15
Jun
09

Pendemokrasian KeADILan: Ke Arah Merealisasikan Gagasan Ketuanan Rakyat

Oleh YB Zulkifli Noordin

Hari Sabtu 19 Jamadil Akhir 1430/ 13 Jun 2009 adalah hari paling bersejarah dalam proses demokrasi dunia apabila Parti Keadilan Rakyat mengadakan Kongres Khas di Dewan Besar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Bangi bertujuan untuk melakukan rombakan besar-besaran kepada Perlembagaan parti dalam usaha mengadakan reformasi kepada sistem pemilihan kepimpinan parti.

Reformasi perlembagaan ini dibuat dalam usaha “merakyatkan pemilihan” sesuai dengan slogan “Ketuanan Rakyat” yang diperjuangkan oleh PKR.

Buat pertama kali dalam sejarah dunia demokrasi, PKR telah membuka proses pemilihan terus kepada akar umbi dimana kesemua jawatan utama kepimpinan parti daripada Presiden sehingga ahli Majlis Pimpinan Parti akan dipilih melalui pengundian oleh ahli akar umbi. Ini adalah parti politik pertama didunia yang memberikan ahlinya kuasa “satu ahli satu undi”. Secara langsung kepimpinan parti akan mencerminkan kehendak dan asipirasi sebenar rakyat bawahan dan ahli akar umbi.

Ini juga sekaligus memustahilkan keujudan politik wang kerana hampir mustahil seseorang calon mampu membiayai kos pengundian dengan membeli tiap ahli parti!

Bagi seseorang ahli yang mahu menawarkan diri untuk bertanding, tiada sistem kuota dikenakan sebagai penghalang. Sebaliknya sesiapa juga ahli berdaftar berhak menawarkan diri untuk dicalonkan dan bertanding apa-apa jawatan.

Bagi memastikan Presiden tidak terlalu berkuasa, maka semua jawatan lantikan ke Majlis Pimpinan Parti saperti Setiausaha Agong, Bendahari, Ketua Komunikasi tidak mempunyai kuasa mengundi didalam mesyuarat MPP walaupun berhak hadir sebagai ahli mesyuarat.

Begitu juga untuk memastikan suara wanita memainkan peranan penting dalam proses kepimpinan parti, maka perlembagaan memperuntukkan kuota 30% kerusi kepimpinan kepada kalangan wanita.
Hari ini merupakan titik tolak kepada satu permulaan sejarah baru politik kepartian bukan sahaja bagi negara ini tetapi juga dipentas antarabangsa.

Banyak pihak menunjukkan minat untuk melihat keberkesanan reformasi pemilihan kepimpinan yang dibuat oleh PKR. Moga reformasi ini akan menjadi suatu permulaan positif kepada pembangunan politik dalam negara. Semoga cita-cita mengembalikan kuasa rakyat ke tangan rakyat dan perjuangan memperkasakan rakyat dengan slogan “Ketuanan Rakyat” akan menjadi kenyataan.

Suara rakyat suara keramat.

Salam reformasi!


15 Responses to “Pendemokrasian KeADILan: Ke Arah Merealisasikan Gagasan Ketuanan Rakyat”


  1. 1 hidopANWAR Jun 15th, 2009 at 7:37 pm

    Sahabah2 semua, clicklah link dibawah

    http://pesanan-pesanan.blogspot.com/2008/10/cina-suruh-tan-lian-hoe-ingat-sejarah.html

    Harap semua renung2kanlah

    Reply

  2. 2 hidopANWAR Jun 15th, 2009 at 9:20 pm

    Kalian semua,

    UMNO, Pemimpin2 Melayu didalam PKR dan PAS bercakaran, adakah ini bermakna Melayu kita akan kehilangan Kuasa Majority didalam Kepimpinan Negara baik Pusat dan Negeri2?

    UMNO telah terbukti menjadi TERAS kepimpinan BN dan didalam Kerajaan baik Pusat dan Negeri2 dari sejak merdeka lagi!

    Siapakah didalam Pakatan yang akan mewarisi cara TERAS UMNO didalam BN untuk di teruskan didalam Pakatan Rakyat?

    Harap, semua bahas2kan lah………..

    Sekian wasalam…

    Reply

    Orang Lama Reply:

    Dalam PR tiada parti teras, semua bergantung nyawa antara satu sama lain. Sebab itu PR tidak mohon untuk didaftarkan kerana akan berlaku perebutan jawatan Pengerusi dan Timb Pengerusi…

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Saudara Orang Lama,

    Benar kata2 saudara itu, nampaknya saudara bolih faham dan tangkap apa yang saya ingin memperkatakan!

    Issue2 salah laku pentadbiran dan jugak mentadbir Ekonomi Negara adalah issue2 berasingan yang wajar UMNO dan PAS dan Pemimpin2 Melayu PKR memperbetolkan.

    Issue kempimpinan Majority Melayu wajar dipertahankan baik UMNO dan Pemimpin2 Melayu dari PKR dan PAS!

    Janganlah disebabkan berebut kuasa, kuasa Majority Melayu didalam kepimpinan baik Kerajaan Pusat dan Negeri tergadai!

    Kalau kuasa Majority Melayu didalam kepimpinan Negara baik Kerajaan Pusat dan Negeri2 tergugat, maka pada saya wajarlah UMNO, PAS dan Pemimpin2 Melayu PKR terpaksalah bergabung dan bersatu semula disamping mengajak bangsa2 lain yang tahu benar2 Sejarah Tanah Melayu sejak zaman dahulu lagi, iaitu Kesultanan Gemilang Melayu Melaka dan kerajaan2 Kesultanan Melayu dahulu di negara ini dan jugak mereka2 yang tidak BUTA SEJARAH tentang bagimana Kemerdekaan dicapai dahulu.

    UMNO, PAS dan Pemimpin2 Melayu PKR masih bolih bermaaf2an sambil membawa masuk parti2 bukan Melayu bergabung sama untuk mendirikan negara yang bersih cekap dan amanah! Ini semua bergantung pada semua pemimpin2 Melayu kita untuk mengubah sikap demi kemakmoran rakyat!

    Maafkanlah saya sebab saya sudah terbiasa sangat dengan konsep UMNO menjadi teras kepimpinan Majority Melayu baik didalam Pakatan BN, Kerajaan Pusat dan Negeri sejak hendak mengejar kemerdekaan lagi sehingga ke hari ini! Saya menyokong kuat apa2 kerajaan yang bersih cekap dan amanah dan meletakkan. Pada saya, baik gaduh sekrang daripada MENYERSAL DIKEMUDIAN HARI NANTI!

    Sekian wasalam………..

    Reply

  3. 3 matbalakong Jun 15th, 2009 at 9:58 pm

    Walauapapun saya ucapkan tahniah dan syabas kpd seluruh ahli PKR kerana dengan berani membuat satu perubahan yg sukar untuk dilakukan oleh parti lain….Doa dan harapan semoga pekara yg baik itu akan diberkati tuhan…Biarpun ada yg tidak setuju dengan pindaan tersebut…bagi saya mereka yg tidak setuju adalah mereka yg inginkan kedudukan semata-mata daripada mencurahkan khidmat kepada rakyat yg berharap ini…Memang benar kata org tua-tua nak senang bukan senang….begitu juga dengan pindaan ini untuk menjayakannya memang ada tentangan daripada segelintir makhluk yg tidak memahami apa erti amanah dan tanggungjawab seorang pemimpin walaupun sebagai AJK Ranting….Maaf cakap…apa yg saya lihat pada kongres yg lalu..kebanyakan anggota yg membantah adalah terdiri daripada mereka2 yg hipokrit pada saya…Kalau mereka ini ikhlas pinda macammane pun perlembagaan mereka tetap terpilih untuk sesuatu jawatan….

    Saya ingin mengingatkan diri saya dan anggota yg lain, marilah kita sama-sama kuatkan semangat dan kukuh pemuafakatan dalam menjayakan segala agenda untuk rakyat…kita renungkan kembali sejarah pemimpin yg dahulu, dimana mereka ini berjuang dengan hati yang ikhlas dan murni sehinggakan kembali kerahmatullah hanya meninggalkan nama sahaja….

    Sekali lagi saya mendoakan dan berharap agar semua anggota parti dapat memberikan tumpuan dalam menuju PRU13 yg akan diadakan dalam masa terdekat…

    Reply

    hidupharapan Reply:

    BEGITULAH JUGA HARAPAN SAYA SEBAGAI ANAK MUDA

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Sahabah2 sekelian semua,

    Memang saya puji diatas reformasi yang dibawa mengenai pucuk pimpinan parti. Ini benar2 memberi kuasa kapada tiap2 ahli memilih pemimpin yang mereka rasa layak menjawat sesuatu jawatan itu disamping memang benar bolih hapuskan amalan politik wang untuk mengaut sokongan pengikut2.

    Negara kita belum lagi mencapai sasaran Dasar Ekonomi baharu.

    Pada saya, selagi dasar ekonomi baharu belum tercapai dan segala amalan2 rakyat didalam kehidupan seharian masih belum mencapai apa yang dituntut Ugama Islam dan jugak Perundangan2 Negara, wajarlah wadah kebangsaan diteruskan sehinggalah matlamat ini benar2 tercapai!

    Kebangsaan terpaksa diteruskan sebabnya senang iaitu tiada salah kita berbangsa2 iaitu Melayu, Cina , India dan lain2 sebab sudah tuhan yang telah menjadikan kita semua begitu. Pada saya tidak salah menyebut bangsa2 ini!

    Yang salah bagi saya ialah bangsa2 yang mengamali segala yang dilarang olih Ugama Islam (bagi Rakyat yang berugama Islam) dan jugak dilarang olih Perundangan Negara (bagi mereka2 yang bukan berugama Islam). Contuh2 amalan yang bolih saya beri ialah melakukan rasuah segala bentuk, menyalah gunakan kuasa dan kedudukan semasa berkuasa untuk mendapat habuan2 yang salah dari segi ugama dan perundangan, menyalah tadbirkan kekayaan dan ekonomi negara dengan membelakangkan kebajikan dan kemakmoran rakyat terlebih dahulu, nepotisma, kronisma dan berbagai2 kezaliman,kemaksiatan,kejahatan dan kemungkaran2 lain yang diamali! Inilah perkara2 POKOK SEBANARNYA!

    Saya sudah terbiasa dengan Konsep UMNO jadi teras MAJORITY kepimpinan didalam BN sejak zaman merdeka lagi. Memang wajarpon UMNO diangkat sebagai Pemimpin Majority didalam BN sebabnya telah terbukti UMNO bertahan berjaya bertahan selama 51 tahun dah sekarang dan parti2 komponen BN mentaati BN sebgitu lama. Pada saya, wajarlah dan wajiblah didalam Pakatan Rakyat, konsep Kepimpinan Majority Melayu diteruskan mengganti UMNO! Soalan sekarang, sampai sekarang saya tidak tahu struktur Kepimpinan Majority Melayu didalam Pakatan Rakyat! Pada saya tidak salah Kepimpinan Majority Melayu didalam Pakatan Rakyat seperti yang dhujahkan olih link2 yang berikut. Sila click……..

    http://www.youtube.com/watch?v=n9PEuhMlFbw

    http://www.youtube.com/watch?v=gr3gmkVRE0Q&feature=related

    http://www.youtube.com/watch?v=uKaLsHrqBHQ&feature=related

    http://pesanan-pesanan.blogspot.com/2008/10/cina-suruh-tan-lian-hoe-ingat-sejarah.html

    Clicklah link2 diatas supaya dapat menilaikan lagi apa yang saya perkatakan.

    Cara pilihanraya yang dibawa sekarang adalah cantik tetapi olih kerana saya masih terbiasa dengan UMNO teras kepimpinan BN, disini saya ingin mencadangkan perubahan didalam struktur kepimpinan PKR.

    Tiap2 bangsa didalam PKR hendaklah dijadikan bukan sebagai parti seperti didalam BN tetapi dijadikan kumpulan bangsa. Satu kumpulan satu bangsa.

    Maka tiap2 bangsa ada ketuanya yang diberi gelaran nanti. Begitu jugak tiap2 kumpulan,ada majlis Tertinggi kumpulan masing2! Pada saya tidak salah berbangsa2 seperti saya hujah diatas! Tiap2 kumpulan ini mestilah menjunjung perjuangan murni yang dibawa olih Majlis Tertinggi PKR!

    Jawatan Presiden Tertinggi PKR, Timbalan Presiden Tertinggi PKR, Bendahari,Setiausaha Parti PKR MESTILAH DIKHASKAN UNTUK ORANG2 MELAYU SAHAJA!

    Ketua2 Penerangan Parti bolih di jawat olih beberapa orang mengikut bangsa.

    Ahli2 Majlis Tertinggi parti hendaknya MAJORITY dikuasai olih Melayu!

    Tiap2 kumpolan bangsa tadi bolih adakan sendiri Ketua Wanita, Ketua Pemuda tersendiri mengikut bangsa. Dan mungkin jugak Ketua2 bangsa ini dinamakan Presiden PKR Melayu, Presiden PKR Cina, Presiden PKR India dan lain2!

    Bila struktur diatas telah di susun, maka gunakanlah teknik mengundi SATU AHLI SATU UNDI!

    Sekiranya bangsa2 lain tidak setuju cadangan saya ini, maka wajarlah PKR menjadi Parti 100% tulin Melayu!

    Baik bergaduh sekarang dari dikemudian hari nanti kepimpinan asas yang dipelopori olih Pemimpin2 hebat Melayu kita di ambil alih sepenuhnya olih bangsa2 lain!

    Apa yang nak dirisaukan! Kalau UMNO masih teruskan BN nya, PKR pon bolih sama!

    Kepartian bukannya penting sangat pada saya. 2 Faktor penting ialah bagaimana hendak kekalkan KEPIMPINAN MAJORITY MELAYU seperti yang diamalkan olih UMNO didalam BN dan satu lagi faktor penting ialah bagaimana hendak menjadi kerajaan yang benar2 bersih, cekap dan amanah!

    Jangan salahkan Tuhan sebab tuhan sudah menjadikan manusia ini semua berbangsa2!

    Sekian wasalam sekadar memberi pendapat dan cadangan sahaja! Bantai la, silakan……..Baik gaduh sekarang dari menyersal dikemudian hari

    Reply

  4. 4 WAN SIMUNJAN Jun 16th, 2009 at 3:38 am

    Dalam membina kekuatan dan keutuhan perjuangan PKR sebagai bahtera baru pelayaran rakyat dalam penentuan hala tuju kehidupan mereka, PKR DSAI seharusnya mampu menyediakan barisan pemimpin-pemimpin PKR yang bernar-benar berjiwa PKR seperti yang telah dilakukan oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PAS.

    Barisan pemimpin yang benar-benar berjuang untuk menegakkan PKR adalah keutamaan DSAI. Rakyat telah bersedia untuk memberi sokongan kepada PKR dan Pakatan Rakyat seandainya DSAI mampu mensejahterakan Pakatan Rakyat.

    Golongan musuh dalam selimut adalah musuh yang paling berbahaya untuk PKR. Golongan-golongan pemimpin-pemimpin umNO yang mengutamakan kedudukan dan kuasa pasti akan menjahanamkan PKR sepertimana golongan ini menjahanamkan umNO. Ingatlah DSAI bahawa kekuatan PKR adalah atas dasar ketelusan perjuanagan dalam menentang kezaliman pemerintahan. Cari dan bntuklah pemimpin-pemimpin yang mampu mengukuhkan kedudukan PKR seterusnya mampu memikul tanggungjawab untuk melaksanakan amanah rakyat. Kecurangan beberapa pemimpin-pemimpin PKR sebelum ini masih menjadi duri yang mampu menusuk PKR. Namun yakin dan percayalah bahawa rakyat akan bersedia menyokong pemimpin yang benar-benar ikhlas dan berjiwa rakyat.

    kepada DSAI yakinn dan percayalah bahawa cahaya akan muncul di sarawak dalam PR DUN akan datang. Gelombang tsunami itu mula muncul dan akan menjadi BENAK seterusnya Tsunami di Sarawak. Kesedaran generasi baru dalam menentang ketidakadilan pemerintahan REJIM TAIB mahmud semakin hari semakin meningkat. Apa yang perlu dilakukan oleh DSAI adalah memantau dan melahirkan lebih banyak pemimpin seperti YB Dominique, Wan Zainal, Datuk Habsyah Harun, Jawah , Bawin dan beberapa penyokong tegar serta penentang tegar BN Sarawak. Pemikiran rakyat Sarawak juga mulai berubah. Maka terpulanglah kepada DSAI untuk mengerakkan pemimpin-pemimpin yang ada di Sarawak untuk menambah keyakinan rakyat Sarawak kepada PKR.

    Dan harus diingat juga bahawa pola politik Sarawak berbeza dan jauh terkebelakang. Perlaksanaan dasar pembangunan Politik Pembangunan Taib telah berjaya mencipta satu pola yang mampu memberi kelebihan kepada BN. namun peluang pasti ada sekiranya PKR mampu menggunakan setiap ruang tersebut dengan sebaik mungkin. Yang penting pemimpin-pemimpin di peringkat daerah seharusnya terdiri daripada mereka yang benar-benar berwibawa di mata masyarakat.

    Senario politik Sarawak terlalu banyak golongan yang hanya mementingkan diri dan kedudukan. Justeru itu berhati-hatilah dalam memberi kepercayaan kepada golongan yang mahu menjadi pemimpin PKR di Sarawak. Simunjan sebagai contoh, Peluang untuk PKR bertapak memang kuat. Cuma kepimpinan PKR di kawasan ni masih belum muncul. Ketokohan pemimpin PKR bagi kawasan Simunjan / Batang Sadong telah dimonopoli oleh golongan yang berkepentingan peribadi. Justeru itu rakyat kawasan SIMUNJAN masih tercari-cari pemimpin yang benar-benar berjuang untuk membela dan berjuang untuk rakyat SIMUNJAN.

    Sesungguhnya DSAI harus memastikan bahawa pemimpin-pemimpin PKR bagi kawasan SIMUNJAN ni merupakan mereka yang boleh memimpin dan dipercayai rakyat. Percayalah dalam DUN SARAWAK nanti SIMUNJAN merupakan salah satu kawasan panas bagi BN. Sekiranya DSAI mampu menyediakan pemimpin PKR yang berwibawa maka tidak mustahil SIMUNJAN yang selama ini dimiliki oleh BN akan menjadi milik PKR. Generasi muda bersedia menyokong perjuangan PKR di SIMUNJAN.

    Semoga usaha DSAI dalam memperkasakan PKR akan terus menguatkan lagi iltizam pemimpin-pemimpin PKR demi menjaga dan meraih sokongan padu rakyat bagi menumbangkan BN dalam PRU 13 nanti.

    Reply

  5. 5 member pencen LK Jun 16th, 2009 at 4:03 pm

    Cara pemilihan didalam pucuk pimpinan PKR saya raya amat sesuai dibumi bertuah Malaysia ini tidak timbul politik wang seperti UMNO
    Saya dari pas akan lihat dahulu perkara ini kalau baik insya Allah boleh dibawa ke dalam Pas pula masa akan datang.
    Tapi Bahagian atau pun kawasan diganti dengan cabang dan ranting saya rasa tidak begitu sesuai
    carilah istilah yang lebih cantek dan sesuai,

    Sekian wassalam

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Sahabah,

    Saya rasalah jikalau PAS menghayati cara pertandingan seperti yang ilhamkan PKR, saya rasa parti PAS akan benar2 kukuh dan layak mencabar UMNO sehebat2nya, bagi pukolan MAUT!

    Eloknya begini. Disetiap2 negeri kan ada stadium2 besar atau kalau stadium tidak dibenarkan, memadailah tanah lapangan yang besar2! Cuba sahabah fikirkan. Kalau setiap2 calun yang ingin bertanding sesuatu jawatan dibenarkan berhujah didalam tempat2 ini kapada semua ahli2 PAS di tiap2 negeri, tentunya menjimatkan masa berkempen dan tiap2 ahli bolih bertanya2 pada setiap2 calun segala soalan2 yang wajar dilemparkan pada setiap calun ini. Saya rasakan eloklah cara begini supaya tiap2 calun berpeluang berhujah dan berpeluh menjualkan ketokohan dan kehebatan diri sendiri untuk menjawat sesuatu jawatan TANPA lansung menjanji maniskan pada ahli2 atau habuan politik wang untuk meraih undi pengikut2!

    Cuba2lah renungkan ya! Biar berpeluh calun2 ini bekerja kuat meyakinkan majority ahli2! Ahli2 PAS wajar memilih mereka2 yang benar2 bertepatan dengan kemahiran dan pengalaman mereka untuk menjawat sesuatu jawatan didalam parti dan jugak kemahiran mereka bolih jugak di pertandingkan untuk jawatan2 Kerajaan Pusat dan Negeri nanti!
    Tentunya seperkara yang penting ialah akhlak yang benar2 mulia, latar belakang yang tiada rekod salahlaku dan telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang dimasa lampau! Jangan sekali2 tadsub hanya pada pemimpin2 yang pandai berpidato sahaja tetapi nilailah benar2 kemahiran sesaorang itu untuk menjawat jawatan2 didalam Parti, diperingkat Kerajaan Negeri dan Pusat!

    Sekian, diharap sahabah2 ajak2lah ramai ahli2 PAS memasuki blog ini supaya minda mereka makin bertambah luas!

    Sekian wasalam…………..

    Reply

  6. 6 Fence sitter Jun 17th, 2009 at 3:44 pm

    Saya sokong pandangan Wan Simunjan saya ni orang Sri Aman. Scenario politik Sarawak memang berbeza dari Smenanjung. Di kawasan Sri Aman pada masa kini orang yang dapat menarik perhatian hatian hati pengundi, bekas YB parlimen memang tak popular di sini, kerana anaknya orang DAP dia sendiri PKR jadi ni adalah tanda tanya di sini.

    Reply

  7. 7 hidopANWAR Jun 17th, 2009 at 6:20 pm

    Kurang sambutan topik ini! Adakah ia topik yang susah untuk di komen?

    Reply

  8. 8 hidopANWAR Jun 17th, 2009 at 9:09 pm

    Sememangnya saya kuatir dengan perpecahan bangsa2 Melayu sekarang terbahagi kapada puak2 kepartian iaitu UMNO,PAS dan Pemimpin2 Melayu dari PKR hinggakan bangsa2 lain ( Ini pada saya adalah mereka2 yang BUTA SEJARAH TANAH MELAYU ATAU SENGAJA LUPA SEJARAH!) mengambil kesempatan cara diam2 dan berpura2 muka manis ( tetapi ada udang di sebalik batu ).

    Jika saudara membuka link2 yang telah saya bentangkan yang dihujah olih seorang berbangsa Cina tetapi berugama Islam, jelas beliau menekankan supaya bangsa2 bukan Melayu yang diterima olih bangsa2 Melayu dizaman penjajahan British dahulu WAJAR jangan buta sejarah tentang pentadbiran Tanah Melayu selama ini.

    Saya tetap mempertahankan PENTADBIRAN MAJORITY MELAYU walau apa cara pon dan diharap semua bangsa2 Melayu sedar hakikat ini. Ini kerana berlandaskan pada fakta2 SEJARAH KERAJAAN MELAYU di Persekutuan Tanah Melayu selama ini!

    Saya ingin buat cadangan pada ketiga2 parti2 yang diterajui olih Pemimpin2 Melayu baik didalam UMNO,PKR dan PAS! Baik gaduh sekarang daripada tergadai dikemudian hari nanti kerana kuasa Melayu didalam UMNO,PKR dan PAS masih kuat lagi.

    Struktur PKR adalah seperti yang saya cadangkan diatas. Apa susahnya untuk kekalkan kuasa Majority Melayu didalam PKR! Buat sahaja perlembagaan begitu dan sekiranya bangsa2 lain tidak setuju, mintak mereka tubuhkan parti sendiri dan bergabung dengan Pakatan Rakyat yang dipelopori olih Dato Seri Anwar Ibrahim. Kalau ketua sudah perintah begitu, pengikut2 semua ikut sahajalah yang diarah! Kalau bangsa2 lain ingin bersama PKR, maka wajarlah mereka iktiraf perlembagaan PKR memberi kuasa Majority didalam PKR di semua lapisan jawatan2 didalam PKR!

    Bagi PAS senang sahaja. PAS jugak bolih ubah perlembagaan parti mereka dengan mengekalkan bahawa HANYA pemimpin2 BERBANGSA MELAYU SAHAJA yang pegang kuasa MAJORITY didalam PAS!

    Bagi UMNO yang bukan sahaja ahli2 nya berbangsa Melayu tetapi jugak kaum Bumiputera yang lain terutama sekali di Sabah dan Serawak pulak begini, jadikan perlembagaan Parti bahawa hanya bangsa Melayu sahaja yang menguasai Majority kepimpinan Parti! UMNO wajar membuka lagi kawasan parlimen di negeri2 seperti Kelantan,Treangganu, Kedah dan mana2 negeri2 lain lagi untuk orang Melayu bertanding!

    Pada saya tidak salah ditentukan Kepimpinan Majority Melayu sebab pelupor atau pengasas atau pioneer parti2 UMNO, PAS dan PKR ini adalah ilham Pemimpin2 hebat Melayu!

    Itulah erti kuasa! Buatlah selagi berkuasa! Sudah hilang kuasa nanti, susah hendak menukar2kan ini semua baik didalam PKR,PAS dan UMNO!

    Sekian wasalam……….bantailah sesiapa yang sudi!

    Reply

  9. 9 hidopANWAR Jun 17th, 2009 at 9:36 pm

    Tiap2 Pemimpin Melayu mestilah jadi NEGARAWAN yang benar2 unggul dan tahu membuat pandangan jauh sejauhnya hinggakan ke zaman generasi2 yang akan datang dengan meletakkan batu asas atau landasan yang kukuh terutama sekali untuk bangsa2 Melayu.

    Jangan hendaknya segala tindak tanduk dikuasai untuk berbebut2 kuasa sahaja dengan menggadaikan perkara2 yang wajib dihayati olih rakyat jelata.

    Begitulah petikan kata2 hikmat dari penghujah di dalam program Hujah tv9

    Reply

  10. 10 WAN SIMUNJAN Jun 18th, 2009 at 3:40 am

    Kepada Fence Sitter, jangan peduli pasal pemimpin pembangkang Sri Aman tu. Lantak sajalah. Hanya kita rakyat Sarawak yang sedar sahaja akan dapat membela nasin sebenar rakyat kita yang telah lama ditipu dan dimanipulasi oleh YB2 BN ni.

    Sekarang ni zaman dah berubah. Maklumat boleh datang bila2 masa dan di mana sahaja. Teruskan usaha menyatakan penipuan YB2 BN Sri Aman/ Sarawak ni kat sini sebagai panduan pemimpin2 PKR Pusat untuk membuat rancangan dan tindakan yang lebih padu untuk menumbangkan YB BN seterusnya mengakihiri REJIM TAIB di Sarawak.

    Jika kita benar2 mahu dan ikhlas dalam memebela ketidakadilan yang telah diwarisi kita hari ini maka suatu hari nanti usaha kita akan menampakkan hasilnya. Ketidakadilan YB2 BN ni dalam membangunkan kawasan2 di Sarawak menampakkan bahawa POLITIK PEMBANGUNAN Taib Mahmud hanya untuk kepentingan REJIM TAIB sahaja.

    Ayuh 1 Suburkan gerakan Pakatan Rakyat di Sarawak.

    Reply

Leave a Reply