02
Jun
09

Penanti: Pakatan Rakyat perlu terus hati-hati terhadap angkara Umno-BN

Dari Harakah Daily

Oleh Mohd Sabri Said

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Kerajaan Pakatan Rakyat supaya lebih berhati-hati dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana kemenangan Pakatan Rakyat di Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti menjadikan Umno lebih agresif merancang berbagai usaha buruk untuk memenuhi dendam mereka.

Ujarnya, penolakan BN oleh rakyat sejak kebelakangan ini membuatkan kepimpinan parti itu semakin lantang mencerca dan mencipta berbagai usaha memburuk-burukan usaha kerajaan walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakan program kebajikan terhadap rakyat.

“Awasi usaha Umno akan datang kerana mereka akan lakukan apa saja untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat termasuk melaga-lagakan kepimpinan gabungan ketiga-tiga parti,” jelasnya ketika memberikan amanat selepas menang di Yayasan Aman, Penanti semalam.

Beliau menambah, pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) juga memainkan peranan dengan arahan BN supaya rakyat yang cenderong kepada Pakatan Rakyat tidak boleh mengundi walhal dalam pilihan raya umum lepas nama mereka tertera dalam buku daftar pemilih.

Tidak mustahil Pilihan raya Kecil Manik Urai, Kelantan nanti sambung Anwar, BN cuba melakukan berbagai helah untuk membersihkan nama mereka di Penanti.

Menyentuh isu kemenangan di Penanti beliau yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen mengucapkan terima kasih pada pengundi kerana memberi ruang untuk Dr Mansor berkhidmat di Penanti walaupun beliau bukan anak tempatan Penanti.

“Berilah beliau peluang membina harapan baru yang lebih sengit di Dun Penanti. Marilah bersamanya melebarkan semangat serta tingkatkan pembaharuan yang dikehendaki oleh Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng,” katanya.


23 Responses to “Penanti: Pakatan Rakyat perlu terus hati-hati terhadap angkara Umno-BN”


  1. 1 SABAHAN Jun 2nd, 2009 at 9:35 am

    UMNO BE END AKAN MELAKUKAN APA SAHAJA UNTUK TERUS BRRKUASA..PADA RAKYAT YANG BIJAK JANGANLAH MUDAH DIPERBODOHKAN OLEH MAINAN POLITIK KOTOR UMNO BE END.DAN JANGAN BUTA KERANA WANG YANG DIBERIKAN SEMASA KEMPEN PILIHANRAYA UMNO-BE END, RAKYAT SABAH PERNAH DIBUTAKAN OLEH KUASA WANG PARA PEMIMPIN UMNO BE END SABAH YANG MANA AKHIRNYA PR TEWAS DISABAH.WANG ITU SEPATUTNYA DISALURKAN BAGI PEMBANGUNAN RAKYAT TETAPI DISALAH GUNAKAN BAGI KEPENTINGAN UMNO BE END SAHAJA.IMPAK KEBANGKITAN RAKYAT SABAH DAPAT DILIHAT SEMASA PRU LALU BILAMANA RAMAI RAKYAT SABAH MEMBERIKAN SOKONGAN PADA PAKATAN RAKYAT.SEBAGAI RAKYAT YANG BIJAK DAN MEMBENCI POLITIK PERKAUMAN MAKA MARILAH KITA BANGKIT MENENTANG KUASA UMNO BE END…REFORMASIXXXXXXX….LAWAN TETAP LAWAN..

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Saudara Sabahan,

    Kalaulah benar apa yang dikatakan sedara, apa lagi yang difikirkan rakyat disana. Sokong sahaja Pakatan Rakyat la…………..Diharap, rakyat diSerawak pon begitu!

    Orang kata, TIADA MAAF BAGI MU! Maka beralihlah ke Pakatan yang bolih membela nasib rakyat dengan benar2 menghapuskan segala kajahatan,kezaliman, kemungkaran dan kemaksiatan!

    Sudah sampai masanya, rakyat disana bangkit dan sokong Pakatan yang benar2 bersih dan meletakkan kemakmuran rakyat sebagai perjuangan yang teratas sekali dan meninggalkan kepentingan diri, keluarga dan sahabat handai!

    Sekarang ini ada 2 pakatan gergasi didalam negara bernama BN dan Pakatan Rakyat! Kalau kedua2 ini menghampakan lagi rakyat, kita sokong Pakatan ketiga pulak!

    Sekian wasalam…………..

    Reply

    John Media Reply:

    Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

    Saya bersetuju dengan saranan DSAI berhubung peluang yang harus diberikan kepada YB Mansor untuk mencurah khidmat bakti di Penanti khususnya seterusnya di Pulau Pinang keseluruhannya.

    Perlantikan YB Mansor sebagai TKM1 dilihat sebagai usaha berterusan PKR dan PR untuk terus memenangi hati rakyat pulau mutiara supaya mengekalkan sokongan mereka kepada PR sebagaimana PRU yang lalu.

    Sebagai TKM1 berbangsa Melayu, YB Mansor seharusnya memastikan nasib masyarakat Melayu di Pulau Pinang terbela dan terus menerima bantuan dan sokongan yang seharusnya telah diberikan sejak sekian lama.

    Sewaktu DSAI menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri sebelum dipecat dari kerajaan lebih 10 tahun lalu, masyarakat Melayu di sana masih dalam keadaan yang jauh ketinggalan berbanding kaum Cina yang jelas menguasai ekonomi dan penempatan di sekitar pusat bandar di seluruh Pulau Pinang.

    Orang Melayu kebanyakannya masih berkerja dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan yang kebanyakannya terjejas akibat kegawatan ekonomi yang melanda dunai pada hari ini. Kita seharusnya telah lama belajar dari kaum Cina tentang bagaimana mereka boleh berjaya di Pulau Pinang tanpa sebarang prejudis atau sifat iri hati. Tepuk dada, tanya selera…

    Meskipun PR dibarisi oleh pelbagai entiti sama seperti BN, UMNO masih dilihat sebagai tunjang kepada survival masyarakat Melayu. Meskipun terdapat tanggapan bahawa orang Melayu telah mula beralih arah kepada PR, namun harus diingat UMNO masih lagi mempunyai kekuatan mereka sendiri dan mereka mampu bangkit sekiranya UMNO ikhlas dan mahu berubah. Berubah secara total sejajar dengan perkembangan semasa merupakan langkah yang wajib dilakukan oleh UMNO kerana UMNO itu sendiri adalah sinonim dengan orang Melayu. Ini adalah hakikat yang harus diterima oleh semua pihak waima DSAI sendiri.

    Sebagai seorang rakyat bawahan, saya masih yakin pada suatu hari nanti, akan tiba masanya di mana semua pihak termasuklah BN dan PR akan saling bekerjasama untuk memastikan kelangsungan kemakmuran rakyat terbanyak. Mungkin kita harus mula melihat bagaimana masyarakat negara barat yang akan terus bersatu sebaik selesai pilihanraya. Mereka mungkin berbeza pendapat dalam banyak hal, tetapi kepentingan dan kebajikan rakyat harus diutamakan dalam semua segi.

    Pemberian kemudahan terpilih di mana kita melihat terkadang ada segelintir kelompok masyarakat yang ditidakkan hak mereka untuk menikmati kemudahan atau kemajuan hanya kerana perbedaan politik mesti diberhentikan. Janganlah ada antara kita yang masih mengamalkan politik kekampungan.

    Akhir sekali, kepada YB Mansor, janganlah dipersiakan mandat yang diberi oleh rakyat Penanti yang mengharapkan YB dalam pelbagai aspek. Kembalikan kekuatan orang Melayu baik dalam dalam sektor ekonomi atau aspek lain agar orang Melayu mampu berdiri sama tinggi dengan kaum Cina. Saya yakin, sekiranya orang Melayu bersatu dan benar-benar ingin menyumbang kepada kemakmuran negeri Pulau Pinang, Y.A.B. Ketua Menteri mampu menarik nafas lega kerana orang yang ingin diubah sememangnya ingin diubah. Semoga rakyat terbanyak akan terus mendapat manfaat daripada pilihan mereka sendiri yang mahukan PR memerintah Pulau Pinang. Kepada UMNO dan BN, yakinlah setiap yang berlaku itu ada hikmahnya……sekiranya kalian mampu mengembalikan keyakinan rakyat, tiada apa yang mustahil di dunia ini. InsyaAllah….Sekian, wasaalam.

    Reply

    Muhammad Reply:

    John Media, tak payah lah nak berharap-harapan dgn UMNO-BN. Parti itu mesti ditalkinkan dan pemimpin2 sombong merekah dinyahkan ke muka pengadilan atas penipuan2 dan songlapan yang mereka lakukan sepanjang 50tahun dan aniaya kepada banyak individu dan keluarga serta perkembangan belia dan pemuda-pemudi…bukan kecil dosa mereka sebenarnya.

    Tetapi kita masih boleh jemput ahli2nya untuk ditarbiah dan dididik semula untuk menjadi manusia kearah kesempurnaan dan hidup rukun damai dan berpolitik secara sehat.

    Orang Penang.

    Reply

    win-win winner Reply:

    sdr,sahabah kalian…

    UMNO perlu membuat perubahan dan selidiki punca kenapa rakyat berpaling kepada parti lain yg benar2 memperjuangkan hak rakyat,itu kata si misai kontot,sepatutnya selidikilah ahli2 UMNO keakar umbi yg banyak membazirkan duit rakyat sehingga rakan sendiri dalam parti UMNO yg benar2 memperjuangkan ketulenan adil dan hakiki pada bangsa rakyat dikawasan masing2 terasa bahangnya,Ahli ini menjadi terhempit sama dik perbuatan khianat Ahli yg hanya pentingkan diri meraih kekayaan berlandaskan platform Parti UMNO.Diharap parti PR,PKR tidak menerima org sebegini dlm parti,seandainya berlaku di dalam parti PR,PKR nescaya mereka senasib dgn UMNO,Hal begini akan membuatkan rakyat muak dan menjauhkan undi,dik teringat perkara begini,amat sukar dan payah bagi mana2 parti untuk Recycle balik,saya percaya UMNO dilandasan senyum dan tangis masa kini,hanya rakyat yg dapat menyelami hasrat hati pemimpin mereka,apa2 pun mereka projek utk pujuki rakyat masa ini hanyalah membazir masa dan duit saja.Kata org medical,`mencegah lebih baik daripada mengubati,serupa mcm penyakit AID/HIV….SO RENUNG2..W`allhualam…

    hidopANWAR Reply:

    Sahabahku John Media,

    Kena terus terang sahaja dengan DSAI begini!

    Kepimpinan Melayu didalam Parti Keadilan Rakyat dan Kepimpinan PAS adalah pengganti kepimpinan UMNO didalam BN………….Itu sahaja caranya! Amanlah dunia kita nanti!

    Apa pendapat sahabah John Media tentang komen saya ini?

    Wasalam sahabah………

    Reply

    azidi Reply:

    hidopANWAR. Kepimpinan Melayu 100% ada pada UMNO dan PAS. PKR ada Melayu, Cina dan India. Jadi PKR tak boleh kata mereka sebagai pengganti dan perjuangkan Melayu.

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Saudara Azidi,

    UMNO jelas parti yang dominant sejak menuntut kemerdekaan dimasa lampau! Bayangkan selepas merdeka, cabinet kerajaan masa itu diwakili 7 menteri UMNO, 2 Menteri MCA dan satu menteri MIC! Aman damai rakyat negara kita dibawah formula cabinet Tunku dahulu!

    Maka pada saya, wajarlah formula tersebut di warisi hingga sekarang berdasarkan
    segala sejarah2 kerajaan Melayu dari zaman dahulu lagi.

    Struktur kepimpinan BN sejak merdeka memanglah sangat bagus pada saya tetapi malangnya diakhir2 ini dicemari dengan penyalah implementasikan objektif2 Dasar Ekonomi baharu dan berbagai2 perkara lagi yang tidak disenangi rakyat.

    Kalau Pakatan Rakyat hendak jadi alternative pada BN, pada saya kesinambungan struktur kepimpian BN wajar dikekalkan iaitu UMNO teras BN manakala pada saya sahlah bahawa PAS jadi teras kempimpinan Pakatan Rakyat! Teras kempimpinan mesti sama saya rasakan! Walaupon PAS bolih jadi alternative pada UMNO, tidak semestinya PM nya dari situ sebab ada lagi tokoh2 Melayu yang hebat dari Parti Keadilan Rakyat yang telah berjasa besar menyatukan PAS dan Dap!

    Hanya implementasikan dasar2 ekonomi baharu yang wajar di perkemaskan dengan baik semula kelandasan keadilan! Struktur pentadbiran janganlah diubahkan!

    Untuk mengatasi persoalan saudara azidi yang mengatakan bahawak PKR ada berbagai bangsa, saya cadangkan begini sahaja.

    Parti Keadilan Rakyat pada saya sebenarnya sudah merupakan satu BN pembakang! Apakata, kita bahagikan Parti Keadilan Rakyat sebagai gabungan bangsa2 seperti jugak gabungan parti2 didalam BN. Bangsa didalam Pakatan Rakyat = Parti didalam BN!

    Maka, struktur didalam Parti keadilan Rakyat berubah wajah. Kaum Melayu didalam PKR ada Presidennya, Kuam Cina ada presidennya jugak, kaum cina ada presiden India ada presidennya dan seterusnya.

    Maka didalam PKR itu sendiri merupakan gabungan bangsa2 yang mengikut kaum! Presiden PKR akan dinamakan dengan gelaran baharu iaitu bukan lagi Presiden Parti Keadilan Rakyat tetapi Presiden Tertinggi Pakatan Rakyat sebabnya bawah Presiden Tertinggi Pakatan Rakyat ada presiden2 yang mengikut kaum tadi!

    Presiden Tertinggi dan Timbalan Presiden tertinggi MESTILAH ORANG MELAYU SELAMA2NYA kerana kita hendak samakan struktur kepimpinan BN tadi.

    Kalau struktur begini di lakukan olih Parti Keadilan Rakyat, maka kepimpinan Melayu
    didalam PKR adalah pengganti UMNO!

    PAS dan Melayu2 didalam PKR janganlah hendaknya berebut2 kuasa sesama sendiri. Itu sahaja yang saya harapkan. Kepimpinan Melayu didalam PKR dan PAS, pandai2lah berkongsi kuasa dan jangan tamak2!

    Kalau susah sangat, buatlah undian dari semua ahli2 PAS dan Melayu2 didalam PKR untuk memilih teraju2 negara berdasarkan kebolihan sesaorang itu dan jangan sekali2 berdasarkan kepartian!

    Pada hemat saya lah, selagi DASAR EKONOMI BAHARU belum menepati sasaran nya, apa salahnya pemantauan di gunakan berlandaskan bangsa2 dahulu supaya senang kita buat bancian tentang penyampaian dasar2 DEB ini.

    Sudah benar2 tercapai sasaran Dasar Ekonomi baharu, baharulah saya rasakan aman negara kita sebenar2nya!

    Sekian sekadar mencurah buah fikiran…………correct me if I am worng atau dalam bahasa Melayunya berbunyi begini……perbetolkanlah saya kalau saya salah didalam buah fikiran yang saya curahkan disini…………..

    wasalam………..moga Keadilan Tertegak didalam negara kita!

    Reply

    azidi Reply:

    Salam untuk saudara hidupANWAR dan pembaca semua. Kemelut politik Melayu bermula dengan pemecatan DSAI tahun 1998. Bermula dari saat itu hingga sekarang, orang Melayu telah berpecah dari UMNO kepada PAS, PKR dan bebas. Inilah senario yang benar terjadi kepada orang Melayu.
    Lebih malang lagi apabila DSAI menubuhkan PKR dan mengambil bukan Melayu menyertai parti tersebut. Alangkah baiknya jika DSAI menubuhkan parti Melayu sebagaimana Semangat 46 dahulu yang akhirnya dibubarkan dan ahli2nya kembali kepada UMNO. Apa yang berlaku sekarang amat malang kerana PKR menerima bangsa lain menyertai parti dan apa yang terjadi kepada Semangat 46 jauh berbeza dengan PKR. Ahli2 PKR secara total tidak mewakili orang Melayu dan apabila krisis kepimpinan Melayu tidak dapat dirungkai maka PKR bukan jalan penyelesaiannya. Maka orang Melayu jika hendak bersatu terpaksa memilih parti UMNO atau PAS. Itu faktanya.
    Saya sayangkan identiti Melayu. Menerima bangsa lain atas alasan politik tidak sepatutnya berlaku kerana identiti bangsa telah jelas di Malaysia seperti Cina untuk MCA dan DAP juga India untuk MIC dan PPP. Oleh itu identi Melayu sepatutnya ialah UMNO atau PAS tapi malang mereka tidak sehaluan. Inilah terjadi kepada Melayu yang berpecah2 dan berpuak kepada tidak sehaluan.
    Pemimpin2 Melayu tidak dapat berunding untuk bersatu tetapi lebih kepada mencari pengaruh untuk berkuasa sehingga sanggup menerima sesiapa sahaja selain dari Melayu untuk meneruskan agenda politik mereka. Apabila tersepit seperti keadaan sekarang (iaitu krisis selepas PRU 12) Melayu lebih tidak terarah atau hilang arah berbanding dengan politik Cina dan India. Inilah hakikatnya perpecahan parti UMNO, PAS, PKR dan bebas dalam kerangka Melayu sekarang.
    Justeru adalah diharapkan supaya orang Melayu duduk dibawah payung UMNO dan PAS sahaja kerana 2 parti ini 100% Melayu dan ahli2 PKR juga diharap dapat berbuat demikian bagi masa depan politik Melayu. Gabungan UMNO dan PAS dalam kerajaan akan menguatkan lagi entiti Melayu dan kuasa politik tanahair yang semakin terhakis akibat dari perpecahan Melayu sendiri.

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Maaf saudara azidi dan kawan2,

    Ada pembetolan yang saya nak buat tentang buah fikiran saya sebelum ini.

    Pemimpin tertinggi didalam Parti Keadilan Rakyat diberi gelaran Presiden Tertinggi Parti Keadilan Rakyat dan timbalannya gelarannya ialah Timbalan Presiden Tertinggi Parti Keadilan Rakyat.

    Sekian wasalam…………

    Reply

    win-win winner Reply:

    sdr adizi,and cop,

    Parti adalah parti, bangsa ada didalamnya
    pasti adalah pasti,kurang percaya tanyalah
    ROS nya………..

    Siapa2 pun boleh menubuhkan parti, baik Kaum mana IBAN,BIDAYUH,KADAZAN,JAWA RANGERS ORG ASLI dll semua boleh.DSAi pasti ada agendanya tersendiri,tak semestinya dlm platform bangsa Melayu,tak semua sokong projek mcm ni…so renung2….

    Reply

  2. 2 jo Jun 2nd, 2009 at 9:40 am

    sir,
    a leader inspire n motivate his follower.najib…yuck!paklah..haw haw haw….we cant wait
    for you to lead.

    salam
    jo

    Reply

  3. 3 The Blog Of My Life Jun 2nd, 2009 at 9:44 am

    Walaupun BN tidak bertanding diPenanti, namun komen bodoh yang dibuat mereka memamng memalukan, terutama dari Menteri sendiri yang membuat andaian sebegitu. Seharusnya mereka tidak memberi sebarang komen yang cuba memperbodohkan rakyat tanpa henti. Rakyat Manek Urai akan pastikan Kemenangan PR berterusan dan majoriti akan ditingkatkan. Insyaallah.

    http://nmjnh.wordpress.com/2009/06/01/bn-masih-anggap-rakyat-bodoh-mudah-ditipu/

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Sedara,

    Yaaaaaaaaaaaaaaaa rakyat sekarang bijak2!

    Reply

  4. 4 AKU NIE Jun 2nd, 2009 at 10:46 am

    Kemenangan di Penanti bukanlah ukuran sebenar kebangkitan BN, memang jika diukur dari kemorosotan undi kepada PR boleh dikatakan ianya kemorosotan sokongan kepada PR. Walau bagaimana pun terlalu banyak faktor yang menyebabkan kemorosotan undi ini. Jika BN ingin mengukur kekuatan dan kebangkitan sokongan rakyat kepada BN, mereka haruslah bersama PR di Perak membubarkan ADUN dan keputusan Pilihanraya itu nanti barulah ukuran kekuatan sebenar BN. BUBAR ADUN adakan Pilihanraya.

    Reply

  5. 5 hidopANWAR Jun 2nd, 2009 at 11:25 am

    Sahabah2 semua,

    Yang paling2 Kepimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat kena AMAT BERHATI2 ialah supaya penggunaan ISA TIDAK AKAN DIKENAKAN terhadap kesemua lapisan pemimpin2 Pakatan Rakyat! Kalau ini terjadi, terbantutlah perjuangan Pakatan Rakyat nanti.

    Suatu simposium wajar diadakan oleh cerdik pandai perundangan didalam Pakatan Rakyat dan diluar Pakatan Rakyat dijemput supaya menerangkan kapada seluruh taraf Kepimpinan Rakyat segala pantang larang yang bolih menjerumuskan sesaorang itu kena tindakan ISA! Pantang larang2 ini semua mestilah meangkumi ceramah2 dan penerbitan2 didalam majalah2 dan jugak blog2.

    Seelok2nya, Kepimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat menerangkan bagaimana kah Pakatan Rakyat punya konsep KEBEBASAN BERSUARA DAN KEBEBASAN MEDIA. Biar rakyat jelata semuanya faham dengan cepat sesuatu tindakan ISA itu betol atau adil ke tidak! Rakyat jelata perlu diasuhkan ILMU perundangan KEBEBASAN BERSUARA DAN KEBEBASAN MEDIA. Rakyat makin matang dan faham tentang perundangan kebebasan bersuara dan kebebasan media, rakyat sendiri akan lebih bijak menilai perkara2 yang berlaku didepan mata mereka dan rakyat akan gunakan kuasa undi mereka untuk betol2 membantu kerajaan menegakkan keadilan dinegara kita! Kepimpinan Pakatan Rakyat kenalah bersuara satu dan senada tentang hal2 kebebasan bersuara dan media ini. Janganlah bercanggahan satu sama lain.

    Elaklah penggunaan perkataan2 seperti Kerajaan Pas, Dap dan PKR. Gunalah perkataan Kerajaan Pakatan Rakyat! Diharapkan pandai2 la semua parti2 didalam Pakatan Rakyat berkongsi kuasa dan jangan berpecah belah!

    Formula kepimpinan BN dimana UMNO teras kepimpinan wajar lah di ikuti Pakatan Rakyat didalam berkongsi kuasa.

    Untuk pengetahuan sahabah2 semua, selepas merdeka, struktur cabinet Tunku Abd Rahman adalah seperti berikut: 7 Menteri UMNO,2 Menteri MCA dan 1 menteri MIC! Ini struktur Perikatan masa itu selepas kemerdekaan. Diharap ini jadi garis panduan bagi Pakatan Rakyat berkongsi kuasa.

    Sekian sekadar pendapat saya…………..berilah komen2 anda semua jika saya tersilap……..wasalam

    Reply

  6. 6 hakinen09 Jun 2nd, 2009 at 11:51 am

    Tidak mustahil berlaku kembali Pilihanraya 1999 yang boleh dikatakan ‘kotor’. Ramai pengundi termasuk saya hilang nama sebagai pengundi setelah menyemak kali kedua. Ada antaranya bertukar tempat mengundi setelah menyemak kali kedua. MEREKA AKAN BUAT APA SAHAJA!!!!

    Reply

  7. 7 beliung kilat Jun 3rd, 2009 at 4:28 pm

    Yesss!beliung kilat anak sarawak memang sokong,walau kita susah cari duit tapi kita jangan mudah untuk di sogok dengan duit..kerana duit itu kita punya..kalau dia orang menang kelak duit itu akan datang berlipat ganda.SIAPA KATA PEMBANGKANG TAK BOLEH PERINTAH NEGARA?BN CUMA ADA SLOGAN 51 TAHUN MERINTAH..KALAU DULU MEMANG BETUL TAPI SEKARANG APA ADA..DULU UMNO MEMANG BERJUANG UTK MENEGAKKAN KEADILAN DARI DI PERINTAH OLEH PENGANAS,SEKARANG UMNO BERKUASA KERANA MENGEJAR KEKAYAAN UTK KERABAT SENDIRI..SIAPA PANDAI BODEK HIDUP..SIAPA DEGIL SIAP

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Beliung Kilat,

    Make sure rakyat sana semua sokong Pakatan yang benteras Rasuah, salahgunakuasa,nepotisma dan kronisma ok? Jangan mudah sokong Pakatan yang pura2 baik pada rakyat sana tapi tak tunaikan janji!

    Pastikan rakyat sana matang memilih kali ini ok beliung ?

    Reply

  8. 8 blackcat Jun 3rd, 2009 at 6:31 pm

    Berhati hatilah kerana memang benar BN akan bertambah gila dan rakus sehingga sanggup melakukan ketahap diluar jangkauan manusiawi kerana pada mereka kuasa adalah segalanya.

    Reply

  9. 9 harapan lama 1999 Jun 4th, 2009 at 1:29 am

    walhasil balik asal,

    bro semua…..

    PAKATAN RAKYAT utk semua bangsa 1malaysia,seandainya UMNO BN masih style ditakuk lama,peluang manik urai cerah, cara umno taktik 1999 rakyat dah tahu,umno ni kalau tak ubah strategi hancur sampai ke PRU 13,Cuma yg meyokong UMNO BN kini adalah kerabat sanak saudara,yg dok makan duit pencarian,kalau tak ada kuasa,mampus jatuh miskin mereka dan juga kakitangan kerajaan,mana datang gaji kalau kerajaan tak bagi,takutlah kena buang atau transper.Mereka harus ingat duit itu datang dari rakyat,kita sendiri punya duitlah.tapi tak semua sokong mereka dah bijak menilai…renung2 aje…

    Reply

    azidi Reply:

    Saudara harapan lama 1999. Tidak semua penyokong UMNO dan kerajaan sebagaimana gambaran awak. Kakitangan kerajaan sewajarnya menyokong kerajaan kerana mereka berkerja dengan kerajaan bukan dengan pembangkang. Jadi gaji dan bonos diterima dari kerajaan. Bersyukurlah dengan pekerjaan dan rezeki yang ada. Kerosakan berlaku dalam politik kerana nafsu untuk berkuasa melbihi dari kepentingan negara. Fikir2lah

    Reply

  10. 10 John Media Jun 5th, 2009 at 4:09 pm

    saudara Muhammad,

    Saya bersetuju dengan pandangan saudara untuk mengheret mereka yang bersalah ke muka pengadilan, tetapi sebelum sesuatu tindakan dan keputusan yang diambil, kepentingan dan kebajikan rakyat tidak dapat tidak, mestilah diutamakan.

    Tiada guna kita berbalah sesama sendiri tentang siapa yang korup, siapa yang bersalah, dan sebagainya seandainya masyarakat terbiar terumbang ambing tanpa sebarang pembelaan.

    Kita boleh buka sepuluh, seratus, seribu hatta jutaan fail sekalipun tentang salah guna kuasa dan rasuah barangkali tetapi kita sedang bercakap tentang sejarah iaitu benda yang telah berlaku. Kita seharusnya menjadikan apa jua perbuatan keji sesetengah pemimpin sebagai pedoman agar kita tidak menurut jejak sesat mereka. DSAI dan kebanyakan pemimpin melayu PKR sendiri dulunya merupakan ahli UMNO yang setia…malah pernah suatu ketika DSAI merupakan panglima perang UMNO. Maka, untuk menghukum UMNO secara total adalah suatu yang tidak rasional kerana masih ada di kalangan ahli UMNO yg masih masih berpegang pada perjuangan asal iaitu memperjuangkan nasib org Melayu tetapi mungkin tidak mempunyai suara di dalam UMNO sendiri. Proses “re-furbish” yg sedang dijalankan oleh UMNO mungkin akan diterima baik oleh masyarakat Melayu dan mungkin juga tidak. Terpulanglah kepada rakyat untuk menilai.

    Kita tidak boleh hidup dalam sejarah tetapi kita mesti belajar dari sejarah. PR, BN, UMNO, PKR dan lain-lain parti yang ada di Malaysia hanyalah nama sebuah entiti politik, tetapi apa yg membezakan antara mereka ialah ideologi dan hala tuju masing2. Kita mesti berlaku jujur dengan diri sendiri, sebagaimana PR boleh menumbangkan BN di beberapa negeri di semenanjung, adalah tidak mustahil untuk BN kembali merampas kembali tampuk pemerintahan.

    Oleh yang demikian, adalah penting untuk PR terus menambat hati rakyat, memujuk rakyat, memelihara kepentingan rakyat sementara peluang masih berbaki. Janganlah dipersiakan peluang dan harapan yg diberikan kerana rakyat merupakan hakim tertinggi di negara ini dan mereka telah membuktikannya dalam pilihanraya yg lalu. Sekian, wassalam…

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: Blog: Religion and Pluralism in a Divided World:  Public lecture by Anwar Ibrahim at the London School of Economic... http://bit.ly/c2yKdA
4 hours ago
anwaribrahim: London visit photos now online. See here http://bit.ly/av3cKS or here http://bit.ly/9T0tMO #fb
5 hours ago
anwaribrahim: @exAvantz Sewajarnya mereka jawab dgn fakta dan hujah.Sebaliknya ugutan dan kuasa rakus. #fb
15 hours ago
anwaribrahim: @khalidkarim Persistent pressure!But I've gone true worse.Pray all is well #fb
15 hours ago

Galeri Flickr

_DSC1794_wb1 _DSC1759_wb1 _DSC1795_wb1 _DSC1775_wb1 _DSC1784_wb1 _DSC1824_wb1 _DSC1798_wb1 _DSC1833_wb1 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

June 2009
M T W T F S S
« May   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930