Archive for June 13th, 2009

13 June 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Semalam saya dan Azizah ka Selangor Medical Centre, Shah Alam untuk menziarahi sahabat lama, Ustaz Awang Pon bin Sebon.

Ustaz Awang, bekas Yang Dipertua Majlis Agama Negeri Sarawak, pernah memimpin ABIM Sarawak dan juga merupakan pengasas KeADILan Sarawak.

Beliau merupakan pendakwah dan pendidik gigih. Saya terharu dengan semangat hebat beliau, terus mengikuti perkembangan politik dan mendoakan kesejahteraan kita bersama.

Didoakan semoga beliau kembali sihat walafiat dan terus membantu mengangkat martabat dan harakat umat. Amin.

ANWAR IBRAHIM

13 June 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini | 13 Jun 2009

Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim secara rasminya menyertai PKR hari ini.

Ketika mengumumkan perkara itu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zaid akan dilantik menganggotai Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Bangi hari ini, Anwar berkata, Zaid juga akan dilantik sebagai anggota biro politik PKR.

Anwar juga menyifatkan penyertaan Zaid itu sebagai satu penghormatan kepada PKR.

Zaid, tambahnya merupakan seorang yang serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia.

Anwar yang juga ketua pembangkang, turut menganggap penyertaan Zaid itu sebagai satu langkah positif kepada PKR dalam usaha untuk mengukuhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

13 June 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dipetik dari laman Johor Daily

Kajang – Sebentar tadi, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan Kongres Khas parti itu selepas Presiden PKR iaitu Datin Seri Wan Azizah menyampaikan kata alu-aluan. Johor Daily dilaporkan sehingga 10.30 pagi tadi kehadiran mencecah hampir 1,000 perwakilan. Kongres itu berlangsung di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Dalam ucapan pembukaan Anwar menyentuh mengenai had umur calon yang layak bertanding sebagai ketua pemuda iaitu maksimum 35 tahun. Beliau berharap ianya diterima oleh ahli parti kerana bagi pendapat beliau usia 40 tahun sebenarnya seseorang pemimpin itu sudah layak menerajui kepimpinan utama. Anwar mengambil contoh dibeberapa negara luar sebagai panduan.

Belaiu juga menyentuh mengenai isu sensasi iaitu Parti Komunis Malaya (PKM). Anwar menegaskan bahawa bekas anggota PKM itu selayaknya dimaafkan kerana pada pandangan beliau pada masa lampau (zaman penjajahan) banyak negera termasuk Indonesia menerima nasib serupa dengan Malaysia, iaitu menjadi mangsa kekejaman PKM itu. Tegas beliau negara lain telah mengambil sikap ‘bermurah hati’.

Ketika ini setiap perwakilan negeri sedang membahasa usul pindaan perlembagaan parti itu. Johor Daily dimaklumkan pengunaan nama ‘cabang’ , ‘ranting’ dn had umur 35 tahun mungkin menjadi ‘panas’ pada sesi perbahasan. Johor diwakili oleh Srd. Nazri ( AMK ) dan Sdr. Zaaba ( PPN ).

13 June 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Hari ini, lebih 1000 perwakilan KeADILan hadir ke Kongres Khas di Kolej Universiti Islam Selangor. Hari istimewa ini menjadi asas, inshaallah, dalam melakar masa depan yang gemilang, bukan sahaja untuk memperkasa parti, akan tetapi juga memaknai haluan perjuangan bangsa Malaysia.

Para perwakilan pada sebelah petang nanti akan mula membahaskan usul pindaan perlembagaan, yang sekiranya diluluskan, pasti melonjakkan kedudukan parti serta perjuangan kita ke persada amalan demokratik yang tidak tergugat lagi. Anjakan ini mustahak sekali dijayakan kerana ianya menzahirkan iltizam kita untuk mewakili semangat perubahan yang sekian lama didambakan rakyat.

Pentas ini juga menjadi kesempatan terbaik kepada saya untuk mengingatkan anggota parti agar jangan sesekali mengkhianati amanah dan tanggungjawab yang dipikul. Mandat dari rakyat lah menjadi dian ilham untuk merumuskan makna Ketuanan Rakyat dan berjuang dalam kerangka muafakat Pakatan Rakyat.

Sudah tentu kita tidak menghalang perbincangan walau dengan pihak mana sekalipun terutama jikalau ianya isu yang berkait rapat dengan kepentingan nasional. Namun pendirian kita jelas, sebarang perbincangan hanya mampu berhasil sekiranya isu asas menjadi keutamaan; kehakiman mesti bebas dari kongkongan penguasa, suruhanjaya pilihanraya serta suruhanjaya pencegahan rasuah harus dikendalikan secara telus dan krisis Perak hanya mampu diselesaikan melalui pilihanraya.

ANWAR IBRAHIM

13 June 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Permohonan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak pendakwaan menyerahkan semua dokumen berkaitan kes liwatnya ditetapkan perbicaraan pada 22 Jun.

Peguamnya Sankara Nair berkata beliau diberikan notis oleh mahkamah itu mengenai perkara berkenaan yang akan didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, lapor Bernama.

Rabu lepas, Anwar memfailkan satu notis usul meminta mahkamah memaksa pendakwaan menyediakan kepadanya dokumen-dokumen itu sebelum perbicaraan mengenai kes liwatnya didengar bermula pada 1 hingga 24 Julai.

(more…)