Allahyarhan Christopher Fernando (keterangan ini dengan perintah Hakim dibuang dari rekod) dan 1001 lowongan lainnya, maka yang ada pada hari ini juga sedemikian rupa.

Laporan perubatan dari PUSRAWI mahupun laporan pakar perubatan HKL yang dirujuk oleh polis dengan jelas, nyata, prima facie dan beyond reasonable doubt jelas menunjukkan tidak ada sebarang kesan kerosakan, koyakan, kehancuran pada batang tubuh si pengadu,Saiful! Pun begitu, jika Sdr. Anwar sekadar warga biasa, saya percaya tidak akan ada pertuduhan dilemparkan kepada beliau.

Malangnya Anwar adalah Anwar. Pemimpin bangsa dan Sang Pemula yang punya keterampilan, bobot dan pencinta rakyat. Maka kerana Anwar adalah Anwar yang bisa menggugat kekuasaan para Dewa dan para cukong maka seorang Anwar ini perlu ditangani dengan segala fitnah, konspirasi dan pertuduhan yang direkacipta.

Kerana Anwar adalah Anwar yang rakyat dekat dihatinya dan rakyat juga disisinya bukan kerana watak yang dihidupkan oleh media songsang atau didukung oleh alat kekuasaan negara tetapi tautan kerana rakyat inginkan keadilan, inginkan harakat dan maruah sebagai warga merdeka, inginkan demokrasi subur dan negara tanpa penindasan, rasuah dan salahguna kuasa maka para Dewa yang berjiwa kerdil melihat manusia Anwar Ibrahim ini suatu ancaman terhadap kekuasaan yang dibina di atas kebejatan dan di atas tangis ratap rakyat.

Kerana Anwar adalah Anwar yang peduli rakyat, yang berjuang untuk rakyat dan bergelut untuk membebaskan warga dari rantai yang membelit sekian lama, maka Anwar perlu disisihkan, perlu diketepikan, perlu dimatikan karier politiknya (political assination) dan perlu diamankan biar kembali mendekam dalam penjara.

Dan inilah citra politik haprak, kotor, jijik, penuh dendam kesumat dan di luar dari norma etika mahupun tuntutan agama. Akan apakah yang mahu dihidangkan kepada generasi jika layaknya tingkah sebegini yang ingin diwarisi kepada mereka? Apakah yang ingin diteladani kepada para pewaris kepimpinan bangsa bahawa demi kekuasaan dan takhta maka apa sahaja kaedah cara walaupun dengan fitnah dan diluar dari garis agama boleh sahaja dihalalkan?

Apa yang berlaku kepada Anwar adalah manifestasi betapa buruknya wajah-wajah pelaku dan Dewa politik pimpinan UMNO/BN. Rakyat berhak bertanya, sebagaimana rakyat bertanya 10 tahun yang lalu, jika sebegini layanan terhadap Anwar Ibrahim, pemimpin bangsa, mantan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, bagaimanakah pula nasib rakyat kecil seperti kami?

Pun begitu jika mereka beranggapan fitnah jahat dan konspirasi terhadap Anwar kali ini akan melunturkan semangat rakyat menuntut perubahan, jelas mereka mengulangi kesilapan yang sama seperti 10 tahun lalu. Rakyat sudah matang dan bijak, bukan lagi boleh dibuai dengan retorika pemimpin atau menelan bulat-bulat sabda para Dewa; dan rakyat tentunya tidak akan sekadar berpeluktubuh melihat fitnah, konspirasi dan kebejatan bermaharajalela kerana keadilan bukan sekadar mimpi indah di hujung pelangi tetapi hak yang ditentukan oleh Ilahi.

Maka, kepada para Dewa dan sang penguasa, dengarkanlah, RAJAWALI itu tidak akan dibiar terbang bersendirian dan luka RAJAWALI adalah kedukaan rakyat. Tidak ada tembok benteng yang dapat menghalang arus apabila rakyat benar-benar murka.

-catatan pinggir, DenPasar, 22 Juni 2009

Apabila usul ditolak tanpa ditimbang suara dibungkam kritik dilarang tanpa alasan dituduh subversif dan mengganggu keamanan maka hanya ada satu kata: lawan!
(Peringatan Solo,1986)


57 Responses to “Dia, Rajawali Yang Berani”


  1. 1 shahfiz Jun 23rd, 2009 at 12:37 pm

    Demikian indah serta penuh makna puisi dan catatan penulis, ianya penuh dengan kata-kata semangat buat sang pejuang agar terus tabah berdepan penguasa zalim.

    LAWAN TETAP LAWAN!

    Reply

  2. 2 HELMI Jun 23rd, 2009 at 12:39 pm

    bak kata DSAI “sedangkan naga kita lawan…inikan pula cicak mengkarung” najib dan isteri bakal merasakan kebangkitan rakyat marhen.

    Reply

  3. 3 dR.nAzRi Jun 23rd, 2009 at 12:43 pm

    Peristiwa gelita 98 benar-benar mengubah pemikiran rakyat, semangat menuntut hak yang ditindas menjadi agenda semua rakyat malaysia waktu itu. Protes ini saya kira paling panjang dalam sejarah,10 tahun berlalu namun seolah baru semalam ia berlaku.

    Tabahkan hati Dato Seri, rakyat sentiasa bersama!

    Reply

  4. 4 Anti Bibir Merah Bini Katek Jun 23rd, 2009 at 12:44 pm

    Allah Taala Maha Kaya….

    X ape Datuk Nuaq…..Lawan tetap lawan…..

    Kami rakyat sentiasa menyokong Datuk Nuaq

    Reply

  5. 5 shikin Jun 23rd, 2009 at 12:48 pm

    Sememangnya sejarah seringkali gagal dijadikan pedoman, terutama buat mereka yang rakus dan gopoh.fitnah terhadap anwar hanyalah cara penguasa menutup mulutnya dari terus menyedarkan rakyat. Malangnya! UMNO mudah lupa, gelombang reformasi 98 bakal tercetus dan disaat itu UMNO pasti sudah tidak mampu menanganinya lagi.

    Reply

  6. 6 husin gedebeh Jun 23rd, 2009 at 12:51 pm

    Perak kene rampas, Anwar kene fitnah, pas cuba dipecahkan, semua ni umno buat sebab nak jaga periuk nasi dorang. Cit!!!! rakyat bukan bodoh cam brahim ali! LAGI TEKAN LAGI LAWAN!

    LAWAN TETAP LAWAN

    Reply

  7. 7 Batu Ferringhi Jun 23rd, 2009 at 12:57 pm

    YB DSAI, my family and I will pray for your wellbeing and we pray too for God’s blessing that you and your family will be fine. Be strong, we are all with you and DS Wan Azizah.

    Reply

  8. 8 Dolah badwi Jun 23rd, 2009 at 1:00 pm

    Woi! sapa yang jual tanah melayu??? mid valley tu sapa punya? melayu punya ke? melayu mana? melayu bolywood? hahaha…kampung kat situ umno terajang kemana?

    semua orang tau laaaa umno rembat tanah melayu pastu jual….dahla woi sebut ketuanan melayu! buat pecah perut orang je tahan gelak kahkahkahkahakah…..

    sebab tu najib n madey nak sumbat dsai dalam jel! takut dsai bongkar banyak lagi pastu rakyat jadi cam nak hempuk je umno.

    V.K LINGGAM tu gi mana dah woi! korang sorok kat mana? hahahha

    rakyat takkan lupa apa jadi kat memali, rakyat tak lupa sapa jual tanah dan pasir kat singapura! rakyat tak lupa sapa terajang setinggan melayu kat kl!

    semua tu UMNOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!!!
    depan orang kampung jerit HIDUP MELAYU!!
    belakang org kampung SEMUA SAPU!!!

    TAK MALU KE NIPU RAKYAT???

    Reply

  9. 9 saladin Jun 23rd, 2009 at 1:03 pm

    Kuatkan semangat datuk sri, saya dan seluruh ahli pkr ranting kayu ara akan tetap bersamamu.

    Reply

  10. 10 smy Jun 23rd, 2009 at 1:23 pm

    kpd DSAI,
    saya berdoa semoga Allah bersama DSAI dan kami akan sentiasa bersama DSAI dalam menentang cicak mengkarung.

    Reply

  11. 11 mahasiswa Jun 23rd, 2009 at 1:35 pm

    InsyaAllah kebenaran akan menang.. teruskan berjuang DS.. rakyat bersama saudara…

    Reply

  12. 12 guna Jun 23rd, 2009 at 2:17 pm

    pak lah dok mana apa news pun tak ada?

    Reply

  13. 13 afni Jun 23rd, 2009 at 2:26 pm

    salam.dsai..walau apa pun terjadi..rakyat takkan lupe..
    insyaallah..

    Reply

  14. 14 along Jun 23rd, 2009 at 2:41 pm

    salam datuk seri,

    semoga datuk seri teruskan perjuangan ni,,, tanpa datuk sri sebagai pendokong, perjuangan ini tidak akan selesai…..

    UMNO cuma takutkan datuk sri saje….. bukan pemimpin pemimpin lain….kekuatan kita sekarang hanya ada pada DSAI……DSAI….

    LAWAN TETAP LAWAN

    kami sentiasa mendoakan datukseri sekeluarga

    Reply

  15. 15 Abu Jun 23rd, 2009 at 3:00 pm

    Memang tepat puisi Rendra. Boleh saya tahu, bila tarikh puisi Rendra itu ditulis?

    Reply

  16. 16 Kai Hau Jun 23rd, 2009 at 3:04 pm

    Puisi yang cukup indah!

    Reply

  17. 17 Kurang cerdik tapi Bengngap Jun 23rd, 2009 at 3:19 pm

    Membujur Lalu Melintang Patah!

    Ayuh semua kita bersama-sama DSAI, TGNA, LGE menuju ke Putrajaya.

    Reply

  18. 18 eagle Jun 23rd, 2009 at 3:27 pm

    Pasti Lawan tetap lawan. Membujur lalu melintang patah. Ayuh generasi muda bangsa jangan biarkan peninggalan warisan hina dari mereka yang ingin terus berkuasa.
    Ingat lah Lawan tetap lawan. Biar putih tulang jangan putih mata. Janagn takut dan jangan gentar ALLAH bersama mu.

    Reply

  19. 19 opah Jun 23rd, 2009 at 3:29 pm

    Sebelum ni opah pernah dengar lagu Rajawali…puisi Rajawali baru ni dgr…semoga Datuk Seri Anwar akan sekuat Rajawali tetapi jgn mudah lupa bila berada di atas…

    Reply

  20. 20 umaq Jun 23rd, 2009 at 3:34 pm

    buatla camanapun rakyat dah cukup tau sapa dia umno,toksah bimbanglah pru-13 gerenti puak amuno bunkuih.

    Reply

  21. 21 sarikei Jun 23rd, 2009 at 3:45 pm

    Mahathir menjadi begitu berang dengan pak Lah kerana membebaskan DSAI.Bersusah payah Mahathir serta semua rakan-rakan arwahnya merancang bagi memenjarakan DSAI, hingga pada waktu itu kerusinya juga turut bergoncang dan dia hampir jatuh tersembam.

    tiada jalan lain, mujurlah najib berjaya diangkat menjadi PM, Lantas Mahathir mahu DSAI kembali dikurung.UMNO hampir tergugat dalam menubuhkan kerajaan disamping kehilangan 5 negeri,Oleh itu DSAI amatlah bahaya jika terus dibiarkan bebas.ia mesti dirantai, kes yang sama jalan ceritanya sengaja digunakan bagi menutup malu mahathir dulu.

    Harapan UMNO dan Mahathir rakyat akan terfikir “mengapa ianya berlaku sekali lagi? atau mungkin kali ini benar?”.Cara ini dipanggil perang saraf, tetapi Allah maha kaya setiap perancangan jahat UMNO terbongkar dengan sendirinya.

    Yang paling melemaskan UMNO pabila RAKYAT TIDAK PERCAYA!

    kami sentiasa bersama ANWAR IBRAHIM!!
    reformasi

    Reply

    Nanas Sarikei Reply:

    sdr wa tumpang,

    mamakdir pun tumpang sekaki dgn nojeep,kalau tak awal2 surau dikpg dah baca yasin.Sama dgn brahim katak muka tempuyak semangkok,kaki seruduk,si brahim ali ni gila nak jadi hero tamil pabila di dewan rakyat,terrorlah rasa dirik konon,tengok standard diri kot!!!tangkap si katak tu buat makan ular sawa…..

    Perjuangan satu pengorbanan

    Lawan tetap Lawan

    Sehingga kita tawan Putrajaya……..hidup PR.!!

    Reply

  22. 22 wah Jun 23rd, 2009 at 3:47 pm

    Tuhan akan memyebelahi org yg jujur dan menghukum mereka yg membuat fitnah. Saya doakan DSAI selamat daripada segala tuduhan yg tak manasabah. Lawan Habis-habis.
    Hidup PR!Hidup DSAI!

    Reply

  23. 23 amran 73 Jun 23rd, 2009 at 3:48 pm

    Saya pernah disembur air kimia dan ditahan pada tahun 98 dulu, kalau umno nak cuba lagi sekali, saya juga tidak keberatan untuk menyambutnya. kalau takut dengan risiko usab bicara soal perjuangan!

    Reply

  24. 24 Din Bunga Jun 23rd, 2009 at 3:49 pm

    ANWAR ADALAH IKON PEJUANG RAKYAT
    NAJIB IKON C4

    Reply

  25. 25 rosmah rambut jambul depan Jun 23rd, 2009 at 3:57 pm

    huh lawan jangan tak lawan,najib tu takut bini,mana boleh lawan pakatan,muhyidin uh macam orang baru lepas demam,monyok je! tengokla pakatan semua cergas mugas…tu tak campur ibrahim ali lagi,habis punah ranoh habis di campur dengan perkasa,peribumi,pengkatak dan macam-macam pertubuhan lagi,kononnya nak pikat hati najib,terhegeh-hegeh,orang mcm tu buang dalam gaung je,pakatan terima dia pun buat buang masa je,perabih ke beras je…
    haneco

    Reply

  26. 26 pejuang keadilan Jun 23rd, 2009 at 4:11 pm

    Bukan senang Firaun nak tumbang,mukan mudah namrud nak jatuh, semuanya ketentuan ilahi yang penting kita tidak putus asa.biarlah umno dengan rancangan jahatnya,mereka sudah lupa allah juga ada rancangannya.

    Reply

  27. 27 anapas Jun 23rd, 2009 at 4:20 pm

    LAWAN TETAP LAWAN LAWAN TETAP LAWAN LAWAN TETAP LAWAN LAWAN TETAP LAWAN LAWAN TETAP LAWAN LAWAN TETAP LAWAN LAWAN TETAP LAWAN TETAP LAWAN…apa kata pada hari dsai dibicara kan nanti semua penyokong ahli pakatan rakyat yg beragama islam buat solat hajat dan sama2 bermohonan ditunjukkan kebenaran..takbir

    Reply

  28. 28 azrai Jun 23rd, 2009 at 4:35 pm

    walaupun susah nak lawan firaun malaysia…
    tapi dgn semangat serta usaha yg ada… rakyat boleh mengubah nya….

    undi lah PR untuk kesejahteraan rakyat Malaysia…

    Hidup Rakyat….!!!!

    Hidup Rakyat….!!!!

    Reply

  29. 29 brahim frog Jun 23rd, 2009 at 4:41 pm

    harap najib dapatlah terima si brahim ali tu! rakyat semua dah naik nyampah orang camtu.poyo je lebih habuk pun takde.lepas laporan KPI tu nanti leh la lantik brahim jd menteri penerangan. tapi sepenggal je la sebab umnopun dah nak kene penggal pru 13 ni.

    Reply

  30. 30 pit putra89 Jun 23rd, 2009 at 4:54 pm

    Dato Seri, saya percaya bahawa rakyat 1 malaysia tidak sebodoh seperti yang najib sangka. Rakyat cukup simpati diatas kejadian yang menimpa ALTANTUYA. Kes yang dikenakan keatas Dato Seri ini, saya lihat seolah mahu menduga akal rakyat. rekaan cerita serta bukti ciptaan menjadi pertaruhan selepas kisah tilam yang sememangnya TIDAK RELEVAN.

    InshaAllah, rakyat pasti bangkit mengajar mereka sipenguasa angkuh!

    Reply

  31. 31 PENYOKONG KUAT DSAI (PAKATAN RAKYAT) Jun 23rd, 2009 at 5:11 pm

    salam kepada DSAI dan keluarga yg disayangi…

    saya disini ingin memberi semangat kepada DSAI supaya bersabar dan bykkan berdoa dlm menjalini kes pada 1 julai nanti….walaubagaimanapun, kes ini tidak blh diambil mudah kerana dgn pelantikan najib sebgi perdana menteri yg baru, kita tak blh agak samaada najib macam mahathir ke tidak… tetapi, jika dilihat, umno serta bn tidak akan mengulangi peristiwa 1998 yg melanda malaysia dgn begitu dahsyat sekali, jika perkara ni melanda juga pada tahun ni…saya blh sure yg rakyat akan buat reformasi besar besaran dan lebih dahsyat drpd tahun 1998…. DSAI perlu tabah dan selalu dekatkan diri kepada ALLAH S.W.T ……….jika kita ikut sejarah nabi musa, nabi musa mengambil masa yg lama utk jatuhkan firauan… seluruh rakyat malaysia islam anggaplah semua yg berlaku adalah dugaan dri allah kepada pejuang kebenaran, sume yg berlaku ini adalah satu tindakan tuhan utk membuku mata seluruh penyokong umno supaya memilih pemerintah yg benar…insyaallah , ader hikmahnye disebalik apa yg berlaku…. wassalam….

    Reply

  32. 32 tok kenali Jun 23rd, 2009 at 5:38 pm

    nak moderate apa. kata suruh tunjuk yang benar. nota ini untuk dato seri, sahabat aku juga

    Reply

  33. 33 hardcore supporter of ds anwar ibrahim Jun 23rd, 2009 at 5:50 pm

    dorang mau buat lagi ka?buatla kalau berani..dsai kene je aku nekad bn pasti jatuh tersungkur

    Reply

  34. 34 Pemerhati luar Jun 23rd, 2009 at 6:35 pm

    assalamualaikum……..dan salam sejahtera…..

    saya tidak kisah siapa yang bakal menduduki tampuk pemerintahan selepas PRU 13 nanti…yang penting siapa yang menjadi pemerintah masa tu hendaklah dia memastikan bahawa ISLAM tidak akan dipijak @ dihina @ diperlekehkan seperti sekarang ini…kalau mereka mengenepikan ISLAM dalam setiap aspek kehidupan, saya akan pastikan mereka tidak akan aman duduk di atas kerusi pemerintahan walaupun die adlh DSAI @ DSNR @ LKS @ TGNA…

    kalau ISLAM berjaya diterapkan dalam setiap aspek kehidupan, saya yakin dari sekecil-kecil masalah sehinggala sebesar-besar masalah, boleh diselesaikan bersama-sama, InsyaALLAH…..

    Ingat pesansn saya ni…

    Reply

  35. 35 ibrahim man Jun 23rd, 2009 at 6:41 pm

    Saiful kata ada mahkamah di akhirat kalu dsai tak kena kat dunia. Beraninya dia cakap. Suruh dia baca ayat-ayat Tuhan ayat 14 hingga 19 surah al Mujadalah, semoga dia rasa gentar untuk bercakap bohong/ bersumpah bohong.

    Reply

  36. 36 anwar junior Jun 23rd, 2009 at 6:57 pm

    Rajawali II

    Rajawali
    bukan raja
    juga bukan wali
    tapi rajawali ini
    membela rakyat bak seorang raja
    diuji terus bak seorang wali

    rajawali semalam
    sama saja rajawali hari ini
    tidak gentar pada panahan petir
    tidak undur berhadapan getir
    dan esok pasti
    rajawali ini
    akan menebarkan sayapnya
    tanpa keangkuhan
    tanpa kealpaan
    dan tiada lagi
    kepanasan matahari membakar
    pada rakyat nun di bawah
    karena sayap rajawali ini
    melindungi pancaran sang suria
    yang membara

    Reply

  37. 37 putera.bukitpermata Jun 23rd, 2009 at 7:09 pm

    ….WAHAI MANUSIA, JADILAH PENTADBIR BUMI YANG CEKAP DAN JANGAN SESEKALI MELANGGAR HUKUM ALLAH SERTA JANGAN MELAKUKAN KEZALIMAN DIMUKA BUMI INI. INGAT YANG BATHIL AKAN DILENYAPKAN OLEH YANG HAK.

    Reply

  38. 38 NzrIda Jun 23rd, 2009 at 7:35 pm

    Semoga kali ini Allah akan tunjukkan kebenaran bagi orang2 yang benar..Dan kehancuran yang nyata bagi penzalim..AMIN Ya RobulAlamin..

    Reply

  39. 39 Tajur Kanyi Jun 23rd, 2009 at 8:29 pm

    Reformasi! Lawan tetap LAWAN!!!

    Reply

  40. 40 RAJAGAGAH Jun 23rd, 2009 at 8:31 pm

    Dosa UMNO pada orang melayu terlalu besar.Sama-samalah kita kuburkan UMNO buat selama-lamanya.UMNO bukan pembela melayu tetapi penghancur bangsa melayu.

    Reply

    AS Reply:

    Setuju. UMNO juga telah mencemarkan nama baik segala institusi kerajaan seperti polis, BPR, SPR, mahkamah, parlimen, istana, perlembagaan dsbnya. Secara amnya, UMNO adalah penghancur negara dan segala amalan demokrasi berpalimen di Malaysia.

    Reply

    azidi Reply:

    AS tolong jangan samakan UMNO tahun 46 dengan UMNO baru ya. Seingat kita UMNO 46 telah diharamkan tahun 1988 oleh hakim Harun Hashim dan ditubuhkan UMNO baru yang didaftarkan semula oleh Tun Dr Mahathir. Seingat kita juga belum ada pengguguran perkataan baru dalam UMNO baru yang didaftarkan semula. Jadi, jangan samakan UMNO 46 dengan UMNO baru ya.

    Reply

  41. 41 Muhammad Al Fatih Jun 23rd, 2009 at 9:00 pm

    Bukan apa tok kenali, kalau tak moderate pinjahat-pinhajat dalaman UMNO akan memainkan isu-isu perkauman tanpa halangan disini. Bukan kita tak tahu dengan mereka, mencarut dan sebagainya ketika memberi komen….. yang penting dapat “usin” (duit dalam bahasa kadayan brunei)

    Reply

  42. 42 cleopatra Jun 23rd, 2009 at 10:08 pm

    Salam para bloggers DSAI.

    Indah dan lunak sungguh Puisi nukilan WS Rendra dedikasi untuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Benar dan tepat sekali kata kata yang di nukilkan itu. Sang Rajawali tidak akan bersendirian. Para para cakrawala dan pengembara akan sentiasa terbang dan mengiring bersama sang rajawali, mencari dan membuktikan kebenaran dengan penuh kesabaran.

    Salam semua.

    Reply

  43. 43 narz71 Jun 23rd, 2009 at 10:09 pm

    takpa lah datuk seri. tuhan akan membantu kalu datuk di pihak yg benar

    Reply

  44. 44 pinpin Jun 23rd, 2009 at 10:12 pm

    tak payah la nak sama kan kes ni dgn kes nabi musa nak menentang firaun. Jauh panggang dari api. Anwar Ibrahim tidak maksum.

    Reply

  45. 45 her Jun 24th, 2009 at 12:27 am

    kpd DSAI,
    saya berdoa semoga Allah bersama DSAI dan kami akan sentiasa bersama DSAI dalam menentang cicak mengkarung.

    Reply

  46. 46 5zal Jun 24th, 2009 at 1:07 am

    Salam DSAI

    Allah tetap bersama hambaNya yang benar. Yang hak akan terbukti. InsyaAllah… Perancangan Allah lebih tepat.

    Kami akan tetap bersammu DSAI

    LAWAN TETAP LAWAN

    Reply

  47. 47 maw Jun 24th, 2009 at 7:26 am

    Akta dna diluluskan,Percaturan maha illahi mengatasi perancangan manusia,dengan kehebatan illahi siapa tahu ianya suatu perangkap makan tuan[bn/umno].Tanpa dendam tanpa ragu doa seorang insan yang dizalimi dan rakyat yang ditindas akan membuahklan suatu semangat tsunami ciptaan illahi.Rapatkan SAF LAWAN TETAP LAWAN,JANGAN PANDANG BELAKANG.

    Reply

  48. 48 MIZIE Jun 24th, 2009 at 7:53 am

    Doa kami untuk DSAI..moga sihat dan cekal menghadapi dugaan serta istiqamah memimpin bangsa dan negara…

    LAWAN TETAP LAWAN!

    Reply

  49. 49 Pejuang Jun 24th, 2009 at 10:01 am

    Semoga Allah merahmatimu `Rajawali’. Teruskan perjuangan dengan ikhlas. Ganjaran Tuhan menantimu.

    Reply

  50. 50 rakyatmalaysia Jun 24th, 2009 at 12:34 pm

    lawan tetap lawan, kes mereka selalu tak ada bukti, bila kes dato seri dan lain lain pemimpin tentu ada bukti, apa ini, hakim sekarang tak ada image lagi, belajar law mesti ada tanggungjawab yang mana salah, yang mana tak salah di tentukan oleh hakim, sekarang tidak disuruh saja siapa yang salah, bukan hakim lagi..
    diketawakan oleh luar negara sekarang, tak ada image kalau cakap pasal peguam msia..

    dato seri, we all msian know it well, lawan tetap lawan, fight for the human right…

    Reply

  51. 51 ert Jun 24th, 2009 at 12:54 pm

    k

    Reply

  52. 52 BERLAKU ADIL Lah... Jun 25th, 2009 at 7:00 am

    pin-pin…

    memanglah x ada org x dosa kecuali nabi….

    tapi jgn jadi barua bebai….mcm UMNO, BN……

    org yg stuju dgn UMNO /BN ni yg terpaksa jaga periuk nasi saja….

    nak tau kebenaran politik msia ni , tak payah ppakai roket sains, u tgok dgn mata dan dgr saja dak boleh nampak….kalau x nampak dan dgr tu memang saja buat2 pekak/buta.

    Reply

  53. 53 benten Jun 25th, 2009 at 10:36 am

    Salam perjuangan DSAI,
    Menitis laju air mata ini saat membaca puisi yg penuh makna ini. Insyaallah kebenaran akan terserlah yg penting Lawan Tetap Lawan. Allahuakbar!

    Reply

  54. 54 KLMJ Jun 25th, 2009 at 4:29 pm

    Lawan TETAP Lawan..!!!
    Jika takut pada risiko usah bicara soal perjuangan…
    Jika takut kalah PRU13, jgn ulangi sejarah 98…

    Reply

Leave a Reply