21
Jun
09

Anwar Ibrahim hangatkan kempen pilihan raya Manek Urai

Dari Harakah

Oleh M Faqih

KUALA KRAI, 21 Jun - Kehangatan pilihan raya kecil Dun Manek Urai kini semakin terasa apabila kempen kedua-dua parti semakin agresif.

PAS sudah memulakan gerak kerja kempen sejak akhir Mei lalu di Kampung Manek Urai Baru yang disempurnakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Begitu juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Mustafa Mohamed sudah beberapa kali datang ke Manek Urai.

Kelmarin Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan penduduk di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok.

Dun Manek Urai akan tambah sendat malam ini dengan kehadiran tokoh-tokoh pemimpin Pakatan Rakyat pada program ceramah perdana di Padang Majlis Daerah Laloh.

Kehadiran Menteri Besar bersama Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tentunya menarik perhatian penduduk tempatan.

Anwar juga dijangka menziarahi keluarga Adun Manek Urai, Allahyarham Ismail Yaacob di Kampung Manek Urai Lama sebelum menyampaikan tazkirah di sebuah masjid.

Anwar dikatakan akan mengadakan pertemuan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebaik sahaja tiba di Kota Bharu petang ini.

Beberapa penduduk di Laloh ketika ditemui petang semalam menjangka kampung tersebut akan sendat dengan limpahan manusia malam ini.

Beberapa peniaga termasuk dari Pulau Pinang sudah tiba sejak semalam.

Manakala petugas bahagian keselamatan PAS sudah memulakan gerak kerja sejak beberapa hari lalu bagi memastikan program tersebut berjalan lancar.

Pasukan polis juga sudah memasang khemah besar di simpang tiga Laloh yang difahamkan akan dijadikan markaz taktikal.


17 Responses to “Anwar Ibrahim hangatkan kempen pilihan raya Manek Urai”


  1. 1 anwar junior Jun 21st, 2009 at 3:36 pm

    Kemenangan adalah satu peringatan bahwa anda telah mengikat-janji pada tugas-tugas yang menanti. Tugas yang diberi adalah satu amanah yang perlu dipikul dengan adil, amanah dan jujur. Kegagalan melaksanakannya bererti satu pengkhianatan pada rakyat, akibatnya akan dirasai kelak apabila anda tidak lagi dapat diterima secara ikhlas sebagai pemimpin bahkan akan dicemuh hingga ke ahli keluarga biarpun mereka tidak seharusnya yang memikul kesan buruknya. Fikirkanlah.

    Semoga yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat berjaya memiliki kerusi ini. Selamat berjuang.

    Reply

    ron Reply:

    Manek Urai perlu bersatu hati menolak umno yg khianat & menindas terang2an sesama Melayu Islam.

    Isu Royalti Minyak&Gas Asli Kelantan seharusnya menyemarakkan perpaduan rakyat Kelantan menuntut sepenuhnya hak2 mereka & menentang segala bentuk diskriminasi umno terhadap lebih 90% Melayu Islam di Kelantan.

    Use 1Malaysia rhetoric to ‘kill-off’ Najib in Manek Urai!

    Lawan tetap lawan!

    ******************************************************************************

    Reply

  2. 2 Facebook Jun 21st, 2009 at 10:10 pm

    Salam DSAI,

    Di sini saya ingin mengucapkan selamat berjaya atas segala usaha yang akan dilaksanakan untuk kempen di manek urai. Bagi memastikan kejayaan, saya ingin mengingatkan DSAI agar sentiasa menjaga keutuhan fizikan dan mental, agar prestasi DSAI sewaktu berceramah terus bertenaga.

    Pada hemat saya, pengambilan vitamin yang cukup, senaman dan tidur yang sekurang-kurangya 7-8 jam sehari merupakan formula terbaik.

    Di samping itu, saya ingin menyeru agar DSAI dan pemimpin-pemimpin lain dalam Pakatan terus merpekukuhkan kerjasama yang sedia ada. Janganlah kita tertipu dengan taktik media tertentu yang melaporkan berita-berita negatif kononnya wujud keretakan antara parti-parti komponen.

    Buat PAS, inilah peluang untuk para pemimpinnya bertemu pengundi. Pandangan saya janganlah kita tertipu dengan taktik pihak tertentu yang berkeras mahukan kerajaan perpaduan – atas sentimen Melayu, Islam dll. Ini kerana kita harus yakin bahawa Pakatan Rakyat juga mampu untuk menjaga kepentingan kaum Melayu dan agama Islam, malah lebih baik lagi – seandainya diberikan peluang untuk membawa misi perubahan.

    Oleh yang demikian, saya memohon agar DSAI, TGNA, LKS dan semua pemimpin dari PAS, Keadilan dan DAP agar terus membentuk persefahaman yang lebih baik dan tidak menggunakan media sebagai peluang atau saluran untuk mempersalahkan antara satu sama lain. Sebaliknya gunalah perundingan di meja bulat sebagai tempat untuk menyelesaikan sebarang isu.

    Akhir sekali, marilah kita menjadikan SEMANGAT MUAFAKAT dan KESATUAN sebagai tunjang utama dalam Pakatan Rakyat, bukannya PAS, Keadlian atau DAP.

    Selamat berjaya!

    Reply

  3. 3 lostboys Jun 22nd, 2009 at 12:26 am

    lihat la,betapa meriah nya pabila TGNA&DSA..turun padang ramai orng dtng tanpa di paksa,sehingga para peniaga dr perai pun mai..bnyk sunguh rezeki yg allah turun ..semau gembira..bukan mcm dia tu,kalo turun nak bawk polis skali..lari la orang..bodo pnya umno,ada hati nk perpaduan ngan pas tp dlm masa sama khianat ds nizar..ds nizar tu kan orng pas..

    Reply

  4. 4 AS Jun 22nd, 2009 at 2:35 am

    Sedikit nasihat ingin saya berikan kepada pemimpin-pemimpin UMNO dan mana-mana calon bebas tajaan UMNO. Takyahlah bertanding di Manek Urai. Buang masa, duit dan penat-lelah saja. Setahu saya, penyandang-penyandang kerusi Manek Urai sejak sekian lama semuanya dari PAS, lagipun mendapat kemenangan dengan majoriti besar. Nyawa UMNO kini seperti ikan di daratan, maka peluangnya untuk menewaskan PAS menjadi semakin tipis. Baik juga UMNO Kelantan akur kepada amanat Najib supaya tak bertanding di mana-mana pilihanraya kecil demi menjimatkan duit rakyat. Biarkanlah PAS menang tanpa bertanding di Manek Urai.

    Reply

  5. 5 malar Jun 22nd, 2009 at 9:15 am

    BANZAI!!!!!!!!!!!!!!!

    Reply

  6. 6 WAN SIMUNJAN Jun 22nd, 2009 at 12:15 pm

    Sambut dan raikanlah kedatangan pemimpin2 Pakatan Rakyat dengan semangat perpaduan dan muhibbah. Mereka datang dengan semangat perjuangan ikhlas membela dan menyuarakan suara rakyat. Insya Allah kemakmuran dan kesejahteraanrakyat akan terus dinikmati.

    Jangan lupa juga kepada pemimpin2 BN. Pastinya ada sesuatu HADIAH akan ditawarkan dan DIRASUAHKAN kepada mereka yang hadir. Yang pasti di otak, di mulut dan di poket mereka akan dipenuhi dengan wang ringgit untuk melancarkan dan melicinkan hasrat mereka mengaburi mata penduduk tempatan. Lihatlah betapa ringannya tangan-tangan pemimpin umNO untuk menghuluirkan bantuan pada waktu ini. Seperti biasa selepas ini mereka akan sibuk meraih kembali segala yang mereka taburkan dan belanjakan di Manik Urai ini.

    Yang penting perjuangan dan iltizam rakyat Manik Urai untuk membuktikan kepada Malaysia bahawa PAS dan Pakatan adalah pilihan yang terbaik waktu ini. Rezeki dari Allah jangan ditolak tapi UNDI TETAP PADA PAS. Semoga usaha kita mengukuhkan lagi kuasa PAS dan Pakatan Rakyat akan mampu membina dan membentuk pemerintahan yang lebih telus dan benar-benar bertanggungjawab kepada segenap rakyat akan termakbul. Amin.

    Reply

    win-win winner Reply:

    sdr,wan yessss!! sokong lu 101%….pak brahim ali cerita dan komen muaklah depa dengar,tak berkaliber langsung,satu kampung dah tahu cerita bodoh yg dia putar,kenapa masih ada lagi rakyat d kawasan pasir berdenggung tu sanggup percaya dan menerima wakil dah nyanyok semacam pak brahim ali ni d Dewan rakyat,renung2 aje….

    Reply

  7. 7 Pemuda Kemahang 1 Jun 22nd, 2009 at 1:33 pm

    Untuk mereka yang merajai Kerajaan Perpaduan, cuba click atau copy&paste link ni:

    http://pemudakemehe1.blogspot.com/2009/06/cara-orang-umno-layan-ahli-pas-video.html

    kalau macam ini la cara Umno layan PAS, tobat kami taknak idea Kerajaan Perpaduan diteruskan.

    Reply

  8. 8 mamadstrongkid Jun 22nd, 2009 at 3:12 pm

    asalamualaikum,Pak Cik pekabo,boleh ikut ke gi manek urai?

    Reply

  9. 9 Hamba Allah Jun 23rd, 2009 at 10:02 pm

    pihak PR khusunya DSAI tuduh PM kita sebagai terlibat dalam kes altantuya manakala pihak BN tuduh DSAI meliwat. masing2 tuduh 1 sama lain sbg munafiq. sapa yg munafiq sbnrnya? hanya Allah yg tau, sbg hambaNya yg lemah lagi daif ini, saya rasa baik kita kurangkan berpolitik yg mana sunnatullah kpd politik arini ialah hina menghina,caci mencaci, aib mengaib utk as-sebab meraih undi. kita sbg org islam patut saling menyayangi dan bkn saling menbenci dan bermusuhan. kalu nabi S.A.W turun ke dunia arini tengok kita,pasti baginda S.A.W sedih sesgt sbb kita saling bermusuh ni..

    Reply

  10. 10 Nirman Jun 24th, 2009 at 2:10 am

    Calon BN hilang wang deposit.. Insya Allah…

    Reply

  11. 11 wah Jun 24th, 2009 at 10:18 am

    Saudara-saudari di Manek Urai gunakanlah undi ditangan untuk mencatit sejarah PR Tanding Tampa Kalah dalam Sejarah Sememanjung Malaysia. Terus Berjuang Untuk Rakyat.
    Hudup Rakyat!Hidup PAS,PKR & DAP! Hidup PR!

    Reply

  12. 12 ABDULLAH KAS Jul 13th, 2009 at 4:43 pm

    HANYA ISLAM YANG AKAN MENANG,BUAT LA MCM MANA PUN,ISLAM AKAN MENANG AKHIRNYA.SELAIN DARI TUAN GURU NIK AZIZ,TAKDE SORG PUN YANG BTUL2 PERJUANGKAN ISLAM,JGN TERTIPU SAUDARA2 MUSLIM DGN SANDIWARA – SANDIWARA BN DAN PEMBANGKANG MELAINKAN TUAN GURU NIK AZIZ YANG MEMBAWA PERJUANGAN SEBENAR,YANG MEMBUAT MEREKA NMPK BAIK,KITE SESAMA ISLAM BERGADUH BUKAN KERANA KETIDAKSEFAHAMAN POLITIK, TETAPI ZIONIST YANG MEMAINKAN PERANAN TERPENTING DARI AWAL LAGI SEBELUM KEMERDEKAAN DI NEGARA KITA,JANGAN TERTIPU, INI PERINGATAN IKHLAS,PEMUDA2 AKAN BANGKIT TIDAK LAMA LAGI.KEDATANGAN DAJJAL SEDANG DITUNGGU OLEH PENGIKUT2NYA DAN KITA HARUS BERSEDIA MENUNGGU KEDATANGAN IMAM MAHADI YANG AKAN MEMBAWA KEADILAN YANG BENAR.JGN PERCAYA DENGAN SUME AHLI POLITIK KECUALI SHEIKH NIK AZIZ NIK MAT.ASSALAMUALAIKUM.

    Reply

  13. 13 Pena Jul 14th, 2009 at 1:20 pm

    Tok Guru Nik Aziz adalah ahli politik sepenuh masa, dan merupakan pejuang parti politik PAS.
    Dia bukanlah pejuang Islam seperti Mujahideen Amir Khattab di chenya.
    Bila pula Nik Aziz jadi Sheikh?
    SEmua nak jadi Pak Sheikh macam Anwar Ibrahim ka?

    Reply

  14. 14 ismi ahmad Jul 14th, 2009 at 8:57 pm

    Alhamdulillah..dah menang pun manek urai..syabas Pakatan Rakyat!

    Reply

  15. 15 anak cucu adam Jul 14th, 2009 at 9:48 pm

    saya amat menghargai jasa dan perjuangan ayah nik (tuan guru dato nik aziz bin nik mat).Harap DSAI dapat berkerjasama dgn ayah nik umpama anak berbincang dgn bapa.

    Reply

Leave a Reply