07
Jun
09

USUL TERGEMPAR: Tubuhkan Suruhanjaya Bebas DiRaja siasat pengambilan secara haram kerajaan Perak

Dari Harakah Daily

Oleh Irwan Muhammad Zain

SHAH ALAM, 7 Jun – Satu usul tergempar mendesak penubuhan Suruhanjaya Bebas Diraja siasat pengambilan secara haram kerajaan Pakatan Rakyat Perak diterima sebulat suara.

 

Usul yang dibawa oleh PAS Kawasan Tambun, Perak itu diterima untuk dibahaskan setelah menyedari tindakan Umno/BN merampas kerajaan Pakatan Rakyat Perak merupakan perbuatan yang biadap dan tidak menghormati suara rakyat.

Perwakilan Perak, Dr Khairuddin Abdul Malik yang juga bendahari PAS Perak ketika membawakan usul tersebut menegaskan perlunya penubuhan suruhajaya tersebut bagi menyiasat perbuatan Umno/BN yang merasuah wakil rakyat bagi membolehkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

“Kami mencadangkan usul tergempar ini kerana tidak mahu lagi peristiwa yang berlaku di Perak berulang dinegeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain.

“Kerana itu kami mendesak supaya Suruhanjaya Bebas DiRaja perlu segera ditubuhkan bagi menyiasat perbuatan rampasan kuasa itu,” tegas Dr Khairuddin.

Kerajaan tegas beliau perlu segera menubuhkan suruhanjya ini bagi membolehkan segala perbuatan tidak bermoral yang dilakukan untuk merampas kerajaan Pakatan Rakyat Perak dapat didedahkan kepada umum.

Usul yang dibawakan itu disokong sepenuhnya oleh PAS Kawasan Shah Alam dan juga Dewan Pemuda PAS Pusat melalui perwakilan mereka yang membahaskan usul tersebut.

Perwakilan Shah Alam, Khalid Samad yang membahaskan usul tersebut menegaskan, penubuhan suruhanjaya tersebut perlu disokong tanda penolakan terhadap Umno/BN.

Beliau juga menyeru semua perwakilan supaya tidak mudah terpedaya dengan agenda yang dimainkan Umno/BN yang cuba memerangkap dengan tawaran-tawaran yang amat menarik.

Selain Khalid, perwakilan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Dzulkifli Ahmad juga menyokong penuh usul tergempar yang dibawa oleh PAS Kawasan Tambun dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno.


35 Responses to “USUL TERGEMPAR: Tubuhkan Suruhanjaya Bebas DiRaja siasat pengambilan secara haram kerajaan Perak”


  1. 1 Parameswara Jun 7th, 2009 at 9:59 pm

    Semestinya suruhanjaya bebas ditubuhkn dgn cepat.

    Reply

    vengai Reply:

    Akan jadi sama seperti Looks like me, sounds like me, but its not me!” Itu Apa nama” trend continues. Dont hope. Waste of time and tax money only

    Reply

    AKU Reply:

    INDEED my fren.

    It’s just like “melepaskan batuk di tangga”.

    Reply

    Danish Reply:

    Ya… kita sokong!!! tubuhkn suruhanjaya yg benar2 bebas utk kes rampasn kuasa d Perak, Tuduhan Media Asing terhadap PM, PKFZ. Kepada pemimpin PAS, lupakn la ‘unity governmt’ bkn rakyat tak leh terima krn tak faham tp rakyat tau ini cuma helah utk melenyapkn ‘unity’ dlm PAS. Hj Hadi lupa kah perpaduan ada dlm PAS… lihat siapa ahli kelab penyokong PAS. UMNO mana ada ni semua… UMNO nk tarik PAS sbb nk patahkn sayap PR… lepas tu UMNO kemudi bahtera PAS kearah yg bole menghancurkn. strategi UMNO utk meghancur PR dgn mngunakn sumber PR sendiri…

    Reply

  2. 2 ZAM-ZAM ALAKAZAM Jun 7th, 2009 at 10:15 pm

    Pakatan diantara KEADILAN, DAP dan PAS kearah perubahan yang lebih telus,adil dan amanah telah mendapat tempat dihati rakyat berbilang kaum . Perkukuhkan lagi pakatan yang sedia terjalin ini dan JANGAN sekali melunturkan keyakinan rakyat dengan bertindak bodoh ( bekerjasama dengan UMNO ) yang akhirnya nanti merugikan Pakatan Rakyat sendiri. AWAS…ADA MUSANG BERBULU AYAM .

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Sahabah2 semua,

    Jalan penyelesaian cara mahkamah telah di lakukan mengenai PERAK dan masih lagi berjalan. Kali ini, anjuran Suruhanjaya bebas pulak. Baguslah usaha2 ini semua dijalankan supaya apa yang berlaku sekarang akan jadi pengajaran yang bagus untuk rakyat memahami untuk dimasa hadapan terutama sekali pengamal2 undang2 yang sudah bekerja,penyarah undang2 di universiti dan jadi pengajaran bagi penuntut2 undang2 didalam negara kita. Yang pasti jelas ialah, adakah benar keadilan telah benar2 di tegakkan?

    Buat masa sekarang, nampak kejayaan demi kejayaan Pakatan Rakyat didalam pilihanraya kecuali di Serawak, Batang Air! Rakyat jelata semua telah celik mata tentang perjuangan murni Pakatan Rakyat untuk melawan habis2an penghapusan rasuah berbagai bentuk, salah gunakuasa dari atasan ke bawah, nepotisma, kronisma, salah tadbit urus negara dari segi pengagihan ekonomi dan bermacam2 lagi yang telah disuarakan Pakatan Rakyat!

    Walaupun dari segi perjuangan, sudah terbukti Pakatan Rakyat telah menambat hati rakyat.

    Yang benar2 saya rasakan disini yang masih BELOM JELAS lagi dari Pakatan Rakyat ialah bayangan kepimpinan Pakatan Rakyat apabila memerintah nanti! INI MASAALAHNYA SEKARANG YANG SAYA RASAKAN…………..

    Selama Perikatan dan BN memerintah, rakyat semua sudah nampak betapa UMNO merupakan teras kepimpinan sejak merdeka lagi. Rakyat rasakan banyak perkara2 yang tidak disenangi rakyat mulai di celik mata kan rakyat dengan Pakatan Rakyat!

    Perjuangan murni Pakatan Rakyat telah difahami2 benar2 olih majority rakyat sekarang tetapi rakyat mulai rasa bagaimana bentuknya kepimpinan negara apabila Pakatan Rakyat memerintah nanti.

    Adakah seperti formula kepimpinan UMNO yang menjadi teras kepimpinan didalam BN?
    Adakah pemimpin2 Melayu jadi boneka bangsa2 lain kerana hendak sangat undi mereka sampaikan menggadai apa yang telah dipersetujui? INI YANG SAYA RASAKAN PERSOALAN BESAR YANG MEMENINGKAN PAS sampai tercetus UNITY GOVERNMENT KONON!

    Pas dan Dap dapat berbaik2 diatas usaha Parti Keadilan Rakyat! Harap janganlah lupakan ini semua! Eloknya, Pakatan Rakyat terima lagi parti2 baharu supaya dapat mempekuatkan lagi Pakatan Rakyat untuk membela nasib rakyat! Moga hala tuju baharu Pakatan rakyat benar2 menghapuskan segala kemungkaran di samping memakmorkan kehidupan rakyat!

    Ganjaran2 wajar di perolihi dengan cara sah, betol, tidak berdosa tanpa merompak hak dan duit rakyat! INILAH WAJARNYA JADI WADAH PERJUANGAN PAKATAN BAHARU macam Pakatan Rakyat!

    Jalan keluar kemelut ini semua, saya rasakan kepimpinan Melayu didalam PKR dan PAS wajarlah ikuti formula kepimpinan UMNO! Habis cerita! Itu dinamakan barisan alternative!

    Sekian sekadar buah fikiran sahaja……….komenlah pendapat saya ini……

    Reply

  3. 3 petugas no 18, pmtg pauh Jun 7th, 2009 at 10:34 pm

    Salam DSAI,
    Menyokong penuh usul dari PAS Kawasan Tambun dan amat bertepatan dengan kecelaruan yang ditimbulkan oleh kelompok UMNO/BN dalam merampas kuasa di Perak. Sebelum penubuhan Suruhanjaya Bebas DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat rampasan kuasa di Perak adalah baik jika ditubuhkan Suruhanjaya Bebas Rakyat yang mengandungi pakar-pakar Perlembagaan dan Perundangan yang bebas yang dapat merintis kepada penyediaan fakta nuetral dan berkecuali terhadap kronologi rampasan kuasa dengan tujuan menyerahkannya kepada Yang DiPertuan Agong untuk perkenan baginda terhadap penubuhan Suruhanjaya tersebut.

    Suruhanjaya Bebas Rakyat ini juga hendaklah memberi cadangan untuk mengelakkan perkara yang tidak bermoral ini dari terus berleluasa dalam mengenepikan pilihan rakyat. Pilihan rakyat tidak boleh diketepikan begitu sahaja terutamanya dalam pembentukan sesebuah kerajaan negeri. Malaysia akan hancur jika kuasa dan wang digunakan untuk menafikan pilihan rakyat!

    Reply

  4. 4 eagle Jun 7th, 2009 at 10:53 pm

    Apa benda nak usul tergempar? Buat sahaja lah “unity government” yang di promosikan olih Presiden PAS dan Timbalan nya. Masih belum ada kenyatan yang jelas dari dua pemimpin PAs ini dan kami yang bukan ahli PAS dan mana mana party politik yang memangkah PAS di PRU yang lepas masih menanti sekiranya mereka bersekongkol dengan UMNO, satu gerakan NO TO PAS akan dilancarkan. Asyik nak tipu rakyat dan kali ini biar rakyat memberi pengajaran kepada PAS. Sokonng PAS duit habis, masa terbuang dan di dunia pun sengsara dan di akhirat belum tahu lagi.

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Sahabah2 semua,

    Susah hendak membentuk unity government selagi gejala2 kejahatan,kezaliman,kemungkaran dan kemaksiatan berleluasan!

    Hapuskan gejala2 ini semua, baharu lah we talk about unity government if theres any or needed?

    PAS kenalah sabar! Step by steplah kan. Jangan nak terburu2 didalam hal ini. Jagalah hati kawan2 didalam PKR dan DAP!

    Kempimpinan Melayu didalam PAS dan PKR kena BERANI menjelaskan pada ahli2 bahawa Pakatan Rakyat akan berdasarkan corak kepimpinan UMNO didalam BN iaitu pemimpin2 melayulah yang wajar mojoritynya menjadi teras kempimpinan, nak samakan UMNO teras kepimpinan BN sejak selepas merdeka dahulu! Tidak payahlah hendak menyorok2 lagi! Baik gaduh sekarang daripada hendak bergaduh kemudian.

    Kalau UMNO berjaya selama ini jadi teras kepimpinan, mengapa pulak kepimpinan Melayu didalam PAS dan PKR tidak berani mengikuti jejak langkah UMNO yang hebat sejak merdeka ini.

    Corak kepimpinan dan pembahagian kuasa UMNO bersama parti component2nya yang lain adalah bagus sejak merdeka lagi! Ungkaplah balik sejarah menuntut kemerdekaan dahulu dimana UMNO merupakan parti yang dominant!

    Kalau UMNO dapat betol2 hapuskan rasuah berbagai bentuk,salahgunakuasa, nepotisma dan kronisma , urustadbir ekonomi negara dengan betol dengan meletak rakyat teratas sekali dan pandai memberi kemakmoran dan keselesaan rakyat dengan membenteras gejala2 kejahatan,kemaksiatan,kemungkaran dan kezaliman, jangan terperanjat kalau rakyat akan balik menyokong UMNO dan BN! Enuf is enuf kata orang putih! Moga UMNO renunglah betol2 supaya membawa cepat keyakinan rakyat balik kalau sempat! Kalau tidak sempat, ingatlah bahawa rakyat dahagakan kebersihan didalam pemerintahan dengan menghapuskan segera segala kemungkaran2! Siapa cepat dia akan dapat! Hati rakyatlah mesti dihambati! Rakyat sudah semakin bijak sekarang!

    Pemimpin unggul Pakatan Rakyat adalah DSAI dan Uztad Haji Hadi yang disokong olih pemimpin2 Melayu yang lain! Wajarlah Pakatan Rakyat membuka pintu pada parti2 lain untuk sertai Pakatan Rakyat walaupon kebanyakan ahli2 ini semua tidak mahu ber ketuakan ketua2 didalam PAS,DAP DAN PKR sendiri!

    Biarlah parti2 baharu ini masuk dengan ketua masing2 dan jugak wadah baharu perjuangan mereka ASALKAN MEREKA HORMAT BAHAWA PEMIMPIN TERTINGGI PAKATAN RAKYAT ADALAH DSAI DAN UZTAD HAJI HADI DAN JUGAK PEMIMPIN2 MELAYU LAIN YANG JADI MAJORITY UNTUK SAMAKAN STRUKTUR UMNO DIDALAM BN tadi!

    Sekian wasalam………bantailah saya kalau saya tersilap….

    Reply

  5. 5 angkasawan nasa Jun 7th, 2009 at 11:38 pm

    He he !! perkataan bebas tiada dalam kamus DBP dan Kamus UMNO BN, kat malaysia ni Parti bebas pun tak bebas kerana sering di taja atau sebagainya.SUHAKAM yang sepatutnya bebas juga tidak bebas! apalah di harap pada badan bebas!. Yang ada kebas kan malaysia ini perkataan Kebas ada dalam kamus DBP terutama dalam kamus UMNO BN perkataan ini memang amat jelas tak percaya tanya Awang Selamat atau Astora Jabat, Kebas memang berlaku di negara ini segala punca mendatangkan wang di kebas oleh UMNO sama ada kebas kerajaan negeri (perak) atau kebas hasil negara. bab kebas hasil negara akan di ketegahkan pada masa yang sesuai.

    Reply

  6. 6 win-win winner Jun 7th, 2009 at 11:41 pm

    Sdr pencadang,

    Usul tergempar nak tubuhkan Suruhanjaya bebas DiRaja,Cadangan baik mencadang siapa yg akan meluluskan,,,kerajaan? its back to scale one again,kita lelah berteriak,canang 1malaysia org lain yg minum hilang dahaga.Rakyat dah tahu siapa UMNO/BN tu,walaupun siapa sekalipun pihak atasan DYYM,RAJA,RAJA2 (mereka tahu kes begini betul)hanya darisegi realiti saja,pasti mereka akur,never say no,always say right boboss, dek arahan PM,siapa PM org no 1malaysia,laongkanlah negara kita negara demokrasi,kononnya,,apa yg dpt kita buat,tak dpt apa2 selain daripada hanya mengadakan PILIHAN RAYA,itu saja pembunuh POWER yg dpt kita usulkan…so renung2………..

    Reply

    vengai Reply:

    Will Sultan of Perak be Called if the Royal inquiry been formed. Definetly Naiiiii.The royal comission to questioned. Even Tun Mamak Kerala not called for the LINGGAM JUDGEMENT typist Case.

    Reply

  7. 7 Abdullah Jun 7th, 2009 at 11:44 pm

    Saya pun tak faham bagaimana DYMM Yang Dipertuan Agong boleh menubuhkan Suruhanjaya Diraja kalau tidak dengan nasihat Perdana Menteri. Dan Perdana Menteri pula mungkin meminta pandangan Mufti Perak untuk mendapat petua. Kes in akan terus berpusing-pusing, sebagaiaman terpusingnya kepala rakyat Perak hari ini.

    Reply

  8. 8 joe-kedah Jun 8th, 2009 at 12:31 am

    DSAI,
    Usul tergempar yang telah dipersetujui dalam muktamar PAS memang tepat pada waktu dan ketikanya. Cuma yang perlu kita fikir-fikirkan persoalan berikut:-
    1. Setuju kah DYMM yang dipertuan agong dan majlis raja-raja dengan kehendak sebegini?.
    2. Setuju kah Duli yang maha mulia sultan perak dengan usul-usul sebegini.
    3. Setuju kah raja muda perak dengan usul-usul sebegini, nanti GAMUDA muflis siapa nak tolong pula?.
    4. Setujukah mamak zamri dan najib dengan usul-usul ini?.

    Kalau keempat-empat ini tidak perkenan, sukar untuk kita menyelesaikan kemelut ini.
    DSAI,
    Sejak kerajaan pakatan rakyat perak kena guling dengan umno/bn, dilihat, tv kerap menayangkan peristiwa berdarah BUKIT KEPONG arahan tan sri dato jins samsudin. Agaknya dimalaysia ini, hanya pdrm saja lah yang berjasa kepada negara, sedangkan ATM hanya goyang telor, mundar mandir kesana kemari metekedarah gaji free. Ramai rakan-rakan dari bekas ATM merungut dan nampak sangat tv kongkongan umno bn cuba meniup api-api perkauman. Kalau tan sri jins betul-betul ikhlas, saya menyeru beliau keluarkan pula filmx jasa angkatan tentera malaysia memerangi keganasan kominis. Peristiwa-peristiwa yang saya maksudkan seperti berikut:-
    1. PERISTIWA SERANGAN KOMINIS DI ULU LEGONG BALING
    2. PERISTIWA SERANGAN KOMINIS MENJATUHKAN SEBUAH HELI DI GUBIR SIK KEDAH.
    3. PERISTIWA PERISTIWA SERANGAN KOMINIS PARAKU DI SG. SONG, SERAWAK
    4. PERISTIWA SERANGAN KOMINIS MENYERANG KEM ASKAR MELAYU DIHUTAN MELINTANG, KELANTAN
    5.PERISTIWA KELIAN INTAN
    6. PERISTIWA PERTEMPORAN KOMINIS DI SG. RUAN PAHANG.
    7. PERISTIWA SERANGAN CPO GUNONG JERAI, KEDAH.
    8. PERISTIWA SERANGAN KOMANDO GERAK KHAS ATM BUKIT HIJAU BALING, KEDAH.
    9. PERISTIWA SERANG HENDAP KOMINIS KEATAS KONBOI ATM DI JALAN KROH BALING
    10. PERISTIWA PERTEMPORAN ATM DENGAN KOMINIS DI BUKIT BERAPIT KROH.
    banyak lagi peristiwa-peristiwa yang banyak mengorbankan anggota angkatan tentera malaysia. Saya faham, tan sri orang kuat umno, tetapi jangan mengambil sikap double standard. Harap tan sri memahami naluri anggota ATM.
    Sekian, Wassalam.

    Reply

    win-win winner Reply:

    ass Jin,

    Nama dah Jin, dulu sawaktu jadi pelakon/pengarah,kerahkakah bila dilantik senator,nama pun dah kotor sekarang,kalau jin benar2 nak perjuangkan anak seni di malaysia ni peluang senja mu yg tinggal sisa2 sekarang,berlaku adillah, naikkan taraf hidup mereka,buat proposal/kajian,kau butakah hari2 terpampang di kaca TV soal kesengsaraan mereka,sebabtulah mereka lantik/sokong jin sebagai senator,jgn dok ingat diut finas aje,nak mertabbatkan film belanja jutaan rm konon,jgn nak jadi perangai org UMNO,sia-sia jin…..so sebelum menutup mata,buatlah amal pada mereka yg memerlukan,jin lebih tahu seluruh anak seni di malaysia bergantung pada nama JIN bukan SAIYTAN…semuga nama mu JIN dikenang org seni sehingga anak2 cucu22 org seni..Amin…so renung2……..

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    winner!

    Ko suka sangat cakap renung2! Kenapa sahabah?

    Reply

  9. 9 budak pj Jun 8th, 2009 at 12:49 am

    what is happening in penang? why pkr lawan dap there? gerakan-bn will have a good time with this if the issue drags on. what’s wrong with the 8 pkr councillors? is it another bn trap?

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Budak pj!

    Betol ke ni? Kalau gitu wajar mereka2 yang membuat porak peranda didalam Pakatan Rakyat di lucut sahaja keahliannya serta merta! Kepimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat kena tegas! Kata, Pakatan Rakyat hendak jadi pakatan yang benar2 bersih dari kemungkaran,kejahatan, kezaliman dan kemaksiatan! Buang sahaja mereka2 ini yang tidak pandai jadi manusia baik! No manusia jahat didalam Pakatan Rakyat! Habis cerita!

    Patah tumbuh hilang berganti, masih ramai lagi bakal2 pemimpin2 yang baik2! Pandai2lah cari pemimpin2 yang sebegini!

    wasalam……….

    Reply

  10. 10 jk Jun 8th, 2009 at 12:54 am

    Askm

    Saya amat tidak bersetuju dgn presiden pas. demi nak berkerjasama dgn umno bercakap pasal islam, pasal agama, pasal ketentuan allah,perintah allah. tapi jangan lupa memang belah pas mengikuti semua itu.tapi di belah melayu umno pada mereka semua itu tak pakai. ingat kebanyakan pemimnpin umno adalah biawak lidah bercabang.kalau nak rasa kalah di pilihanraya akan datang berkawanlah dengan umno.buat lah semoga pakatan rakyat hancur berkecai dek kerana pas berkawan dengan umno.

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    jk! ini president john kennedy ke tu!

    Hang ni bijak! Aku sokong hang 100%

    Reply

  11. 11 AS Jun 8th, 2009 at 1:17 am

    Saya sokong sepenuhnya usul dari PAS kawasan Tambun. Ternyata amat perlu satu siasatan bebas dilakukan untuk mengenalpasti dalang-dalang di sebalik rampasan kuasa haram di Perak. Jangan lupa juga mendesak penubuhan Suruhanjaya Bebas DiRaja untuk menyiasat skandal Altantuyah-C4, pembelian kapalselam, PKFZ, ketidakprofesionalisme SPR dan SPRM, rasuah politik wang Khairi, Ali Rustam, kes Stadium runtuh kat Terengganu. Memang banyak skandal kerajaan BN ni……

    Reply

  12. 12 ANAK MALAYSIA Jun 8th, 2009 at 4:22 am

    semenjak TDM BERSARA SEBG PM KE-4,bermcm2 cerita kita boleh dengar dr sebelah BN dan PR sudah……

    Reply

  13. 13 aku Jun 8th, 2009 at 5:08 am

    salam

    PAS akan sertai UMNO? bukan kot? cuma boleh berbincang tapi tak semestinya join.
    Anyway, sori tu say Hj hadi, tok guru dah buat satu kesilapan besar kerana “mengadakan” satu krisis/tanggapan/modal kepda media/BN. Walaupun niat baik, but remember : “GOOD Anttention MAY KILL”

    Reply

  14. 14 pemerhati politik Jun 8th, 2009 at 8:36 am

    PAS tidak harus nampak “LEBIH BEKERJASAMA DENGAN UMNO BERBANDING DENGAN PAKATAN”. Ia umpama kacang lupakan kulit.

    UMNO memang menunggu sesiapa sahaja termasuk PAS untuk “DIPANCUNG”. Tengok sendiri, parti-parti lain dalam BN mana ada SUARA- hanya diam membisu tak berani bersuara menentang polisi UMNO yang bertentangan dengan aspirasi mereka (komponen BN lain).Kalau adapun HANYA ACAH-ACAH AJE!! HAKIKATNYA TAKUT!!!!

    Untuk penyokong tulen PAS, lupakanlah hasrat bekerjasama dengan MUSUH (UMNO). Memang motif UMNO untuk bekerjasama itu ada agenda tersembunyi yang NAMPAK. Untuk memusnahkan KEKUATAN Pakatan Rakyat. Patahkan satu sayap.

    Memang tak ada faedah langsung bekerjasama dengan UMNO-bahtera yang sedang tenggelam. Harapkan PAS jadi penyelamat.

    PAS harus sedar bahawa PAKATAN kan sedang menuju KEMENANGAN – lihat nanti di PRU13. BUKTI :BN pun takut PILIHAN RAYA di Perak. Jangan sia-siakan harapan Rakyat yang mahukan PERUBAHAN.

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    sokong 1000%

    Reply

  15. 15 kulup lodin Jun 8th, 2009 at 8:57 am

    lantak le labu………………

    Reply

  16. 16 AMI KS Jun 8th, 2009 at 9:00 am

    Saya menyokong penuh penubuhan suruhanjaya bebas ni…tetapi nanti saya kuatir di mana hasil siasatannya…??adakah akan lesap spt siasatan ke atas VK Lingam?? (^_^)

    Reply

  17. 17 win-win winner Jun 8th, 2009 at 9:19 am

    Ass`kum,semua…

    Haji Hadi nak jadi hero cerita Tamil kot,apapun biarlah HH shooting place tu kena pada tempat yg betul, di Putra jaya. HH dah tahu siapa UMNO/BN(PAKSAOK MALAYSIA)yg susah nak ditumbang dgn machine gun kontot PAS,nak gunakan Haddis`Agama,Telinga org UMNO/BN dah disarung oleh Vincent Tan.Perangkap UMNO/BN pasti mengena kali ini,yg kita cakap nak mengenalpasti semua dalang-dalang yg adakat mereka,jgn bermimpi antara waktu magrib & isyak kawan,semua provokasi UMNO dah dibank in oleh KHAIRI kat Swiss bank,haprak mcm manapun launggan PAS,mcm menyalak bukit.UMNO dah pasang umpan KFC pada PAS,jika mengena maka tumbanglah PAS buat selama2nya,konon PR nak kubur UMNO/BN pru 13,last2 PR yg terkubur PAS….apabendani…Jgn nak tandingi soal khiyanat UMNO/BN dlm perkara tipu-menipu,they are the bestest..!!PAS,jgn mimpilah nak tipu,belajar tipu pun tak pass,mcmana nak tipu raja penipu……..So HH…..jgn dok biar Nik Aziz menangis tua lagi…..so.renung2…….

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    sokong win win winner 1000%

    Reply

  18. 18 rahim Jun 8th, 2009 at 10:30 am

    majlis bandaran x kutip sampah salah najib, parit sumbat salah najib, jamban kt rumah sumbat pn salah najib, tingkap berhabuk salah najib, x dapat msk u salah najib, xdpt biasiswa salah najib, semua yg salah najib lah.

    surah an-nur ayat 55 :

    Dan Allah telah berjanji kpd orang-orang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal soleh bahawa Dia sungguh-sungguh menjadikan mereka berkuasa di bumi.

    -Allah berjanji di dalam Al-Quran orang yg beriman dan mengamalkan amal soleh akan diangkat menjadi pemimpin.

    -Siapa yg beriman dan mengamalkan amal soleh di antara kita di bumi diangkat menjadi pemimpin ?

    Obama ke ? Yahudi ke ? Anwar ke ? Najib ke ? Tok Guru ke ? Osama Laden ke ? Lim Kit Siang ke ?

    atau dibumi sekarang tiada pemimpin ?

    Reply

  19. 19 kerepek Jun 8th, 2009 at 11:04 am

    Assalamualaikum,apa salahnya jika PAS bekerjasama dng UMNO? Adakah semua pemimpin umno tidak baik? Adakah pakatan rakyat dapat menubuhkan negara ISLAM (DAP???)Mahukah anda semua sebagai umat ISLAM diperintah oleh pemimpin bukan ISLAM? PAS akan lebih berkuasa jika bekerjasama dng umno,hapuskan segala kemungkaran yg ada dlm umno nescaya ISLAM akan subur di bumi malaysia…AAAMINNNNN…

    Reply

    win-win winner Reply:

    sdr..oiii,

    Bukan nak halang……AYAHANDA MARAH TAK,,,,TAKKKKK…..a.peluklah lagi kuat2 binikauni.Sememangnya pemimpin umno baiiiiiiik belaka,kau ni cerita pemimpinkah cerita parti,Kami nak kuburkan parti UMNO bukan pemimpin islam,tak kan jebat derhaka pada umat/bangsa,kalau tak dicabar pemimpin penipu pada rakyat……so renung2..kerepek/merepek kauni

    Reply

  20. 20 tebuhitam Jun 10th, 2009 at 1:33 am

    Kelako statement nie…
    Geli ketiak aku…
    Lu org pun sama gak.

    Reply

  21. 21 AKU NIE Jun 13th, 2009 at 2:03 pm

    Apakah benar dan telus fungsi kewujudan suruhanjaya ini nanti? tidakkah ianya akan menjadi hanya sekadar nama yg disebut tetapi bukan status dan kejayaannya yg digembur? AKU NIE bukan mahu menjadi pesimis tetapi sejarah yg menjadikan AKU NIE bersikap begini. setiap kali terjadi kes yg mendapat perhatian rakyat dn perlukan pembelaan mahkamah ataupun keadilan maka suruhanjaya ditubuhkn, apa hasilnya? Apa yg telah terjadi dgn suruhanjaya yg lepas2?

    AKU NIE memang setuju suruhanjaya ditubuhkan, tetapi ianya akan hanya membazir wang ringgit rakyat sahaja, bukan pe mereka kt atas ni bukan boleh kerja sukarela mereka mesti bergaji juga.. akhirnya ianya hanya menjadi badan yg berfungsi untuk memberi jawatan ataupun kerja bg mereka telahpun pencen. Bukan nk jaki tapi mereka ni bukan boleh dibayar seratus dua ratus je tapi puluh ribu entah2 ratus ribu. Kemana salur duit cukai yg AKU NIE bayar? ke saku mereka yg telah kaya makin kaya dan tetap kaya.

    Unless didalam suruhanjaya itu nanti dilantik mereka2 dr kalangan semua parti besar di Malaysia bersama hakim2 besar malaya beserta bdn berkecuali yg terdiri dr pemerhati luar dan dalam. setiap kali perbicaraan suruhanjaya ianya harus dipertontonkn di segenap pelosok malaysia dan akhirnya keputusan dicapai tidak boleh diperdebatkan lagi dimahkamah mana2 pun hatta ke tribunal antarabangsa. Selesai sahaja kes di selesaikan maka suruhanjaya mesti dibubarkan. Amacam? boleh atau tidak ianya direalisasikan?

    AKU NIE teringin gak lihat bagaimana parti besar di Malaysia ini nanti bekerjasama dalam suruhanjaya ini nanti.

    Jika begitu sukar untuk suruhanjaya ini bergerak seperti AKU NIE sarankn. Maka lupaknlah tentang suruhanjaya ini. Jangan lupa untuk terus memprotes tentang isu-isu besar ini, protes kita secara berterusan akan membuka mata DYMM kerana kita bukan hendak menderhaka tetapi ingin menyatakan yg kita bersama DYMM andai DYMM bersetuju pembubaran DUN Perak dilakukan. Mungkinkh DYMM ditekan oleh pihak tertentu?

    bagaimana pun kemelut ini telah membuka mata rakyat bagaimana keadilan adalah mainan kerajaan sahaja. Anyway rakyat masih menaruh harapan bahawa kemelut ini dapat diselesaikan secara baik dan penuh semangat demokrasi.

    Teruskan semangat juang membenteras ketidakadilan. Suara kita bukan suara menderhaka tetapi suara kita kerana sayangkan negara tercinta. Sebenarnya kita telah membuka mata BN tetapi mereka tetap membutakan mata mereka kerana mereka yakin dan yakin masih ada yang sayangkan BN walaupun mereka tidak sayangkan rakyat.
    SATU MALAYSIA RAKYAT DIDULUKAN PRESTASI DIUTAMAKAN. ek elehhh.

    Reply

  22. 22 namaku myname Jun 14th, 2009 at 10:00 am

    aslmkum.w.w.

    alhamdulillah. negeri perak ada duli yg maha mulia.
    sekiranya negeri perak seperti melaka & Penang atau Sabah & serawak.
    dapat ke dato’ sri nizar duduk di situ?

    jadi persoalannya.
    siapakah yg membela siapa?
    bagi 1 pehak membela demi mejority melayu@islam.
    pihak yg lain membela bagi majority DAP@bukan islam.

    berfikir sebelum bertindak itu sebaik2nya.
    wslm

    Reply

Leave a Reply