Archive for May, 2009



23
May

Penanti: Pakatan Rakyat menang 1-0 sebelum penamaan

Dari Harakahdaily

Oleh Mohd Sabri Said & Izwan Abd Halim

Penanti-Pakatan Rakyat telah mendahului Barisan Nasional (BN) satu kosong di Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti sebelum hari penamaan calon yang diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBM) di Jalan Berapit, Bukit Mertajam pagi ini.

Demikian kata, Timbalan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Faris Musa ketika berucap merasmikan Bilik Gerakan Utama AMK Pusat di Guar Jering semalam.

Jelasnya, satu kosong sudah cukup memberi kesan mendalam pada jentera BN yang selama ini berdendam dengan jentera Pakatan Rakyat setelah mengalami kekalahan demi kekalahan dalam pilihan raya kecil sebelum ini.

“Pakatan Rakyat sudah menang satu kosong dengan BN bila mana parti itu tidak meletakkan calon di Penanti. Kita mahu kalahkan mereka dengan agregat tiga kosong baru keadaan agak selesa bagi Pakatan Rakyat, Kita tengah berusaha keras agar mencapai hasrat itu, ” katanya.

Continue reading ‘Penanti: Pakatan Rakyat menang 1-0 sebelum penamaan’

23
May

Najib Khianati Orang Melayu?

Dari Lanailestari

Malaysiakini melaporkan kenyataan Najib bahawa DEB akan dihapuskan.Kenyataan tersebut di buat oleh Najib kepada akhbar Straits Time Singapura sewaktu lawatan sulungnya sebagai Perdana Menteri ke Republik tersebut.

Saya mengalu-alukan kenyataan bagi menamatkan riwayat DEB yang telah pun melangkaui had masanya,pada masa yang sama saya menjadi sedikit berprasangka dengan Najib;persoalan yang bermain di benak saya ialah kenapa Najib “berani” mengumumkan perancangan menghapuskan DEB tersebut di Singapura dan tidak di tanahair?

Pada hemat saya,Najib tidak punya keberanian politik dan moral untuk mengumumkan pendiriannya bagi menghapuskan DEB yang merupakan ‘brainchild’ ayahanda beliau,Tun Razak.Sementara kajian oleh para akademia dan mereka yang berwenang mendapati,antaranya,DEB telah disalahgunakan untuk mengkayakan segelintir individu yang rapat dengan UMNO selain membiakkan budaya KKN sedangkan masih ramai bukan sahaja dari kalangan Orang Melaytu/Bumiputera malah yang bukan Melayu di ulit kemiskinan tetapi sejak sekian lama UMNO tetap mempertahankan dasar yang telah diseleweng ini.

Continue reading ‘Najib Khianati Orang Melayu?’

23
May

Saingan empat penjuru di Penanti

Dari Malaysiakini

May 23, 09- Penanti-Selepas tempoh bantahan tamat jam 11 pagi ini, empat orang termasuk calon PKR Mansor Othman kini layak bertanding, demikian diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya Roslan Yahaya.

Mohd Saberi Othman, seorang bekas pembantu Tun Abdullah Ahmad Badawi di kawasan parlimennya di Kepala Batas, dibatalkan borang pencalonannya.

Sebab penolakan tersebut belum dapat dipastikan, setakat ini.

Keempat-empatnya akan bertarung menghadapi pilihanraya kecil DUN Penanti pada 31 Mei – kali ini tanpa persaingan sengit BN yang memutuskan untuk memulaukannya.

Proses penamaan calon sejak 9 pagi mencipta kejutan apabila Kamarul Ramizu Idris – calon bebas yang hilang pertaruhan di Bukit Gantang, Perak – turut mencuba nasib sekali lagi di kerusi DUN Pulau Pinang itu.

Continue reading ‘Saingan empat penjuru di Penanti’

22
May

Takziah Buat Kerabat Allahyarham Ismail Yaakob

Dukacita saya menerima berita pemergian Haji Ismail Yaakob, Ahli Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Kelantan.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Su Mail disahkan meninggal jam 5.50 pagi hari ini di Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu.

Allahyarham terkenal sebagai seorang aktivis yang gigih memperkasa Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan juga sebagai wakil rakyat DUN Manek Urai semenjak dari tahun 1986.

Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar dicucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama mereka yang soleh.

Saya dan Azizah merakamkan takziah buat keluarga Allahyarham Pak Su Mail dan semoga tetap sabar menghadapi dugaan Allah S.W.T.

ANWAR IBRAHIM

21
May

Memenuhi Undangan di Jakarta

Saya tiba di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta sekitar jam 10 pagi semalam, disambut olih sahabat lama yang kini merupakan Wakil Ketua MPR, saudara AM Fatwa. Beliau turut disertai bersama beberapa orang teman, antaranya pemimpin redaksi Sidang Karya; saudara Ricky Rachmadi.

Alhamdulillah, iringan pasukan keselamatan berjaya memudahkan perjalanan kami ke Hotel Sahid meski jalan sekitar Jakarta macet.

Saya seterusnya memenuhi undangan khas Wakil Ketua MPR yang sudi menjadi tuan rumah majlis makan tengahari di ruang Candi Kalasan.

Turut sama di majlis tersebut adalah teman-teman rapat seumpama saudara Mar’ie Muhammad, mantan Menteri Kewangan yang kini mengetuai Palang Merah Indonesia; Muslimin Nasution, mantan Presiden Ikatan Cendekiawan Muslimin Indonesia; Ketua Majelis Ulama Indonesia, Kiai Pak Amidhan; saudara Irman Gusman, Wakil Ketua Speaker Dewan Perwakilan Daerah serta Ustaz Abdul Mannan dan Ustaz Hasan Ibrahim dari Hidayatullah.

Usai majlis makan tengahari saya diberi kesempatan untuk menyampaikan ucaptama Seminar Benturan Antara Peradaban kepada wakil Hidayatullah seluruh Indonesia. Wacana Benturan Antara Peradaban tersebut diapungkan oleh Samuel P. Huntington, mulanya di dalam Majalah Foreign Affairs edisi musim panas tahun 1993. Tiga tahun kemudiannya artikel tersebut dikembangkan menjadi sebuah buku dengan judul Clash of Civilisations.

Penerbitan buku tersebut mengundang pelbagai kritikan terhadap analisis Huntington berhubung Benturan Antara Peradaban; kononnya sebuah fenomena baru yang menjadi punca konflik sejagat selepas berakhirnya era perang dingin.

Antara yang keras mengkritik beliau adalah Edward Said manakala Amartya Sen dan Kwame Anthony Appiah mengemukakan wacana tanding menerusi karya mereka; Identity and Violence dan Cosmopolitanism.

Berhadapan dengan tantangan serta prasangka dari pelbagai sudut, justeru umat Islam sewajarnya tuntas menyampaikan pesan dan bertindak menentang kezaliman. Janganlah di saat kita mengecam gambaran negatif yang diberikan serta penindasan seumpama Guantanamo dan Abu Ghraib, di ketika lain kita membisu melihat kezaliman tahanan tanpa bicara di negara-negara umat Islam.

Dialog yang berteraskan prinsip lil ta ‘arafu jangan berhenti. Kita harus memiliki keyakinan untuk bertemu serta berbincang dengan masyarakat bukan Islam. Sementara negara seumpama Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah mesti sedia bersemuka dan berbincang dengan Hamas. Andai mereka bersedia berbincang dengan IRA, mengapa Hamas dipinggirkan? Malah dalam isu Iraq dan Afghanistan, asas penyelesaian yang saya luncurkan kepada masyarakat antarabangsa ialah berundur segera dari kedua-dua negara tersebut.

Dialog harusnya mestilah dengan mereka yang punyai keabsahan dari umat, dan bukan dengan mereka yang sekonyong-konyongnya mengaku mewakili umat walaupun memegang kekuasaan.

Acara seterusnya adalah pertemuan dengan Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla bersama Sdr Din Syamsudin dan teman-teman lainnya. Perbincangan seputar perkembangan politik mutakhir di Indonesia serta usaha memperkasakan umat agar tidak terus ketinggalan terutamanya ketika ekonomi dirundung kemelesetan.

Pada sebelah malamnya saya diundang ke acara makan malam anjuran Pusat Dialog dan Kerjasama Antara Peradaban(CDCC) di Menteng, Jakarta. Ternyata saudara Din Syamsudin dan pimpinan CDCC sudahpun menanti dengan hidangan enak nasi padang Indonesia.

Pagi tadi, saya bersarapan bersama pimpinan Hidayatullah dan kumpulan pelajar Islam Indonesia. Sabelum berlepas pulang, saya menemui saudara Rahmat Ismail.

ANWAR IBRAHIM

21
May

Anwar: Let All Of Us Unite For The South

The Bangkok Post | May 21, 2009

A group of “peace ambassadors” made up of priests and representatives from the Buddhist, Christian and Muslim faiths, as well as peace advocates from Malaysia’s Kelantan state, recently met 4th Army chief Pichet Wisaijorn at the Sufficiency Economy learning centre in Pattani’s Yarang district. Accompanying the group was former Malaysian deputy prime minister Anwar Ibrahim, who talked to King-oua Laohong about security issues in the restive far South during his trip to Thailand.

Q: Can you tell us the purpose of your visit here with the peace ambassadors?

Anwar: I have to say my visit has nothing to do with the government and politics. I have come here with a feeling of brotherhood. We are neighbours and share borders. We should live peacefully and talk together in the face of problems.

It’s good to learn that the Thai government has appointed top-ranking military officers to work with people in the area. And the visit of representatives from the three religions reflects the hope that people will live peacefully together one day.

Continue reading ‘Anwar: Let All Of Us Unite For The South’

21
May

Jadual Program Anwar di Penanti pada 22-24 Mei 2009

22 Mei 2009, Jumaat

1. Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pemuda Pakatan Rakyat

    Tempat:Padang Ibu,Penanti/JDM 01

    Masa:10:45 malam

Bersama: YB Dato Seri Anwar Ibrahim,YB Salahuddin Ayub,YB Anthony Loke,Sdr.Shamsul Iskandar dan YBhg Mohd Sabu.

———-

23 Mei 2009, Sabtu

1.Masa: 9:00 – 12:00 tghari

   Tempat: IKBN Berapit

   Program:Penamaan Calon

2. Masa: 4:30 Ptg

    Tempat: Mengkuang Mat Sulong/JDM O2

    Program:Majlis Penerangan

3. Masa: 7:25 mlm

    Tempat: Surau Pondok Penanti/JDM 06

    Program: Solat Maghrib/Tazkirah

4. Masa: 8:30 mlm

    Tempat: Surau Guar Jering/JDM 01

    Program: Solat Isya/Tazkirah

5. Masa: 9:30 mlm

    Tempat: Bukit Berangan/ JDM/01

    Program: Majlis Penerangan

6. 10:45 mlm

    Tempat:Padang Berapit (Berhadapan Rumah Cikgu Ibrahim)  JDM 10

    Program: Ceramah Perdana

Bersama: YB.Dato Seri Anwar Ibrahim,YAB Dato Seri Nizar Jamaluddin dan YAB Sdr.Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang.

———-

24 Mei 2009,Ahad

1. Masa: 10:30 pagi

    Tempat: Dewan JKKK Mengkuang Semarak JDM/04

    Program: Sambutan Hari Ibu( Program AMK)

2. Masa: 4:30 ptg

    Tempat: Bilik Gerakkan Telok Wang

    Program: Majlis Mesra bersama penduduk Telok Wang

3. Masa: 7:45 mlm

    Tempat: Masjid Kg Pelet

    Program: Solat Maghrib dan Tazkirah

4. Masa: 8:30 mlm

    Tempat: Perkampungan Sungai Lembu

    Program: Majlis makan malam

5. Masa: 9:45 mlm

    Tempat: Markas Mengkuang Semarak

    Program: Majlis Penerangan

6. Masa: 10:45 mlm

    Tempat: Padang Taman Guar Perahu

    Program: Ceramah Perdana

Bersama: YB Dato Seri Anwar Ibrahim,YB Tuan Guru Hj.Abdul Hadi Awang dan YB Lim Kit Siang

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

20
May

Penanti marks beginning of BN’s end

From Malaysiakini

If March 8, 2008 marked the shattering of the myth of Barisan Nasional’s invincibility, May 18, 2009 – the day the once formidable coalition declined to contest a by-election – may well go down in history as the beginning of the coalition’s end.

“They say perception is everything in politics so this decision not to contest cannot avoid being perceived as the BN finally acknowledging it is beaten in what can be regarded as its heartland,” opined Anwar.

“Penanti is a 70 percent Malay constituency. For the BN to decline to contest in an area where hitherto they would not bat an eyelid to contest is proof that, right now, uneasy lies the head that wears the crown,” remarked the PKR supremo.

See video

20
May

Anwar Ibrahim: Prime Demolition Target of UMNO-Barisan Nasional

By Din Merican

I agree with Syed Nazri, Group Editor of the government controlled The New Straits Times (see his article of May 19, 2009 titled “Anwar …forever victim, never villian”), that Anwar Ibrahim is “a victim”. But we differ because the Group Editor is putting a spin on behalf of Najib and UMNO-BN by saying that Anwar is seeking international and public sympathy. Nothing is further from the truth than this line of thinking.

The facts will show that since his dismissal from UMNO in 1998, Anwar has been a target of incessant attacks by the government of the day which sought and still seeks to demonise and discredit him. In fact if they can, they will deny him bail and send back to gaol (Sodomy 2) this July, 2009. What are these facts?

Continue reading ‘Anwar Ibrahim: Prime Demolition Target of UMNO-Barisan Nasional’

20
May

Kempen sejuta poskad mansuh PPSMI

Dari Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | May 20-Selepas menggerakkan ribuan penunjuk perasaan di jalanan awal Mac lalu, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) kini mengambil pendekatan kreatif dengan melayangkan sejuta poskad bantahan kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut setiausahanya, Hasni Abas, kempen terkini membantah dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) itu diharapkan terus menggemblengkan bantahan rakyat, sebagai kesinambungan kepada demonstrasi 7 Mac lalu.

Katanya, GMP berharap, pelaksanaan kempen itu – dinamakan “Sejuta Poskad kepada Menteri Pelajaran” – dapat memandu Muhyiddin membuat keputusan yang betul dengan memansuhkan dasar kontroversi itu.

“Kalau tiap-tiap hari beliau buka pintu, tengok ada poskad (bantahan), takkan beliau tidak terfikir hendak mansuhkan PPSMI,” katanya kepada Malaysiakini.

Hasni berkata, kempen tersebut dilancarkan Jumaat lalu di Pagoh, Melaka oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dalam sebuah majlis ceramah bersama Naib Presiden PAS Mohamad Sabu.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi GMP, Dr. Shaharil Mohamad Zain; pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau; Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dan beliau sendiri.

Mengulas lanjut, Hasni berkata, kira-kira 2,000 orang menghadiri majlis itu dan seribu poskad telah diedarkan.

Tiada had masa

Pihak yang ingin turut serta, boleh membeli poskad tersebut dari pejabat Teras Pengucapan Melayu (Teras) – sebuah NGO yang bergabung dalam GMP – di negeri-negeri, dengan harga RM1 sekeping.

Hasni bagaimanapun menafikan pihaknya cuba mengambil kesempatan untuk membuat keuntungan daripada penjualan bahan kempen tersebut.

“Tak ada (buat untung). Kos cetak pun sekeping dah berapa,” katanya sambil menjelaskan bahawa buat permulaannya 5,000 keping poskad telah dicetak.

Beliau yang juga pengerusi kesatuan sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata, GMP tidak menetapkan sebarang garis masa bagi program itu.

Bagaimanapun, katanya, ia akan dijalankan “selagi PPSMI tidak dimansuhkan” dan “selagi tidak cukup sejuta poskad dihantar”.

Awal bulan ini, kerajaan dilaporkan memerlukan lebih masa bagi menilai perlaksaaan dasar itu kerana “keputusan terhadap isu berkenaan adalah kritikal”.

Muhyiddin juga dilaporkan tidak berpuas hati dengan kajian dan perbincangan meja bulat anjuran kementeriannya sebelum ini.

Menurut beliau, dalam sesi perbincangan tersebut, kadangkala pandangan yang dikemukakan tidak berasaskan fakta dan bukti, sebaliknya apa yang dirasai.

19
May

Gangguan Teknikal

PEMBERITAHUAN: 

Anwaribrahimblog.com mengalami sedikit masalah teknikal pada masa sekarang. Kebanyakan pengguna TM Net dilaporkan tidak dapat mencapai laman blog ini. Pihak kami masih cuba mengenalpasti dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini.

Harap maaf. Segala kesuitan amat dikesali.

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

19
May

Pertemuan Pimpinan Muslim-Buddha di Yala, Selatan Thailand

Ikhtiar beberapa rakan meredakan ketegangan dan permusuhan di empat wilayah selatan Thailand harus dihargai.

Kami bersama Tuan Guru Sheikh Mahmud, Mustafa Kamil Ayub, Dr. Badrul Amin serta rombongan disambut Jenderal Phicait Wisaijon, ketua pasukan tentera wilayah selatan Thailand di Golok dan menaiki helikopter khas tentera dari Tak Bai ka Yala.

Ketibaan kami di Yala disambut Ketua Sami Buddha yang terkemuka di Bangkok, Praprom Wachirayan dan Ketua Paderi Katholik Surat Thani, Joseph Pran.

Jenderal Wisaijon meminta saya menjenguk sajenak program ekonomi desa yang menjadi tunggak kegiatan beliau. Saban hari menurutnya ratusan wakil penduduk terutamanya umat Islam diberi latihan mengendali pertanian moden.

Sekitar 500 hadirin majoriti Muslim mendengar nasihat dan ucapan berhimpun di dewan sederhana tersebut. Intisarinya adalah mencari perdamaian, menolak keganasan dan kezaliman serta membina muafakat berdasarkan prinsip keadilan.

Tuan Guru Sheikh Mahmud dengan nada keras menolak tindakan kejam lalu tetapi menempelak kalangan yang menggunakan hujah agama untuk mempertahankan keganasan. Ketua Sami juga menegaskan bahawa beliau komited dengan agenda perdamaian, menolak penyelesaian bersenjata atau berbentuk ketenteraan.

Jenderal dan Timbalannya mengakui keterlanjuran sabelumnya termasuk pembunuhan imam. Pendekatan kini adalah dengan mendampingi rakyat dan mengikut perintah Raja untuk memperkasa ekonomi rakyat.

Saya hargai inisiatif saudara Surayak, pemimpin agama dan tentera untuk meleraikan masalah runcing di empat wilayah. Penyelesaiannya tetap bertunjangkan prinsip keadilan, menghurmati hak rakyat dalam berbudaya dan beragama.

Semuga ikhtiar kecil ini terus disemarakkan.

ANWAR IBRAHIM