Dari Malaysia Kini
oleh Muda Mohd Nor
Kira-kira 500 ahli Umno dalam bahagian Arau akan meninggalkan parti jika bekas ketua penerangan Umno negeri, Datuk Hashim Suboh berbuat demikian.
Hashim, yang kecewa dengan pucuk pimpinan Umno negeri, bagaimanapun belum membuat keputusan mengenai perkara tersebut.
Bekas ketua penerangan Pemuda Umno bahagian Arau, Ismail Hashim berkata, mereka adalah ahli Pemuda dan bekas ahli pergerakan itu dalam DUN Tambun Tulang yang diwakili oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim.
“Jumlah 500 itu adalah dari 15 cawangan Umno Tambun Tulang yang merupakan pengikut saya. Jika saya berhijrah, mereka akan ikut saya.
“Saya tunggu keputusan Datuk Hashim, dia lompat saya ikut dia.
“Walaupun Datuk Hashim belum buat keputusan, tetapi 70 peratus sudah ke arah sebelah sana (pembangkang),” katanya kepada Malaysiakini semalam.
Ismail berkata, 500 ahli Umno itu merupakan penyokong kuat Shahidan yang kecewa beliau tidak dilantik semula sebagai menteri besar dan ketua perhubungan Umno Perlis.
Datuk Ismail Kassim, adik Shahidan, merupakan ahli Parlimen Arau.
Menurutnya, dalam masa terdekat ini, ada kumpulan ahli dan penyokong Umno dalam DUN Pauh akan menubuhkan cawangan PKR.
“Saya tidak terbabit dengan penubuhan cawangan PKR itu kerana ia keputusan mereka sendiri,” katanya sambil menambah DUN Pauh diwakili oleh Datuk Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail.
Ismail berkata, mereka kecewa kerana tindakan menggantikan jawatan Shahidan sebagai pengerusi perhubungan Umno negeri dengan Datuk Md Isa Sabu.
Katanya, ada ahli Umno di Arau yang menganggapnya sebagai satu penghinaan walaupun Shahidan telah dilantik menjadi ahli majlis tertinggi (MT).
“Dalam kemelut politik Perlis sekarang, apa yang boleh saya buat. Saya nak tubuh parti baru tidak mampu.
“Takkan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim hendak bunuh orang Melayu kerana dia orang Melayu juga,” katanya.









jom sertai PKR…(^_^)
Reply
sufferfly Reply:
June 1st, 2009 at 10:21 pm
ini macam punyer orang tamau kasi join PKR….
amno tamau kasi apa dia mau dia kasi ugut mau keluar amno…..
kalo itu macam dia masok PKR…. PKR tamau ikot apa dia cakap…. lain kali dia kasi ugut PKR mau keluar parti…
ADA BAIK INI MACAM PUNYA ORANG ADA KASI JOIN ITU PARTY TRIPLE P…. cit podah….
Reply
Adalah diharap ahli2 UMNO yg ingin menyertai PKR secara khusus dan PR secara am nya hendaklah faham dan memperjuangkan prinsip2 parti PKR (wadah perjuangan PKR) dan bukan hanya kerana kekecewaan terhadap isu2 seperti kegagalan ketua tidak dilantik menjadi ‘org kuat’ UMNO/hilang kuasa.
Diharap kepimpinan PKR saring dan ketahui matlamat perjuangan mereka2 yg ingin sertai PKR kerana kami rakyat tidak mahu nanti yg sertai PKR (lompat dari UMNO) akan meninggalkan parti PKR kemudian hari hanya kerana perjuangan mereka berlandaskan ‘mahukan kuasa’.
Kami, rakyat mahu pemimpin yg berjuang untuk rakyat bila diberi peluang bukan berjuang untuk kuasa dan lupakan rakyat.
Reply
civic Reply:
June 1st, 2009 at 2:09 pm
Setuju dgn pendapat anda sbb klu dibiarkan maka susah jadinya
Reply
hidopANWAR Reply:
June 3rd, 2009 at 12:43 pm
Sahabah2 semua,
Asalkan jangan jadi macam Adun Bota dari Ameno dulu, sudahla. Jugak, jangan sekali2 insiden katak2 dari PKR dan Dap yang melompat sokong BN sebagai bebas di Perak berulang kembali insidennya………kecuh rakyat dibuatnya lah… Takkan Kepimpinan Pakatan Rakyat tak serik2!
Lebih baik pada saya, Pakatan Rakyat merangkak slow sikit dengan keahlian yang ingin benar2 kerajaan yang bersih daripada main pakai tangkap muat sahaja!
Hati2lah menapis dari mereka2 yang datang dari luar Pakatan Rakyat. Tarbiyahkan mereka ini semua supaya hentikan segala kezaliman,kemungkaran dan kemaksiatan.
wasalam
Reply
Assalamualaikum,
Datok Ismail Kasim ha tunggu apa lagi saya eloklah datok turut join sekali jadikan 501 orang masuk PKR dan kerusi datok di Parlemen turut berubah di sebelah pembangkang, kemudian datok ajak kawan-kawan datok join sama cukup aja jumlah kita buat undi tak percaya pada DS Najib dan datok terus DS Anwar lantik datok sebagai Petua Perhubungan Negeri Perlis ini cerita baik wahai datok Ismail Kasim.
Reply
Saya sokong 100 o/o saranansegambut ti. Saya harap kepimpinan tertinggi PKR belajar dari beberapa kesilapan yg lalu seperti yg berlaku di Perak. Nampak sangat kepentingan sendiri bukan hendah berhidmat untuk rakyat. Dapat duit lumpat AmNo balik. Paloi punya orang !!!!!!Gila!!!!
Reply
hidopANWAR Reply:
June 1st, 2009 at 3:53 pm
sahabah ku doh!
Aku sokong pendapat hang 200%…………..
Didalam Pakatan Rakyat sendiri sudah mempunyai banyak pemimpin2 yang bersih rekodnya! Apa susah sangat ini mereka yang dari luar Pakatan Rakyat hendak masuk Pakatan Rakyat ini? Masuk sahaja dengan kerelaan hati sendiri tanpa hendak ikut kawan2 ramai2.
Kalau pemimpin didalam Pakatan Rakyat bagus, hormatilah mereka dan jikalau ada pertandingan merebut jawatan2, bertandinglah dengan cara bersih dan jangan cara2 kotor! Kalau kalah, hormatlah keputusan ramai yang memberi kemenangan pada yang lebih layak memimpin. Kena banyak sabar menunggu peluang menjawat jawatan! Janganlah berlandaskan habuan2 dunia untuk berbakti pada rakyat! Bersyukurlah dengan apa sahaja ganjaran yang dapat dengan sah, betol, halal dan tidak berdosa dan bukan mendapat ganjaran parti dengan cara2 yang dilarang olih ugama Islam!
Sekian wasalam
Reply
Perlis Indera Kayangan…Negeri Pakatan Rakyat seterusnya.
Reply
http://sjsandteam.wordpress.com/2009/04/22/najib-where-is-the-indonesian-model-manohara/
just sharing
Reply
Awat ????? hangpa nak bela biawak pulak dah kaa?????megah sangat ke Hashim tu haa??? siasatlah dulusapa hashim ????
Reply
hidopANWAR Reply:
June 8th, 2009 at 10:13 am
Sahabah2 semua,
Saya rasalah barisan kepimpinan baharu Pakatan Rakyat dari Sabah dan Serawak wajar mencontohi calun Muda Saudara Manikumar di pilihanraya kecil Bukit Selambau!
Beliau muda dan berjaya di tonjolkan olih semua kepimpinan Pakatan Rakyat untuk menang! Maka, kan bagus pemimpin2 lain di Sabah dan Serawak yang bersih rekodnya di tonjolkan jugak! Inilah peluang barisan baharu disana membuat perubahan disana!
Hapuskan rasuah berbagai bentuk, salahguna kuasa, nepotisma, kronisma dan memperjuangkan kemakmuran rakyat paling teratas sekali dan bersyukur dengan segala ganjaran yang diterima cara sah, halal, betol dan tidak dengan merompak duit dan hak rakyat!
Kalau barisan kepimpinan baharu ini di asuh dan didik dan dilatih olih kepimpinan veteran dari Pakatan Rakyat di semnanjung, saya rasa mereka dapat m,enjalankan tugas yang baik di masa hadapan!
Siapa setuju?
Reply
Untuk Dato’Seri Anwar… teruskan perjuangan rakyat yang hendakkan keadilan akan sentiasa berdiri dibelaklang membantu..
Reply
Sahabah2 semua,
Kalau hendak menunggu dahulu ketua, baru hendak melompat, ini bukan sifat2 iklas untuk masuk Pakatan Rakyat. Ini nak kelilingi ketua supaya dapat habuan2 berbagai bentuk ni. Cukuplah budaya2 yang tidak sihat ini semua, Jangan cemari Pakatan Rakyat dengan kekotoran ini semua.
Kalau sesaorang itu benar2 faham perjuangan pakatan rakyat untuk membenteras rasuah berbagai bentuk, salahguna kuasa dan banyak lagi yang sudah diperkatakan, tak payahlah tunggu2 ketua hendak masuk. Masuklah dengan kesedaran diri sendiri dan berjuang ikhlaslah dengan ahli2 pakatan rakyat dengan meninggalkan segala bentuk kejahatan,kemaksiatan, kemungkaran dan kezaliman dan lebih2 lagi MEROMPAK HAK DAN DUIT RAKYAT.
Eloklah Pakatan Rakyat membentuk barisan pemimpin2 yang benar2 bersih dan lansung tiada satu pon rekod kemungkaran. Apa susahnya sangat hendak melatih pemimpin2 baharu ini semua. Kumpolkan mereka ini dan bagilah latihan yang teratur dan sistematik. Insyaallah, akan terbentuk nanti barisan2 pemimpin2 yang benar tidak pernah melakukan kemungkaran terhadap rakyat. Tugas2 pemimpin2 ini pula ialah untuk tarbiyahkan pengikut2 mereka supaya jangan sekali2 buat perkara2 kemungkaran!
Pemimpin2 barisan Pakatan Rakyat hendaklah terdiri dari mereka yang benar2 bersih tanpa perlu politik wang dan menabur janji2 manis habuan2 untuk meraih sokongan pengikut! Pakatan Rakyat kena hapuskan politik wang berhabis2an!
Sekian wasalam……………masih ramai lagi manusia atas pagar selama ini yang boleh diajak masuk Pakatan Rakyat! Buatlah kempen besar2an mengajak mereka memasuki pakatan rakyat! Tidak payahlah berlutut pada mereka2 yang bakal membawa kemungkaran kedalam Pakatan Rakyat!
Sekian wasalam………sahabah2, bagilah pendapat!
Reply
Jom…!
Masuk PKR…….
Yeah………………………….!!!!!!!!!!!!!!!
Reply
dalam perenggan kedua yang terakhir…..siapalah yang smp hati nak membunuh kaum sendiri,kan?
Reply
Salam
susah jugak nak cakap kalau kita sekat orang nak join sesebuah parti. Tetapi jika ditengok alasan yang diberikan kenapa dia nak join PKR, pasal kecewa, agak lemah, lebih kepada orang merajuk. biasala.. kalau dah merajuk tu cakap macam2, nanti dah kena pujuk “sejuk” laa balik.
Nasihat aku, jangan jadikan Pakatan RAkyat sebagai ACUAN UMNO, maknakata segala tingkahlaku sumbing/amalan etc yang didoktrinkan oleh UMNO dulu menjadi panduan PR. Lagipun orang yang kian ramai sertai PR adalah dari orang yang KECEWA dalam UMNO, bukan disebabkan sudah “TERANG MINDA”nya tentang perkembangan politik “BUSUK” sekarang….just like aku. Keh!keh!
Reply
hidopANWAR Reply:
June 3rd, 2009 at 10:15 am
Sahabah ku aku,
Hang ini memang bijak orang2nya. Hujah2 hang aku sokong 1000%!
Cukup2lah dengan budaya yang kotor dan tidak sihat ini semua.
Jadikanlah Pakatan Rakyat benar2 Pakatan yang bersih sebersih2nya dari segala bentuk kejahatan,kezaliman,kemungkaran dan kemaksiatan dan lebih2 lagi, janganlah menjadikan Pakatan Rakyat platform untuk merompak hak dan duit rakyat untuk memperkayakan diri sendiri, keluarga dan sahabat handai!
Kalau benar2 hendak masuk ke Pakatan Rakyat, masuklah dengan niat yang bersih untuk berbakti pada rakyat dan meninggalkan sifat2 mungkar yang disebut saya tadi. Tolonglah, jangan sekali2 cemari Pakatan Rakyat dengan amalan2 yang kotor dan jijik!
Bersyukurlah dengan ganjaran2 yang diberi olih Pakatan Rakyat dengan cara sah, halal, tidak berdosa seperti ganjaran2 menjawat jawatan2 yang sah dan betol! Janganlah ada sifat masuki Pakatan Rakyat sebab ada udang disebalik batu! Tidak bolih lagi dah cara begini. Pakatan Rakyat menuju kejalan yang di suruh olih Tuhan dengan meninggalkan segala larangan NYA!
Sekian wasalam…………..
Reply
Sdr.Shazwan Shamsuddin Reply:
June 3rd, 2009 at 2:38 pm
betul sahabatku,,
kepada puak2 UMNO yg tak puas hati diperlis,
Contohilah Dato Zaid Ibrahim,
beliau tak hirau tentang materialistik,
yg beliau pentingkan hanya perjuangan kepada keadilan rakyat,
hamba terlalu terharu dengan sikap dato Zaid Ibrahim,
sungguhpun tak mengenali beliau.
beliau berhijrah ke PR,
bukan kerana tak terpilih oleh UMNO,
malah beliau meninggalkan jawatan menteri,
wahai UMNO perlis…………..
jadilah pejuang seperti
Dato Zaid Ibrahim.
Reply
Salam Reformasi,
Kita nak perjuangan Pakatan Rakyat betul-betul bersih. Tiada unsur rasuah, tiada kaki ampu, tiada kaki bodek …
Saya ingin mengingatkan jika ditakdirkan suatu hari nanti Pakatan Rakyat (Dengan Adunan Pelbagai Lapisan Pemimpin) memerintah Malaysia, kita nak semua apa yang telah kerajaan BN lakukan sebelum nie ke atas negeri-negeri di bawah pembangkang tidak akan dilakukan dan diulang-tiru oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Hak rakyat disemua negeri harus diutamakan. Bukan menghukum mereka yang memilih siapa pemimpin mereka kerana itu hak individu : Bukan dengan menyekat semua pembangunan, menarik-balik projek2 yang telah dirancang sebelumnya, menyekat wang royalti dan diagihkan kepada suku-sakat tertentu sahaja, menyekat wang peruntukan Pusat termasuk untuk kebajikan setiap rakyat serta pendidikan setiap anak Malaysia.
Itulah yang terjadi kepada negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Sabah & Sarawak suatu ketika dulu. Kita hendak satu Kerajaan Rakyat yang betul-betul ADIL, AMANAH & BERTANGGUNG-JAWAB dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Barulah Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju. (Konsep ISLAM YANG SEJATI YANG SUDAH BEGITU SEMPURNA harus diadaptasikan DAN BUKANNYA KONSEP ISLAM HADHARI dan SEKULAR).
Kepada semua lapisan masyarakat janganlah terlalu mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang mengatakan konsep Islam menindas mereka yang bukan Islam, malah sistem Islamlah yang paling adil dan saksama terhadap semua bangsa manusia tidak kira samada Melayu, India, Cina, Siam Bumiputera, Mat Saleh dsb kerana kita sebenarnya adalah dari rumpun yang sama. Insya-Allah…
Reply
hidopANWAR Reply:
June 3rd, 2009 at 10:18 am
Setuju 100%!
Reply
Tidaklah salah buat PKR untuk menerima golongan seperti mereka ini. Ini merupakan kejayaan buat PKR dalam menarik kemasukan lebih ramai ahli ke dalam parti siasah tersebut. Pihak musuh (baca UMNO-BN) turut akan gentar bilamana melihat tonggak yang dulunya bersama-sama menegakkan panji-panji parti telah bertuankan ketua yang baru.
Cuma program tarbiyah (mendidik) perlu lebih banyak dijalankan. Orang-orang ini perlu ditunjukkan misi dan visi PKR sejelas-jelasnya. Seminar yang melibatkan pemantapan semangat perjuangan mesti acap kali diadakan. Melalui hal ini, Insya-Allah, golongan ini pasti menjadi sangat bermanfaat kepada PKR. Tidak akan berlaku lagi fenomena “katak” yang menjelekkan sebagaimana yang berlaku di Perak.
Reply
hidopANWAR Reply:
June 3rd, 2009 at 10:19 am
Bijak! Aku sokong hang 1000%
Reply
win-win winner Reply:
June 4th, 2009 at 9:07 am
Denn,hidop LAGI BIJAK,
kamu sokong dia aku sokong kamu,sebab kamu geng liar sama mcm aku…
YESSSS BIJAK ! Aku sokong denn 999%
Reply
salam semua,
Bagi saya, apa yang penting adalah nawaitu (Niat) yakni sebab utama mereka ingin masuk PKR.
KECEWA!..maaf alasan tu tidak lagi boleh diterima pakai
PANGKAT!..PKR tidak menjanjikan sebarang ganjaran.
MALAYSIA BARU @ 1MALAYSIA(Tepuk dada tanya Iman)
Reply
Berhubung dengan kemasukan ahli UMNO ke dalam PKR di Perlis, saya mohon agar dato’ seri anwar berhati-hati kerana ini merupakan satu konspirasi yang ditaja oleh shahidan kassim. memandangkan tidak ada kepentingan dalam UMNO dan untuk menarik perhatian pemimpin tinggi umno supaya tidak mempercayai kepada MAT ISA SABU.
Reply
win-win winner Reply:
June 4th, 2009 at 9:16 am
Salam org perlis,
yes! cadangan atau firasat denn betui ISA SABU perlu masuk ISA,Sokong Zaid jd MB sebab SHAHIDAN dah tak ada taji lagi…..denn sokong 99%…
Reply